mari belajar tatabahasa


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak disini sihat sahaja..alhamdulillah ..so apa planning uols sempena cuti di hujung minggu nie..kami adik beradik 69 bercadang untuk menyambut besday akiko dan kak su di lumayan..konsepnya ialah potluck..masing masing kena bawak makanan ke lumayan nanti


akak cadang nak beli kat pasar malam ajer kat pandanjaya nanti..kan senang kan.....pastu pi lumayan...tak tahu lagi nak beli apa kat pasar malam tu lagi..apa yang nampak sedap , akak balun ajer nantikan..hehehehehe....oklah uols kali ini akak nak ajar tentang tatabahasa yer...


oklah..salah satu tatabahasa yang perlu dikuasai oleh adik adik semua ialah mengenai kata ganda yer...memang tidak dapat dinafikan , terlampau sangat bahasa bahasa yang telah wujud dan diwujudkan oleh kaum kaum nabi luth ini yer ( opsss)....jadi mungkin ada diantara kita nie akan berasa konpius dengan bahasa bahasa yang anda dengari ....tak per uols..bahasa jiwa bangsa yer....


oklah mari kita lihat kata ganda yang biasa akak gunakan...


apabila kita berbincang mengenai kata ganda..kita harus perhatikan abjad atau huruf di belakang kata tersebut..apabila huruf konsonan bertemu dengan huruf vokal. maka kita boleh gandakan perkataan itu mengikut sesedap tekak kita, dengan syarat ....orang yang mendengar memahami apa yang kita gandakan tadi...mari kita lihat contoh yang paling mudah sekali yer....


penat di gandakan menjadi panuta panuti


anda nampak tak....di belakang perkataan penat iaitu ada abjad a dan abjad t bukan, ini bermaksud apabila nun mati bertemu dengan mim, maka ia akan menjadi hukum qulqulllah qubra yer...apa yang akak merepek nie kannnn? sorry, akak ulangi yer...apabila huruf vokal betemu dengan konsonan , maka gandakan dengan bunyi "ta" dan "ti"


namun. ini bukanlah mudah yer...ianya bergantung kepada tekak anda jugak.....ada contoh lain pulak


letih akan digandakan menjadi latuha latuhi..


akan tetapi..ada jugak kita panggil kata ganda yang sangat melampau...yup kata ganda yang sangat melampau yang mana kata ini banyak menggunakan huruf" u" yer....kita ganda kan perkataan itu dengan melampau sekali...contohnya...


perkataan kakak akan digandakan kakukakaukun...hah kau tak pengsan dengar perkataan tersebut?


kata ganda " kun" ini di perkenalkan oleh seoarang professor yang bernama akiko tomsen..mengikut kajian beliau..buah nangka akan menjadi " nangkura naukun" apabila kita gandakan ........


contoh ayat


"mak..nanti kalau pergi pasar malam tolong belikan nangkura naukun yer mak yer...." kata amir kepada ibunya...


bukan sahaja kata ganda melampau ini ada perkataan "kun " malahan ada bunyi "lun" jugak


contohnya.....


mahal akan bertukar menjadi mahula maulun


lapar akan menjadi lapura laupun


yup tuan tuan dan puan puan..ia bergantung kepada tekak orang yang menyebutnya......


tapi ada jugak kata ganda superlative yang diwujudkan oleh seorang profesor di UUM iaitu pakar bahasa kita firdalina kasandra..menurut beliau..apabila perkataan asal ada kata ganda, maka kita kena gandakan perkataan iatu sekali lagi...contohnya


adik beradik merupakan perkataan yang telah digandakan bukan? maka, apabila digandakan....maka ia menjadi begini


adika aduku beradakurita ....


aha...tuan puan dah nampak kan kata ganda superlative tu bukan? perkataan kurita itu diambil sempena nama sotong yer...maka kata ganda ini sesuai dengan adik beradik yang sesotong alam sahaja yer....contohnya adik beradik 69 tu kan?
bagaimana pulak kalau kita nak gandakan rama rama kan..adakah bunyinya menjadi raruma raumun raramerina.....


kata ganda alam pulak menunjukkan "banyak" atau "sangat"


contohnya..


mak sebosan alam lah hari ini......jadi ini menunjukkan tadi mak itu sangat bosan..kalau mak bosan....apa kata mak pergi chur kan?


contoh penggunaan kata alam lagi yer...


"wah seramai alam orang kat pasar malam nie kan ?" kata amnatus kepada rihanna


ini menunjukkan bilangan orang yang ramai datang ke pasar malam yer....


oklah uolss itu sahaja pelajaran kita hari ini..selamat belajar yer...


bahasa jiwa bangsa .....




selamat hari jadi akiko


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja...alhamdulillah nie baru ajer bangun tido, mandi mandi terus pi cyber cafe kat pandanjaya dan update blog akak nie yang dah lama sunyi sepi yer...


samapi ajer kat cc ..ya allah ramainya budak budak yer...owh baru teringat yang hari nie budak budak dah mula cuti sekolah yer..owh patutlah cc kat sini meriah sangat....mata akak pun dah mula tengok kiri dan kanan, maklumlah manalah tahu ada anak anak ikan yang handsome, boleh bawak pi kelantan bulan 10 nanti kannnnn?


oklah...so dalam entry ini akak nak wish "selamat hari lahir" pada akiko yang berusia 28 tahun..diulangi 28 tahun yer bukannya sebaya hans atau pun farid iaitu 21 tahun yer ....so akak dah kol akiko pada malam 28 haribulan tersebut iaitu tepat pukul 12 malam...bukan itu sahaja, malahan akak yang baik hati nie dah jugak meng sms akiko jugak....bukan setakat sms, malahan akak ucapkan secara verbal kepada akiko jugak ..


dan yang terakhir akak nak ucapkan melalui blog akak nie jugak, bagi akak akiko merupakan salah seorang kawan, sahabat malahan adik beradik 69 yang paling baik sekali...mengenali akkiko sudah hampir 10 tahun , sudah cukup bagi akak menyatakan dialah antara kawan yang terbaik yang akak ada.....walaupun dia nampak sangat pendiam...namun bila tetiba time laharia dia..hah siaplah kan...


lastly akak nak.....


1) semoga happpy selalu ( jangan banyak termenung)


2) jangan kerja terlebih masa ( risau tul tengok dia nie, kerja dah macam oshin pulak pergi pagi balik malam)


3) bila nak masak kuih yang kita masa masa raya tu ..kuih batik kan( best giler kuih tu kan)


4) bila lagi nak pi tengok wayang nie uolssss( kita pi galaxy pun ok lah kan ...best apa)


5)hadiah besday mak tak der kah( hehehehehe )


oklah akiko..selamat hari lahirina yer....

aktiviti di hujung minggurina

akum semua..apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..so macam mana dengan kerja hari ini yer? ok kah? oklah kot ...tapi mesti ada diantara kita malas nak pi kerja sebab biasalah kan hari isnin, ala ala black monday gittewkan...

oklah akak sekarang berada di cyber cafe di taman dagang yer, sensorang sahaja sebab yang lain tak sms akak nak ajak makan pun, so akak assume mereke semua penat dan busy dengan aktiviti masing masing KANNN... so akak pun mengambil keputusan untuk mengupdated lah blog akak yang semakin hari semakin sunyi sepi gittew kan..

oklah akak nak cerita pasal aktiviti yang akak dan adik beradik 69 lakukan pada hari sabtu yang lepas, iaitu 23 haribulan mei 2009, sebagaimana yang tuan tuan dan puan puan tahu, setiap minggu kami akan merancang untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan adik beradik, tujuan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan adik beradik disamping boleh gosip bergosip serta aktiviti lahar melahar antara satu sama lain yer...

oklah, so dalam pukul 3 30 petang semua peserta ekspidisi ke janda baik telah berkumpul di rumah flat akak ,antara peserta yang datang awal ialah kak farah, dan suami yang tercinta iaitu hans serta kak ngah iaitu kak nor, mereka bertiga memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema iaitu pergi mandi sungai di janda baik, manakala akak pulak mengambil keputusan memakai pakaian yang bertemakan pergi makan kedai kak lahar sahaja, iaitu seluar jeans dan jugak t shirt rina sahaja,

tak lama kemudian, akak dapat sms dari akiko yang menyatakan dia, hamie dan firdee akan sampai ke rumah akak tak lama lagi, dengan cepatnya kami berempat turun ke bawah menanti kedatangan firdee yang lebih dikenali sebagai kak teh. ekspidisi kali ini tidak disertai oleh kak su dan jugak amnatul shima ( akak tiba tiba blur dan lupa pangkat si am nie ) dan jugak adik tiri kami iaitu rihannna yer, jadi dengan kata lain aktiviti ini hanya melibatkan kakak kakak besar sahaja

so, kami bergerak ke janda baik dengan dua kereta, kereta kak teh ada kak long, kak teh, kak anjang dan jugak kak tam...manakala kereta kak lang, ada suami kak lang , kak ngah dan sudah pasti adanya jugak kak lang yer..so kami pun bergerak ke janda baik yang dikatakan kampungnya seperti lukisan sahaja layaknya..so akak tak sabar lah nak tengok kampung yang bagai dilukis itu yer.... oleh kerana orang di dalam kereta kak teh , masing masing belum makan lagi, kami bercadang nak pi makan terlebih dahulu

namun takut masa mencemburui kami, so kami makan mc donald sahaja, itu pun tapau melalui drive thru sahaja, sebaik sahaja kami dapat mc donald, maka akak ala ala ikan pirahna terus memakan fun fries dengan bernafsu sekali yer....punyalah lapar, akak jugak menjadi ajk makanan dan minuman ketika itu kerana terpaksa memegang air coke yang besar dio depan, begitu sibuk sekali akak masa tu kan?

so kami meneruskan perjalana ke janda baik, jalan yang berliku liku serta sempit kadang kala menakutkan jugak yer, bukan takut hantu dik oiii, bukan....tapi takut dengan kereta atau motor yang dibawak laju, manalah tahu accident nanti kan...dalam 10 minit perjalanan, kak teh telah berjaya menghubungi kawannya yang tak silap akak namanya salam...salam ini adalah kawan lama kak teh semasa kerja di genting, jadi salam menjadi pemandu pelancong kami pada masa ittew yer

sebaik sahaja, salam sampai, kami mengekori kereta salam dari belakang, panorama kampung dah semakin jelas kelihatan yer, semuanya berubah, kalau di kuala lumpur, kiri kanan nampak bangunan sahaja, tapi kali ini kami nampak objek objek yang memang terdapat dikampung iaitu, lembu, kerbau, pokok pokok, dan macam macam lagi lah..udara pun segar jugak..

kami sampai di sebatang sungai yang agak jernih airnya...cayakah jernih uols..entah lah nanti uols tanaya siapa yang pergi mandi tu nanti yer..namun kami bertukar port lain sebab masa tu terlampau banyak sangat orang yang mandi, tahu tahu ajerlah adik beradik 69 nie kalau boleh tak mahu kongsi sungai dengan orang lain, mahu ajer dihalau orang orang lain yang sibuk mandi ketika itterww kan...

kami jumpa satu port yang chantek dan redup, apa lagi, kak nor, kak farah dan suami kak lang yang tercinta cepat cepat berendam di situ, manakala hami yakni kak tam pun turut serta, tugas akak masa tu hanyalah mengambil gambar adik beradik yang pose pose macam sotong nak kena candat dalam air layaknya..macam macam pose terutama kak tam kita yang agak over, sampai nak muntah darah akak tengok pose pose mautnya itu..kak anjang iaitu daylan tak nak mandi lagi , beliau hanya suka bergambarina sahaja ketika itu...si kak teh pulak sibuk bercerita dengan kawan lamanya..

akak malas nak campur semasa kak teh berbual sebab mak kami ajar, jangan menyampuk atau mendengar bila orang lain berbual yer....so selepas akak boring bergambar , akak pun masuklah satu kawasan rumah rumah yang sangat cantik, rasanya rumah rumah tu tempat penginapan pelancoing yang datang ke janda baik rasanya..so akak pun ambiklah gambar gambar disitu..tup tup adik beradik yang lain nak pi tukar port lain pulak

so kami pun bertukar ke port lain, kali ini kek teh dan kak anjang pun turut serta mandi kat situ, manakala akak hanya berbual bual dengan si salam , bukan apa kesian pulak, tak der siapa yang nak berbual dengan dia pulak kan...akak dan salam kadang kala tergelak jugak dengan keletah adik adik akak nie, dah besar dah masing masing kan....tiba tiba kak teh dan kak ngah tak silap hampir hampir lemas di bawa arus gittew kan...tergelak gelak si teh sampai ke atas terdengar

selepas penat mandi manda, so mereka pun naik, masa tu terdapat pemuda pemuda kampung yang tengah usha adik beradik salin baju, so adik beradik nie punyalah malu nak salin baju sebab perbuatan mereka diintip secara sembunyi, sehinggalan kak ngah terpaksa salin di tempat yang tertutup...biasalah yer tuan tuan dan puan puan, pepondan nie, kalau abis ajer melakukan aktiviti yang berat berat mulalah laparina yer sedangkan baru ajer tadiada antara kami yang melantak big mac yer...so kami pun pi lah makan kat genting sepah ..

semasa makan kat genting sepah , timbul idea nak pi terus ke genting pulak..aiyoooo memang tak sesuai sangat pakaian yang dipakai oleh mereka, dengan berseluar pendek ala ala boxer, kak ngah lah layak mendapat pakaian paling biadap 2009 yer, mula mula kak teh memabawa kami ke awana resort sahaja..apa lagi kami bermulalah bergambar yer...gambar sana, gambar sini..gambar keluarga katanya...terus kami semua nak pi naik ke genting

uols tahu tak apa sebab nak naik ke genting? yer biarlah akak terangkan yer, sebab nak pi sana sebabnak pekena teh tarik mamak kat genting..kau tak pengsan ker nyah dengarnya..sanggup naik ke genting semata mata nak pi pekena teh tarik dan makan kat mamak genting..wowo gitu, nasib baik, kami semua tak der jet peribadi, rasanya, sempat pergi sarapan ke new york lepas tu kan?

so akak ikut sahaja, pi lah ke tempat kereta kabel, so naik lah ke genting....masa tu ujan dan sangat sejuk sekali suhu kat situ, sebaik sahaja kami sampai di atas, semua mata menadang kami yang berpakaian agak pelik...maklumlah cuaca yang sejuk tu masing masing pakai seluar pendek dan t shirt sahaja..sangat hebat adik beradik 69 nie kan..

so kami pun berjalan, kali ini kak teh menajdi pemandu pelancong bagi kami pulak. penat berjalan kami pun pergi makan yer, punyalah lapar , masa tu akak dan akiko serta firdee yang makan , yang lain minum sahaja mungkin masih kenyang masa makan di genting sepah tadi kot...tetap ada jugak sessi bergambar yer....kami pun berjalan ke taman astokona katanya...sambil melihat panorama, masa tu ramai orang, so kami lepak sahaja sambil menyanyi lagu lagu lama

semua orang dah bosan bercampur dengan penat sekali, maka kami pun mengambil keputusan nak balik sahaja ke tenpat asal kami, so kami terpaksa naik shuttle bus sebab kabel dah tak beroperasi yer...kami pun tunggu bas , tak silap dalam pukul 12 30 malam , barulah kami dapat bas untuk turun ke bawah ..masa tu ramai pulak orang yer, so akmi semua terpaksa berebut rebut naik bas, akak dan kek teh duduk paling belakang sekali...

dalam perjalanan, semua adik beradik tidur ,hanya akak dan kak teh sahaja yang tak tidur masa tu, sebab kami bergelak ketawa sahaja..hehehe seronok pulak pergi ke tempat yang tidak dirancangkan....so dalam pukul 1 pagi kami semua sampai di bawah dan memandu balik ke kuala lumpur

itulah pengalamna yang tidak akan dilupakan, dari ke janda baik terus pergi ke genting yer..apa apa pun uolss memang seronok lah kan....

setahun telah berlalu




akum semua..apa khabar ? sihat? alhamdulillah ......akak sekarang nie berada di Q bistro bersama dengan firdee dan jugak akiko ...nie baru ajer abis makan dan sedang tunggu kak farah serta hans iaitu suami kak farah yang tercinta yer....akak baru ajer makan nasi goreng cendawan, oklah jugak nasi goreng tu, sebab lapar punya pasal, so akak bedal ajerlah yer... oklah dah tengok tajuk entry akak kali ini? oklah akak nak bagitau kat pembaca semua, esok 18 mei 2009, hari isnin, so lengkaplah setahun shahril meninggalkan akak ....pejam celik pejam celik dah hampir setahun yang bersamaan 365 hari yer... bukan ingin mengulang semula cinta antara akak dengan shahril, namun akak rasa kehilangan shahril dalam idup akak nie, sangat memberi impak ...sampai sekarang akak tak dapat melupakan segala kenangan bersaam dengan shahril, namun apakan daya....cinta tidak kesampaian...apatah lagi shahril sekarang nie lebih bahagia dengan perempuan...... dan tak mahu nak ulas apa apa lagi, cukuplah setahun telah berlalu......

Cinta Oh Cinta

Akum semua…apa khabar semua? Sihat Alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping oran g yang tersayang yer…so masih lagi tengok konsert af kah? Yup akak masih lagi tengok lite lite sambil menaip blog nie yer, yup dah lama sangat tak update blog…so akak taiplah satu lagi entry untuk uols semua yer…..

Tapi akak pun tak tahu lah pulak nak taip apa pulak nie kan? Erm nak cerita pasal apa pulak yer, erm apa kata kita cerita pasal cinta pulak kan? Asyik asyik cerita pasal adik beradik 69 melalui kisah dogeng akak, kisah pasal hari guru dan cerita pasal aktiviti aktiviti yang kami lakukan..

So kali ini nak cerita pasal cinta pulak kan? Nak cerita pasal apa pulak ek? Kisah cinta akak ker? Erm ok ker, kalau cerita pasal cinta akak , nanti uols pulak muntah pulak kan? So nak cerita pasal cinta apa pulak ek? Heheheh oklah kita nak cerita pasal oran g yang istimewa dalam hidup kitakan..

Sudah sepastinya orang yang paling istimewa dalam hidup kita iailah orang yang memberi impak dalam kehidupan kita , oaring yang pernah menyentuh perasaan dan hati kita, orang yang sukar untuk kita lupakan dalam sekelip mata dan setiap kenangan bersama dengannya memang terpahat dalam ingatan kita..

Namun itu yang sangat bahaya , apabila kita terlalu taksub sehingga kita tidak boleh membuka pintu hati kita kepada orang lain sebab kita meletakkan satu standard kepada orang yang baru, contohnya mudah, kalau dulu, orang yang kita pernah sayang, akan memegang tangan kita semasa kita menonton televisyen, namun apabila kita terjumpa dengan orang baru, dan orang yang baru tak buat macam tu, sekaligus kita akan merasa lelaki yang baru itu tidak mencapai standard yang kita inginkan..

Persoalannya, adakah itu adil kepada orang yang baru? Adakah patut kita m,eletakkan satu standard sebegitu kepada orang yang baru semata mata untuk kita memuaskan keinginan di hati kita? Atau perlukan kita menerima perubahan dalam dunia percintaan kita dengan menganggap setiap pasnagan lelaki kita itu adalah sesuatu yang baru dan unik? Biarkan kita melalui penagalam tersebut dengan caranya sendiri, tak perlu kita meltekkan satu standard dalam dunia percintaan

Ramai yang tidak percaya dengan cinta antara lelaki dengan lelaki, kalau ada pun, hanya sebilangan kecil sahajalah, yang lain putus hubungan dengan kadar yang cepat ..tak lama…sebab apa yer? Itu yang menjadi persoalan? Biasanya, punca perceraian adalah disebabkan oleh rasa tidak persefahaman antara dua belah pihak…namun yang menajdi persaoalan, mengapa kita perlu mengambil risiko untuk menerima cinta sedangkan kita tahu di akhir cerita nanti pasti akan aada duka bukan?

Akak nak kongsi pulak pengalaman apabila bercinta dengan lelaki straight atau pun tulen? Uols percaya tak dengan cinta lelaki lembut dengan lelaki straight? Lama kah bertahan yer? Erm entah lah…amat sukar untuk ditafsirkan, namun ia bergantung kepada lelaki tersebut. Seandainya lelaki tersebut boleh menerima kita dengan seadanya, Alhamdulillah, baguslah, namun kalau macam mana pulak lelaki tersebut malu malu apabila nak keluar dengan kita? Malu nak depan dengan public apabila kita keluar bersama..ataupun nak bawak kita berjumpa dengan kenkawan kawan dia pulak?


