karangan tahun empat

akum semua..
apa khabar?semua sihat? erm akak pun samalah sihat jugak. Sekarang nie kat cc taman miharja. Jam baru pukul 7malam, kelas akak pukul 7 30 malam, so dari aku pose pose macam pompuan giler, baik aku pi taip entry kan? hehehhee

dah baca karangan anak murid akak ? erm apa pandangan korang? memang hazab kan? erm tak dapat nak tolong. Dan akak nak kongsi lagi satu karangan, tapi kali ini karangan murid tahun empat uolss.

tajuknya : anda terlihat sebuah rumah terbakar. cerita apa yang anda lakukan.

ulasan akak: bagi pendapat akak, karangan ini tidak begitu sesuai dengan pelajar tahun empat kerana karangan ini memerlukan pelajar berfikir dengan kritis. Apatah lagi ini dikategori sebagai kbkk ( kemahiran berfikir secara kritis) . Tapi, bagi pelajar yang bijaksana dan pandai, karangan ini dianggap "enteng ajer"

akak akan taipkan apa yang anak murid akak tulis. Budak nie budak pompuan tau. Cute , itam manis. Kira popular kat sekolah lah sebab semua acara sukan dia masuk uolsss. akak pun sujud gittew tengok dia berlari masa hari sukan

oklah....begini karangan nya.

pada hari isnin, ahmad , ali dan abu pergi ke tepi sungai. Mereka adik beradik. merekaingin memancing ikan. mereka orang susah. Keluarga mereka pernah masuk rancangan tibi tiga ( hah, kau orang tak pengsan dia eja tibi tu )

pada hari selasa pula, mereka akan mencari kangkung. Mereka nak masak lauk kangkung pada malam itu. Mereka sangat lapar, tetapi mereka tahan.

pada hari rabu pulak, mereka masak kangkungdan ikan itu. mereka masak di dapur. ali terlupa menutup api. Api merebak. rumah mereka terbakar. mereka menjerit meminta tolong.orang kampung cuba memadamkan api. bomba pun datang.

hari khamis mereka tidak ada rumah sebab rumah mereka dah terbakar.

hah..itulah yang ditulis oleh anak murid akak. Motipkau tulis sampai hari khamis? alang alang kau tulis sampai hari ahad, baru meletops kan?seminggu terus ....

akak pun baca karangan tu semula. Rasa nak tergelak. karangan tu masa ujian bulanan baru baru ini.Akak tak salahkan diorang uolsss, sebab cikgu sekolah tak ajar pun, tup tup terus kasi ujian karangan. Sesiapa yang ada adik yang masih sekolah rendah, eloklah uolsssluangkan masa mengajar karangan ek.


mari lihat karangan anak murid akak

Akum semua...

apa khabar? Sihat? Baguslah kalau sihat kan. Akak pun sihat, nie pun tergesa gesa nak pi mengajar tuisyen uols. Tapi masih sempat nak menaip entry untuk blog akak nie kan. Tuisyen kol 3 ptg , sekarang dah kol 12 tengahari. Jadi sempatlah akak nak menaip sikit kan.

mesti uols ingat nak buat karangan. siapa yang pergi sekolah? Angkat tangan? haaa..uolsss mesti ada belajar karangan. Secara amnya karangan terbahagi kepada 2 iaitu karangan berformat dan tidak berformat kan?

Biasanya akak menghadapi masalah mengajar karangan sebab anak anak murid akak nie susah sangat nak beri idea ar. Kadang kadang kena tunggu 20 minit nak dapatkan idea dari diaorang. Terkebil-kebil diaorang nak pikir idea uolsss... Hangin gak akak nie.

punca tak dapat idea sebab malas nak baca uols. Kalau baca majalah mangga atau ujang tu .wah wah wah...bukan main lagi. macam dah ada koleksi pulak. Kalau baca bahan ilmiah..hampeh. Kalau tanya gosip artis, wah laju ajer..apa kau hengat kau wartawan huzzz kah?eh akak bukan carut uolsss. akak carut akak murid akak lah...

oklah, nak baca tak karangan anak anak murid akak? ok...nanti akak tuliskan kan ek...

karangan ini pelajar tingkatan 4 ok...lelaki, muka bias bias ajer ( motip bagitau muka kan?)

tajuk : dewasa ini remaja menghadapai pelbagai masalah yang menganggu hidup mereka. Remaja terlibat dengan pelbagai gejala negatif. berikan pandangan anda tentang perkara di atas.

jawapan student: ramai budak lelaki sekarang suka merempit. Mereka merempit sebab ada moto. saya tidak merempit sebab saya tiada motor. ayah saya sangat kedekut dan kemut. nak beli motor pun sangat susah. ada juga mat rempit yang suka melakukan hubungan seks dengan bohsia. Bohsia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu bohdong. Bohdong bermaksud bohsia tudong atau bohsia yang memakai tudong. kumpulan kedua ialah bohdongboh . Ini bermaksud bohsia itu memakai tudong laboh. Dan yang terakhir, bohgang. Ini bermaksud bohsia banggag.

Hah...uolsss .kak pengsan kat depan meja tuisyen tu olsss. Nak tergelak pun ada jugak. Budak tu nampak konfident dengan jawapan yang ditulis. yang akak heran mana diaorang dapat istilah istilah bohdong, bohdongboh dan bohgang. aiyoooo, mana ada penyelidikan macam tukan? Akak memang nak pengsan uolsss...

ampon kan akak

hai semua...
apa khabar?
sihat? hahahaha..sorry lah dah lama akak x up date blog akak nie. Ala ala bersawang kan? Bukan apa uolss.akak sangat bz dengan tuisyen arrr..u ols paham paham ajerlah kan.Belum lagi peperiksaan yang penting, contohnya peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelang bulan mei nie. Nie yang akak tengah pulun nie...

begini, masuk ajer awal bulan 4 anak anak murid akan dapat keputusan ujian bulanan mereka. Itulah saat yang paling akak sangat takut uolsss. Kalau result ok, tak per, kalau result hazab? erm matielah akak nak menjawab pada parents kan?

Tapi bergantung jugak dengan pelajar yang akak dapat kan? kalau pandai, mesti result meletopskan?
kalau dah benggap. erm bermimpi arrr nak dapat result yang meletopskan?

so, alhamdulillah, rata rata ada result yang ok terutama anak anak murid darjah 1 hingga 6. Yang sekolah menengah, banyak yang hancusss. Tapi akak dah sedia dengan skrip nak menjawab depan parents uolss kan

harap akak dapat di maafkan yek....nanati akak tulis lagi yer....