akum semua..apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..so macam mana dengan kerja hari ini yer? ok kah? oklah kot ...tapi mesti ada diantara kita malas nak pi kerja sebab biasalah kan hari isnin, ala ala black monday gittewkan...
oklah akak sekarang berada di cyber cafe di taman dagang yer, sensorang sahaja sebab yang lain tak sms akak nak ajak makan pun, so akak assume mereke semua penat dan busy dengan aktiviti masing masing KANNN... so akak pun mengambil keputusan untuk mengupdated lah blog akak yang semakin hari semakin sunyi sepi gittew kan..
oklah akak nak cerita pasal aktiviti yang akak dan adik beradik 69 lakukan pada hari sabtu yang lepas, iaitu 23 haribulan mei 2009, sebagaimana yang tuan tuan dan puan puan tahu, setiap minggu kami akan merancang untuk mengadakan aktiviti yang melibatkan adik beradik, tujuan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan adik beradik disamping boleh gosip bergosip serta aktiviti lahar melahar antara satu sama lain yer...
oklah, so dalam pukul 3 30 petang semua peserta ekspidisi ke janda baik telah berkumpul di rumah flat akak ,antara peserta yang datang awal ialah kak farah, dan suami yang tercinta iaitu hans serta kak ngah iaitu kak nor, mereka bertiga memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema iaitu pergi mandi sungai di janda baik, manakala akak pulak mengambil keputusan memakai pakaian yang bertemakan pergi makan kedai kak lahar sahaja, iaitu seluar jeans dan jugak t shirt rina sahaja,
tak lama kemudian, akak dapat sms dari akiko yang menyatakan dia, hamie dan firdee akan sampai ke rumah akak tak lama lagi, dengan cepatnya kami berempat turun ke bawah menanti kedatangan firdee yang lebih dikenali sebagai kak teh. ekspidisi kali ini tidak disertai oleh kak su dan jugak amnatul shima ( akak tiba tiba blur dan lupa pangkat si am nie ) dan jugak adik tiri kami iaitu rihannna yer, jadi dengan kata lain aktiviti ini hanya melibatkan kakak kakak besar sahaja
so, kami bergerak ke janda baik dengan dua kereta, kereta kak teh ada kak long, kak teh, kak anjang dan jugak kak tam...manakala kereta kak lang, ada suami kak lang , kak ngah dan sudah pasti adanya jugak kak lang yer..so kami pun bergerak ke janda baik yang dikatakan kampungnya seperti lukisan sahaja layaknya..so akak tak sabar lah nak tengok kampung yang bagai dilukis itu yer.... oleh kerana orang di dalam kereta kak teh , masing masing belum makan lagi, kami bercadang nak pi makan terlebih dahulu
namun takut masa mencemburui kami, so kami makan mc donald sahaja, itu pun tapau melalui drive thru sahaja, sebaik sahaja kami dapat mc donald, maka akak ala ala ikan pirahna terus memakan fun fries dengan bernafsu sekali yer....punyalah lapar, akak jugak menjadi ajk makanan dan minuman ketika itu kerana terpaksa memegang air coke yang besar dio depan, begitu sibuk sekali akak masa tu kan?
so kami meneruskan perjalana ke janda baik, jalan yang berliku liku serta sempit kadang kala menakutkan jugak yer, bukan takut hantu dik oiii, bukan....tapi takut dengan kereta atau motor yang dibawak laju, manalah tahu accident nanti kan...dalam 10 minit perjalanan, kak teh telah berjaya menghubungi kawannya yang tak silap akak namanya salam...salam ini adalah kawan lama kak teh semasa kerja di genting, jadi salam menjadi pemandu pelancong kami pada masa ittew yer
sebaik sahaja, salam sampai, kami mengekori kereta salam dari belakang, panorama kampung dah semakin jelas kelihatan yer, semuanya berubah, kalau di kuala lumpur, kiri kanan nampak bangunan sahaja, tapi kali ini kami nampak objek objek yang memang terdapat dikampung iaitu, lembu, kerbau, pokok pokok, dan macam macam lagi lah..udara pun segar jugak..
kami sampai di sebatang sungai yang agak jernih airnya...cayakah jernih uols..entah lah nanti uols tanaya siapa yang pergi mandi tu nanti yer..namun kami bertukar port lain sebab masa tu terlampau banyak sangat orang yang mandi, tahu tahu ajerlah adik beradik 69 nie kalau boleh tak mahu kongsi sungai dengan orang lain, mahu ajer dihalau orang orang lain yang sibuk mandi ketika itterww kan...
kami jumpa satu port yang chantek dan redup, apa lagi, kak nor, kak farah dan suami kak lang yang tercinta cepat cepat berendam di situ, manakala hami yakni kak tam pun turut serta, tugas akak masa tu hanyalah mengambil gambar adik beradik yang pose pose macam sotong nak kena candat dalam air layaknya..macam macam pose terutama kak tam kita yang agak over, sampai nak muntah darah akak tengok pose pose mautnya itu..kak anjang iaitu daylan tak nak mandi lagi , beliau hanya suka bergambarina sahaja ketika itu...si kak teh pulak sibuk bercerita dengan kawan lamanya..