Amat menyakitkan apabila kita yang bertepuk sebelah tangan, itu memang tak boleh blah weiiii…disangka kan dia berminat dengan kita, apatah lagi kita dah beerhabis duit dan tenaga demi untuk menyulam bahagia dengan nya, tapi rupa rupanya apa yang kita buat itu adalah sia sia sahaja lah uols…lelaki tersebut hanya menganggap kita sebagai kawan sahaja…apa yang uols nak buat? Terus menjauhkan diri darinya bagi mengubat hati yang lara, atau berpura pura happy dengannya sedangkan kita menderita…

Apa pulak kes, kalau kita ada hati dengan kawan laki straight kita, tapi tak mampu nak luahkan kepadanya, takut pulak nanti dia akan menjauhkan diri dari kita, dan kita akan dituduh merosakkakn persahabatan pulak nanti kan? Tapi kebanyakkan antara kita, terpaksa memeperjudikan wang ringgit, masa dan tenaga demi untuk meraih cinta dari seorang yang bergelar lelaki, maaf kalau statement ini tidak menyenangkan, dan yang paling penting, bukanlah semua antara kita yang begitu bukan ? ada yang bertuah apabila ada lelaki yang sanggup berhabis demi meraih cinta kita..itu memang akak sujud uolss…tahniah yer…

Cinta tidak boleh di paksa, cinta hadir secara tiba tiba, yang paling seronok kalau cinta kita dibalas ..erm mesti berbunga bunga yer…yang paling penting, tanpa keberanian mimpi tidak akan menjadi kenyataan yer..so apa yang uols ingin lakukan demi meraih cinta, bergantung kepada anda sendiri…macam mana anda mencaturkan percintaan anda sehingga anda meraih kebahagiaan

Oklah uols…rasanya tak tahu nak ulaskan apa apa lagi mengenai cinta ini kerana ianya selalu diulas didalam blog akak yer, so hanya nak tulis sebab blog akak dah sendu sangat nie, tak tahu nak tulis apa , so ulas ajer apa yang patut lah kan? …

Selamat Hari Guru

Akum semua..apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer…so uols hari nie kan cuti, so tengah buat apa tu? Apa planning uols hari nie? Akak kat lumayan? Motif selalu sangat pergi lumayan ajerkan ? bukan sekarang nie adik beradik69 lepak di lumayan untuk menonton akedemi fantasia ajer….

Sebenarnya hari nie ada banyak sangat planning yang nak di buat yer….tak silap malam nie jugak ada pertandingan boling planet ym, tapi majoriti yang nak tengok akedemi fantasia, so semua orang pi tengok akedemi fantasia sahaja lah yer……

Yang ada sekarang nie ialah akak. Kak farah, hans, akiko, hamie, am , kak dollah chantek, dan kasandra…..mereka tengok af final.akak pulak lebih focus untuk menaip blog yer..sebenarnya banyak sangat nak taip lah….nak tulis pasal besday, nak tulis pasal masak masak, nak tulis pasal cinta dan macam macam lah ….tapi rasanya nak tulis pasal hari guru lah…

Hari nie 16 mei 2009, merupakan hari guru …bagi semua yang bergelar pendidik, selamat hari guru yer….akak sebagai salah seorang pendidik anak bangsa, turut menerima tempias dari sambutan hari guru itu, pukul 9 pagi lagi dah terima sms dari bekas anak murid yang pernah tuisyen dengan akak dulu yer….

So , sebagai seorang guru, akak sangat berbesar hati apabila ada jugak anak anak murid yang hantar sms dan mengucapkan selamat hari guru kat kitakan , yelah walaupun akak dah tak berkhidmat di sekolah, namun akak tetap orang panggil cikgu jugak kan….masih lagi segar dalam ingatan semasa mengajar di sebuah sekolah yang berdekatan dengan jaya jusco maluri

Pada tahun 2003, dalam bulan jan, akak tidak mempunyai apa apa pekerjaan, maka kakak telah membawa akak ke sebuah sekolah di belakang jaya jusco, masa ingat dalam ingatan, masa tu dah pukul 2 petang, opis kat sekolah masih belum tutup lagi, akak telah berjumpa dengan GPK sekolah tersebut,

Setelah di interview, maka GPK itu pun setuju mengambil akak mengajar di sekolah tersebut sebagai guru sandaran tidak terlatih yer, Alhamdulillah sekurang kurangnya ada jugak kerja yang kita nak buatkan, tapi masa tu berdebar jugak, sebab itulah kali pertama mengajar di sekolah,

Keesokkna harinya, kakak telah menghantar akak pi ke sekolah tersebut, pagi pagi lagi dah sampai, so kena lah tunggu di kantin sebab opis sekolah tu tak bukak lagi, ada jugak beberapa orang guru datang tegur akak masa tu, bertanya sama ada akak nie guru parktikal ker atau guru ganti..akak menerangkan kepada mereka yang akak nie adalah guru sandaran sahaja lah yer…

Akak pun mendaftar di pejabat sekolah, rupa rupanya sekolah tu tak der guru besar lagi, maka GPK 1 memangku jawatan guru besar tersebut, GPK tu memang sangat baik lah uols…dah tua dah dan akan bersara tak lama lagi. Akak diberikan tugas mengajar darjah 2 mawar untuk subjek bahasa melayu dan pendidikan jasmani dan kelas 2 cempaka untuk subjek pendidikan seni serta bahasa melayu


Dengan langkah yang penuh semangat akak masuk mengajar di kelas 2 cempaka, masing masing terkerjut melihat akak di depan kelas, dengan segera ketua kelas 2 mawar meminta semua berdiri sambil mengucapkan salam serta selamat pagi….akak meminta mereka duduk dan mula lah sessi berkenalan yer..

Oh barulah akak tahu kelas 2 mawar nie merupakan kelas yang pandai yer, sebenarnya ada 4 kelas dalam darjah 2 iaitu 2 mawar, 2 anggerik, 2 dahlia dan 2 cempaka, 2 cempaka adalah kelas yang paling terakhir sekali…ini bermakna akak mengajar 1 kelas yang pandai dan 1 kelas yang lemah…

Sungguh seronok apabila mengajar kelas yang pandai yer, budak budaknya sopan, Nampak baik, tertib, mendengar kata, apabila kita mengajar, mereka akan memberi perhatian, keadaan ini sangat berbeda apabila akak mengajar ke kelas 2 cempaka, persekitaran yang sangat berbeda yer…..

Budak budak yang berada di kelas 2 cempaka nie, semuanya tak boleh membaca..ya allah bayangkan kita terpaksa .mengajar bahasa melayu untuk kelas yang mana anak anak murid tidak boleh membaca..tak kan nak ajar a b c semulakan…lagi satu dah ler tak dengar kata pulak, macam menjerit jerit kita mengajar dalam kelas tu, bila kita meninggikan suara , kejap ajer diamnya..pastu mulalah bising balik….

Itu belum lagi masa rehat atau masa balik, belum sempat nak mengucapkan terima kasih cikgu, dah ada yang berlari keluar dari bilik kelas, hanya akak mampu mengeleng ngeleng kan kepala sahaja….

Apabila time peperiksaan,. Akak lah antara yang sibuk jugak menyediakan kertas soalan peperiksaan yang mesti di tunjukkan kepada GPK terlebih dahulu untuk disemak, kalau ok, barulah kita boleh hantar kepada ketua panitia pulak, kadang kadang kita kena bodek ketua panitia, agar kertas soalan tu lulus dan tak perlu untuk buat pindaan yer…kadang kadang, soalan kita tu terlalu mudah, bagi kelas yang pandai, dan terlalu susah bagi kelas yang yang lemah…

Menjadi seorang pendidik disekolah merupakan sesuatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan, apatah lagi kita merupakan guru lepasan universiti dan masih muda lagi, so kadang kadang kita yang dilantik untuk membuat sesuatu aktiviti yer, masih teringat lagi di dalam kotak ingatan apabila akak dan juga Diana iaitu kakak akiko ditugaskan mengajar senamrobik yer, buat pengetahuan semua yer, sekolah tu kalau tiap tahun senamrobiknya asyik guna lagu Hindustan ajer…adoiiii, tak tahan uols..ada konsep guling guling di padang rumpaut..naik muntah mak dan Diana tengok senamrobik macam tu..takut ada tungau melekat kat anu budak ajer kalau guling guling kat atas rumput

Maka akak dan Diana telah memecah tradisi dengan memutarkan lagu lagu inggeris yang bercorak ala ala disko, pada mula GPK macam tak lulus sahaja lagu tersebut, namun setelah di pujuk oleh kami berdua, akhirnya semua guru setuju…last last guru guru laki yang bujang pun seronok mendengar lagu tersebut, maka akak dan diana pun memerah otak untuk membuat formasi formasi yang sangkak ( masa tu dah kira sangat vogue lah ek) itu belum lagi setiap pagi kami dan budak senam robik terpaksa meraut tali rapia untuk membuat pompom..sangkak kan..pompom guna tali rapia ajork katanya…takperlah nyah, asalkan vogue dimata anak anak murid yer….

Selain kami mengajar senam robik, akak dan cikgu Diana ( Diana sekarang menjadi seorang pramugari ) mengajar tarian pulak, ai yooo kat sekolah dah pecah lobang katanya..lantak lah sampai bila kita nak cover kan? So akak pun beronggeng di atas pentas dengan anak anak murid murid sambil disaksikan oleh cikgu cikgu lain, ala ala paling chantek akak di sekolah tu lah kan? Bertambah semangat apabila cikgu cikgu lelaki yang bujang datang menjenguk akak yang sedang mengajar tarian di dewan yer….

Hari anugerah cemerlang merupakan hari yang seronok jugak apabila kita diberikan tugas yang simple dan mudah iaitu membuat persembahan, terus terang akak cakap, akak tak suka jadi ajk peralatan ker, ajk sambutan ker atau apa sahaja, hanya suka menjadi ajk bahagian persembahan sahaja lah ek, memang sangat seronok , bila kita ditugaskan untuk melatih murid murid membuat persembahan di sekolah, antara persembahan yang selalu akak buat ialah drama, tarian, choral speaking, pertunjukkan fesyen dan sebagainya lah……

Selain akak melatih anak anak murid dalam acara dalam dewan, akak jugak ditugaskan untuk mengajar pasukan hoki sekolah tersebut, pasukan hoki perempuan yer, diulangi, pasukan hoki perempuan . buat kali pertama sekolah tersebut menghantar pasukan hoki sekolah ke pertandingan zon pudu , Alhamdulillah tanpa di duga sekolah kami naib johan…siapa sangka first time masuk pertandingan dah jadi naib johan

Sebab bagi kategori perempuan , tak banyak sangat sekolah yang hantar bertanding, hanya 8 buah sekolah sahaja , berbanding dengan kategori lelaki yang hampir semua sekolah zon pudu menghantar bertanding, tak silap 20 buah sekolah yang dipecahkan kepada 4 kumpulan …masa berlatih anak anak murid nie, kita terpaksa mengorbankan masa petang kita, berpanas dengan anak anak murid, mengajar mereka cara memegang kayu hoki, syarat syarat dan peraturan pertandingan hoki….cara untuk membuat sudut penalti dan macam macam lagi…

Itu belum lagi semasa pergi menghantar murid murid ke pertandingan zon pudu, kena pastikan anak anak murid mendapat surat kebenaran dari parents , pastikan ada pengangkutan untuk mereka, pergi tempah makanan dan minuman di kantin , pastikan peralatan hoki tu dah siap sedia, jersi untuk anak anak murid ….dan macam macam lagi lah…

Rasanya kalau nak taip semua pengalaman semasa mengajar tu memang sangatlah banyak nanti uols smeua tak mahu baca pulak, dan pening dengan cerita akak, namun itulah antara pengalaman yang tidak boleh di lupakan oleh akak semasa mengajar di sekolah tersebut, 3 tahun mengajar sudah cukup memeberi satu pengalam yang manis….

sambungan kisah dogeng ku part 111


oklah uols semua..akak nak teruskan jugak kisah dogeng akak nie untuk tatapan anda semua walaupun cerita nyer tah apa apa tah kan? akak layan ajerlah..tulis ajer apa yang patut asalkan akak happy yer..oh dah sampai mana kita sekarang yer? oh baru sahaja kelahiran fatyemah wong dan akiko tomsen




baiklah akak teruskan....




si suami pun pulang dari perantauan untuk melihat anak anaknya, hatinya berdebar debar, semacam ada satu perasan yang ganjil menyelinap dalam hatinya..dia berdoa agar isteri yang tercinta selamat melahirkan anak yang comel comel, sebaik sahaja dia sampai di sebuah gerai untuk menghilangkan rasa haus, dia di datangi oleh beberapa pemuda kampung yang mengucapkan tahniah kepadanya...


tersenyum lebar si suami apabila mendengar berita bahawa isterinya berjaya melahirkan anak kembar, alhamdulillah tidak sia sia lah teknik yang dipelajarinya dari buku karma sutra yang dijumpainya semasa dalam perjalanan merantau..dia mempercepatkan langkah sambil terseyum lebar..hanya allah sahaja yang tahu perasaan gembira yang berbunga di dalam hatinya..


sebaik sahaja si suami melangkah ke anak pintu, dilihatnya begitu ramai anak anaknya, seperti belut sahaja di dalam bekas....6 orang sedang bergusti di depan muka pintu..sebaik sahaja, si along ternampak ayahnya, maka ia pun berlari lari sambiu menjerit keriangan...jeritan si along didengari oleh adik beradik yang lain , turut menjerit kehappyan katanya...


lantas si bapa bertanya kepada si along, di manakah gerangan si ibu berada, dengan cepatnya, si along menarik tangan si ayah untuk membawa ayahnya ke tempat ibunya bekerja...si suami mendukung si kembar dan meminta yang lain mengikutnya untuk berjumpa dengan si isteri yang tercinta..dalam hatinya tidak rasa sabar sabar lagi untuk bersua dengan isteri yang tercinta.....


betapa luluh hatinya melihat si isteri sedang membanting tulang di sawah padi sambil menyapu keringat yang membasahi di dahinya..namun cepat cepat si bapa menyeka air matanya lalu melaungkan nama si isteri...seperti mendapat satu kuasa azimat, si isteri berlari mendapatkan si suami yang tercinta..betapa rindunya dia terhadap si suami yang tercinta, maka berpeluk peluklah dua insan yang terinta itu di bendang..


sebaik sahaja di rumah, si isteri menceritakan kepahitan hidup mereka anak beranak kepada si suami, hanya si suami mendengar sahaja dan berjanji tidak akan pergi meninggalkan isteri yang tercinta...dan si isteri jugak meminta agar si suami menjarakkan tahun anak anak mereka kerana ingin memberi tumpuan kepada anak yang telah dilahirkan, maka si suami pun hanya mendiamkan diri sahaja..


tahun berganti tahun, maka si along dah masuk ke tahun 3 persekolahan, manakala si angah sudah masuk ke tahun pertama , dan dikuti oleh si alang yang akan pergi ke sekolah tadika ( ada ker sekolah tadika masa tu uols kan?) maka dengan rahmat allah s.w.t , maka si isteri sekali lagi telah mengandung...maka berita ini amat mengejutkan beberapa orang kampung kerana keluarga ini akan bertambah bilangan ahlinya...


bagi si isteri pun agak terkejut kerana selama ini, dia dan suami hanya bercium selama 2 jam sahaja,jarang sekali melakukan hubungan kelamin.....namun mungkin tuhan ingin meberi rezeki kepadanya ..maka dia menerima dengan tenang sahaja, namun terdapat perubahan yang mendadak di dalam fizikalnya iaitu bibirnya terangkat persis angelina jolie sahaja semasa mengandungkan anak ini...barulah dia teringat yang dia selalu bercium dengan suaminya di katil selama 2 jam sehari yer....kelas gitewww kan..


si suami pun meminta izin kepada si isteri untuk pergi berdagang, 3 tahun duduk di kampung sambil melakukan kerja kerja kampung yang tidak menjanjikan apa apa kekayaan , membuatkan si suami pun mengambil keputusan untuk berdagang, dengan perasaan yang berat sekali, si isteri dan anak anaknya terpaksa melepaskan si suami...


kini si isteri menghadapai tugas yang berat sekali, dia lah bapa dan dia lah jugak si ibu yang harus mendidik anak anaknya....namun, alhamdulillah anak anak yang tercinta jarang sekali melakukan perbiuatan yang tidak baik, malahan selalu menjadikan namanya harum di kampung pening lalat, siapa yang tak bangga, kalau setiap kali hari anugerah cemerlang, ke tiga tiga anak anaknya sering diumumkan sebagai penerima hadiah ..ini menyebakan orang orang kampung sering memandang serong anak anaknya....


si along selalu menyertai pertandingan tarian di sekolah, kalau ada aktiviti menari ker, aktiviti yang bersifat keperempuan, maka si alonglah yang menjadi pilihan guru guru, pernah alon g menjadi lady bird semasa hari sukan tahunan sekolahnya.... manakala si angah pulak lebih dikenali sebagai ketua darjah yang paling besar dan garang di kelasnya....siapa tak kenal dengan normala, yang mampu menjerit menyuruh murid murid lain diam..sampai ke hujung padang sorenya kedengaran, bukan itu sahaja, malahan rekod acara baling tukul besi dan melontar peluru masih lagi mampu dipecahkan oleh mana mana murid ..bayangkan betapa hebatnya si angah walaupun masa itu beliau di tahun 1.... siapa yang mampu melawan kebijaksanaan si alang yang menyapu bersih hadiah dari bahasa melayu, pelajar terbaik ilmu alam, pelajar terbaik ilmu hisab ( isap apa tu kak farah ?) pelajar terbaik bahasa ingeris dan sampailah hadiah pelajar terbaik muzik , sehingakan si bu terpaksa membawa troli untuk membawa hadia balik ke rumah...


setelah 9 bulan 9 hari ,membawa anaknya, maka si bidan yang telah beberapa kali menyambut kelahiran anak anaknya datang ke rumah .....si bidan tidak bersabar sabar untuk melihat keajaiban atau pun kepelikan yang berlaku di kampung tersebut, sebaik sahaja bunyi tangisan keluar dari mulut si anak, tiba tiba bunyi satu ketukan di pintu..


dengan segeranya di bidan pergi menuju ke muka pintu, alangkah terkejutnya apabila melihat seorang pemuda yang memeprkenalkan namanya shah razmeer sedang membawa sebuah bakul yang berisi bola boling dan juga peralatan seperti berus gigi dan jugak ubat gigi..maka si bidan dengan segera mengucapkan terima kasih kepada shahrazmeer lantas menyerahkan barang barang tersebut kepada si isteri, maka terkejutlah si isteri bila melihat bola boling dan jugak peralatan gigi ittew yer uols kan....

keliru dengan cinta?


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan kerja hari nie? ok ker? kalau ok, baguslah..akak macam biasa sahaja lah uols..hari isnin biasalah kan..macam malas nak pergi mengajar pada mulanya kan?


oklah uols semua dah tengok ker tajuk entry kali ini? yuo ini pasal keliru dengan cinta katanya kan? biasalah kadang kadang soal hati nie memang susah sangat kita nak selami...kadang kadang boleh jadi gila jugak ...bergantung kepada siapa yang mengalaminya kan?


pernah uols tiba tiba rasa jatuh cinta pada seseorang yang uols rasa tak pernah terfikir nak jatuh cinta ? pernah mengalaminya? walaupun uols cuba untuk menafikan perasaan itu, namun semakin kuat u ols menafikan perasaan tersebut, semakin kuat pulak rasa itu datang bukan? cubalah buang jauh jauh, semakin kuat perasaan itu timbul bukan? itulah yang dinamakan cinta itu buta..


dalam dunia percintaan, setiap manusia mempunyai citarasa yang tersendiri, ada yang mahu berkulit putih lah, ada yang mahu tinggi lampai , kulit hitam manis, berbadan sasa, anu yang besar lah ( opss 18 sx), pinggul yang chantek dan macam macam lagi lah kan? namun itu hanya lah satu kayu pengukur kita kepada seseorang bukan? yelah takkan uols semua tak taste pulak nanti, kalau tak der taste atau uols main pakai sebat ajer, macam tak elok pulak kan?


so kadang kadang apa yang kita taste tu memang tak dapat lah uols, apatah lagi jauh dari standard yang pernah kita letakkan dalam diri kita..namun kalau kes begini yang berlaku macam mana? perlu kah kita meneruskan percintaan tersebut sebab kita merasakan orang itu bukan taste kita? bagaimana pulak, kalau orang yang kita tak taste itu, yang selalu kita ejek atau pandang sebelah mata, berjaya mengetuk pintu hati kita bukan? heheehe..


apa apa pun soal hati ini benda yang sangat susah ..akak pernah rasa susah sebab soal hati ini mempengaruhi kehidupan akak yer, pi kerja pun rasa tak ceria, pi mana mana pun asyik teringat si dia sahaja sehingga kenkawan perasan dengan perubahan mood kita tu kan? so kalau benda macam nie dah berlaku, macam mana uols nak menghindari nya? susah bukan.....


apa pulak kalau uols mencintai seseorang tanpa memberitahu kat orang itu yang u ols minat dengan dia....u ols pernah mengalami perasaan begitu? apa tindakan uols apabila melihat orang yang uols minat tu bermesra dengan orang lain? sakit hati? yup..biasalah kan...mesti kita akan rasa sakit hati bukan? so uols tak mahui kah meluahkan perasaan uols pada orang tersebut? pendam sahaja kah?


oklah uols , rasanya apa apa sahaja yang datang dalam hidup uols nie, kita harus teruskan, cinta adalah satu pelengkap dalam diri kita, cinta adalah satu benda yang sangat indah untuk kita hayatinya...saat saat manis adalah satu yang sangat berharga dalam diri kita...so teruskan lah saat saat manis uols tu beresama dengan orang yang tersayang kan?

Mencari Hantu...


Akum semua…apa khabar? Sihat? Alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer….akak sekarang ini berada di lumayan yer… baru sahaja tengok vcd yang bertajuk langkasuka katanya yer….

Best jugak ceritanya nie..akak tengok dengan daylan, kak farah dan hans…firdee pulak keluar ..ada hal katanya…..sekarang akak rasa nak taip blog pulak yer….tapi tak tahu pulak nak cerita apa dalam blog akak nie

Erm….akak dah ada idea pulak yer..oklah akak nak cerita pasal semalam yer iaitu ekspidisi mencari hantu ….hah mencari hantu? Motif sangat kan? Tak der kerja ker? Motif mencari hantu kan?pepondan memang macam nie….sengaja nak cari pasalkan…selagi salah seorang tak kena sampuk atau rasuk, selagi itulah …

Dalam pukul 11 malam, akak , daylan dan hamie datang ke lumayan untuk bermain spirit spirit pada asalnya….masa tu ada kak nor, firdee dan kak farah ..hans pulak dah tido sebab sangat penat berenang …..kami dah lama planning untuk bermain spirit spirit ….

Kami bertiga singgah untuk membeli makanan di kedai mamak yang baru dibuka di lumayan….akak beli mi goreng, sama dengan daylan jugak..manakala kak nor hanya kirim roti canai pulak…sampai sahaja di lumayan, akak dan daylan serta kak nor makan, yang lain sedang tengok cerita iaitu suara dari kubur…

Mula lah masing masing dah bukak cerita mistik yer, tak lama kemudian datang pulak amy dan jugak rihannna yer..atau pun lebih dikenali sebagai kak dollah chantek….wah dah ramai nie, masing masing sangat bosan ketika itu hanya ada` sessi lahar melahar sahaja masa tu….

Kak nor tak mahu main spirit spirit sebab dia rasa macam takut sahaja, sama jugak dengan hamie jugak….lagi pun kertas spirit spirit tu dah dibuang oleh firdee…pastu timbul idea untuk mencari hantu…macam macam lah pepondan nie kan? Mencari hantu katanya..ini dinamakan, tak der kerja ….

So macam macam nama tempat dicalonkan untuk mencari hantu yer…antaranya ialah hospital lama cheras, bukit tungku dan jugak bukit antarabangsa …masing masing memberi cadangan untuk mencari hantu..kak farah pulak sibuk memastikan kamera dalam keadaan yang elok yer……

Semua orang dah siap dan bersemangat yer…turun dari lif…sebaik sahaja nak naik kereta, kami semua berbincang semula nak pergi ke mana pulak..ya allah pepondan memang macam nie kan..ada ajer meeting katanya….kami nak pi ke hospital lama cheras, tapi tak tahu pulak jalan..so kak nor pun contact kenkawan dia, akak pulak cuba contact shahril..tapi dah agak dia takkan akan angkat punya…

So kami semua nak pi ke bukit antarabangsa lah….dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kereta firdee dan jugak kereta kak farah yer…..akak, hamie, daylan serta firdee naik satu kereta, manakala kak farah, hans, dollah chantek, amy serta kak nor pulak satu kereta..maka bergerak lah dua buah kereta tadi untuk mencari hantu katanya..

Dalam perjalanan, tiba tiba kami terima satu panggilan dari kak nor yang meminta kami mengikutnya dari belakang sebab mereka dah tahu jalan ke hospital lama cheras…ok. Malangnya kami pulak semua stuck dalam jam..maklumlah malam minggu nie, ramai sangat nak pi downtown, dan polis pulak sibuk buat roadblock…sakit hati betul lah…

Kami berempat follow kereta kak farah, malangnya kami semua dah sesat dan tak jumpa pulak hospital lama yang kami nak pergi. Kami patah balik dan terus ke ulu yam pulak..macam macam lah planning pepondan nie kan…semasa dalam kereta kami semua bercerita pengalaman hantu …daylan bercerita pasal pengalaman dia bersama dengan mark yang terdengar suara dalam kereta seperti orang yang menjerit, firdee pulak menceritakan pengalaman dia diganggu oleh makhluk halus semasa dia pergi ke perputakaan yer….manakala hamie pulak terkenang kisah dia terdengar suara orang yang menangis semasa dia terkunci di bilik asrama..

Akak pulak hanya berdiam diri sahaja mendengar kisah mereka….kami berbalas balas sms dengan kereta kak farah, firdee pulak ada bercerita mengenai jalan menuju ke ulu yam iaitu berdekatan dengan batang kali, ada satu peristiwa iaitu ramai pemandu terlihat satu tilam seperti berbungkus tiba tiba muncul di tengah jalan..dan mengakibatkan kemalangan …

Tiba tiba kami dapat satu sms dari kak nor yang meminta kami semua lihat ke sebelah kiri, maka akak, hamie dan jugak firdee pun tengoklah kat sebelah kiri yer, tak der apa apa pun, daylan tak leh tengok sebelah kiri sebab sedang memandu uols..sebaik sahaja kami oleh ke sebelah kanan, ya allah kami semua amat terkejut sekali melihat dalam kereta kak farah ada dua orang sedang memakai topeng yer..melompat jugak kami semua..terkejut sial …..

Kami meneruskan perjalanan, tiba tiba firdee meminta akiko berhenti untuk mengisi minyak terlebih dahulu, akak dan hamie mengambil kesempatan untuk pergi buang air kecil yer, tak sangka pulak ahli ahli dari kereta kak farah pun sama, kami jugak sempat membeli air..punyalah kecoh membeli air masa tu, sampai naik pening pulak bangla tu yer…..

Tiba tiba kak dollah chantek keluar semula dari kereta semula, kami berempat sedang memerhatikan kak dollah chantek dalam kereta…tergelak kami tengok gelagat kak dollah chantek tu yer..sangat women sekali ….tiba tiba dating ramai mat rempit yang sedang mengisi minyak ketika itu..wah laku sekali kak dollah chantek masa tu…kak nor pun mengambil kesempatan untuk mencelah kak bedah ketika ittew…

Perjalanan diteruskan..kami semua dah berdebar, sebaik sahaja masuk ke selekoh , cepat cepat akak tengok jam, yup jam menunjukkan pukul 02 22 ketika ittew yer….heheheh akak cepat cepat check signal handphone samaada ok ke tak? Yup masih lagi full katanya yer….

Kami meneruskan perjalanan yer, jalan ketika itu sangat gelap, kami hampir sampai di tempat yang dituju iaitu ulu yam yer, akak dan firdee selalu menoleh ke belakang untuk memastikan kereta kak farah ada dibelakang…tup tup kereta yang berada di belakang kami masa tu potong, eh bukan kereta kak farah lah….rasa risau dah mula bersarang di dalam hati kami, mana pulak kereta kak farah sebab jarak antara kereta kami dengan kereta kak farah tidak lah jauh sangat masa tu yer..

Akiko memperlahan kan kereta untuk memberi ruang pada kereta kak farah dekat dengan kami, malangnya tak muncul lagi, kami berempat tunggu di tempat air terjun tersebut ..tiba tiba kami Nampak kereta kak farah dan kak farah pun memberi signal untuk berhenti dan pusing semula….

Kak nor pulak meminta kami semua meneruskan perjalanan, katanya tempat yang kami berhenti nie tak menarik sangatlah..so kami minta kak farah jalan ke depan, biar kami follow dari belakang pulak ….perjalanan mencari hantu diteruskan lagi, tiba tiba kereta kak farah masuk ke satu simpang yang akak menakutkan yer…di tepi jalan raya tu, ada sebatang pokok pisang yang sangat yang menakutkan…

Kak farah macam tak selesa untuk meneruskan perjalanan, jalan itu sangat gelap dan menakutkan, kak nor meminta kami jalan bersaing…eh bahayalah pulak, dua kereta dalam satu jalan kan? Nie bukannya pertandingan kereta berirama yer kak nor…so kami semua mabik keputusan untuk berpatah semula ..dan pergi ke tempat air terjun tadi semula yer..

Akiko memecut kereta dengan laju, kami semua sedang menunggu kedatangan kereta kak farah, sebaik sahaja semua dah sampai, kami keluar`dari kereta dan hans seperti biasa sangat sibuk mengambil gambar kami semua…masing masing berbincang untuk mencari hantu..wah berani katanya…orang yang paling semangat ialah kak farah yer….dia sangat excited untuk mencari hantu…

Tiba tiba kak nor meminta kami beredar dari situ, terkejut lah yang lain pulak, sedangkan kami semua baru sahaja sampai, masing masing macam dah tak excited apabila kak nor meminta kami semua beredar, kak nor merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya kami mnenerusklan niat kami itu. Akiko tak mahu turun sebab takut kalau ada binatang binatang yang berbisa ketika itu

Akak dan kak farah terus menuju ke depan, yang lain ikut di belakang, yang akak respek ialah hamie, walaupun beberapa kali dia menyatakan rasa takutnya, tapi dia tetap jugak nak joint kami semua..akak memimpin tangan hamie ketika turun dari tangga. Seperti biasa, pepondan nie, kalau pergi mana mana, walaupun pi tangkap hantu ker, cari hantu ker..tetap dengan kamera dan bergambar yer..

Masa kami turun dari tangga, tiba tiba akak dah rasa macam meremang sahaja bulu roma nie, rasa macam tak tenteram lah uols….akak mencadangkan kami semua naik sahaja, kak dollah chantek pun setuju, manakala kak farah, nak cakap sesuatu, tapi macam tak terkeluar..tiba tiba kami nampak beberapa cahaya dari semak semak, masing masing dah mula buat andaian..

Kami mengandaikan cahaya itu mungkin dari orang yang pi camping ketika itu kot, tak pun ada orang yang sedang merendek, tapi kami sangat takut kalau manalah tahu mat mat rempit yang sedang merendek atau pun buat projek, maka kami semua berlari lari naik tangga sambil menjerit jerit..akak sempat memegang tangan kak farah ketika itu, dan kak farah beberapa kali tersadung ditangga yer…

Kami berjalan dengan laju dan masuk kedalam kereta, kami Nampak ada 4 orang lelaki yang sedang memakai baju melayu menuju kearah kami ketika ittew, lelaki itu menuju kearah kereta kak farah…kak farah seperti disoal siasat ketika itu..

Lelaki itu jugak menuju kearah daylan jugak ketika itu, dan memperkenalkan dirinya polis dan meminta daylan mengeluarkan lesen, dengan tenangnya daylan mengeluarkan lesen kereta….polis tu kelihatan memeriksa lesen daylan dan meminta kami semua pulang ke rumah dan berhati hati memandu kereta ….kami semua pulang …dalam perjalanan, kak farah sms untuk bertanya tempat port kami untuk berehat sambil berkukik kukik nanti

So, akak mencadangkan kami semua lepak sahaja di rasik ketika itu , sebaik sahaja sampai di rasik, masing masing menceritakan kisah apa yang berlaku sebentar tadi, kak farah menceritakan mengenai dia ternampak bayang bayang di belakang akak semasa kami turun dari tangga tadi yer….terkejut jugak, terus kamera kak farah dibuka untuk melihat sama ada bayang bayang tu muncul ke tidak yer…tak nampak pulak bayang bayang yang dimaksudkan….

Mulalah sessi lahar melahar yer antara kami semua, wah wah sekarang nie mulut si amy semakin lancang yer..melahar akak sahaja gamaknya…so akak pun tak ambik hati lah, tak perlah adik beradik kan..nak marah apa..sobar ajolah kan…kami bergerak pulak bila jam menunjukkan pukul 5 pagi dah…

Memang penat, memang mengantuk dan memang sangat letih ketika itu, akak sampai di rumah, terus mandi …dah tak leh tido pulak, sempat meng sms daylan..inilah pengalaman yang sukar akak lupakan yer……

tak tahu nak tulis apa nie

akum semua.. apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman yang tersayang yer..so macam mana dengan cuti hari ini yer? seronok tak ? apa planning uols malam nie kan? akak sekarang nie berada di rumah kawan akak iaitu akiko dan hamie yer,

tadi temankan akiko gunting rambut kat kawasan tasik permaisuri dan hamie pulak basuh kereta yer....so lepas tu terus datang ke sini ( bandar tasik selatan )... memandangkan takder apa apa planning pun , so akak pun datang sini sahaja lah ....terus nak pinjam pc hamie untuk menaip blog yer....

terlebih dahulu akak nak minta maaf sebab dah lama sangat tak taip blog nie ...dah rasanya hampir 2 minggu kot ( ye ker) tak updated blog nie, sangat sibuk lah uolss ..nie barulah ada masa lapang sikit...tapi tak tahu nak tulis yang mana satu pulak yer......

kalau nak sambung cerita dogeng tu, kenalah perah otak sikit kan....sebab bukan senang nak buat sambungan sebab cerita dah tergantung tu..lama sangat ...tapi nantilah akak pikir nak tulis apa dalam blog akak nie sebab banyak sangat peristiwa yang berlaku katanya.....oklah uolss nanti jap akak nak pikir dulu lah yer....