Akum semua...
Apa khabar? Sihat? erm baguslah ..akak pun sihat dan alhamdulillah senantiasa bergembira ....
Dah lama tak der entry baru kan? alah, maklumlah sibuk dengan tuisyen, apatah lagi hari jumaat, sabtu dan ahad memang akak terrrsangatlah sibuk yer.

Sekarang nie jam dah menunjukkan pukul 2.02 pagi, kawan akak daylan dan hamie baru balik, lover akak dah bum bum.

oklah ...hari ini seperti biasa entry yang akak nak tulis pasal pengalaman akak di upm.

"kak non..kak non...kak non "bosan kah"?" tanya azrizal kepada akak di satu malam .

"Aiyoooo...berapa kali nak "bosan" nie? sindir mandy

@ mesti pembaca masih ingat, "bosan" bermaksud kami nak main make up make up ler.

"eh..ehh.. orang tak tanya mandy ler...tanya kak non, " jawab azrizal dengan pantas.

"erm napa dik non? dek non "teringinkah?" tanya akak sambil tersenyum

@teringin bermaksud perasaan yang teramat sangat atau meluap luap

"yesss..haruslah.." kata azrizal sambil tersenyum

"ok set....so mandy nak join?" tanya akak pada roomate akak. Hanya bilik akak sahaja yang sesuai untuk dijadikan port make up make up nie.

"hehehe...set..., " kata mandy dengan semangat

"amboi amboi...tadi dialah orangnya yang marah kat kita kannnnnn," laser azrizal. Mandy buat dek ajer. Di capainya tuala untuk ke tandas. Biasalah acara mandi pun bermulalah....

azrizal segera pergi ambik peralatan make up di biliknya, dan yang penting dia akan ambik kamera sekali.

"ok, kita mulakan kak mandy dulu, ok baring," perintah azrizal. Mandy ikut ajer, akak kena tunggu, semasa tunggu tu akak pun kemas kemas bilik.

"pakai baju ker hari nie?" tanya akak pada azrizal.

"yess..haruslah..kita pakai baju yang sama macam dulu," terang azrizal . Masih lagi ingat dengan kes hantu cina ..entry yang lalu?

"erm ok ajer.." jawab akak, terpaksalah memakai kain lilit hitam yang panjang tu nampak gayanya.

"ok dah siap, kak non pulak," jerit azrizal. terkejut akak, sebab akak dah tertido dah..hikhik...biasalah lambat sangat make up nye siap.

akak pun pejam kan mata...bestnya bila orang make up kan kita kan.

"ok siap...mandy terus pakai baju, kak non tunggu jap, dek non nak make up," arah azrizal.

akak ikut sahaja u olsss.

ok, apabila semua dah siap, azrizal akan tolong akak melilit lilit kain, dah macam sari pulak akak tengok nyer..kreatidf tol azrizal nie nie yek...

"jangan jadi hantu bungkos dah ler...tak pun pocong," nasihat akak, bersungguh sungguh azrizal melilit kain ittewww.

apabila semua dah siap, bermula dengan sessi tangkap gambar.

bertukar tukar pose kami di dalam bilik tu, maklumlah tak berani nak ambik gambar kat luar lagi.

ada pose macam itik , ada pose gadis kampung, ada pose berangan chantek,biasa lah gaya gaya pondan kan...u ols mesti tahu kannn..

lepas sessi tu, seperti biasa, kami mesti kelaparan, maklumlah banyak tenaga yang dah keluarkan.Bertigalah kami naik moto pi makan kat serdang.

esoknya kami hantar gambar kat kedai cina. malangnya kedai cina tu tutup. terpaksa pergi kedai lagi satu.

kami takut, manalah tahu kalau cina yang lagi satu nie terkejut bila "cuci "gambar tu, dan takut gak jatuh kat tangan orang lain. Tapi nak sangat tengok hasilnya, kami main belasah ajer. asalkan dapat di "cuci". Dah tak sabar nie.

"taukey..ini gambar haaa. ada pelik sikit..." kata azrizal pada taukey cina tu. dah tua. Patut di gelar apek ajer.

"apa macam pelik?" tanya apek tua tu..

" ini gambar haaa...tu haaa.."akua" ( pondan) punya gambar ha...apek jangan kasi olang lain tengok haaa," terang azrizal

"haiiyaaa..akua ha? manyak cantik?" tanya apek tu.

"mana saya tahu, ini gambar haa, kawan saya punya maa" bijak azrizal menipu apek itteww

"ok ok...wa tatak kasi olang tgk, bila lu mahu angkat?" tanya apek tu.

" ini malam boleh siap ka?"

"boleh boleh..jangan takut maaa ...ini malam ha..." janji apek tu pada kami berdua.

dalam perjalanan balik, akak dan azrizal pun beranganlah nak tgk gambar tu. Macamanelah pose pose kami tu kan?

dalam pukul 8 malam, akak, azrizal dan mandy bersemangat nak pi tgk hasil gambar tersebut. sampai ajer di kedai itu,

"sudah siap ka?" tanya akak,

"mesti maaa..saya business maa.. mana tu resit?" tanya apek

apek pun keluarkan gambar kami tu.

"cantik tak akua tu apek,? uji mandy pada apek tu. Biasalah pondan nak kan pujian kan.

"haiyaaaa manyak cantik woooooo," bijak apek tu memuji pondan kan.

"tapi haaa, ala satu picture, aiyoooo manyak suweyyy arrr," jelas apek tu.

kami tergamam. Gambar yang mana satu nie

"yang mana apek?" tanya akak pada apek itew sambil berdebar.

apek pun angkat satu gambar lalu letak di atas meja

"lu olang tgk haaa. nie akua pakai baju hitam , itu baju ha tak serupa baju wooo...manyak baik. ada tudung hitam lagi atas kepala, tapi haaa.wa tengok betul betul haaa, itu dia punya "tetek" haaa, sudah keluar ha,haiyaaa sudah nampak, haiyaa manyak hitam," jelas apek ittew

"manyak suweyyyy ini picture, u kasi bakar ajer," kata apek itu sambil pose pose nak duit dari kami

akak terus sentapp uolsssss...sangat sentap

#moralnya, tolong pakai bra kalau u ols nak drag, jangan jadi macam akak yer...