bila miss miss berkumpul.....

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulilah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang...so macam mana dengan kerja hari nie yer? ok ker? ok ...bagus lah kan..cuaca sekarang nie sangat panusa panusi...kan uols...so sampai ke malam pun panas jugak kan?



oklah uols..akak terus ke cerita yang akak nak story mory nie kan...pada 14 haribulan jun yang lalu ( matilah dah past tense kan?) akak telah menganjurkan satu pertandingan boling miss universe ..kali ini pertandingan bertukar tempat iaitu di berjaya times square...jadi pada pukul 4 lebih akak dengan gigihnya meng sms miss miss yang berminat untuk bertanding pada hari tulah..



antara miss miss yang akak sms seperti biasa lah, adik beradik 69 dan jugak tidak lupa, adik tiri 69 iaitu adik rihanna , serta peserta yang paling hebat di cakerawala iaitu ady serta tidak lupa seorang kawan akak yang suam suam kuku dengan akak iaitu hafiz yer..si hafiz nie telah bercuti sehingga 20 haribulan nie kerana menjalani pembedahan vagina di belakang yer..kelas kan..pepondan sekarang nie..menjalani pembedahan vagina di belakang..opss tak elok akak cakap macam tu kan?jangan marah ler apis yer..



dalam pukul 5 petang beberapa orang miss universe telah mengesahkan penyertaan mereka, miss yang paling cepat sekali membalas sms akak..sila berikan tepukan kepada miss malaysia yer..yelah miss malaysia suka bertanding di berjaya times square sebab pernah menjatuhkan 200 pin baru baru ini yer..disamping itu jugak, sekalung tahniah kepada miss egypt yang sangat komitmen dengan pertandingan miss universe nie jugak, dan miss aruba ( kawan baik miss egypt )

dalam pukul 7 30 malam, sepupu sepapat akak iaitu mr farid jugak telah bersetuju untuk menyertai pertadingan miss universe nie..motif ada laki str8 yang menyertai pertandingan nie? biasalah uols...konsep keterbukaan ini sangat penting yer..siapa siapa yang berminat boleh menyertai pertandingan boling miss universe yang akak anjurkan nie yer...namun perlu diingatkan bukan senang nak jadi penganjur apatah lagi melayan karenah miss miss nie kan..



oleh kerana farid tak bawak kereta nya pada malam itu, akak meminta belas ihsan akiko dan hami untuk menjemput akak di rumah pandanjaya...dalam pukul 8 malam barulah akiko dan hamie sampai di rumah akak, kami bertolak ke times square...manakala si hafiz dan kak misha omar memang dah kat times square yer..wah begitu tepat masanya mereka berdua nie kan? kelas sangat , mereka tak tahu ker, adik beradik 69 nie , mengikut jam negera lain yer....



dalam perjalanan, miss malayisa telah memaklumkan kepada penganjur yang si faizal dan akeem jugak turut serta dalam pertandingan itu nanti yer...wah semakin ramai peserta yang akan bertanding..mesti meriah giler kan malam tu....namun akak begitu hampa jugak sebab kak farah tak boleh joint sebab ada masalah yang tak boleh dielakkan, manakala ady pulak ada hal dengan kawan kawan..so nak buat macam mana..



namun kemeriahan tetap ada yer, apabila kak nor jugak turut serta....maklumlah sejak kak nor menjadi wanita yang berkarier nie memang sangat susah nak jumpa dengannya kan? busy dengan meeting katanya..buat projek paper dan macam macam lagi lah..tak perlah..akak bangga dengan pencapaian kak nor sekarang nie..semakin chantek dan bergaya yer....



oklah dalam pukul 9 30 malam semua miss miss telah berkumpul di berjaya times square, masa tu ada dalam 12 miss miss yang bertanding ..ramai kan? bukan lagi miss universe..nie dah pertandingan miss miss planet planet lah rasanya....kami dapat lane 29 dan lane 30 pada malam tu....sebagai penganjur akak yang paling busy membuat pendaftaran peserta dan jugak pembayaran miss miss yang yang ingin bertanding pada malam tu kan...



