akum semua..
apa khabar?semua sihat? erm akak pun samalah sihat jugak. Sekarang nie kat cc taman miharja. Jam baru pukul 7malam, kelas akak pukul 7 30 malam, so dari aku pose pose macam pompuan giler, baik aku pi taip entry kan? hehehhee
dah baca karangan anak murid akak ? erm apa pandangan korang? memang hazab kan? erm tak dapat nak tolong. Dan akak nak kongsi lagi satu karangan, tapi kali ini karangan murid tahun empat uolss.
tajuknya : anda terlihat sebuah rumah terbakar. cerita apa yang anda lakukan.
ulasan akak: bagi pendapat akak, karangan ini tidak begitu sesuai dengan pelajar tahun empat kerana karangan ini memerlukan pelajar berfikir dengan kritis. Apatah lagi ini dikategori sebagai kbkk ( kemahiran berfikir secara kritis) . Tapi, bagi pelajar yang bijaksana dan pandai, karangan ini dianggap "enteng ajer"
akak akan taipkan apa yang anak murid akak tulis. Budak nie budak pompuan tau. Cute , itam manis. Kira popular kat sekolah lah sebab semua acara sukan dia masuk uolsss. akak pun sujud gittew tengok dia berlari masa hari sukan
oklah....begini karangan nya.
pada hari isnin, ahmad , ali dan abu pergi ke tepi sungai. Mereka adik beradik. merekaingin memancing ikan. mereka orang susah. Keluarga mereka pernah masuk rancangan tibi tiga ( hah, kau orang tak pengsan dia eja tibi tu )
pada hari selasa pula, mereka akan mencari kangkung. Mereka nak masak lauk kangkung pada malam itu. Mereka sangat lapar, tetapi mereka tahan.
pada hari rabu pulak, mereka masak kangkungdan ikan itu. mereka masak di dapur. ali terlupa menutup api. Api merebak. rumah mereka terbakar. mereka menjerit meminta tolong.orang kampung cuba memadamkan api. bomba pun datang.
hari khamis mereka tidak ada rumah sebab rumah mereka dah terbakar.
hah..itulah yang ditulis oleh anak murid akak. Motipkau tulis sampai hari khamis? alang alang kau tulis sampai hari ahad, baru meletops kan?seminggu terus ....
akak pun baca karangan tu semula. Rasa nak tergelak. karangan tu masa ujian bulanan baru baru ini.Akak tak salahkan diorang uolsss, sebab cikgu sekolah tak ajar pun, tup tup terus kasi ujian karangan. Sesiapa yang ada adik yang masih sekolah rendah, eloklah uolsssluangkan masa mengajar karangan ek.
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
alop! teruskan menulis yea... aku pon dah jatuh chenta dgn blog ini... baca sekali ja terus jadik pemenat... eh peminat... hehehe...
Holaaa uolz.
Suke suke suke blog uolz nih. Hiks.
Singgah lah ke blog beauty http://www.passionofbeauty.blogspot.com/
Teruskan menulis gitew!
Post a Comment