pangkor 2010

siapa sangka? tahun 2010 semakin ke penghujungnyer, aku sempat lagi pergi ke pangkor bersama dengan teman yang tersayang..oklah baiklah aku akan coretkan setiap pengalaman yang ku lalui semasa berada di pangkor..

sebenarnya idea untuk ke pangkor ini, adalah lanjutan dari cadangan untuk pergi ke rumah kak farra di ipoh...adiknya akan melangsungkan perkahwinan di sana..seperti biasalah..sambil menyelam minum air, so alang alang ke ipoh, baik pergi ke pangkor bukan? apatah lagi majlis perkahwinan itu akan berlangsung pada hari ahad nanti....iaitu 26 disember 2010...

pada 24 disember, dalam pukul 4 00 petang , aku menerima sms dari firdee yang memaklumkan kami akan pergi ke pangkor dengan menaiki kereta sewa yang berjenama serena....dan bilangan ahli apada awalnya hanyalah 7 orang sahaja..iaitu aku, muaz, daylan, hamie, amir, fariz dan firdee sahaja..so aku dengan happy dan excitednya dah mula kemaskan barang dalam pukul 5 petang lagi.

terus terang , aku pada mulanya seperti malas nak pergi, maklumlah kalau bercuti sudah pasti ongkosnya agak tinggi jugak, namun untuk tidak menghampakan beberapa pihak yang mahu aku pergi, dengan perasaan muka tebal aku meminjam sedikit duit dari daylan untuk menampung perbelanjaan disana...muaz pun seperti terlalu happy bila dengar kami semua ke pangkor, dan nasib baik ada sedikit duit poket yang diberikan oleh ayah muaz ......

dalam pukul 11 malam, hamie keluar....katanya ada kelas tarian kan...so aku tunggu daylan balik dari kerja..sebaik sahaja daylan balik, kami bertiga bergegas menuju ke downtown, aku tak beli apa apa sebab aku terpaksa berhati hati dengan bajetku nanti, hanya muaz membeli cermin mata , daylan seperti biasalah...ala ala shopping terus kat downtown......kami singgah di nana cafe..isi perut dan terus ke rumah...

janji bertolak pukul 5 pagi, namun aku siap lewat sedikit, begitu juga dengan housemate yang lain..amir dan firdee tunggu di bawah...rupa rupanya ada pulak azwan tassim disitu yer....uiiii..kelas kau dik.....takper..lagi ramai lagi meriah kan..so kami semua bertolak ke pangkor..tanpa diduga, abang nas macho pun turut serta dalam percutian kali ini.....so kami pun bertolak ke pangkor..

amir menjadi pemandu kami, dengan rasa tanggungjawab dia telah membawa van dengan kelajuan 100 km / jam..nie membuatkan firdee mengamuk sedikit..namun aku selesa dengan kelajuan tersebutkan...seronok..semuanya ting tong...tak tido lagi..seperti biasa aku memerah otak untuk memeriahkan suasana yang semakin suram di dalam van tersebut..kadang kala terdengar ketawa yang terhambur memecah suasana......

cuaca pada pagi itu mendung..sejuk jugak di dalam van tersebut......tapi masalahnya radio di dalam van tu tidak berfungsi..hanya boleh mendengar lagu dari satu cd sahaja..kau mampu dengar lagu berulang ulang dari mula bertolak sehingga nak dekat sampai ke pangkor?..untuk menghilangkan rasa boring kami buatkan game..teka lagu yang berkumandang dari cd tu......hanya muaz sahaja yang diam sebab lagu tu popular masa dia dalam kandungan lagi kot.....

aku suka mengusik si amir dan juga azwan tassim..setiap kali aku melihat azwan nak tidur dengan suara yang penyek " tido yer azwan ?" sajer aku usik ....yelah kesian kat amir..yang cuba menahan rasa mengantuk tu.....kalau kalau dia terlajak lelap ker? matilah nanti...firdee tak tido..sibuk melayan karenah hamie yang bertanya itu dan ini..sambil menjawab soalan dari hamie sempat juga dia menerangkan kisah/fakta/ apa apa sahaja berkenaan dengan tempat yang kami lalui..pasal kedai kuih pau yang tersedap..sambil masuk dalam tibi katanya..pastu dia terangkan pasal gunung yang berketul ketul ...entah macam macam lagi lah...

kami rasa sangat lapar..perut mesti diisi..kami singgah di kawasan rehat untuk mengisi perut..omak aiiii..ramai tol orang masa tu..kami jumpa sebuah gerai yang sangkak..sebab takder pelanggan yang beli..so paham pahamlah..mungkin kedai tu masakannya tak sedap kot.....so lapar punya pasal kami telan ajer...rehat..makan..pi tandas..buang apa yang patut...dan meneruskan perjalanan...alhamdulillah..cuaca ketika itu taklah panas sangat....

berhenti sekejap..sebab nak tukar driver..pergh......firdee yang pandu..aku dah mula kumat kamit membaca ayat suci tau.....laju gak....nas pun dah cuak....mulut aku bising setiap kali melihat kalau van hampir nak dekat dengan kereta di depan kami...kebisingan aku menjadi lawak di dalam van tersebut..nas , hamie dan amir sibuk bertanya tentang masa yang kami akan sampai di lumut..dan firdee menjawab " 20 minit lagi " dan setiap lima minit lagi nas dan hamie akan bertanya " jauh lagi ker u ol?" ..dan firdee akan menjawab " 20 minit lagi " matilah..macam main pukul berapa datuk harimau pulak aku tengok...

akhir kami sampai jugak ke lumut....erm ramai orang..kami parking kete tu...lah kena beli pulak sticker..macam kena gores ajer sticker tu..so aku dan hamie pun gigih lah menggores sticker tersebut.....amir seperti biasa..adik kesayangan kami dengan rela hati meletakkan sticker kat van itu..so kami terus ke jeti lumut....sebaik sahaja sampai disana....ada seorang pakcik tu bertanya pasal penginapan...baik sekali..so terus kami ambik satu apartment yang dimilki oleh salah seorang ahli rombongan kami..siapa sangka dalam senyap senyap tu..ada seorang ahli rombongan telah membuka apartment di pangkor.....jeng jeng....

aku muaz dan daylan pergi ke tandas..kami berpecah...rupanya firdee dan yang lain dah pi beratur kat depan pintu gate jeti..aku huru hara sikit..takut terpisah dengan mereka...aku pun menyelit nyelit sehingga jumpa dengan group aku..kesian pulak dengan muaz...berpeluh peluh dia ....panas...rimas....rasa pening sebab tak cukup tido...itu sahaja yang mampu aku gembarkan semasa menunggu giliran untuk masuk ke jeti tersebut..lautan manusia memenuhi jeti tersebut..sebaik sahaja pintu pagar jeti di buka..kami pun bertolak dan berasak untuk masuk ke jeti..dah tak kira..asalkan dapat angin kat jeti....pergh rasa lega lah sikit kan....

ambik gambar..oh yessss..lupa ..itulah aktiviti sepanjang kami di pangkor....snap sana..snap sini..sampai aku tak sempat nak posing..dan keliru dengan kamera yang mana satu........ok...kami semua dapat naik feri..aku duduk sahaja di bangku sambil menjaga beg rakan rakan yang lain.....takder mood nak ke belakang sebab pening sangat..rasa nak muntah.,..takut pulak muntah atas feri...maklumlah berbadan dua sekarang kan? gittewww...yang lain dok belakang..snap sana..snap sini..semualah diaorang ambik gambar....aku pulak tengok punggung orang yang menghalang pandangan aku...cehhhh

sampai di pangkor..yay...sambil menadah tangan dan membetulkan tudung layaknya...aku bersyukur..muaz tersenyum puas..hajatnya untuk sampai di pangkor telah menjadi kenyataan...aku survey hospital kat pangkor ..manalah tahu..bersalin kat sini nanti kan? kami terus mencari van yang boleh dikatakan teksi di pulau pangkor..warna van pon..very the taw...cobalah teka warna apa ek? so kami pun naik ajer van itteww..sehingga sampai di apartment kepunyaan salah seorang ahli rombongan kami.....