oklah antara miss miss yang bertanding ialah miss venezuela ( rihanna), miss brazil ( misha omar), miss malaysia ( firdalina kasandra), miss azerbaijan( hans)miss indonesia ( hafiz), miss nepal(akiko), miss aruba ( hamieko), miss usa( kak nor@normala), miss britain( faizal), miss italy ( akeem), miss holand ( farid), miss thailand ( amy), miss colombia ( akak ler), miss egypt (amnatus shima)..haha ambik kau ramai skal kan...



mari kita lihat markah keseluruhan ( matielah malas nak taip panjang panjang )



group A



miss usa : 125 +124 + 133 total = 382



miss britain : 133 + 110 + 117 total =360



miss italy : 120 +105 +108 total = 333



miss holand : 108 + 143 +122 total = 373



miss thailand : 101 + 100 +139 total = 340



miss colombia : 138 + 177 + 136 total = 451



miss egypt : 125 + 120+144 total = 389





group B



miss venezuela :133 +115 +77 total : 325



miss brazil : 74 + 107 + 96 total =277



miss malaysia : 134 + 127 + 100 total = 361



miss azerbaijan : 88 + 98 + 84 total = 270



miss indonesia : 102 + 108+123 total = 333



miss nepal : 92 +91+138 total = 321



miss aruba : 98 + 138 + 112 total=348



perghh letihnya akak menaip markah pepondan nie...dah ler kena taip pastu kena perhatikan markah diaorang betul betul..hah manalah tahu pepondan nie dah siap dengan kalkulator depan skrin nie..nak kira balik markah tersebut..yer dipersilakan kira semula. kalau salah tolong sms kepada penganjur sebab masa malam tu penganjur kira dengan menggunakan minda sahaja atau dengan kata lain secara manual katanya..biasalah pepondan nie tak sabar sabar nak tahu kedudukan masing masing terutama si hafiz tu kan..



so , dari markah yang akak baru taip tadi , so kita dapat tahu siapkah top five pada malam itu yer....



baiklah akak umumkan top five dan seterusnya juara yer....



tempat ke lima: miss malaysia



tempat ke empat : miss holand



tempat ke tiga: miss egypt



tempat ke dua : miss usa



miss universe : miss colombia....



malam tu miss yang paling bising iaitu si hafiz lah..menjerit macam tak ingat dunia dah..walaupun vagina nyer masih lagi berdarah lite lite, namun dia tetap memberi sokongan padu kepada miss miss yang lain semasa membuat lontaran, miss yang paling dia sayang iaitu miss malaysia lah..dan tidak dapat dinafikan miss yang paling mendapat sokongan moral yang paling ramai miss malaysia jugak....dan tidak dinafikan, miss malaysia jugak seorang yang sporting, semua miss yang akan membuat lontaran pasti akan diberikan kata kata semangat olehnya.....dan miss malaysia seorang yang sangat suka memberi sokongan dan bertepuk untuk miss miss lain...



miss yang paling sporting akak tengok ialah miss britain, setiap kali dia membuat strike, dia akan menundukkan badannya sedikit sambil mendepakan tangannya...miss brazil jugak sporting , sebab dia melompat gembira sebaik sahaja dia berjaya membuat strike jugak...miss usa pun apa kurangnya jugak, sangat sporting malam tu....kemeriahan bertambah apabila seorang pekerja boling berjaya times square tu iaitu seorang chekki turut menjerit dan bertepuk...motif kau baik dengan pepondan kan..tapi chekkki tu sangat baik yer...



oklah akak dah penat lah menaip pasal boling nie. sebenarnya banyak jugak nak taip nie...pasal lepak kat kedai mamak, namun akak kena masuk mengajar semua, so akak tamatkan cerita akak sampai kat sini sahaja lah ek..sebelum publish kena semak spelling sebab kak nor dah tegur banyak sangat ejaan yang salah dalam blog akak nie...mateilah kak nor seorang guru bahasa melayu katanya kan?



mesti banyak ejaan yang salah lagi sebab akak malas sangat nak check uols..tak sabar sabar nak publish katanya kan?









frust giler

akum semua apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..so macam mana dengan kerja hari nie yer? semuanya ok kah? hehehe kalau ok baguslah kan...hujan pulak petang nie kan...baguslah sejuk sikit rasanya...
oklah akak sekarang nie nak cerita pasal boling planet ym yang berlangsung pada hari sabtu baru baru nie, seperti biasa sebelum 2 hari pertandingan boling planet ym nie, akak telah menerima sms dari pihak penganjur iaitu abang naim yang menjemput gaguxion gaguxion yang berminat untuk menyertai pertandingan boling di ampang point..so akak seperti biasa akan menyertai pertandingan tersebut, namun bergantung jugak dengan mood kadang kadang rasa macam malas...
pada hari tu, tak ramai wakil adik beradik 69 yang menyertai pertandingan boling, si amnatul shima yang selalu beria ia nak masuk pun, hanya menyepikan diri semasa hari pertandingan berlangsung, si rihannna pun tak boleh joint sebab dia nak balik kampung dan juga servis kereta nyer...cayerkah pi servis kereta, kot kot servis orang kan rihanna..cukup....cuba kau cakap betul betul kan?
so malam tu hanya akak dan dawek sahaja yang gigih nak masuk, kami sampai di ampang point dalam pukul 8 45 malam, maklumlah janji pondan pondan nie pertandingan start pukul 8 malam, tapi seperti biasa lah kan, pukul 9 malam baru boleh start kan? so malam tu agak pelik sedikit sebab akak tengok ramai muka muka baru terutama geng geng cina yang datang main, selalunya hanya kaum kaum bumiputra yer.( akak bukannya anti perkauman yer) hehehehe tak kisah lah lagi ramai lagi bagus bukan...
sebaik sahaja akak pi bayar, terus akak lepak dengan dawek hamie dan daylan yang sibuk merokok ...beberapa orang player yang masuk bertanding tersenyum dan bersalaman dengan akak..akak pun salam dan balas balik senyuman mereka tu kan..nanti diaorang kata akak kekwat pulak kan.....tapi honestly , pada malam tu akak memang merasakan tak der semangat sangat...maklumlah penat dengan kenduri di rumah farid..dah lah kena bangun awal, pastu rasa penat dan mengantuk sangat pada malam tu..
akak dapat sama lane dengan dawek, yes. ok lah macam tu kan..ada jugak kenkawan....satu lane dengan akak jugak adanya asmadi ..erm asmadi nie tere jugak uols..balingan dia kuat skals...dia pun selalu masuk pertandingan anjuran planet ym nie kan....sebelum memulakan pertandingan seperti biasa abang shak kan memberikan taklimat kepada semua peserta yang masuk...akak tak dengar sangat sebab masa tu akak sibuk dengan mengikat tali kasut akak nie hah
akak hanya mendengar yang hadiah pada malam nie agak meriah berbanding dengan pertandingan yang lepas lepas ..entahlah akak tak fokus sangat dengan hadiah tu, hanya mahu menempatkan diri dalam top 10 dah cukup baik rasanya kan....namun tak silap akak, hadiah sehingga ke tempat 12 ...wah ada lebih ker duit abang shak?
semua peserta diminta untuk membuat lontaran manja bagi membiasakan diri dengan lane katanya..so apa lagi, semua gaguxion pun membuat balingan. akak macam malas sahaja, hanya memerhatikan orang lain membuat lontaran...tak lama kemudian pertandingan bermula..akak rasa sangat gementar jugak sebab akak diletakkan orang yang pertama untuk membuat lontaran..akak tak biasalah jadi orang yang pertama yer..so rasa lain macam sikit lah...
seperti yang telah dijangkakan, balingan akak tak menjadi, bacaan titik akak banyak yang salah..akak dah mula konpius dengan bacaan titik serta hayunan tangan , bertukar tukar kaki akak mengikut titik yang diharapkan dapat memberikan akak ong pada malam tu...bila baca titik tepi, tangan pulak berterabur....bila baca titik kat tengah, lontaran pulak perlahan, tup tup jadi split pulak...tension betul dengan game yang pertama, yang mana akak dapat menjatuhkan 155 sahaja...
yang paling menakutkan lane di sebelah..semuanya hebat hebat...seolah olah mereka bertanding sesama sendiri sahaja layaknya..seorang pemain cina yang tak silap akak namanya kent telah berjaya menjatuhkan 200 lebih pada games yang pertama..hah ambik kau....tak pengsan kah? game yang pertama dah garang katanya...akak dah mula down pulak..dawek pada malam tu agak tenang sahaja, lontaran tepi yang masuk ke pocket amat akak kagumi..balingan yang padu dan kuat, sudah pasti menjadi senjata utama dawek pada malam tu...
mereka bermain dengan sangat laju sekali..lepas abis sahaja games yang pertama , mereka terus masuk games yang kedua, tak macam pertandingan boling yang akak anjurkan bagi miss universe, selepas tamat satu games, miss miss dibenarkan pergi merokok sambil mengumpat miss miss lain....sambil mengumpat tu, sempat melontarkan senyuman kepada miss miss yang tidak merokok katanya..hehehehe gurau ajerlah uols....
games kedua, akak cuba nak bangkit, fokus pada permainan, kali ini akak memperjudikan nasib dengan membaca titik di sebelah kanan, erm hampeh, bila baling betul- betul bola pi kanan sahaja, aiyooo taktik akak agar masuk pocket, tapi bola tu macam "jujur" sahaja, kita baling kanan , dia pun pergi ke kanan...sakit hati, akak dah mula huru hara yer...balingan tak menjadi sehingga jatuh markah akak ke 135 sahaja..semangat semakin merundum , sempat menjeling ke skrin pihak lawan..ya allah tingginya markah diaorang kan...sakit pulak hati rasanya....
games yang ketiga, akak tengok kak farah dah sampai...eh chantek sekals kak farah malam tu...wajah yang bersinar sinar katanya dengan bibir yang merah dan begitu seksi sekali kak farah layaknya kan....games ketiga ada sedikit peningkatan pulak, namun dalam percongakkan akak, dah tak boleh dapat top 10 rasanya, melihat markah pesaing lain, wowo mereka masih lagi maintan, 180 keatas sehingga games yang ketiga..semangat dan semakin luntur, terasa nak balik awal sahaja..sakit hati rasanya....games ketiga hanya dapat 165
pada games yang terakhir, tumpuan mulai hilang, akak langsung tak fokus dengan permainan ....lepas baling terus lepak dengan kawan kawan di meja belakang yer....dawek masih lagi semangat untuk bertanding....dia memang hebat pun, akak suka tengok cara dia baling dan melontar..ala ala sangat profesional sahaja layaknya....games ke 4 dawek pun menganas jugak uols..hebat jugak dia baling tu.....akak pulak dah mula down...
sebaik sahaja tamat, akak cepat cepat ambik bola dan tanggalkan kasut...rasa tension sangat, dan rasa lapar pun ada jugak, akak ajak diaorang makan kat suzy corner, tapi dawek nak tunggu sehingga selesai yer..dawek kelihatan sibuk di meja urusetia untuk melihat kedudukannya dan jugak akak, dia bagitau akak hanya dapat nombor 19 manakala dia nombor 14....dah agak dah pun....
tiba tiba abang shak membuat pengumuman, meminta semua peserta datang ke depan dan berkumpul di satu tempat....abang shak memberitahu hadiah wang tunai , dari tempat 1 hingga ke 15, wah sah sah dawek ada rezeki malam tu kan...so happy lah jugak dengan dawek yang mampu dapat top 15 , ala ala miss world gittewkan ada top 15 katanya...akak hanya dapat no 19..tak perlah insyaallah akak akan cuba lagi untuk memperbaiki ..
memang tak dinafikan prestasi akak semakin hari semakin teruk, akak tak macam dulu lagi, bukan nak mendabik dada, dulu , dalam satu games pun paling cepet pun 170 keatas ..sekarang ..hampeh....lepas pertandingan akak membawa diri akak yang lara nie ke suzy corner untuk makan ..huhuhhu..nat wat cam ner kan? tak der rezeki lah....

konsert 2 diva dan boling miss world

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan kerja hari ini yer? ok ker? hari nie isnin kan? so mesti uols semua macam malas malas nak kerja kan? lain lah si kak tam kita tu, kerja dengan handphone baru yang sangat mahal sekali ..tahniah uolss...maklumlah kak tam kita nie mampu membeli barangan yang mahal mahal katanya..mesti dia sekarang nie sedang buat buat busy menghubungi kenkawan dengan handphone barunya kan?huhuhu

oklah uols ...so akak nak terus kepada entry akak kali ini ..oklah semalam uols wat aper? akak dan kenkawan menghabiskan masa cuti dengan keluar bersama sama....konon kononnya nak menghabiskan masa yang berkualiti dengan orang yang tersayang bukan? gitteww kan..begini yer, dalam pukul 1 petang akak menerima panggilan telefon dari kasandra yang mengajak akak pi lunch..dengan tergopoh gapah, akak pun bersiap siap mandi, pakai baju dan terus menghubungi daylan untuk lunch bersama.

selepas akak siap siap, akak dan kasandra pun terus menuju ke bandar tasik selatan untuk berkumpul di sana, daylan, dawek baru sahaja bangun dari tido manakala si hamie dah bangun . akak mengetuk pintu rumah mereka dengan kuat sekali, terus hamie melahar akak, akak hanya ketawa sahaja..kedatangan kami disambut dengan buffy iaitu kucing daylan yang sangat saiko sekali...yer tuan tuan dan puan puan, walaupun si buffy nie sangat comel, namun dia suka menyerang hendap orang yang datang..

akak dengan muka yang tak malu, terus menuju ke lap top daylan yang sangat cute tu, konon konon nak taip entry katanya...yelah sementara menunggu pepondan nie bersiap, tentu lama sekali kan..so akak tak suka membuang masa terus menaip entry tentang mimpi akak, namun susah jugak taip dengan menggunakan keyboard yang kecik.so akak terus tengok tibi di ruang tamu..kasandra pulak sibuk melayan kucing...hamie pun offer akak menggunakan komputernya..terus akak pun menaip lah entry untuk blog akak..

apabila semua orang dah siap, kami pun pergi makan lah..konsepnya kami keluar kami kali ini ialah car pooling yer, iaitu berkongsi kereta, kami naik kereta dawek, si daylan yang drive...sebab si daylan nie cekap sikit drive...akak, hami dan kasandra dok belakang. kami makan di sebuah restoren yang bernama lotus ....oklah jugak makanan kat situ...sambil kami makan tu, kami melihat handphone si hamie yang begitu mahal sekals uolss.....

lepas makan, kami berjalan kaki untuk berkaraoke pulak...aiyoo macam macam aktiviti pepondan nie kan..layan ajerlah..lagi pun dari pagi semalam si dawek nie mengajak kami pi karaoke katanya..layan ajerlah..so sampai sahaja di sana, dawek dan firdee menempah bilik yang kecil untuk berkaraoke...cukup cukup untuk 5 orang sahaja...dan bermulalah konsert 2 diva yer...siapa yang diva tu kak non? siapa lagi kalau bukan dawek dan jugak kasandra..

hamie dan daylan tak mahu menyanyi yer...si hamie sibuk dengan handphone barunya lagi manakala si daylan sedang online dengan lap top keciknya itu kan..akak pulak kadang kadang menyumbangkan suara akak yang memang dah sumbang tu kan..seronok jugak mendengar 2 diva nie menyanyi terutama si dawek, suara dia..ya allah best giler..namun jangan lah di pandang rendah kan pulak seorang lagi diva iaitu kasandra best jugak suara dia jika dibandingkan dengan suara akak nie kan

pelbagai jenis lagu didendangkan oleh 2 diva nie kan...si kasandra lagunya berkaitan dengan kisah cinta nya dengan si amril, akak dan hamie cuba mengingatkan semua tajuk lagu tersebut sebab kasandra akan membuat kuiz kepada kami berdua untuk menjawab soalan solan berdasarkan lagu yang dinyanyikan itu yer...heheheh gurau ajerlah..seronok betul apatah lagi kami menyanyikan lagu ella yang bertajuk "standing in the eyes "heheheh ala ala penutup sukan komenwel gittewkan...

selepas kami semua dah puas menyanyi terutama sekali 2 diva tersebut, maka kami pun cadang nak pi lepak lepak, tiba tiba terasa nak pi lepak kat times square pulak....apatah lagi si dawek nie nak pi taman tema katanya..kami semua macam malas nak main kat taman tema tu..so kami pun mengambil keputusan untuk jalan jalan sahaja...ramai jugak orang pada masa tu yer....tiba tiba kami terasa sangat lapura laupun, cadang nak lepak starbucks..tapi macam ramai sangat orang ketika ittewkan..so kami cadang nak lepak kat mc donald sahaja..

kami ternampak pameran kereta mewah di ruang legar times squrae..masing masing mengambil kesempatan untuk melihat keerta mewah tersebut..lepas tu kami terus ke tingkat 3...tak jadi pulak pi mac donald...kami lepak kat kenny rogers sahaja..makan ajer kat situ senang...masatu akak tengok si dawek macam tak senang duduk..sibuk meng sms dengan adik angkatnya yang berada di kulai katanya....maklumlah ada adik angkat kan....

lepas kami makan, si dawek ajak pulak pergi main boling..aiyoooo...semua orang setuju, so kami pun pergi lah main sahaja..wah banyak sekali lane kat sini kan..ada dalam 45 lane rasanya ( sorry kalau tersilap yer) kali ini kami menggunakan konsep miss world sahaja sebab tak ramai yang main, hanya lima orang sahaja...biasalah kan terus ke top 5 sahaja ...

dengan tidak disangka sangka, kasandra telah menjatuhkan 202 pin semasa games yang pertama , dengan berbekalkan 7 strike , 2 spare dan 1 open , kasandra betul betul hebat pada malam tu..akak memang sangat terkesima...memang dia sangat hebat malam tu, malahan total pun dia menang , satu pin di depan akak....seronok juga main boling kat times squrae..akak perhatikan, pin nya mudah jatuh ...tapi kalau nak strike bola kena masuk ke pocket, baru boleh strike

masa main boling tu, hami pulak sedang bertanding dengan seorang gadis cina yang bernama B yer...hamie bertanding dengan gadis cina tu sebab nak mencaras pakwe cina yang menemani awek tu bermain boling..apatah lagi alex cina tu akak tembam sehingga nak terkeluar dari zip seluarnya..dan ini menjadikan si hamie tidak keruan dan bersemangat untuk membuat lontaran, setiap kali membuat lontaran, dia akan mengerling ke arah alex cina tu sambil mengetap bibir nyer...opssss hamie...

sebaik sahaja kami menghabiskan 2 games, so kami pun bercadang nak balik....masing masing dah penat katanya...daylan menghantar akak ke pandanjaya dahulu..walaupun kami semua penat, tapi kami semua sangat seronok sekali..heheheheh oklah uols..nanti akak taip lagi satu entry untuk anda semua yer....jumpa lagi di lain entry yer

erm.....apa maksudnya....


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang orang tersayang..akak disini sihat sahaja..alhamdulillah...uols semua...macam mana dengan cuti hari ini..akak nie sekarang kat umah akiko...tengah tunggu diaorang siap siap..nak pi makan katanya.......oklah cuba tengok cerita di bawah....

jam menunjukkan pukul 5 30 petang..suasana pada masa itu agak tenang sahaja, beberapa tetamu yang berpakaian serba putih telah mula mengambil tempat, aku mengerling ke arah jam, setiap detik yang berlalu ku rasakan sangat lama sekali, namun cepat cepat aku memujuk hati ku nie agar tenang dan bersabar.....

"alah sabarlah nanti dia akan sampai jugak nanti tu kan ," pujuk si hairul arsenal yang berada di sisi aku ketika itu.... aku mengerling ke arah semua tetamu. masing masing kelihatan sangat ceria ketika itu..aku lihat kak farah dengan suami yang tercinta iaitu hans...begitu sibuk bercerita dengan adik beradik 69..kadang kala kedengaran hilai tawa dari hujung meja ..

owh hamie dengan suami yang tercinta begitu akrab sekali...aku hanya tersenyum riang..semua adik beradik 69 yang ku cintai hadir ..masing masing membawa suami masing masing..."suami katanya" hanya yang tidak membawa suami ialah kak ngah iaitu kak nor, am dan jugak amy..yang lain masing masing gembira dengan pasangan mereka...

masa terus berlalu, jam di tangan menunjukkan pukul 5 45 ..pukul 6 petang majlis akan berlangsung...aku menjadi tidak keruan pulak, kak teh atau pun kasandra belum lagi muncul ...telah beberapa kali ku hantar sms ke telefon nya, namun tidak berbalas..manalah tahu kalau ada benda yang tak baik berlaku kepadanya....

apatah lagi, kasandra memberitahu bahawa dia akan ke sana bersama dengan amril menaiki moto amril..erm harap harap amril membawa dengan cermat ...aku menjadi semakin risau..cepat cepat hairul memegang bahu ku..sambil melontarkan senyuman...

"oklah semua..oleh kerana kita semua pun dah berkumpul , apa kata kita mulakan majlis ini?" terdengar suara kak nor yang menjadi pengerusi majlis ketika itu....

"eh kasandra dengan amrile belum datang lagi lah ," jerit ku dari hujung meja...semua tetamu memandang ke arah ku ketika itu, ada beberapa orang sedang mencari cari kasandra..yup kasandra belum datang lagi....

namun, tiba tiba kedengaran bunyi deruman enjin moto amril memecah kesunyian petang..terus perhatian teralih ke arah kasandra dan jugak amril. kelihatan kasandra turun dari moto dan amril dengan gentleman nya membuka helmet kasandra...kami semua hanya tersenyum melihat perlakuan mereka berdua. terdengar usikan dan siulan dari adik beraik 69

amril kelihatan tenang sahaja dan melontarkan senyuman manisnya kepada semua tetamu, manakala kasandra hanya tersenyum tersipu sipu sambil menundukkan kepala ke bawah....mereka berjalan ke arah kami....amril memegang erat tangan kasandra....dan sebaik sahaja dia sampai ke meja, terus hairul arsenal berjabat dengannya.....mulalah mereka berbual tentang bola...

kak nor meneruskan ucapannya..

"oklah semua dah sampai bukan..oklah kita mulakan majlis ini dengan bacaan doa dan pastu kita boleh lah menjamu selera kan....

sebaik sahaja doa tamat dibaca, pekerja jaya tomyam sibuk menghantar makanan ke meja kami....pelbagai lauk pauk dihidangkan pada masa itu....kami makan dengan penuh berselera sekali ...semuanya berpakaian serba putih ketika itu....tiada siapa pun yang datang di kedai jaya tomyam kecuali kami sahaja...suasana petang tu bertambah ceria apabila tiba tiba hairul bangun dan membuat pengumuman..

