warkah buat ayah

assalamulaikum...

buat ayahanda yang tersayang....terlebih dahulu anakanda ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya selama anakanda bersama dengan ayahanda, anakanda pernah mengguris atau menyakitkan hati ayahanda.....apatah lagi apa yang anakanda tuliskan ini sedikit sebanyak membuatkan ayahanda sedih ...namun, anakanda ingin meluahkan apa yang terbuku dan tersimpan dalam hati ini.....

ayahanda yang tersayang...

anakanda sekarang ini sedang berehat di kawasan hospital sambil menaip blog ini...entry kali ini anak anda tujukan buat ayahanda yang tersayang...walaupun sekarang ini ayahanda sedang bergelut dengan nyawa, namun doa kami adik beradik dan sekeluarga tetap memberi kekuatan kepada ayahanda tersayang.....sekarang jam menunjukkan pukul 2 28 pagi, suasana di hospital sangat sejuk, dan dingin...namun tidak mematahkan semangat anakanda untuk terus menemani ayahanda di sini.....

ayahanda....

mungkin anakanda bukanlah seseorang anak yang baik dan menjadi kebanggaan keluarga, namun anakanda sebagai seorang anak akan terus cuba menjadi yang terbaik demi ayahanda.....anakanda tahu yang anak anda banyak melakukan kesalahan dan juga kesilapan , namun anak anda akan cuba untuk memperbaiki diri dan juga arah hidup anakanda agar nenjadi insan yang berguna.....

ayahanda....

terasa sedih dan pilu melihat ayahanda hanya terbaring sahaja di atas katil, sambil menyambung nyawa dengan alat bantuan pernafasan, tiada lagi mendengar suara ayahanda yang garau setiap pagi mengejutkan anakanda untuk menunaikan solat subuh, tiada lagi mendengar suara ayahanda dihujung talain setiap kali ayahanda menelefon anakanda di kuala lumpur, hanya yang tinggal bunyi nafas ayahanda yang seolah olah sedang bertarung dengan nyawa.....

anakanda tidak mampu berbuat apa apa , hanya memandang dengan sayu dan sedih sekujur tubuh ayahanda yang tidak bergerak gerak ......namun kami percaya ayahanda seorang yang kuat semangat, yang tebal dengan dengan kasih sayang serta banyak berkorban kepada kami sekeluarga....... ayuh ayah...ayuh..lawan.....dan terus berjuang....anakanda berdebar menunggu waktu ayahanda sedar dan membuka mata...barulah anakanda terasa sangat lega.....namun, anakanda akan setia menunggu ayahanda..menemani ayahanda sehingga nafas yang terakhir...

ayahanda...

anakanda masih ingat lagi, semasa anakanda masih kecil lagi, ayahanda memberi kasih sayang yang tidak pernah putus putus......anaknada dibelai dan diberi sepenuh perhatian dari ayahanda...namun anakanda tidak pernah lupa yang ayahanda pernah merotan anakanda semasa anakanda kecil dahulu, masih terbayang di dalam memori anakanda , apabila ayahanda memegang tali pinggang askar yang tebal dan keras, memukul tubuh kecil anakanda ketika itu...sakitnya ya allah tuhan sahaja yang tahu, penat anakanda menangis dan merayu agar ayahanda tidak merotan anakanda, namun....ayahanda terus memukul sehingga bonda meleraikan...

selepas itu, anakanda mula membenci ayahanda...terisak isak anakanda menahan kesakitan...namun, sakit di hati anakanda lebih kuat berbanding sakit di badan......namun kesakitan itu bertukar kasih sayang apabila pada malam itu juga, anakanda terasa seperti ada seseorang yang menyapu ubat di bekas rotan yang berbalar di badan anakanda tadi......apabila anakanda membuka mata, anakanda nampak ayahanda sedang menyapu ubat itu...terasa sangat sedih ketika itu...

walaupun masa itu, anakanda masih kecil lagi, dan tidak mengerti nilai dan kasih sayang ayahanda, namun, anakanda yakin yang ayahanda memang sayang kami semua.......itulah hebatnya ayahanda dimata anakanda....

ayahanda...

terima kasih dia atas ketegasan yang ayahanda tunjukkan kepada anaknada selama ini....anakanda masih ingat lagi betapa garangnya ayahanda melemparkan kad laporan setiap kali anakanda menerima keputusan peperiksaan....terasa juga di dalam hati setiap kali ayahanda melemparkan kad sambil mencebikkan muka...namun semuanya anakanda telan sahaja dalam hidup anakanda ini...

anakanda tahu semasa kita sekeluarga berangkat ke kota bahru, ayahanda sedang bergelut dengan kesakitan, apabila anakanda duduk disebelah ayahanda di dalam kapal terbang, anakanda dapati ayahanda berkerut menahan kesakitan, dan apabila anakanda bertanya, ayahanda hanya berdiam diri sahaja sambil tersenyum, dan sepanjang majlis perkahwinan aboy di kelantan, ayahanda memang sedang menahan kesakitan...itulah pengorbanan yang ayahanda lakukan kepada kami semua...menahan kesakitan demi untuk perkahwinan aboy...

ayahanda.....

anakanda terasa kesejukkan di luar hospital ini, lantas anakanda bercadang untuk menamatkan warkah ini .....sekali lagi anakanda menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada silap dan salah yang pernah anakanda lakukan kepada ayahanda..sesungguhnya pengorbanan dan jasa baik ayahanda amat anakanda hargai.......kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat.....

lembut vs keras ( intro )

sebelum akak menaip entry ini, akak nak minta maaf sekiranya entry ini akan menyinggung mana mana pihak yang membacanya, di harap apa yang ditulis ini, hanyalah satu pandangan ikhlas semata mata, saya yakin pembaca di luar sana, pasti mempunyai pemikiran yang matang untuk menilai yang terbaik untuk diri anda........

entry ini dah lama nak di publish..tambahan pulak dah berlaku 6 bulan yang lalu, namun masih lagi segar dalam ingatan akak yer...cerita ini bermula semasa akak mula mengenali hairul arsenal...jadi dalam mengenali beliau, akak cuba untuk mengenali kawan kawannya bola, iaitu peminat fanatik arsenal...mereka nie ada geng bola ...selalu main futsal sama sama, dan kalau ada games yang melibatkan pasukan arsenal, sudah pasti mereka akan berhimpun untuk memberi sokongan.

bagi akak pulak, sukan bola nie bukan lah jiwa akak sangat pun, hanya arwah nenek dulu yang minat bola, heheheh motif arwah nenek suka tgk bola, hanya tgk lite lite ajer....tapi bila dah mula rapat dan minat dengan seseorang, maka terpaksa lah juga berkongsi minat yang sama, at least, tak lah nanti berbeda sangat ....

so, akak pun joint lah group mereka nie, kadang kadang pi tengok bola, kadang kadang temankan ke futsal, kadang kadang pi lepak makan, dalam satu group nie pulak mesti ada orang penting , kalau group kita nie, kita panggil mak hayam....maksudnya kalau nak jadi mak hayam nie, tugasnya berat gak, semua pergerakan dan aktiviti group mak hayam yang decide...dalam group hairul nie pulak, ada seorang mamat nie, aku panggil abang man ajer lah ( harap abang man tak baca blog aku nie, kalau dia baca , ada ker aku kesah ?)

abang man nie, berusia 38 tahun, dah berkahwin, dikurniakan 3 orang anak yang comel comel, maklumlah abang man nie pun ada rupa, handsome, tinggi , semuanya lengkap lah...bini dia pun cantik jugak, sopan, bertudung, abang man nie teman sekerja hairul arsenal...dalam handsome handsome abang man nie, satu ajer yang aku rasa tak berapa suka, sikap dialah...aku tak tahu napa dia anti sangat tengok geng geng atau set set lembut....

kalau dia nampak ajer set set lembut, pergh....siaplah ...dia bahankan orang tu..kadang kadang dia kacau kacau , pastu dia gelakkan plak...aku rasa sikap macam nie biadaplah...masing masing ada maruah kan? so...tak perlulah nak malukan orang depan depan..macam rude ajer aku rasa...tapi aku tak boleh lah nak tegur abang man nie, sebab aku nie siapa, baru ajer kenal...lagi pun orang asing dalam group nie...

abang man nie, memang dari aku mula joint, dah pandang lain kat aku, aku lah yang kena bahan dengan dia .....tapi aku punya perangai, aku diam sahaja, kalau aku rasa nak gelak, gelak lah, rasa nak buat bodoh, aku buat muka toya...tak perlu nak layan sangat perangai macam tu....aku pun tak selesa jugak, pernah aku kena sembur sebab tak tahu langsung pasal arsenal....bila dia tanya aku pasal team atau sejarah arsenal, langsung satu hapak pun aku tak tahu...apa lagi...kena bantai kaw kaw lah aku masa tu...

namun, seperti biasa, kita jangan mengalah...jangan tunjuk kita tak ada perubahan dalam diri kita, apa gunanya internet bagai...so aku terus masuk dalam laman web arsenal.....cari...dan baca semua berkenaan dengan pasukan arsenal ...dari sejarah penubuhan pasukan, lambang , logo, sejarah kegemilangan, dan semuanya yang berkaitan dengan arsenal....aku baca...aku hafal...dan akhirnya.. aku mampu bersuara tatkala mereka sedang membincangkan tentang pasukan arsenal....sampaikan perlawanan yang akan datang dan melibatkan pasukan arsenal pun aku kaji jugak yer...

nantikan masanya

salam semua..hai apa khabar? kembali semula bersiaran di dalam blog akak nie yer...oklah so hari nie hari sabtu, hujung minggu kan..so apa aktiviti uols di malam ini? akak baru saja bangun tido nie...ting tong kan? jam menunjukkan pukul 9 24 malam yer, di ulangi malam bukan pagi...oklah akak tak mahu melalut bagai, so akak teruskan dengan entry kali ini...

"assalamualaikum cikgu rizal...assalamualaikum..." terdengar sore makcik makcik berkumandang di luar pintu rumah akak ...

"waalaikumusalam " jawab akak sambil membetul dan mengikat rambut dengan getah. segera akak menuju ke muka pintu rumah..sambil memusingkan tombol pintu.

kelihatan 4 orang makcik sedang berdiri di muka pintu sambil melemparkan senyuman kepada akak, akak pun membalas senyuman mereka..."senyum itu sedekah kan?"

"eh kak ana... ada aper datang ramai ramai nie....rasanya raya haji dah abis kan?" akak membuat lawak plastik...'

"takder lah cikg, kami datang nie ada hal " bunyi macam serius sahaja..

"erm..takkan nak borak depan pintu ajer, masuklah rumah ...tapi rumah saya nie tak der per per, rumah bujang lah..dok kat bawah ajerlah ek..." aku mempelawa mereka masuk ke teratak aku...

"eh tak payah ler cikgu, kat sini pun ok , lagipun kak ana ada hal lagi nie...hah kenalkan kak ida, kak milah dan kak sue...."

aku tersenyum dan melemparkan senyuman..

"oklah cikgu, macam nie, 17 haribulan dis nie, ada hari keluarga untuk semua blok di kawasan perumahan pandanjaya, jadi bagi blok L 39, nie kita semua bersetuju melantik cikgu menjadi ajk ahli keluarga...

"eh jap kak ana, maaf lah kalau saya cakap....tapi bila pulak meeting nyer, saya tak tahu ...tup tup saya pulak kena jadi ajk..." aku seperti tak berpuas hati...