kedatangan kami disambut dengan mesra ( ye ker), daylan dan firdee busy menguruskan bilik kami..manakala nas dah memulakan tugasnya mengambil gambar...snap sana..snap sini...nak masuk facebook katanya..tak kisah..layan........so dah setel ..naik ke bilik..feeling feeling macam american next top model..berebut katill sangkak sangat kan...so ada 2 bilik, 4 katil, lapan orang ..cun...bilik tepi dinamakan bilik kelamin manakala bilik lagi satu bilik bujang taw......dibilik kelamin inilah berlaku bunyi yang menakutkan iaitu bunyi batuk dan bunyi orang tekaknya tersebut sesuatu..manakala bilik lagi tu tu kecoh dengan kes kelibat tau..tetap ....

dah siap...rehat..cadang nak makan tengah hari kat tepi pantai..menurut cerita propa perempuan di kaunter tu, " pantai dekat dari sini yer encik.....jalan kaki pun boleh ...5 minit ' kepala hangok dia lima minit....kami punyalah berjalan..jauh sungguh..so patah balik..daylan cadang..makan dulu..tukar baju..pastu ke pantai....ok semua setuju..patah balik...jumpa satu kedai makan yang sangat lah luas sebab kedai tu takder orang..makan apa yang ada..senyap..lapar katanya....huhuhuh..terus naik ke atas..

biasalah..bila dah kenyang ..rasa pulak malas...erm masing masing macam kena gam sahaja....malas nak bergerak..heheheheh...akhirnya semua dah rasa macam nak mulakan aktiviti..kami turun ..tahan teksi ke teluk nipah.....sampai sahaja...ada yang nak beli suar mandi..ok...pusing pusing jap...aku amir dan muaz tunggu sahaja yang lain...ambik gambar lagi....tetap....

aku nak main kayak, ada yang nak naik banana bot...daylan malas, nak mandi ajer..so aku kena tunggu muaz sebab dia nak main banana bot.....so aku tengok diaorang happy sangat main banana bot itteww.....pastu aku pun tak sabar nak naik kayak..punyalah susah nak kawal..sebab posisi terbalik..aku hampir hampir terlanggar budak kat situ....pergh.,..bila kayak dah stabil apa lagi..aku pun ajar muaz....kayuh selang seli katanya...tahan kiri..tahan kanan...sedar tak sedar kami dah semakin jauh..bak kata amir" ingatkan abang nak pergi indon tadi ?" muaz ajak aku pergi ke pulau..tapi aku tak confident..laut bergelora..ombak kuat..aku cuak sedikit....aku suruh muaz patah balik..tiba tiba aku lihat kayak kami penuh dengan air..

kami tak stabil..aku kerahkan kudrat aku nak ke tepi pantai..masih jauh lagi..ya allah cuaknyer..air banyak..muaz cuba membuang air di dalam kayak..kami hilang kawalan dan akhirnya.....jadi macam filem tetenok...aku masuk ke dalam air yang sangat dalam..dah ler hijau..tak nampak apa pun....aku pegang erat pendayung..aku cuak...muka berubah..muaz tenang..dia sangat cool masa tu..siap buang pendayung tu..sebab nyawa sangat penting.....nasib baik aku naik dengan muaz.....aku betul betul cuak ....

aku cuba mengapungkan diri...muaz pergi ke arah pendayung..kami cuba terbalikkan kayak...tapi kayak tu bocor..tak leh buat apa lagi dah....aku malu nak tiup wisel....so cuba bertahan....aku menjerit " tolong...tolong....kayak kami bocor" aku cuba jerit meminta pertolongan.....hanjing tol orang tu" hah kami tak dengar..." voley? aku punya sore punyalah mintak tolong..kau kata tak dengar..dengan rudenya, diaorang pergi entah ke mana.....

aku cuak..nasib baik ada satu bot yang datang dari belakang kami dan menawarkan pertolongan..aku terkial kial naik ke atas bot, dua kali sampaikan lutut aku berdarah....tu pun muaz tolong tolak bontot aku dari bawah.....aku selamat naik..aku kena tarik muaz pulak..terketar ketar lutut aku ketika itu...

* sambung*


sambungan ...part 2

aku rasa macam mahu meneruskan menaip entry untuk sambungan cerita tadi...muaz tengah main game..aku menaip blog..seronok jugak lepak kat umah muaz nie..ayah dan mak dia balik kampung..so boring kat umah..macam malas nak tido awal..muaz ajak pergi main game ..aku manalah tahu...nasib baik ada laptop abang dia..so aku pun taiplah blog aku yang semakin bersawang nie...ok aku teruskan....

pagi 4 november 2010...

pagi ..kami bangun awal..aku tak boleh tidur sebenarnya....aku tak mampu nak melelapkan mata....terdengar mak masak air di dapur, kakak ku bangun dan kejutkan adik beradik yang lain..anak anak buah masih lagi tidur....arwah masih lagi tenang terbaring...banyak sangat kerja yang kami harus lakukan pada pagi itu..sebab arwah akan dikebumikan selepas zohor nanti..list kerja yang kami buat semalam harus keami patuhi....

kami tak sempat nak sarapan..entah rasa macam perut nie kenyang sahaja..kami adik ebardik, 3 orang sahaja ...pergi memulakan tugas..tugas yang paling utamalah kami kena carik orang yang mahu gali kubur..so kami pun pergi ke rumah seorang pakcik nie...tak jauh pun dari rumah ku.....kami memberi salam..namun tiada balasan.. aku amat risau kalau kami tidak ketemu dengan pakcik tu ..siapa pulak nak gali kubur..kami tidak berputus asa..alhamdulillah..dengan muka yang kelat..pakcik itu membalas salam kami..

kami menerangkan hajat kedatangan kami pada pagi itu..dia hanya mengangangguk kan kepala sahaja...naik angin aku jugak,,namun nak buat macam mana..dia yang uruskan mengenai gali kubur ini dikampung kami..so ku tahan rasa marah itu..mahu rasanya memariekan diri.....namu ku tahan......amat aku terkejut apabila upah menggali kubur sahaja hampir mencecah rm 400 ringgit..ya allah mahalnya...aku ingatkan dikampung ini konsep tolong menolong dan percuma...tapi sangkakaan ku salah...sumpah..aku tidak bohong dengan angka yang ku tulis ini....namunh..jenazah ayah perlu diselesaikan..mahu tak mahu....rm 400 bertukar tangan pada pagi itu...kami adik beradik terpaku.....

terus kami pulak cari untuk papan, kain kapan dan kapas.....kena pergi ke rumah lagi seorang pakcik......kami jumpa....semuanya ada..nasib baik,...tapi jangan terkejut yer.....kos semuanya hanya rm 200 ..hanya rm 200? mak aiii..apa mahal sangat kain kapan, kapas dan kayu tu/ aku pun tak tahu..tapi mahu tak mahu..sekali lagi rm 200 bertukar tangan..aku kena faham...ada duit semua boleh jadi...kalau ada duit..baru boleh jalan......boleh buat kerja...

kami kena confirm imam yang akan baca tahlil pulak..pergi lagi sebuah rumah..nasib baik imam tu setuju....selesai..kami kena pergi masjid untuk cari tempat mandi mayat pulak....sampai sahaja masjid..orang yang jaga tu takder pulak..kami kena cari orang tu..nasib baik jumpa....bila kami pergi tengok tempat mandi mayat tu..omak aiii..bosar macam sampan...dalam idup aku..itulah kali pertama aku tengok tempat mandi mayat tu.....kami terpaksa kena angkat benda tu dan cari pulak van sebab sangat besar...

kami patah balik..cari van..kena sewa pulak..dalam rm 40 ..omak aiiii..nak pinjam kejap pun kena sewa...nak tak nak..kami bayar..adikku yang bawa van tu..kami angkat sama sama..mana saudara mara ayah ku? seorang pun tak tolong kami..namun kami tak putus asa..ada atau tidak..kami lah anak anak arwah yang harus selesaikan.........lepas tu..kami kena confirm dengan van yang akan bawa arwah ke surau untuk disembahyangkan..kami kena cari..jumpa...nak tahu bayarannya ? rm 280? ya allah..umah kami ke surau tu tak jauh yer..napa mahal sangat? napa nak berkira sangat...sumpah u..tak jauh...tapi kenapa charge gila gila? adakah setiap kali orang meninggal....merupakan piunca rezeki mereka?..aku betul betul geram...nasib baik kami ada kumpul duit rm 400 seorang...habis duit tuiysen aku terima semalam aku gunakan...niat di hati untuk membayar hutang kawan kawan.....yup..aku mesti jelaskan hutang dengan secepat yang mungkin....

