siapa sangka? tahun 2010 semakin ke penghujungnyer, aku sempat lagi pergi ke pangkor bersama dengan teman yang tersayang..oklah baiklah aku akan coretkan setiap pengalaman yang ku lalui semasa berada di pangkor..
sebenarnya idea untuk ke pangkor ini, adalah lanjutan dari cadangan untuk pergi ke rumah kak farra di ipoh...adiknya akan melangsungkan perkahwinan di sana..seperti biasalah..sambil menyelam minum air, so alang alang ke ipoh, baik pergi ke pangkor bukan? apatah lagi majlis perkahwinan itu akan berlangsung pada hari ahad nanti....iaitu 26 disember 2010...
pada 24 disember, dalam pukul 4 00 petang , aku menerima sms dari firdee yang memaklumkan kami akan pergi ke pangkor dengan menaiki kereta sewa yang berjenama serena....dan bilangan ahli apada awalnya hanyalah 7 orang sahaja..iaitu aku, muaz, daylan, hamie, amir, fariz dan firdee sahaja..so aku dengan happy dan excitednya dah mula kemaskan barang dalam pukul 5 petang lagi.
terus terang , aku pada mulanya seperti malas nak pergi, maklumlah kalau bercuti sudah pasti ongkosnya agak tinggi jugak, namun untuk tidak menghampakan beberapa pihak yang mahu aku pergi, dengan perasaan muka tebal aku meminjam sedikit duit dari daylan untuk menampung perbelanjaan disana...muaz pun seperti terlalu happy bila dengar kami semua ke pangkor, dan nasib baik ada sedikit duit poket yang diberikan oleh ayah muaz ......
dalam pukul 11 malam, hamie keluar....katanya ada kelas tarian kan...so aku tunggu daylan balik dari kerja..sebaik sahaja daylan balik, kami bertiga bergegas menuju ke downtown, aku tak beli apa apa sebab aku terpaksa berhati hati dengan bajetku nanti, hanya muaz membeli cermin mata , daylan seperti biasalah...ala ala shopping terus kat downtown......kami singgah di nana cafe..isi perut dan terus ke rumah...
janji bertolak pukul 5 pagi, namun aku siap lewat sedikit, begitu juga dengan housemate yang lain..amir dan firdee tunggu di bawah...rupa rupanya ada pulak azwan tassim disitu yer....uiiii..kelas kau dik.....takper..lagi ramai lagi meriah kan..so kami semua bertolak ke pangkor..tanpa diduga, abang nas macho pun turut serta dalam percutian kali ini.....so kami pun bertolak ke pangkor..
amir menjadi pemandu kami, dengan rasa tanggungjawab dia telah membawa van dengan kelajuan 100 km / jam..nie membuatkan firdee mengamuk sedikit..namun aku selesa dengan kelajuan tersebutkan...seronok..semuanya ting tong...tak tido lagi..seperti biasa aku memerah otak untuk memeriahkan suasana yang semakin suram di dalam van tersebut..kadang kala terdengar ketawa yang terhambur memecah suasana......
cuaca pada pagi itu mendung..sejuk jugak di dalam van tersebut......tapi masalahnya radio di dalam van tu tidak berfungsi..hanya boleh mendengar lagu dari satu cd sahaja..kau mampu dengar lagu berulang ulang dari mula bertolak sehingga nak dekat sampai ke pangkor?..untuk menghilangkan rasa boring kami buatkan game..teka lagu yang berkumandang dari cd tu......hanya muaz sahaja yang diam sebab lagu tu popular masa dia dalam kandungan lagi kot.....
aku suka mengusik si amir dan juga azwan tassim..setiap kali aku melihat azwan nak tidur dengan suara yang penyek " tido yer azwan ?" sajer aku usik ....yelah kesian kat amir..yang cuba menahan rasa mengantuk tu.....kalau kalau dia terlajak lelap ker? matilah nanti...firdee tak tido..sibuk melayan karenah hamie yang bertanya itu dan ini..sambil menjawab soalan dari hamie sempat juga dia menerangkan kisah/fakta/ apa apa sahaja berkenaan dengan tempat yang kami lalui..pasal kedai kuih pau yang tersedap..sambil masuk dalam tibi katanya..pastu dia terangkan pasal gunung yang berketul ketul ...entah macam macam lagi lah...
kami rasa sangat lapar..perut mesti diisi..kami singgah di kawasan rehat untuk mengisi perut..omak aiiii..ramai tol orang masa tu..kami jumpa sebuah gerai yang sangkak..sebab takder pelanggan yang beli..so paham pahamlah..mungkin kedai tu masakannya tak sedap kot.....so lapar punya pasal kami telan ajer...rehat..makan..pi tandas..buang apa yang patut...dan meneruskan perjalanan...alhamdulillah..cuaca ketika itu taklah panas sangat....
berhenti sekejap..sebab nak tukar driver..pergh......firdee yang pandu..aku dah mula kumat kamit membaca ayat suci tau.....laju gak....nas pun dah cuak....mulut aku bising setiap kali melihat kalau van hampir nak dekat dengan kereta di depan kami...kebisingan aku menjadi lawak di dalam van tersebut..nas , hamie dan amir sibuk bertanya tentang masa yang kami akan sampai di lumut..dan firdee menjawab " 20 minit lagi " dan setiap lima minit lagi nas dan hamie akan bertanya " jauh lagi ker u ol?" ..dan firdee akan menjawab " 20 minit lagi " matilah..macam main pukul berapa datuk harimau pulak aku tengok...
akhir kami sampai jugak ke lumut....erm ramai orang..kami parking kete tu...lah kena beli pulak sticker..macam kena gores ajer sticker tu..so aku dan hamie pun gigih lah menggores sticker tersebut.....amir seperti biasa..adik kesayangan kami dengan rela hati meletakkan sticker kat van itu..so kami terus ke jeti lumut....sebaik sahaja sampai disana....ada seorang pakcik tu bertanya pasal penginapan...baik sekali..so terus kami ambik satu apartment yang dimilki oleh salah seorang ahli rombongan kami..siapa sangka dalam senyap senyap tu..ada seorang ahli rombongan telah membuka apartment di pangkor.....jeng jeng....
aku muaz dan daylan pergi ke tandas..kami berpecah...rupanya firdee dan yang lain dah pi beratur kat depan pintu gate jeti..aku huru hara sikit..takut terpisah dengan mereka...aku pun menyelit nyelit sehingga jumpa dengan group aku..kesian pulak dengan muaz...berpeluh peluh dia ....panas...rimas....rasa pening sebab tak cukup tido...itu sahaja yang mampu aku gembarkan semasa menunggu giliran untuk masuk ke jeti tersebut..lautan manusia memenuhi jeti tersebut..sebaik sahaja pintu pagar jeti di buka..kami pun bertolak dan berasak untuk masuk ke jeti..dah tak kira..asalkan dapat angin kat jeti....pergh rasa lega lah sikit kan....
ambik gambar..oh yessss..lupa ..itulah aktiviti sepanjang kami di pangkor....snap sana..snap sini..sampai aku tak sempat nak posing..dan keliru dengan kamera yang mana satu........ok...kami semua dapat naik feri..aku duduk sahaja di bangku sambil menjaga beg rakan rakan yang lain.....takder mood nak ke belakang sebab pening sangat..rasa nak muntah.,..takut pulak muntah atas feri...maklumlah berbadan dua sekarang kan? gittewww...yang lain dok belakang..snap sana..snap sini..semualah diaorang ambik gambar....aku pulak tengok punggung orang yang menghalang pandangan aku...cehhhh
sampai di pangkor..yay...sambil menadah tangan dan membetulkan tudung layaknya...aku bersyukur..muaz tersenyum puas..hajatnya untuk sampai di pangkor telah menjadi kenyataan...aku survey hospital kat pangkor ..manalah tahu..bersalin kat sini nanti kan? kami terus mencari van yang boleh dikatakan teksi di pulau pangkor..warna van pon..very the taw...cobalah teka warna apa ek? so kami pun naik ajer van itteww..sehingga sampai di apartment kepunyaan salah seorang ahli rombongan kami.....
kedatangan kami disambut dengan mesra ( ye ker), daylan dan firdee busy menguruskan bilik kami..manakala nas dah memulakan tugasnya mengambil gambar...snap sana..snap sini...nak masuk facebook katanya..tak kisah..layan........so dah setel ..naik ke bilik..feeling feeling macam american next top model..berebut katill sangkak sangat kan...so ada 2 bilik, 4 katil, lapan orang ..cun...bilik tepi dinamakan bilik kelamin manakala bilik lagi satu bilik bujang taw......dibilik kelamin inilah berlaku bunyi yang menakutkan iaitu bunyi batuk dan bunyi orang tekaknya tersebut sesuatu..manakala bilik lagi tu tu kecoh dengan kes kelibat tau..tetap ....
dah siap...rehat..cadang nak makan tengah hari kat tepi pantai..menurut cerita propa perempuan di kaunter tu, " pantai dekat dari sini yer encik.....jalan kaki pun boleh ...5 minit ' kepala hangok dia lima minit....kami punyalah berjalan..jauh sungguh..so patah balik..daylan cadang..makan dulu..tukar baju..pastu ke pantai....ok semua setuju..patah balik...jumpa satu kedai makan yang sangat lah luas sebab kedai tu takder orang..makan apa yang ada..senyap..lapar katanya....huhuhuh..terus naik ke atas..
biasalah..bila dah kenyang ..rasa pulak malas...erm masing masing macam kena gam sahaja....malas nak bergerak..heheheheh...akhirnya semua dah rasa macam nak mulakan aktiviti..kami turun ..tahan teksi ke teluk nipah.....sampai sahaja...ada yang nak beli suar mandi..ok...pusing pusing jap...aku amir dan muaz tunggu sahaja yang lain...ambik gambar lagi....tetap....
aku nak main kayak, ada yang nak naik banana bot...daylan malas, nak mandi ajer..so aku kena tunggu muaz sebab dia nak main banana bot.....so aku tengok diaorang happy sangat main banana bot itteww.....pastu aku pun tak sabar nak naik kayak..punyalah susah nak kawal..sebab posisi terbalik..aku hampir hampir terlanggar budak kat situ....pergh.,..bila kayak dah stabil apa lagi..aku pun ajar muaz....kayuh selang seli katanya...tahan kiri..tahan kanan...sedar tak sedar kami dah semakin jauh..bak kata amir" ingatkan abang nak pergi indon tadi ?" muaz ajak aku pergi ke pulau..tapi aku tak confident..laut bergelora..ombak kuat..aku cuak sedikit....aku suruh muaz patah balik..tiba tiba aku lihat kayak kami penuh dengan air..
kami tak stabil..aku kerahkan kudrat aku nak ke tepi pantai..masih jauh lagi..ya allah cuaknyer..air banyak..muaz cuba membuang air di dalam kayak..kami hilang kawalan dan akhirnya.....jadi macam filem tetenok...aku masuk ke dalam air yang sangat dalam..dah ler hijau..tak nampak apa pun....aku pegang erat pendayung..aku cuak...muka berubah..muaz tenang..dia sangat cool masa tu..siap buang pendayung tu..sebab nyawa sangat penting.....nasib baik aku naik dengan muaz.....aku betul betul cuak ....
aku cuba mengapungkan diri...muaz pergi ke arah pendayung..kami cuba terbalikkan kayak...tapi kayak tu bocor..tak leh buat apa lagi dah....aku malu nak tiup wisel....so cuba bertahan....aku menjerit " tolong...tolong....kayak kami bocor" aku cuba jerit meminta pertolongan.....hanjing tol orang tu" hah kami tak dengar..." voley? aku punya sore punyalah mintak tolong..kau kata tak dengar..dengan rudenya, diaorang pergi entah ke mana.....
aku cuak..nasib baik ada satu bot yang datang dari belakang kami dan menawarkan pertolongan..aku terkial kial naik ke atas bot, dua kali sampaikan lutut aku berdarah....tu pun muaz tolong tolak bontot aku dari bawah.....aku selamat naik..aku kena tarik muaz pulak..terketar ketar lutut aku ketika itu...
* sambung*