lembut vs keras ( intro )

sebelum akak menaip entry ini, akak nak minta maaf sekiranya entry ini akan menyinggung mana mana pihak yang membacanya, di harap apa yang ditulis ini, hanyalah satu pandangan ikhlas semata mata, saya yakin pembaca di luar sana, pasti mempunyai pemikiran yang matang untuk menilai yang terbaik untuk diri anda........

entry ini dah lama nak di publish..tambahan pulak dah berlaku 6 bulan yang lalu, namun masih lagi segar dalam ingatan akak yer...cerita ini bermula semasa akak mula mengenali hairul arsenal...jadi dalam mengenali beliau, akak cuba untuk mengenali kawan kawannya bola, iaitu peminat fanatik arsenal...mereka nie ada geng bola ...selalu main futsal sama sama, dan kalau ada games yang melibatkan pasukan arsenal, sudah pasti mereka akan berhimpun untuk memberi sokongan.

bagi akak pulak, sukan bola nie bukan lah jiwa akak sangat pun, hanya arwah nenek dulu yang minat bola, heheheh motif arwah nenek suka tgk bola, hanya tgk lite lite ajer....tapi bila dah mula rapat dan minat dengan seseorang, maka terpaksa lah juga berkongsi minat yang sama, at least, tak lah nanti berbeda sangat ....

so, akak pun joint lah group mereka nie, kadang kadang pi tengok bola, kadang kadang temankan ke futsal, kadang kadang pi lepak makan, dalam satu group nie pulak mesti ada orang penting , kalau group kita nie, kita panggil mak hayam....maksudnya kalau nak jadi mak hayam nie, tugasnya berat gak, semua pergerakan dan aktiviti group mak hayam yang decide...dalam group hairul nie pulak, ada seorang mamat nie, aku panggil abang man ajer lah ( harap abang man tak baca blog aku nie, kalau dia baca , ada ker aku kesah ?)

abang man nie, berusia 38 tahun, dah berkahwin, dikurniakan 3 orang anak yang comel comel, maklumlah abang man nie pun ada rupa, handsome, tinggi , semuanya lengkap lah...bini dia pun cantik jugak, sopan, bertudung, abang man nie teman sekerja hairul arsenal...dalam handsome handsome abang man nie, satu ajer yang aku rasa tak berapa suka, sikap dialah...aku tak tahu napa dia anti sangat tengok geng geng atau set set lembut....

kalau dia nampak ajer set set lembut, pergh....siaplah ...dia bahankan orang tu..kadang kadang dia kacau kacau , pastu dia gelakkan plak...aku rasa sikap macam nie biadaplah...masing masing ada maruah kan? so...tak perlulah nak malukan orang depan depan..macam rude ajer aku rasa...tapi aku tak boleh lah nak tegur abang man nie, sebab aku nie siapa, baru ajer kenal...lagi pun orang asing dalam group nie...

abang man nie, memang dari aku mula joint, dah pandang lain kat aku, aku lah yang kena bahan dengan dia .....tapi aku punya perangai, aku diam sahaja, kalau aku rasa nak gelak, gelak lah, rasa nak buat bodoh, aku buat muka toya...tak perlu nak layan sangat perangai macam tu....aku pun tak selesa jugak, pernah aku kena sembur sebab tak tahu langsung pasal arsenal....bila dia tanya aku pasal team atau sejarah arsenal, langsung satu hapak pun aku tak tahu...apa lagi...kena bantai kaw kaw lah aku masa tu...

namun, seperti biasa, kita jangan mengalah...jangan tunjuk kita tak ada perubahan dalam diri kita, apa gunanya internet bagai...so aku terus masuk dalam laman web arsenal.....cari...dan baca semua berkenaan dengan pasukan arsenal ...dari sejarah penubuhan pasukan, lambang , logo, sejarah kegemilangan, dan semuanya yang berkaitan dengan arsenal....aku baca...aku hafal...dan akhirnya.. aku mampu bersuara tatkala mereka sedang membincangkan tentang pasukan arsenal....sampaikan perlawanan yang akan datang dan melibatkan pasukan arsenal pun aku kaji jugak yer...

nantikan masanya

salam semua..hai apa khabar? kembali semula bersiaran di dalam blog akak nie yer...oklah so hari nie hari sabtu, hujung minggu kan..so apa aktiviti uols di malam ini? akak baru saja bangun tido nie...ting tong kan? jam menunjukkan pukul 9 24 malam yer, di ulangi malam bukan pagi...oklah akak tak mahu melalut bagai, so akak teruskan dengan entry kali ini...

"assalamualaikum cikgu rizal...assalamualaikum..." terdengar sore makcik makcik berkumandang di luar pintu rumah akak ...

"waalaikumusalam " jawab akak sambil membetul dan mengikat rambut dengan getah. segera akak menuju ke muka pintu rumah..sambil memusingkan tombol pintu.

kelihatan 4 orang makcik sedang berdiri di muka pintu sambil melemparkan senyuman kepada akak, akak pun membalas senyuman mereka..."senyum itu sedekah kan?"

"eh kak ana... ada aper datang ramai ramai nie....rasanya raya haji dah abis kan?" akak membuat lawak plastik...'

"takder lah cikg, kami datang nie ada hal " bunyi macam serius sahaja..

"erm..takkan nak borak depan pintu ajer, masuklah rumah ...tapi rumah saya nie tak der per per, rumah bujang lah..dok kat bawah ajerlah ek..." aku mempelawa mereka masuk ke teratak aku...

"eh tak payah ler cikgu, kat sini pun ok , lagipun kak ana ada hal lagi nie...hah kenalkan kak ida, kak milah dan kak sue...."

aku tersenyum dan melemparkan senyuman..

"oklah cikgu, macam nie, 17 haribulan dis nie, ada hari keluarga untuk semua blok di kawasan perumahan pandanjaya, jadi bagi blok L 39, nie kita semua bersetuju melantik cikgu menjadi ajk ahli keluarga...

"eh jap kak ana, maaf lah kalau saya cakap....tapi bila pulak meeting nyer, saya tak tahu ...tup tup saya pulak kena jadi ajk..." aku seperti tak berpuas hati...

"la ...kan... kami dah tampal notis kat dindin tangga bawah, cikgu tak baca ker ?" berdentum laser kak sue yang sejak tadi mendiamkan diri...

"erm tak perasan lah kak sue..." aku memberi alasan.

" ok...jadi cikgu kena pikirlah apa aktiviti yang sesuai nanti, dan kena bentangkan pada mesyuarat ajk tertinggi nanti, minggu depan....lagi pun kak ana tahu cikgu nie kreatif, lagi pun pernah jadi cikgu sekolah dulu kan? mesti banyak idea.." amboi...membodek nampak..

"tapi kak ana...ish ...saya bukan tak nak tolong kak ana...bukan niat saya tak nak terlibat...tapi saya rasa macam terkejut ajer mcm nie....tak tahu apa apa...pastu kena jadi ajk pulak...." aku memberi alasan yang kukuh...

"alah cikgu, inilah masanya kita nak kenal dengan jiran tertangga cikgu, kitakan idup bermasyarakat.mestilah kena saling kenal mengenali antara satu sama lain....tak macam tu kan kak ida ?" motif sangat tanya soalan kat orang lain untuk mendapat sokongan kan?( dah macam tibi pendidikan lah pulak ....)

kak ida macam burung belatuk

"kalau dulu, tahun tahun lepas, apa aktivitinya kak ana?"

"erm tak silap, yang laki kitaorang buat main bola sepak pakai kain pelikat, yang wanita kita buat bola jaring lah ikut blok, budak budak futsal lah kot, yang budak pompuan leh join bola jaring....tapi tak tahu lah idea cikgu tahun nie kan?" kak ana menerangkan dengan panjang lebar.

"oklah beri saya masa dulu lah nak pikir.....tapi saya tak janjilah lah kak ana yer"

"ish mana boleh macam tu cikgu, nie hah kami dah buat surat perlantikan cikgu menjadi ajk tertinggi ...dapat sijil cikgu..." gittewwkan ..apa kak ana ingat saya kemaruk sangat ker dengan sijil itteww? opsss

aku hanya terdiam, kak ana menghulurkan surat perlantikan dan juga surat mesyuarat akan datang kepada ku....aku membaca dengan sepintas lalu...

kak ana dan kenkawan pergi...aku masih blur blur sotong...fikiran aku berkecamuk seketika...ligat memikirkan aktiviti yang sesuai sangat...nak perubahan yer ? hehehe ...tetiba aku tersenyum..idea giler dah mula sampai...aku tersenyum dan ketawa terbahak bahak.....giler kan aku...

nantikan masanya.....

main sep @ sip ( sentuh /pegang ) tiang

salam semua.....hai uols...holaaaa...kepada semua pembaca blog yang tersayang yer....oklah, apa kata kalau kita lupakan sejenak kes hantu yang berlaku baru baru nie, so kita gantikan dengan entry yang masih lagi mengenang zaman kanak kanak dahulu yer...kalau nak pikir sangat kes hantu yang berlaku tu, erm bertambah lah rasa takutkan ?

so untuk menghilangkan perasaan yang takut itu, akak taipkan satu entry yang berkenaan dengan satu permainan yang paling popular zaman kanak kanak dahulu, iaitu sip @ sep tiang yer...akak rasa, ada diantara kita masa kecik kecik dulu , pernah bergiat cergas dan berkecimpung dalam permainan yang tidak berfaedah nie kan? yelah ...hanya nak mengeluarkan peluh sahaja...

akak rasa zaman kanak kanak dulu, akak sangat slim dan model sebab terlampau sangat banyak melakukan aktiviti di luar rumah dan kelas sehingga berpeluh sakan...tapi zaman sekarang nie, asyik terperuk ajer kat bilik, permainan pun tak mencabar , hanya boling sahaja, maka badan akak pun membesar dengan sihat sekali..bagai di pam pam sahaja....oklah akak tak mahu melalut lagi, so akak teruskan dengan permainan sep tiang ini yer..

permainan ini memerlukan tiang ..bukan kau nak buat show lucah dengan tiang tu...tapi tak tahulah , kalau ada para pembaca , sejak kecil lagi dah mula melakukan aktiviti dan gaya yang tidak bermoral di tiang semata mata untuk menunjukkan rasa seksi u ols tu kannnnn? manalah tahu kannn? hehehe

oklah permainan ini biasanya di main, di koridor yer, yang mana banyak tiang terdapat disitu...biasanya tiang tiang yang ada bumbung itu merupakan jalan menuju ke kantin sekolah...jadi kita ambik dalam 9 orang sahaja , misalnya, so, dari sembilan orang tadi, lapan orang akan berpaut pada setiap tiang , dengan kata lain, seorang akan dapat satu tiang yer... jangan pulak kau tamak, nak sampai 2 atau 3 tiang...kau tangan sotong kah sampai mampu memegang 2 atau 3 tiang sekaligus? pegang tiang tu erat erat tau..manakala sorang lagi akan cuba merampas tiang tersebut dari salah seorang dari lapan tadi...

orang yang memegang tiang haruslah bertukar dari satu tempat ke satu tempat lain, tak boleh dok satu tiang lama lama..siapa yang tak pindah atau tak berganjak, dia akan" jadi" pulak kan...so kita mestilah bekerja sama dengan kawan lain untuk bertukar tiang yer....

permainan ini memerlukan kecekapan yang maha hebat, dengan gaya sotong kurita tujuh petala, dan gaya meringankan badan , maka kta boleh bertukar tiang dengan mudah.....tapi mestilah cepat, kalau tak nanti tiang itu akan dirampas ...so kita pulak kena jadi...

namun permainan inis ering mengundang musibah, semasa akak mengajar di sekolah dulu, hampir tiap tiap hari ada kes budak yang hidung nya berdarah lah, kaki berdarah jatuh dalam longkang lah...dan macam macam kes sehingga akak rasa nak potong ajer tiang tiang yang ada ka korido kawasan kantin tu kan? sakit hati pulak....yolah bila main tu tak ingat keselamatan, bila dah syok main tu..tiba tiba dengar bunyi "gedegang" hah ambik kau ...pastu akan diikuti dengan bunyi "uwaaaaa" dan last sekali bunyi " pelempang pelempang kat bilik guru" kalau teruk bunyi ini akan bergema "neeenonggg neenonggg" ambik kau, masuk hospital lah kau kan...

tapi kadng kadang bila tertengok budak budak main, mesti akak akan tersenyum juga, sebab masa ka sekolah rendah dulu suka sangat main sep tiang nie kan? hehehehe....selamat mencuba

siapa dia ek?

perasaan tidak puas hati menyelubungi diri ku...aku memang tidak puas hati dengan apa yang berlaku semalam...aku kalih ke kiri, aku kalih ke kanan, namun mataku masih tidak lagi terlelap...seperti ada satu perasaan yang tidak dapat dilepaskan masih lagi terbuku di hati ku..

malam kini berganti dengan pagi, terdengar dengkuran kecil dari sisi ku, aku memandang ke arah hairul.... owh sedang lena di ulit mimpi agaknya...perlahan lahan aku mencapai telefon hairul, dengan sepantas kilat aku membuka inbox sms nya..mungkin kalin ingat aku nie kurang "sopan" namun, maafkan aku, aku terpaksa...

mataku memandang setiap sent item ...yup betul lah kata hairul dia ada text abang man dalam pukul 3 50 pagi, untuk tumpang tido kat rumah abang man, dengan kata lain, memang betul hairul ada text abang man...aku terus pulak ke inbox, dan aku dapati abang man membalas sms hairul dan membenarkan hairul menumpang tidur rumahnya...

aku masih lagi tak puas hati, aku hidupkan lap top ku....terus masuk ke face book...aku nak tengok last message yang ku tulis pada pagi ittew...yup aku tak nafikan, aku ada tulis face book , aku mengantuk dan nak tidur dalam pukul 2 40 pagi....itulah message aku dalam face book sebelum aku logout dalam face book.....

dan aku bangun dalam pukul 9 35 pagi, itu hari yang berikutnya......( dalam face book) jadi ini bermakna peristiwa "hantu" semalam berlaku dalam tempoh pukul 2 40 pagi sehingga 9 35 pagi...

apa yang aku sedari, malam tu aku langsung tak bangun untuk buang air kecil, biasanya aku akan terjaga untuk kencing, tapi tidak pulak semasa kejadian itu berlaku....dan yang paling penting aku yakin, ada orang masuk kedalam bilik aku...dalam tido tido ayam , aku dapati satu mahkluk masuk ke bilik.....dan baring kat sebelah....bau minyak wangi "paco robanne" menusuk ke hidung....( motif , masa tidur sempat terbau minyak wangi )

aku juga sedar, orang disebelah memang menarik selimut aku...itu aku pasti..dan aku juga kalihkan badan aku kat dia...terus terlelap...aku tak sedar apa apa sebab aku ingatkan hairul yang tidur...so aku biarkan sahaja.....

namun bila aku terjaga dalam pukul 9 35 pagi, aku dapati orang disebelah pun tak der, aku pun dah bagitau hairul yang aku malas nak sarapan lagi...badan dah macam tong drum lah pulak... so aku buat macam biasa..apatah lagi aku langsung tak text hairul pun...sehingga dia nak bagitau dia nak datang ke rumah aku pagi semalam.....bila kami bebual, barulah aku tahu yang dia tak tido kat umah aku......

tadi, dalam pukul 2 petang, aku sempat talipon abang man, dan abang man beritahu memang hairul ada tidur di rumahnya, dan mereka bertolak kerja sama sama...abang man menghantar isterinya bekerja dahulu, pastu baru ke tempat kerja...sah lah hairul tidur rumah abang man..

kalau nak kata orang lain siapa pulak? kenapa orang tu tak kejutkan aku? seperti orang itu tahu pasal bilik aku ....dia macam dah biasa pulak .......kadang kadang aku anggap itu hanya mimpi dan perasaan aku sahaja..namun aku tahu, itu hanyalah cara untuk aku melupakan peristiwa tu....tapi aku tetap takut jugak lah....

*cerita ini bukan untuk menaikkan rating blog*

meremang bulu roma ku...

oklah ...aku tak mahu buang masa...dan aku tak mahu cakap panjang...dan aku terus taip netry ini sebab aku rasa tak sabar sabar nak kongsi dengan uols semua...sebenarnya aku rasa dah nak tido lah yer, namun, tetamu pagi ku yang setia, iaitu mr hairul arsenal baru sahaja datang ke rumah ku ini...

ini bukan nak cerita pasal aku dan hairulyer... ini hanya nak cerita tentang peristiwa yang berlaku pada pagi semalam ......dan sama ada uols semua percaya atau tidak...bergantung..aku pulak tengah seram seram sejuk nie, sambil menaip entry ini...tangan ku mengeletar..rasa macam tak sabar sabar nak menghabiskan entry ini...

oklah aku mulakan....

hairul : semalam aku datang rumah kau ...kau tido ke?

aku : ha ah... sorry lah aku penat sangat ni semalam sebenarnya...

hairul : ye ker....kau balik lepak semalam pukul berapa?

aku : erm dalam pukul 1 30 lebih kot, aku tak ingat sangat..ngantuk terus tertido..aku pasang alarm..langsung tak dengar pulak...napa ?

hairul: yup..aku datang dalam pukul 3 30 pagi...kau tak kunci pintu ...dua dua pintu kau tak kunci tau

aku: eh ye ker..( nada terperanjat) *sebenarnya aku memang jarang kunci pintu, itu sebabnya daylan ada nampak aku opsss

hairul: aha ler...kau nie satu..kalau orang rompak kau mcm mane?

aku : alah nak curik apa pulak kan....rumah aku nie bukan ada apa apa pun....

hairul: mula mula aku cadang nak masuk...tapi tak jadi......panggil nama kau dari luar..bilik kau berkunci dan gelap pulak...so aku terus balik semula

sebaik sahaja hairul menghabiskan kata kata terakhir, aku terdiam seketika..aku memandangnya dengan tepat...'

aku : tipu....kau kan yang tidur sebelah aku semalam kan?

hairul: eh apa citer nie....mana ada...sumpah aku balik semalam...aku terus pi rumah abang man. mana ada aku tidur rumah kau...

aku: heheheh...dah ler...kau nak takutkan aku kan? ( aku dah mula rasa cuak )

hairul: ya allah sumpah ler...man ada aku tido rumah kau...aku terus balik..aku tutup pintu kayu umah kau...kan semalam kita tak breakfast kan..

apabila hairul kata yang kami tak breakfast, aku mula mempercayai nya...aku mula tak tentu hala...berdebar debar....yup memang betul...tapi aku yakin yang semalam ada seorang yang tidur disebelah aku, aku yakin...ada orang tarik selimut aku... dan yang penting aku terbau wangi semasa orang tu tido kat sebelah aku...ish macam mana nie...siapa pulak...tapi memang kami tak sarapan sebab aku rasa dalam pukul 7 pagi , aku dapati orang disebelah ku memang dah tak der....jadi aku ingat hairul tak nak sarapan..apatah lagi aku nak berdiet katanya....

aku: erm betul ker u tak datang rumah i?

hairul: kau dah salah nie...aku memang datang rumah kau, tapi aku tak tido kat umah kau..aku tengok pintu rumah tak berkunci..gelap sahaja....so aku panggil kau dari luar pintu rumah, kau tak menyahut, aku malas lah nak masuk...bilik kau macam tertutup sahaja..so aku blah lah..aku sempat kunci pintu kayu...ish kau nie napa? muka blur ajer...