apabila kami balik..tak sempat nak rehat...orang yang mandikan mayat tu dah mula mengarahkan kami mengangkat jenazah ayah masuk ke dalam tempat mandikan mayat yang seperti sampan....tempat itu dilitupi dengan kain.....setanggi di pasang untuk menghilangkan bau busuk pada mayat....aku ingat, bila kami dah bayar upah oranng yang mandikan mayat, maka kami tak perlu buat..salah yer...dengan alasan kami ini anak anak lelaki arwah, kami yang kena mandikan jenazah ayah..dan kali pertama aku belajar cara untuk memandikan mayat.....aku lihat kena tebuk di dada ayah..air mata ku mengalir..ku basuh seluruh tubuh ayah ku..pakcik yang ku upah tu asyik marah marah kami...yo lah..manalah kami tahukan cara untuk meandikan mayat nie.....

selepas mandi, kami kena angkat mayat tersebut untuk dikapan kan..sekali lagi kami diajar untuk kapankan mayat.....kami bertiga bertungkus lumus...kalau macm nie lah..baik tak payah bayar upah orang mandi dan kapankan mayat...sebab kami yang buat semuanya..namun tak mahu gaduh..kami buat segalanya..seperti biasa ada sahaja mulut mulut mengarahkan kami buat itu dan ini yer.....apabila siap dikapankan....kami angkat jenazah masuk ke dalam keranda....berat jugak......dan mulalah diusung..sebelum masuk ke dalam van itu, pakcik ku akan berkata " sekiranya arwah ini mempunyai hutang, bolehlah minta kepada pewarisnya untuk mengutip hutang itu...dan kami ingin menjemput datang ke majlis tahlil pada malam ini..." sebaik sahaja pakcikku berkata..arwah masuk ke dalam perut van.......

kami sampai di surau...kami sembahyang zohor terlebih sahulu..sebelum sembahyang jenazah..aku manalah tahu cara sembahyang jenazah nie kan...ikut sahaja...lepas tu arwah dimasukkan ke dalam van , untuk di bawa ke tanah perkuburan.....sampai sana sahaja.......aku dan adik beradik ku di kerah untuk masuk ke dalam kubur..sambut mayat arwah dan tanamkan...sekarang barulah ku tahu cara untuk mengkebumikan orang...mana boleh main bantai sahaja.......aku pun timbus tanah di dalam kubur..berpeluh peluh jugak....sebaik sahaja...arwah ditanam...dan itulah kali terakhir aku melihat arwah.....segala memori datang di dalam minda ku ini.........aku cuba menahan kesedihan..bacaan tahlil sedang berkumandang....

bersambung ek..penat

buat ayah ku tercinta....

sebelum aku menulis blog ini..aku dah fikir masak masak samada aku kuat atau tidak untuk menulisnya..namun sudah lama aku simpan dan rasanya aku ingin berkongsi di dalam blog yang semakin bersawang nie kan.....so aku akan cuba teruskan niat aku untuk menulis satu entry buat arwah ayah ku ......tapi sebelum tu, bukanlah untuk meraih simpati bagai ...hanya untuk tatapan anda semua...

3 haribulan november 2010

aku menerima sms dari adik ku yang berkerja di jaya jusco yang berbunyi "balik segera..ayah sakit " ..namun aku hanya membiarkan sms itu sahaja tanpa sebarang balasan. Aku mahu fokus dengan tuisyen apatah lagi pelajar spm ku akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.....aku mendiamkan diri sahaja...

tapi sepnjang aku mengajar , aku tidak dapat fokus kerana aku sering menerima panggilan dari adik beradik ku yang meminta aku balik dengan kadar segera..seolah olah ayah sekarang di hujung nyawa..namun bagiku....aku esok masih ada..ku mahu hari ini ku fokuskan tuisyen semata mata ......panggilan dari adik beradik ku terhenti dalam pukul 2 petang

untuk aku menghilangkan rasa risau itu, aku berenang di kolam renang bersama dengan anak muridku yang lain, namun aku sedar yang aku masih lagi memikirkan ayah ku .....aku cuba ...tapi malangnya fikiran ku sering terawang awang dengan ayah yang sekarang ini mungkin berlawan dengan kesakitan....

pukul 9 40 malam, ketika aku sedang mengajar, satu lagi sms masuk daripada adik ku" baliklah dengan segera..ayah nak jumpa dengan kau sangat.....ayah rasa macam dah tak dapat hidup lama" ..aku mula rasa risau..peluh mula keluar......fikiran ku terganggu..cepat cepat aku habislan tuisyen...tangan ku seram seram sejuk...aku sempat berdoa agar allah memberi aku satu hari lagi untuk berjumpa dengan ayah ku...

aku segera sms daylan...masa tu daylan bekerja..dia balik dalam pukul 12 malam..aku terpaksa menyusahkan dia sekali lagi..,meminta jasa baik dia menghantar aku pulang ke hospital kuala pilah.....namun aku perlu sedar, aku kena tunggu dia sehingga dia menghabiskan kerjanya terlebih dahulu.....

pukul 11 04 minit....satu lagi sms...' ayah mungkin tak dapat diselamatkan lagi....mungkin ayah akan meninggalkan kita semua " aku amat berharap perkataan "mungkin " itu dapat melegakan aku ketika itu..doakan ..berikan aku masa untuk berjumpa dengan ayah.....

11 10 minit, ayah disahkan meninggal dunia...aku masa tu kat clubhouse dengan muaz.....tapi apa yang aku sedar, semasa dalam tempoh pukul 11 04 hingga 11 10 minit, aku berasa sangat gementar..tanganku menggigil....dan aku tahu malaikat maut menjemput ayah ku ....aku hairan..entah datang mana kekuatan dalam diri ku ini....aku tidak menangis......cuba untuk menangis..tapi tak leh kuar air mata ini..lantas aku hantar sms kepada kawan kawan dan parents tuisyen untuk memaklumkan berita ini...

berpuluh puluh sms masuk kedalam hanset untuk mengucapkan takziah kepada ku....aku melangkah longlai menuju ke rumah..aku ingin mengemas barang barang untuk dibawa pulang ke kampung..aku harus menjadi anak yang bertanggungjawab...menyelesaikan jenazah aku ku sehingga arwah atah bersemadi di dalam kubur nanti....

apabila daylan balik, kami bertolak, nasib baik ada firdee yang sanggup menemani daylan dan muaz ke kampung ku..perjalanan ke kampung ku rasakan sangat lambat..di dalam kereta aku hanya berdiam diri sahaja...ku pendamkan segala galanya..ku rasa sangat bersalah dengan daylan, maklumlah baru sahaja balik kerja dah kena hantar aku ke kampung..itulah sebab aku rasa sangat sangat terhutang budi dengan daylan..tidak lupakan juga firdee..teman yang senantiasa berada dikala aku kesusahan...serta muaz..disni bukanlah aku menidakkan peranan kawan kawan lain..aku faham, esok masing masing kerja pgi..aku tidak mahu menganggu mereka...

samapi sahaj di kampung, aku berharap semua itu hanyalah mimpi sahaja..di dalam kereta, aku sempat mencubit peha ku ini..yup..aku di alam realiti....aku melangkah dengan perlahan lahan..jam pun dah menunjukkan pukul 3 30 pagi....masuk sahaja di rumah usang ku di kampung , sekujur mayat sedang berbalut..ku lihat wajah arwah tersenyum sahaja..tuhan sahaja yang tahu..aku terus menghamburkan tangisan..kalau tadi aku lah yang paling kuat...sekarang tidak..ku cium satu persatu adik beradik ku serta ibu...ku lihat arwah..bersarang rasa sangat bersalah di dalam hati...ku rasa aku lebih mementing kerja ku dari kesihatan ayah ku..aku betul betul menyesal..namun nak buat macam mana....semuanya sudah berlaku...

ku segera mengambil wuduk..ku ingin sedekah kan yassin buat arwah..langkah ku ini diikuti oleh muaz dan firdee..masing masing semoat membacakan yassin buat arwah ayahku..sepanjang aku membaca, aku cuba kuatkan semangat....ku tahan air mata dari keluar....namun suara ku bergetar getar..kadang kala firdee cuba menterteramkan perasaan aku ketika itu.....

firdee , muaz dan daylan perlu pulang...mereka bekerja esok...ku hantar mereka ke pintu pagar...kereta mereka berlalu pergi....

bersambung