akak malas nak campur semasa kak teh berbual sebab mak kami ajar, jangan menyampuk atau mendengar bila orang lain berbual yer....so selepas akak boring bergambar , akak pun masuklah satu kawasan rumah rumah yang sangat cantik, rasanya rumah rumah tu tempat penginapan pelancoing yang datang ke janda baik rasanya..so akak pun ambiklah gambar gambar disitu..tup tup adik beradik yang lain nak pi tukar port lain pulak
so kami pun bertukar ke port lain, kali ini kek teh dan kak anjang pun turut serta mandi kat situ, manakala akak hanya berbual bual dengan si salam , bukan apa kesian pulak, tak der siapa yang nak berbual dengan dia pulak kan...akak dan salam kadang kala tergelak jugak dengan keletah adik adik akak nie, dah besar dah masing masing kan....tiba tiba kak teh dan kak ngah tak silap hampir hampir lemas di bawa arus gittew kan...tergelak gelak si teh sampai ke atas terdengar
selepas penat mandi manda, so mereka pun naik, masa tu terdapat pemuda pemuda kampung yang tengah usha adik beradik salin baju, so adik beradik nie punyalah malu nak salin baju sebab perbuatan mereka diintip secara sembunyi, sehinggalan kak ngah terpaksa salin di tempat yang tertutup...biasalah yer tuan tuan dan puan puan, pepondan nie, kalau abis ajer melakukan aktiviti yang berat berat mulalah laparina yer sedangkan baru ajer tadiada antara kami yang melantak big mac yer...so kami pun pi lah makan kat genting sepah ..
semasa makan kat genting sepah , timbul idea nak pi terus ke genting pulak..aiyoooo memang tak sesuai sangat pakaian yang dipakai oleh mereka, dengan berseluar pendek ala ala boxer, kak ngah lah layak mendapat pakaian paling biadap 2009 yer, mula mula kak teh memabawa kami ke awana resort sahaja..apa lagi kami bermulalah bergambar yer...gambar sana, gambar sini..gambar keluarga katanya...terus kami semua nak pi naik ke genting
uols tahu tak apa sebab nak naik ke genting? yer biarlah akak terangkan yer, sebab nak pi sana sebabnak pekena teh tarik mamak kat genting..kau tak pengsan ker nyah dengarnya..sanggup naik ke genting semata mata nak pi pekena teh tarik dan makan kat mamak genting..wowo gitu, nasib baik, kami semua tak der jet peribadi, rasanya, sempat pergi sarapan ke new york lepas tu kan?
so akak ikut sahaja, pi lah ke tempat kereta kabel, so naik lah ke genting....masa tu ujan dan sangat sejuk sekali suhu kat situ, sebaik sahaja kami sampai di atas, semua mata menadang kami yang berpakaian agak pelik...maklumlah cuaca yang sejuk tu masing masing pakai seluar pendek dan t shirt sahaja..sangat hebat adik beradik 69 nie kan..
so kami pun berjalan, kali ini kak teh menajdi pemandu pelancong bagi kami pulak. penat berjalan kami pun pergi makan yer, punyalah lapar , masa tu akak dan akiko serta firdee yang makan , yang lain minum sahaja mungkin masih kenyang masa makan di genting sepah tadi kot...tetap ada jugak sessi bergambar yer....kami pun berjalan ke taman astokona katanya...sambil melihat panorama, masa tu ramai orang, so kami lepak sahaja sambil menyanyi lagu lagu lama
semua orang dah bosan bercampur dengan penat sekali, maka kami pun mengambil keputusan nak balik sahaja ke tenpat asal kami, so kami terpaksa naik shuttle bus sebab kabel dah tak beroperasi yer...kami pun tunggu bas , tak silap dalam pukul 12 30 malam , barulah kami dapat bas untuk turun ke bawah ..masa tu ramai pulak orang yer, so akmi semua terpaksa berebut rebut naik bas, akak dan kek teh duduk paling belakang sekali...
dalam perjalanan, semua adik beradik tidur ,hanya akak dan kak teh sahaja yang tak tidur masa tu, sebab kami bergelak ketawa sahaja..hehehe seronok pulak pergi ke tempat yang tidak dirancangkan....so dalam pukul 1 pagi kami semua sampai di bawah dan memandu balik ke kuala lumpur
itulah pengalamna yang tidak akan dilupakan, dari ke janda baik terus pergi ke genting yer..apa apa pun uolss memang seronok lah kan....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
1 comments:
kaklong... u patut discribe pakaian adikberadik masa gi genting tu... gigih iye, semua pakai t-shirt n short pants... hehe
Post a Comment