Resepi Kuih Batik~

Akum semua

Selamat pagi yer…jam dah menunjukkan pukul 4 pagi, 1 oktober 2008, akak terus lagi menaip entry untuk para pembaca yang tersayang yer….kali ini kita akan belajar balik cara membuat kuih batik Sarawak . Tetamu jemputan kali ini, chef daylan, datang dari kuching Sarawak

Akak: selamat pagi u olsss

Daylan: selamat pagi terima kasih ( tersenyum manis)

Akak: oklah tanpa membuang masa, boleh daylan terangkan bahan bahan untuk membuat kuih batik Sarawak nie?

Daylan: boleh jer, asalkan mak dapat bayaran nyer dari penerbit. Oklah bahan bahan nya ialah:



8 biji telur
½ tin susu manis
300 gram biskut marie
¾ gelas gula
8 oz @auns mentega
2 oz@ auns koko
1 botol browning (gula hitam)
1/2 gelas tepung gandum


Akak: ok..sebelum tu sekarang dah guna gram yer, napa kena guna oz@auns yer…

Daylan: erm begini yer, 125 gram bersamaan 4.4 auns , so uols kira sendirilah yer

Akak: ok ….terangkan lah cara membuat kuih nie

Daylan: mula mula ayakkan tepung gandum dengan serbuk koko dengan menggunakan pengayak tau, sebelum itu anda semua patah patah kan biskut marie yang bulat itu kepada 3 atau 4 bahagian mengikut citarasa masing masing.

Akak: kemudian uolss

Daylan: gaulkan mentega dengan gula dan pukul dengan sebati.
Masukkan 8 biji telur ke dalam adunan. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk koko . adunan akan berwarna coklat, kalau warna lain, lantak kau orang lah yer


Masukkan browning atau gula hitam yang tiada di jual semenanjung, hanya di jual di Sarawak yer, boleh order kat saya yer nanti. Dan jangan lupa masukkan susu pastu gaul yer puan puan. *inila browningnya*

Akak: wah harumnya adunan nie yer( sambil menunjukkan isi adunan ke arah kamera)

Daylan: masukkan adunan tadi ke dalam kuali dengan api yang sederhana

Akak: kenapa nok

Daylan: sebab tak mahu adunan itu hangus , kan adunan itu ada campuran telur. Senantiasa gaul adunan tersebut sehingga separuh likat. Kemudian cepat cepat masukkan biskut marie itu tadi

# huru hara pengacara masukkan biskut marie ke dalam kuali itu

Daylan: apabila likat, masukkan ke dalam acuan dan tekan tekan atau penyekkan sehingga mampat. Ketebalan kuih mengikut citarasa. Biar kan sejuk di luar, jangan terus masuk dalam peti ais yer. Dan beberapa minit kemudian baru masukkan dalam peti ais

Wow memeng sedap yer, akak nak bagitau siapa yang nak buat open house boleh tempah kat daylan yer. Memang sedap yer


*inilah nok, hasilnya...*


Resepi Tak Jadi



Akum semua

Erm sekarang nie jam menunjukkan pukul 3 12 pagi , 1 Syawal @ 1 Oktober 2008 akak dan daylan masih lagi belum tido lagi nie. Akak masih gigih menaip entry untuk blog akak yer…dan apa pulak kali ini yer..Cinta lagi kah? Ermm tak lah asyik cinta ajer kan . ok sekarang mari ita belajar masak kuih batik dari Sarawak. Sebelum kita mulakan rancangan ini, saya menjemput chef kita iaitu akiko sunade, 2 nd runner miss IQP 2008

Akak: hai miss akiko….selamat pagi. Boleh berbahasa melayu kah

Akiko: cikit cikit lah…tapi boleh jer berbahasa melayu

Akak: ok…boleh terangkan tentang resepi kali ini

Akiko: boleh jer ( dengan muka yang kekwat)

Akak: hah , apa lagi terangkan lah. Sah sah kao di bayar untuk terangkan kuih nie kan

Akiko: sabarlah nok, tak sempat mak nak cakap, kau dah cakap dulu

Akak: opsss sorry ma

Akiko: ok boleh kau senyap. Nampak kamera dah focus kat muka aku nie.ermmm..hai puan puan di luar sana. Apa khabar? Sihat. Selamat menyambut puasa yer. Kau puasa tak pengacara?

Akak: motif kau tanya aku pose ke tak?

Akiko: mestilah, sebab aku nampak kau tengah sental nasi lemak kol 5 ptg tadi

Akak: hello…behave your self yer….nie rancangan secara langsung yer…



Akiko: opsss sorry sekali lah yer

Akak: berapa kali sorry, balik jepun naik lori lah

Iklan* akiko dan pengacara telah diberi amaran keras oleh penerbit agar lebih serius yer *

Akiko: oklah puan puan kembali semula kita rancangan dari dapor ke dapor. Pengacara kita tak lain tak bukan cik maria Hulia. kelas nama kau nok kan

Akak: haruslah kelas ..kau tu silap sebut nama mak , nok. Nama mak sebenar maria hulia Mendoza hah..kelas tak nama mak. Ala ala miss universe 2008 kan

Akiko: wat ever lah nyah….pi cermin muka kao dulu yer

Akak: amboi nie dah kira menghina akak yer

Iklan* penerbit mula benggang dengan kedua dua ekor pondan nie yer*

Akiko: baiklah puan puan, dah hampir 10 minit, tapi satu pun tak siap lagi yer, ini disebabkan pengacara kita yang bernama over nie menganggu yer. Oklah kita mulakan dengan bahan bahan yer….

Akak: amboi amboi kau kata apa tadi? Nama mak over ? nama kau tu baik sangat ker? Akiko sunade ? erm napa tak tukar akiko sundal ajer…

Akiko: wah wah wah….kau nie nak kena sagat dengan aku nie…kau hengat aku berbaju kimono nie takut dengan kau yang berbaju kurung lite lite dada nampak jamban kau tu@ opsss lurah dendam ,,,,erm ada lurah ker tu, meh mak check

Akak: wah wah wah…kau sedar tak, kau tu tetamu jemputan ok, mak nie pengacara kat stesen nie 3 tahun ok.

#kedua dua ekor pondan ini diminta keluar set penggambaran sekarang jugak






rindu yang menyengats

Akum semua …..

Akak semakin bersemangat nie menulis blog akak nie yang dah lama suram yer, dan mencurah curah idea di benak akak nie, akak terus menaip yer…..

Oklah dah tgk tajuk entry akak kali ini iaitu rindu menyengat yer. Hah kelas tak tajuk akak kali ini iaitu rindu menyengat kan. Apa kao ingat tebuan aje yang boleh menyengat ? Rindu pon boleh menyengat yer…kelas kan? Sakit tak kalau di sengat rindu nie yer? Mesti arr sakit kan….

10 35 malam 30 september 2008

My baby ( acap): hai b wat per tuuuuuu ? dengan sapa tu?

Akak : erm dalam keta nie . dengan daylan lah sapa lagi

My baby: b tengah wat apa tu

Akak: lah kan bagitau tadikan …..( motif tanya banyak banyak kali)

My baby: sajer tanya ….rindu arrr b

Akak: erm ye ker…I pun rindu dengan b gak

My baby: tapi tak leh tahan nie…macam di sengat

Akak: hah …macam di sengat, macam mana tu yer

My baby: entah arrrr rasa lain macam ajer nie. U bomohkan I ker b..hehehe

Akak: aha…motif I nak bomohkan b. tak main bomoh bomoh arrr b lah

My baby: tul b. dulu tak rasa macam nie. Dengan ex awek I pon I tak pernah rasa rindu macm nie



Akak: ye ker….erm sabarlah ek. B balik ahadkan? So kita jumpa later lah

My baby: erm yup. Itu yang tak tahan, paling lama I pisah dengan u 2 hari ajer..

Akak: yup. I paham …so b wat per tu

My baby: jalan jalan kat kampong . ambik angin. B jangan tinggalkan I tau. Nie first time I kapel dengan lelaki nie.

Akak: x lah…dalam hati I ada b sorang ajer yer. B pi lah rehat dan tido. Esok kan raya. Heppi heppikan diri.

My baby: erm ok..api nak bgitau satu

Akak: apa dia

My baby: I sayang kat u arrr

Akak: ok b…I sayang dengan u gak.terima kasih terima I sebab I tunggu u 3 tahun kan?

My baby: ok u . bye nite

Akak: nite

Hah terus akak termenung kan. Bahagiakah akak bersama dengan b akak yang baru nie? Mampukah dia menggantikan shahril? Sejauh mana akak dengan b akak nie? Entah arrrr….akak pasrah gittew kan

ramadhan pergi jua

Akum semua…..

Sihat para pembaca di luar sana? Erm akak di sini Alhamdulillah sihat sahaja yer. Baru balik dari midvalley dengan daylan, beli barang barang nak masak kuih , katanya nak masak kuih batik yer. Tere kan kenkawan akak sekarang nie,siap masak masak nie kan….

Erm lagi berapa jam sahaja kita akan menyambut 1 syawal kan, pejam celik pejam celik dah masuk 1 syawal , dan mulalah kehidupan kita seperti biasakan. Akak suka bulan ramdhan sebab bulan nie bukan sahaja bulan mulia tapi kehidupan kita pun secara automatic akan berubah yer…apa yang berubah tu yer?

Ok …cuba pembaca bayangkan yer, bagi sesetengah tempat kerja, waktu bekerja akan berubah sedikit kan, ada yang akan diawalkan waktu bekerja dan akan pulang awal.

Bagi yang bersekolah pulak, waktu pembelajaran dan pengajaran akan di pendekkan dan budak budak pon akan ceria balik ke rumah, pastu sampai rumah pose pose muka monyok konon lapar lah sangatkan….

Ada lagi yer, bulan ramadhan nie lah kita akan pergi bazaar ramadhan sambil mata akan scan lelaki lelaki yang cando@handsome kat sanakan. Tak kisah lah, laki tu jual kuih ker, jual air ker , jual ikan bakar pun kita scan. Pastu bila tgk yang handsome, maka kita secara automatic tiap tiap hari akan pergi ke kedai tersebut . Beli sampai tak hengat nie asalkan pakwe tadi suka kat kita kan? Pastu beli banyak banyak biar lelaki tu ingat kat kita…..

Ramadhan jugak kita akan tgk orang ramai pergi terawih malam malam. Ramai ramai sembahyang kan. Kalau hari biasa memang jarang kita nampak orang pi sembahyang malam reramaikan? Pastu budak budak pun ramai pi surau, bukan sembahyang, tapi main kejar kejar kelas kan diaorang……tapi ada kenkawan akak yang keluarkan statement “ noks…semalam mak pi terawih, mak jumpa sorang mamat tu handsome ya amat, terus mak tukar tukar no tipon masa tu gak” katanya sambil pose pose memakai telekung yang ada labuci di belakangnya. pengsan akak uolssss. Apa niat kau ke surau kan? Tak takut di sambar petir kah? Di baling batu neraka oleh burung ababil kan?


Pastu ramadhan jugak kita tgk orang semua sibuk tukar perkakas rumah , cantik cantik semuanya kan? Napa kau tak tukar masa hari kebangsaan @ kemerdekaan ker? Masa hari buruh ker…atau masa hari guru ker perkakas rumah kan? Langsir baru, meja , sofa dan macam macam lagi baru lah. Lepas raya simpan balik untok tahun depan raya pulak, tak pun tahun depan tukar lagi kan?kelas kan

Itu belum lagi sentuh pasal juadah di bazaar ramadhan kan? Mulalah jumpa kuih muih yang pelik pelik muncul atau kuih tradisional kan. Akak suka kuih badak berendam lah….bulat bulat bentuknya pastu kuih tu berendam senyap senyap dalam kuah berwarna putih yer iaitu santan nyer puan puan. Akak juga suka tahu sumbat gak, erm best uolsss. Dan lagi satu akak suka popia basah yang di jual di pandanjaya, tiap taip hari akak pi beli. Apa kau hengat yang jual tu jantan handsome kah? Tak arrrr….akak akak indon yang berbudi bahasa gitteew

Erm dalam beberapa jam lagi 1 syawal akan menjelang yer, dan akak sekali lagi menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang akan menulis blog nie yer….salam aidilfitri buat kawan kawan di luar sana. Semoga kita memperolehi keberkatan….

apa gunanya kawan

Akum semua

Para pembaca yang tersayang. Apa khabar ? Sekarang nie akak kat umah kawan akak lagi, iaitu umah daylan ye. Daylan masih bum bum lagi, akak dah lama bangun dah nie,kemas umah, cuci pinggan dan mangkuk, terus akak taip entry untuk blog akak nie

Erm kalau perasan blog akak dah berwajah baru kan? Kelas tak akak? Tapi, sayugia di ingatkan bukan akak yang buat yer. Akak nie buta IT yer, tapi bukan buta CINTA….hikhik kalau cinta tu, terus celik mata akak yer……Akak kagum dengan kegigihan kawan baik akak nie ye….si Daylan dari pukul 4 pagi sampai 6 pagi akak rasa bertungkus lumus membuat yang terbaik untuk mencantikkan blog akak yer.

Bukan itu sahaja, malahan daylan buat akak punya myspace yer. Terharu sangat akak nie. Baik bukan insan bernama daylan nie? Bukan akak nak puji kenkawan sendiri, tapi itulah hakikatnya….dah lama jugak akak kenal dia dalam 8 tahun kot, dan kami memang berkongsi segalanya kecuali suami yer….mana bole beb..suami dia suami dialah, suami akak suami akak lah…

Apa istimewanya daylan nie yer…sory lah pembaca yang lain, nanti akak tulis pasal uolsss pulak yer. Tapi kali ini akak nak cerita pasal daylan dululah yer. Daylan ni kalau cakap sore dia perlahan ajer, lembut ajer. Tak pernah pulak akak tgk dia meroyan depan akak. Nampak sangat sopan lah uolsss. Itu yang boleh masuk dengan akak nie, kan akak nie sopan santun sangat tinggi kan… lagi satu kawan akak yang bersore lembut dan berhati mulia si firdee…yup kalau u olss nak tahu pekerja pekerja tomyam di pandan jaya amat tertarik dengan personality firdee dan daylan uolsss. Dah lah cantik., sopan pulak, kaya dengan budi pekerti ( ermmm yelah, ramai jantan handsome kat sana, sah sah kau berdua nampak baik kan, tengok tengok belakang ermmmm…)

Akak memang tak leh lawan diaorang nie, ada package…akak sedar akak tak secantik diaorang, akak hanya wanita sarkis @badut yang layak membuat orang ketawa sedangkan dalam hati hati penuh kedukaan yang melanda( motif akak emo kan petang petang nie ) opsss sambung lagi. Lagi satu si daylan nie memang setia dalam percintaan, kalau dia sayang sorang , jadi sorang itu sahajalah yang dia akan sayang. Akak kagum dengan kesetiaan dia, tak macam akak yer, kalau boleh nak pasang empat dan akak pernah memasang empat sekaligus yer. Tapi pening kepala akak. Akak masih ingat statement daylan” dalam 1 hati mana boleh ada 2 orang uolsss” Kalau u olss ada masalah cinta, tanyalah pada daylan, dia tak beri penyelesaian tapi dia akan beri kita berfikir macam mana nak selesaikan masalah cinta itu.

Kalau ada masalah, minta lah tolong dengan si daylan nie. Memang dia akan tolong, sedaya upaya. Dan lagi satu dia tak suka hampakan permintaan akak. Buktinya , 3 hari lepas akak ting tong nak pakai baju topman yang daylan ada. Warna pink tak silap akak. Dan akak pun tanya kat dia, dia kata baju tu saiz xs uolss di ulangi saiz xs..yer..kalau uolss tgk saiz badan akak nie , saiz apa yer…….opssss. tapi dia tetap tak nak akak kecewa, dia suuh akak cuba gak baju tu walaupun dia tahu akak tak muat. Akak takut baju tu akan menjadi besar pulak bila akak pakai, dia tetap suruh gak. Tgk..dia tak kan hampakan harapan akak yer . x macam sesetengah pondan yang lahanat, berkira..akak tak leh hidup dengan pondan berkira…hanjing sekals kan ( opssss akak marah lagi dan emo) Sebut pasal berkira nie kan uolss, kawan akak mr firdee pun tak berkira dengan akak uolss dan bukan dengan akak sahaja, malahan dengan kawan kawan akak yer…kalau makan tu. tup tup ada duit lebih dan suruh kira sekali. Jangan pulak kaorang ingat akak nie suka orang belanja akak yer, akak pon ada duit gak, kau hengat aku sengkek ker( amboii hormon semakin bergulung gulung) hehehhee…

Ady pon sama baik gak…. Pening pembaca yer, sapa pulak si Ady nie, nanti lah akak citer, orang nya handsome u olsss. Comel lah, satu kampong dengan akak.opsss bukan satu negeri dengan akak, dok seremban. Tapi malangnya jodoh kami tak ada sebab kami sesuku. Menurut adat minangkabau kami tak leh kawin dengan sesuku yer, jadi akak hanya mampu menyimpan perasaan kat ady kerana adat menghalang kami membina mahligai( amboi ampon kan kak yer ady @ yang lain tolong jangan muntah yer….ini adalah fakta yer….)

Jadi, para pembaca di sana, moral cerita ini ialah kita mesti menghargai kenkawan kita yer. So lepas baca nie, pi lah sms dengan kawan kawan uolsss, tak pon tipon sampai habis kredit handset kaorang dan jangan lupa minta maaf yer sebab raya nak dekat dah nie….salam aidilfitri
>

Kenangan Terindah

Akum semua…..

Kali ini yang ke enam akak taip blog akak nie kan, sekarang nie akak tak tido lagi sebab kawan baik akak tolong akak setting balik blog akak agar lebih ceria dan lebih segar untuk para pembaca yer…alhamdulillah, daylan berjaya menukar setting tersebut, pastu kami terus ke rumah pandanjaya , Ambik barang sebab sehari dua nanti akak dok umah daylan yer. . tak balik kampong rasanya sajer nak beraya di kuala lumpur kan.


Pastu kami sampai di bandar tasik selatan, terus masak dan panaskan lauk serta nasik.

Makan, dan terus daylan buatkan akak satu myspace yer. Akak nie manalah tahu sangat buat myspace nie kan…last akak buat ialah masa akak kapel dengan putra eirman ariel boys tu lah atau shah..

Ok, bercakap pasal putra @ shah , petang tadi adik shah sms akak suruh datang ambik kuih. Masa tu akak di tesco dengan daylan dan amy, beli barang masak . akak pun terus setuju, sebelum akak tanya pada adik angkat akak tu, yang shah ada tak kat umah. Dia bagitau ada, akak cuak cuak sikit arrrr, kureng sikit bila dia ada dan dia bagitau mak dia pon ada gak kat umah.


Sampai ajer akak di ppr pudu ulu, terus akak ternampak moto yang berwarna biru, ya allah cantiknya moto tu , warna biru metalik gittew, dan masa yang sama akak nampak shah. Ya allah punyalah berdebar, rasa nak balik semula, tapi alang alang dah sampaikan. Akak cuba buat cool, dia nampak akak, akak pun nampak dia gak

Kami tunggu di lif, dia salam akak dan semua kawan kawan, Akak ok sahaja, ia senyum pastu terus tunduk ajer. Kami bungkam sahaja dalam lif. Akak dah tak keruan masa tu. Tuhan ajer yang tahu, pelbagai kenangan kami bersama terimbau, bayangkan 6 tahun akak bersama dia . Mana mungkin dapat melupakan macam tu sahaja, tipulah kalau akak tak sayangkan diakan….


Sampai tingkat 2, dia terus kuar cepat cepat kuar dari lif, sebenarnya rumah shah tingkat 3, tapi lift ting tong so kami keluar kat tingkat 2 naik tangga. Shah dah meluru laju ke rumah, dia nampak kurus arrrr,

Akak beri salam, mak dan adik shah dah tunggu kami. Shah seperti biasa baring depan tibi dan buat buat tak tahu ajer. Akak tak ambik hati sangat, dah paham perangai dia macam tu, hanya terkilan dengan perangai dia. Yelah masa kami kapel macam giler akak jaga dia tau. Biarlah, dah lepas kan.

Akak buat macam biasa, berbual berbual dengan mak dan adik shah. Hebat jugak persiapan mereka menyambut hari raya , beli langsir , beli baju melayu dn macam macam lagilah.


Nak dekat dalam pukol 5 ptg, kami nak beransur, mak salam dan cium tangan mak shahril, salam dengan ain dan salam dengan shahril .hanya cakap selamat hari raya , itu sahaja. Dia senyum dan salam. Baguslah macam tu, akak pasti dia pun tak boleh lupakan kenangan kami tu.

Dan akak berlalu pergi, terasa hati sangat perit, susah nak terangkan perasaan begitu, hanya tuhan sahaja yang tahu, namun akak aka terus menyimpan seribu satu kenangan bersama dengan shah semula. Walaupun kami tidak akan bersama semula, tapi akak berharap akak dapat jadi kawan dia at least kan……

Kalau dia nak akak balik? Tak mungkin kot…….

Ditanya pada hati

Mengapa ia pergi

Jawab hati

Kerana ia lara

Ditanya pada hati

Mengapa ia lara

Jawab hati

Ada duri mencucuk rasa

saya tahu sapa cikgu

akum semua...
erm begitu gigih akak kali ini menaip entry demi entry untuk semua peminat yang merindui hasil nukilan akak, walapun blog akak tidak lah sehebat blog blog lain tapi akak nak tulis kan gak kan.

kali ini akak tulis satu pengalaman ngeri akak semasa berbuka pose dengan anak anak muird akak di luar yer.

masa tu tak silap akak, pose yang ke 13 rasanya, anak anak murid akak lelaki tingkatan 4 dan 5 bercadang nak berbuka pose dengan akak di area times square. alah uolsss sajer aje diaorang nak buka dengan akak sebab boleh lepak lama lama kat times square tu, parents tak kisah kalau bukak dengan cikgu tuisyen kan...

jadi, tak silap akak ada 5 orang budak laki tunggu akak di times square, diaorang rapat gak walaupun lain sekolah sebab akak mengajar mereka tuisyen. Jadi diaorang kenal antara satu sama lain lah nie.

akak pon sampai kat area times square dalam kol 6 ptg. mereka dah book tempat kat sebuah restoren makanan segera yer. terus akak pun pose pose. wowo hebat penampilan mereka, maklumlah baru nak "up" kan. semuanya nampak lain arrr, taste pulak akak dengan diaorang nie.

budak a: eh cuba tgk tu, macam gayboi ajer ...( wow budak budak sekarang nie tahu istilah gayboi..kelas kan)

budak b: eh mana ....tak nampak pon( matanya meliar tgk orang di kawasan tu...akak pon sama gak)

budak a: alah yang pakai baju warna kuning tu....dengan kapel dia kot( wow tere budak nie)

budak c: weiiii itu aku kenal lah.bro tu pernah mengurat aku tu masa ku lepak lepak sini, maleh aku layan geli aku tgk gayboi gayboi nie(aiyoooo motif kau cakap macam tu, cuba kau berchenta dengan gayboi tak hengat kau nanti)

akak diam kan sahaja, tapi mata akak memandang kat gayboi tu. yup dah berusia macam akak mungkin suka anak anak ikan kot. dia pon satu, pandang kat group kami ajer, opss lupa mungkin gayboi tu nak ngurat budak c tadi kot.

budak d: argghh biar lah diaorang, kan bulan pose tak elok mengumpat ( wow ada tokoh jadi ustaz nie)

budak b: erm aku pun tak suka gayboi nie. ada ,masa tu lepas aku lawan bola kat sekolah, tetiba mamat tu datang kat aku. mula mula ingatkan bro tu nak kawan, pastu dia nak lebih lebih arrr, mengamok arrr awek aku bila tahu...

budak a: aku tak paham gayboi nie, muka macam jantan tapi nak jantan gak. tu baru gayboi belum lagi pondan . habis lah laki kat dunia nie

akak malas nak campur. takut nanti akak pulak yang lebih beremosi pulak kan.

budak e: tapi ada kawan aku kapel dengan gayboi. pergh hidup dia senang, pakai baju perghhh tak mao kalah...top up penuh ajer aku tgk

budak c: erm memang arrr senang . pastu bontot koyak....hahahahhaa

budak d: eh napa cikgu diam. apa pendapat cikgu pasal gayboi nie....

akak: erm....diaorang pun manusia jugak kan. ada hati, ada perasaan dan diaorang pun kalau boleh tak mahu jadi macam tu kan? tapi dah naluri, nak wat cam ner, kita tak leh larang atau halang. sama jugak dengan lesbian. Tgk tgk awek kamu pun terjebak dengan lesbian kot....

budak a: eh awek saya clean cikgu . tak terlibat dengan lesbian nie, dengan saya dia dah "puas" cikgu

budak d: jadi cikgu sokong lah pasal gayboi nie lah....?

akak; cikgu tak cakap sokong ker tak, hanya itu hak individu ok. ini sebenarnya perasaan, naluri. mungkin perasaan kamu pada pompuan bukan? dan perasaan gayboi nie pada lelaki pulak, so benda nie subjektif...mana tahu kalau masa depan kamu kamu bercinta dengan golongan nie?

budak b:amboi cikgu , backing baik punya ek..erm kami tahu sapa cikgu nie..? ( sambil memandang sinis katt akak)

akak: maksud kamu?

budak a: aha cikgu, kami tahu cikgu pun macam golongan tu kan?( akak rasa menyesal berbuka pose dengan diaorang)

akak: kalau kamu cakap macam tu, kamu tak takut ker dengan cikgu? dan macam mana kamu tahu cikgu nie gayboi( akak membundarkan mata akak nie)

budak b: sebab saya pernah nampak cikgu pernah dating dengan seorang budak , dan budak tu sekolah coachrane kan....dia kata yang cikgu suka dia( hanjing tul kan budak budak)

budak c: tak per arrr cikgu, kami paham. Cikgu jangan takut, kami pun tak takut dengan cikgu tau, asalkan cikgu ajar kami dah ler..dan buat yang baik baik, kalau cikgu lebih lebih, kami pon takut arghhhhhh

akak terdiam ajer...akak ingat kata kawan akak iaitu miss bjork" nyah, kau jangan tabur pasir kat periuk nasi kau ek"

terus azan pun berkumandang dan akak makan perlahan lahan.....

cemburu ......

salam sayang buat semua...
macam lah ramai sangat yang baca entry akak nie kan, tapi tak apalah akak taip ajer dan nak puaskan hati akan kan.

kali ini blog akak akan dipenuhi dengan cerita cerita chenta lah sebab akak sedang hangat di lamun chenta lah uolsss. selepas akak putus dengan ex kapel akak, selama 3 bulan, tiba tiba chenta tu datang. Mulanya akak macam malas nak berchenta, sebab akak nak fokus life hidup akak aje. Maklumlah kehidupan akak dah macam huru hara gittewkan semenjak berpisah dengan ex kapel akak tu.

29 september 2008 10 20 mlm

acap: haieeee dear, u wat apa? bz ker atau tido

akak: erm....baru bangun tido. lepas berbuka terus i tido b. penat dan ngantuk arrr b( mcm manalah badan tak macam ikan buntal kan akak nie)

acap:erm u tido ker? ngangu ker nie. nanti arrr i sms u balik(majok arr tu)

akak:mana ada arr b...tak ngantok pun . kan dah bangun nie. dapat sms b terus segar i nie( amboi tere mengayat nie )

acap: ermm ok, kalau ,macam tu oklah ..so b kat mana sekarang nie? b dengan sapa?( biasalah si acap akan tanya i kat mana dan dengan sapa, terasa dihargai sangat kan ..argkhhhh tuiiii)

akak: erm i kat umah daylan b . dan i dengan daylan ajer kat umah ..

acap: u nie asyik dengan daylan ajer. Dia tak boring ker tgk muka u tu ...hikhik atau pun u skandal dengan daylan ( aiyoooo ada ker akak nak skandal dengan daylan? tak ada arah tujuan kalau kami berkapel kan daylan kannn kann)

akak: hish b nie, napa cakap macam tu. Tak ada apa apa i dengan daylan lah b. B kan tahu i kawan baik dengan daylan kan. so macam mana kat johor ok( biasanya akak akan taip sms dengan acap panjang panjang, rasa rugi lak kalau taip sikit sikit kan)

acap: erm biasa sahaja. i pon tengah tgk tibi dengan sedara mara nie.

akak: owhhh...b i rasa windu arrr dengan b. rasa macam nak cium ajer b tau...( mulalah hormon akak tak menentu kan)

acap:samalah..i kat sini pun windu dan sayang kat u jer.B tido mana malam nie?

akak: tak pasti. tido kat pandanjaya kot, lagi pon ada laki nak temankan i tido malam nie b. boleh tak b kalau ada lelaki lain temankan i tido. tak wat apa apa pon( akak mula menyimbah minyak panas kat acap. nak tgk reaksi dia)

x sampai beberapa saat....

acap: eh mana boleh. sapa jantan tu ( nada marah hikhik akak suka)

akak: alah jantan tu baik b. tiap malam dia temankan i tido arr b. best tido dengan dia. celik mata ajer nampak muka dia b. so sweet arrr.

acap: sapa tu u. baik u cakap, kalau jumpa i pecah kepala dia. u pon satu. gatal sangat. x cukup satu ker( laser akak). baik u cakap ....nanti i jumpa dia, dengan u sekali i lambung macam bola ragbi( acap nie main ragbi)

akak dah mula bayangkan 18sx. wow bestkan kalau acap buat akak sambil lambung lambung di katil.tetiba horny kan...opsss

akak: alah b nie, i gurau ajer. yang laki tu b lah. kan gambar gambar b banyak kat laptop i kan, so setiap malam i mesti tido dengan gambar yang ada dalam laptop u arrr b.celik mata nampak muka b

acap: betul nie u. Bukan ada yang lain?

akak:betul arrr. b nie macam sensitif ajer...takut arrr garang

acap: mestilah i sayang u ok. i pon baru rasa lain dengan u . dulu ada awek. tup tup sekarang nie berchenta dengan u pulak. tapi i sayang u arrr. macam pelik...tapi memang sayang u ok

akak terharu. menitis air mata kasih yer,, terus pose pose manja, terasa chantek macam erra fazira pon ada, kajol pon ada...arghhh semuanya lah.....akak terkesima. selama ini acap simpan perasaan dia uolsss tak pernah luahkan pada akak

acap: i tak tahu nak cakap apa. i tak leh tahan, i nak bagitau u i sayang dan rindu sangat kat u. rasa lain macam ajer arrr. i pon tak heppi sangat kat sini, teringat kat u.

akak terdiam lagi, kepak akak dah mula tumbuh, tiba tiba akak terbayang akak di sebuah gunung yang tinggi, pakai sari putih, sejuk, ada burung merpati lagi tu, tetiba sore akak merdu menyanyi uolsss

acap: napa diam u. dah 2 kali sms , u tak jawab.

akak: tak der b , i terkenangkan u jer( sambil pegang payu dara akak..aiyoooo 18 sx dah nie)

acap: i cemburu kalau u ada yang lain, u sebut nama laki lain pun i dah mula hangin tau...

akak: erm b , i ada kerja jap nanti sms

akak sengaja matikan sms tu sebab akak rasa bersalah uolssss. sebab apa bersalah, sebab dalam hati akak nie ada lagi 3 chenta ...(dasar pelacorkan akak nie). terus akak pi luar tgk astro....



model model di pandanjaya


hai semua...
sihat semua..hah terus akak taip entry yang ke 3 terus menerus dari bilik hamie, bandar tasik selatan . Ya ampon ...hamie..akak menggunakan semaksimum yang yang mungkin yer komputer, elektrik umah uolsss agar akak berpuas hati yer...( memang akak lahanat)

oklah tajuk entry kali ini iaitu kawan kawan akak yang bermaustatin di pandanjaya yer. Akak kenal dengan pondan pondan nie selepas akak berpisah dengan shahril yer. masa tu akak solo. dan masatu lah akak mula kuar bermasyarakat, tapi bila berkapel akak tak penah pikir nak bergaul dengan masyarakat yer...

oklah kita mulakan dengan housemate akak yer

zack -------> oklah dia nie sekarang nie menjadi housemate akak yer. Orangnya dah berkapel . kapel dengan duda katanya. anak 3 uolsss malatops kan. yang penting kapelnya bau bau kentut dengan akak yer. sekampung lagi pun uolssss. dia nie rajin lah mengemas rumah, kreatif gak lah. Rumah akak yang kotorrr tu dah menjadi bersih uolsss. macam hospital bersihnyakan. sejak berkapel, dia dah jarang joint akak dan kawan kawan uolsss. maklumlah dah berlaki. laki pun tak kasi joint sangat dengan kami, takut zack di caras kot. dia nie konfident gak kalau bergaya tapi akan mintak pendapat orang lain dulu sebelum nak kuar mana mana. hatinya baik, kalau dia buat salah dia akan minta maap kat akak sampai lah akak rimas dengan pujukkkan dan minta maapnyer itteew.

amy-------> ermmm nak cakap apa yer...dia yang paling glamer, malatops dan berani matie. itu yang mampu akak cakapkan. Pandai bergaya uolsss, agak suka tgk dia bergaya, pandai lah menggunakan baju baju dan apa apa saja untuk digayakan. Sekarang nie berchenta dengan mat rempit uolss. aiyooo takut akak yer bila dia keluar dengan mat rempit tu. Akak rasa mereka nie kapel yang paling berani matie uolss. nak buktinya? erm dia pernah kuar dengan suaminya di bazaar ramadhan sambil bercium cium uolss.. pegang tangan ..wowo ..hebat ...cium pipi ajer uolsss. kalau lepak kedai makan tomyam . siap pegang pegang tangan yer, sentap akak tgk kan. akak respek dengan kapelnya yang bearni matie tu, terang terangannya pelok amy tanpa rasa takut pun. kalau MR a buat macam tu, terus akak pi thailand, bedah uolsssss. Buat apa yang patutkan

am------> erm wanita paling ayu dan chantek di pandan jaya. kecik ajer orangnya , berkulit hitam manis , berambut ikal mayang, suka berskandal dengan abang abang yer. banyak sangat skandal yangdia ada. Suka berterus terang uolsss, tak leh simpan rahsia nie. habis di canangnya satu kampung kan.....Pandai buat kuih dan berniaga jual kuih uolsss. kelas kan...suka bermain bowling .

apis------> memang layak jadi wartawan atau pengacara. Ya allah kalau bercakap tak boleh orang lain bercakap uolss. baru baru nie kena tonsil ...baru kurang dia bercakap uolsss. kalau tak. ermm akak yang bising nie pun tgak boleh mencelah kan..tapi dia nie open minded uolsss, best gak kawan dengan dia nie. asyik buat lawak ajer kan. tempat port kami di tomyam pandanjaya

itu lah yang akak nak cerita pada anda semua. mesti ada yang tak detail sangat lah. nak berbuka pose dah.....penat uolss 3 entry sekali gusss....

cinta 3 segi

akum semua..
hah selepas akak taip entry akak yang bertajuk "sempurna" akak terus taip lagi satu entry nie, memandangkan idea yang mencurah curah dan dah lama giler tak taip kan entry untuk blog akak yang dah lama bersawang nie kan...

oklah kali ini akak nak cerita tentang cinta 3 segi yer. biasanya bila kita ingat segitiga , mesti kita tahu segitiga nie ada 3 segi yer. dan untuk mencari lus segitiga kita kena gunakan formula 1/2 darab tapak darab tinggi yer. Ingat tak lagi anda semua tentang formula segitiga nie kan..hah ? nak carik perimeter? senang ajer, perimeter bermaksud ukur keliling uolsss , so kira lah sekeling segitiga tu kan..mudah ajer ...

oklah napa pulak cinta segitiga nie menjadi entry akak yer, sebab akak sedang mengaalminya..hikhik kelas kan akak, walaupun akak tak chantek, body tak malatops tapi entah rezeki akak selepas janda nie mencurah curah rasanya. Amboi bila pulak konsep rezeki dan jantan nie bergabung kan?

oklah begini yer, ada sorang mamat nie dalam diam diam suka ngan akak ( cayer ker atau akak yang berangan lebih kan) entah arrr dia pelik uolsss. tak cakap pon dengan akak hanya bersms sahaja uolsss. Bila datang kedai, dia mesti sms ajer dengan akak. tak cakap. kenkadang belanja akak air, funfries dan kurma. hah cuba cakap kat akak, kalau jantan belanja kau benda benda macam tu kao tak terbang tinggi ker nokss? hah ( sambil membundarkan mata akak)

akak pon layan ajer lah uolsss, tapi dia tak lah kata nak kapel ker apa ker, hanya ada niat tersembunyi di sebalik sms yer ok, akak layan ajer. lagipun mamat tu banyak peminat uolssss. ya allah akak memang tak leh lawan arrrr. akak sedar diri akak sapa uolsss

ok, dalam masa yang sama akak pun dah mula jatuh chenta dengan mr A uolsss. Chenta kami bersemi. selalu bersama di bulan ramadhan, kuar bersama, makan bersama. pi jalan jalan bersama dengan dia. rasanya hidup akak teruja sangatlah. rasa macam chantek dah masatu...

tapi biasalah uolsss, bila dah pasang dua nie mesti kantoi kan. satu hari mr a nie datang umah akak nak save pic dia dalam lap top kak, tetba dia ternampak gambar mamat tu. apa lagi ,macam macam dia tanya, ,matielah akak nak jawap uolsss. tapi akak jujor dan berterus terang dengan dia.

malam tu akak jumpa mamat tu, dan bagitau akak tak leh nak teruskan hubungan chenta terlarang nie ( sah sah terlarang uolsss jantan dengan jantan kan) . ammat tu macam tak puas hatie ajer, dia kata aka main mainkan dia.akak tak tahu nak cerita apa dah. sejak hari tu mamat tu dah kureng dengan akak, akak terasa gak kan. tapi nak buat ,mcm mana kan?

tapi terus terang akak rasa sedih arrr gak uolss sebab mamat tu dah lama akak minat giler uolsss. handsome u olsss. hanya gambar di laptop ajer yang menjadi peneman, dan mr A pon akak sayang jugak.

hanya akak berpegang dengan kata kawan baik akak, akiko sunade

" mana boleh dalam 1 hati ada 2 orang
uolssss" sambil menjeling manja kat akak....

sempurna

akum semua....

apa khabar ? sihat? akak pon sihat nie. Sekarang nie akak kat umah kawan akak iaitu akiko sunade..entah arrr akak pon tak tahu nak eja nama berangan pondan tu yer...

dah tgk tajuk entry akak ? erm lagu sempurna..pernah dengar? kalau tak pernah , cepat cepat pi carik kat internet tak pon pi carik lagunya kat kedai cd ker atau mana manalah yer.

napa pulak sempurna, sebab sekarang nie hidup akak dah mula ceria yer....napa ceria sebab akak dah ada orang "baharu" dalam hidup akak nie. Sapa yer...
alah malulah kak nak cerita uolsss, bukan handsome sangat..tapi notbad lah..

mesti nak tahu macam mana akak jumpa dengan lover baru yer... macam nie lah akak cerita

opss namanya Mr A lah erm alah kenkawn akak semua tahu kan namanya. akak jumpa kapel akak nie 3 tahun dulu, masa tu akak jumpa open haouse rumah anak murid akak kat bandar tun razak. raya yang ke 7 , anak murid akak nie pompuan , timgkatan 4 , dia ada abang angkat tingkatan 5 . beria ia dia suruh akak tunggu .

bila abang angkat dia sampai, wow akak tgk ada 2 orang lelaki yang handsome uolsss, erm terus akak taste kan. akak berdebar debar , masa tu akak masih kapel lagi dengan shah uolsss. tapi konsep gatal tu memang ada

akak pun terus ambik no phone budak tu melalui anak murid akak yang pompuan tu, yes dapat uolss. teruslah akak ber sms dengan mr a

kami selalu dating senyap senyap di jaya jusco masa tu, kuar sama sama best arrr sedangkan masa tu akak dah ada stedy kapel .

tapi malangnya, lepas spm kuar, kami bergadoh besar sebab akak menghina result mr A nie, akak bukan hina hanya gurau ajer, salah anggap dan sejak itulah dia langsung tak sms dan kol . Bila akak sms langsung tak reply. bila talipon tak angkat.....dan

31 ogos 2008

8 00 malam di jaya jusca

akak: haieeeee ( sms yer)

mr a: haieeeeee( berderau darah akak bila dia reply sms akak uolsss)

akak: kenal lagi ker nie

mr a: kenal jerrr

akak: sapa nie ( akak menguji dia)

mr a: abang kan?( motip abang?)

akak: leh tipon u tak?

mr a: nanti arrrr. tengah tgk tibi. malam malam sikit

terus akak rasa chantek sangat masa tu. maklumlah akak baru ajer putus chenta dengan shah, pastu ada pulak pengganti( belum konpom lagi ek)

malam tu akak di kedai tomyam pandan jaya. tak sabar nak kol nie. malangnya bila kol dia macam tak serius ajer...erm tak per..at least dia angkat tipon akak dan balas sms yer...

lepas tragedi itu kami semakin rapat dan akak mencuba " memancing dia menjadi kapel akak" berjayakah akak? nanti kan sambungan entry seterusnya yer

mari menyanyi

akum semua...
amboi lama betul blog akak dah sepi kan maklumlah akak sangat bz dengan kehidupan akak sekarang nie, apatah lagi akak sekarang di lamun cinta uolsss. nanti lah akak postkan kisah chenta akak yer dengan para peminat yer...

oklah sekarang nie akak di rumah kawan akak iaitu rumah akiko. Kami baru ajer balik dari Tesco ampang pastu singgah rumah mak mentua akak ( bekas mak mentua yer) ambik kuih. Baik sungguh mak mentua akak kan walaupun kami dah takder hubungan sebab anaknya telah memilih "chek ki" @ pompuan daripada akak yang menjadi pompuan jadian ajer..hikhik

akak pun nak citer kisah semalam nie.

firdee hantar sms yang berbunyi " jom kita karaoke, pra sambutan hari jadi"

masa tu akak dan kenkawan, zack, amy dan akiko lepak kat bilik yer. kami mengumpat ngumpat sambil makan kuih kan....kelasss pondan pondan sekarang mengumpat di bulan ramadhan kan..

memandangkan akak dan kenkawan tak wat apa apa, so akak setuju ajer...On jer..asalkan meriah yer konsepnya....tapi akiko kena balik, ada hal katanya..

akak dan kenakwan pon bersiap. Mr firdee dah sampai dan sms akak suruh turun sekarang. Bila akak turun dengan zack dan amy, akak konpius . keta yang mana nie. Rupa rupanya naik keta kawan nya.

rasanya tak payah lah akak bagitau sapa yang empunya kereta . malas nak cerita kan?

kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai kat ampang park. wah meriahnya dalam kereta ...cikgu seperti biasa menjadi wartawan majalah mangga dan bertanya pada kenkawan fidee.
mereka tu kapel uolsss. dah 4 tahun. terus akak sebak uolsss....menangis sebab akak putus dengan lover akak( tapi dah ada yang baharu yer)

akak menyanyi 3 buah lagu, semuanya hazab. akak sedar sore akak memang tak sedap. layak untuk ke american idols ajer uolsss. Setakat karaoke nie, manalah sama. bukan taraf akak yer....

tapi akak pujilah kenkawan akak yang lain, amy, firdee zack dan 2 orang kapel bahagia tu kan. sore malatops layak dah masuk akedemi fantasia ( ahah uolss memang layak masuk akedemi itu ajer...x macam akak, american idols terus nie...)

lepas karaoke, kami terus makan di kampung baru. apa lagi akak pon tanya bertubi tubi pada kapel tu. akak cemburu tgk mereka lah..manja manja kan ..tapi tak sehebat amy dan n***m kan, bercium cium di bazar ramadhan, akak memang pengsan tu uolsssss.

terus akak emosi lagi, teringat ex kapel akak lagi ( sedangkan ada yang baru kan ) ...lepas makan terus lah balik umah.

jadi thanks pada firdee dan kawannya...takut nak sebut nama, tapi baik arrrr. jangan lupa baca blog akak yer....