sahabat..teman ..dan...

sebaik sahaja aku mengajar, aku bergegas ke lrt maluri...aku mempercepatkan langkah ku...apatah lagi awan seperti berat ...hitam....dan tidak lama lagi akan mencurahkan isi kandungan ke muka bumi..aku mengesat peluh sambil beratur membeli tiket...sekali sekala aku mengerling ke arah jam tangan aku ...

"ish macam lambat pulak....." aku mengeluh perlahan...aku seperti orang gila sahaja...bercakap sensorang diri sambil berdiri....aku mengerling lagi ke arah jam tangan....kini tinggal lagi 15 minit aku ada temu janji di pavilion....tambahan pula...inilah kali pertama aku ingin bertemu dengan seorang peminat blog aku....

akhirnya aku mengambil keputusan untuk menaiki teksi sahaja.....lebih cepat...tambahan pulak aku tak mahu kebasahan nanti ....sebaik sahaja aku menghenyakkan punggung di kerusi, teksi memecut laju.....aku menghantar sms

"saya otw " pendek sahaja

"tak per..saya tunggu kat starbuck depan pavilion " balas nya...

"maaf lewat sikit sbb lepas abis mengajar tadi budak tanya soalan ...terpaksalah kena terangkan ..." aku memberi penjelasan.

"takpelah cikgu murni ..hehehe" balasnya....aku tersenyum ...ish siapalah pula mamat nie kan...aku kenal pun melalui kawan aku ...dan dari kawan kami berutus email dan akhirnya bertukar nombor telefon...

perjalanan hanya mengambil masa dalam 25 minit sahaja..sebaik sahaja aku sampai di kawasan starbuck di depan pavilion..hujan mula mencurah...syukurlah lah ..aku pun dah sampai...dan tidak kebasahan...namun...deruan angin dan percikan hujan membuat aku berasa kesejukkan...

mata ku meliar..memandang ke sana dan ke sini...orang ramai berteduh di kawasan starbuck itu..menjadikan aku keliru...lautan manusia membuatkan aku pening...inilah satu kelemahan aku, tak suka dengan keadaan yang ramai orang....aku meredah...

"awak kat mana? pakai baju apa ?" aku mengantar sms sambil mata melihat siapa yang akan membalas sms tersebut...namun..aku dapati ramai juga orang sedang memegang telefon dan sedang ber sms...aku sabar menunggu.....namun...tiada balasan...

"erm....saya dah sampai..kat mana nie....? aku menghantar sekali lagi sms...hati ku terasa panas..terasa seperti aku dipermainkan...walaupun hujan semakin lebat mencurah ke muka bumi, namun hati ku terasa sangat "panas"

"kalau tak balas sms nie, saya balik lah" aku seperti mengugut...aku pusing dan melangkah pulang..namun tindakan aku itu sudah pasti mengundang masalah..macam mana nak balik sedangkan hari hujan...so terpaksa lah aku tunggu sehingga reda..

"aku duduk kat meja nie..pakai baju biru...baju kemeja..kat atas meja ada beg kerja hitam..." aku segera mencari...aku dapati seorang pemuda sedang duduk sambil memandang ke arah depan...aku berdebar....aku terasa nak patah balik..namun aku teruskan..terasa berdebar...takut pun ada..malu pun ada..ahai....

"erm nie hairul ker ?' aku menyapa...

lelaki yang bernama hairul memandang ke arah ku....sambil membalas senyuman.....dan mengangguk...

"sayalah hairul..dan u nie mesti cikgu maria kan ?" dia bertanya...

"ish tak payah lah panggil saya cikgu maria...malu pulak orang dengar " sambil aku tersipu sipu malu * kau ingat kau chantek kah *

"tu anak panggil apa ? cikgu murni ? abang rizal ?" bertubi tubi tanyanya...

"amboi mulut kau...leh tahan kan ?" getus hati ku....

"tak kisah lah panggil apa apa lah...." aku menjawab....

"lama ker tunggu ?" aku bertanya.

'lama tak lama dalam 3o minit jugak..ingat kan tak nak datang " jawabnya...

'ish kan dah janji...mesti lah datang....tak kerja hari nie ?

"dah habis kerja dah pon nie...tu yang ada masa nak jumpa dengan u ...u pulak ? busy sangat ker?

"erm...busy lah jugak...budak nak ambil periksa penting ...upsr , pmr dan spm ...."

kami berbual...dari kerja ...terus ke hal keluarga...di selang seli dengan gelak ketawa ...hujan semakin reda..namun kami berdua seolah olah tidak mahu beranjak dari kerusi....sehinggakan kami sedar jam menunjukkan pukul 7 30 malam....

'eh dah malam nie...mesti orang starbuck maki kita kan..lama sangat dok sini " aku memandang ke arah jam tangan....

" aha...u dah makan? jom pi dinner ..aku belanja.." dia mengsyorkan

"erm "aku" ..."aku" tu macam kurang sopan lah .." aku memprotes.
"
"alah saya dah biasa cakap macam tu...macam lain macam cakap "i" dan "u" dengan kawan laki" dia menjelaskan...

"so kalau saya cakap aku tu..harap cikgu murni faham lah kan...."sambungnya..

"apa apa je lah " pendek ajer aku balas..

"kita makan area umah u pandanjaya? nak jugak rasa makanan kat kedai yang u selalu promote dalam blog u tu ...kedai apa tu...kedai jaya tomyam..." dia cuba mengingatkan

"oklah..no lah...."

kami menuju ke pandanjaya....jalan jam..dan kami mengambil kesempatan untuk berbual lagi...aku selesa dengan dia..peramah...biasalah ..orang jual insurans lah katakan...banyak cakap...banyak tanya..pandai berbual...ada ajer topik..sehingga kami sampai di pandanjaya

"inilah rumah buruk saya...saya dok flat ajer...banyak tikus...duduk sorang...naiklah..." aku menjemputnya ke rumah sebaik sahaja kami baru sampai di blok l 38...

dia memparkir keretanya...kami keluar dari perut kereta...dan menuju ke rumah ku...aku buka pintu..terasa malu pula dengan keadaan rumah ku yang simple..takder apa apa...

dia diam sahaja...aku segera mandi dan menukar pakaian...kami ke kedai jaya...

*bersambung*

aku dia dan....

jam menunjukkan pukul 7 malam...aku masih di bilik ...baru balik dari makan bersama faizal dan akim di kedai kak lahar...aku termenung...satu demi satu sms masuk ke dalam handset ku...lagu senyuman mu nyanyian kumpulan letto berkumandang...fikiran ku melayang...

"cikgu tak pergi ke parti shima ?" begitulah sms yang ku terima...keputusan aku untuk tidak menghadiri parti shima , menjadikan kawan kawan berasa pelik....apatah lagi , parti birthday kak farah pun aku tak datang...

seperti malas untuk membalas sms , aku membiarkan sahaja.....aku berasa sedikit risau....namun aku telah menelefon tushee dan memberitahu yang aku memang tidak dapat datang..apatah lagi, aku juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada amy, merangkap manager tushee untuk parti kali ini....

aku baring di katil....fikiran ku mula terganggu...aku cuba melelapkan mata..namun terlalu awal untuk aku tidur bukan? sedangkan kawan kawan yang lain mungkin bergembira untuk bersiap ke majlis hari lahir tushee....

aku terus melihat jam di telefon bimbit...masa semakin pantas bergerak....aku melihat bantal arsenal..tiba tiba air mata mula bertakung..aku menyeka dengan jari....aku cuba menahan kesedihan...sehingga aku dapat satu sms yang berbunyi

"dia dah selamat akad nikah..dah sah jadi suami ina..napa u tak datang ?"

sebaik sahaja aku menghabiskan membaca sms tersebut...tidak mampu aku menahan air mata lagi....pelik...napa dulu aku berasa aku seteguh karang ? aku dengan bangga mendabik dada menyatakan aku tidak akan menangis sekiranya dia berkahwin...aku pelik..mana hilangnya semangat itu? mana hilangnya?

terus aku mendail nombor daylan, terasa ingin berkongsi dengannya kesedihan yang ku alami...namun suara ceria hamie yang mengangkat panggilan itu...menurut hamie, daylan sedang memandu dan bertungkus lumus untuk melepaskan "diri" dalam kesesakkan lalu lintas...aku hanya memberitahu kepada hamie, yang aku akan menghubungi daylan nanti.....

aku terus mendail nombor kak farah..kakak sulung ku..masa tu kak farah berada di kuantan....sebaik sahaja mendengar tangisan kecil ku di talian, kak farah berasa terkejut dan cuba menenangkan aku ...satu persatu nasihat dan semangat yang kak farah berikan aku dengar...aku telan.....tangisan aku semakin berkurangan

akhirnya..sedikit demi sedikit aku mengumpul sisa sisa kekuatan dalam diri ini...untuk lebih tabah...untuk menjadi manusia yang waras...yang bertunjangkan akal dan fikiran yang rasional...bukannya mengikut perasaan dan naluri yang ....aku mengesat air mata.....

dalam pukul 10 30 , aku menerima panggilan dari firdee, dari nada suara yang aku dengar, dia seakan berasa kecewa kerana tersesat jalan dan tidak dapat menghadiri parti adik kesayangan kami tu, dan akhirnya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan aku di pandan jaya....

aku dan firdee keluar makan dan lepak di kedai merah...berdekatan dengan jalan raya di pandanjaya...bermulalah sessi luahan rasa...hanya aku mendengar apa yang ingin dikongsi oleh firdee....

dalam pukul 12 lebih, daylan , hamie dan wan datang ke tempat kami...kami berbual...dalam masa yang sama si dia meng sms dan bertanya kan keadaan aku....bagi memastikan dia tidak risau atau berfikir yang bukan bukan.... aku hanya menyatakan diri aku "ok" sahaja...

dari nada sms yang dihantar, dia terasa kerana aku tidak dapat menghadiri majlis akad nikahnya..namun itu yang terbaik...aku rasa ....aku manusia biasa ....yang ada perasaan dan ada rasa dalam hati...mana mampu aku sorokkan perasaan itu nanti? jadi lebih baik aku tenangkan fikiran...duduk diam diam di rumah...dan tidak mahu berpura pura happy ...sedangkan dalam hati sedih bukan? aku kena hormati majlis shima..itu majlis hari lahirnya...dia patut berasa gembira...dia ingin berkongsi rasa gembira dengan kawan kawan dan adik beradiknya...jadi patut kah aku merosakkan majlis itu dengan mood aku?

jadi, dengan berat hati...aku mengambil keputusan untuk tidak hadir kedua dua majlis tersebut dan meluangkan masa aku dengan diri aku...aku ingin duduk diam diam...melayan kesedihan aku ..namun semangat dan sokongan kawan kawan memberikan aku semangat....mengapa aku perlu menyendiri ? mengapa aku harus melayan rasa sedih ini? mengapa perlu menyepikan diri sedangkan kawan kawan ada sekeliling aku yang masih lagi teguh berdiri memberi sokongan?

namun..yang pasti dia mula membina hidup yang yang baru...dah mula ada tanggung jawab...dah mula memikirkan masa depan..dan satu persatu memori aku bersamanya tetap aku simpan dalam hidup ku...

"pakai lagi ke rantai arsenal tu ?" tanyanya melalui sms

"insya allah ..." balas ku pendek..

"jangan kau buang pulak ..." dia menasihati aku..

"ish tak kan lah nak buang...paling busuk pun aku simpan " aku menjawab...

"oklah..jaga diri "

"ok...assalamualaikum..."

"wasalam...."