"la ...kan... kami dah tampal notis kat dindin tangga bawah, cikgu tak baca ker ?" berdentum laser kak sue yang sejak tadi mendiamkan diri...

"erm tak perasan lah kak sue..." aku memberi alasan.

" ok...jadi cikgu kena pikirlah apa aktiviti yang sesuai nanti, dan kena bentangkan pada mesyuarat ajk tertinggi nanti, minggu depan....lagi pun kak ana tahu cikgu nie kreatif, lagi pun pernah jadi cikgu sekolah dulu kan? mesti banyak idea.." amboi...membodek nampak..

"tapi kak ana...ish ...saya bukan tak nak tolong kak ana...bukan niat saya tak nak terlibat...tapi saya rasa macam terkejut ajer mcm nie....tak tahu apa apa...pastu kena jadi ajk pulak...." aku memberi alasan yang kukuh...

"alah cikgu, inilah masanya kita nak kenal dengan jiran tertangga cikgu, kitakan idup bermasyarakat.mestilah kena saling kenal mengenali antara satu sama lain....tak macam tu kan kak ida ?" motif sangat tanya soalan kat orang lain untuk mendapat sokongan kan?( dah macam tibi pendidikan lah pulak ....)

kak ida macam burung belatuk

"kalau dulu, tahun tahun lepas, apa aktivitinya kak ana?"

"erm tak silap, yang laki kitaorang buat main bola sepak pakai kain pelikat, yang wanita kita buat bola jaring lah ikut blok, budak budak futsal lah kot, yang budak pompuan leh join bola jaring....tapi tak tahu lah idea cikgu tahun nie kan?" kak ana menerangkan dengan panjang lebar.

"oklah beri saya masa dulu lah nak pikir.....tapi saya tak janjilah lah kak ana yer"

"ish mana boleh macam tu cikgu, nie hah kami dah buat surat perlantikan cikgu menjadi ajk tertinggi ...dapat sijil cikgu..." gittewwkan ..apa kak ana ingat saya kemaruk sangat ker dengan sijil itteww? opsss

aku hanya terdiam, kak ana menghulurkan surat perlantikan dan juga surat mesyuarat akan datang kepada ku....aku membaca dengan sepintas lalu...

kak ana dan kenkawan pergi...aku masih blur blur sotong...fikiran aku berkecamuk seketika...ligat memikirkan aktiviti yang sesuai sangat...nak perubahan yer ? hehehe ...tetiba aku tersenyum..idea giler dah mula sampai...aku tersenyum dan ketawa terbahak bahak.....giler kan aku...

nantikan masanya.....

main sep @ sip ( sentuh /pegang ) tiang

salam semua.....hai uols...holaaaa...kepada semua pembaca blog yang tersayang yer....oklah, apa kata kalau kita lupakan sejenak kes hantu yang berlaku baru baru nie, so kita gantikan dengan entry yang masih lagi mengenang zaman kanak kanak dahulu yer...kalau nak pikir sangat kes hantu yang berlaku tu, erm bertambah lah rasa takutkan ?

so untuk menghilangkan perasaan yang takut itu, akak taipkan satu entry yang berkenaan dengan satu permainan yang paling popular zaman kanak kanak dahulu, iaitu sip @ sep tiang yer...akak rasa, ada diantara kita masa kecik kecik dulu , pernah bergiat cergas dan berkecimpung dalam permainan yang tidak berfaedah nie kan? yelah ...hanya nak mengeluarkan peluh sahaja...

akak rasa zaman kanak kanak dulu, akak sangat slim dan model sebab terlampau sangat banyak melakukan aktiviti di luar rumah dan kelas sehingga berpeluh sakan...tapi zaman sekarang nie, asyik terperuk ajer kat bilik, permainan pun tak mencabar , hanya boling sahaja, maka badan akak pun membesar dengan sihat sekali..bagai di pam pam sahaja....oklah akak tak mahu melalut lagi, so akak teruskan dengan permainan sep tiang ini yer..

permainan ini memerlukan tiang ..bukan kau nak buat show lucah dengan tiang tu...tapi tak tahulah , kalau ada para pembaca , sejak kecil lagi dah mula melakukan aktiviti dan gaya yang tidak bermoral di tiang semata mata untuk menunjukkan rasa seksi u ols tu kannnnn? manalah tahu kannn? hehehe

oklah permainan ini biasanya di main, di koridor yer, yang mana banyak tiang terdapat disitu...biasanya tiang tiang yang ada bumbung itu merupakan jalan menuju ke kantin sekolah...jadi kita ambik dalam 9 orang sahaja , misalnya, so, dari sembilan orang tadi, lapan orang akan berpaut pada setiap tiang , dengan kata lain, seorang akan dapat satu tiang yer... jangan pulak kau tamak, nak sampai 2 atau 3 tiang...kau tangan sotong kah sampai mampu memegang 2 atau 3 tiang sekaligus? pegang tiang tu erat erat tau..manakala sorang lagi akan cuba merampas tiang tersebut dari salah seorang dari lapan tadi...

orang yang memegang tiang haruslah bertukar dari satu tempat ke satu tempat lain, tak boleh dok satu tiang lama lama..siapa yang tak pindah atau tak berganjak, dia akan" jadi" pulak kan...so kita mestilah bekerja sama dengan kawan lain untuk bertukar tiang yer....

permainan ini memerlukan kecekapan yang maha hebat, dengan gaya sotong kurita tujuh petala, dan gaya meringankan badan , maka kta boleh bertukar tiang dengan mudah.....tapi mestilah cepat, kalau tak nanti tiang itu akan dirampas ...so kita pulak kena jadi...

namun permainan inis ering mengundang musibah, semasa akak mengajar di sekolah dulu, hampir tiap tiap hari ada kes budak yang hidung nya berdarah lah, kaki berdarah jatuh dalam longkang lah...dan macam macam kes sehingga akak rasa nak potong ajer tiang tiang yang ada ka korido kawasan kantin tu kan? sakit hati pulak....yolah bila main tu tak ingat keselamatan, bila dah syok main tu..tiba tiba dengar bunyi "gedegang" hah ambik kau ...pastu akan diikuti dengan bunyi "uwaaaaa" dan last sekali bunyi " pelempang pelempang kat bilik guru" kalau teruk bunyi ini akan bergema "neeenonggg neenonggg" ambik kau, masuk hospital lah kau kan...

tapi kadng kadang bila tertengok budak budak main, mesti akak akan tersenyum juga, sebab masa ka sekolah rendah dulu suka sangat main sep tiang nie kan? hehehehe....selamat mencuba

siapa dia ek?

perasaan tidak puas hati menyelubungi diri ku...aku memang tidak puas hati dengan apa yang berlaku semalam...aku kalih ke kiri, aku kalih ke kanan, namun mataku masih tidak lagi terlelap...seperti ada satu perasaan yang tidak dapat dilepaskan masih lagi terbuku di hati ku..

malam kini berganti dengan pagi, terdengar dengkuran kecil dari sisi ku, aku memandang ke arah hairul.... owh sedang lena di ulit mimpi agaknya...perlahan lahan aku mencapai telefon hairul, dengan sepantas kilat aku membuka inbox sms nya..mungkin kalin ingat aku nie kurang "sopan" namun, maafkan aku, aku terpaksa...

mataku memandang setiap sent item ...yup betul lah kata hairul dia ada text abang man dalam pukul 3 50 pagi, untuk tumpang tido kat rumah abang man, dengan kata lain, memang betul hairul ada text abang man...aku terus pulak ke inbox, dan aku dapati abang man membalas sms hairul dan membenarkan hairul menumpang tidur rumahnya...

aku masih lagi tak puas hati, aku hidupkan lap top ku....terus masuk ke face book...aku nak tengok last message yang ku tulis pada pagi ittew...yup aku tak nafikan, aku ada tulis face book , aku mengantuk dan nak tidur dalam pukul 2 40 pagi....itulah message aku dalam face book sebelum aku logout dalam face book.....

dan aku bangun dalam pukul 9 35 pagi, itu hari yang berikutnya......( dalam face book) jadi ini bermakna peristiwa "hantu" semalam berlaku dalam tempoh pukul 2 40 pagi sehingga 9 35 pagi...

apa yang aku sedari, malam tu aku langsung tak bangun untuk buang air kecil, biasanya aku akan terjaga untuk kencing, tapi tidak pulak semasa kejadian itu berlaku....dan yang paling penting aku yakin, ada orang masuk kedalam bilik aku...dalam tido tido ayam , aku dapati satu mahkluk masuk ke bilik.....dan baring kat sebelah....bau minyak wangi "paco robanne" menusuk ke hidung....( motif , masa tidur sempat terbau minyak wangi )

aku juga sedar, orang disebelah memang menarik selimut aku...itu aku pasti..dan aku juga kalihkan badan aku kat dia...terus terlelap...aku tak sedar apa apa sebab aku ingatkan hairul yang tidur...so aku biarkan sahaja.....

namun bila aku terjaga dalam pukul 9 35 pagi, aku dapati orang disebelah pun tak der, aku pun dah bagitau hairul yang aku malas nak sarapan lagi...badan dah macam tong drum lah pulak... so aku buat macam biasa..apatah lagi aku langsung tak text hairul pun...sehingga dia nak bagitau dia nak datang ke rumah aku pagi semalam.....bila kami bebual, barulah aku tahu yang dia tak tido kat umah aku......

tadi, dalam pukul 2 petang, aku sempat talipon abang man, dan abang man beritahu memang hairul ada tidur di rumahnya, dan mereka bertolak kerja sama sama...abang man menghantar isterinya bekerja dahulu, pastu baru ke tempat kerja...sah lah hairul tidur rumah abang man..

kalau nak kata orang lain siapa pulak? kenapa orang tu tak kejutkan aku? seperti orang itu tahu pasal bilik aku ....dia macam dah biasa pulak .......kadang kadang aku anggap itu hanya mimpi dan perasaan aku sahaja..namun aku tahu, itu hanyalah cara untuk aku melupakan peristiwa tu....tapi aku tetap takut jugak lah....

*cerita ini bukan untuk menaikkan rating blog*

meremang bulu roma ku...

oklah ...aku tak mahu buang masa...dan aku tak mahu cakap panjang...dan aku terus taip netry ini sebab aku rasa tak sabar sabar nak kongsi dengan uols semua...sebenarnya aku rasa dah nak tido lah yer, namun, tetamu pagi ku yang setia, iaitu mr hairul arsenal baru sahaja datang ke rumah ku ini...

ini bukan nak cerita pasal aku dan hairulyer... ini hanya nak cerita tentang peristiwa yang berlaku pada pagi semalam ......dan sama ada uols semua percaya atau tidak...bergantung..aku pulak tengah seram seram sejuk nie, sambil menaip entry ini...tangan ku mengeletar..rasa macam tak sabar sabar nak menghabiskan entry ini...

oklah aku mulakan....

hairul : semalam aku datang rumah kau ...kau tido ke?

aku : ha ah... sorry lah aku penat sangat ni semalam sebenarnya...

hairul : ye ker....kau balik lepak semalam pukul berapa?

aku : erm dalam pukul 1 30 lebih kot, aku tak ingat sangat..ngantuk terus tertido..aku pasang alarm..langsung tak dengar pulak...napa ?

hairul: yup..aku datang dalam pukul 3 30 pagi...kau tak kunci pintu ...dua dua pintu kau tak kunci tau

aku: eh ye ker..( nada terperanjat) *sebenarnya aku memang jarang kunci pintu, itu sebabnya daylan ada nampak aku opsss

hairul: aha ler...kau nie satu..kalau orang rompak kau mcm mane?

aku : alah nak curik apa pulak kan....rumah aku nie bukan ada apa apa pun....

hairul: mula mula aku cadang nak masuk...tapi tak jadi......panggil nama kau dari luar..bilik kau berkunci dan gelap pulak...so aku terus balik semula

sebaik sahaja hairul menghabiskan kata kata terakhir, aku terdiam seketika..aku memandangnya dengan tepat...'

aku : tipu....kau kan yang tidur sebelah aku semalam kan?

hairul: eh apa citer nie....mana ada...sumpah aku balik semalam...aku terus pi rumah abang man. mana ada aku tidur rumah kau...

aku: heheheh...dah ler...kau nak takutkan aku kan? ( aku dah mula rasa cuak )

hairul: ya allah sumpah ler...man ada aku tido rumah kau...aku terus balik..aku tutup pintu kayu umah kau...kan semalam kita tak breakfast kan..

apabila hairul kata yang kami tak breakfast, aku mula mempercayai nya...aku mula tak tentu hala...berdebar debar....yup memang betul...tapi aku yakin yang semalam ada seorang yang tidur disebelah aku, aku yakin...ada orang tarik selimut aku... dan yang penting aku terbau wangi semasa orang tu tido kat sebelah aku...ish macam mana nie...siapa pulak...tapi memang kami tak sarapan sebab aku rasa dalam pukul 7 pagi , aku dapati orang disebelah ku memang dah tak der....jadi aku ingat hairul tak nak sarapan..apatah lagi aku nak berdiet katanya....

aku: erm betul ker u tak datang rumah i?

hairul: kau dah salah nie...aku memang datang rumah kau, tapi aku tak tido kat umah kau..aku tengok pintu rumah tak berkunci..gelap sahaja....so aku panggil kau dari luar pintu rumah, kau tak menyahut, aku malas lah nak masuk...bilik kau macam tertutup sahaja..so aku blah lah..aku sempat kunci pintu kayu...ish kau nie napa? muka blur ajer...

aku terus terdiam...dan menaip entry nie untuk anda semua...hairul dah mula zzzz ...aku tengok dia..aku cubit cubit dia..manalah tahu kalau kali ini bukan dia lagi yang tidor kat sebelah aku?...tapi? siapa ek?

ais krim soda

hai uols....apa khabar? sihat kah? oklah sekarang nie jam menunjukkan pukul 4 23 pagi...akak masih lagi tak tido nie ...tak leh tido sangat ...kepala pening pening sikit, so dari tak tahu nak buat apa, jadi apa kata kalau akak dengan gigihnya menaip entry untuk pembaca yang tersayang...

yolah, nanti pagi pagi bila uols bangun, bukak ajer blog akak, terus ada entry baru dan panas lagi kan? kalau makcik indon di bawah rumah nie sibuk menggoreng ikan bilis untuk di buat sambal nasi lemaknya., erm sampai ke rumah bau nya, akak pulak macam ayam patuk jagung sahaja layaknya sedang menaip untuk menyiapkan entry menjelang pagi subuh nanti kannnn...

oklah ...sekarang nie akak masih lagi mood kanak kanak, so nak cerita lagi pasal permainan semasa kecil kecil dahulu yer, permainan ini telah dibincangkan dan diperincikan secara halus, namuns sekiranya terdapat beberapa kesalahan, harap dapat di tegur oleh para pembaca yer....

oklah kita teruskan dengan permainan....

ais kim soda ...yay ( macam daylan lah pulak )

oklah permainan ini melibatkan beberapa orang untuk bermain, kalau boleh dalam 6 atau 7 orang sahaja..tak perlulah ramai ramai sangat....oklah, kalau dah dapat jumpa kawan kawan dalam 6 atau 7 orang, jadi kita akan pegang tangan kawan kita dan bentukkan satu bulatan yer...

permainan ini sangat popular semasa zaman sekolah rendah , bak kata kak nor" sebelum perhiimpunan aku dan kawan kawan mesti main benda nie ...ishh seronok " sambil membayangkan betapa seronoknya permainan ini...

namun, sayugia diingatkan permainan ini akan mengundang risiko yang sangat bahaya sekali, iaitu akan dihambat oleh ibu kita apabila melihat kasut yang baru sahaja di kapur, putih , bersih , dah jadi macam belacan...macam orang pi sawah kannnnn....

opss akak melalut apa nie, masih belum lagi menerangkan cara permainan itu kan? oklah kita sambung semula...ok...jap ek....selepas anda buat satu bulatan yang besar, jadi setiap ahli akan melangkah ke belakang sambil menyeru " aiskrim soda" ..cakap kuat kuat tau...jangan kau feeling women pulak....

mungkin anda tertanya tanya, menagapa dipilih aiskrim soda? tak der perisa lain kah uols? ontah....akak tak tahu lah...akak ikut sahaja apa yang di ajar, kalau aiskrim kacang pun boleh, aiskrim magnolia pun boleh..apa apa sahajalah...tak kisah ...tapi yang penting sekarang nie, uols kena cakap "aiskrim soda "

menurut nabiela pulak , iaitu anak buah akak, ada penambahan dalam jampi tersebut iaitu berbunyi " aiskrim soda, tak laku balik india " hah itu versi yang nabiela ajar...motif , tak laku balik india...so dengan kata lain, kita dapat tahu di sini, bahawa penjual aiskrim itu mungkin asalnya dari india..apabila aiskrimnya tak laku, maka dia terpaksa balik ke india....

selepas anda melangkah ke belakang, salah seorang dari rakan anda akan cuba memijak kaki anda, dan anda pulak mestilah mengelak apabila di pijak, kalau kena pijak, kita "mati", kalau dapat elak, bagus, kita pulak pijak kasut kawan sebelah yer....so konsep pijak memijak nie akan berterusan sehingga kita akan dapat pemenang...

dan nak tahu apa hadiah pemenang bagi pertandingan aiskrim soda...?

"di rembat oleh mak sekeliling kampung sebab kasut dah kotor...."





main cikgu cikgi

salam semua....hai apa khabar? selamat petang yer....terlebih dahulu akak meminta maaflah kepada semua sebab tak tulis apa apa....erm penat sungguh akak sekarang nie...semalam dapatlah rehat sekejap...dan hari nie pun ada sikit masa nak tulis dalam blog akak yang dah mula berabuk nie kan?

oklah sebenarnya banyak sangat nak tulis dalam blog nie, nak cerita pasal pengalaman terakhir semasa berada di kuantan....tapi memandangkan entry sebegini seperti tidak mendapat sambutan, so akak nak cerita lah pasal benda lain pulak, insya allah , bila akak rajin, akak cerita lah semula tentang perjalanan akak ke kuantan dan akhirnya kembali semua ke pandanjaya...

oklah, dah tengok tajuk entry akak kali ini? erm main cikgu cikgi...u ols semua pernah main tak benda alah nie ? mestilah pernah kot, terutama yang cita cita nak jadi cikgu ker, pensyarah ker, nak jadi mlm ker....tak kisah lah asalkan pekerjaan yang memerlukan skill bercakap di khalyak ramai yer...

oklah sebenarnya, akak nak cerita pengalaman akak yer, tadi, dalam pukul 2 petang, akak mengambil kesempatan untuk tido lite lite, so akak pun ambiklah bantal kat bilik, pasang kipas di ruang tamu dan bukak lah tibi ..suasana yang tenang tu menjadikan akak semakin mengantuk..apatah lagi, gelap di luar menandakan hari akan ujan...

tanpa di sedari, roh akak keluar perlahan lahan keluar dari tubuh akak, menandakan akak dah mula tido..perghhh...bestnya, namun sempat akak set kan alarm , nak bangun pukul 3 00 petang nanti....

tak sampai lima minit, akak seperti diganggu dengan satu mimpi yang akak rasa amat menyakitkan hati...terdengar bunyi orang sedang mengajar ...

"i.....kan ......ikan" begitulah bunyinya dan ikuti beberapa suara halus tapi sangat menyakitkan telinga akak ketika itu.......beberapa saat kemudian...

"ba.....tu...." batu..." dan seperti membaca mantera,beberapa suara mengikutinya..

akak ingatkan akak mimpi masuk ke sekolah, namun penat gak akak berfikir ( boleh ker kita berfikir sambil mimpi uols?) macam lain pulak...akak rasa akak mimpi naik bas nak pi taman bunga...tapi lain pulak yang akak rasa...ada orang sedang mengajar seperti di tadika sahaja..

"terima kasih cikgu" begitu semangat sekali bunyinya..akak terus terjaga...sensitif sungguh mendengar perkataan cikgu itteww kan...

oh baru aku ingat, budak budak di atas rumah aku nie tengah main cikgu cikgu rupanya...di atas rumah aku nie, ada beberapa keluarga indon yang menyewa kat situ, bukan blok aku sahaja, namun blok blok lain jugak, tapi bagi aku, tak kisahlah asalkan diorang tak buat kacau sudah kan....diaorang pun baik jugak...manusia jugak...

so apatah lagi sekarang nie kan cuti sekolah, jadi , diaorang tak tahu nak main apa , mainlah cikgu cikgu, aku rasa dalam 4 atau 5 orang sahaja yang main tu....ish menganggu betulkan.....

aku tak jadi tido, aku bukak tibi , namun kadang kadang aku tersenyum jugak sensorang bila mendengar mereka bermain...cikgunya sangat garang...suara kuat sekali, memang kau layak jadi cikgu, nanti akak akan jumpa dengan parents dia dan bagi tahu yang anak dia layak menjadi seorang guru.....

apa apa pun kepada semua guru guru di malaysia, selamat bercuti di hujung tahun ini......jasa mu guru tak kan ku lupakan...

dari kelantan ke terengganu

hai semua....oklah sekarang jam menunjukkan pukul 2 51 minit petang, aku berada di dalam bilik rebana 111, di hotel primula beach hotel ...kat kuala terengganu nie....sekarang nie baru sahaja lunch, rasa sangat mengantuk nie, tapi masih tunggu candidate yang datang interview nie..kat depan aku , uncle din ( teman sekerja firdee) sedang interview seorang lelaki yang nak mintak kerja security guard di genting...

aku masih lagi menaip dengan gigih , inin berkongi pengalaman bersama anda semua ...kalau anda semua nak baca...bacalah..kalau tak nak tak per....tapi aku tetap jugak nak cerita nie ...

semalam, selepas habis sahaja di kota bahru, kami bertiga bergegas menuju ke kuala terengganu pulak, perjalanan mengambil masa dalam 3 jam, sepanjang perjalanan kami, kami dapat melihat beberapa kawasan di kelantan di tenggelami air...banjir...namun, kami tak sempat nak ambik gambar...banjir disini seperti pesta pulak, ramai orang tengok tengok ajer...tak paham kan...

perjalanan yang jauh serta membosankan sebab kami terpaksa memandu dengan berhati hati, ujan masih lagi membasahi di bumi kelantan....dan kami sempat singgah makan malam di pekan Setiu..selepas kami makan malam, dalam pukul 8 30 malam, kami menuju ke kuala terangganu..

seperti biasa aku terasa sangat mengantuk,,sempat jugak curik curik tido di dalam kereta...hehehehe..dan akhirnya...jeng jeng jeng..sampai jugak aku di kuala terengganu....uncle din sempat tunjukkan masjid kristal yang menjadi kebanggaan orang di terengganu nie...

kami sampai di primula beach resort, dalam pukul 9 30 malam, kami check in ....dan masuk ke bilik masing masing..setahu aku, firdee bagitau yang hotel ini terletak berhampiran dengan laut..angin bertiup dengan kuat sekali...terasa sangat sejuk....dan beberapa pelancong asing memenuhi di ruang lobi hotel

owh aku teringat, ada pertandingan perahu layar di sini..so tak heranlah ramai sangat mat sula kat sini..aku dapat bilik 503 manakala uncle din 603 dan firdee 703...setiap kali kami pi hotel , mesti kami akan berpisah...sampai sahaja di bilik...aku dapati biliknya sangat besar....ada siap dengan ruang tamu lagi..uiii..dah ler dok sorang sorang..lain lah kalau ada kenkawan atau orang yang istimewa...

tak sampai dalam 10 minit, firdee telefon dan bertanyakan mengenai keadaan dibilik ..aku cakap ok..dan dia minta aku bersiap untuk pi keluar dan jalan jalan di sekitar batu burok...aku berjanji dalam pukul 11 malam nanti, aku akan bersiap...

dalam pukul 10 50, firdee talippon dan bagitau, program kami kuar kuar tu akan bermula selepas anugerah skrin, aku cakap ok sahaja.....dan selepas pukul 12 kami berdua keluar dan berjalan jalan di sekitar pantai batu burok

aku dapati ramai oarng lepak kat situ, aku mengambil kesempatan untuk bergambar dengan firdee...kami melihat ombak..uiii...takut...kuat....so kami jalan lagi....tiba tiba terdengar bunyi siren polis..owh cik lisa lausun mengejar mat rempit di sekitar taman tersebut...aku dan firdee hanya memerhatikan sahaja...

selepas penat berjalan dan bergambar, kami pulang ke hotel masing masing....memang penat sekals...sebenarnya kami penat sebab perjalanan yang jauh sahaja...kerja tak penat mana pun, hanya masa dibuang dalam perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi sahaja......memang tak sempat nak jalan ...kami datang ke sini bukan untuk bercuti...tapi bekerja....

lepas nie, dalam pukul 6 petang, kami akan bertolak ke kuantan pulak......jauh jugak, dalam 3 atau 4 jam jugak.....dan kuantan adalah destinasi yang terakhir.....oklah uol...dah ada calon dah untuk di interview ok..nanti kita sambung lagi....

saya nak minta kerja nie...

salam satu malaysia buat peminat blog yang tersayang yer.....sekarang nie jam menunjukkan pukul 3 32 petang....aku masih lagi di hotel renaisance , kota bahru kelantan...sekarang nie aku baru sahaja menemuduga beberapa orang calon yang ingin bekerja di genting.....

dan kini barulah aku tahu bagaimana kerja yang selalu kak teh buat, dan aku dah alaminya serba sedikit yer, pada mulanya aku rasa tak confident nak interview orang ....aku pun tengoklah kak teh interview pada mulanya..uiiii...garang sekali...orang yang pertama tu lelaki, berusia dalam linkungan 20 an ..muka macam shahril sikit sikit ( mulalah emo nie kan?)

kak teh mempunyai karisma yang tersendiri, dalam kelembutan,.....sangat tegas dan yakin dengan apa yang dicakapnya..sehingga kadang kadang orang akan berasa sangat takut dan tidak selesa dengan apa yang disoal...terasa sangat stress..janganlah cakap yang merapu depan dia..siaplah ......

sesiapa yang tidak membawa sijil spm..hambek kau....sama ada calon terpaksa pergi sahaja tanpa sebarang surat tawaran, tak pun akan dapat sedikit lahar daripada kak teh kita..uiiii..kalau akak, akak tak sanggup nak buat macam tu, tapi itulah rules nya bukan? dah bagitau awal awal dalam iklan, tapi datang berlenggang ajer..terimalah habuannya kan? hehehehe...

setakat ini, dah 5 orang aku interview, daripada 5 tu 4 BERJAYA manakala yang 1 lagi gagal..matielah ...konsep lady diana sangat masa interview tu kan? hehehhe...tapi sapa yang kena dengan kak teh...siaplah kau...uiiii..akak terus terang yer, kalu akak jadi candidate...takut u.....

kalau kita tengok kak teh berbual dengan kita, baik ajer...cakap sopan..tapi kalau masa dia interview ..bertukar watak katanya...matileah mak yer....sangat garang....ish berapa kali aku nak cakap dan mention benda nie kan....

banyak yang aku belajar dari sini, bagaimana nak berhadapan dengan orang, kita kena yakin tau..suara mesti terang, jelas dan yakin dengan apa yang kita cakapkan.....jangan terlampau baik dengan candidate...kena tegas.." masa minta kerja, punyalah bersemangat, nanti dah dapat kerja, bila ada masalah di tempat kerja, macam macam alasan lah pulak..." terngiang ngiang di telinga aku ..betul juga kan....

memang seronok juga buat kerja nie...orang yang datang pun buat buat baik dengan kita..tengok kita senyum dari jauh....wah wah..tapi kak teh dengan muka vogue, masuk ke bilik yang disediakan...aku pulak blur blur sotong tengok orang yang datang....pelbagai jenis orang..pelbagai ragam....

bagi ku inilah pengalaman yang tidak akan dilupakan....seronok campur penat...penat dengan karenah orang, penat dengan bercakap dan menerangkan mengenai prospek pekerjaan di sana, penat mendengar benda yang tak penting dan macam macam lagi lah..terus terang aku dah mula jatuh cinta dengan kerja seperti ini.....

selepas ini, kami akan berangkat ke terengganu....dalam pukul 6 petang, erm satu lagi perjalanan...dan esok kami akan berjumpa dengan orang ganu pula...tak ada masa nak rehat ....sampai ajer, penat, pastu pi makan , tido, esok dah mula interview.....ini pun sebab hari jumaat, so ada lah masa rehat masa sembahyang jumaat tadi...kalau tak..penat jugalah kan....

masalah candidate ialah mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik, maaflah , bukanlah bermaksud, aku nak bagitau kat kelantan nie bahasa inggeris lemah ...bukan yer....sedangkan kita tahu kelantan merupakan antara negeri yang melahirkan pelajar pelajar pintar..tengok sahaja keputusan peperiksaan awam, negeri serambi mekah ini adalah yang terbaik .....kadang kadang aku geli hati juga bila dengar mereka yang blur blur nie, kita tanya lain, mereka jawab lain....

apa apa pun, aku sendiri pun bukan lah tere bahasa inggeris nie....tak sehebat akiko, hamie, kak farah, firdee, hans , nas , aleem dan lain lain..diaorang sangat bagus dalam bahasa inggeris, aku masih lagi memperbaiki bahasa inggeris aku nie......tapi tak lah sangkak mana pun...gitew gitew ajerkan.....kadang kadang fikiran aku melayang ke kuala lumpur..aku terus terang rindu sangat dengan akiko....tadi baru tipon akiko...aku rindu dengan tawa kak nor...semalam baru text kak nor...aku rindu dengan nas dan aleem serta hamieko yang suka tertawa bila aku buat lawak.....aku rindu dengan hans....yang suka ketawa juga bila aku buat gaya gaya raksasa .....aku rindu dengan lahar amy..aku rindu dengan gedik gedik shima...aku rindu dengan kak farah juger.....

rindu dengan boling ampang point, yelah , biasanya kami ada pertandingan boling miss universe, rindu dengan tempat lepak kami iaitu q bistro, memang rindu lah kat semua...

tak sabar nak pi terengganu, tak sabar nak pi kuantan dan juga tak sabar nak balik pandanjaya sebab ku pun rindu dengan hairul arsenal......muah...kisses

renaissance kota bahru

jam menunjukkan pukul 1 11 pagi, aku baring sahaja di atas katil bilik 1620 di hotel renaissance, kota bahru...aku baru sahaja matikan air cond..wowowo sejuk giler di dalam bilik nie...bilik yang besar ini memuatkan 2 buah katil yang besar juga...mungkin queen size....

aku baru sahaja makan malam dengan mr firdee di sebuah restoran di kota bahru, ujan masih lagi menitis di bumi serambi mekah ini...aku kepana tan yang amat, apatah lagi aku tidak tidur semalaman semasa ingin bertolak ke kota bahru..

semasa dalam perjalanan aku curik curik tido, aku kesian kat mr firdee yang mengantuk, hanya tido dalam 3 atau 4 jam sahaja, namun mampu untuk memandu kenderaan ke kota bahru, aku pulak sempat buat taik mata semasa dalam perjalanan...erm perjalanan yang mengambil masa kira kira 7 atau 8 jam amat memenatkan sekali....

pada mulanya aku ingat mr firdee sengaja bergurau untk mengajak aku ke kota bahru untuk menemani nya melakukan tugasanya, namun ajakan itu telah menjadi satu realiti kepada aku, bukanya aku tidak pernah pergi ke kota bahru, bukan yer..aku pernah pergi, namun aku tak sangka boleh bermalam di hotel renaissance , di kota bahru..

maafkan aku, kalau aku terlampau naif sangat, aku akui dalam hidupku inilah kali pertama aku menginap dan bermalam di hotel yang bagiku sangat istimewa, mungkin anda di luar akan tertawa kecil apabila aku menceritakan inilah kali pertama bukan? namun, buat apa aku nak malu untuk mengaku, sebab inilah kali pertama aku menginap.....

sekarang minda ku terasa sangat letih, aku seperti tiada mood untuk meneruskan entry ini,maaflah nanti ku ceritakan secara detail mengenai perjalanan yang amat berharga dalam hidupku ini......maafkan aku...kerana aku terlalu penat

buat adik beradik 69 ku yang tersayang serta tidak lupa sepupu ku...aku memang teringat dan terkenang kalian..sempat juga aku menghantar sms kepada kak lang, yang memberitahu mereka sedang bermain tenis...aku sempat mencuri masa untuk menghantar sms kepada akiko...

jumpa nanti..seba aku nak zzzzz

teringat zaman kekecik dulu

masa aku zaman sekolah rendah dulu, aku paling suka mata pelajaran pendidikan jasmani lah...erm memang subjek kesukaan aku tu..namun itu merupakan subjek yang mana mak aku pulak yang akan mengeluh ..napa mak i mengeluh uols? sebab sebaik sahaja abis pendidikan jasmani, mestilah kasut sekolah akan jadi kotorkan?..heheheh dan yang penting baju baju pun sama jugak kan?

balik rumah, erm surelah mak i akak pok pek pok pek..tengok kasut habis kotor...ingat lagi bila mak kata "kau nie pi sekolah ker ..atau pi sawah ?" motif pi sawah? tak paham kan? masa tu manalah tahu nak melahar...lagi pun, itu mak kita, takkan nak melahar pulak kan?

oklah, apa yang biasa cikgu uols ajar masa pendidikan jasmani dulu? baling pundi kacang kah? atau main gelung rotan kah sambil u ols pose pose buat "hula hoop", ewah ...ewah...bukan main lagi gelek dengan gelung rotan tu kan? atau pun cikgu korang suruh main kejar kejar kah?

oklah akak nak kongsi dengan uols semua, tentang ativiti yang cikgu akak selalu buat semasa pendidikan jasmani yer...oklah...antaranya ialah...

bola beracun...

pernah tak main bola beracun nie? nie mestilah pernah kan? oklah akak terus ke segmen cara untuk bermain..baiklah.... kita pecahkan dua kumpulan...katakan dalam satu kumpulan ada 15 orang , dan lagi satu kumpulan ada 15 orang lagi...jadi kita boleh main dalam 30 orang lah kan..haha nie boleh main untuk satu kelas yer.....

ok..lepas dah buat kumpulan tadi...kita pilih pasukan mana yang akan melontar dan pasukan mana yang akan di lontar....susah ker nak paham...tak paham sudah...oklah, so pasukan yang melontar, akan memegang tangan ahli masing masing dan buat satu bulatan yang besar yer....yang dilontar pulak, masuk dalam bulatan tadi.....masuk semua sekali yer, kalau ada 15 orang, 15 orang lah masuk...

faham? akak teruskan yer..., untuk memastikan bulatan itu besar, pasukan yang melontar tadi digalakkan melangkah 2 atau 3 tapak kebelakang...ok dah melangkah? bagus sekali ye...pastu cikgu akan memberi anda sebiji bola ...bola yang ringan dan lembut ...maksudnya, bola tu kalau kena baling kat kita kita, tak sakit lah...jangan pulak cikgu kau kasi bola golf kan? sah sah benjol kat kepala...

jadi pasukan melontar tadi, akan baling bola kat pasukan yang di dalam tadi...so pasukan yang berada di dalam tadi mestilah mengelak dari kena bola tesebut yer...kalau kena, kau dah kira mati...kena keluar dari bulatan tu ...yang masih hidup lagi tu, digalakkan cuba mengelak dari terkena bola tersebut yer....

tak kisah cara macam mana kau nak mengelak ...nak buat macam filem MATRIKS pun ok gak...mesti cikgu kau sujud giler tengok kau buat gaya ala ala filem matriks tu kan?bagi golongan lembut pun , satu kelebihan jugak kan....boleh mengelak balingan tersebut dengan hikmat melembutkan badan dan juga menyotongkan diri.....kalau nak tunjuk hebat lagi, kau sembur ajer dakwat hitam kat kenkawan yang melontar tadi...sure tak nampak dah...

games nie seronok uols...leh gelak gelak dan jerit jerit manja....sambil ketawa...pose pose melibas rambut sambil mengelak dari terkena bola itteww..kalau nak psiko , senang sahaja....kita ejek lah pasukan yang melontar sambil mencebikkan mulut " TAK KENA YAY ..YAY...TAK KENA...YAY YAY" hahaha macam tulah...mesti pasukan itu akan stress kan?

yang pasukan melontar tu, kalau boleh, lontarlah kuat kuat sikit, gunakan tenaga yang ada untuk melontar bola tersebut, jangan pulak kau baling..alahai.....baling giteww gitew ajer kan? heheheh so, baling dengan penuh perasaan ok....baling..aim betul betul yer.....oklah itu salah satu permaianan yang di ajar semasa pendidikan jasmani dahulu.....erm seronoknya kan?

a..e..i..o..u..STOP

hai semua...kembali semua bersiaran pagi pagi isnin nie yer..jam menunjukkan pukul 5 52 pagi, hari ini dah masuk hari isnin, yelah.... setelah 3 hari kita bercuti, dari hari jumaat , hari raya aidiladha..sehinggalah hari ahad...erm akak disini sangat penat sekals yer...oklah uols, dah tgk tajuk entry akak kali nie?

oklah..napa pulak ada huruf huruf vokal sebagai tajuk blog ? heheheh dan ada pulak perkataan STOP disitukan? hehehe sebenarnya ini adalah satu permainan semasa akak kecik kecik dulu, zaman zaman sekolah...uols ada main macam nie...tak der? ish tak kak tak der kot? sebab pemainan ini agak popular lah jugak..oklah sesiapa yang tak tahu main, mari akak terangkan...

masih ingat lagi dengan entry "pukul berapa datok harimau ittew?" heheheh oklah konsep permainan masih lagi sama yer adik adik, apa yang perlu adik adik semua buat ialah mengumpukan beberapa orang kawan kawan adik lah..kalau boleh dalam minimum 3 orang kalau nak meriah giler, dalam 10 orang dah lah kot..tak perlu ramai ramai yer...nie bukannya senam robik masa kat sekolah dulu...

ok, kalau dah dapat dalam 10 orang, maka kita pilih seorang ketua atau lebih senang panggil mak hayam lah kan? ok...so mak hayam nie akan berada di depan....yang 9 lagi kat belakang ok....ok lepas tu..mak hayam kat depan tu akan menyanyi " a...e...i...o..u......dan STOP" Apabila dia kata stop, maka yang di belakang mestilah berhenti bergerak dan anda mestilah STATIK atau bahasa lain PEGUN yer..jangan bergerak sekali pun...jangan pulak, bila dia kata STOP, kau feeling feeling nak nyanyi lagu SPICE GIRLS pulak.....

tak kisah kau nak pose macam mana semasa kau statik..kalau kau rasa kau nak feeling feeling miss world , kau pose lah macam ratu cantik, kalau kau rasa nak pose macam victoria secret, kau cekaklah pinggang sambil buat muka vogue...bergantung uols.....asalkan kau rasa happy dengan posisi yang kau rasa......

masa zaman akak main dulu, peraturan yang diberikan itu adalah sangat kejam sekali...yang mana bukan sahaja kami tidak boleh bergerak, malahan kita jugak tidak boleh mengelipkan mata...uiiii....terpaksalah pakai gam UHU kat kelopak mata, akan mata kita tidak berkelip kan...gilo apo....

oklah selepas kita pose pose jadi patung...so mak hayam tadi akan pergi ke depan seorang demi seorang ...dan cuba mengacau kita agar kita bergerak, ketawa ker atau apa apa sahaja asalkan dengan syarat TIDAK BOLEH MENYENTUH KITA ....so mak hayam tadi boleh lah membuat pelbagai aksi badut atau pun lawak, agar kita ketawa...dan sekaligus siapa yang ketawa..terus akan memegang title" mak hayam yang baru pulak "

sebenarnya permainan ini tidak lah mencabar minda mana pun...hanya nak tengok siapa yang boleh masuk raja lawak sahaja dengan membuat telatah yang kelakar...pastu orang pun gelak....erm uols paham tak cara permainan ini? kalau paham..selamat mencuba.....

aku betul betul geram....

hai semua...selamat hari raya aidil adha.....erm so macam mana dengan sambutan hari raya hari nie? ok? mesti uols semua kenyang makan daging korban kan? heheheh oklah akak terus ke entry akak kali ini...

dah macam macam akak cerita dalam blog akak nie yer.....dah cerita pasal pengalaman kecil kecil...cerita pasal nabiela dan macam macam lagi lah...sekarang akak nak cerita pasal boling pulak ek..hehehhee...

oklah lately nie akak perasan yang prestasi boling akak semakin hari semakin menurun yer....sungguh u...nak kata dah lama tak main, tiap tiap minggu kami adik beradik 69 dan juga sepupu kami nas dan aleem turun ke ampang point untuk bermain boling...sampaikan satu tahap, dalam seminggu tu adalah 3 kali kami bermain boling kan? heheheheh

boling merupakan aktiviti yang sangat penting dalam keluarga 69 ek.....tanapa sukan boling nie, kami tak tahu lah nak buat aktiviti apa..sehinggakan wujud piala boling untuk keluarga 69 nie kan....erm sampai satu tahap begitu lah ....tapi malangnya piala tu hanya tinggal kenangan sahaja....

tapi apa yang akak nak cerita ialah akak sangat geram dengan prestasi akak sekarang nie, nie pun baru balik dari boling yer....u nk tahu ..dalam 3 games...yang ada 30 frame, hanya sekali sahaja akak dapat buat strike.....diulangi sekali lagi hanya sekali sahaja akak dapat buat strike....kau tak hangin ker nyah .....

kalau dulu, boleh lah buat sampai 10 atau 11 kali untuk 3 games, tapi sekarang hanya 1 kali sahaja, yang lain adalah bergantung dengan kecekapan untuk membuat spare..kadang kadang spare tak menjadi pulak...ish geram betul lah.....nak banding dengan adik beradik 69 yang lain semuanya dah semakin hebat dan maju..yup itu akak akui...

tengok sahaja balingan mantap amy..laju ..tepat pada head pin dan masuk ke dalam pocket...dan apa lagi terus 10 pin menyembah ratu katanya...dapat tanda X ....akak makan hati nyer..amy antara yang paling meningkat dalam permainan boling ini..balingan yang sangat bergaya..dengan kaki yang ala ala kaki carrot itu membuatkan akak sangat sujud dengan amy..amy, kau boleh pi jauh dalam boling nie, masuk planet ym...yang penting kena berani uols...itu ajer..akak memang gentar setiap kali kau membuat balingan...

yang sterusnya, kasandara @ mr firdee..nie lagi sowang yang selalu memberi saingan...bolanya ala ala lemah gelamai...tapi jangan pandang rendah....tiba tiba masuk ke pocket terus strike yer...pergh makan hati akak dengan sandra nie...dia memang hebat, pernah memang miss universe boling, selalu memberi saingan kepada akak...dia selalu gak dapat strike....hanya sandra kena fokus pada spare...sebab kalau dia tere spare..matielah akak ...a leh carik makan woooo

kalau paling kuat, akak berikan pada akiko, hans dan juga wan..omak aiiii..bola u ols bertiga macam ribut..pin yang jatuh pun huru hara...tak tahu nak jatuh kat arah mana...semuanya bergelimpangan tak tentu hala...kalau bola yang kuat ..erm confirmlah uols akan dapat strike, malam nie misalnya, daylan memang miss universe..akak no 2 dan sandra no 3.....suka tengok diaorang baling bola kuat kuat..macam akak pulak, harapkan badan ajer yang besar, baling..erm women sangat..shahlin tu lagi laju baling dari akak...

kalau bola lembut macam akak, akak rasa shima orang yang paling tepat, lemah lembut dia pun boleh dapat strike..akak? nan ado ...ish.. makan hati juga dengan shima....dia bagus main boling, akak respek dengan komitmen dia, beli kasut, beli 2 biji bola, beli beg boling, semuanya lengkap..tapi markah tak konsisten..kejap kejap naik..kejap kejap turun lah pulak....... kak nor pun apa kurangnmya..kalau dia menjadi ...perghhh bagus giler...banyak meningkat kak nor..hanya kak nor nie kena main dengan suasana yang happy..jerit jerit , baru dia menyerlah...tul kak nor....

kak farah pulak masih lagi mencari titik untuk balingan..kadang kadang dia sangat bagus ye...kadang kadang pencapaian merosot, yelah kalau sakit perut macam mana nak baling dengan baik kan kak farah kan? tak per lah kak farah u ok.....begitu juga dengan fatimah wong atau hamie..balingan hooks dia sangat bagus sekali,, masuk pocket confirm X kan? ish jeles dengan dia jugak.....bagus dia main...hanya spare masih lagi tak confident ...

si nas dan aleem pun memang akak tengok diaorang ada gaya balinganlah...nas punya bola hooks uols..kelas kan u...tapi lepas baling suka masuk lane sebelah .....mesti ada gaya masuk lane sebelah...bola dia kuat ...tangan pun mantap..yelah sebab selalu main tenis kan...memang tak der masalah dengan lontaran yang kuat..aleem pun sama gak..kadang kadang dia menyengat...bola cantik uos...suka..kuat dan kena pocket..bagus semuanya..

hanya pada pandangan akak, mereka hanya perlu perbaiki untuk spare sahaja sebab diaorang semua nie tere untuk strike X ....bukan mereka tak tere untuk spare...bukn macam tu, hanya perlu jaga spare , itu sahaja..akak snagat kagum dengan pencapaian mereka sekarang nie...kena fokus bila time main..sebab dioarang nie tere tere belaka sekarang kan?

apap apa pun akak memang sangat sentap dengan pencapaian akak ....mana strike ? mana tanda X yang akak selalu idam idamkan..baling ke pocket, mesti tinggal satu...kalau tinggal satu orang panggil "hantu" dalam boling..sebab apa. kalau tak spare ...lagilah sakit hati...itu sebabnya kalau pin tinggal satu , kita panggil hantu....

harap lepas nie...bila ime akak main boling....nak strike jugakkkkkkkk

main masak masak katanya


salam...dan selamat pagi semua...apa khabar? sihat kah? oklah kalau sihat ..sekarang nie akak masih lagi di mamak ...tapi tukar port pulak, kat mamak kat belakang rumah akak ajer...opss ada pulak wifi ...tak paham ...tak perlah asalkan akak mampu dan gigih menaip blog untuk tatapan peminat yang tersayang......

jam menunjukkan pukul 3 07 minit pagi, baru sahaja melantak magura maugun ( maggie lah uols), uiii lapar katanya sebab tadi dalam pukul 7 malam dah makan, pastu pose pose bangun , pi online, taip blog, pastu taip lagi satu entry sehingga lah akak penat menaip. kalau dapat duit pun tak pelah jugak , nie habuk pun tarak....namun atas dasar minat yang mendalam dalam bidang penulisan , maka akak taiplah juger kan..memang dulu cita cita nak jadi seorang kerani sekolah ....yelah suka menaip, tapi malangnya..tidak kesampaian yer......so dapat menaip kat blog dah kira oklah jugak kan?


oklah kita teruskan dengan entry akak yang bertajuk "mari main masa masak yer" ...oklah sapa kat sini yang TIDAK pernah main masak masak? opsss semua tak angkat tangan kah? oh ye ker dengan kata lain anda semua mesti pernah main masak masak kan semasa anda masih kecik kecik ....uiii mestilah best kan main masak masak sebab kita yang feeling women dan mempunyai "sekeping" katanya....kannnnnn......so apa pulak menu yang yang masak masa tu? nasi goreng kampung kah ? nasi goreng usa? atau pun makanan ala ala western kah? motif? dah namanya main masak masak ? so kita main main lah kan?

oklah masa akak kecik kecik dulu, akak sangat aktif main masak masak nie dengan kakak yang tomboi tu, so akak pun akan membontoti kakak, dan pastu bergaul dengan kawan kawannya. port kami main masak masak kat tepi sungai ..masa tu akak tinggal di port dickson, ayah akak seorang askar yer, jadi kami akan bermain dengan anak anak askar...masa tu kalau tak silap akak, ada dalam 8 orang yang main masak masak tu.....yang lelaki tulen adalah dalam 3 orang, tak termasuk akak, sebab akak gegirl lah uols...gegirl lah sangat katanya......

so masa main masak masak nie, sangat istimewa sebab kita akan menjiwai watak yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan...biasanya ia akan melibatkan sebuah keluarga atau pun dua buah keluarga..biasanya mesti ada ayah, pastu mesti ada watak mak, kakak, abang dan jugak adik kan...sampai sekarang akak tak paham konsep "kalau main masak masak mesti ada satu family kan? " tapi tak tahu lah kalau kau orang main masak masak macam nak buat kerja kahwin pulak?

so sebelum itu, jeng jeng jeng...gitewwkan, part yang paling penting itu majlis perkahwinan..betul lah jugak , mana ada sebuah keluarga wujud tanpa perkahwinan bukan? so inilah part yang di tunggu tunggu lah, akak biasanya akan berkahwin lah ...pose pose jadi mak@isteri katanya...uiiii kecik kecik dah dapat offer watak mak .....tak larat kan? pose pose malu kat bangku, muka tunduk , siap dengan soundtrack...pak ke pak kepak kebung ..pak ke pak kepak kepak kebung kebung kebung ( ahai katanya ) sambil di"tepung tawar " oleh kenkawan yang lain..ish sangat glamer dan berbungga bunga masa tu yer.....dan masa tu kecik lagi, manalah tahu nak memilih pasangan yang handsome bagai, tak kisah, muka lahar pun ok...jalan...yang penting kahwin.....

lepas kahwin barulah dapat anak..uiiii..dapat anak katanya...bila pulak jantan boleh beranak, tapi proses mendapatkan anak dan melahirkan anak itu tidak ditunjukkan di dalam permainan masak masak....tup tup lepas kahwin , dalam seminit dua, terus dapat anak ...anak yang lahir tu pulak besar besar kan ( janganlah tengok logiklah bro sebab kaedahnya main masak masak katanya kan?)

so terbinalah sebuah keluarga yang bahagia...yang si ayah akan pergi bekerja, si ibu pulak pose pose masak, yang si anak pulak, ada yang pergi sekolah, pergi main ker atau macam macam lagi lah ..bergantung kepada anda nak buat apa ek....
lepas tu, mulalah si ibu menjerit jerit manja memanggil nama anaknya.....untuk makan tengah hari ker, minum petang ker atau makan malam, dan si anak pulak busy pose pose menyiapkan makanan di atas "meja" ....masa tu kami akan menggunakan tempurung sahaja untuk mengisi "bahan makanan" kami.....dan masing masing "pose pose" makan dengan gelojoh sekali..ala ala lazat kah makanan itteww? entah lah uols...tapi yang penting ada konsep melahar sambil makan kan?

tapi , setelah kami semua berjaya mencuri minyak gas, atau lebih dikenali sebagai minyak tanah, kami telah pandai menggunakan api sebagai bahan bakar...yolah, macam orang zaman batu lah yang tahu dah guna api, macam tulah kami jugak, tapi tak lah pakai cawat bagai masa menyalakan api tu...gilo apo .......so kami pun ambik 4 batu bata, buat tungku, amik tin milo, letak air, pastu bawahnya letakkan ranting kayu ker, sabut ker, kertas surat khabar ker, dan apa lagi, gunakan mancis untuk hidupkan api..uiiii macam orang asli mengelilingi api....hoga hoga..hoga hoga....keles kan.sangat seronok sekals.....

uols nak tahu tak apa yang kami selalu rebus dalam tin milo tu ? heheheheh...cubalah teka? oleh sebab tempat main masak masak tu dekat dengan sungai , maka banyak sangat watak di situ..maka dengan kata lain kami telah memasak berudu di dalam tin milo itu...wah kejam kah kami? masa tu manalah kami tahu "berperi kebinatangan kan" yang kami tahu berudu tu akan mati selepas di rebus..dan kami pose pose lah berudu tu macam kacang merah yang kita buat abc....tak pengsan kah uols dengan imiginasi akak dan kenkawan dulu?

oklah itu sahaja yang akak nak kongsi dengan para pembaca blog yang tersayang...mungkin anda jugak ada idea dan juga pandangan serta pengalaman semasa main masak masak masa kecik kecik...sila kongsi dengan kak maria mendoza......

games masa kecik kecik


hai...salam satu malaysia...apa kabar uols semua? sihat kah? oklah akak sekarang nie tengah semangat nak taip lagi satu entry untuk tatapan semua peminat setia...wah? ada kah yang membaca blog akak nie? upsss mestilah ada kot sebab kat kulai, satu satu bengkel tu gigih membaca blog akak yer, kepada semua pekerja bengkel...hola....maria ucapkan kepada semua....

oklah sekarang nie akak nak cerita pasal permainan semasa kecil yer....rasanya permainan tersebut dah tak der masa sekarang nie kan? kalau dulu , akak sanggup beli ding dang, tora, dan apa sahaja makanan yng berbungkus demi untuk mendapat barang permainan yang ada di dalamnya. masa tu tak silap akak, harga mungkin tidak mencecah rm 1.00 kot, erm entah lah tak berapa ingat sangat, tapi masa tu lah kan, harga rm 1.00.sangat mahal yer....

mari kita bermain....

pukul berapa datok harimau

oklah ...so pernah tak main permainan ini ek? erm masa kecik kecik dulu...oklah akak akan terangkan bagaiman cara untuk bermain..so anda boleh praktikkan sendiri nanti...namun, kalau ada salah atau silap dalam penceritaan akak nie, tolong komen, sebab akak ingat lite lite ajer lah permainan ini...sebab apa akak nak cerita pasal permainan ini? sebab akak mimpi harimau tadi, terus terbangun dari tido...mandi dan pose pose ke mamak al safira buat kali ke 4 dalam sehari....dah mula akak tersasul kan...

oklah untuk permainan yang tidak berfaedah ini, kita memerlukan seseorang yang dilantik sebagai "datok harimau" tak kisah lah sapa yang kau nak lantik dalam kumpulan kau, opss terlupa kalau nak main, mestilah ramona rahman ( ramai katanya ) jangan pulak kau bermain berdua, tak happening nanti, kau ajak lah dalam 10 orang kawan kau ek....lainlah kalau kau nak mengedik dengan jantan, kau main dua orang ajer..pose pose jantan tu nak kejar kau, nak tangkap kau lah kan......kau pulak pose pose kijang yang manja lah...lari manja manja.kalau akak , akan jadi kanggaroo tau...*teringat kat maison*

kalau nak pilih datok harimau nie pulak, bergantung kepada uols jugak, kalau uols tak mahu kena tangkap awal awal ,maka pilih orang yang tak boleh lari laju ..so uols selamat lah...so pilih yang paling lemah dalam kumpulan uols tu kan....so selepas memilih datok harimau tadi, maka uols terpaksa menyanyi atau membaca "mantera" ish bahaya uols bila kita baca mantera nya, takut malam nanti tak boleh tidor, tak pun akan dicakar oleh harimau jadian nanti pulak kan?

ok macam mana bunyi mantera tersebut nyer...."begini yer adik adik ."pukul berapa datok harimau ?" yup begitulah bunyinya...dan dia ada lenggok yang tersendiri bila uols nak nyanyi yer...sore kena kepit tau.........merdu sikit, kalau boleh bawak microphone uols sekali....nyanyi ramai ramai ..bukan solo...in macam koir...selepas datok harimau mendengar anak anak buah menyanyi, maka datok harimau pun kenalah menyumbangkan suaranya....dan akan menjawab " pukul 10 " tak kisahlah pukul berapa uols nak mula...pukul 3 petang ker .... 3 pagi ker, nak ikut sisitem 24 jam ker..tak kisah uols...asalkan kenkawan paham yer...

tapi tak perlulah datok harimau cakap begini " pukul 3 45 minit " itu memang nak kena hempok lah kepala datok harimau tu kan...motif ada minit bagai..apa kau ingat diaorang tanya betul betul kah? tak payah lah uols....kasi masa tepat...contoh pukul 5 petang....akak masa ingat lagi, masa tu kan akak main dengan kawan kawan...tiba tiba datok harimau tu cakap pukul 5 petang, tup tup salah seorang kawan akak nak balik...kami semua hairan..motif kau nak balik..sebab dia teringat pukul 5 petang nanti ada citer "oltromen" sentap kitaorang tau.....

oklah selepas datok harimau cakap pukul 10 pagi misalnya, kita nyanyi lagi.lagu yang sama yer.....dan datok harimau akan cakap pukul 11 pulak.....yelah , lepas pukul 10 mestilah pukul 11 kan? jangan pulak kau hentam pukul 3 .....motif tak tahu .....oklah sampailah satu masa, datok harimau bagitau dia nak makan kita kat belakang.......masa tu kita kena follow datok harimau tu sehingga dia cakap dia nak makan kita kan...kalau kau dapat atok harimau yang jenis catwalk..pergh ....kau feweett kan ajer datok harimau tu..mesti dia berangankan?

lepas datok harimau kata nak makan kita, apa lagi, gunalah hikmat g shanti..lari kuat kuat...jangan kau larik balik umah, minum air pastu tengok tibi....larik sekeliling sudah...sambil pose pose jerit kuat kuat ......kalau kau rasa datok harimau tu handsome...kau janganlah lari kuat kuat..buat buat lemah gemalai..buat pose pose lari pakai bikini kat tepi pantai sambil melibas libas rambut...voleyy dik? voleyyy ajer......tak pun , kalau taste dengan datok harimau tu, apa kata kau pulak kejar datok haimau pulak.......

yang kena tangkap akan jadi datok harimau pulak, so begitulah seterusnya sampai kau rasa dah penat kau berkejar kejaran di padang dengan kawan kawan...akak selalu main ini sebab keluarga akak ada bela harimau, kadang kadang kami adik beradik main dengan harimau jadian kami ajer kat tepi busut ...kan kak farah?* hanya farah ajer yang nampak busut kat tepi tangga rumah yang terbakar iteew..selamat mencuba uols.....

coti sekolah dah tiba


akum semua...dan salam satu malaysia buat semua peminat blog akak nie yer...oklah sekarang ini akak berada di kedai mamak al safira...uiii pepagi lagi dah online, jam menunjukkan pukul 8 44 pagi...erm pagi yang sangat indah dan cerah.....ramai juga orang yang sedang sarapan pagi..akak pulak busy busy menaip blog ....

eh nampak sunyi pulak kedai nie, biasanya ada bebudak kolej yang ramai lepak sini, oh abru akak teringat yang sekarang nie cuti semester, dan sekaligus cuti sekolah pun menjelang...kepada pembaca blog akak yang mempunyai anak anak yang bersekolah, akak nak bertanya lah kan? apa perancangan anda untuk anak anda dalam masa cuti sekolah nie kan? lainlah macam akak nie, masih lagi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata, maklumlah masih lagi proses mengenal hati budi ( matielah mak....lamanya kenal hati budi)

dalam entry kali ini akak menyarankan beberapa kaedah yang sesuweiii untuk anda praktikkan kepada anak anak anda bagi mengisi masa lapang mereka ..diantaranya ialah...

hantar ke kampung halaman

bagi anak anak yang dibesarkan di kota, inilah masa yang sesuai untuk mereka pulang ke kampung halaman duduk bersama dengan datuk dan nenek , untuk merasai kehidupan di kampung kan? jadi anak anak anda boleh lah "dipos" kan ke kampung halaman, disamping dapat menjimatkan belanja bulanan anda.opsss mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung..malahan boleh mengenal jenis jenis pokok yang tidak pernah mereka nampak di kota, dan juga haiwan haiwan yang ada.....budak budak zaman sekarang nie bukan leh percaya...bila tanya pernah tengok haiwan nie tak? pernah katanya...bila tanya kat mana? kat tibi lah..kat zoo lah yang paling sedih tengok gambar ajer.....sian kan?

ajak mereka memancing ikan , pi bendang , pi kutip telor ayam atau masuk ke hutan ajar mereka aktiviti yang lasak, supaya yang jantan akan menjadi lebih jantan....yang pompuan pulak tak payah lah buat aktiviti lasak lah..nak jadi pangkuda pengkudud ( apa tu tataw...tanya kat hamie lah uols) lainlah akak nie, dah ler women, di paksa buat kerja women seperti menyapu sampah, lipat kain , masak lah ...tanam bunga lah bagai..tak larat uols......

biasakan mereka dengan mandi di sungai bagai...jangan pulak mandi kat sungai tapi pose pose berkemban, pastu syampu kan rambut sampai berbuih buih satu sunga itu kan satu ..siap menyanyi lagu ulik mayang...ajarkan mereka dengan cara hidup kampung bukan? memang seronok kalau dok kampung....sunyi sepi...yang jantan tu suruh panjat pokok, pi main bola dengan budak budak kampung,

penuhkan aktiviti mereka...

bagi yang tidak betah dok kat kampung dengan alasan takut anak anak akan bercampur dengan bdak budak yang tidak elok dikampung, tidak mengapa, anak anak anda masih boleh duduk di kota , namun isikan masa lapang mereka dengan aktivi yang berfaedah, jangan kasi rehat pun kan, sebagai contoh ,pagi pagi suruh mereka bangun pagi, mandi pagi pagi , jangan malas, pastu suruh mereka berjogging ker, tak pun hantar anak anda kat padang padang perumahan yang ada kaum cina buat taichi, suruh diaorang ikut cina cina wat taichi bagai...elok apa..sihat pun sihat

balik dari taichi, suruh mandi lagi ,pastu suruh diaorang pi kelas tuisyen untuk tahun depan, jangan kasi rehat pun , jangan kasi diaorang tengok tibi ,jangan kasi mereka tengok kartun, lailah masa zaman akak dulu, masa kecik ,pagi pagi buta dah terconggok kat depan tibi, tengok cite jam , cite gaban, tengok cite moero atack,citer tom and jerry, ultraman lah......ish buang masa sahajalah....paksa diaorang pi tuisyen...

balik ajer tuisyen terus makan tengah hari, sambung lagi dengan kelas piano , kelas mengaji , kelas melukis ker apa apa lah, bagi keluarga yang kurang mampu, ajar anak anda menjahit ker, mengait apa apa lah....kalau nak anak glamer, masuk kelas vokal, pastu bila ada audition , pi hantar anak tu masuk akademi fantasia..manalah tahu jadi penyanyi terkenal..tak pun suruh anak masuk kelas balet ker , ahai..........

bercuti

erm kalau bab bercuti nie kan, budak budak sekarang nie, ish untung betul, parents ada duit, so bila time naik sekolah masing masing bukak cerita" hey, mak kita kan..bawak kitakan..pi london kan....( motif banyak sangat kan?) tapi konsep tak mahu kalah tetap ada.."alah mak kita lagi lah best, bawak kita pi paris..jalan jalan ...." namun elok jawab macam nie "mak kitakan bawak kita pi umrah lah....." terus terdiam yang lain kan?

apa kata bawak mereka bercuti di tempat tempat yang lain dari yang lain lah....contoh tempat yang pernah berlaku peristiwa yang menyayatkan hati... .contohnya di tempat tanah runtuh ker, jadi masa tu anda ceritakan apa yang berlaku di situ, terangkan tempat nie pernah berlak tanah runtuh , pasti akan timbul unsur unsur bersyukur dalam diri anak anda...kalau tak mahu juga, bawak mereka bercuti di sekitar kuala lumpur, bawak mereka naik kenderaan awam, lrt ker apa aker....seronok apa?

apa apa pun aktiviti di cuti sekolah nie, bergantung kepada anda semua....anak anak tak tahu apa apa...mereka ikut sahaja..kitalah yang perlu mencorakkan.....selamat bercuti yer...

*entry ini ditaip dengan keadaan yang mengantok*

hulurkan tangan ringankan beban...giteewkan

salam semua...hai apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak sekarang nie sihat sahaja..jam menunjukkan pukul 5 .00 pagi. akak baru sahaja bangun dari tido, tido awal malam tadi, dalam pukul 1 30 pagi, so terbangun seperti biasa dalam pukul 4 30 pagi dan terus taip blog yer ....

sekarang nie taip blog di bilik sebab kadang kadang dari bilik akak nie akak dapat mencuri line wifi dari restoran al safira tu kan...tapi kadang kadang juga kalau buat hal, selalu terputus juga lah kan..so sementara ok nie, dengan tangan sotong akak terus menap lah entry untuk tatapan peminat yang tersayang yer..

oklah kalau tengok tajuk entry kali ini macam bunyi tema bersama mu tibi 3 kan? so memanglah entry ini berkenaan dengan "menghulurkan " tangan lah..apa maksud di sebalik "menghulurkan" tangan iteew? adakah untuk mencaple? opsss..bukan lah ..maksudnya untuk menghulurkan bantuan tak kira lah dari aspek apa pun...kewangan, idea atau apa sahaja malahan kalau kita mendengar masalah orang ......itupun dah kira memberi bantuan jugalah kan...

setiap dari kita pasti tidak lari dengamn masalah..itulah"indah"nya kehidupan manusia....kita belajar dari kepayahan, kesusahan dan kesulitan dalam kehidupan. hidup ini ada pasang dan surutnya..ada gembira dan ada dukanya, ada seronok ada sedihnya..memang itulah di namakan kehidupan...hidup kita umpama roda, kalau hari ini kita diatas, maka mungkin esok lusa kita dibawah bukan?

jadi, disini lah kita perlukan bantuan apabila kita menghadapi masalah....90 peratus masalah manusia adalah berkaitan dengan masalah kewanganlah...itu menjadi masalah utama dalam setiap manusia...kita tidak lari dengan bayangan duit, duit umpama "hantu" dalam hidup kita, duit buat kita gembira, duit buat kita juga menderita, orang menilai kita dari "duit" , orang yang banyak duit, pasti akan disayangi, orang yang kurang duitnya, akan dijauhi..sebab pasti akan membebankan orang lain....tapi janganlah begitu yer, mungkin sekarang kita nampak dia tak der duit , tapi esok lusa mana tahukan tuhan nak beri rezeki kepadanya ?

tapi sayugia diingatkan, masalah kita bukan sahaja duit , masalah cinta, keluarga, kerjaya dan apa sahajalah....dan kita apabila kita mempunyai masalah mungkin kita akan berkira kira untuk bercerita dengan orang lain, kalau cerita nanti, seolah olah kita membuka pekung di dada pulak, sebab kalau kita mempunyai masalah, bermaksud kita mempunyai "keburukan" kita sendiri..kita tidalk mahu nanti orang akan kata begini"ish...dia tu tak abis abis dengan masalah "...dan sebab faktor itulah ramai diantara kita lebih suka mendiamkan diri sahaja...

kita nampak orang tu happy, orang tu selalu ketawa,..dan macam macam lagi lah seolah olah dia tidak mempunyai masalah langsung...itu silap...kadang kadang orang yang happy itulah juga yang paling banyak masalah...yang ada masalah yang sukar diungkap...dan akhirnya perubahan emosi dalam dirinya akan ketara..so sebagai seorang kawan, kita haruslah menghulurkan tangan untuk membantu orang yang mempunyai masalah ini..jangan di lahar..jangan dimarah..kita dengar baik baik...dan berikan jalan yang terbaik...berikan kata semangat kepadanya...bukan?

kalau dia mempunyai masalah kewangan, dan anda mampu untuk menghulurkan bantuan, hulurkan....insya allah rezeki yang allah berikan kepada anda akan berganda..percayalah , dalam kehidupan kita ini, perkara yang mengembirakan ialah apabila kita dapat menolong orang lain, kita akan rasa happy bila orang lain happy, apatah lagi orang yang tersayang lah bukan? seperti dalam kehidupan akak nie, adik beradik 69 lah yang paling banyak membantu akak dalam aspek kewangan, semangat, motivasi dan sebagainya...

disini akak dengan rasa rendah diri, ingin memohon maaf sekiranya selama akak mengenali adik beradik 69, ada banyak menyusahkan kalian terutama yang melibatkan masalah kewangan , dan sebagainyalah..terima kasih kepada firdee yang tak serik serik "mengambil" dan "menghantar" akak kemana sahaja..terasa malu sangat apabila menumpang kereta, tak bayar satu sen pun duit minyak pose pose dok depan..ish malulah pulak,..tidak dilupakan kepada hamie yang juag setia mengambil akak setiap kali pertandingan boling miss universe ....sorrylah uols...kalau akak dan duit yang lebih dan mampu membeli kereta, akak bawak uols pulak naik kereta akak nie yer..entah bilo lah?

kepada dsylan yang selama ini menjadi teman sahabat dan kawan yang paling baik dalam hidup ini, terima kasih segala bantuan yang diberikan kepada akak yer, kepada kak farah yang banyak memberi nasihat , pandangan dan apa sahaja bantuan yang dihulurkan....tidak akan dapat dilupakan, kepada adik ku yang tersayang , kak nor merangkap kak lang...jangan risau ..kami tetap berada di belakang kak nor...apa sahaja masalah yang melanda, kita tetap adik beradik, kak nor pun banyak menolong akak , dan kepada am dan amy...pun samalah juga..anda adalah yang terbaik untuk diri ku.......

*tetiba nak tulis entry macam nie*

terima kasih


salam semua...hai apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer....oklah akak di rumah sekarang ...tengah taip blog nie hah, mula mula rasa macam mengantok pulak, nak tido, tak leh plak tido rasanya...so nak buangkan masa, taip ajerlah...

sebenarnya tak tahu nak cerita apa pun dalam blog nie, otak beku, sejok pulak tu, tapi memandangkan pagi ini kena pi pejabat pendaftaran negara, kat maluri awal awal pagi nanti, akak pun cubalah membusykan diri....tak mahu tidur, nak pi awal awal lah, pastu boleh balik tidur semula kan? heheheh...so nak cerita apa ek....

oklah sebenarnya dah lama nak cerita pasal benda nie, namun takut pulak nanti pembaca ingat akak nak promote kawan kawan ...yang adik beradik 69 atau sepupu pulak janganlah fikir yang bukan bukan yer, semua orang akak sayang, hanya kali ini akak nak rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada 2 orang yang sangat baik ...yup....iaitu daylan dan firdee

oklah akak mulakan dengan

daylan

mengenali anak muda sarawak ini ( muda kah?) erm amat memberi makna yang sangat mendalam dalam hidup ini, mengenali daylan di upm pada tahun 1999, dan pernah tinggal bersama dengannya di rumah bbmb di serdang, kami masa itu boleh dikatakan sangat rapat juga, malahan kami mempunyai hobi yang sama iaitu berkaraoke dan juga bermain boling. si daylan ini boleh dikatakan sangat pendiam dalam adik beradik 69, kalau berkumpul dia akan buat halnya sendiri, main games di i phonelah...tak pun busy busy dengar lagu...namun itu hak dia, asalkan tidak menyakitkan hati orang lain...

akak pernah menumpang di rumah kakaknya di batu 9 cheras, dalam masa 3 bulan juga lah, masa tu cuti semester, dengan zul.... selepas itu kami terputus hubungan sekitar tahun 2002 semasa akak mula berkhidmat di sekolah, namun kami berjumpa semula selepas kakak daylan, diana pun berkhidmat sebagai guru sandaran di sekolah yang sama...

kini, akak dab daykan sering berjumpa. apatah lagi apabila ada aktiviti keluarga 69 yer, kadang kadang selepas akak mengajar di dinamis, dia akan singgah di dinamis, tak pun akak akan pergi ke tempat kerjanya....lepak lepak dengan kawan sekerja daylan yang gila gila memang menyeronokkan..daylan untung bila dapat kawan yang boleh memahami dirinya, dia tak cover cover dengan kawan sekerjanya..itu lah daylan.....

daylan juga tak penah berbohong atau pun menipu, dia lebih suka berterus terang, tapi jangan tak tahu, dia sangat tegas dengan keputusannya. kalau dia tak suka, dia memang tak suka....dia tetap dengan apa yang difikirnya...itu yang akak respek dengannya..banyak jugak akak belajar dengan daylan.....

dia seorang yang kita nampak pendiam, tak yer...kalau time dia ting tong, dia akan ting tong betul betul...heheh hanya akak sahaja yang tahu kalau dia ting tong....lain ajer perangainya...dia selalu melahar akak jugak, kadang kadang dia usik, namun tak pernah nak amik hati dengan apa yang di cakapnya...tak ambik hati pun..kadan kadang dia kelakar tau...tergelak gelak kami berdua..macam orang giler...dia selalu buat lawak dengan akak...

masa akak sakit hari itu, masa demam campak, dialah yang selalu datang ke rumah akak, masa tu time puasa....time time hari bawak makanan untuk akak, untuk makan bersama dalam pukul 5 petang..awalkan kami berbuka puasa kan ? heheheheh.....tapi kami tetap berbuka puasa di kedai kak lahar dalam pukul 7 malam pulak, kelas kan? jangan marah yer daylan...

kepada daylan, terima kasih menjadi sahabat, kawan dan sahabat yang terbaik dalam hidup akak nie, segala pertolongan tidak kiralah dari aspek apa pun amat amat akak hargai....setiap kenangan yang pernah kita lalui, akak tetap ingat dalam hidup ini...memang ebruntung siapa yang dapat mendekati dan memahami daylan nie..dia tidak sombong...dia tidak misteri..hanya dia menjadi dirinya sendiri..itulah istimewanya daylan....

kepada firdee, nanti akak taipkan entry untuk anda..anda seorang yang sangat pemurah dan baik hati.......ishhhhh tak tahu nak cakap apa lah..nanti la akak cerita tentang firdee..kepada adik beradik 69 yang tersayang, kak farah, kak nor, hamieko, amy dan am...bukan lah bermakna anda semua tidak baik atau tidak penting, semuanya BAIK DAN PENTING , dan tdak lupa kepada sepupu ku tersayang, nas dan aleem serta rihanna....anda juga terbaik..hanya kita mengambil masa untuk mengenali hati budi semua......kepada adik beradik 69, nantilah akak taipkan entry untuk anda juger.....nantikan lah..( tahun depan kot )

2 bulan berlalu


nie pulak mat tomyam....dia nie masak western...pesan ajer apa lah kat dia...ok ajer..baik gak dia nie....selalu kasi aku kuih dan juga kurma seiap kali buka puasa kat jaya ....sekarang kat arathiwat...tak kerja...dia ada tipon, bagitu umah dia banjir kat sana...sian kan..tak perlah mat..bawak bersabar..

nie yang paling aku sayangggggg..kak pah..sape lagi...dah macam mak aku dah nie...baik giler..kiko pun sayang kak pah jugak, kalau aku datang dengan kiko kat jaya, macam macam lah kak pah masak, masa buka puasa pun kak pah selalu belanja kami makan kat jaya...masa aku sakit, kena demam campak, kak pah lah yang jaga aku...sayang kat kak pah tau
mat ya...nie dulu bukan main kureng dengan aku...selalu ejek ejek aku ...kalau aku datang buat muka kekwat ..motif kau mat ya...tapi tak salahkan dia...sebab dia ikut mat tomyam...dulu aku dengan mat tak ok....so dia pun bersekutu dengan mat...tapi sekarang dia ok...ada kat johor..kulai...cikgu kulai mesti kenal mat ya kan?
nie pulak kak khan..s.ekarang nie dah balik kat hatyai...tukang masak..pembantu kakpah...tapi tak leh lawan dengan kak pah punya masakan....oklah juga kan dengan kak khan nie...

nie pulak pian..alah yang selalu aku cerita dalam blog aku lah kan....sekarang kat tanah merah kelantan...dok itu...tak kerja lagi sebab nak lepak lepak...banyaknya duit dia kan? leh lepak lepak lagi..orangnya baik..sopan ajer....berbudi bahasa...suka main boling...cadang nak sambung belajar kat cheras


nie namanya rahim...adik kepada kak pah....orangnya baik..suka berbual dengan customer...badan lawa..kulit pun putih...kerja buat air..tere dalam membaiki eletrik, baiki handphone dan macam macam lagi...dengar cerita tushee pernah beri rahim nie jam tangan yer...sila jawab yer tushee....sekarang kat pattani

yang terlewatkan....




20 november 2009

selamat petang......maaf lah tak balas sms awak....saya dah nak balik kampung dah nie...tak datang lagi kat sini...dah tak kerja lagi kat malaysia...balik terus..kerja kat sana...maaf kalau ada silap dan salah.....saya kemas kemas nie..kalau sempat nak jumpa kejap....nak beri sesuatu....datang lah .."panjang sungguh sms yang di terima....

aku bergegas bangun dan bersiap, ujan masih lagi urun membasahi bumi...memang dah lama nak jumpa dia...tapi busy sangat lah ...

naik teksi ke rumahnya...sampai sahaja dirumahnya..

"lah ingat kan tak datang...." dia terkejut

"mestilah datang..awak kan kawan baik saya .." aku menjawab

dia sibuk melipat baju.

"boleh aku tolong?" aku menghulurkan bantuan.

dia tak menjawab. aku pun dengan pose ala ala lady diana pun , terus menolong dia melipat baju...suasana diam sahaja

"ina mana?" aku bertanya

"ina tungu kat kl sentral" pendek jawapan nya..

"pukul berapa tiket?" aku bertanya lagi

"kul 8 malam...tapi nak jumpa ina kul 5 petang.." aku segera mengerling ke arah jam tangan ku....dah pukul 4 petang....lagi satu jam.

"jangan lupa saya tau.." aku bersuara..

dia berhenti mengemas...dia hanya tersenyum lalu berkata "samalah jugak dengan awak...jangan lupa saya..."

"eh tak kan lupa awak...thanks....sebab selama nie baik dengan saya ( motif saya?)...

"no hal.."

"kirim salam kat keluarga kat narathiwat yer....selamat hari raya haji..." kataku..semuanya barangnya dah siap di kemaskan...

"aku nak cepat nie...so nak kasi kau satu barang..." dia menghulurkan satu bungkusan..

"eh tak payah la.." kata ku malu malu..

"ambik lah...ikhlas...." jawabnya..dia seperti tergesa gesa, dia menyarung kasut..aku memerhatikan nya..

"dalam tu ada surat ..aku tak tahu tulis...aku suruh kak sri yang tulis.." terangnya lagi...

aku terdiam...

"aku nak pergi kedai dulu...nanti apa apa kita sms atau kau tpon lah...." dia menghulurkan tangan untuk berjabat....

dia memeluk ku erat dan menepuk bahu ku...

"jaga diri tau..." dia berlalu pergi menuju ke kedai...aku hanya terdiam...

semasa aku meneunggu teksi...datang sms..

"jangan lupa dengar lagu..yang terlewat..sheila on 7 "

aku tersenyum...

lagu itu berkumandang di telinga ku berkali kali ....
sorry kalau anda semua tidak berminat membaca entry ini...biasalah...jiwa melankolik lagi