hai semua....macam lah ramai sangat yang baca blog akak nie kan? hahahaha
sajer ajer tau..
oklah apa khabar semua? Akak sekarang nie di rumah tau. Jam dah menunjukkan pukul 7 35 malam. Tuisyen malam nie batal sebab anak murid akak demam uolss. So boleh lah rehat sikit, maklumlah akak tengah pulun tuisyen nie sebab nak beli minyak wangi uolsss. pastu nak dekat raya dah uolsss.
bercakap pasal raya , uolsss dah beli ker baju raya? awal lagi? eh ye ker...akak dan ahli keluarga akak dah tempah dah. Tema kami adik beradik ialah warna coklat..hehehe kelas tak? ala ala mata akak yang coklat nie. gittew kan...eh apa yang akak merepek nie nie kan. Lari dari tajuklah uolsss kan?
oklah hari nie akak nak cerita pengalaman akak semasa mengajar baru baru nie. Bukan senang nak jadi cikgu tuisyen nie uolss. Bukan akak nak mendabik dada, bagi akak, semua kerja mana ada yang senang kan? Tapi kali ini akak nak cerita macammana kalau anak murid tanya soalan maut...
satu petang ketika akak mengajar budak budak tahun 4 . ada 3 orang anak murid akak iaitu 2 orang pompuan dan 1 orang lelaki. 3 orang budak nie dah lama tuisyen dengan akak. hampir 3 tahun arrr. jadi nak dijadikan cerita...
"cikgu...cikgu tgk tibi tak?" tanya seorang budak pompuan sambil tangannya menulis di buku latihan matematik.
"napa?" tanya akak sambil mengira mengria jawapan matematik menggunakan kalkulator.
"cikgu, liwat tu apa?" berdentum akak dengar. Bayangkankan uols budak pompuan darjah 4 pulak tu. Tanya soalan macam tu
suasana menjadi bungkam. 3 pasang anak mata merenung akak. masing masing meletakkan pensil. akak rasa berdebar jugak nie. macam mana nak terangkan. parents tuisyen akak yang sedang minum petang di atas meja turut memandang akak. mereka mengharapkan akak dapat menjelaskan benda itu dengan baik.
"erm....ok. liwat tu bermaksud ermmmm..perlakuan seks songsang atau luar tabii..biasanya di lakukan laki dengan laki," jawab akak dengan teragak agak. Akak mengharapkan topik itu dapat di hentikan dengan segera uolssss.
"eh macam mana laki dengan lak boleh buat benda tutttt tu cikgu?" tanya anak murid akak lagi. hah pembaca di luar sana, kelas tak? ada bunyi "tuttt" lagi yang menunjukkan itu adalah perkataan lucah.
"erm, cikgu rasa benda nie tak perlu kamu tanya pada cikgu. Lagipun benda nie tak masuk dalam exam akhir tahun," tepis akak dengan berhemah. Tapi uolss, perangai bebudak nie kan. selagi tak dapat jawapan yang memuaskan, hah, bersedialah mereka akan tanya bertubi tubi.
"hehehe..cikgu tak dapat jawab sebab cikgu tak tahu kan?" sindir anak murid akak yang lelaki tu. amboi amboi mulut kau, meh aku cili .... getus hati akak masa tu.
nie nak mencabar akak nie nie...
"bukan cikgu tak mahu jawap, tapi perkara macam nie tak sesuai cikgu nak terangkan pada kamu sekarang. Lagipun kamu akan paham bila dewasa nanti....tapi apa yang yang cikgu nak bagitau, liwat itu memang perbuatan yang tidak baik..berdosa.." wah wah..akak terasa macam akak tudung labuh gittew kan...
"oh ye ker...kalau macam tu CIKGU MESTI TAK PERNAH KENA LIWAT KAN. ITULAH SEBAB CIKGU TAK TAHU NAK JAWAB" jawab anak murid akak sambil terus menulis di buku matematik.
akak pengsan uolssss
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment