miss universe edisi ke 13

oklah...seperti yang telah di rancang, penganjur telah menghantar sms awal kepada semua para peserta miss universe edisi ke 13 . dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

fy telah datang awal ke tempat penganjur,bagi memastikan beliau menyertai pertandingan kali ini. Penganjur pulak sibuk menghantar sms agar semua para peserta dapat datang. penganjur telah menenpah lane awal di ue3 bagi memastikan pertandingan berjalan dengan lancar yer. Penganjur memang sangat risau dengan kehadian para peserta malam nie

yang paling membanggakan , 6 wakil dari pandan jaya iaitu penganjur, zak, am , amy, fy dan apis telah memeriahkan suasana. Seperti biasa penyertaaan dari dj dan hamie serta juara bertahan berturut turut iaitu mr ady. Malangnya, ej dan firdee tidak dapat hadir bagi edisi kai ini.

pandan jaya telah datang dengan menaiki kereta yang dibawa oleh zack, kami telah datang awal di tempat pertandingan.

apabila semua datang, proses memilih nama negara bermuala, berikut adalah senarai para peserta kali ini

australia : penganjur

spain : am

venezuela : hamie

brazil : ady

mexico : zack

russia : apis

donimican rep : amy

colombia : fy

japan : daylan ( konpius dapat negara asal semula )

terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A iaitu australia, spain, venezuela, brazil, mexico, russia

kumpulan b pula, donomican rep, colombia, dan japan

bagi subsidinary pula, brazil menang 2 kategori, japan 1, colombia 1 dan mexico 1. australia gagal memenangi apa apa seperti biasa

pertandingan kali ini amat meriah dengan kehadiran zack dan apis terutama apis yang amat sporting menjerit seperti penganjur yer.

dan yang paling memeranjatkan penganjur ada kumpulan yang memboikot penganjur iaitu venezula, spain, mexico dan russia. mereka berempat telah menggunakan taktik kotor untuk menumpaskan penganjur kali ini. yang seronok team A memang bertarung hebat dengan team B

pakatan mereka amat kuat sehingga telah menggangu tumpuan australia kali ini .

pada games yang pertama top five ialah

brazil : 164,
australia : 157
japan : 153 ( musuh ketat nie)
mexico: 137
donimican : 121

pada gemes kedua pula ialah

brazil : 174
australia: 164
japan : 139
venezuela: 130
spain: 112

games ketiga pula

brazil : 223 ( markah tertinggi setakat ini )
australia : 156
spain : 129
japan : 126
donimican: 115

games yang keempat pula

brazil : 200 (hebat kan)
japan 179
venezuela: 140
australia : 138
spain: 122

games kelima @terakhir

venezuela : 186 ( malatop)
japan: 170
australia : 160
brazil : 151 ( saje kasi negara lain menang)
colombia: 125

apabila di total berikiut adalah keptusannnya

miss universe edisi ke 13 : BRAZIL ( 912 ) rekod
1 st runner up: australia ( 775)
2 nd runner up : japan (767) lagi sikit nak potong penganjur
3 rd runner up : venezuela(679)
4 th runner up : spain (576)
5 th runner up : colombia (545)
6 th runner up : russia dan donimican (540)

penganjur amat berpuas hati dengan kehadiran ramai peserta, terima kasih lah uolsss. memang sukar nak ucapkan terima kasih atas komitmen yang di tunjukkan, insya allah kita akan berjumpa di edisi ke 14 yang bakal menjelang nanti.

kepada ady dan amy, penganjur ucapkan good luck pada 9 ogos nanti yer, harap dapat top ten , yang paling cerah ialah brazil.....

tasik antarabangsa vs pandanjaya

akum semua..
kali ini entry ini akan menceritakan mengenai pertandingan boling persahabatan antara dua benua yang terhandal ( arkghhhh tuiii) iaitu tasik antarbangsa berlawan dengan pandan jaya.

idea ini timbul apabila akak berasa bosan dan tetiba di seru untuk berlatih sempena pertandingan boling planet ym pada 9 ogos nanti.

tasik antara bangsa di wakili

firdee
ejay
daylan

pandanjaya

penganjur
eqbal@amy
am

konsep pertandingan ialah berkumpulan dan individu.

