cinta 3 segi

akum semua..
hah selepas akak taip entry akak yang bertajuk "sempurna" akak terus taip lagi satu entry nie, memandangkan idea yang mencurah curah dan dah lama giler tak taip kan entry untuk blog akak yang dah lama bersawang nie kan...

oklah kali ini akak nak cerita tentang cinta 3 segi yer. biasanya bila kita ingat segitiga , mesti kita tahu segitiga nie ada 3 segi yer. dan untuk mencari lus segitiga kita kena gunakan formula 1/2 darab tapak darab tinggi yer. Ingat tak lagi anda semua tentang formula segitiga nie kan..hah ? nak carik perimeter? senang ajer, perimeter bermaksud ukur keliling uolsss , so kira lah sekeling segitiga tu kan..mudah ajer ...

oklah napa pulak cinta segitiga nie menjadi entry akak yer, sebab akak sedang mengaalminya..hikhik kelas kan akak, walaupun akak tak chantek, body tak malatops tapi entah rezeki akak selepas janda nie mencurah curah rasanya. Amboi bila pulak konsep rezeki dan jantan nie bergabung kan?

oklah begini yer, ada sorang mamat nie dalam diam diam suka ngan akak ( cayer ker atau akak yang berangan lebih kan) entah arrr dia pelik uolsss. tak cakap pon dengan akak hanya bersms sahaja uolsss. Bila datang kedai, dia mesti sms ajer dengan akak. tak cakap. kenkadang belanja akak air, funfries dan kurma. hah cuba cakap kat akak, kalau jantan belanja kau benda benda macam tu kao tak terbang tinggi ker nokss? hah ( sambil membundarkan mata akak)

akak pon layan ajer lah uolsss, tapi dia tak lah kata nak kapel ker apa ker, hanya ada niat tersembunyi di sebalik sms yer ok, akak layan ajer. lagipun mamat tu banyak peminat uolssss. ya allah akak memang tak leh lawan arrrr. akak sedar diri akak sapa uolsss

ok, dalam masa yang sama akak pun dah mula jatuh chenta dengan mr A uolsss. Chenta kami bersemi. selalu bersama di bulan ramadhan, kuar bersama, makan bersama. pi jalan jalan bersama dengan dia. rasanya hidup akak teruja sangatlah. rasa macam chantek dah masatu...

tapi biasalah uolsss, bila dah pasang dua nie mesti kantoi kan. satu hari mr a nie datang umah akak nak save pic dia dalam lap top kak, tetba dia ternampak gambar mamat tu. apa lagi ,macam macam dia tanya, ,matielah akak nak jawap uolsss. tapi akak jujor dan berterus terang dengan dia.

malam tu akak jumpa mamat tu, dan bagitau akak tak leh nak teruskan hubungan chenta terlarang nie ( sah sah terlarang uolsss jantan dengan jantan kan) . ammat tu macam tak puas hatie ajer, dia kata aka main mainkan dia.akak tak tahu nak cerita apa dah. sejak hari tu mamat tu dah kureng dengan akak, akak terasa gak kan. tapi nak buat ,mcm mana kan?

tapi terus terang akak rasa sedih arrr gak uolss sebab mamat tu dah lama akak minat giler uolsss. handsome u olsss. hanya gambar di laptop ajer yang menjadi peneman, dan mr A pon akak sayang jugak.

hanya akak berpegang dengan kata kawan baik akak, akiko sunade

" mana boleh dalam 1 hati ada 2 orang
uolssss" sambil menjeling manja kat akak....

sempurna

akum semua....

apa khabar ? sihat? akak pon sihat nie. Sekarang nie akak kat umah kawan akak iaitu akiko sunade..entah arrr akak pon tak tahu nak eja nama berangan pondan tu yer...

dah tgk tajuk entry akak ? erm lagu sempurna..pernah dengar? kalau tak pernah , cepat cepat pi carik kat internet tak pon pi carik lagunya kat kedai cd ker atau mana manalah yer.

napa pulak sempurna, sebab sekarang nie hidup akak dah mula ceria yer....napa ceria sebab akak dah ada orang "baharu" dalam hidup akak nie. Sapa yer...
alah malulah kak nak cerita uolsss, bukan handsome sangat..tapi notbad lah..

mesti nak tahu macam mana akak jumpa dengan lover baru yer... macam nie lah akak cerita

opss namanya Mr A lah erm alah kenkawn akak semua tahu kan namanya. akak jumpa kapel akak nie 3 tahun dulu, masa tu akak jumpa open haouse rumah anak murid akak kat bandar tun razak. raya yang ke 7 , anak murid akak nie pompuan , timgkatan 4 , dia ada abang angkat tingkatan 5 . beria ia dia suruh akak tunggu .

bila abang angkat dia sampai, wow akak tgk ada 2 orang lelaki yang handsome uolsss, erm terus akak taste kan. akak berdebar debar , masa tu akak masih kapel lagi dengan shah uolsss. tapi konsep gatal tu memang ada

akak pun terus ambik no phone budak tu melalui anak murid akak yang pompuan tu, yes dapat uolss. teruslah akak ber sms dengan mr a

kami selalu dating senyap senyap di jaya jusco masa tu, kuar sama sama best arrr sedangkan masa tu akak dah ada stedy kapel .

tapi malangnya, lepas spm kuar, kami bergadoh besar sebab akak menghina result mr A nie, akak bukan hina hanya gurau ajer, salah anggap dan sejak itulah dia langsung tak sms dan kol . Bila akak sms langsung tak reply. bila talipon tak angkat.....dan

31 ogos 2008

8 00 malam di jaya jusca

akak: haieeeee ( sms yer)

mr a: haieeeeee( berderau darah akak bila dia reply sms akak uolsss)

akak: kenal lagi ker nie

mr a: kenal jerrr

akak: sapa nie ( akak menguji dia)

mr a: abang kan?( motip abang?)

akak: leh tipon u tak?

mr a: nanti arrrr. tengah tgk tibi. malam malam sikit

terus akak rasa chantek sangat masa tu. maklumlah akak baru ajer putus chenta dengan shah, pastu ada pulak pengganti( belum konpom lagi ek)

malam tu akak di kedai tomyam pandan jaya. tak sabar nak kol nie. malangnya bila kol dia macam tak serius ajer...erm tak per..at least dia angkat tipon akak dan balas sms yer...

lepas tragedi itu kami semakin rapat dan akak mencuba " memancing dia menjadi kapel akak" berjayakah akak? nanti kan sambungan entry seterusnya yer

mari menyanyi

akum semua...
amboi lama betul blog akak dah sepi kan maklumlah akak sangat bz dengan kehidupan akak sekarang nie, apatah lagi akak sekarang di lamun cinta uolsss. nanti lah akak postkan kisah chenta akak yer dengan para peminat yer...

oklah sekarang nie akak di rumah kawan akak iaitu rumah akiko. Kami baru ajer balik dari Tesco ampang pastu singgah rumah mak mentua akak ( bekas mak mentua yer) ambik kuih. Baik sungguh mak mentua akak kan walaupun kami dah takder hubungan sebab anaknya telah memilih "chek ki" @ pompuan daripada akak yang menjadi pompuan jadian ajer..hikhik

akak pun nak citer kisah semalam nie.

firdee hantar sms yang berbunyi " jom kita karaoke, pra sambutan hari jadi"

masa tu akak dan kenkawan, zack, amy dan akiko lepak kat bilik yer. kami mengumpat ngumpat sambil makan kuih kan....kelasss pondan pondan sekarang mengumpat di bulan ramadhan kan..

memandangkan akak dan kenkawan tak wat apa apa, so akak setuju ajer...On jer..asalkan meriah yer konsepnya....tapi akiko kena balik, ada hal katanya..

akak dan kenakwan pon bersiap. Mr firdee dah sampai dan sms akak suruh turun sekarang. Bila akak turun dengan zack dan amy, akak konpius . keta yang mana nie. Rupa rupanya naik keta kawan nya.

rasanya tak payah lah akak bagitau sapa yang empunya kereta . malas nak cerita kan?

kami teruskan perjalanan dan akhirnya sampai kat ampang park. wah meriahnya dalam kereta ...cikgu seperti biasa menjadi wartawan majalah mangga dan bertanya pada kenkawan fidee.
mereka tu kapel uolsss. dah 4 tahun. terus akak sebak uolsss....menangis sebab akak putus dengan lover akak( tapi dah ada yang baharu yer)

akak menyanyi 3 buah lagu, semuanya hazab. akak sedar sore akak memang tak sedap. layak untuk ke american idols ajer uolsss. Setakat karaoke nie, manalah sama. bukan taraf akak yer....

tapi akak pujilah kenkawan akak yang lain, amy, firdee zack dan 2 orang kapel bahagia tu kan. sore malatops layak dah masuk akedemi fantasia ( ahah uolss memang layak masuk akedemi itu ajer...x macam akak, american idols terus nie...)

lepas karaoke, kami terus makan di kampung baru. apa lagi akak pon tanya bertubi tubi pada kapel tu. akak cemburu tgk mereka lah..manja manja kan ..tapi tak sehebat amy dan n***m kan, bercium cium di bazar ramadhan, akak memang pengsan tu uolsssss.

terus akak emosi lagi, teringat ex kapel akak lagi ( sedangkan ada yang baru kan ) ...lepas makan terus lah balik umah.

jadi thanks pada firdee dan kawannya...takut nak sebut nama, tapi baik arrrr. jangan lupa baca blog akak yer....

miss universe edisi ke 13

oklah...seperti yang telah di rancang, penganjur telah menghantar sms awal kepada semua para peserta miss universe edisi ke 13 . dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

fy telah datang awal ke tempat penganjur,bagi memastikan beliau menyertai pertandingan kali ini. Penganjur pulak sibuk menghantar sms agar semua para peserta dapat datang. penganjur telah menenpah lane awal di ue3 bagi memastikan pertandingan berjalan dengan lancar yer. Penganjur memang sangat risau dengan kehadian para peserta malam nie

yang paling membanggakan , 6 wakil dari pandan jaya iaitu penganjur, zak, am , amy, fy dan apis telah memeriahkan suasana. Seperti biasa penyertaaan dari dj dan hamie serta juara bertahan berturut turut iaitu mr ady. Malangnya, ej dan firdee tidak dapat hadir bagi edisi kai ini.

pandan jaya telah datang dengan menaiki kereta yang dibawa oleh zack, kami telah datang awal di tempat pertandingan.

apabila semua datang, proses memilih nama negara bermuala, berikut adalah senarai para peserta kali ini

australia : penganjur

spain : am

venezuela : hamie

brazil : ady

mexico : zack

russia : apis

donimican rep : amy

colombia : fy

japan : daylan ( konpius dapat negara asal semula )

terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A iaitu australia, spain, venezuela, brazil, mexico, russia

kumpulan b pula, donomican rep, colombia, dan japan

bagi subsidinary pula, brazil menang 2 kategori, japan 1, colombia 1 dan mexico 1. australia gagal memenangi apa apa seperti biasa

pertandingan kali ini amat meriah dengan kehadiran zack dan apis terutama apis yang amat sporting menjerit seperti penganjur yer.

dan yang paling memeranjatkan penganjur ada kumpulan yang memboikot penganjur iaitu venezula, spain, mexico dan russia. mereka berempat telah menggunakan taktik kotor untuk menumpaskan penganjur kali ini. yang seronok team A memang bertarung hebat dengan team B

pakatan mereka amat kuat sehingga telah menggangu tumpuan australia kali ini .

pada games yang pertama top five ialah

brazil : 164,
australia : 157
japan : 153 ( musuh ketat nie)
mexico: 137
donimican : 121

pada gemes kedua pula ialah

brazil : 174
australia: 164
japan : 139
venezuela: 130
spain: 112

games ketiga pula

brazil : 223 ( markah tertinggi setakat ini )
australia : 156
spain : 129
japan : 126
donimican: 115

games yang keempat pula

brazil : 200 (hebat kan)
japan 179
venezuela: 140
australia : 138
spain: 122

games kelima @terakhir

venezuela : 186 ( malatop)
japan: 170
australia : 160
brazil : 151 ( saje kasi negara lain menang)
colombia: 125

apabila di total berikiut adalah keptusannnya

miss universe edisi ke 13 : BRAZIL ( 912 ) rekod
1 st runner up: australia ( 775)
2 nd runner up : japan (767) lagi sikit nak potong penganjur
3 rd runner up : venezuela(679)
4 th runner up : spain (576)
5 th runner up : colombia (545)
6 th runner up : russia dan donimican (540)

penganjur amat berpuas hati dengan kehadiran ramai peserta, terima kasih lah uolsss. memang sukar nak ucapkan terima kasih atas komitmen yang di tunjukkan, insya allah kita akan berjumpa di edisi ke 14 yang bakal menjelang nanti.

kepada ady dan amy, penganjur ucapkan good luck pada 9 ogos nanti yer, harap dapat top ten , yang paling cerah ialah brazil.....

tasik antarabangsa vs pandanjaya

akum semua..
kali ini entry ini akan menceritakan mengenai pertandingan boling persahabatan antara dua benua yang terhandal ( arkghhhh tuiii) iaitu tasik antarbangsa berlawan dengan pandan jaya.

idea ini timbul apabila akak berasa bosan dan tetiba di seru untuk berlatih sempena pertandingan boling planet ym pada 9 ogos nanti.

tasik antara bangsa di wakili

firdee
ejay
daylan

pandanjaya

penganjur
eqbal@amy
am

konsep pertandingan ialah berkumpulan dan individu.

pada pertandingan kali ini, tasik antarabangsa telah berjaya menjatuhkan 1865 jatuhan pin dan sekaligus menewaskan pandanjaya yang hanya mampu menjatuhkan 1733 sahaja

yang paling mengejutkan prestasi am yang telah meningkat. teruskan uolsss... mak rasa tak lama lagi u dah layak jadi shahlin. Tapi kehebatan firdee dan daylan amat sukar di gugat. tambahan pula ejay yang menggunakan bola bekas kekasih akak menjadikan jiwa akak agak bercelaru.

amy pulak telah mengajar kami cara membaling bola dengan kaki mestilah sudut tirus dan tangan pulak seperti orang yang menahan bas atau teksi. vogue gittewkan. Jadi pada malam itu konsep kaki telah diperkenalkan akan akan digunapakai dalam pertandingan boling dunia akan datang

oklah uolsss...penat akak menaip nie uolsss.

jumpa lagi ...

miss universe 12

akum semua..
mesti pembaca hairan mengapa kali ini akak menulis tentang miss universe sedangkan pertandingan miss universe yang diadakan di vietnam baru sahaja menobatkan miss venezuela sebagai miss universe yang baru.

tapi bagi memuaskan hati adik adik atau akak akak yang teringin nak pakai gaun tapi malu malu dan tidak confident di atas pentas, maka timbul satu idea untuk membuat pertandingan miss universe tapi berkonsepkan boling...

maklum lah gagusion gagusion nie memang lemah menggunakan kaki , hanya bahagian tangan amat berfungsi bagi mereka. bola tampar, boling, bola jaring, bola baling merupakan sukan yang digemari. Jangan paksa main takraw atau bola sepak, sah sah ke laut uolsss kan.

oklah pada selasa lepas, tak silap akak pada 29 julai, akak iaitu penganjur telah berjaya meracun 7 orang peserta untuk menyertai pertandingan kali ini.

setiap perserta malam itu telah diberikan nama negara, secara suka rela atau paksa rela uolsss. Ampun akak yer, sebab masa itu amat kelam kabut kan. Dan berikut adalah nama peserta dan negara yang bertanding:

japan=daylan

malaysia=firdee

colombia ( berangan ..tuiii) = penganjur

bolivia=ady

kosovo=fy

singapore=amy

korea=hamie

pakistan=am

dan pada kali ini beberapa konsep terbaru telah di perkenalkan . antaranya mencari peserta yang mampu membuat stike yang terawal. saingan begitu hebat . berikut adalah keputusannya

bolivia menang 2 kategori dan jepun menang 2 kategori

malam itu amat seronok sekali. Penganjur tak mampu fokus kerana berperanan menjadi badut dan pengulas ( gila kuasa ). masing masing memberi saingan. setiap frame akan di umukan top 5 sehingga ke final.Persaingan antara bolivia dan colombia yang bertungkus lumus meninggalkan negara lain. bolivia merupakan pemenang 11 kali dan colombia pada masa itu hanya mampu merampas sekali sahaja.

hebatkan bolivia.

akhirnya, setelah berjalan dalam masa 2 jam 30 minit, berikut adalah keptusannya

miss uiniverse: bolivia
1 st runner up : colombia
2 nd runner up: japan
3rd runner up : malaysia ( wow)
4th runner up: korea
5th runner up:kosovo
6th runner up: singapore
7th runner up: pakistan

terima kasih komitmen anda, harapan penganjur teruskan penyertaan anda. Kalah atau menang itu biasalah adatkan.....

miss universe edisi ke 13

akum semua..
kali ini penganjur telah menghantar sms awal dari biasa kepada semua para peserta yang bakal bertanding dalam pertandingan miss universe edisi ke 13 yang bakal di adakan pada hari selasa 5 ogos 10 malam di ue3 miharja

penganjur berharap sepuluh perserta yang telah di sms iaitu ady,daylan,hamie,ej dan suami ,firdee, amy, zack , am dan fy dapat hadir pada malam tersebut.

penganjur telah menyenaraikan 11 buah negara yang bakal bertanding iaitu venezuela,colombia, donimican rep, russia, brazil, mexico,usa, kosovo,spain,italydan australia

negara akan diundi pada masa pertandingan nanti.......

harap semua dapat hadir...

ikhlas penganjur miss universe edisi ke 13