sebelum aku menulis blog ini..aku dah fikir masak masak samada aku kuat atau tidak untuk menulisnya..namun sudah lama aku simpan dan rasanya aku ingin berkongsi di dalam blog yang semakin bersawang nie kan.....so aku akan cuba teruskan niat aku untuk menulis satu entry buat arwah ayah ku ......tapi sebelum tu, bukanlah untuk meraih simpati bagai ...hanya untuk tatapan anda semua...
3 haribulan november 2010
aku menerima sms dari adik ku yang berkerja di jaya jusco yang berbunyi "balik segera..ayah sakit " ..namun aku hanya membiarkan sms itu sahaja tanpa sebarang balasan. Aku mahu fokus dengan tuisyen apatah lagi pelajar spm ku akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.....aku mendiamkan diri sahaja...
tapi sepnjang aku mengajar , aku tidak dapat fokus kerana aku sering menerima panggilan dari adik beradik ku yang meminta aku balik dengan kadar segera..seolah olah ayah sekarang di hujung nyawa..namun bagiku....aku esok masih ada..ku mahu hari ini ku fokuskan tuisyen semata mata ......panggilan dari adik beradik ku terhenti dalam pukul 2 petang
untuk aku menghilangkan rasa risau itu, aku berenang di kolam renang bersama dengan anak muridku yang lain, namun aku sedar yang aku masih lagi memikirkan ayah ku .....aku cuba ...tapi malangnya fikiran ku sering terawang awang dengan ayah yang sekarang ini mungkin berlawan dengan kesakitan....
pukul 9 40 malam, ketika aku sedang mengajar, satu lagi sms masuk daripada adik ku" baliklah dengan segera..ayah nak jumpa dengan kau sangat.....ayah rasa macam dah tak dapat hidup lama" ..aku mula rasa risau..peluh mula keluar......fikiran ku terganggu..cepat cepat aku habislan tuisyen...tangan ku seram seram sejuk...aku sempat berdoa agar allah memberi aku satu hari lagi untuk berjumpa dengan ayah ku...
aku segera sms daylan...masa tu daylan bekerja..dia balik dalam pukul 12 malam..aku terpaksa menyusahkan dia sekali lagi..,meminta jasa baik dia menghantar aku pulang ke hospital kuala pilah.....namun aku perlu sedar, aku kena tunggu dia sehingga dia menghabiskan kerjanya terlebih dahulu.....
pukul 11 04 minit....satu lagi sms...' ayah mungkin tak dapat diselamatkan lagi....mungkin ayah akan meninggalkan kita semua " aku amat berharap perkataan "mungkin " itu dapat melegakan aku ketika itu..doakan ..berikan aku masa untuk berjumpa dengan ayah.....
11 10 minit, ayah disahkan meninggal dunia...aku masa tu kat clubhouse dengan muaz.....tapi apa yang aku sedar, semasa dalam tempoh pukul 11 04 hingga 11 10 minit, aku berasa sangat gementar..tanganku menggigil....dan aku tahu malaikat maut menjemput ayah ku ....aku hairan..entah datang mana kekuatan dalam diri ku ini....aku tidak menangis......cuba untuk menangis..tapi tak leh kuar air mata ini..lantas aku hantar sms kepada kawan kawan dan parents tuisyen untuk memaklumkan berita ini...
berpuluh puluh sms masuk kedalam hanset untuk mengucapkan takziah kepada ku....aku melangkah longlai menuju ke rumah..aku ingin mengemas barang barang untuk dibawa pulang ke kampung..aku harus menjadi anak yang bertanggungjawab...menyelesaikan jenazah aku ku sehingga arwah atah bersemadi di dalam kubur nanti....
apabila daylan balik, kami bertolak, nasib baik ada firdee yang sanggup menemani daylan dan muaz ke kampung ku..perjalanan ke kampung ku rasakan sangat lambat..di dalam kereta aku hanya berdiam diri sahaja...ku pendamkan segala galanya..ku rasa sangat bersalah dengan daylan, maklumlah baru sahaja balik kerja dah kena hantar aku ke kampung..itulah sebab aku rasa sangat sangat terhutang budi dengan daylan..tidak lupakan juga firdee..teman yang senantiasa berada dikala aku kesusahan...serta muaz..disni bukanlah aku menidakkan peranan kawan kawan lain..aku faham, esok masing masing kerja pgi..aku tidak mahu menganggu mereka...
samapi sahaj di kampung, aku berharap semua itu hanyalah mimpi sahaja..di dalam kereta, aku sempat mencubit peha ku ini..yup..aku di alam realiti....aku melangkah dengan perlahan lahan..jam pun dah menunjukkan pukul 3 30 pagi....masuk sahaja di rumah usang ku di kampung , sekujur mayat sedang berbalut..ku lihat wajah arwah tersenyum sahaja..tuhan sahaja yang tahu..aku terus menghamburkan tangisan..kalau tadi aku lah yang paling kuat...sekarang tidak..ku cium satu persatu adik beradik ku serta ibu...ku lihat arwah..bersarang rasa sangat bersalah di dalam hati...ku rasa aku lebih mementing kerja ku dari kesihatan ayah ku..aku betul betul menyesal..namun nak buat macam mana....semuanya sudah berlaku...
ku segera mengambil wuduk..ku ingin sedekah kan yassin buat arwah..langkah ku ini diikuti oleh muaz dan firdee..masing masing semoat membacakan yassin buat arwah ayahku..sepanjang aku membaca, aku cuba kuatkan semangat....ku tahan air mata dari keluar....namun suara ku bergetar getar..kadang kala firdee cuba menterteramkan perasaan aku ketika itu.....
firdee , muaz dan daylan perlu pulang...mereka bekerja esok...ku hantar mereka ke pintu pagar...kereta mereka berlalu pergi....
bersambung
0 comments:
Post a Comment