pada pertandingan kali ini, tasik antarabangsa telah berjaya menjatuhkan 1865 jatuhan pin dan sekaligus menewaskan pandanjaya yang hanya mampu menjatuhkan 1733 sahaja

yang paling mengejutkan prestasi am yang telah meningkat. teruskan uolsss... mak rasa tak lama lagi u dah layak jadi shahlin. Tapi kehebatan firdee dan daylan amat sukar di gugat. tambahan pula ejay yang menggunakan bola bekas kekasih akak menjadikan jiwa akak agak bercelaru.

amy pulak telah mengajar kami cara membaling bola dengan kaki mestilah sudut tirus dan tangan pulak seperti orang yang menahan bas atau teksi. vogue gittewkan. Jadi pada malam itu konsep kaki telah diperkenalkan akan akan digunapakai dalam pertandingan boling dunia akan datang

oklah uolsss...penat akak menaip nie uolsss.

jumpa lagi ...

miss universe 12

akum semua..
mesti pembaca hairan mengapa kali ini akak menulis tentang miss universe sedangkan pertandingan miss universe yang diadakan di vietnam baru sahaja menobatkan miss venezuela sebagai miss universe yang baru.

tapi bagi memuaskan hati adik adik atau akak akak yang teringin nak pakai gaun tapi malu malu dan tidak confident di atas pentas, maka timbul satu idea untuk membuat pertandingan miss universe tapi berkonsepkan boling...

maklum lah gagusion gagusion nie memang lemah menggunakan kaki , hanya bahagian tangan amat berfungsi bagi mereka. bola tampar, boling, bola jaring, bola baling merupakan sukan yang digemari. Jangan paksa main takraw atau bola sepak, sah sah ke laut uolsss kan.

oklah pada selasa lepas, tak silap akak pada 29 julai, akak iaitu penganjur telah berjaya meracun 7 orang peserta untuk menyertai pertandingan kali ini.

setiap perserta malam itu telah diberikan nama negara, secara suka rela atau paksa rela uolsss. Ampun akak yer, sebab masa itu amat kelam kabut kan. Dan berikut adalah nama peserta dan negara yang bertanding:

japan=daylan

malaysia=firdee

colombia ( berangan ..tuiii) = penganjur

bolivia=ady

kosovo=fy

singapore=amy

korea=hamie

pakistan=am

dan pada kali ini beberapa konsep terbaru telah di perkenalkan . antaranya mencari peserta yang mampu membuat stike yang terawal. saingan begitu hebat . berikut adalah keputusannya

bolivia menang 2 kategori dan jepun menang 2 kategori

malam itu amat seronok sekali. Penganjur tak mampu fokus kerana berperanan menjadi badut dan pengulas ( gila kuasa ). masing masing memberi saingan. setiap frame akan di umukan top 5 sehingga ke final.Persaingan antara bolivia dan colombia yang bertungkus lumus meninggalkan negara lain. bolivia merupakan pemenang 11 kali dan colombia pada masa itu hanya mampu merampas sekali sahaja.

hebatkan bolivia.

akhirnya, setelah berjalan dalam masa 2 jam 30 minit, berikut adalah keptusannya

miss uiniverse: bolivia
1 st runner up : colombia
2 nd runner up: japan
3rd runner up : malaysia ( wow)
4th runner up: korea
5th runner up:kosovo
6th runner up: singapore
7th runner up: pakistan

terima kasih komitmen anda, harapan penganjur teruskan penyertaan anda. Kalah atau menang itu biasalah adatkan.....

miss universe edisi ke 13

akum semua..
kali ini penganjur telah menghantar sms awal dari biasa kepada semua para peserta yang bakal bertanding dalam pertandingan miss universe edisi ke 13 yang bakal di adakan pada hari selasa 5 ogos 10 malam di ue3 miharja

penganjur berharap sepuluh perserta yang telah di sms iaitu ady,daylan,hamie,ej dan suami ,firdee, amy, zack , am dan fy dapat hadir pada malam tersebut.

penganjur telah menyenaraikan 11 buah negara yang bakal bertanding iaitu venezuela,colombia, donimican rep, russia, brazil, mexico,usa, kosovo,spain,italydan australia

negara akan diundi pada masa pertandingan nanti.......

harap semua dapat hadir...

ikhlas penganjur miss universe edisi ke 13