takut lah uolsss

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..so buat apa cuti hari ini uolss? berjalan jalan kah uolss semua nie? akak tak buat apa apa hanya kemas umah ajer ...pastu pose pose tengok tibi ajer lah

oklah so macam mana dengan kempen menutup lampu tu ulos? adakah uolss jugak menutup lampu semalam? akak di rumah, dengan kekwatnya membuka lampu kuning di bilik dan pastu pose pose dengar lagu, akak tengok kat kawasan pandanjaya, tak der satu rumah pun yang tutup lampu, masing masing bz tengok akedemi fantasai lagi katanya..

oklah uols akak nak cerita satu pengalaman yang sangat ngeri dalam hidup akak, dan akak berharap akak tidak akan melaluinya lagi lah uolsss...begini yer...

semalam dalam pukul 11 pagi akak dah bangun yer, sebab semalam akak ada bengkel upsr, dalam pukul 2 petang, so akak pun pose pose bangun dan terus bersiap siap nak ke bengkel tersebut, awal jugak akak bangun sebab akak lebih suka pi awal, so lebih senang kan, dan boleh lah makan tengah hari nanti, dalam pukul 12 lebih akak dah sampai ke dinamis...

dengan perasaan yang bersemangat, akak pun menekan butang lif ke tingkat 4, tapi malangnya akak tak sedar yang lif itu tersekat di tingkat 2, oleh kerana akak rasa macam dah bertahun dok dalam lif, akak terus tekan butang lif tu sekali lagi , alamak tak bergerak...akak pun melompat lompat dalam lif sepertimana yang selalu akak dan kasandra buat ....sambil melompat tu terbayang akak masuk acara gimrama ..iaitu acara belantan ....

malangnya, lif tu tak bergerak langsung yer..akak dah mula cuak jugak, akak tunggu lagi beberapa minit, namun memang lif itu tak bergerak lah uolsss...peluh jantan dah mula menitik nitik nie, habislah revlon tujuh petala akak nie...akak cuba menenagkan perasaan akak dengan mendengar lagu uols.. masa tu lagu lagu sedih, pose pose cuba nak memangis suapaya akak dapat mengalihkan perasaan takut akak tu....tapi jantung berdegup degup uolss..sangat takut ketika itteww yer....

akak sms firdee dan akiko, akiko reply dan meminta akak menekan butang lif itu dengan lebih lama lagi..akak pun tekan lah...tak der apa apa kesan pun. oh yer, baru akak teringat yang hari ini hari sabtu, so mana ada orang kerja hari itu....penat jugak akak menekan butang tu seolah olah nak masuk pertandingan kuiz di peringkat sekolah dulu dulu

akak dah mula cuak, akak terpandang sekeping kertas yang ada nombor telefon kompeni membaiki lif iaitu OTIS yer, terus akak kol ..dapat...yes..alhamdulilalh, dengan sore yang kepit kepit lite, akak melaporkan kejadian kepada operator nye ( giteww ala ala zakiah anas kan ) dan operator tu bagitau juru teknik akan sampai tidak lama lagi..so dia minta akak bersabar...masa tu akak rasa macam nak berborak lama dengan operator tersebut sebab suara dia agak macho sekali, namun akak takut jugak, sore ajer yang macho, tengok tengok patah riuk nanti bila jumpa....

jam dah menunjukkan pukul 1 petang, ini bermakna akak dah terperangkap dalam 30 minit sebab akak masuk dalam lif tu dalam pukul 12 30, akak sempat tengok jam masa tu sebab nak pi makan tengah hari masa tu...tiba tiba akak dengar sore jantan menjerit dari luar....legalah sikit bila akak dengar sore orang..kalau tak dok macam kat gua sahaja rasanya

lelaki itu ada juruteknik yang membaiki lif, dia meminta akak bersabar ...dia jugak berbual bual mesra dengan akak untuk menghilangkan rasa takut dan gentar akak semasa itteww...masa tu akak rasa macam nak mintak no tipon dia ....tapi takut pulak di tuduh gedik, lagi pun tak tengok wajah empunya sore, kalau handsome, memang lama akak boleh berbual dengan dia, pastu purak purak pengsan apabila dah keluar dari lif , sambil berharap dia melakukan pernafasan mulut ke mulut..amboi amboi...imiginasi akak kan?

oklah, tak lama kemudian, laki tu arahkan akak keluar dari lif dengan segera....akak pun lari keluar cepat cepat kan.....tapi malangnya akak di tingkat 5 sedangkan dinamis di tingkat 4, macam mana nak pi tingkat 4 kalu lif rosak kan? dah ler tak der tangga nak ke bawah...fikiran akak buntu uolssss

kemudian , akak bagitau pada juruteknik yang akak nak pi tingkat 4 , bukan tingkat 5, so lelaki tu menyuruh akak masuk semula dalam lif dan tekan tingkat 4..akak pun masuklah, ingatkan dah ok uolss...tapi sangkut lagi..memang akak hangin masa tu..laki tu minta akak tunggu lagi...alahai..dah pukul 1 20 petang dah nie..akak rasa macam dah tak bernafas dah uolsss masa tu...

dengan kudrat yang tinggal nyawa nyawa ikan itewww akak pun bukak lah lap top akak sambil melihat gambar gambar percutian yang pernah akak pi dengan kenkwan...manalah tahu, kalau umur akak pendek, at least akak sempat melihat gambar adik beradik 69 dan jugak gambar keluarga akak yer..nauzubillah...aiyooo tetap ada pose pose sedih di dalam lif

tak silap akak, dalam pukul 1 30 barulah lif itu bergerak ke tingkat 4, dengan cepatnya akak keluar dari lif dan terus bukak pintu dinamis..masa tu semangat akak nak but bengkel pun merundum lah uolss..sangat sakit hati masa tu.......

itulah pengalaman yang akak tak akan lupa ..terperangkap di dalam lif yer.....

akak tengah hangin nie

akum semua...apa khabar?sihat?alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak disini sihat sahaja...tapi tengah hangin satu badan nie uolss......

eh napa pulak tetiba hangin sedangkan sekarang nie dah pukul 2 pagi, akak dan akiko serta firdee ada kat Q bistro nie, heheheh macam nie uols.tadi kan dengan gigihnya akak menaip satu entry yang bertajuk woooo takutnya.....tapi masa nak publish, akak disconnect terus entry akak tu hilang pulak...

bila tengok kat list, dah tak der, hanya separuh sahaja yang tinggal, mana akak tak hangin uolsss sakit hati lah..panjang jugak akak taip tu, kalau nak taip semula entry tu, memang akak sakit hati lah uolsss.....

oklah akak nak taip entry lain lah..itu pun kalau akak larat ........

gedik ker?

akum semua...apa khabar? sihat semua? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja dan kini berada di Q bistro bersama dengan kak farah, dan jugak firdee....malangnya daylan tak der pulak hari ini..penat akak kol dia ...tak angkat pun dia....tak best lah daylan takder uolss kan?

oklah uolss semua dah tengok ajuk entry akak kali ini? heheheh pasal gedik uolss....gedik tu apa ek? gedik tu macm mengada ngada lah lah..biasanya gedik tu lebih kepada pompuan uols tapi jangan salah anggap ek, gedik bukan sahaja untuk pompuan malahan untuk pondan jugak kan?hehehehehe

oklah sebenarnya akak dah berkenan dengan seorang mamat yang bekerja di kedai tomyam sederet kedai jaya tomyam....ala nak jadi kawan sahaja ...so suruh lah kak pah dan kak khan ambik no telefon mamat tu...tunggu pnya tunggu akhirnya dapat jugak nombor telefon dia..akak
rasa sangat heppi lah uolsss..

oklah uolss, akak rasa sangat heppi, so bertambah lah lagi kawan kawan akak yang berasal dari thailand nie....erm perlu ke entry ini akak publish? hehehehhe....akak pun ting tong uolss...dah macam tak der idea...so tulis ajerlah...dan publish terus sahaja....

tutup lampu semua uolsss

akum semua apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer....akak disini pun sihat sahaja ..alhamdulillah .....so uolss macam mana dengan kerja hari ini yer? ok kah? mesti heppi punyakan sebab esok kan dah mula cuti ...

oklah sebagaimana yang kita semua maklum, esok tak silap akak, dalam pukul 8 30 malam, kita semua di galakkan menutup lampu selama 1 jam sehingga pukul 9 30 malam ..so diharap kita semua dapat melaksanakan dengan baik sekali,.....tak kisah lah samada uolss rasa nak tutup ke tak.....

tapi pada pandangan akak, baiklah uolss cari lelaki yang boleh temankan uolss dalam kegelapan nanti, yang dah ada kapel tu, seronoklah boleh berdua dua sambil bergelap gelap kan...yang solo macam akak nie, erm sapalah nak temankan akak esok dalam kegelapan kan? erm nantilah akak nak carik sorang lah kan...best gak, dok berdua sambil bergelap gelapan...

