akum semua...
walaupun jam dah pukul 3 46 pagi akak masih lagi di depan komputer sambil memerah otak untuk menulis entry akak nie..Yolah semua orang tengah tido akak yang macam orang gila nak perah otak...Tapi tak per..asalkan anda semua heppi baca blog akak nie kan?
Oklah satu lagi permainan yang akak suka ialah galah panjang..Penah main tak? hah tak penah? Kauorang main apa kecik kecik dulu? Anak patung?Masak masak? opss sorrylah bagi akak itu semua permainan pondan ajer....opssss
Galah panjang nie merupakan permainan yang melibatkan ramai pemain, tapi jangan lah kau angkut satu kampung main pulak..dalam 16 orang pun cukup..bahagi kan dua kumpulan....
Tahu tak nak bahagikan kumpulann? Ha kita kena nyanyi uolsss..kau tahu lagunya....meh akak ajar dengar yer..." lat ta li lat lai li tam plom...." ha bunyinya begitu...dah hafal...kalau versi remix macam nie pulak " lat ta li lat lai li tam plom..mak minah balik kampung..terberak dalam tong..anaknya sotong" ha....tak islap akak macam tu lah...Siapa mak minah tau? Entah lah akak ikut ajer diaorang nyanyi tau....Tak perlu kepit suara bila nyanyi tau sebab nyanyi ramai ramai...
Kalau nak sedap kau panggil koir hazami tau..pastu muka kau mekap tebal dengan tepung gomak..pastu buat macam hazami buat persembahan dalam juara lagu...mesti kenkawan kau kagum..tapi ingat liriknya..haha seperti diatas.....kalau nak ubah muzik kau panggil ramli ms....
bergantung pada kawasan mana kau orang duduk dulu...bagi kawasan batu kikir itulah lagu kami...akak hafal tau lagu tu...suka dengan lagu tu. Kadang kadang akak cuba mencari maksud tersirat lagu tu...u olsss tahu ker? apa maksunya lat ta li lat? adalah lalat yang buat tahi ? entah lah lah akak konpius sampai sekarang
Oklah merapu pulak akak nie kan...Yelah pepagi alam nie memang hormon akak naik...esok nak pi mengajar nie masih lagi menulis nie kan...gilo apo...tak per untuk peminat akak...dah bahagi kumpulan? Oklah berikan nama kumpulan..jangan kau pilih kumpulan mawar, kumpulan kemboja, kumpulan seri pagi..jangan u olssss..nanti kena gelak..letak lah kumpulan candy ker...kumpulan destiny child ker...spice girls ker..hah , mesti pasukan lawan takut dan respek sebab kau guna kumpulan orang puteh....
Oklah pastu kita mulalah main....satu pasukan akan berbaris mengikut garisan yang panjang...tapi tak lah panjang macam padang bola...gilo apo..ala kadar lah,,seorang jaga satu barisan.Itulah tadi akak dah pesan jangan kau hangkut satu kampung main, kalau ada 30 orang setiap kumpulan..sampai ke pagi tak habis game nie kan?
Dan satu kumpulan akan kena melepasi kumpulan yang menjaga garisan tadi, ingat jangan kena sep@sip itu bahasa akak lah..bahasa kau orang akak tak tahu lah....kalau ahli kau kena "sip atau sentuh"atau pasukan lawan...pasukan kau akan kalah lah..tukar lah pulak...kau paham tak nie?
tak paham tak perlah..susah nak terangkan tapi yang paham bagus lah..nanti akak anjurkan pertandingan nie mengikut zon..zon pandan jaya, zon bukit antarabangsa, zon bandar tasik selatan, zon melaka, zon serdang ( melaka zon ker? bukan negeri ker?)
ok...
nanti yer....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment