penat +risau+stress


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak disini sihat sahaja..alhamdulillah , nie pun baru makan dengan firdee dan akiko di kedai kak lahar yer....uolss semua macam mana dengan coti hari nie? ok tak? best tak? apa uolss buat masa coti hari nie...




akak coti nie hanya temankan adik akak yang dok klang tu uruskan perkahwinan nya nanti...tak tahu nak cerita ke tak sebab ini adalah hal family akak, tak elok pulak nak cerita kat uolsss semua kan..namun apa yang boleh akak cakapkan ada pergeseran antara parents akak dengan adik akak yang akan berkahwin ini..tak tahu nak salah kan mana pihak, namun, akak hanya mampu doakan masalah ini cepat cepat lah setel yer....




oleh kerana ayah terlalu memikirkan masalah ini, ayah pun jatuh sakit..ini amat membimbang kan akak yer....mula mula tengah hari tadi, akak memang tak cadang nak balik kampung, namun dalam pukul 10 30 malam tadi, adik yang kerja jaya jusco talipon, bagitau ajak balik..akak pun kelam kabut lah nak balik uolss. tapi kena tunggu dia balik kerja, dalam pukul 12 malam ke atas nanti kami akan bertolak lah ke batu kikir ...




sekarang jam menunjukkan pukul 11 14, sempat lah akak nak taip entry dalam blog akak nie...tapi apatah malangnya hari ini, tadi selepas akak tipon dan bersms dengan kak farah, tiba tiba line tipon akak di potong..haiyoo..matilah akak yer..itulah lain kali pakai prepaid lagi mudah kan....kelam kabut pi cari public phone uolss. sebab nak kol firdee , bagitau kelas esok di tunda kepada hari khamis nanti....alhamdulillah firdee amat memahami situasi akak dan menasihatkan akak agar menjaga diri...lepas tu kol pulak daylan bagitau yang akak nak balik negeri sembilan....kepada adik beradik yang lain, tak cukup lah syiling nak kol uolss semua lah ek...


akak jugak stress dengan arnab akak tu yer ( maaf hairul, aku terpaksa terus terang lah, tapi bukan lah bermaksud aku tak mahu nak jaga arnab tu yer ) balik balik dari klang, tengok taik arnab sangat banyak kat bilik...aiyoooo tertekan sangat lah..dengan air kencing yer yang kena baju..silap akak jugak, tak ada kandang untuk arnab itteww....so akak pun mengambil keputusan untuk mengemas rumah terus lah...


firdee dan akiko datang melawat akak , tergelak gelak diaorang tengok akak yang stress dengan arnab akak nie,...arnab nie manja uolsss.kalau dia nak pi keluar, dia akan datang kat kita dan cium kaki kita yer....tapi akak tak der masa nak manjakan arnab nie..sibuk ( kau jangan ambik hati hairul, aku tetap jaga arnab kau nie) ..dan akak ada bagitau hairul , kalau tak boleh jaga akak akan serahkan arnab itu pada anak buah akak, nabiela.....


masa akak taip entry ini terasa risau pulak dengan kesihatan ayah di kampung, ayah akak yang berusia awal 70 itu amat akak sayangi..sian pulak, mungkin ayah tertekan dengan sikap adik akak yang dok klang itu, maklumlah hati orang tua uolsss mestilah kena jaga kan....oklah akak dah nak balik...kemas kemas sikit lah....harap semuanya ok nanti..insya allah....

cekodok dan teh tarik


akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping dengan orang yang tersayang..so macam mana dengan cuti kali ini? ok? alhamdulillah kalau ok...esok dah masuk hari ahad kan? so ada lagi satu hari lagi cuti kan? semoga anda rasa gembira dengan hari cuti nie yer....dan dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah yer.....


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? oklah entry ini akak tujukan khas untuk kawan akak iaitu mr firdee atau kasandra yang telah menunjukkan skil memasak dan jugak membuat teh tarik, buat pengetahun pembaca yang budiman, semenjak kasandar berpindah ke rumah baru di Lumayan, kasandra begitu rajin memasak untuk para tetamu nyer..antara masakan yang pernah akak rasa semasa di rumah baru ialah nasi ayam, pastu kasandra buat karipap yang diletakkan telur rebus dalamnya, pastu cekodok yer..tapi menu yang paling utama ialah teh tarik yer...


selain itu kasandra jugak pandai memasak soto singapura ( kalau salah ,maaf yer kasandra) akak main hentam ajer nie..bukan setakat masak sahaja, malahan kasandra jugak pandai buat teh tarik..perghhh uolss sedap dan pekat, tak tahulah apa yang dimasukkan di dalam menu tersebut, namun hasilnya tidak lah menghampakan..kasandra selalu merendah diri dengan mengatakan teh tariknya tak sedap lah apa lah ..sedangkan pada hakikatnya teh tariknya adalah yang terbaik pernah akak rasa....


akak nie memang suka minum air yang manis..( bahaya yer..kata kak farah yang selalu mengamalkan minum air masak, patutlah kulit muka kak farah sangat cantik kan?) akak selalu minum teh tarik kat kedai kak lahar sahaja, tempat lain akak tak akan order sangat teh tariknya..bergantung kepada orang lain yang minum dulu, kalau ada kenkawan order teh tarik atau teh ais yang sedap, baru akak akan order yer....selalu akak minum nescafe ais di kedai mamak nanisha uolsss..sedap gak...atau minum air buah sahaja..dah cukup bagi akak yer....


berbalik pada masakan tadi, memang akak pujilah kenkawan yang pandai masak nie uolsss. selain dari kasandra akak pernah makan masakan daylan atau akiko tomsen yang selalu menghidangkan masakan ala ala sarawak gittew yer..sup sup yang pernah dihidangkan memang best, maklumlah akak kan kak maria tengku sabri..sudah pasti akan merasa segala masakan kenakwan yer....ingat lagi kuih yang akak dan daylan buat tu? yess uolss sangat sedap yer...


akak jugak pernah rasa bubur yang dimasak oleh kak farah kita yer, tadi masa akak pergi lumayan, tup tup akak farah tengah makan denagn suami tercinta iaitu hans yer, bubur tu taklah masin sangat ...lite lite sahaja, sedap sangat lah.....tapi sebab dah makan kat kedai kak lahar , so akak tak mahu dituduh pelahap nanti, bahaya pulakkan uolss kan? so akak makan lite lite ajerlah kan..heheheheheh


apa apa pun akak nak terus terang akak nie memang tak pandai masak lah uolsss..sumpah..bukan nak tunjuk kelas ke apa. takder maknanya...memang tak pandai masak yer..namun rasa cemburu tengok kenkawan yang pandai masak uolss..teruskan usaha anda untuk mencuba lagi resepi yang baru, pastu panggil akak makan yer..nanti boleh akak promote dalam blog akak nie yer......

cerita mistik

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua pembaca di luar sana sihat dan bergembira disamping teman dan orang yang tersayang yer.....akak disini sihat sahaja, tapi agak mengantuk sedikit lah.so untuk menghilangkan rasa mengantuk akak pun tulis blog akak yang dah lama sangat bersawang ini yer....minta maaflah sebab akak terlampau busy sangat dengan kerja kerja di pusat tuisyen nie.....gittewwww

dah tengok tajuk entry diatas? ok lah kalau semua orang dah tengok, baguslah yer..kalau sebelum ini banyak sangat tajuk entry yang mengenai percintaan, kisah kisah lawak ker atau pun kisah binatang , kali ini akak akak menyorot pulak kisah mistik yang berlaku baru baru ini yer...

buat pengetahuan semua, baru baru ini akak diganggu oleh bunyi bunyian yang agak mengelirukan akak, ini berlaku di pusat tuisyen pada hari selasa lepas. bukan sahaja akak diganggu malahan firdee jugak kena ganggu..ini membuatkan kak merasa seriau juga lah uolsss..nasib baik lah firdee senantiasa berada di pusat tuisyen setiap hari, selepas dia balik dari kerja yer....

kisahnya begini yer, satu petang dalam pukul 6 petang ke atas tak silap akak, sedang akak pose pose mengajar budak budak pmr, akak terdengar bunyi sore budak budak di luar, dengan perasaan yang ceria akak terus menjengahkan kepala ke luar, tapi malangnya tak der sapa. akak rasa ceria sebab mesti ada budak akan mendaftar lagi ..alhamdulillah kalau macam tukan ? tapi perasaan hampa menyelubungi akak bila akak melihat takder sapa di luar......

akak meneruskan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa, tak sampai beberapa minit terdengar bunyi orang menolak pintu di luar, sekali lagi akak menjengahkan kepala di luar, eh takder sapa pulak..mungkin kerana terlalu benggang, terus akak keluar dari kelas A dan pergi ke pintu utama..memang sah takder orang.....

akak bertanyakan kepada anak murid sama ada mereka ada dengar atau tidak bunyi apa yang akak dengar, mereka hanya menggelangkan kepala sahaja yer.....ini membuatkan akak merasa sangat konpius uolsss...macam mana leh jadi macam nie.......tapi akak terus kan mengajar.

bukan sahaja akak dengar bunyi kanak, kanak, atau dengar bunyi pintu ditolak, tapi kadang kadang akak dengar bunyi ada budak menjeritlah, budak ketawa lah....firdee pulak ada bau colok yang sangat kuat semasa dia mengajar bahasa inggeris baru baru ini..tak tahulah kenapa boleh jadi macam nie?heheheh apa apa pun akak harap benda benda macam nie tak menghalang dari kami untuk memajukan pusat tuisyen kami ....insya allah.......

siap kau cik nab ....(geram)


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..tak kisah lah dengan sapa kan? asalkan uolss senantiasa happy lah kan....akak disini sihat sahaja..namun tengah mengantuk pulak, bila kena air cond kat cc nie..tambahan pulak si hairul nie lama sangat pi kedai binatang..so sempat lah akak taip lagi satu entry kot...


oklah dah tengok tajuk entry akak kali ini? hah bunyinya macam marah ajerkan ? heheh mana ada..hanya geram lite lite sikit ajer lah dengan cik nab akak nie kan..napa akak geramnya..oklah nie akak nak cerita nie sikit pasal cik nab akak dengan cik nab si hairul nie..buat pengetahuan semua, cik nab akak belum dapat nama lagi yer..maklumlah baru tahu jantina cik nab akak nie...dan cik nab hairul pun belum dapat nama lagi..kami sedang pikir kan nama yang sesuai untuk arnab arnab kami nie...kalau boleh nak letak 3 atau 4 nama lah kan?


oklah sebaik sahaja kami berdua bangun dalam pukul 2 30 petang, akak pun ambik cermin mata yer..terus akak menjerit...u ols tahu apa yang akak nampak...hah cubalah teka...berak arnab merata rata uolsss...betul merata rata..banyak sekals...terus akak kejutkan si hairul arsenal yer....nak tengok dia..betul ker dia sanggup nak bersihkan tahui arnab itteww?


dengan sikap kebapaan si hairul arsenal pun mengutip berak cik nak cik nab tu dengan bersungguh sungguh...sambil mengutip tu dia membelai belai kedua dua arnab tu....dah abis di kutip. di sembur pewangi kat tempat berak tadi...ada satu cecair pewangi yang hairul bawak....dia beri cik nab tu makan dan minum...akak hanya perhatikan kelakuan nya....memang dia bersungguh sungguh nak jaga binatang nie.....baguslah uolsss..terharu pulak tengok jantan nie....dalam hatinya ada sifat penyayang..sambil dia tengok dia membelai kepala arnab, terbayang dia membelai kepala akak nie di katil tadi..opssss ampon hairul...


akak pun nak mandi sebab pening kepala..cuaca pun panas panas sekals uolss kan? so si hairul sibuk lah bermain arnab di ruang tamu sambil menonton tibi yer....akak pulak menyanyi lagu "sempurna" di dalam bilik air ....pose pose gita gutawa lagi....perlukah akak letakkan nama arnab tu "gita gutawa?" erm akan dipertimbang kan lah ek kan..sebab tak letak lagi nama arnab tersebut.....oleh kerana dia betina, maka nak letak nama yang vogue vogue lah walaupun arnab tu dok umah flat ajer uolsss...mana ada air cond....tak macam snowie ...dok umah lumayan...ada air cond..tapi snowie dah kena pindah umah parents firdee..


hairul pun siap ..kami berdua nak keluar..nak pi pet shop jap....akak malas nak pi sebab akak memang tak suka pi kedai binatang lah uolsss..so akak mengambil keputusan nak lepak sahaja kat cc sambil menaip blog yer..so mungkin pembaca akan merasa bosan sedikit sebab cerita akak nie lebih menjurus kepada binatang yer...jangan risau..nie bukan blog tentang haiwan yer....lagi pun nie bukan cerita "animal planet".....namun bila menjaga haiwan nie..rasa macam seronok pulak..apalah yang dibuat oleh dua ekor cik nab di rumah akak tu yer.....erm rindu dengan arnab ittewww....


cik nab


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman yang tersayang...so hari ini hari minggu ..apa planning anda semua? berjalan jalan kah? pi tengok wayang kah? atau masih lagi demam valentine kah? apa apa pun aktiviti u olss tu akak harap uolss heppi lah ek...


oklah akak sekarang nie pun heppi gak uolss, sebab akak dapat binatang peliharaan yang dihadiahkan oleh kawan akak iaitu hairul arsenal ( tepuk tepuk tepuk) yer..terima kasih mr hairul yang sangat berperikebinatangan ...sanggup membeli arnab untuk akak yer...nak harapkan akak membeli arnab..erm tak mampu lah uolsss nak beli arnab.....nak beli makanan arnab pun akak tak mampu...


oklah, pagi tadi dalam pukul 7 pagi, si hairul arsenal datang singgah sekejap katanya..cepat cepat akak pesan tolong bawak arnab nyer sekali yer..nak tengok jugak arnab si hairul ....manalah lebih chantek dari arnab akak pulak kan? tambahan pulak akak tak tahu status arnab akak nie..jantan kah? betina kah? atau khunsa kah arnab akak nie ..kalau betina, akak nak beli revlon untuk touch up kan muka arnab akak nie..ajar kelas catwalk..pastu ikut akak pi jalan jalan cari jantan kan?disamping itu akak nak lengkap ilmu pada arnab akak, pi kelas make up dengan daylan, pi kelas it pada ej dan hamie, pi kelas memasak dengan firdee...pi kelas bahasa jepun pada kak farah...akak akan pastikan arnab akak nie tak buang masa..jadi binatang yang berguna ....


kalau arnab akak jantan, akak nak hantar di pi main bola sepak ker, tak nak kasi pondan pondan pegang arnab akak , takut nanti arnab akak konpius dengan jantina yer....akak tak mahu arnab akak jadi macam akak..biar dia jantan sejati uolsss.. dan berbadan kekar....nak hantar pi gym kalau boleh...tak sanggup tengok dia suap suap makan dengan arnab jantan lain ker kat kedai kak hah ( motif arnab pi makan kedai kak hah)...tak mahu tengok kat jari dia nanti ada cincin kahwin yang arnab jantan lain kasi..akak tak sanggup uolsss..biarlah arnab akak membesar dengan persekitaran yang sihat yer....cukuplah apa yang berlaku dengan akak..tak sanggup tengok akak putus cinta dengan arnab jantan ..pastu mengadu dengan arnab arnab lain....


dah mula akak merepek kan nie.....oklah so hairul pun sampai dalam 7 pagi lebih, akak belum tido lagi masa tu, revlon akak dah mula pecah pecah minyak uolss...tapi masih lagi chantek macam gita gutawa lah...tup tup beli dia bawak sangkar.. wah meriahnya arnabnya...warna oren campur putih uolsss..wah chantek...arnab nya nampak pendiam sahaja...takut takut pun ada..mungkin dia takut dengan tempat dan rumah baru kot.....


"arnab aku nie jantan ke betina?" tanya akak sambil pose pose mengusap kepala arnab akak nie..bukan kepala lain yer.....


"arnab kau betina, macam kau jugak, aku punya jantan, macam aku jugak lah ..heheheheh..." katanya sambil menghisap rokok..arnabnya diam sahaja sambil tengok arnab akak yang melompat tak tentu hala ....motif arnab kau jantan, tapi pose pose diam....?


" oh ye ker...patut lah arnab aku chantek macam aku jugak kan ?" sajer akak memanaskan keadaan ..heheheh tintong katanya...


"aha ..tersangat lah chantek arnab kau ..macam kau jugak lah kan? nanti suruh arnab kau pakai revlon yer..." tup tup dia mcm tahu niat akak yang nak meng revlon kan arnab akak tu


"napa kau kasi aku arnab ? heheh sajer tanya..macam susah nak jaga arnab nie kan? aku tengok arnab nie kuat sangat berak lah .....merata rata..." komen akak ....


"lah baru 1 hari jaga arnab, dah mula bising. macam mana kalau ada anak nanti...boleh ker jaga, nasib baik kau lelaki, kalau pompuan, sanggup ker jaga anak sendiri? biasalah kalau dia berak tu, kita kutip lah..kita bersih kan ....dia mana tahu ..lain lah kalau kita ajar dia .....sanggup ker jaga arnab nie....?" tanya hairul..tampak sedikit kekecewaan di wajahnya...


"eh mana ada aku kata tak sanggup..aku tanya jer arrr..ok , aku cuba jaga arnab nie, macam jaga anak aku sendiri " gitu kata akak sambil pose pose women di tepi katil. masa tu terbayang video klip sempurna yer....


"baguslah macam tu..so , biar lah arnab kita main...kita tido lah kan..nie pun dan nak pukul 8 pagi nie...letak diaorang kat bawah lah....kalau letak kat atas katil nanti susah.." perintah hairul....


akak pun ambil arnab akak letak kat bawah, arnab hairul pun kat bawah jugak, dua dua arnab tu mula menghidu antara satu sama lain....kelakar tengok arnab tu ...mula mula malu jugak arnab tu nak berkawan, pastu ok .....dan tuan tuan arnab pun sama gak....ops........18 sx


hadiah valentine


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer....so macam mana dengan sambutan hari valentine day hari ini yer? seronok? kalau yang seronok tu..tahniah uolsss..tapi sapa yang rasa tak sambut sebab benda nie tak penting pun tak per uolss...itu hak masing masing yer..akak pun tak sambut jugak...tapi yang penting dapat dapat hadiah uolss


oklah, hari ini, akak sangat penat sangat er uolss...kenapa ek? begini, semalam pagi tadi tidor dalam pukul 8 30 pagi, sebab tak leh nak lelapkan mata, balik dari Q bistro dalam pukul 5 pagi, terus tak leh tido..pose pose berborak dengan kak misha,sambil sambil tu sms dengan firdee yang sangat sibuk membuat nasi ayam yer....tambahan pulak masa tu kak misha belum tido lagi, dah nak dekat pukul 7 pagi terus akak pose pose ajak kak misha pi beli nasi lemak..


oleh kerana sebab kak misha nak jaga badan, dan tak biasa makan pagi, dia menolak, tambahan pulak dia mengantok pada pagi ittewww...so akak tunggu sampai pukul 7 30 pagi , terus pi beli nasi lemak,, perghhh dah beli nasi lemak, makan ..mestilah rasa akan mengantok lah kan...tapi tak leh pulak tido lepas makan kan..tunggu lah sampai pukul 8 30 pagi baru tidooo


tapi memang dah seminggu kalau tido mesti tak akan nyenyak punyalah kan sebab umah di bawah tu tengah renovation yer....bising, dalam pukul 1 30 pagi, kak kisha dah bangun dan nak balik...akak pun bangun bukakan pintu...terus sambung tido balik, sangat mengantoklah uolsss...tgk tgk dalam handset amoi ada sms dari kak lang yang mengajak pi makan tengah hari, tapi tak mampu nak balas lah semula ....sebab rasa sangat mengantok..


dalam pukul 3 ptg , dapat panggilan telefon dari hairul aresenal..nak singgh sekejap..akak pun bangun, malas nak mandi, cuci mata dan gosok gigi sahaja yer....terus dia kasi arnab..wah amat terkejut sekali, ada 2 ekor arnab, satu akak kena jaga, dan satu lagi hairul kena jaga pulak, nanti bila dia datang ke rumah, dia akan bawak arnabnya sekali...hadiah valentine katanya..tapi dia tak leh lama lama sangat, dalam 20 minit, dia blah ..akak terus sambung tido..sempat sms kak misha nak pi spa...


dalam pukul 5 petang, barulah bangun dari tido, mandi dan terus carik kak misha..tetiba teringat kak lang pindah...dah mula bersarang rasa bersalah, apatah lagi mendapat sms dari amy yang memberitahu bahawa dia dan am akan pergi ke lumayan menolong kak lang pindah..terus akak terus sms kak farah...kak farah dah pindah barang.....tak sedap hati gak , terus kol kak farah.....suaranya akak lemah sekali......akak dah tak sedap hati, berkali kali meminta maaf sebab tak dapat menolong yer...


terus terang disni akak meminta maaf kepada kak farah sekali lagi seandainya akak tak tolong uolss dan kak farah terasa hati sangat.....memang tak sedap hati lah olss. sambil mengemas rumah , terfikir jugak pasal kak farah ...mula mula kemas kat bilik...pastu kemas ruang tamu...mop ....sapu sampah...basuh biik air....basuh peti sejok, yang paling rude akak telah membasuh cerek elektrik yer...ya allah lepasbasuh tu cerek elektrik, tak boleh guna pulak ..ya allah..terus kak misha melaser, barang elektrik tak boleh basuh lah uolss..napa tak basuh sekali tibi nie ..lahar katanya..terus akak sujud..


ej ada kol, mengajak makan di kedai kak lahar, tapi masa tu sangat sibuk mengemas rumah uolsss..apatah lagi arnab tu asyik berlari sahaja...ke hulu ke hilir uolss..sangat seronok tengok anab tu sehingga masa akak mop, ter mop arnab tu sekali ..penah masa kak tengah catwalk menyapu, masa tu lah arnab tu nak bermanja, pastu tersepak pulak arnab tu...tercampak pulak...yang kelakar bila ada binatang peliharaan nie, kita dah jadi macam "mak mak" asyik nak bercakap dengan binatang itttewww uolsss....


last last kunjungan adik beradik 69 ke rumah...punyalah ramai..temasuk dengan si azrun yer...heheheh suka tengok azrun yang berbadan kekar tu...pastu berurat urat tangan serta kakinya..sangat seksi lah uolsss...kak nor datang bawak sate katanya....masing masing tengah tengok arnab....akak pun cepat cepat mandi..borak borak..arnab tu nampak macam seriau tengok reramai yang datang.....asyik nak terberak ajerlah kerjanya......hehehhee.....


rombongan terus pi ke lumayan yer.....firdee tengah menunggu kami di meja makan yer....di atas meja terhidang nasi ayam dan sup ....pastu ada teh tarik yer....kami punyalah lapar sangat ..terutama daylan, hamie , akak dan kak misha...terus serbu di meja makan yer..wah sedap sekali nasi ayam tu terutama sup nya...yang paling meriah teh tarik firdee yang telah dipuji ramai..3 kali lah dia terpaksa bancuh teh untuk kami semua..bila kak nor dan akakberjumpa...gamatlah rumah... kak farah dah masok tido..begitu jugak dengan shah yang kerja pagi nanti....


sekarang ini akak di Q bistro..menaip blog....dan akhir kata kepada kak lang @ kak farah sekiranya ada rasa marah, terkila, sentap ker ( kalau ada ) , kak long menyusun sepuluh jari memohon maaf....kepada hairul arsenal, sorry tak leh kuar tadi...penat sangat , terima kasih kerana kasi arnab yang chomel walaupun aku memang sangat takot arnab dan kucing yer..insyaallah...akan aku jaga arnab ittew..kalu tak mampu, aku buat sate arnab ajer lah ek.....

selamat tinggal din dan ramlee(jaya tomyam)

akum semua..apa khabar? sihat? alhamulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang yer.....akak disini sihat sahaja..sekarang ini akak di Q bistro , bersama dengan daylan, firdee dan jugak kak misha yer....nie lah port baru kami lah ek....sebab sini ada WIFI percuma katanya...best giler...

tadi dalam pukul 10 malam, akak dan amy serta am makan di kedai kak lahar, pastu datang pulak si ery malik yer. kami berempat pun makan, sebenarnya ramai lagi yang akan datang joint makan malam ini yer. tak lama kemudian datang pulak, hamie dan jugak si daylan, wah semakin ramai dan meriah, malangnya port yang kami pilih tu sangat sempit lah uols... so datang pula firdee....dan akhir sekali ej, shah , hans dan jugak kak farah..so banyak sekalis kenkawan datang..opss terlupa jugak kawan baik akak iaitu kak misha jugak yer....

kami hanya berbual bual kosong sahaja, kak farah pulak meminta jasa baik adik beradik yang lain untok menolongnya berpindah rumah yer...esok katanya.... ..no hal..hanya bagitau bila masanya kak farah nak pindah tu nanti adik beradik datanglah menolong yer....hans pulak ada membuat satu pengumuman yang UIA ada minggu koko..so dia mengajak kami semua pergi ke minggu koko nya ittewww...insya allah lah hans...

oklah oleh kerana dah terlalu melalut nie..... so dah tengok tajuk entry kali ini ? hehehhee oklah kisah kali ini nak cerita pasal din dan ramlee yer iaitu dua pekerja tomyam jaya . mereka berdua telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mereka di thailand hari ini yer. dan kemungkinan besar mereka tidak akan kembali di jaya tomyam.so akak pun pose pose sedih lah ek yer, sebab walaupun si ramli ms tu tak pernah cakap dengan akak, namun akak sempat mengambil gambar dengan ramli tersebut..so sweet lah uols bergambar dengan ramli ms tu..so cute.

akak jugak sempat ambik gambar dengan din( 3 hari yang lepas rasanya ) so yer am..tak niat nak caras dari am yer...hanya bergambar sahaja lah...walaupun meraka itu hanya pekerja di jaya tomyam, mungkin ada antara kita menganggap meraka hanyalah pendatang yang bekerja di bumi kita sendiri, namun mereka juga hanyalah manusia biasa seperti kita yer....

akak memang sangat rapat dengan pekerja tomyam nie uolsss. semua akak rapat lah uolsss...kak pah, kak hah, kak chan dan semua pekerja lelaki lah yer......memang sangat rapat lah uolsss....tapi sekarang nie ramli dan din dah balik, hilanglah kawan akak di kedai tersebut ....akak memang tak der kawan kawan lelaki straight , so dengan pekerja jaya tomyam ini sahajalah kak boleh bergaul uolss. nak bergaul dengan laki straight lain mcm susah sahaja lah, sebab masa zaman mengajar dulu lainlah, guru laki straight ramai, leh gak gaul gaul. so bila dah berhenti mengajar di sekolah , jaranglah akak bercampur dengan lelaki straight .......

so buat din dan ramli semoga anda mendapat pekerjaan yang lebih baik semasa di thailand nanti,, insya allah bila ada masa nanti , akak tulislah surat kat anda berdua nanti. alamat yang din dan ramli kasi masih lagi akak simpan lagi.......

salam penuh tulus ikhlas....

maria hulia julia mendoza.....

valentine day


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga dan teman yang tersayang, akak masih lagi di Q bistro, sekarang jam menunjukkan pukul 3 10 pagi ..yer diulangi 3 10 pagi namun akak dan firdee masih lagi tak mahu beranjak dari kerusi q Bistro.




walaupun pekerja pekerja q bistro dah mula sibuk sibuk bersihkan kedai mereka, susun meja, susun kerusi dan sebagainya, namun akak terus menaip manakala firdee pulak sedang download lagu lagu yer..adalah katanya...nak download lagu untuk seseorang yang istimewa katanya yer ...lagu lagu disini dah macam kami berada di bombay sahaja ( ini kata firdee) manakla di belakang meja kami pulak ada group group laki yang ketawa ala ala pondan gittew..




oklah semua orang dah tengok tajuk entry kali ini? yup, sekarang nie dah hari jumaat bukan?, 13 februari yer, so dengan kata lain esok sahaja 14 februari sudah pasti anda semua ada yang menyambut valentine day yer....bergantung lah kepada anda semua, sama ada nak sambut ataupun tidak yer.....bagi akak itu hak masing masing.




okla bagi yang menyambutnya bersama dengan kapel anda, tak kiralah kapel anda tu songsang ker, kekasih gelapku ker, atau memang bukan sejantina, so apa rancangan anda untuk menyambut nya? adakah anda mahu buat satu suprise untuk pasangan anda? cukupkah anda bebogel di dalam kotak, pastu pose pose kapel anda bukak kotak tersebut, tapi mahu diingatkan yer, pastikan kapel anda bukak kotak tu, kalau tak, mati kekejungan anda nanti ye dalamkotak tu sebab tak bernafas....sia sia uols mati dalam kotak..




atau anda dah tempah meja untuk makan bersama dengan kapel anda? bagi yang berkemam


puan tu baguslah,pastu boleh lah anda letakan cincin dalam kek anda, kalau tak nak letak dalam kek, boleh letak dalam isi ikan ker, pastu pose pose suruh kapel anda makan bahagian yang ada cincin, sayugia diingatkan, jangan pulak kau beli cincin yang ada batu permata sebesar penumbuk uolss...sah sah kapel kau tercekik nanti, sapa nak jawab uolsss, ke hospital pulak nanti...




atau anda nak beli kad sahaja uolss? ok jugak kalau idea macam tu kan? akak rasa kos nya adalah lebih murah kan..apa apa pun yang penting ianya ikhlas lah uolsss, rasanya tak perlulah tunggu hari valentine day baru nak kasi hadiah kat kapel kita, hari hari biasa pun buruh, contohnya masa hari buruh, atau hari pekerja boleh lah kasi batu bata ker pada kapel kita, iaitu akak nak kasi kat taufik, pada naratiwat akak nak kasi kuali memasak funfries yer....gurau ajerlah uolsss....so uolss nak kasi apa ek?




di Q bistro katanya

akum semua... apa khabar?sihat?alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang, akak disini sihat sahaja dan sekarang nie jam menunjukkan pukul 2 15 pagi, akak dan firdee masih lagi di Q bistro...temankan firde online..pada awalnya akak punya lap top ini sangat ting tong sehingga tak mampu online disini..

pastu bila dah betulkan, barulah ok yer, teruslah akak bersemangat nak taipkan beberapa entry untuk tatapan pembaca yer...oklah sebenarnya akak sangat penat dan mengantuk, bukanlah penat sangat, hanya mengantuk sahaja ..semalam akak tidor lambat lah ,

begini ceritanya yer , kak pah dan kak chan ( tukang masak yang baru di kedai kak lahar) bercadang nak datang ke rumah yer...akak on ajer, lagipun tak der date sapa sapa yang nak datang yer, datang ajerlah akak tak kisah..

dalam pukul 2 lebih selepas mereka kemas kemas kedai, mereka pun balik rumah dulu, mandi, akak pulak pose pose dok kat ruang tamu rumah mereka yer. selepas kak pah dan kak chan dah mandi, terus kami bergerak ke rumah akak di blok L 39

akak mengajak mereka tidor sahaja dirumah, lagipun itulah kali pertama mereka tido di rumah akak yer sampai sahaja di rumah, kak chan dan kak pah terus pose pose tengok tibi, tak silap ada cerita thailand di tibi 3 , akak pulak pose pose nak pi mandi lah yer.....

mereka tengok cerita thailand, manakala akak pulak mandi manda yer...lepas siapkan diri, akak pun joint tengok cerita thailand itu. dalam pukul 3 30 pagi, akak chan dan kak pah pun tido. akak suruh diaorang tido di katil, dalam bilik, manaklaa akak pulak tido di lua sahaja. dah lama jugak tak tido di luar, masa dengan shahril dulu, kami selalu tido di luar , masa tu tak mampu lagi membeli katil yer...'

dengan berbekal bantal 2 buah sahaja, amat sukar untuk akak melelapkan mata ini pusing kanan pun salah, pusing kiri pun salah, amat sukar akak nak lelapkan mata yer.....maklumlah tak selesa sangat tidor di luar, sejok, dengan tak der tilam, namun takkan nak biarkan kak pah dan kak chan tido di luar pulak, sian mereka ....akak cuba jugakla yer...sampai lah pukul 7 pagi, baru boleh lelapkan mata ini tapi asyik asyik terbangun sahajalah nie...

dalam pukul 12 30 tengahari, aku dah terbangun uolss..memang akak tak tidolah uols sebab tido kejap ajer, pukul 2 petang mesti sampai ke pusat tuisyen dinamis yer......mandi mandi, siap dan terus ke perhentian bas nak ambik teksi...sebelum itu kena pergi kedai fotostat .

alhamdulilah, hari ini ada 2 orang yang akan datang mendaftar yer....semalam ada orang jugak yer.....selepas kelas pukul 9 30 malam tup tup jumpa kak farah di lobi lift, puyalah terkejut uolss..tak sangka kak farah datang, nak ajak pi makan kat kedai kak lahar yer....firdee pun kol sebab nak bincang pasal pusat tuisyen yer...maklumla pengetua katanya..so dia nak update semua mengenai pusat tuisyen yer.....

kami berjumpa am dan amy di kedai kaka lahar, pastu dalam beberapa mnit kemudian, datang lah firde pulak kan, dh nampak banyak sangat berubah firdee nie....semakin chantek lah uolsss...sembang sembang pasal supermodel lah...dan macam macam lagi..yang paling penting, tetiba kak hah menangis sebab kes anaknya...tersentap kami semua yer...sian kak hah yer

lepas tu kami blik, akak pon nak ikut firdee ke q bistro, nak update blog, walaupun memang dah macam ultraman hilang power, tapi akak tetap tabah menaip blog nie untuk tatapan peminat semua, walapun entry entah apa apa yer.....

selamat ulang bulan pada shah dan ej


akum semua ..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga dan teman yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja......alhamdulillah baru sahaja abis makan dengan kak misha, amy, dan jugak adik adik yang tersayang yer..maklumlah tak leh sebut lagi dah tempat mereka belajar yer....


oklah uolss dah tengok tajuk entry kali ini? oklah tajuk entry ini khas untuk ej dan shah yang menyambut ulang bulan mereka yang pertama dalam tahun 2009. akak teringat yang hari ini, 10 haribulan , maka akak pun pose pose tipon mereka berdua dalam pukul 5 petang..masa tu ej tak angkat tipon, akak kol lagi. masih tak angkat..


terus akak tipon si shah pulak, dengan nada yang serius shah bertanya sebab akak tipon. akak pun dengan nada yang girang, mengucapkan selamat ulang bulan mereka yang pertama kepada shah..shah hanya tertawa kecil sahaja...alhamdulillah dari nada shah, akak percaya shah dan ej dalam keadaan yang bahagia rasanya ...alhamdulillah...jangan pulak uolsss ingat akak nak pi mencaras yer....


tidak beberapa minit kemudian, si ej sms, dan menerangkan bahawa dia tak dapat angkat kol tadi sebab dia ada meeting , dan janji untok kol balik semula...janji tetap janji, itulah ej yer...dalam pukul 6 petang, dia kol akak semula..akak pun mengucapkan selamat ulang bulan yang pertama dalam tahun 2009. terus ej mengatakan terima kasih, namun ada nada was was disitu yer, kerana ej manganggap yang shah yang bagitau akak pasal tarikh ulang tahun mereka..opss ej, u salah lah.kak long kau ini ingat bila kau orang bertemulah....


harapan akak kepada ej dan shah, semoga menjadi kapel yang akan terus cintanya mekar, kalau uolss gembira , kami pun gembira jugak, sekarang nie tinggal 3 orang sahaja, ej dan shah, firdee dan mr am, kak farah dan hans.. ( yang lain pulak akak tak tahulah , kot kot kahwin lari ker apa ker ) semoga kapel kapel ini terus melayari kehidupan dengan ceria dan bahagia sekali......kepada yang lain pulak, janganlah uols putus asa yer, ramai lagi diluar, dan berikan masa serta ruang untuk kita mengenali hati budi orang lain sebelum datangnya cinta....


sekali lagi di dalam blog akak ini, ingin mnyusun 10 jari kepada ej dan shah, kalau ada perbuatan akak yang melampaui batas batas sehingga salah sorang pihak merasakan akak cuba meruntuhkan rumahtanggga uolss berdua, sekali lagi akak meminta maaf, namun persahabatan kita akan kekal abadi. begitu juga, kepada kak farah dan suami tercinta jugak yer....kak long sayang uolsss semua...


ikhlas tapi jauh ...

kak long korang

maria hulia julia mendoza

caras ria

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang, akak disini sihat sahaja dan terasa sedih snagat sebab coti hari ini dah berakhir yer, esok akan memulakan tugas seperti biasa lah yer di pusat tuisyen dinamis lah ek....

oklah uolss semua dah tengok tajuk entry kali ini? ok lah kalau entry sebelum ini lebih menjurus kepada tatabahasa iaitu perkataan "TAHNIAH UOLSS" , sekarang kita fokus pulak kepada satu lagi perkataan yang selalu diguna pakai oleh kaum kaum plu atau pondan iaitu "MENCARAS" atau sekarang nie lebih dikenali sebagai "meng meimei kan diri"

baiklah murid murid yang cikgu sayangi, apakah itu "MENCARAS?" , kalau mengikut kefahaman , pengetahuan dan ilmu yang cikgu ada, MENCARAS ini adik beradik kepada "CELAH KAK BEDAH " mungkin perkAtaan "CELAH KAK BEDAH" itu sangat panjang yer untuk menyebut, maka di tukar kepada MENCARAS pulak. tambahan pulak, mungkin pondan pondan atau pompuan yang bernama "bedah" pernah menyaman mana mana pihak yang men ggunakan nama mereka iaitu "bedah". cikgu percaya yer murid murid, celah kak bedah tu taklah putih sangat, mungkin berkerak, hitam, sebab tak disental, maka secara logiknya ditukar kepada " mencaras"

mencaras ini lebih fokus kepada satu perbuatan ( kata sifat ) , yang mana seorang pondan lain telah merampas suami orang lain yer..maka itu dipanggil mencaras yer. lihat situasi begini yer..

"
seorang pondan yang bernama lia mempunyai seorang suami yang boleh lah tahan mukanya iaitu bedol. Lia sangat sangat dengan Bedol sebab setiap kali Lia membawa Bedol keluar, ramai pepondan makan hati melihat Lia yang muka lite lite bercatwalk dengan si Bedol yang agak tampan, namun Lia terlupa bahawa, kawan baiknya iaitu Kiah berminat jugak dengan Bedol. maka dalam diam diam, Kiah cuba mengurat Bedol , dan akhirnya berjaya mendapatkan Bedol..."

ok murid murid sekarang cikgu nak tanya siapa yang pencaras? yer..bagus murid murid..pencaras itu adalah si Kiah yer, dan sekarang cikgu nak tanya, dicaras siapa pulak ? oh yer, bagus sudah tentu si Bedol...jadi mari kita beralih kepada soalan kbkk iaitu kemahiran berfikir secara kristis pulak

soalan pertama...

1. patutlah si kaih mencaras si Bedol dari si Lia sedangkan si Kiah tahu si Bedol tu laki kepada kawan baiknya iaistu si Lia?

jawapan: .................................................................................................................................................

2. kalau anda menjadi si Lia, nayatakan tindakan yang anda akan ambil kepada si KIah dan Si Bedol?

jawapan:..................................................................................................................................................

3. nyatakan 5 cara yang boleh diguna oleh si Kiah untuk mencaras si Bedol .

jawapan : 1..................................................................................


2..................................................................................

3................................................................................

4.................................................................................

5..................................................................................

akan tetapi kita tidak dapat nafikan ramai plu atau pepondan nie dah mula salah anggap dengan konsep mencaras ini...cuba lihat situasi ini

situasi A

katakan seorang pondan yang bernama mawar desa telah menemani suami mawar kota pi makan tengahari di kedai makan. jadi adakah si mawar desa itu boleh dianggap cuba mencaras laki mawar kota ?

situasi B.

katakan suami si Leah selalu tipon si maimun sebab nak tanya khabar atau berkongsi masalah, jadi adakah si Maimun jugak dianggap pencaras ?

situasi C.

andaikan si kuntum (pondan) selalu meraba raba suami si kemboja ( pondan) , di depan kemboja . jadi adakah si kumtum jugak dianggap pencaras ?

itu sahaja yang cikgu nak kongsi dengan anak anak murid yer....bolehlah cuba menjawab soalan yang diberikan di dalam ruangan komen ...

mari belajar bahasa

akum semua ....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..so macam mana dengan coti extra yang kita dapat hari ini? seronok tak? erm panjang jugak kita coti yer, ala ala 3 hari kan? dari hari sabtu sehingga hari isnin katanya...besh besh kan.....

oklah akak harap uolsss semua dapat menggunakan masa coti ini dengan perkara perkara yang berfaedah bukan? esok dah mula kerja ...oklah dah tengok tajuk entry kita kali ini? oklah hari ini akak nak sentuh sedikit mengenai tatabahasa yer..pelajar pelajar yang cikgu sayangi, dah sedia semua, sila fokus dan berikan perhatian semasa cikgu mengajar yer...

oklah hari ini kita nak belajar membina ayat dengan satu perkataan sahaja, perkataan tersebut ialah TAHNIAH yer..ok ada sesiapa tahu maksud atau definisi perkataan TAHNIAH ini uols? oklah secara dasarnya perkataan TAHNIAH ini diucapkan oleh seseorang kepada orang lain apabila orang lain itu atau pihak ketiga itu memperolehi kejayaan, atau apa apa sahaja kebaikan , sebagai contohnya, Ali mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun, maka kita bolehlah mengucapkan tahniah kepada ali secara lisan atau menulis kad, sms atau apa apa cara pun kan..

apabila kita memberi ucapan tahniah kepada orang lain, dengan kata lain, kita menghargai kejayaan orang itu. disamping itu jugak kita ingin berkongsi kejayaan orang tersebut, wah begitu muliakan hati kita yer apabila kita mengucapkan tahniah kan..akan tetapi dalam konsep adik adik/pondan pondan/plu plu ini pulak lain yer murid murid, kerana konsep TAHNIAH ini boleh menimbulkan rasa sakit hati, marah atau sentap yer..mengapa yer murid murid...

baiklah dalam konsep pondan pondan ini, konsep TAHNIAH ialah menyindir secara baik lah uolsss..contohnya ....ini hanya contoh sahaja, seorang pondan ini telah berjaya mencaras laki kawan baiknya, iaitu pondan jugak . so kawan kawan lain patut berkata "TAHNIAH UOLSSSS" disini perkataan uolsss jugak harus diucapkan secara bersama sama sekali...

lihat situasi ini....

seorang pondan yang kita namakan bedah , telah berjumpa senyap senyap dengan seorang lelaki yang bernama leman . leman ini pulak , laki kepada tipah ( pondan). so bedah dan leman ini ada skandal lah senyap senyap. tup tup , si maimun ( pondan jugak ) dan kawan kawan terserempak lah si bedah tengah makan sate dengan leman di gerai. terus si maimun dan kawan datang sambil menghulur tangan dan pose pose berkata "tahniah uolssss"..jadi murid murid yang cikgu sayangi...dah faham pemggunaan perkataan TAHNIAH UOLSSS

TAHNIAH ini bukan sahaja ditujukan untuk kes kes mencaras yer, tapi kes kes lain jugak boleh digunapakai perkataan TAHNIAH ini yer, sebagai contoh, kawan anda mendapat kekasih baru , anda terjumpa dengan kawan anda dan kekasih barunya..so bolehlah jugak anda mengucapkan tahniah jugak kan....sambil menghulurkan tangan anda pun berkatalah tahniah yer kepada kawan andan tu sambil pose pose pandang laki barunya..manalah tahu boleh dicaras nanti kan?

nada atau bunyi serta tone perkataan ini sangat penting yer..apabila anda ingin menuturkan perkataan "TAHNIAH UOLSSS" ini, perlulah dengan nada yang lembut, senyuman yang manja dan menarik serta dengan mata mata sekali yer..itu sangat penting yer murid murid....

sayugia diingatkan, penggunaan tahniah ini tak boleh guna dengan sewenang wenangnya..takut nanti "ayam kutip jagung, kau kutip gigi yer" ingin dingatkan yer...sebagai contohnya, katakan suami kawan kita meninggal dunia ker ( ini contoh yer) , sebaik sahaja dia menangis di tanah perkuburan, dengan manjanya anda pun berkata " TAHNIAH UOLSSS..." hah kau nak mampos...kalau kes macam nie ...jangan pulak cakap tahniah tapi apa yer murid murid? yer... TAKZIAH yer...so dengan kata lain TAHNIAH dan TAKZIAH adalah dua perkataan yang berbeza yer....

so dah faham? bagus..TAHNIAH UOLSSS kalau dah faham....

tagged by firdee

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira dengan orang yang tersayang..so macam mana dengan coti hari ini yer...best tak ? yelah kan kita coti panjang jugak kan, ala ala 3 hari nie kan....

oklah , kali ini akak nak jawab tag dari fidee yer... senag sahaja arahan nya.....
.
Put ur i-tunes, mp3, mp4, windows media player, etc on shuffle..
For each question, press the next button to get your answer..
You must write down that song name no matter how silly it sounds..
Tag 10 friends..
Everyone tagged has to do the same thing..

cikgu pun segera membuka winamp…

If some asked u..”are you occay?” you say.. BAGAIKAN PUTERI (FARRA)
How would you describe yourself.. DANGEROUS (AKON)
What do you like in a guy/girl.. AKU TAK BIASA ( ALDA)
How do you feel today.. NO ONE ( ALICIA KEYS)
What is your life purpose.. I LAY MY LOVE ON YOU (WESTLIFE)
What is your motto.. JUST DANCE(LADY GAGA)
What do you friend think of you.. MASIH AKU TERASA (GERSANG)
What do your parents think about you.. AKU HANYA SERANGGA (BUMIPUTRA ROCKERS)
What do you think about very often.. MELAWAN KESEPIAN
What is 2+2..RISAU
What do you think of your bestfriend.. TAPI BUKAN AKU (KERISPATIH)
What is your life story.. TITIAN PERJALNAN (XPDC)
What do you want to be when you grow up.. ANDAI KU TAHU (UNGU)
What do you think when the person you like.. TAK SUKA TAK APA
What will you dance at your wedding.. WAJAH KEKASIH
What will the play at your funeral.. OOPSS I DID IT AGAIN
What is your hobby.. CINTA ABADI
What is your biggest fear.. LAST NIGHT ( PDIDDY FT KEISHA)
What is your biggest secret..SEMPURNA
What do you think of your friends..I WANT THAT WAY ( BACKSTREET BOYS)
What will you post this as.. SEJIWA


oklah semuanya dah selesai yer...firdee nie pon, udah udah ler kasi tagged kat orang yer..oklah nak taip lagi entry yang lain pulak.....

Hasrat Cinta.. (by Yana Yulio)

Bila sudah tak mungkin hasrat cinta menyatu
Walau rasa itu masih ada
Bahkan telah jadi bagian dalam hidupku

Jangan coba tanyakan ketulusan cinta ini
Hanya engkaulah satu harapan
Dan juga satu tujuan dalam hidupku
Kasih

Biarlah cintaku melayang jauh (tiada ragu)
Akan kuceritakan pada dunia
Rasa cinta yang ada

Biar badai datang dan mengguncang hatiku
Percayalah kasih, tiada 'kan terhapus cintaku



-cikgu-

group group vogue


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini pun sihat sahaja..sekarang nak taip pulak entry yang seterusnya...so uolss.... jam dah menunjukkan pukul 5 30 petang..uols tengah wat apa? apa planning uols untuk menghabiskan coti coti nie? akak pulak nak balik pandanjaya lah uols...malam nanti..lepas magrib kot...


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? oklah tujuan entry ini bukanlah untuk membanggakan diri sendiri, atau nak menunjuk nunjuk kepada pembaca luar yer..hanya sebagai tatapan sahaja, lagipun dah tak der idea nak tulis, so akak ceritalah pasal benda nie..sebenarnya dah lama sangat nak tulis, tapi takut pulak menimbulkan isu pulak kan, biasalah pepondan nie kan?


oklah, uols tahu kan geng egnag akak nie, yang lebih dikenali sebagai keluarga 69 nie suka melepak dan makan di kedai kak lahar kan atau lebih tepat lagi jaya tomyam. sekarang nie mungkin port kami beralih kat Q bistro kot. oklah , kita tumpu balik pasal kedai kak lahar. biasanya, tiap tiap hari jugak kami lepak sana, lepak pun bukan sekejap yer, kadang kadang berjam jam...yang paling best, kalau lepak ramai ramai..sampai sambung meja uolss..bukan setakat 2 table, kadang kadang 3 dan 4 table...


dan kedai itu jugak , ada group group plu yang lain yer jugak, maklumlah kedai kak lahar menawarkan pekerja pekerja lelaki yang boleh buat stok cuci cuci mata lah kan? hehehe akak pulak memang baik dengan boss kedai kak lahar, Encik mat namanya..siap boleh duduk satu meja lagi tu.....dan group kami nie memang popular lah uolss.. bukan nak angkat bakul lah..bila kami datang, mesti ada mata mata memandang yer...pastu nampak sangat diaorang tu tengah "sok sek sok sek" sambil memandang kami....


pernah satu masa tu, kami datang, masa tu baru kenal rapat dengan ej dan shah yer...pekerja pekerja jaya tomyam siap beratur masa kami nak balik, bersalam salaman, wah wah, macam artis lah uos..nie belum lagi masa budak budak uia datang makan dengan kami...pekerja jaya tomyam keluar dan tengok tengok kami pulak....heheheh terasa glamer...ada satu kes, tahun lepas yer, akak ada dengar yang orang orang lain yang datang makan tu ingat kami nie semua pelajar pelajar oversea katanya....aiyooo yang belajar luar negara hanya kak farah sahaja yer...


hari jumaat lepas, 6 feb, kak pah dan kak har telah pi cop passport, so dengan kata lain, kak pah dan kak hah tak kerja lah hari tu, akak pulak, kalau kak pah tak der malas nak pi sana sebab, mesti masakkan tak sedapkan ? ala ala boikotlah nak pi sana yer...satu hari lepak di kawasan tasik permaisuri, dan kami makan di Q bistro. rupa rupanya kehilangan kami amat dirasai oleh pekerja jaya tomyam teruatama encik mat yer....gittewww


akak dapat tahu benda nie, bila akak kol kak pah, masa tu hari jumaat jugak ( masa kak pah dan kak har cop passport) , dalam pukul 10 malam, akak pah tanya mengapa akak dan kawan kawan tak pi makan kedai jaya tomyam..akak bagitau yang akak dan kawan lepak di Q bistro..akak pah bagitau encik mat tertunggu tunggu jugak geng geng kami datang..wah kelas..atau kak pah sajer"mengayat" akak sahaja....


tapi memang betul lah uols...sebab hari sabtunya ,7 feb, sebelum akak pi puchong, akak sempat lepak sana kejap. tup tup encik mat bertanya napa semalam tak datang..akak pun terangkan yang kami busy..encik mat suka dengan group akak nie..nampak baik baik sahaja katanya.....yang penting kata encik lagi, group kami ini nampak orang yang berpendidikan tinggi ...sopan ( nie akak tak setuju lah sangat sebab sopan ker akak nie kalau dah ketawa mengilai ngilai kan, tapi yang adik beradiklain memang sopanlah kan)


ada jugak akak tanya, mengapa tak lepak dengan kami bila kami datang...encik mat tersenyum lalu memberitahu , yang dia tak selesalah..lagipun tak tahu nak borak apa nanti, takut kami pulak yang bosan bila dia ada kat sebelah, encik mat tengok yang kami nie group group "wanita" bekerjaya..kelas encik mat yer, menggunakan perkataan "wanita" berkerjaya...dengan encik mat nie janganlah malu, dia dah tahu sapa kita nie lah......bagi dia semua group pondan atau plu yang datang adalah sama sahaja, yelah, customer kan..


tapi bagi group group akak nie lain sikitlah bagi encik mat , ada yang lain dari yang lain.....dan yang penting bagi encik mat group kami nie handsome handsome lah.. ( janggok), atau dengan kata pondan, vogue lah kot.....yup akak akui yang memang group akak nie vogue, selalu menajdi perhatian ramai....dan lepas nie boleh kita catwalk sambil mendengar lagu "piece of me "kelas kan?

bermain getah uolss....

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira dengan orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja, hanya penat penat sedikit yer....terasa rindu dengan rumah di pandanjaya tu....so macam mana dengan coti di hujung minggu nie? seronok kah? dan yang penting esok coti lagi katanya..heheheh best tak? akak bias bias ajer coti nie....kadang kadang bosan gak kan?

oklah dah tengok tajuk entry kali ini? oklah pernah tak main getah?maksud akak main zero point lah kan? yang set set pondan jangan pulak kau nak tipu akak yer, kau tak pernah main getah pulak, tapi tak tahu lah set set pondan atau adik adik yang baru nak up nie..masing masing maintain kelas uolsss..."main getah?' apa tu ? katanya..heheheheh gurau ajerlah uols...yang set set pondan berusia pulak, jangan pulak kau nak berangan kata tak pernah main getah, jangan pulak kau jawab " parents mak tak kasi mak main permainan tradisonal nie uolsss, mak banyak tumpukan akedemik masa kecik lagi .. lagi pun mak lebih suka surf internet, cari maklumat di hujung jari yer..." arghkhhhh tuiiii ( tak der kena mengena dengan sesiapa yer)

okalah uols idea main getah nie mula timbul semasa kami melepak di rumah firdee di lumayan, begini ceritanya, dalam pukul 7 30 malam,hari jumaat , 6 februari , firdee mengajak akak pi makan , so akak pun ajak si akiko pi makan jugak, tak cukup korum, dengan menggunakan kuasa sebagai kak long, terus mengajak semua adik beradik yer, mulalah sms si kak lang iaitu kak farah, pastu sms si amy dan si am yer...tak lupa jugak pada ej serta hamie...bagi memeriahkan suasana akak jugak mengajak budak budak uia sekali yer...

bukan senang nak ajak semua orang nie berkumpul yer, masing masing ala ala macam artis, perang smsm bermula dari pukul 7 30 malam sampai lah 9 malam, ingatkan nak tido uols....tak sempat sebab busy melayan sms adik beradik....pandanjaya seperti biasa masalahnya ialah kenderaan lah, akak dan amy bercadang nak pi Q bistro naik teksi sahaja, firdee pulak menawarkan diri untuk mengambil kami dipandanjaya, macam menyusahkan dia pulak kan uolsss..so akak dan amy tetap bertegas nak pi naik teksi..namun akiko pulak nak pi ambik mc di kondo seri mas, dekat dengan flat sri melaka, terus menawarkan diri nak amik geng geng pandan jaya yer...ok set sahaja

am dan amy datang ke rumah akak berkumpul di sana yer, tak lama kemudian kami bergerak ke Q bistro, firdee datang agak lewat sedikitlah...katanya nak bersiap yer.. pastu pulak datang pulak kak farah..barulah akak sedar yang takder kak nor dan ej sahaja dan masing masing tak bawak suami masing masing..hehehe kumpul adik beradik sahaja..tapi ej sempat kol akak nak bagitau tak leh joint yer..sebab nak jumpa client katanya..hah mulalah uolsss pikir bukan bukan kan? lepas kami makan, firdee dan akak pi beli getah kat satu kedai 24 kat Q bistro, namanya tak silap ialah POP kot katanya....

kami tengok american idols dulu yer...masa tu akak, daylan dan si am pun busy mengikat getah nie..sangat gigih tau...apapbila dah siap kami test test main kat ruang tamu uolss...agak mencabar sekali ... sebab ruang sempit sikit dan dekat dengan lampu...penat jugak...kami rehat jap...amy pulak dapat undangan di tasik..opss amy sangat busy dengan undangan di tasik yer...kelas uolssss nie kan.....firdee ajak main getah kat luar pulak, kami buat 2 group, kak farah dengan firdee, akak pulak dengan daylan, kami praktis katanya..tergelak gelak uolssss...kelakar pulak tengok bila dah tua tua nie main getah, mulalah orang sekekliling jengok jengok dari luar tingkap yer...pedulik apa aku..

masing masing tunjukkan skill yang ada yer...setiap kami mungkin ada cara permainan getah yang berbeza mungkin kot..yang penting dalam permainan getah nie ada "joget " uolss...bukan kau joget lambak, joget lite lite ajer yer...hehehehh..kelakar uols...nak tahu sapa yang tere nie? heheheh sapa lagi..kalau bukan... firdee yang mampu melompat walaupun getah tu dah kepala akak dan daylan..wow sangat wanita getah firdee nie yer..akak takut dia terover lompat, tup tup tercampak dari tingkat satu..tapi dia sangat cekap uolsss...patutlah menang gimrama peringkat negeri perak 5 tahun berturut turut yer....pengsan akak tengok dia melompat uolsss..atau dia menggunakan unsur unsur mistik kah? gulp gulp..

seperti biasa pepondan nie, lepas main getah ala ala 20 minit, terus lapar katanya...aiyoooo baru lemak nak pecah dan terbakar dalam badan , terus pose pose lapar katanya..apa lagi kami ke Q bistro katanya lagi....aiyooo, q bistro tu dah layak menjadi port kami seperti kedai kak lahar yer yer..akak memang sangat pengsan ....haus giler..dan tup tup datang lah group uia dan ej serta wak tong dan kawannnya..tak ingat nama lah uols.....kami bersurai 5 pagi uolss ..dan kat situlah timbul idea video klip sempurna....akak dengan firdee punya idea yer.....

apa apa pun permainan getah nie tak ilang dalam ingatan kita yang pernah melaluinya bukan? hanya usia sekarang nie kalau kita main nampak macam lain pulak, apa kata kita pi main zero point nie kat tasik masa abang abang bola main bola? mesti dioarang tertarik dengan kelembutan kita melompat kan? jangan lupa, tolong pakai rambut palsu yer....make up pulak mesti mampan yer....kalis peluh uolss.....

video klip


akum semua ...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disni pun sihat sahaja...baru ajer bangun tido, semalam tido lewat sangat dalam pukul 6 pagi. maklumlah kami lepak kat q bistro sampai 5 pagi yer....


oklah dah tengok tajuk entry di atas? bagus yer..oklah sekarang nie nak cerita tentang video klip yer..ada sesiapa yang pernah jadi model video klip? akak tak pernah lah ...akak sangat suka dengan video klip dari indonesia sebab mereka nie sangat kreatiflah sikit..maaf yer kalau ada pihak yang tak bersetuju dengan pandangan yang diberikan ini...pandangan akak nie bukanlah dipengaruhi oleh perasaan akak yang semakin suka dengan taufik yang datangnya dari indon yer....


oklah uolss semua tahu tak lagu sempurna? erm ost untuk filem LOVE yer..best uolss akak suka dengan versi gita gutawa...dengan sore sore kepit dia menyanyi lagu tu dengan rentak yang lebih perlahan yer....pastu dia pose pose berangan dengan ada angin yang meniup ke arah rambutnya...diselang seli dengan adegan adegan filem tu yer....sangat menariklah..senikata pun mantap uolsss...lagi pun lagu tu ada kena mengena dengan hidup akak yer, acap lah yang kasi, pastu lagu tu menjadi lagu rasmi akak kepada semua kekasih akak lah ek....


sekarang nie timbul idea buat video klip untuk versi malaysia pulak...dengan menggunakan lagu yang sama yer....lokasi nya ialah di q bistro dan jugak taman di tasik permaisuri yer..marilah kita hayati video klip ini..


*bayangkan lagu Sempurna berkumandang yer *


seoarang pondan sedang minum petang di Q bistro, wajah pondan tu itu hanya set set pondan biasa sahaja, kelihatan dia sedang minum teh tarik sahaja....masa tu ada seorang lelaki yang agak tampan duduk di depan meja pondan itu..oleh kerana pondan tu sedar dia tak cantik lah sangat ,masa tu, dia hanya pose pose malu. kadang kala matanya mengerling ke arah lelaki yang tampan tersebut. lelaki itu hanya melemparkan senyuman


senyuman itu menyebabkan pondan tersebut terbang tinggi..melayang layang katanya..terus dia mengeluarkan alat make up nya, dan touch up lite lite ajer ...sambil menyapu lips gloss yang berwarna merah jambu seperti kak farah punya di bibirnya....tiba tiba dia teringat dia kena makan pil hormon...lantas dia makan beberapa biji pil hormon tersebut...dia berharap dia akan menjadi chantek satu hari ini...


selepas itu, dia terpaksa pulang ke rumah, setelah membayar harga air teh tariknya, dia terus menuju ke arah basikalnya....sambil menolak perlahan basikal, dan akhirnya mengayuh menuju ke rumahnya...agak mencabar sebab ada pulak bukit uolss sebelum nak rumahnya. dengan kudrat yang ada, pondan tadi mengayuh basikal , dah jadi macam pertandingan basikal le tour d langkawai pulak kan..keluarlah urat urat di lengan dan kakinya...bukan itu sahaja, rambutnya yang mengerbang seolah olah ada 7 gejala kerosakkan menyebabkan ramai keta yang hon pondan itu....


setelah berpapan papan pil yang dimakannya, kini dia semakin cantik, dia lebih suka menghabiskan masanya membaca novel di sebuah bangku di tasik permaisuri yer...sambil memakai topi yang berwarna pink...pondan iitu sangat cantik, semasa dia membaca , ada sebuah kipas besar ala ala kipas starbuck yer ditepi tempat duduk yer ..mana datang kipas tu jangan ditanya yer..nie kan video klip ajer....pastu ada beberapa ekor burung merpati di hadapan gadis itu..itu belum masuk lagi, rusa, kancil dan macam macam haiwan di depan gadis ittewww..


lelaki yang handsome tu terpandang akan pondan tersebut, oleh kerana terlalu taksub dengan kechantekkan pondan itu, dia terus melukis gambar pondan itu secara curik curik..dan membuatkan lelaki itu mula jatuh hati...pondan itu sedar yang laki tu lukis gambarnya, apa lagi dia pun buat pose pose mengada lah...akhirnya, hari nak semakin gelap. pondan itu segera pulang...namun dia tertinggal novel nya dibacanya..sebenarnya pondan tu sengaja nak tinggalkan novel tu sebab dalam novel tu dah ada nama, no tipon, alamat umah, ukuran badan, gambar ukuran passport, gambar drag separuh badan, makanan kegemaran, minuman kegemaran dan macam macam lagi...dan yang penting semasa dia mengayuh basikal, topinya terjatuh dan tak sempat nak dikutip.....


lelaki handsome tadi berharap dapat berjumpa dengan pondan chantek tu satu hari nanti ........


oklah itu sahaja yang akak nak cerita dengan uolss tentang idea akak mengenai video klip sempurna yer..so macam mana dengan jalan ceritanya..menarik tak uolss? atau lite lite ajer...ada sesiapa yang nak jadi model pondan tu yer? angkat tangan yer.....semoga berjaya menjadi video terbaik ...nantikan ajer....

sajak.....

waktu...
akan kah menjawab semua...
tanya ku..
rabalah dadaku terasa bergetar
cinta indah terkubur

jenuh...
kupermainkan dan dipermainkan
dalam roda cinta yang tiada
berwujud

akankah ini terjawab
rahsia jiwa dalam cinta
hanya hatiku yang bisa menjawab
apa yang terjadi dalam hidupku
seperti tuan kehilangan arah
dalam mimpi sempat
ku ucap
siapakah
pasangan jiwaku......

teman dari indonesia........


akum semua...apa khabar? sihat? alhmdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman, keluarga dan teman yang tersayang yer....akak disini sihat sahaj yer....so macam mana dengan kerja hari ini? ok tak? dalam sedar tak sedar, sekarang dah masuk 3 haribulan febuari yer, ya allah cepatnya masa berlalu..terlalu pantas yer..amat terkejut sekali .....dan bulan nie hanya ada 28 hari sahaja yer..


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? oklah dengan tidak ada niat apa apa. bukan nak menunjuk nunjuk ( cayer kah ) akak ingin bercerita serba sedikit tentang seorang teman yang datangnya dari jawa timur indonesia..namanya yang taufik bakhtiar yer, berusia 33 tahun iaitu sebaya dengan akak...orang rendah sahaja, tetapi bertubuh sasa dan berbadan kekar sedikit walaupun ada perut sedikitnyer...si taufik ini bekerja sebagai seorang buruh kontrak yer...sudah pasti badannya agak lawa.... di tangannya banyak bulu bulu, ada urat urat yang kelihatan di lenganya..


walaupun nampak seperti lelaki sejati atau str8, namun sebenarnya dia hanyalah seorang gay.....dan sudah pasti jauh sekali dengan taste akak yer, akak lebih suka menjalinkan hubungan dengan lelaki str8 berbanding dengan lelaki gay sebab akak merasakan kalau lelaki gay nie, mesti banyak problemnya ( maaf jikalau ada pihak yang tersinggung, sebenarnya sama ajer kan masalahnya dengan lelaki str8 yer)


kami berkenalan dengan sms pada mulanya...dia menghantar sms secara random , dia mendapat no talipon akak dari seseorang, bukanya di dalam tandas tandas di pusat membeli belah yer..ya allah kak misha pun , kalau nak melaser akak pun, ingat ingatlah ek.....pastu kami berjumpa di satu tempat . dan akhirnya bersetuju untuk bermalam di rumah akak..pada mulanya tak mahulah menunjuk nunjuk di depan adik beradik 69 yer, hanya akak sempat memberitahu pada daylan , itu pun si taufik nak bercakap dengan daylan...si taufik jugak sempat berbual dengan si hans...


malam pertama dia tidur di rumah akak, kami banyak berbual sahaja, masing masing bertukar tukar pandangan, pengalaman, dan juga bercerita mengenai cinta, maklumlah usia kami sebaya yer, jadi sudah pasti banyak yang kami lalui..yang penting sudah pasti pengalaman, cerita dan kisah berbeda bukan ? namun , semakin hari menjelang pagi, kami semakin intim, semakin akrab yang paling penting sepanjang akak tidor, si taufik memelok akak dari belakang , kadang kadang mengusap kepala akak, mengusap kening , wah tak pernah merasakan sebegini yer....( sedih kan hidup akak nie kan)


maklumlah kebanyakkan lelaki yang pernah akak jumpa jarang membuat begitu yer, mereka lebih suka pegang tangan , kadang kadang pelok itu sahaja, kalau macam dah lengoh, atau panas ker, mereka akan mengalihkan posisi tidur ...dengan taufik sangat lain....so akak pun meracun taufik agar balik pada hari selasa...pada hari isnin, 2 feb, akak membawa dia ke pusat tuisyen untuk dia sendiri melihat sebdiri tempat kerja akak yer...lepas sahaja kelas petang tamat, ada 1 jam rehat, kami pi karaoke....dia menyanyi 10 lagu, ala karaoke "jamban" kat UO yer, satu lagu rm 1 sahaja, so dia bayar rm 10 untuk sepuluh lagu..matielah akak kena dengar dan tunggu dia menyanyi yer..


lepas kakraoke, akak ada kelas malam pulak, lepak kelas malam, kami terus pi makan kedai kak lahar, so di situlah firdee dan amy mengenali taufik. opss lupa jugak ada kak misha kita yer.......maka amy dan firdee pun bercakap dengan taufik dengan bahasa indonesia yer ala ala cerita sinetron gitewkan....dalam pukul 12 malam akak balik dengan taufik....kami berbual lagi..masing masing bertanya tentang perasaan diri masing masing..tapi tak dapat jawapan kerana mungkin masing masing malu kot....


sekali lagi akak dibuai satu perasaan yang sangat mendalam..biarlah akak simpan perasan tersebut , dan yang penting, malam seolah olah cemburu dengan kami apabila pagi menjelang....akak rasa terlalu cepat masa berlalu....tak tahu nak cakap apa perasaan nie..masing masing menyimpan perasaan yang tidak terluahkan.....dia pun macam segan segan nak cakap...sama jugak dengan akak..adakah kami sebaya dan seusia, maka tidak akan ada cintakah dalam hati kami? atau kami berdua terlalu tua untuk bercinta ker? entahlah..yang penting biarlah kami lalui sendiri, yang pasti kalau ada cinta, mungkin tidak kemana........


yang penting akak nak lengkapkan negara negara asia tenggara yer, pilipina, thailand dan sekarang indonesia..bakal menjelang..vietnam yer....larikkkkkkk

kak farah dah balik


akum semua ...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat yer..happy hari nie? alhamdulillah kalau semua orang happy yer, bergembira di samping teman, kawan dan sahabat yang tersayang, akak pun sihat sahaja, hanya terasa penat sangat dengan kerja hari ini. bukan apa, semalam tak dapat tidur sangat yer, maklumlah busy dengan taufik..siapa taufik tu yer? nanti lah....kaka cerita dalam entry yang berikut nanti


oh y er, buat pengetahuan pembaca yang budiman, salah seorang ahli keluarga 69 iaitu kak farah baru sahaja pulang dari jepun yer, maklumlah kak farah ada kerja di sana, bukan itu sahaja, malahan hari lahir kak farah jatuh semasa kak farah di jepun yer, so tak silap akak , hans suami kak farah serta adik beradik 69 dan kenkawan dari uia telah merancang membuat satu party..ala ala suprise party katanya..


pagi pagi lagi hans dah tanya akak nom tipon daylan, hamie dan juga amy dan am. akak terus fowardkan nombor nombor yang diminta oleh hans, akak awal awal lagi dah bagitau tak leh datang sebab atas komitmen pekerjaan yer....so sepanjang hari akak tak tahu apa yang dirancang oleh mereka...hanya menunggu berita dari tetamu yang datang sahaja....


dalam pukul 7 lebih, daylan telah sms akak, dan bertanya di mana lokasi akak, dia agak terkejut apabila akak memberitahu yang akak tidak dapat datang ke sana..so dia dan hami pergi sahaja..so sepanjang mengajar, akak selalu bertanya pada daylan tentang perkembangan party di sana....namun hanset daylan dah kong masa tu, so aka dah tak dapat apa apa berita


tuisyen berjalan seperti biasa sebab akak kena ganti untuk cuti minggu depan, hari thaipusam yer, so dalam pukul 9 55, firde terus kol akak, masa first kol tu tak leh angkat sebab masa tu tengah busy mengajar katanya...so kol kali kedua baru leh angkat..firdee mengajak makan di kedai kak lahar masa tu. Entah mengapa akak memberitahu pada firdee, yang akak tak janji nak pi makan, maklumlah sangat penat, pening dan rasa tak sedap badan, apatah lagi kesian kat taufik...


tapi rasa macam bersalah, terus bertukar fikiran untuk berjumpa di kedai kak lahar, sebab nak jumpa kak farah, rasa rindu dengan kak farah jugak yer....firdee suruh tunggu di pusat tuisyen dan firdee akan datang ambik...namun tak sampai 10 minit, firdee meminta akak naik teksi sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan iaitu dengarnya kunci keta hamie hilang yer....


akak paham dengan situasi tersebut, terus menahan teksi ...dalam teksi kol amy..rupa rupanya amy dan am ada di kedai kak lahar yer...akak terus ke kedai, dan terlihat si pian dan rahim berbaju baru....sangat cute lah ..sempat ambik gambar, tak lama kemudian datang lah geng genag dari uia, ej dan jugak shah..wah ramainya..sangat meriah masa tu.....akak sempat menunjukkan karangan yang dibuat oleh anak murid akak yer kepada mereka....kelakar jugak..terbahak bahak mereka yer...


kami bertukar tukar cerita, pastu datang lah hot kapel, kak farah dan hans yer, kak farah ada membawa kuih muih dari negara jepun katanya...... sangat sedap sekali, terima kasih kak farah, kak farah duduk di sebelah akak dan jugak hans.....kami bertukar tukar cerita yang penting ada jugak keluar cerita tentang taufik yer...kelas sekali.....tak per akak tak kisah..akak sangat suka sangat tau....dan last sekali datang firdee pulak ...kesian dia dia sangat lapar..maklumlah lewat sikit datang sebab dia kan lady diana, tolong hantar hamie dan akiko balik ke rumah dulu kot.....


agak meriah jugak malam tu, ada sessi lahar melahar yang paling mengejutkan bila kak farah ternampak sesuatu..keadaan menjadi huru hara.....ya allah malunya,, dan pastinya telah menarik perhatian naratiwat yer,...memang tepat, terus sms masuk dan bertanya apa yang berlaku..tidak mahu menimbulkan konterversi, hanya mampu membaca sms dari naratiwat dan tidak mahu mebalasnya...


kami pun bersurai, maklumlah masing masing sangat penat yer....kami bersalaman antara satu sama lain....akak, kak misha, amy dan amy lepak kejap dengan rahim dan ya....dah tak tahu nak cakap apa. akak pun blah, terus ke cc untuk menaip entry ini yer.....kepada kak farah , akak sangat rindu dengan kak farah yer.....


lagu dan kisah hidup ku











akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman, sahabat ataupun orang yuang tersayang..alhamdulillah ketika menaip blog ini akak masih lagi sihat sahaja, tapi musim musin hujan nie, sejok lah uolss. lepas sahaja abis mengajar, agak dah setel semua kerja, terus pose pose kat cc yang berdekatan dengan pusat tuisyen, maklumlah dah lama tak taip blog nie, bz ajer katanya..
dah tengok tajuk entry kali ini yer, mengapa pilih tajuk nie? sebab sekarang ini terfikir di kepala bahawa setiap orang mesti mempunyai lagu lagu yang menjadi kegemaran, dengan kata lain bila dengar lagu ittew kita pun pose pose sedih seolah olah baru ajer makan pil hormon yer...feeling feeling sedih, paksa diri menangis lah..heee itulah selalu yang akak buat yer, tapi kadang kadang bukan sengaja, tengah tengah nak tido pun , bila dengar lagu yang menyentuh jiwa, kita kan pasti menangiskan uolss?
oklah, mungkin antara kita lebih cenderung dengan lagu lagu cinta , yang mendayu dayu bunyinya, lirik yang mantap serta menusuk kalbu kan? sapa yang pernah kasi lagu pada orang yang tersayang , tajuknya, "aku hanya serangga '? atau "aku hanya tapak sulaiman ker"? ada tak? manalah tahu kalau skandal kita , atau orang yang tersayang tu ala ala suka rock kapak kan, so automatik kita pun suka dengan lagu lagu rock kapak kan?
oklah sekarang akak nak cerita lagu lagu yang pernah menyentuh jiwa innieww, gitteww..oklah akak mulakan dengan lagu yang pertama
1. to love you more ( celine dion)
ambik kau..ala ala lagu omputeh kan, lagu nie masa akak tahun pertama di upm, bercinta dengan seorang mamat dari sabah, satu classmate katanya..lagu ini diperkenalkan oleh kak marie claire , terus akak suka uols..masih terpahat lagu ini di ingatan, bila harry gunik nak balik ke sabah sebab tak dapat menamatkan pengajian di upm, akak masa tu atas moto dengan kak min...masa tu kak min budak moto rxz yer..bayangkan ka min yang pondan gagah perkasa, bertetk bagai membawa moto rxz yer.... menuju ke lapangan terbang untuk berjumpa kali terakhir dengan harry gunik..pastu terus ting tong..kalau nak dengar lagu tu, rajin rajin lah pi you tube yer...
2. my heart will go on ( celine dion)
sekali lagi kak celine dion menjadi penyanyi pujaan akak yer, lagu yang diadaptasi dalam filem titanic nie cukup puitis katanya..kalau pepondan elok letakkan tajuk taitenok ajer uolsss...lagu ini untuk abang lan, seoarang abang abang di kolej tun perak dulu, malas nak cerita pasal abang lan nie, tempoh bercinta ala ala 3 tahun sahaja kot, masa tu memang tengah hangit dengan abang lan tu, hangit bermaksud tengah syok lah, bukan bau nasi hangit ker, atau bau badan yang ahngit yer...lagu ie best uolsss...akak selalu pose pose mendepakan tangan di tepi tingkap sambil bukak kipas laju laju.....gitewwkan..dan yang penting kain selimut dijadikan gaun lah....pondan gilerr....
3. kekasih gelap ku ( ungu)
gittewwkan, ala ala dari lagu omputeh terus ke lagu indon kan uolsss, lagu ini shahril berikan kepada akak masa akak nak putus dengan dia, tapi masa tu berjaya disambung balik semula..dan lagu ini sangat bermakna dalam idup akak nie, kalau shahril nak tido, pasti dia bukak lagu ini dan suruh akak dengar sambil pose pose pegang tangan di tilam..tak larat kan uols...tapi bukan itu sahaja, dengan sharil ini, banyak sangat lagu yer, terutamanya lagu lagu xpdc..iaitu titian perjalanan, aku masih disini, hentian ini .. akak kalau pi karaoke, mesti nyanyi lagu nie walaupun sore macam katak......
4.sempurna (versi gita gutawa)
lagu ini jugak menjadi kegilaan akak sekarang ini yer, kalau nak pi mana mana mesti bukak lagu nie kat handphone..., pastu jalan....( macam kata firdee kepada adik adik yang nak masuk miss...lepas kau siap kau terus jalan ..x paham? tak per) sambil berjalan tu akak pun pose pose berangan uolss. ala ala ada kipas besar kat sepanjang jalan tu, ala ala kipas starbucklah..yang ada keluar asap asap gitteww kan.....kadang kadang boleh senyum sensorang yer sambil mendengar lagu ini..lagu ini masa tu khas untuk acap yer....acap yang kasi gak.....gittewww....
5. No one ( alica keys)
masuk balik ke lagu omputeh yer..lagu ini diberikan oleh mike pilipina kepada akak masa kami nak berpisah..sebelum dia balik semula ke pilipina tahun lepas, sepanjang dalam van, kami berdua mendengar lagu sambil menggenggam tangan, bukan mengenggam benda lain yer...masa dia nak naik flight pun , dia suruh dengar ..sepanjang balik dari klia pun akak dengar sampai penatlah si alicia keys ittew menyanyi yer.....
6. yap kop kap ( thailand)--tak tahu sangat judul lagu ini
tak tahulah ejaan yer betul ke tak...lagu ini sangat syahdu, yang dah dengar.... amy, daylan , ka misha dan hammie..si hamie siap gelak gelak lagi tu, heheheh..apa lah yang digelakkan ..lagu ini menceritakan ucapan terima kasih kepada akak, dan kasih yang semakin bertambah tambah ( nie kak pah dan pian yang terangkan dalam bahasa melayu yer..."dia kecek " ...) lagu ini diberikan oleh naratiwat .....pernah kami nak tido, si naratiwat menyanyikan lagu ini yer..walaupun sore dia tak best, akak on ajerlah..yang penting lepas dia menyanyi, akak dah berdengkur yer, sangat biadap perbuatan ittew...
oklah itu sahaja lagu lagu yang pernah menjadi siulan dalam hidup akak ( motif siulan ) dan setiap lagu itu mempunyai cerita yang tersendiri, akak bukan firdee, yang boleh menghafal semua lagu dicorong radio uolss. tak percaya? cuba naik keta dengan dia, pastu suruh dia bukak radio, dan siaplah kau orang, dia akan menyanyi bersama dengan penyanyi asal, seolah olah di cermin depan keta ada skrin lagu gitteww....entahlah.....akak sujud uolssss