tak pun akak nak lepak pi makan ker, pastu lampu ditutup, akak akan order makanan yang best best dan mahal mahal harganya..pastu bila lampu di tutup, cepat cepat akak akan melarikan diri sambil pose pose tahan teksi dan balik ke rumah ..ok tak idea jahat akak ? pastu esoknya tengok tengok perut dah kena busung , sebab tak bayar harga makanan kan? tak baekkk buat macam tu...

ermm tak pun akak pi lepak pasar raya jaya jusco ker sambil pose pose test revlon dan jugak lip glosss..teringat pulak dengan si ej yang selalu meracun akak supaya test lip gloss kat watson jaya jusco maluri..apabila lampu ditutup cepat cepat akak lari dari watson sambil membawa segengggam revlon dan lip glosss....kelas tak idea akak tu uolss..kalau uolss semua nak ikut, sayugia diingatkan agar uolss jangan pulak tertangkap ek.....

macam mana pulak dengan rancangan uols ssemua....nak lepak sahaja di rumah kah sambil bergelap..mesti hari ini orang cari lilin kan? laku lah lilin hari ini dan jugak esok...akak tak perlu risau, lilin masa hari jadi tahun lepas akak masih simpan lagi...kecil dan kurus ajer lilin tu..ala ala model gitteww kan? so kalau nak tutup elektrik nanti, akak bakar lah lilin....

tapi akak nak ingatkan , jangan pulak masa kau bakar lilin, tiba tiba kau pose pose mengantuk, pastu kau tido..lupa pulak nak padam kan lilin, tup tup rumah kau terbakar..choiii sangatkan macam tu...demi untuk menyahut seruan kerajaan, tup tup banyak pulak umah terbakar..so uolsss, kalau rasa x nak padam elektrik, tu tak payah lah padam...biar umah kau ajer yang menyala api elektrik..kau pose pose kekwat lah dengan jiran tetanga kan?

oklah, kita tengok sahaja apa yang berlaku pada esok malam kan? mesti seronok jugak kalau kita bergelap..pastu lepak dengan kawan kawan buat unggun api kan? mesti best..tapi jangan pulak kau buat unggun api kat q bistro pulak...naya nanti uolss...pi lah buat kat tepi pantai ker apa ker..eh eh sebut pasal pantai teringat pulak kat pulau pangkorina pulak kan.....oklah uolss dah tak der idea nak tulis apa apa .....jumpa di lain entry.......

p/s rasa macam nak tukar nama....maria hulia julia mendoza tu pada nama apa ek? semalam ada daylan kasi idea....lupa lah pulak

dari pandangan mata terus ke hati


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping teman dan orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja ..alhamdulillah...tapi ngantok ngantok sikit sebab sejokrina ek...sekarang ini kat cc taman dagang ...dah baca dah novel sekeping kad seuntai kata yang ditulis oleh kasandra yer...


oklah uols semua dah tengok ker tajuk entry akak kali ini? lor cinta lagi kah? aiyooo tak larat lah kak maria dengan cerita cerita cinta ajer..adakah kak maria dah hilang idea nak tulis cerita cerita lawak kah? ohh bukan macam tu dek non, sekarang nie musim rasa nak bercinta...biasalah akak nie sekarang nie teras lonely balik lah uolssss..lepas musim bercinta mulalah musim "mengawan" opsss itu lah leh nak jawab


lagi pun akak bukanlah nak masuk bertanding raja lawak lah uols..kadang kadang penat jugak nak buat lawak, tapi kalau uolss nak dengar lawak lawak banggang akak, jumpa ajer akak secara live di dinamis ker, atau di kedai kak lahar ..tempat selalu akak lepak...kalau mood akak ok, akak akan menghidangkan lawak lawak yang terkini dan segar ...gitteww kan...


baru baru nie, nas dan aleem datang mengejut dengan kasandra di dinamis yer, dah lama jugak tak jumpa mereka berdua nie..seorang cute giler seorang lagi macho giler....tapi yang penting dua dua bukanlah orang yang giler yer....sesuwai sangat kan mereka berdua nie......si nas dah semakin kurus dan slim..tengok sahaja di blog mereka berdua, gambar seksi nas dah cukup mengetarkan jiwa akak yer..opss aleem ampon akak yer..sekadar memuji..uolss kan jugak yang tumpang bangga kan? aleem pun dah kurus jugak? apa petua mereka yer? oh yer ..mereka bermain tenis yer...so itu yang mereka kurus..


oklah seperti biasa akak dah mula merepek nie ( tetiba teringat kat daylan bila akak tulis part nie ek) ..sebenarnya nak cerita pasal seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati akak nie ...pintu hati yang selama ini tertutup rapat..sukar untuk ditembusi mana mana lelaki, akhirnya,,akak nak bukak lah sebab dah lama kegersangan cinta lah uolsss.....gittewww kan...tak larat uolsss kan..( sila sediakan plastik muntah yer)


siapakah lelaki ittewww? alah uolss sabarlah lah ekkk..nanti bila dah confirm akak bagitau lah...bukanlah bermakna akak sengaja nak sorok sorok kan dari uolsss kan( penting ker pembaca tahu kan ? ) bukanlah akak nak mendapatkan publisiti murahan lah..bukan..sengaja nak tulis dalam blog ..bila dah tulis, rasa macam lega sikit lah ....


kali pertama akak memandang nyer..tetiba lagu "sempurna" terus berkumandang di telinga akak....akak merasakan hati akak berdegup kencang ( bukan sebab akak makan pil hormon ek) memang akak terpanah dengan ketampanan lelaki tersebut yer....akak terangkan sikit lah pasal orang tu, dia tinggi, putih, dan comel lah muka dia.....mungkin pembaca bertanya.....,"dapatkah?"


belum lagi dapat lah sebab akak malu nak tegur laki tu walaupun kami selalu bersua, namun masing masing hanya mampu pandang pandang memandang antara satu sama lain lah...itu ajer...kadang kadang rasa macam nak tegur dan tak rasa selesa bila berpandang pandangan sahaja, namun masing masing kelu giteww...tolonglah kasandra jadikan part ini sebagai satu lagi novel uolss kan?


dan setiap malam, kalau dulu, mimpi akak dihiasi dengan wajah mat tomyam, hairul dan pian, sekarang wajah lelaki ini sering hadir dalam mimpi akak yer ( jangan kau pikir akak nie sampai mimpi basah pulak ) yup uolss akak selalu sangat mimpi orang yang akak rindui ek...gitewww....


oklah uolss takut uols semua rasa macam nak muntah...akak rasa dah tak mahu tulis..lagi pun tak jelas sangat kan tentang lelaki itteww kan..perjalanan kami masih jauh lagi lah..sebab kami belum bertegur sapa antara satu sama lain..namun...pandangan itu membuatkan akak sudah jatuh hati kepadanya........auwwww
p/s tak larat kan kalau pepondan tua macam akak nie berangan.....sabau ajer lah

sekeping kad seuntai kata vs permintaan terakhir....

