salam satu malaysia....hai uols apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang...akak sekarang nie tak sihat sangat, rasa macam nak demam tapi masih lagi mampu menaip blog akak yang tersayang nie, maklumlah dah lama tak tulis dalam blog akak nie kan...rasanya hari ini nak tulis panjang panjang lah sebab banyak sangat nak tulis nie....
oklah akak nak cerita pengalaman akak pergi ke majlis perkahwinan adik akak di kota bahru kelantan ....dan marilah kita kongsi sama sama kegembiraan akak sekeluarga yer, sesiapa yang tak mahu baca...tak perlah uols.....hikhik.... oklah akak akan pecahkan entry ini mengikut bab bab supaya anda semua tak pening kepala nanti untuk membacanya kan.....
bab 1 : bertolak ke KLIA
terus terang akak tanpa malu dan segan segan nak bagitau u ols ini merupakan penerbangan pertama akak...yelah dalam usia 33 tahun, ini lah kali pertama akak dapat menaiki kapal terbang..punyalah happy sekali uols...tapi adik beradik dan ayah serta ibu, mereka pernah naik kapal terbang beberapa kali, hanya akak sahaja yang tak pernah naik..penerbangan kami pukul 7 45 pagi, jumaat, 16 haribulan oktober...jadi semua adik beradik dan ayah serta ibu berkumpul di rumah kakak....akak tak boleh tidur semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang yer..punyalah happy...masa tu terdapat 3 buah kereta yang menghantar kami ke lapangan terbang...kali ini kami hanya pergi sekeluarga sahaja, tanpa membawa saudara mara .... kami bertolak dalam pukul 4 30 pagi...awal kan...sajer awal sebab nanti kami boleh bersarapan di sana...sampai di KLIA , kami semua bersarapan dahulu sambil kukik kukik ( tetap ada konsep adik beradik 69)
bab 2 : penerbangan ke kota bahru
apabila semuanya dah setel. kami semua pun telah bersedia untuk berlepas ke kota bahru, sebaik sahaja panggilan penerbangan berkumandang, semua penumpang ke kota bahru melangkah masuk ke dalam perut kapal terbang..teringat kata kata akiko " u ...orang kata kapal terbang ini macam keranda terbang u ...so kalu ada apa apa yang berlaku nanti, apa wasiat u?" erm begitulah kata kiko ..terus akak membalas yer..." erm tolong ambik semua barang barang kat umah pandan jaya iaitu katil , kerusi pink tu..... pastu berus facial muka yer....jangan lupa tibi yang yang berjenama coby dan juga vcd ia yang berjenama tobishi .... " hehehehe akak dapat duduk di tepi tingkap ..yahoo.....besh besh uols....sebelah akak ialah ayahanda yang tercinta....ibu, kakak dan adik lelaki di seat belakang, yang lain disebelah akak...sebaik sahaja, kapal mula berlepas , akak menutup mata, ala ala takut katanya...sebaik sahaja kapal terbang di atas awan...yay .....akak happy...sibuk sekali akak melihat di luar..nampak awan awan yang memutih..cuaca pada masa itu sangat baik..nampak cahaya matahari di waktu pagi...bersinar..kekuning kuningan ....akak rasa macam nak terjun dari kapal terbang..pastu nak melompat lompat kat atas awan yang memutih itu...tak pun nak buat aiskrim kapas dengan gunakan awan yang memutih itu yer....best nya...cantiknya...dari atas akak nampak rumah rumah, kereta , jalan raya, bukit bukau yang kecil sahaja.....terasa akak sedang memakai selempang miss colombia......nak berlepas ke malaysia untuk pertandingan miss universe...gittewkan...akak tertarik dengan kehandsomeman seorang anak kapal yer...tapi nampak macam lembut sahaja... erm memang handsome..terbayang kalau , adik beradik yang handsome seperti kak farah, akiko, dan juga firdee yang memang dah layak menjadi anak kapal ....tapi bukan penerbangan domestik lah...mestilah antarabangsa....kami dihidangkan dengan satu peket kacang dan juga air.....oleh kerana keesokkan harinya adalah deepavali, maka kami dapat satu bungkusan kuih ....entah apa tah namanya..akak tak makan.....akak tak mahu tidur sebab rasa macam rugi sahaja kalau akak tidur....so kejap kejap akak tengok kt luar, kejap kejap akak tengok anak kapal tu.....gittewkan...
bab 3 : sampai di pengkalan chepa
penerbangan ke kota bahru hanya mengambil masa 50 minit sahaja...tak lama sangat lah..sebaik sahaja kapal terbang bersedia untuk mendarat, sekali lagi akak menutup mata ...terhentak sedikit masa nak mendarat...alhamdulillah kami semua selamat menjejak kan kaki ke kota bahru....dan inilah kali pertama akak datang ke kelantan.....akak pun segera mengenakan tudung di kepala..yelah..manalah tahu nanti, dapat jodoh di sini pulak kan....kami semua menunggu saudara mara dari kelantan ambik kami pulak...dari jauh kelihatan mimi, iaitu adik ipar akak...orang cantik dan manis ..sesuai dengan adik akak lah...mimi nie seorang pensyarah di kuching, sedang mengambil Phd dalam bidang mikrobiologi .....uncle mimi pun ada sekali..kami bersalaman, dan terus pergi ke rumah penginapan yang terletak di kampung Lundang yang berdekatan dengan kota bahru....masa nie lah akak dah rasa mengantuk....semua ahli sekeluarga akak pun dah mula rasa mengantuk....akak dan adik beradik yang lain naik van manakala ayah dan ibu naik kereta dengan mimi...
bab 4 : rumah tumpangan dan aktiviti petang
kami sampai di rumah tumpangan ...rumah tu ada 5 bilik, dan 3 bilik air...setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin.... 2 buah katil dan juga almari...di ruang tamu pulak dilengkapi dengan televisyen dan sofa serta kelengkapan lain....dapur pulak dilengkapi dengan peralatan untuk memasak dan juga peti sejuk.....erm semuanya oklah kan.....akak segera memilih satu bilik untuk akak, pasang air cond dan terus bum bum.....terdengar suara ibu memanggil akak supaya bersarapan terlebih dahulu, tapi sebab dah kenyang makan di klia dan juga rasa yang sangat mengantuk ...maka akak terus terus sahaja....tapi tidur akak diganggu oleh panggilan talipon dari hairul arsenal yang memberitahu dia akan ke kelantan juga..menaiki kereta..akak ok sahaja.... no hal.....dia akan bertolak pada malam nanti....dalam pukul 12 30 tengah hari , ayah mengejutkan akak untuk bersiap ke masjid ...sembahyang jumaat, dengan perasaan yang malas, akak mandi ...dan terus pergi ke masjid...sempat juga akak cuci mata ..aiyooo..ramai yang yang taste akak yer...setakat muka macam mat tomyam ker, muka macam amir ker, adam ker, mat 501 ker...berlambak kat sini ....terus celik mata akak...asyik usha orang sahaja.....happy lah.....
sebaik sahaja abis solat, kami balik ke rumah..diatas mueja dah terhidang pulak makanan untuk makan tengah hari..akak hairan juga.....bila masanya mak masak pulak kan...rupa rupanya mimi dah hantar makanan iaitu nasi kukus...nie lah kali pertama akak makan nasik kukus yer....lauknya ikan dan juga ayam...so akak makan sahaja...tapi pelik juga masakan di kelantan..kalau kami di negeri sembilan lebih kepada yang pedas pedas sahaja, tapi di kelantan manis manis....sebab lapar sangat terus akak rasa makan sahaja...alhamdulillah....kami semua tengok tibi ...macam bosan pulak....akak tengok talipon...eh ada sms dari firdee....apa putus tunang katanya....ish ish.....akak terus reply semula.....so kami semua nak ilangkan bosan kami pergi ke kota bahru... kami pi sana naik van yang disewa....kat situ kami pi billion...ala ala pasaraya setaraf jaya jusco lah kot...ramai orang .....ramai yang handsome lah...akak sempat lah memandang dan cuba mengurat mamat yang menjual air kat situ..namun petua yang akak turun kan tu tak leh guna....tiba tiba firdee tipon dari genting...ilang rindu akak pada dia....bergelak ketawa kami di talian ..kukik kukik lah kami.....dah semua abis beli..kami pun balik ke rumah tumpangan.....opss terlupa nak cerita ...kat bilion tu akak nampak satu set pepondan uols...wow begitu ayu mereka..sambil diusik oleh jejantan kelantan...auwwww..nanti uols ek..nanti akak akan turun dengan geng geng akak pulak....satu bilon tu nanti menfeweeet kami nanti kan...gitewwwww
bab 5 : aktiviti malam
apabila malam menjelang, kami sekeluarga bersiap siap pergi ke rumah pengantin perempuam.......saje jalan jalan lagi pun tuan rumah mengajak kami makan malam sama sama nanti...akak segera mengenakan revlon di muka akak...masa tu akak pakai di ruang tamu..maka semua orang memandang akak.....ayah pun tegur " adik pakai apa kat muka tu ?" terus akak menjawab sambil menyapu revlon di muka " alah ayah...nie cream nak ilangkan parut di muka...kan ada bintik bintik demam campak nie..malulah yah...." ayah hanya mendiamkan diri....akak dengan cepatnya menyapu revlon...bukan itu sahaja...ala ala dah pecah lubang tu , terus akak pinjam liquid fondation kat adik perempuan akak yer...hah ambik kau...kami semua berkongsi petua kecantikan dengan adik beradik..kakak dan adik perempuan akak dah tak kisah dah kot....lagi pun gambar lelaki kat dalam dompet akak nie pun, mereka dah tengok dah u ols....so redah sahaja...kami sekeluarga pergi ke rumah pengantin perempuan
dari luar nampak orang yang sedang berkemas dan mendirikan khemah.....akak rasa berdebar debar pulak kan..si hairul dah mula text akak, dia dah mula bertolak ke kelantan..jalan jam..yelah esok kan hari deepavali kan....so kami masuk...kedatangan kami disambut meriah oleh tuan rumah..owh ramai jugak adik beradik mimi nie yer.....adik beradik tiri dia semuanya lelaki ...ada 7 orang ..wowo ada yang 4 orang muka malatops...atlit katanya..akak sangat lah suka....kami makan di khemah yang disediakan......tuan rumah sibuk dengan persiapan..si mimi sibuk dengan adat berinai....terdapat sekumpulan lelaki yang berbadan kekar sedang memasak dan mendirikan khemah..kesempatan itu akak gunkaan untuk berkenalan dengan mereka..nanti mereka kata akak sombong pulak......makanan disitu sangat manis sekali... kami makan slow slow..mak dan ayah sibuk berbual dengan bisan baru mereka....akak seperti biasa membuat kerja amal ...giteeww...dalam pukul 11 malam kami dihidangkan minum malam.....balik ke rumah tumpangan dalam pukul 12 30 malam ...zzzzzzz
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment