oklah uols semua..akak nak teruskan jugak kisah dogeng akak nie untuk tatapan anda semua walaupun cerita nyer tah apa apa tah kan? akak layan ajerlah..tulis ajer apa yang patut asalkan akak happy yer..oh dah sampai mana kita sekarang yer? oh baru sahaja kelahiran fatyemah wong dan akiko tomsen




baiklah akak teruskan....




si suami pun pulang dari perantauan untuk melihat anak anaknya, hatinya berdebar debar, semacam ada satu perasan yang ganjil menyelinap dalam hatinya..dia berdoa agar isteri yang tercinta selamat melahirkan anak yang comel comel, sebaik sahaja dia sampai di sebuah gerai untuk menghilangkan rasa haus, dia di datangi oleh beberapa pemuda kampung yang mengucapkan tahniah kepadanya...


tersenyum lebar si suami apabila mendengar berita bahawa isterinya berjaya melahirkan anak kembar, alhamdulillah tidak sia sia lah teknik yang dipelajarinya dari buku karma sutra yang dijumpainya semasa dalam perjalanan merantau..dia mempercepatkan langkah sambil terseyum lebar..hanya allah sahaja yang tahu perasaan gembira yang berbunga di dalam hatinya..


sebaik sahaja si suami melangkah ke anak pintu, dilihatnya begitu ramai anak anaknya, seperti belut sahaja di dalam bekas....6 orang sedang bergusti di depan muka pintu..sebaik sahaja, si along ternampak ayahnya, maka ia pun berlari lari sambiu menjerit keriangan...jeritan si along didengari oleh adik beradik yang lain , turut menjerit kehappyan katanya...


lantas si bapa bertanya kepada si along, di manakah gerangan si ibu berada, dengan cepatnya, si along menarik tangan si ayah untuk membawa ayahnya ke tempat ibunya bekerja...si suami mendukung si kembar dan meminta yang lain mengikutnya untuk berjumpa dengan si isteri yang tercinta..dalam hatinya tidak rasa sabar sabar lagi untuk bersua dengan isteri yang tercinta.....


betapa luluh hatinya melihat si isteri sedang membanting tulang di sawah padi sambil menyapu keringat yang membasahi di dahinya..namun cepat cepat si bapa menyeka air matanya lalu melaungkan nama si isteri...seperti mendapat satu kuasa azimat, si isteri berlari mendapatkan si suami yang tercinta..betapa rindunya dia terhadap si suami yang tercinta, maka berpeluk peluklah dua insan yang terinta itu di bendang..


sebaik sahaja di rumah, si isteri menceritakan kepahitan hidup mereka anak beranak kepada si suami, hanya si suami mendengar sahaja dan berjanji tidak akan pergi meninggalkan isteri yang tercinta...dan si isteri jugak meminta agar si suami menjarakkan tahun anak anak mereka kerana ingin memberi tumpuan kepada anak yang telah dilahirkan, maka si suami pun hanya mendiamkan diri sahaja..


tahun berganti tahun, maka si along dah masuk ke tahun 3 persekolahan, manakala si angah sudah masuk ke tahun pertama , dan dikuti oleh si alang yang akan pergi ke sekolah tadika ( ada ker sekolah tadika masa tu uols kan?) maka dengan rahmat allah s.w.t , maka si isteri sekali lagi telah mengandung...maka berita ini amat mengejutkan beberapa orang kampung kerana keluarga ini akan bertambah bilangan ahlinya...


bagi si isteri pun agak terkejut kerana selama ini, dia dan suami hanya bercium selama 2 jam sahaja,jarang sekali melakukan hubungan kelamin.....namun mungkin tuhan ingin meberi rezeki kepadanya ..maka dia menerima dengan tenang sahaja, namun terdapat perubahan yang mendadak di dalam fizikalnya iaitu bibirnya terangkat persis angelina jolie sahaja semasa mengandungkan anak ini...barulah dia teringat yang dia selalu bercium dengan suaminya di katil selama 2 jam sehari yer....kelas gitewww kan..


si suami pun meminta izin kepada si isteri untuk pergi berdagang, 3 tahun duduk di kampung sambil melakukan kerja kerja kampung yang tidak menjanjikan apa apa kekayaan , membuatkan si suami pun mengambil keputusan untuk berdagang, dengan perasaan yang berat sekali, si isteri dan anak anaknya terpaksa melepaskan si suami...


kini si isteri menghadapai tugas yang berat sekali, dia lah bapa dan dia lah jugak si ibu yang harus mendidik anak anaknya....namun, alhamdulillah anak anak yang tercinta jarang sekali melakukan perbiuatan yang tidak baik, malahan selalu menjadikan namanya harum di kampung pening lalat, siapa yang tak bangga, kalau setiap kali hari anugerah cemerlang, ke tiga tiga anak anaknya sering diumumkan sebagai penerima hadiah ..ini menyebakan orang orang kampung sering memandang serong anak anaknya....


si along selalu menyertai pertandingan tarian di sekolah, kalau ada aktiviti menari ker, aktiviti yang bersifat keperempuan, maka si alonglah yang menjadi pilihan guru guru, pernah alon g menjadi lady bird semasa hari sukan tahunan sekolahnya.... manakala si angah pulak lebih dikenali sebagai ketua darjah yang paling besar dan garang di kelasnya....siapa tak kenal dengan normala, yang mampu menjerit menyuruh murid murid lain diam..sampai ke hujung padang sorenya kedengaran, bukan itu sahaja, malahan rekod acara baling tukul besi dan melontar peluru masih lagi mampu dipecahkan oleh mana mana murid ..bayangkan betapa hebatnya si angah walaupun masa itu beliau di tahun 1.... siapa yang mampu melawan kebijaksanaan si alang yang menyapu bersih hadiah dari bahasa melayu, pelajar terbaik ilmu alam, pelajar terbaik ilmu hisab ( isap apa tu kak farah ?) pelajar terbaik bahasa ingeris dan sampailah hadiah pelajar terbaik muzik , sehingakan si bu terpaksa membawa troli untuk membawa hadia balik ke rumah...


setelah 9 bulan 9 hari ,membawa anaknya, maka si bidan yang telah beberapa kali menyambut kelahiran anak anaknya datang ke rumah .....si bidan tidak bersabar sabar untuk melihat keajaiban atau pun kepelikan yang berlaku di kampung tersebut, sebaik sahaja bunyi tangisan keluar dari mulut si anak, tiba tiba bunyi satu ketukan di pintu..


dengan segeranya di bidan pergi menuju ke muka pintu, alangkah terkejutnya apabila melihat seorang pemuda yang memeprkenalkan namanya shah razmeer sedang membawa sebuah bakul yang berisi bola boling dan juga peralatan seperti berus gigi dan jugak ubat gigi..maka si bidan dengan segera mengucapkan terima kasih kepada shahrazmeer lantas menyerahkan barang barang tersebut kepada si isteri, maka terkejutlah si isteri bila melihat bola boling dan jugak peralatan gigi ittew yer uols kan....