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau sihat dan bergembira disamping teman dan orang yang tersayang yer...akak disini sihat sahaja....alhamdulillah..so uols esok kan hari sabtu, cutikan? so apa planning uols ek? apa apa pun akak harap uols bergembira meluangkan masa dengan orang yang tersayang ek..
sekarang ini hujan semakin menjadi jadi kan uols..sejok sangat kan? sejokrina rasanya akak nie..alangkah bestnya setiap malam kita tidur kita ditemani oleh seseorang yang kita sayangkan...sekarang ini setiap malam, kak akan tidur ditemani oleh kak pah dan khan yer iaitu kawan baik akak jugak lah, kak pah tu boleh dianggap macam mak angkat, kak khan tu macam kakak angkat akak lah jugak....
oklah dah tengok tajuk entry kali ini...aiyoooo adakah dua buah novel ini akan berentap untuk merebut novel terlaris di pasaran?..awal awal lagi akak bagitau, tak mungkin yer sebab novel sekeping kad seuntai rasa telah mendapat sambutan dan cetakan yang berulang ulang yer sedangkan novel permintaan terakhir hanya di cetak sekali sahaja, dan akan dialih bahasa dalam bahasa thai ....heheee
mari kita tengok macam mana kasandra menggunakan kretivitinya untuk menjadikan novel permintaan terakhir ini lebih menarik ek..mari kita saksikan...
kelas. nak lawan novel sekeping kad seuntai kata lah tu kan?apapun i suka dengan scene..."saya rindulah...."tetapi tetiba scene tu macam tergantung. sebab belum sempat pian memberikan kepastian tentang siapakah yang dirinduinya, perbualan terhenti dek gangguan budak-budak.di sini penulis seakan-akan mahu meninggalkan tanda tanya di kalangan pembaca...mungkinkah akan ada sambungan ...permintaan terakhir 2?"cikgu ingat tak Pian pernah cakap Pian rindu, dan cikgu ingat Pian merindui keluarga?""Ingat", kata Cikgu."Pian kembali hari ini...sebab Pian nak Cikgu tahu yang orang yang sentiasa Pian rindui itu adalah orang yang berada di hadapan Pian sekarang ini..."Cikgu tertunduk kelu."Sanggupkah Cikgu menjadi suri hati saya?""Tapi Pian akan berkhidmat sebagai tentera?""Pian dah pun membayar 5000 sebagai mana yang Mat lakukan...Pian buat kerana Cikgu""Tapi..." "Tolong Cikgu, jangan dera lagi rasa ini. Pian tak sanggup nak berpisah dengan Cikgu lagi. Sanggupkah Cikgu menunaikan permintaan terakhir Pian untuk hidup bahagia bersama Cikgu?""Pian...""Cikgu hanya perlu menjawab sudi atau pun tidak..." Tegas Pian. Dari sinar matanya, terpancar seribu sinar pengharapan.
March 24, 2009 9:53 AM
ini merupakan idea yang disumbang saran oleh kasandra dalam entry akak yang bertajuk permintaan terakhir..pada mulanya akak baca novel ini akan akan tertawa ek ..pastu bila baca berulang ulang, terasa sangat sedih pulak kan..pandai kasandra bermain dengan kata kata dalam novel ini ek...u memang ada bakat terpendam kan.....
tapi kalau..di ulangi kalau lah situasi ini berlaku dalam hidup akak, akak pun tak tahu nak jawab macam mana...sedangkan akak bahawa ada 3 orang pepondan pandan jaya minat dengan pian, belum lagi pondan pondan lain dari kawasan lain yang pernah datang ke kedai jaya tomyam, mungkin mereka pun minat dengan pian, kawan kawan akak memang tak minat pun..lega akak, kurang sikit saingan kan?
akak pulak, suka lite lite ajer dengan pian, suka tengok muka dia yang comel tu ajer...tang hidung , mata dan rambut dia..yang lain tu biasa sahaja....sedangkan akak rasa mat lagi "jaggok" berbanding dengan pian kot....
masa pian kata "rindu" tu, akak ternanti nanti jugak, sambungan dari mulutnya, namun perbualan kami terhenti apabila terdengar bunyi jeritan, rasa malu bersarang di hati akak untuk bertanya, manalah tahu kalau dia rindu pondan lain ker, awek dia ker....nanti akak jugak yang malu gak kan..kalau dia rindu dengan akak, akak pose pose malu sambil menukar baju kurung lah.....motif baju kurung? sebab pian kan baik orangnya....
apa apa pun setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan nya tersendiri, akak pulak, bukanlah chantek sangat nak memilih orang kan.....hehehehe apa apa pun thanks kasandra kerana memberi komentar yang menarik sehingga menjadi satu novel ..heheeeh kelas u olss kan.....
p/s tetiba teringat dan rindu dengan pian......

permintaan terakhir....

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembiar di samping orang yang tersayang...so macam mana dengan hari ini? seronok dengan aktiviti yang uolss lakukan? yelah esok dah mula kerja kan? masa berjalan dengan pantas bukan? nak masuk hujung bulan kan? so kita akan masuk ke bulan april pulak kan?banyak nya akak tanya soalan ....
oklah uolsss dah tengok tajuk entry akak kali ini? aiyooo macam lain sahaja bunyinya kan?"permintaan terakhir" macam sesuatu sahaja lah..alah uolss bukan apa, ini hanya berkaitan dengan pian lah uols..aiyooo mungkin kenkawan akak dah mula buat muka..hah tengok muka hamie tu kat skrin, mesti macam orang nak muntah bila akak nak cerita pasal pian..alah hamie, pian dah balik kampung lah ek..kalau uolss nak muntah, sila sediakan plastik muntah yer....
oklah uolss. pada hari sabtu, semalam, akak menerima sms dari pian dalam pukul 10 pagi..dia mengajak akak temankan dia membeli tiket balik ke pwtc di hentian putra, pada masa tu, akak dah mula pening dan rasa macam nak demam, namun bila mengenangkan pian yang ajak,dan dia pulak dah nak balik ke thailand, ahaiiiii..akak pun gagahkan diri,...dalam pukul 11 pagi , pian datang kerumah, akak belum bersiap lagi sebab tertido..ampon pian......
dalam pukul 12 tengah hari, kami pun pi lah ke stesen lrt pandanjaya , semasa beli tiket, pian kata " eh tak payah cikgu, biar hari nie saya bayar , " sambil tersenyum. akak pun diam sahaja sambil menyimpan duit akak semula, ok jugak kalau dia nak bayar...pian menerangkan yang dia telah mendapat semua gaji dari bos, dalam 2 ribu lebih jugak, wow kaya katanya...dan dia jugak meminta akak mengajar dia masukkan duit dalam cash deposit di maybank nanti..
dalam lrt, kami duduk bersebelahan sambil berbual bual, pian nampak seperti sedih sahaja, so akak biarkan sahaja dia melayan perasaannya, malas nak tanya, sampai sahaja, di pwtc, kami terus ke hentian putra...berpusing pusing kami mencari bas ke rantau panjang...sebenarnya banyak bas, namun, pian ini agak memilih sedikit ..so dia pergi satu kaunter ke satu kaunter...
dia ingin pulang ke rantau panjang pada hari ahad, kalau boleh pagi, tapi malangnya dah penuh, ..akhirnya, dapat jugak pian satu bas yang akak lupa nama syarikatnya, pukul 9 3o pagi, hari ahad. pergh lega rasanya, cuaca pun panas masa tu, ramai orang pulak, dengan budak budak sekolah yer lagi, pelancong lagi..pergh pening kepala lah uols....
"cikgu, boleh pian buat satu permintaan?" tanya pian sebaik sahaja kami selesai membayar tiket, akak merenung ke arah mata anak muda yang berusia 21 tahun ini...dalam hati bertanya tanya , apakah permintaan pian kali ini....
"erm boleh ker...permintaan terakhir nie " gurau pian sambil tersenyum..akak senyum ajer sambil mengangguk kan kepala..."apa dia pian ?" tanya akak semula sambil berjalan melintas jalan...
"saya nie dah lama nak jalan jalan di sekitar kuala lumpur, duduk sini dah hambir 7 bulan , tapi tak pernah dapat berjalan lah cikgu, nie pun duit ada sikit, so ada pulak masa free, ingat nak jalan jalan, lagi pun saya tak biasa kat kawasan nie..boleh cikgu ?" terang pian ...riak wajahnya mengharapkan permintaan nya akan tertunai
tidak mahu menghampakan permintaan pian, akak mengangguk sahaja, so pian pun tersenyum ceria, lalui bertanya destinasi yang kami nak pergi..akak menyarankan kami lunch sahaja di sogo..pian hanya mengangguk kan kepala..dia tersenyum...terus mengeluarkan duit, menyuruh akak membayar duit tiket ke sogo yer....
kami terus ke sogo, cepat cepat akak bawak pian ke tempat makan, akak makan nasi campur dan pian makan mi kari, kami berbual tentang perancangan pian selepas ini, adakah dia mahu bekerja di jaya tomyam, atau di tempat lain....pian diam sahaja, akak tak mahu tanya apa apa lagi, takut mood dia berubah pulak kan....selepas makan, pian mengajak akak jalan jalan di sogo, dia melihat baju baju yang dijual dengan potongan harga 50 %..wowo seronok tengok dia memilih baju....
"cikgu tak mahu beli satu ker..tak per pian bayar , sebab cikgu pun ada beli untuk pian satu ..." ujar pian
"eh tak per lah pian, tak perlulah..
"eh jangan macam tu cikgu, ambik satu, saya ikhlas..." pujuk nya lagi......
"no thanks pian....." jawab akak...
pian terus memilih baju untuknya...selepas kami ke sogo, dia nak pi tengok pavillion pulak, katanya dia hanya pernah mendegar sahaja nama tenpat tu,akak tak mahu menghampakan permintaan nyer, terus ke pavilion...
sampai disana pian macam terkejut budaya, tengok anak anak muda malayisa yang berpeleseran di pavilion, ada yang sangat sibuk dengan tarian shuffle nyer kot...heheheh kami hanya berjalan jalan...
"eh nie tempat orang kaya kaya lah cikgu..." ujar pian sebaik sahaja kami melintas dari satu paras ke satu paras....
"
takperlah, kita pi tengok tengok lah dulu ....." ujar akak..
kami terus berjalan, namum tempat ini macam tidak menarik perhatian anak muda dari naratiwhat ittew..dan akak mengajak di pi isetan pulak..pian ikut sahaja, kali ini dia macam teruja melhat potongan harga baju yang ditawarkan..sibuk sekali dia memilih baju untuk adik adiknya....
kami terasa penat pulak, pian belanja minum air..kami nak pi klcc pulak..aiyoo pian nie....banyak sangat permintaan terakhirnya..akak bawak lah dia ke klcc..sibuk dia menyuruh akak mengambil gambarnya dengan menggunakan kamera hanset....heheheh dia mengajak akak lepak kat air pancut...
"terima kasih cikgu sebab bawak saya jalan jalan...saya sangat seronok sekali ..." ujar pian..bunyinya akak skema..memang macam tu lah pian ..skema sekali...
" ok jer pian, no hal, lagi pun cikgu cuti hari nie..." balas akak sambil memandang pian..
"saya rindu lah ...." tergantung ayat tu( rindu dengan akak kah? opssss)
"rindu dengan mak ker? heheheh nanti pian balik, pian jumpa lah mak pian kan..alah sabar lah.." pujuk akak pada pian...
kami terdiam apabila mendengar budak budak menjerit ..alah budak budak zaman sekarang nie bukan tahu malu pun....
"so nak pi mana lagi mr pian?" tanya akak...
"rasanya dah tak mahu jalan jalan, dah pukul 4 petang dah nie kan..saya nak solat dulu lah cikgu...." ujar pian
"oklah kita solat kat umah cikgu sahaja?" cadang akak
"
tapi nak masukkan duit dulu dalam maybank leh tak?" tanya pian
"boleh, kat maybank pandan jaya?" ujar akak
"oklah boleh lah cikgu..mana mana pun boleh..tapi pian nak belanja cikgu kfc lah"
eh ye ker..thanks pian...."nanti habis pulak duit pian..." usik akak
"tak per...manalah tahu saya tak balik lagi kat sini...."
kata kata pian itu menjadikan akak terdiam.....kami terus pulang ke pandan jaya, singgah di jaya jusco sekejap...jalan jalan, pi beli kfc dan akhirnya pulang ke pandan jaya..pian bersolat.. akak pulak kemas kemas rumah....
yang penting, akak dah tunaikan permintaan terakhir dari pian..semoga ketemu lagi lagi pian..insya allah....
p/s pian ada berikan akak satu hadiah yang erm boleh kata sentimental value jugak lah..heheheheh

ke genting hinglandrina pulak


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan hari cuti nie? seronok? happy tak? apa program uolss nie? erm bagi yang bersekolah, esok dah kena pi sekolah yer..jangan pulak kau orang pose pose kat umah pulak esok...dah cukup seminggu cuti kan? so apa lagi..pi lah sekolah ek...



oklah uols dah tengok tajuk entry akak kali ini? oh yes, buat pengetahun uols semua, akak dan kenkawan telah pergi menghabiskan masa dengan bercuti di genting highlands uolss..pi genting katanya...sebenarnya kami semua tak planning pi sana yer...hanya ini merupakan planning mengejut sahaja....



dalam pukul 11 lebih, akak yang tengah pose pose di bilik kerana demam lite lite telah menerima sms dari kasandra yang mengajak pi genting, pada awalnya akak malas nak pi uols, sebab rasa tak sihat dan sedikit masalah kewangan yer ....namun apabila kenkawan lain pun pergi, akak pun ikut serta . rasa macam rugi pulak tak pergi kan, sebab yang last akak pi genting 10 tahun yang lepas kot..haha bayangkan dah lama uolss sepuluh tahun yer..itu pun dengan akiko dan jugak dengan bekas ex akak iaitu zulfaizal...



oklah, apabila semua orang dah setuju, akak, daylan , firdee dan hamie ( geng pangkorina) pun bertolak ke genting, tak dapat digambarkan perasaan masa tu, sebab seronok pulak rasanya, rasa demam tu dah hilang yer..gitteww kan ...apatah lagi dah 2 hari tak jumpa firdee dan daylan sebab akak demam, so rasa rindu pulak dengan diaorang, dalam keta lagi kami dah mula sessi lahar melahar dengan gembira sekali yer...bukan lahar sentap menyentap ek..



oleh kerana , akak , daylan dan hamie belum makan lagi, firdee mengajak kami makan di hentian genting sempah kot..opss sorry lah kalau akak salah eja nama tempat nie sebab akak pun tak ingat ..makan makan nasik campur di sana...malangnya, minuman di sana sangat hampeh...sakit hati kami, tapi tak kisah lah, asalkan hajat kami ke genting kesampaian giteww....



kami meneruskan perjalanan, sepanjang perjalanan firdee tak berhenti henti menerangkan satu demi satu tempat yang menarik di kawasan tersebut, akak dan yang lain hanya mendengar dan sekali sekala bertanya yer, ala ala pemandu pelancong ajer firdee itu yer....heheh sian firdee yang terpaksa melayan pertanyaan dari pelancong pelancong asing nie kan...banyak jugak tempat menarik yang akak dan hamie serta daylan belum pergi...



kamsi sampai di stesen kabel , cepat cepat kami pi beli tiket, dan masa tu ramai pulak pelancong dari luar negara datang ke genting jugak, setelah kami mendapatkan tiket pergi balik, kami semua beratur untuk menaiki kabel ke genting, omak aii ramai sekali orang yer...bila sampai giliran, satu gundala itu hanya mampu memuatkan 8 orang sahaja, so kami berempat berkongsi dengan seorang pakcik melayu dan seorang lelaki cina kot..so kami hanya diam sahaja, maklumlah takkkan kau nak pecah lubang dalam gundala itu kan,



firdee seperti biasanya menceritakan kisah pengalamannya bekerja di genting kepada akak yer, dan yang hairan pakcik yang berbangsa melayu tu seolah olah ingin turut serta berbual dengan kami katanya...hehehehe...sebaik sahaja kami sampai di genting, masa tu hari dah mula mendung, hujan pulak, so kami bercadang untuk berjalan jalan di bahagian dalam sahaja yer, satu demi satu tempat firdee tunjukkan pada kami bertiga, oh yes jangan lupa yer, kalau bawak hami dan daylan , mesti ada sessi tangkap gambar yer...



kami pun berjalan satu demi satu bahagaian di genting sambil mengambil gambar, kalau nak tengok gambar, sila ke blog firdee yer, sambil tengok gambar atau entry pasal genting, jangan lupa untuk membaca novel terhangat dari kasandra yer ....akak rasa lapar dan haus pulak , kami singgah di tempat makan ..mamak rasanya....pergh best lah mi rojak mamak tu. selepas itu, kami terus berjalan dan bergambar...



hamie pulak terasa nak pi rumah hantu katanya, firde pun macam teruja, hanya akak dan daylan yang macam berbelah bahagi sahaja lah....namun setelah diracun , akhirnya akak pun setuju lah...hanya teringat rumah hantu di bukit merah sahaja..hehehehe..so kami pun beli tiket, ada seorang mamat yang berpakaian seperti hantu ( warna hitam) agak over yer...ada ker dia sergah akak mas anak serahkan tiket....hanjing..terkejut lah akak kan...'



masuk sahaja ke rumah hantu, kami berempat berdebar debar, masing masing tak mahu menjadi orang yang paling hadapan sekali ..maka bertolak tolakkan lah kami antara satu sama lain..kelakar sungguh....belum masuk dah takut, tapi bila mengenangkan dah bayar, rugi pulak kalau tak masuk kan, kami pun beranikan diri, akak seperti biasa, akak memegang tangan atau pun lengan kawan sambil tunduk ke bawah..tak pandang pun ke depan uolss...kelakar kan...pandang ke bawah sambil menjerit seolah olah untuk menjiwai watak yer....hehehe'



aiyoo..uolsss memang akak dah penat di dalam rumah hantu yer, yang kelakarnya, ada ker kami mengadu kat "hantu " tu yang kawasan tu gelap..aiyoo hantu tu tak layan, dia terus mendekati kami sambil memukul dinding, mungkin dia mahu kami meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan gelap yer....kami mengadu lagi pada hantu tu , " ada tak lampu suluh bang?"

kelas tak kami, mintak lampu suluh kat hantu tu...dan yang penting panggil hantu itu "abang " katanya..mana kau tahu hantu tu lelaki ke perempuan kan? ....



setelah penat melontar vokal, kami pun keluar dari rumah hantu itteww..dengan perasaan yang ceria sekali...tadi kami takut, lepas tu ceria pulak...si daylan nak pi main satu permainan yang melibatkan laser..kami pun pi lah tgk tgk, macam tak mencabar..so kami beralih ke roller coaster dalam tu, alal tak lah mencabar sangat kot........kami beli tiket, dan beratur untuk naik, tak ramai sangat orang lah naik roller tu, akak dok sebelah firdee, bila bergerak akak dah mula tutup mata ( hanjing kan akak nie). tapi seperti biasa akak akan melontarkan vokal akak di atas roller coster tersebut yer.....



heheheeh, nak jatuh gak jantung nie walaupun tak lah mencabar, oklah uolss best dan last sekali kami pi tengok satu cerita pendek sambil memakai cermin mata hitam, 3 D katanya..wowo best lah uolss....akak tak pernah tengok benda macam nie, sambil tengok movie tu, akak menjerit jerit lite lite lah..kisah seorang budak yang tertinggal bas sekolah, dan terpaksa menggunakan satu benda khas yang boleh membuatkan dia terbang untuk sampai ke sekolahnya, namun semasa dalam perjalanannya itu, dia terpaksa menempuh pelbagai halangan gitteww....heheheheh, bila dia masuk dalam terowong, akak pun dapat rasakan akak akan masuk dalam terowong jugak uolsss...



sebaik sahaja kami keluar, kami bercadang untuk balik ke cheras lah, tambahan esok masing masing dah kena kerja kan..kami singgah makan di sebuah restoran ....erm servis sangat teruk....lepas kami makan, kami terus kan perjalanan.....daylan tertido di bangku belakang..akak dan kasandra bergelak ketawa mendengar satu stesen radio yang jiwang yer..hamie kadang kadang mencelah perbualan kami..akak sampai di pandanjaya dalam pukul 11 30 malam..memang letih..dan mula terasa nak demam pulak kan......namum dengan gigih terus menaip entry untuk percutian di genting ini....



inilah satu pengalaman yang tak kan akak lupakan yer..nantikan gambar gambar di blog firdee yer....

picture never tell lies( hah ambik kau bi katanya)


apakah yg korng akan fikir kan jika korg terjumpa beberapa keping gambar couple korg yg di ambil seminggu yg lalu bersama2 dgn scandle dia, dlm keadaan mesra dan perpelukan (couple korg yg memeluk scandle dia)! dan gambar tersebut di simpan dan di sorok dari pengetahuan korg! couple korg jugak dah menipu dan memperbodohkan korg bila rahsianya terbongkar!apakah tindakan korg?A) Hapuskan gambar tersebut berserta couple korg sekalik!!B) korg akan bertemu semula dengan scandle lama korg dan memeluknye juga.C) Korg akan tinggalkan couple korg utk 2-3 hari, dan enjoy sepuas2nye!D) Korg akan diam, terima segala alasan couple korg?



akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua ppembaca yang budiman sihat dan bergembira dengan orang yang tersayang...ok, so macam mana dengan kerja hari ini yer? ok tak? baguslah kalau semua berjalan dengan lancar..dan esok hari sabtu , so sudah pasti malam ini pasti anda semua dengan rancangan masing masing kan..



oklah akak sekarang ini di cyber cafe pandan jaya uols...selepas ajer habis kelas di dinamis dan memastikan semuanya ok, akak pun balik ke rumah lah...terus teringat novel yang ditulis oleh mr firdee di dalam blog nya ..dengan perasaan yang meluap luap dan rakusnya, akak terus masuk ke dalam blog firdee..erm nampaknya belum di publish lagi bab yang seterusnya..tak per lah..akak akan menanti dengan penuh kesabaran nya....gittewww ala ala ketagihan untuk membaca bab demi bab kan uolsss?



oklah akak dah mula melalut dah nie...dah tengok petikan dari blog kak farah ? yup petikan di atas merupakan satu sedutan dari blogger yang terkenal iaitu mr herry atau lebih di kenali sebagai kak farah yer....nampaknya kak farah telah meminta kita semua( iaitu pembaca yang tersayang) memberi jawapan tepat berdasarkan masalah yang timbul. terdapat 4 pilihan jawapan yang diberikan , yang mana setiap jawapan yang diberikan akan memberi impak atau kesan yang besar dalam perhubungan ....



tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai masalah yang timbul, takut pulak nanti mencetuskan kontroversi yer, namun sebagai seorang sahabat, adik beradik 69 atau lebih tepat lagi sebagai seorang kak long izinkan akak memberi sedikit pandangan dari kaca mata seorang yang dah berusia nie..maklumlah umo dah 33 tahun, sudah pasti ada perkara yang ingin dikongsi secara bersama. namun, sebelum meneruskan hujah hujah ini, sepuluh jari di susun pada kak farah sekiranya terdapat kata kata atau apa sahaja yang menyinggung hati mana mana pihak..



"picture never tell lies" merupakan satu pepatah bahsa inggeris yang selalu akak dengar di dalam cerita orang putih yer....ini bermakna melalui sekeping gambar sama ada di tangkap atau pun dilukis boleh menunjukkan sesuatu bukti atau hujah yang kukuh, namun tidak semuanya bukan? oleh sebab itu, gambar sangat penting dalam kehidupan kita, contohnya, dalam kad pengenalan kita, ada gambar kita di atasnya.....kalau kita nak buat passport ker apa ker atau nak isi borang kerja sudah pasti gambar diperlukan bukan? malahan kalau nak pi pangkor pun, akak dan kenkawan bergambar ajer kerjanya....



tapi kadang kadang kita kena lihat pulak situasi semasa gambar itu diambil jugak, manalah tahu masa gambar itu diambil, salah seorang atau salah satu pihak tidak menyedari bahawa gambarnya di ambil kan? atau masa gambar itu di ambil, salah seoarang di paksa untuk bergambar kan? so apa apa pun kita kena tengok dengan situasi yang berlaku. sebagai contohnya, lihat sahaja gambar gambar kami berempat pergi ke pangkor rina, kami menunjukkan rasa ceria sebaik sahaja lensa kamera terarah kepada kami.....apatah lagi daylan dan hami yang boleh akak gelar kan "ratu " gambar gitteww..setiap saat mesti nak bergambarina katanya....'



namun kalau bf anda bergambar dengan skandalnya...dalam keadaan yang berpelukan dan ceria, sudah pasti kita yang menatap gambar itu akan tersentuh dan akan melenting seketika? kita akan terus mempersoalkan sejauh mana kesetiaan bf kita dan kejujurannya terhadap kita, pertengkaran akan wujud , apatah lagi sekiranya kedua dua pihak masih lagi berdegil dan bertegas dengan pendiriaan masing masing....sekiranya pertengkaran tidak menemui jalan yang positif, amat lah ditakuti perhubungan di bina akan menjadi "retak menanti belah " sahaja...



pilihan jawapan A : menghapuskan gambar tersebut bukan lah sesuatu tindakan yang terbaik , karana mungkin di satu pihak lagi masih menyimpan gambar tersebut, dan untuk menghapuskan bf kita pun bukanlah sesuatu yang terbaik rasanya..jangan pulak pasal beberapa keping gambar, terus kita nak hukum bf kita sebegitu..mungkin bf kita sengaja nak bergambar dengan skandalnya..yelah kalau set set adik adik nie, kalau bergambar mesti ada feeling feeling nak pelok lah, apa lah..tengok sahaja , kk yer yang pernah dianugerahkan model of the year bagi kawasan pandan jaya, setip kali lensa ke arahnya, terus di pose maut gittew....walaupun dia seorang yang srt8 yer....jadi dalam kes ini mungkin mereka berpelukan kerana mereka kesejukkan ker..maklumlah musim hujan kan? so pelok pelok tu biasalah kan....tapi tak tahu nak pulak, lepas bergambar sambil berpelokkan pastu terus ke katil untuk berpelokkan sekali lagi..gulp gulp..lahar........hehehehehe ya ampon.......



pilihan jawapan B: wah wah wah...ini merupakan salah satu cara membalas dendam kan ? ada orang percaya, "action speaks louder than words" alah pepatah bi kan ada cakap kan? so kalau kita ambil tindakan yang B nie, kita kenalah contact skandal skandal lama kita pulak kan? pastu nak ambik gambar pulak ? hehehe kelas jugak idea macam tu, kalau boleh kita ambik gambar di atas ranjang yer.....hah tengok apa pulak kata bf kita, tapi tindakan yang paling melampau kalau kita ambik video semasa kita dan skandal kita tengah buat 18 sx..pastu kita masuk dalam handset bf kita....suruh dia tengok....hah kelas tak idea akak nie.....kalau nak glamer, apa kata kau masuk ajer dalam you tube kan? pastu esok kita tengok ajer muka depan surat khabar metro, mesti ada klip kita tu ..heheheheh



pilihan jawapan C : hah nie -pun elok jugak kalau kau orang rasa nak buat macam tu..kau orang tinggalkan kapel kau orang 2 atau 3 hari pastu kau pergi melacur dengan jantan lain, namun, adakah dengan cara ini masalah yang timbul akan selesai? persoalannya apakah yang akan berlaku selepas 2 atau 3 hari kita tinggalkan kapel kita? nak bincang semula perkara tersebut? atau mengganggap perkara tersebut dah setel setelah kita berjaya menemui beberapa jantan lain dan berhibur dengan mereka? akak rasa, cara ini tak sesuai lah sebab apabila sesuatu masalah yang berlaku dalam perhubungan kita, eloklah di setel kan dengan cara segera yer, janganlah lari dari masalah kan?



jawapan D : ini merupakan pilihan yang sangat terbaik kot..ala ala kita redha dengan apa yang berlaku..dan kita layak mendapat title isteri yang solehah..ala ala cerita ayat ayat cinta kan pulak? kalau uols ambil jawapan D, eloklah u olss semua memakai tudung semasa keluar dengan suami kita yer..kak farah dah beli tudung kah? kalau uolss redha sahaja, tak elok jugak uols.at least dapatkan sedikit kepastian dari dia terlebih dahulu, manalah tahu bf kita telah di mabukkan sebelum gambar itu di ambil ker..atau di beri pil khayal ker ? manalah tahu kan ( ini sebab akak terlalu taksub tengok cerita gerak khas kan) hehehhehe..



so apa pendapat uols dengan pilihan dan ulasan akak? macam tak serius ajer kan akak memberi ulasan kan? heheheheeh entah lah uols....takut nanti gambar gambar drag akak di upm disebarkan pulak kat internet..takot woooooooo........














cikgu maria, farah dan kassandra

akum semua..apa khabar semua? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja ..alhamdulilah sekarang akak di cafe kolek bersama dengan akiko dan kassandra yer....so macam mana dengan kerja hari ini? ya allah masa berjalan dengan pantas bukan? sekarang dah masuk hari khamis bukan? esok jumaat pastu dah masuk hujung minggu..memang berjalan dengan begitu pantas sekali...

oklah anda semua dah tengok tajuk entry kali ini? yup kali ini akak nak cerita pasal 3 orang tenaga pengajar yang bertugas di pusat tuisyen dinamis yer..apa lagi kalau bukan cikgu maria , cikgu farah dan cikgu kassandra...heheh tiga orang ini lah yang menjadi tonggak kepada pusat tuisyen dinamis...

diberikan dan diagihka tugas mengajar subjek yang berbeda menjadikan kami dapat menumpukan sesuatu pengkhususan subjek bukan? akak ditugaskan mengajar subjek bahasa bagi semua peringkat, mengajar beberapa subjek pmr seperti sejarah, geografi mathematics dan sebagainya....kassandra pula akan fokus kepada subjek yang paling sukar dan ramai pelajar melayu kita lemah iaitu bahasa inggeris..manakala cikgu farah pulak diberikan tugas untuk mengajar subjek yang berteraskan sains .....

apabila membaca entry yang ditulis oleh kak farah mengenai tuisyen, akak terpanggil untuk menulis pulak, bukan berniat untuk mencedok idea yang dibuat oleh kak farah, bukan yer, hanya menjadikan entry kak farah sebagai satu idea sahaja ....thanks kak farah kerana mencetuskan idea untuk akak menulis dalam blog akak .

kalau nak cakap segi pengajaran, org yg paling layak semestinye Cikgu MARIA iye. dengan suara yg lantang dan tegas, cikgu maria mmg tak kasi ruang utk student2 nie nak main2. tapi lain pulak cara ( blog dari kak farah)

petikan ini diambil dar blog kak farah ye....oklah sebenarnya setiap orang mempunyai cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza bukan, mungkin setiap orang mempunyai pendekatan yang pelbagai bagi menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran itu menjadi lebih menarik bukan? kalau akak pulak, mungkin telah terbiasa dengan cara mengajar di sekolah lah uols...memang sore akak sangat lantang mengajar sehingga terdengar ke bilik sebelah mas a mengajar yer.hahah ala ala seorang komander memberi arahan kepada anak buahnya...

akak memang sangat tegas masa mengajar, namun bukan lah bermakna akak garang atau apa uols..tak pernah lah memariekan diri semasa mengajar uols....kadang kadang akak buat lawak jugak....tapi akak pujilah cara kawan kawan akak mengajar yer...contohnya, kalau kassandra mengajar, akak suka dengan cara dia menarik perhatian anak anak muridnya...kadang kadang di wajah nya terpapar wajah keletihan penat bekerja , namun apabila memulakan kelas, segera dia menjadikan wajahnya ceria dan murid muid dapat mengikuti kelas denagn baik sekali..

akak jugak respek dengan cara kak farah mengjar yer....penuh dengan kelembutan dan contoh contoh yang diberikan kepada anak murid muridnya..pendekatan yang dibuat oleh cikgu farah menjadikan anak murid semakin rapat dan gembira dengan cikgu farah..bukan bermaksud kami bersaing untuk menjadi guru yang terbaik ker..atau nak kumpulkan hadiah sempena hari guru nanti ye, bukan...hanya setiap dari kami mempunyai teknik dan cara yang tersendiri.....ini menjadikan murid murid bertambah sayang dengan kami semua..

di kelas cikgu kassandra, terdengar murid murid melibatkan diri secara aktif di dalam sessi pembelajaran dan pengajaran yer..masing masing berlumba lumba untuk memberikan pendapat dan idea masing masing..kadang kadang terdengar jugak ketawa kecil anak anak murid .....seronok jugak bebudak tu..di kelas kak farah pulak anak anak murid tekun mendengar apa yang di ajar, cara kak farah lebih kepada pendekatan menerangkan sesuatu isi sambil bercerita yer..... mungkin pelajar akan lebih mudah paham..

apa apapun, akak berpegang pada satu konsep..teringat semasa di sekolah dahulu, nasihat guru besar " cikgu...kita semua ini di amanahkan untuk mendidik anak murid agar menjadi insan yang berguna...anggaplah apa yang kita lakukan ini sebagai satu pekerjaan yang mulia, mendapat keredhaan dari allah s.w.t" terus akak pose pose waheeda dan berlari memakai tudung

pian....

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..so macam mana dengan kerja hari ini? ok tak? erm sekarang dah masuk hari rabu...cepatnya masa berlalu bukan? esok dah khamis pastu jumaat ...dan dalam sekelip mata kita akan masuk ke bulan april...
ini bermakna tak lama lagi semua umat islam akan menyambut bulan ramadhan...amboi kak maria awalnya nak menyambut ramadhan..puasa kah kak maria? heheheeheh..puasalah uols...napa akak maria sangat teruja nak puasa yer..entahlah rasa macam seronok bila berpuasa uuolsss...
oklah uols....dah tengok ker tajuk entry kali ini? ceh pendeknya tajuk entry....dah ler pendek pastu ada nama jantan pulak...aiyooo macam mana tu? ala sajer ajer akak nak tulis entry ini pasal pian...pian mana? pian cecupak kah? alah bukan glamer mana pun pian nie, hanyalah seorang pekerja di jaya tomyam...erm jaya tomyam lagi kah? aiyoooo tak boring kah tulis pasal jaya tomyam?
oklah kenapa agak nak tulis pasal pian yer? sebab pian akan meninggalkan bumi pandanjaya yang tercinta, akan pulang terus ke kampung di narathiwat uosl..sob sob sob..sedih lah kami uols..siapakah kami itu? ramai sangat kah yang akan sedih? yup..antara yang akan sedih ialah amy, apis dan akak..itu belum lagi termasuk pondan pondan lain atau chekki checkki yang menyukai pian secara diam atau pun tidak...
bagi geng geng akak yang agak berani , menyatakan perasaan dan suka kepada pian yer....aiyooo hanya akak sahaja yang tak cakap lah uolsss..oklah lupakan kes itu sekarang nak citer pasal pian sedikit, pian ini baru ajer berusia 21 tahun, berasal dari narathiwat, telah kematian ayah dan sekarang hanya ada dua adik dan seorang ibu, sejak kematian ayahnya, pian lah bertanggung jawab di atas keluarganya....
pian telah menamatkan zaman persekolahan sebaik sahaja menduduki peperiksaan STPM di malaysia. buat pengetahuan anda semua, pian tinggal di thai, tapi bersekolah di malaysia ..pian akan berulang alik dari kampung ke kelantan ...erm kelas tak..tiap tiap hari merentasi dua buah negara bukan?
keputusan peperiksaan spm bukan bukannya teruk sangat...pian ada dapat 3 A dan yang penting subjek sains nya A uolsss kelas kan...dan tak der langsung yang gagal...hanya subjek bi sahaja yang lulus yang lain adalah kredit....so ini bermakna dia bukanlah seorang yang tak pandai, bak kata miss miss ada "brain" lah katanya..namun atas kesempitan hidup, pian hanya mampu meneruskan pengajian di peringkat stpm
dalam peperiksaan stpm, pian lulus dengan keputusan yang akak rasa ok jugak...lepas sahaja menamatkan zaman persekolahan, dia terus memperjudikan diri ke pandanjaya untuk bekerja. kedatangan pian masa itu mendapat sambutan yang hangat terutama pada amy dan apis..amy terus terang menyukai pian( sorry lah amy) namun pian masa tu agak takut dengan kami semua..agaknya terkejut budaya kot..tetiba pepondan ingin berkenalan dengannya ...
pian seorang yang sangat pendiam, hanya bercakap apabila perlu sahaja dan agak manja dengan kak pah. teringat masa dulu, kalau tido kat umah diaorang, pian akan tido dengan kak pah di luar, manakala akak pulak hanya tido di dalam bilik sensorang...masa berjalan dengan begitu pantas, begitu jugak dengan pian mula berubah dari semasa ke semasa...dari seorang yang pendiam kepada seorang yang boleh diajak berbual...
banyak jugak yang akak bualkan dengan pian, pasal ibunya, pasal keluarga, pasal aweknya, dan kisah hidupnya, tapi pian agak sensitif dengan bab bab "seks" ..mungkin dia tak suka, hanya dia akan berdiam sahaja..akak pulak tak pernah citer bab bab itu dengan pian lah....macam rude ajerkan....
oklah dalam minggu depan, tak silap akak pian akan balik ke thailand semula, menghadapi sessi pemilihan untuk menjadi askar dan berkhidmat di tanah air sendiri...aiyooo kesian kan? semua lelaki di thailand harus menjalani sessi pemilihan askar setelah berusia 21 tahun, mahu tak mahu semua wajib, kalau tak nak, siaplah...susah nanti kalau nak berurusan dengan kerajaan.
sekiranya pian terpilih, dia akan berkhidmat selama 2 tahun , dan bebas seperti biasa selepas itu...hatinya berat sekali untuk pergi ke pemilihan tersebut...dan selalu pian selalu berdoa agar dia tidak terpilih..apa apa pun akak doakan pian senantiasa sihat dan bergembira di sana.,..sama ada terpilih atau pun tidak....pian berjanji untuk pulang semula ke pandanjaya.....

