macam sotong

hai semua...
akum...
sihat pembaca di sana? erm harap harap kalian sihat yer. Akak belum tido lagi lah sebab akak baru ajer makan malam di sebuah kedai pandan jaya. fuiyoohh, yang best kedai tu kan ada sorang mamat tu handsome. kerja kat sana. so tiap tiap hari akak datang nak tgk muka dia yang malatop tu...alah ulosss, bukannya dapat pun kan?

oklah kali ini entry akak berkisar pengalaman ngeri tapi benar benar terjadi pada minggu lepas. akak tak kan lupakan pengalaman nie sebab akaklah lah superhero masa kejadian tu. Kalau ada anugerah tokoh guru , akak pasti nama akak short list kan. ala ala top 5 universe kan....

oklah begini ceritanya.

akak ada mengajar sorang budak pompuan darjah 5 uols. Dia tinggal kat kondo miharja, kelas kan. ayahnya sorang pegawai bank, handsome ya amat. Akak taste..hikhik tapi ibunya pun cantik uolsss..melatop. sepadanlah. Tapi akak nak celah bedah lite lite ajer uolsss. Bukannya luak kan...

so satu hari budak tu buat lah besday party kat kolam renang, kelas tak? maka ramailah rakyat jelata dijemputnya termasuklah akak, so akak pun datang sambil membawak perut ajer. mana nak cekau beli hadiah tengah bulan uolsss..akak bukannya berduit macam kawan kawan akak yang vogue ittewww.

ok, pastu mulalah acara potong kek. menyanyilah ramai ramai . sore akak yang paling merdu rasanya, berhenti semua burung mendengarnya, angin bertiup sepoi sepoi bahasa, akak rasa macam cantik sangat masa tu. ayahnya dekat dengan akak, so apa lagi, akak tunjuk skill lah.

tapi yag tak bestnya uolss, dalam sibuk sibuk orang makan kek dan juadah, tiba tiba bunyi orang jatuh dalam kolam renang uolss..

suasana menjadi panik uolsss. masa tu akak dengan ayah buak tu ajer lelaki....yang lain makcik makcik dan budak budak.suasana jadi kelam kabut. akak terdengar bunyi sore orang menjerit agar akak terjun dalam kolam tu

"cikgu..cepat tolong anak murid cikgu tuuuu"' jerit sorang makcik pada akak.

akak konpius uuolss. mana akak ada bawak bajung renang atau swimsuit macam miss universe tu kan. Akak pakai baju formal.kalau akak ada bawak baju renang tu, haruslah akak catwalk satu kolam renang sambil melibas libas kain kan

akak tak pikir panjang, terus terjun macam pertandingan renang berirama lagaknya. akak pun gunalah skill renang akak yang suam suam kuku tu.

akak tarik rambut budak tu. terdengar jeritan kecik budak tu. Mungkin sakit. akak guna kudrat yang yang ada selamatkan budak tu , akak bawak ke tepi kolam renang.

tiba tiba akak dengar bunyi tepukan uolsss..heheheh. markah penuh kot gaya akak..

"wah cikgu..hebat cikgu berenang," puji anak murid akak yang kuat melaser akak tu. pompuan uolsss.

"hehehe..hebat ker..erm awak rasa cikgu berenang macam apa?" akak saje uji nak dapatkan pujian dari diaorang

"hehehe..macam sotong" jawab nya ringkas sambil makan ayam..

akak terasa terhina sangat




bercerai

akum semua...

apa khabar? sihat? seronok membaca?

oklah entry kali ini akak nak tulis pasal "bercerai" uolsss. Siapa yang di sini dah pernah rasa bercerai dengan kapel uolsss. angkat kaki? hah, ramai gak yer yang ada pengalaman bercerai kan. begitu jugak akak ...baru 2 bulan berpisah dengan lover yang akak sayangi uolsss. uhuk uhuk uolssss..ala kasssim.....( motif) ....

akak malas nak tulis macam mana kami boleh bercerai berai nie sebab nanti akak nagis tau. Tak sian pada akak ker....tapi akak terasa lah uolsss kehilangan nya . Dah 6 tahun akak kapel dengan dia uolsss.. 6 tahun uolsss bukan 6 bulan, lamakan....

mula mula hari pertama tu cerai akak rasa macam ok ajer. Entah lah..tak pulak sedih sebab akak tengah blur blur sotong gittew kan. tapi dah masuk hari ke 2 dan ke 3 uolss..akak mula meroyan uolsss. menangis ajer. tapi taklah jadi macam kassim selamat . seminggu akak tak pergi tuisyen uolsss..meratap kesedihan. bonggok kan akak nie ( sedar pon)

nasi baik ada kenkawan yang memberi semangat ( atau bertepuk tangan hehehehe) jadi akak terus kuatkan semangat akak menjalani hidup akak nie.

nak bercinta lagi? opsss.... cukuplah ..nanti nanti lah..akak penat bercinta nie uolsss....pedih nya kalau kena tinggal ..akak suka bercinta atau berkapel biarlah lama uolsss. sebelum dengan ex kapel akak nie, akak pernah bercinta dengan seorang mamat, lama jugak 3 tahun...

buat pembaca di sana , yang sedang berkapel, jaga lah kapel uolss baik baik tau. kalau ada masalah tu selesaikan dengan baik. jangan gaduh gaduh....oklah akak nak pi makan jap.nanti taip lag ek

soalan maut

hai semua....macam lah ramai sangat yang baca blog akak nie kan? hahahaha
sajer ajer tau..

oklah apa khabar semua? Akak sekarang nie di rumah tau. Jam dah menunjukkan pukul 7 35 malam. Tuisyen malam nie batal sebab anak murid akak demam uolss. So boleh lah rehat sikit, maklumlah akak tengah pulun tuisyen nie sebab nak beli minyak wangi uolsss. pastu nak dekat raya dah uolsss.

bercakap pasal raya , uolsss dah beli ker baju raya? awal lagi? eh ye ker...akak dan ahli keluarga akak dah tempah dah. Tema kami adik beradik ialah warna coklat..hehehe kelas tak? ala ala mata akak yang coklat nie. gittew kan...eh apa yang akak merepek nie nie kan. Lari dari tajuklah uolsss kan?

oklah hari nie akak nak cerita pengalaman akak semasa mengajar baru baru nie. Bukan senang nak jadi cikgu tuisyen nie uolss. Bukan akak nak mendabik dada, bagi akak, semua kerja mana ada yang senang kan? Tapi kali ini akak nak cerita macammana kalau anak murid tanya soalan maut...

satu petang ketika akak mengajar budak budak tahun 4 . ada 3 orang anak murid akak iaitu 2 orang pompuan dan 1 orang lelaki. 3 orang budak nie dah lama tuisyen dengan akak. hampir 3 tahun arrr. jadi nak dijadikan cerita...

"cikgu...cikgu tgk tibi tak?" tanya seorang budak pompuan sambil tangannya menulis di buku latihan matematik.

"napa?" tanya akak sambil mengira mengria jawapan matematik menggunakan kalkulator.

"cikgu, liwat tu apa?" berdentum akak dengar. Bayangkankan uols budak pompuan darjah 4 pulak tu. Tanya soalan macam tu

suasana menjadi bungkam. 3 pasang anak mata merenung akak. masing masing meletakkan pensil. akak rasa berdebar jugak nie. macam mana nak terangkan. parents tuisyen akak yang sedang minum petang di atas meja turut memandang akak. mereka mengharapkan akak dapat menjelaskan benda itu dengan baik.

"erm....ok. liwat tu bermaksud ermmmm..perlakuan seks songsang atau luar tabii..biasanya di lakukan laki dengan laki," jawab akak dengan teragak agak. Akak mengharapkan topik itu dapat di hentikan dengan segera uolssss.

"eh macam mana laki dengan lak boleh buat benda tutttt tu cikgu?" tanya anak murid akak lagi. hah pembaca di luar sana, kelas tak? ada bunyi "tuttt" lagi yang menunjukkan itu adalah perkataan lucah.

"erm, cikgu rasa benda nie tak perlu kamu tanya pada cikgu. Lagipun benda nie tak masuk dalam exam akhir tahun," tepis akak dengan berhemah. Tapi uolss, perangai bebudak nie kan. selagi tak dapat jawapan yang memuaskan, hah, bersedialah mereka akan tanya bertubi tubi.

"hehehe..cikgu tak dapat jawab sebab cikgu tak tahu kan?" sindir anak murid akak yang lelaki tu. amboi amboi mulut kau, meh aku cili .... getus hati akak masa tu.

nie nak mencabar akak nie nie...

"bukan cikgu tak mahu jawap, tapi perkara macam nie tak sesuai cikgu nak terangkan pada kamu sekarang. Lagipun kamu akan paham bila dewasa nanti....tapi apa yang yang cikgu nak bagitau, liwat itu memang perbuatan yang tidak baik..berdosa.." wah wah..akak terasa macam akak tudung labuh gittew kan...

"oh ye ker...kalau macam tu CIKGU MESTI TAK PERNAH KENA LIWAT KAN. ITULAH SEBAB CIKGU TAK TAHU NAK JAWAB" jawab anak murid akak sambil terus menulis di buku matematik.

akak pengsan uolssss

akak kembali

akum semua...
maafkan akak kerana terlampau bz sangat sehingga terlupa nak up date blog akak nie...
dah bersawang sawang kan...
mesti ramai yang tak akan masuk dalam blog akak sebab tak der entry kan?
tak per..nanti akak terus taip beberapa entry yang nak di kongsi dengan para pembaca tau..

buat pengetahuan u ols akak dah lama tak up date sebab lap top akak rosak uolsss. U ols nak tahu berapa lama akak kena tunggu? erm 1 bulan 2 minggu. Hazab kan ? kena tunggu lama nak dapat lap top. tapi memandangkan benda nie free..akak bersabar tau..

oklah akak tak sabar nak tulis entry akak yang pertama nie....tungu yer