Andainya….
Ini adalah jalan yang terakhir
Dan terpaksa ku pilih
Dalam meniti kehidupan ini
Ku pasrah……dan ku redha…..
Biarkan kutelan kepahitan itu
demi mencari erti cinta sejati
Ku sandarkan semua sisa sisa kenangan
Yang ku kutip dari pantai gelora hidupku
Akan ku untaikan ia
menjadi kalung azimat yang amat berharga
kini ku rasa perjalanan ini hidup ku semakin berliku
jauh dari lorong lorong kebahagiaan
ku terperangkap dalam kegelapan
lantas bibit bibit kesunyian mencengkam segenap ruang perasaan
ku menangisi dengan bertemankan kediginan malam
ku rasa hari hari yang berlalu pergi
kosong segalanya
namun ku biarkan diri ku sepi tanpa kata
kerna ku percaya
terpisah kita kerana
untuk mengejar impian dalam mencari erti cinta sejati
cinta yang kuagung agungkan
hanya satu omongan kosong
yang menyesakkan setiap nafas yang ku hembuskan
melontarkan aku jauh
menarik aku ke satu dunia penuh khayalan….
Dan akhirnya
Melemaskan diriku
Kini…
Sekadar ruang dan waktu yang sedikit ada
Ku kepalkan sekeping hati
Demi mengharungi kehidupan ini…..
Semoga hadir satu sinar kebahagian
Yang ku ingini selama ini………
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
6 comments:
Hai uols,
Lame tak hupdate...hehe rindu plak nak baca entry cikgu yang panjang2 tuh hiks
sedih je....huhu
dear beauty...
oklah nanti cikgu tulis panjang panjang ek.....
dear akma...
aha...sedih nie pun....
lgu ke ni ?
spe nyanyi ek ?
dear hans...
nie bukan lagu daa...sajak ma......
Post a Comment