panggilan itu

akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan kerja hari ini? ok ker? hujan lagi kan hari ini? agak lebat jugak....akak disini sihat sahaja yer..alhamdulillah....





sekarang ini akak di sebuah cafe yang terletak tidak jauh dengan Q bistro..namanya cafe KOLEK yer..bersama dengan firdee dan akiko disini yer...kami sampai dalam pukul 10 lebih tadi...terus order makan. wow makanan disini sedap jugak lah ...dan inilah first time akak makan habis uolss..selalu nya tak makan habis pun.....kali ini alhamdulillah makan habis....erm tak lama lagi naiklah semula badan akak nie yer...





oklah akak nak cerita satu kisah nie yang berlaku pada petang tadi sebelum akak pi ke dinamis..dalam pukul 1 ptg, tengah siap siap nak pi dinamis, akak dapat panggilan dari rumah shahril.mulanya macam malas nak angkat, macam tak penting ajerkan, tapi bila fikirkan semula, macam tak elok pulak kan..so akak pun angkat. dai corong telefon terdengar suara lelaki, eh tak kan shahril pulak kan? dulu bukan main lagi dia marah marah melalui sms...so akak terkejut jugak....bila akak cakap "hello", aka terdengar bunyi sore shahril yang berkata "oh sorry lah, salah nombor"



erm tak perlah kalau dia cakap macam tu..tapi yang hairan mengapa pulak boleh salah dail kan? sedangkan masa nak dail tu takkan tak perasan nombor akak tu....lagi pun dia menggunakan telefon rumah, bukan handset yer...sekali lagi amoi akak berdering, nombor yang sama..takkan salah lagi kot?



akhirnya terdengar jugak sore shahril di talian, sore yang pernah akak rindui dahulu,,dengan sopannya dia bertanya khabar ...akak pulak tidak menyimpan dendam di hati, menjawab dengan baik dan ceria sekali...kami berbual bual tentang diri sendiri yer...masing masing bersungguh sungguh bercerita ...seronok pulak..



shahril bercerita tentng saudara maranya, pak ajie pi pulau pinang melawat menantu yang sudah bersalin, pak dang pulak bagitau yang uncle salleh telah kemalangan, pak ngah pulak dikampung dah tak bukak kedai makan lagi, mak induk pulak masih lagi sakit akibat kemalangan tempoh hari...akak pulak bercerita tentang kisah bekerja di dinamis, tinggal di pandan jaya sensorang, kisah dah putus dengan acap...macam macam lagilah kami bertukar cerita antara satu sama lain....



tapi at last, shahril berterus terang yang dia bercadang nak berenti kerja kerana dah tak sanggup kerja di maxvalue. maklumlah dengan keadaan ekonomi yang merundum , kebanyakkan pasaraya tidak mahu mengambil pekerja lagi kerana tidak mahu menanggung kos yang terlalu tinggi nanti....jadi ini menyebabkan pekerja pekerja lama akan membuat kerja lebih @ tambahan dari biasa . ini menjadikan shahril tertekan pulak..secara bergurau dia bertanya mengenai pekerjaan di opis dinamis..itu kena tanya pada my big boss, mr firdee yer...



semasa berbual , akak kalau boleh tak mahu bercerita tentang kisah lama kami, sebab dulu melalui sms dia dah sound akak , yang lepas lepas lah katanya..so dengan penuh berhati hati, akak berfikir dahulu sebelum berkata..tak mahu pulak nanti shahril menjauhkan diri...



namun, timbul jugak persoalan, adakah dia telefon semasa dia dah terdesak atau mengalmi kesusahan ? mengapa masa susah nak kol akak pulak, mengapa dulu shahril begitu sombong sekali? entah lah.persoalan itulah yang selalu bermain di minda akak yer...namun, kita kena fikir secara positif lah kan.....namun langkah berjaga jaga haruslah diambil agar akak tidak terjerat lagi.....

jangan pisahkan.....aku dan dia...

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..akak disini pun sihat..agak kesejukkan disini yer, maklumlah musim hujan sekarang nie..asyik mengantok sahaja ..persoalan yang timbul adakah air hujan sekarang mengandungi dadah...atau pil tido? sebab akak kena hujan mesti rasa nak mengantok uols...
oklah uolss semua dah tengok kah tajuk entry kali ini..wah wah kisah cinta kah lagi ? aiyooo udah udah lah tu, dalam usia 33 nie masih lagi nak cerita pasal cinta kah ? bukan lah uolsss ..bukan kisah cinta..nie kisah cik arnab akak ....sebagaimana yang uolss tahu cik arnab akak sekarang ini telah dipelihara oleh anak buah akak di flat sri melaka ...dan nama cik arnab akak di tukar, dari fareeza natasya rabiatul azwa kepada nama yang pendek sahaja iaitu Fiona....hah kelas tak nama baru cik arnab akak?
uolss semua tahu kan bagaimana perih jerih akak menjaga arnab akak? yup uolss dah rasa macam oshin pulak bila menjaga arnab ittew yer, maklumlah, balik ajer dari kerja mesti "mengoshinkan diri" membersihkan bilik yang penuh dengan tahi arnab yer....oh ye ..ada perkataan baru yang akak nak perkenalkan iaitu "mengoshinkan diri" bermaksud membuat kerja terlebih masa dengan sukarela atau pun paksa rela..kira macam overtime lah...tapi kalau uolss boring boring pastu terus buat kerja, itu jugak boleh dikategorikan "mengoshin kan diri "
contoh ayat yer.." ermm mak boring lah uols..baik mak mengoshin kan diri mak " sambil pose pose membasuh pinggan mangkuk yer...tak pun begini " erm , uolss lapar tak, biar mak mengoshin kan diri dengan masak cekodok dan teh tarik yer, " hah itulah contoh ayat yang boleh anda gunakan ..asyik marie ajer yang glamer..tak adil lah..baik kita glamer kan oshin yer....dah dah dah..aku dah mula dah melalut yer....
oklah sebenarnya begini, semasa nak bertolak balik tadi, akak terdengar perbualan antara nabiela dengan ibunya di dapur ..
ibu nabiela : eh , nanti kita kasi fiona kat nenek dan atuk lah yer..biar atuk dan nenek jaga ...
nabiela: eh napa pulak..biar fiona duduk kat umah kita
ibu nabiela: ala ibu tak larat nak jaga lah...berak dia banyak, pastu berbau pulak ..nanti umah kita macam bau pet shop pulak...
nabiela: alah sian fiona lah ibu..nanti dia menangis lah ibu..
ibu nabiela: mana kau tahu dia menangis....biela ibu arnab kah ( omak oiiii laharnya )
nabiela: eh mana ada...biela bukan ibu dia lah.....mana boleh biela lahirkan arnab bu...tapi tanyalah pak lang dulu...nanti apa kata pak lang
ibu nabiela: alah..pak lang kau tak kisah kot....tapi kau pi tanya pak lang kau .....
erm itu lah tadi sedutan perbualan diantara nabiela iaitu anak buah akak dengan
ibunya...yang mana mereka berdua merancang untuk mengeksport cik arnab akak ke kampung..sian pulak akak dengan cik arnab akak tu yer..nanti jadi gadis kampung...mesti akan makan kangkung sahaja sedangkan di bandar beliau selalu memakan lobak yer....( apa bezanya lobak dan kangkung itteww)
adakah cik arnab akak mampu tinggal di kampung? mungkin cik arnab akan sihat dan montel kerana menyedut uadara yang segar, mampukah cik arnab bergaul dengan cik ayam , cik itik, cik kucing dan macam macam binatang yang ada di kampung akak nanti? mampukah mereka wujudkan satu tali persahabatan? ontah lah..namun pada hemat akak tak perlulah hantar ke kampung
cik arnab tu tak salah apa apa pun , hanya disini akak salahkan diri akak, mula mula nak jaga, pastu kasi nabiela pulak..sepatutnya akak tak perlulah kasi kat nabiela sebab itu adalah pemberian orang yang perlu dijaga dengan baik bukan ?...nantilah akak akan bincang semula..kalau nak hantar ke kampung, baik hantar semula ke pandan jaya lah sebab jangan pisahkan akak dan cik arnab akak yer....gittew....

ayah dan ibu


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..so macam mana dengan aktiviti hari ini? seronok? bagi yang pelajar sekolah, perghhh cuti dah bermula kan? apa lagi...mesti nak lepak dan rehat kat umah kan....


akak disini sihat sahaja, sekarang berada di rumah kakak, di flat sri melaka, nak tunggu makan malam bersama dengan adik beradik ( bukan adik beradik 69 yer) adik beradik kandung. kami baru sahaja balik dari negeri sembilan dan malam ini kami ingin berbincang mengenai beberapa perkara yang melibatkan urusan keluarga....


antaranya kami akan berbincang mengenai jadual untuk menjaga atau pun menjengok ayah dikampung kerana selama ini kami terlalu sibuk dengan kerja masing masing, kadang kadang terlupa dengan ayah dan ibu di kampung..so oleh kerana cuti sekolah, maka kakak cikgu menawarkan diri untuk menjaga ayah selama 3 atau 4 hari, maklumlah kakak cikgu masih lagi menyambung pelajaran di open university,


akak pulak akan menawarkan diri menjaga untuk sabtu dan ahad, itu pun kalau tak der apa apa aktiviti lah, begitu jugak dengan adik adik yang lain. bukan kami nak lepas tangan dalam hal ini, hanya masing masing kena duduk semeja berbincang dengan baik mengenai perkara ini. penat jugak kami memujuk ayah dan mak tinggal sahaja di kuala lumpur bersama kami, namun mereka berdegil. macam macam alasan yang mereka berikan..


ayah dan mak tak biasa duduk di rumah flat, yang terpaksa mendaki tangga yang sangat banyak, apatah lagi rumah kakak di flat sri melaka, tingkat 4 yer..hazab sekali, lainlah umah akak, tingkat satu, namun mak dan ayah tak mahu jugak, bila dok umah akak, dia rasa macam duduk disangkar burung katanya..terkurung sahaja..aiyoooo..hehehe nak buat macam mana..dah diaorang memang tak biasa, kalau duduk pun , tak sampai 4 hari, dah sibuk nak balik...risau ayamn lah..risau itik lah..macam macam lagi yer...


lagi satu perkara yang ingin dibincangkan ialah mengenai majlis perkahwinan adik akak nie, ayah pulak sibuk nak tambah bilik rumah dikampung yer, so ayah meinta kami adik beradik menyumbnag sedikit wang untuk membuat bilik..maklumlah takut nanti tak cukup pulak bilik bila saudara mara datang, walaupun majlis itu akan berlangsung dalam 5 bulan namun ayah dah mula membuat persiapan satu demi satu yer....baguslah macam tu kan..akak ikut sahaja.


dalam sakit sakit tu pun , ayah tetap nak menjalankan tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga, namun tadi sebelum bertolak, ayah ada memanggil akak dan memberitahu " sekiranya ayah dah tak der nanti, kau lah akan menjadi ketua keluarga, apa apa kau jagalah adik beradik kau ini, walaupun kau masih ada kak long dan kak ngah ...." lepas ajer ayah cakap, akak terus menjadi sebak...


persoalan berlegar, mampukah akak menjadi ketua keluarga sedangkan kehidupan ini masih lagi tak terurus sangat? mampukah ? erm satu tanggungjawab yang besar, itu belum lagi masuk bab kahwin..kalau dah kahwin mesti pening kepala dengan tanggungjawab keluarga dan jugak tanggungjawab sebagai seorang anak kan?tapi kalau fikir balik, sampai bila akak nak hidup happy ajer ? mestilah ada rasa bertanggungjawab sedikit kepada adik beradik kan? hehehee..gittewkan..oklah akak tak tahu kenapa akak tulis benda nie dalam blog


sebab bagi akak, bila akak tulis dalam blog, sedikit sebanyak beban yang akak tanggung tu dah ringan sedikit, akak rasa happy sedikit, dengan kata lain blog akak nie merupakan tempat untuk meluahkan rasa apa yang terpendam lah....sama ada rasa gembira atau duka....

sempurna..........

Sempurna



Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak di sini sihat sahaja ...alhamdulillah..sekarang musim hujan..pagi petang siang malam hujan sahaja kan..takperlah..pepondan ini banyak sangat sogeh nya..kalau panas pun tak boleh, kalau sejok sangat pun tak boleh....kelas sangat kan kita nie uolsss? hehehehehe
oklah dah tengok tajuk lagu dan lirik lagu ini? uwekkk tak abis abis dengan lagu sempuna kan akak nie kan? nak muntah ...tak der lagu lain kah uolss? no tak der....dengan tegasnya akak bagitau akaks uka dengan lagu sempurna nie uolsss....sebab lirik nya sangat puitis...
semasa akak menaip blog ini lagu sempuna berkumandang berkali kali dia ear phone akak yer, sambil menaip sambil mendengar dan membuatkan akak bertambah semangat untuk menaip lagi...bagi akak lagu ini sangat istimewa...apatah lagi sore kepit gita gutawa nie memang lunak..tapi akak dengar tul ker kalau gita nyanyi live tak best uols? entah lah..nanti akak pi dengar kat you tube...
akak dapat sms dari kawan baik akak iaitu akiko tomsen sunade yang bagitau dia suruh akak tengok akedemi fabtasia sebab ada pelajar pompuan akan nyanyi lagu sempurna uols..tul kah..heheheheh ..wowo kalau macam tu mampukah dia mengepit sore dia macam gita gutawa kah?
kalau akak dengar versi lelaki yang menyanyi, akak membayang kan lelaki itu memandang akak yang "sempurna" sekali ......selalu akak berangan uolss...kadang kadang kat tempat kedai makan pun pun akak boleh berangan uols....contohnya..akak membayangkan pi makan kat kedai jaya tomyam lah...versi women lah uols....(walaupun akak tahu akak tak cantik macam kasandara dan akiko ) tapi tetap akak nak berangan lah...akak pun duduk kat satu meja.... sambil menunggu pian datang mengambil order yer..(motif pian?)
masa tu beberapa laki memandang akak yang begitu chantek sekali itu, tambahan pulak dengan kuasa revlon mampu menjadikan wajah akak akak tersangat lah chantek sekali, dengan bulu mata pelesu yang dah macam big bird dalam sesame street katanya....masa tu beberapa lelaki terutama pekerja tomyam curik curik pandang ke arah akak..terutamanya mat lah kan...gitteww..itu belum masuk lagi pekerja pekerja tomyam di kedai sebelah, tak pun kedai 501 ...amboi amboi......chantek sangat kah kau maria oiiiiii
taklah, akak hanya berangan lah..salah kah akak berangan uols....sekarang nie akak suka sangat dengan lelaki thai yang bekerja di kedai makan tomyam uols...sekarang nie planning nak ngurat sorang mamat kat kedai 501 yang berhampiran dengan kedai kak lahar uols..macam ada respon ajer...pastu ada satu kedai makan kat umah kakak di sri melaka, pun ada yang handsome..kalah mat uols.....berbadan kekar....
dengar kata kat uia pun ada satu kedai makan yang menawarkan pekerja thai yang handsome, haruskah akak ke sana? pastu ada lagi satu di gombak uols...akak ada singgah dengan hairul arsenal, ada yang handsome....bukan itu sahaja yer, di kerinchi pun ada seorang mamat tomyam yang handsome...adakah kak maria akan mempunyai seorang kapel yang bekerja di jaya tomyam?
kak misha selalu marah akak,katanya " dari kau mengurat pekerja tomyam, baik kau mengurat bos dia nyah"..wah wah kelas kau kan kak misha? adakah kak misha taste dengan bos kak lahar? hehehehe? kalau ditanya pada kasandra, sudah pasti dia akan tersenyum dan menjawab" saya memerlukan seorang lelaki yang bekerjaya ..diulangi bekerjaya..." yolah..kau lain lah kasandara.... memang lah chantek...boleh lah memilih yang handsome dan bekerjaya...macam akak nie. dah kira beruntung kalau pekerja tomyam dah suka dengan akak.....
nantilah akak nak carik laki yang bekerja bukan di kedai makan..jangan kau hengat akak nie nak carik skandal kedai makan sebab nak makan free kah? aiyoooo...sungguh jahat tuduhan ittew yer...walaupun akak selalu mendapat diskaun di kedai kak lahar( itupun kalau rahim yang kira yer, pian pun selalu beri diskaun ) kalau yang lain tak dapat diskaun..
eh eh akak dah mula merapu dah uols...dari lagu sempurna, akak masuk topik pasal lelaki yang bekerja di kedai tomyam..maaf kan akak, mungkin akak teringat dengan mat tomyam kot....oklah berbalik semula lagu sempurna kita yer....cubalah uols dengar lagu ini..kalau yang dah dengar tu, tak payah lah dengar, aku bukan paksa kau dengar, nak dengar kau dengar, tak nak dengar, kau dengar lagu lain lah ek.....
apa apa pun kita mesti faham, kita nie memang tak sempurna..mana ada seorang yang sempurna, mesti ada kekurangan dan kelebihan giteww kan..dah mula dah, roh ustazah mashitoh dah mula masuk dah....mula dah akak nak pakai tudung nie.....tudung ikin katanya...oklah uolss dari akak terus merapu...baik akak stop....jumpa di lain entry....