Akum semua...

apa khabar? Sihat? Baguslah kalau sihat kan. Akak pun sihat, nie pun tergesa gesa nak pi mengajar tuisyen uols. Tapi masih sempat nak menaip entry untuk blog akak nie kan. Tuisyen kol 3 ptg , sekarang dah kol 12 tengahari. Jadi sempatlah akak nak menaip sikit kan.

mesti uols ingat nak buat karangan. siapa yang pergi sekolah? Angkat tangan? haaa..uolsss mesti ada belajar karangan. Secara amnya karangan terbahagi kepada 2 iaitu karangan berformat dan tidak berformat kan?

Biasanya akak menghadapi masalah mengajar karangan sebab anak anak murid akak nie susah sangat nak beri idea ar. Kadang kadang kena tunggu 20 minit nak dapatkan idea dari diaorang. Terkebil-kebil diaorang nak pikir idea uolsss... Hangin gak akak nie.

punca tak dapat idea sebab malas nak baca uols. Kalau baca majalah mangga atau ujang tu .wah wah wah...bukan main lagi. macam dah ada koleksi pulak. Kalau baca bahan ilmiah..hampeh. Kalau tanya gosip artis, wah laju ajer..apa kau hengat kau wartawan huzzz kah?eh akak bukan carut uolsss. akak carut akak murid akak lah...

oklah, nak baca tak karangan anak anak murid akak? ok...nanti akak tuliskan kan ek...

karangan ini pelajar tingkatan 4 ok...lelaki, muka bias bias ajer ( motip bagitau muka kan?)

tajuk : dewasa ini remaja menghadapai pelbagai masalah yang menganggu hidup mereka. Remaja terlibat dengan pelbagai gejala negatif. berikan pandangan anda tentang perkara di atas.

jawapan student: ramai budak lelaki sekarang suka merempit. Mereka merempit sebab ada moto. saya tidak merempit sebab saya tiada motor. ayah saya sangat kedekut dan kemut. nak beli motor pun sangat susah. ada juga mat rempit yang suka melakukan hubungan seks dengan bohsia. Bohsia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu bohdong. Bohdong bermaksud bohsia tudong atau bohsia yang memakai tudong. kumpulan kedua ialah bohdongboh . Ini bermaksud bohsia itu memakai tudong laboh. Dan yang terakhir, bohgang. Ini bermaksud bohsia banggag.

Hah...uolsss .kak pengsan kat depan meja tuisyen tu olsss. Nak tergelak pun ada jugak. Budak tu nampak konfident dengan jawapan yang ditulis. yang akak heran mana diaorang dapat istilah istilah bohdong, bohdongboh dan bohgang. aiyoooo, mana ada penyelidikan macam tukan? Akak memang nak pengsan uolsss...