aku terus terdiam...dan menaip entry nie untuk anda semua...hairul dah mula zzzz ...aku tengok dia..aku cubit cubit dia..manalah tahu kalau kali ini bukan dia lagi yang tidor kat sebelah aku?...tapi? siapa ek?

ais krim soda

hai uols....apa khabar? sihat kah? oklah sekarang nie jam menunjukkan pukul 4 23 pagi...akak masih lagi tak tido nie ...tak leh tido sangat ...kepala pening pening sikit, so dari tak tahu nak buat apa, jadi apa kata kalau akak dengan gigihnya menaip entry untuk pembaca yang tersayang...

yolah, nanti pagi pagi bila uols bangun, bukak ajer blog akak, terus ada entry baru dan panas lagi kan? kalau makcik indon di bawah rumah nie sibuk menggoreng ikan bilis untuk di buat sambal nasi lemaknya., erm sampai ke rumah bau nya, akak pulak macam ayam patuk jagung sahaja layaknya sedang menaip untuk menyiapkan entry menjelang pagi subuh nanti kannnn...

oklah ...sekarang nie akak masih lagi mood kanak kanak, so nak cerita lagi pasal permainan semasa kecil kecil dahulu yer, permainan ini telah dibincangkan dan diperincikan secara halus, namuns sekiranya terdapat beberapa kesalahan, harap dapat di tegur oleh para pembaca yer....

oklah kita teruskan dengan permainan....

ais kim soda ...yay ( macam daylan lah pulak )

oklah permainan ini melibatkan beberapa orang untuk bermain, kalau boleh dalam 6 atau 7 orang sahaja..tak perlulah ramai ramai sangat....oklah, kalau dah dapat jumpa kawan kawan dalam 6 atau 7 orang, jadi kita akan pegang tangan kawan kita dan bentukkan satu bulatan yer...

permainan ini sangat popular semasa zaman sekolah rendah , bak kata kak nor" sebelum perhiimpunan aku dan kawan kawan mesti main benda nie ...ishh seronok " sambil membayangkan betapa seronoknya permainan ini...

namun, sayugia diingatkan permainan ini akan mengundang risiko yang sangat bahaya sekali, iaitu akan dihambat oleh ibu kita apabila melihat kasut yang baru sahaja di kapur, putih , bersih , dah jadi macam belacan...macam orang pi sawah kannnnn....

opss akak melalut apa nie, masih belum lagi menerangkan cara permainan itu kan? oklah kita sambung semula...ok...jap ek....selepas anda buat satu bulatan yang besar, jadi setiap ahli akan melangkah ke belakang sambil menyeru " aiskrim soda" ..cakap kuat kuat tau...jangan kau feeling women pulak....

mungkin anda tertanya tanya, menagapa dipilih aiskrim soda? tak der perisa lain kah uols? ontah....akak tak tahu lah...akak ikut sahaja apa yang di ajar, kalau aiskrim kacang pun boleh, aiskrim magnolia pun boleh..apa apa sahajalah...tak kisah ...tapi yang penting sekarang nie, uols kena cakap "aiskrim soda "

menurut nabiela pulak , iaitu anak buah akak, ada penambahan dalam jampi tersebut iaitu berbunyi " aiskrim soda, tak laku balik india " hah itu versi yang nabiela ajar...motif , tak laku balik india...so dengan kata lain, kita dapat tahu di sini, bahawa penjual aiskrim itu mungkin asalnya dari india..apabila aiskrimnya tak laku, maka dia terpaksa balik ke india....

selepas anda melangkah ke belakang, salah seorang dari rakan anda akan cuba memijak kaki anda, dan anda pulak mestilah mengelak apabila di pijak, kalau kena pijak, kita "mati", kalau dapat elak, bagus, kita pulak pijak kasut kawan sebelah yer....so konsep pijak memijak nie akan berterusan sehingga kita akan dapat pemenang...

dan nak tahu apa hadiah pemenang bagi pertandingan aiskrim soda...?

