salam dan apa khabar semua? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman , rakan atau orang yang tersayang...dah hampir 3 bulan menyepikan diri dalam blog nie, so dengan rasa rajin rajin sikit nie...kita pun nak tulis lah blog...lagipon sekarang nie banyak sangat masalah yang melanda...jadi bila tulis blog nie, di harap dapatlah hilang sedikit stress yang melanda..katanya kan ...

oklah dah tengok tajuk entry kali ini? erm asyik asyik benda yang sama...yup..memang benda yang sama pon..apatah lagi tajuk ini beberapa kali dikupas dan dibincangkan di dalam entry yang lepas lepas, tapi kita percaya tak salah kalau tajuk ini dijadikan sebagai satu entry untuk bulan jun nie kan.

apabila kita bercinta, tak kisahlah samada cinta terlarang ker, cinta yang tak dilarang ker..apa apa lah...tapi ia berkaitan dengan cinta..maka perasaan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam menjalinkan perasaan cinta..mana mungkin kalau kita mencintai seseorang itu tanpa perasaan...tapi kalaiu anda mencintai seseorang itu tanpa perasaan...erm itu sangat bahaya sebab anda tidak mencintainya seikhlas hati anda bukan ?

janganlah kita mencintai seseorang itu sebab kita berasa kasihan dengannya sebab ia akan mengundang malapetaka dalam hidup anda nanti...janganlah anda membalas cinta seseorang itu sebab anda berasa anda anda kesepian dan keseorangan ...lonely katanya...tapi malam malam kat mirc sangat aktif yer ..gitewwkan .... dan janganlah kita mencintai seseorang itu dengan pelbagai sebab dan alasan ....kerana cinta itu datang secara semulajadi....ia hadir tanpa diundang kan...so tidak perlu 1001 alasan untuk mencintai seseorang..

dunia percintaan memang indah uol..perghh..kadang kadang boleh tersenyum seorang diri kalau kita mengenangkan balik semula kenangan manis diantara kita dengan pasangan kekasih kita..apa yang dilakukan secara bersama memang indah bukan? so semua kenangan itu mengambil masa bertahun tahun atau mungkin sehingga mati kita akan teringat semua peristiwa dan detik detik yang pernah kita lalui secara bersama yer...

namun sayugia diingatkan, setiap permulaan mesti ada pengakhiran, setiap yang hidup pasti akan menemui penciptanya, setiap yang bermula akan berakhir..dan semuanya pasti akan berakhir bukan ? apatah lagi kalau percintaan "yang luar biasa" nie kan? bukan lah nak menidakkan pasangan lain...ada juga yang mencecah sampai 6 atau 7 tahun..tahniah uols...tapi yang tak sampai 6 atau 7 tahun tu camner? erm....sesuatu perhubungan itu bukan diukur sejauh mana ia berlangsung dalam idup kita, hanya yang penting apa yang berlaku sepanjang percintaan itulah perkara pokok utama yer...

seandaianya cinta itu tidak kesampaian, maka kita kena terima dengan redha..janganlah melemparkan kesalahan 100 peratus kepada pasangan kita..apatah lagi kalau kita menyalahkan diri kita 100 peratus menjadi penyebab percintaan itu tidak kesampaian..ingatlah , semasa kita bercinta,..semasa mabuk cinta..amat jarang bagi kita memikirkan kesudahan cinta kita...sebab hari hari yang berlalu begitu indah...kita jarang memikirkan implikasinya...lantas apabila cinta itu telah padam....barulah kita mula terfikir...

apabila cinta itu putus, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, mungkin salah seorang pasangan kita ini ada orang lain, atau pasangan kita berasa kita tidak boleh meneruskan perhubungan ini..dan macam macam lagi lah....so apabila terjadinya perpisahan...kita cubalah duduk bersemuka sambil berbincang di mana silapnya kita ...yang mana boleh diperbaiki , kita cuba perbaiki...dan yang mana kita rasa boleh di betul, kita betulkan..namun sekiranya tidak boleh berbuat apa apa...kita kena terima dengan redha...

mulalah berfikir tentang diri kita..mulalah berfikir betapa istimewanya diri kita yang dijadikan oleh tuhan..dan janganlah mengambil tindakan bodoh yang boleh menyiksa diri kita...yup...kita senang cakap...tapi orang yang melaluinya tahu betapa peritnya perasaan yang melanda...apatah lagi kita memang selalu bersama dengan orang yang tersayang..bangun tidur akan nampak wajahnya di sebelah katil, pergi kerja akan cium di pipi atau di dahi....pergi kerja akan text dia senantiasa..tanya pasal dah makan ke belum, balik kerja akan jumpa dia dahulu, pastu bila malam akan makan bersama dengannya dan yang penting setiap malam pasti tidur disebelah orang yang tersayang.

dapat bayangkan keperitan yang melanda bila semuanya hilang dalam sekelip mata.....satu persatu kenangan itu pasti akan lenyap...bersabar..teguh....tabah..tarik nafas .....doakan dia bahagia dengan sidia yang terbaru tu...seandainya dia merasakan orang baru itu yang terbaik, maka dia berhak mendapat yang terbaik...so kita cuba perbaiki diri kita dan cuba memberi peluang dalam diri kita untuk menerima cinta orang lain..tapi janganlah terlalu cepat untuk menerima cinta yang baru..macam tak adil pulak kan...bayangkan lah...kalau kita dapat yang baru..tapi kita senantiasa teringat ex kita yer....so adil kah itteww uol? yup tak adil...kan?

masa ini lah kawan kawan memainkan peranan yang penting...curahkan lah semua perasaan itu pada kawan kawan yang terdekat agar mereka memberikan anda sokongan moral..happy kan diri..penuhkan lah dengan pelbagai aktiviti ..beriadah lah...kalau sebelum nie lebih suka bersama dengan sidia di katil sahaja..apa kata kali ini pergilah berjogging kat tasik permaisuri tukan...jogging waktu pagi dan petang yer..kalau kau jogging waktu malam tu lain lah pulak kan....kalau rasa nak tanam bunga ..hah apa lagi tanam lah bunga..minta ajer baja dan benih kat dbkl..kalau kau rajin kau tanam ajer bunga kat semua taman taman kan...

takpelah uol...janganlah bersedih sangat.....hidup mesti diteruskan...jangan pulak jadikan ex kita tu musuh ke apa....dia pun manusia...dia pun ada perasaan dan mesti dilayan seperti manusia juga..buat masa sekarang nie kalau kita tak tabah untuk berdepan dengannya..elakkan diri...kalau rasa dah kuat..dah leh terima...tak kisah....jadikan dia sebagai kawan..manalah tahu mungkin dia yang akan menjadi kawan paling baik sebab dialah orang yang palimg mengenali diri kita dengan lebih mendalam kan?

itu sahaja coretan kita kali ini....berjumpa di lain entry.....