"di rembat oleh mak sekeliling kampung sebab kasut dah kotor...."





main cikgu cikgi

salam semua....hai apa khabar? selamat petang yer....terlebih dahulu akak meminta maaflah kepada semua sebab tak tulis apa apa....erm penat sungguh akak sekarang nie...semalam dapatlah rehat sekejap...dan hari nie pun ada sikit masa nak tulis dalam blog akak yang dah mula berabuk nie kan?

oklah sebenarnya banyak sangat nak tulis dalam blog nie, nak cerita pasal pengalaman terakhir semasa berada di kuantan....tapi memandangkan entry sebegini seperti tidak mendapat sambutan, so akak nak cerita lah pasal benda lain pulak, insya allah , bila akak rajin, akak cerita lah semula tentang perjalanan akak ke kuantan dan akhirnya kembali semua ke pandanjaya...

oklah, dah tengok tajuk entry akak kali ini? erm main cikgu cikgi...u ols semua pernah main tak benda alah nie ? mestilah pernah kot, terutama yang cita cita nak jadi cikgu ker, pensyarah ker, nak jadi mlm ker....tak kisah lah asalkan pekerjaan yang memerlukan skill bercakap di khalyak ramai yer...

oklah sebenarnya, akak nak cerita pengalaman akak yer, tadi, dalam pukul 2 petang, akak mengambil kesempatan untuk tido lite lite, so akak pun ambiklah bantal kat bilik, pasang kipas di ruang tamu dan bukak lah tibi ..suasana yang tenang tu menjadikan akak semakin mengantuk..apatah lagi, gelap di luar menandakan hari akan ujan...

tanpa di sedari, roh akak keluar perlahan lahan keluar dari tubuh akak, menandakan akak dah mula tido..perghhh...bestnya, namun sempat akak set kan alarm , nak bangun pukul 3 00 petang nanti....

tak sampai lima minit, akak seperti diganggu dengan satu mimpi yang akak rasa amat menyakitkan hati...terdengar bunyi orang sedang mengajar ...

"i.....kan ......ikan" begitulah bunyinya dan ikuti beberapa suara halus tapi sangat menyakitkan telinga akak ketika itu.......beberapa saat kemudian...

"ba.....tu...." batu..." dan seperti membaca mantera,beberapa suara mengikutinya..

akak ingatkan akak mimpi masuk ke sekolah, namun penat gak akak berfikir ( boleh ker kita berfikir sambil mimpi uols?) macam lain pulak...akak rasa akak mimpi naik bas nak pi taman bunga...tapi lain pulak yang akak rasa...ada orang sedang mengajar seperti di tadika sahaja..

"terima kasih cikgu" begitu semangat sekali bunyinya..akak terus terjaga...sensitif sungguh mendengar perkataan cikgu itteww kan...

oh baru aku ingat, budak budak di atas rumah aku nie tengah main cikgu cikgu rupanya...di atas rumah aku nie, ada beberapa keluarga indon yang menyewa kat situ, bukan blok aku sahaja, namun blok blok lain jugak, tapi bagi aku, tak kisahlah asalkan diorang tak buat kacau sudah kan....diaorang pun baik jugak...manusia jugak...

so apatah lagi sekarang nie kan cuti sekolah, jadi , diaorang tak tahu nak main apa , mainlah cikgu cikgu, aku rasa dalam 4 atau 5 orang sahaja yang main tu....ish menganggu betulkan.....

aku tak jadi tido, aku bukak tibi , namun kadang kadang aku tersenyum jugak sensorang bila mendengar mereka bermain...cikgunya sangat garang...suara kuat sekali, memang kau layak jadi cikgu, nanti akak akan jumpa dengan parents dia dan bagi tahu yang anak dia layak menjadi seorang guru.....

apa apa pun kepada semua guru guru di malaysia, selamat bercuti di hujung tahun ini......jasa mu guru tak kan ku lupakan...