"oklah, seperti ,mana yang saya janjikan saya nak tujukan satu lagu untuk cikgu iaitu sempurna.... " sebaik sahaja hairul menghabiskan kata kata terakhirnya, tetamu bertepuk tangan sambil menjerit....aku masa tu ya allah malunya..tapi dalam hati tuhan ajer yang tahu..

terus hairul mencapai gitar dan memetiknya sambil melontarkan sorenya ....satu demi satu rangkap lagu sempurna di nyanyikan dengan baik sekali...aku masa tu memandang tepat ke arahnya sambil tersenyum.....

"pergh...takkan aku nyanyi sorang jer bro..kau pulak...." tunjuk hairul ke arah amril...oleh sebab rasa tercabar kelakiannya apabila hairul menyuruhnya menyanyi, maka cepat cepat si amril mencapai mikrophone dan meminta pekerja jaya tomyam memasang cd karaoke yang bertajuk "fall to you "naynyian seconhand .apa lagi masing masing menjerit jerit jugak masa tu..kasandra dah mula tersipu sipu ...

seorang demi seorang suami dari adik beraik 69 mendendangkan lagu masing masing.....sungguh meriah ketika itu rasanya....pekerja jaya tomyam pun mengambil kesempatan untuk mendengar nyanyian tersebut....

jam menunjukkan pukul 7 00 malam...majlis akan tamat dalam beberapa minit lagi....masing masing dah kenyang dan mula beransur pulang ..tiba tiba ....

oklah semua adik beradik 69, di minta ke depan yer....saya akan membaling jambangan bunga dan anda semua dikehendaki menangkap jambangan tersebut yer....boleh tak " terdengar satu suara yang tidak pernah aku kenali..wajah si penutur pun tidak jelas kelihatan...

adik beradik 69 pun berkumpul..masing masing tersenyum dan bergelak ketawa ...bersedia untuk menangkap jambangan bunga tersebut...

terdengar bunyi deringan telefon....

"cikgu kat mana nie...jom pi lunch..." suara firdee di hujung talian..ya allah ruapanya aku bermimpi tadi...cepat cepat aku bangun dan bertolak pulang ke L 39..rupa rupanya aku bermimpi sahaja

warna warna kehidupan


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer.....akak disini pun sihat sahaja...so macam mana kerja hari nie? ok ker? mestilah ok kan sebab esok kan cuti ....hari sabtu dan ahad..masa cepat betul berlalu bukan? tup tup dah hujung minggu pulak ...so apa planning uols cuti nie?


oklah akak macam biasa sahaja..insya allah esok kalau tak der apa apa nak pergi ke rumah sepupu sebab ada majlis pertunangan ...itu pun kalau rajin, tak pun hanya wakil hanya ayah mak sahaja..cukup lah kan.....hehehehe..malas pulak rasanya nak pergi yer..mesti orang orang akan tanya bila nak kahwin kan...so nak wat cam ner..tengoklah dulu macam mana esok..kalau rajin ..pergi lah kot


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? yup tetiba pulak tajuknya warna warna kehidupan yer....gitteww kan....sebenarnya tak der idea nak tulis apa pun....sebagaimana yang kita sedia maklum ( macam cikgu pulak bunyinya ) kehidupan kita pendek sebenarnya....bak kata orang putih "life is too short" kan ..so kita haruslah penuhi kehidupan kita dengan apa yang kita impikan selama ini...bagi seseorang yang sering mempunyai motivasi diri, dia akan menganggap kehidupan sesuatu yang perlu dihargai...dengan kata lain setiap saat yang berlalu haruslah disi dengan azam, tekad dan semangat untuk memajukan diri sendiri serta mencapai apa yang dihajati...


sebenarnya, ia bergantung kepada seseorang individu itu lah, mungkin dalam hidupnya, dia mahu dia senantiasa ceria dan bergembira tanpa memikirkan apa apa sahaja masalah ataupun halangan yang mendatang...sayugia diingatkan, dalam kehidupan kita nie, tak semuanya indah.....pasti ada yang tak bestnya bukan? jadi ...yang tak best atau masalah yang mendatang itulah merupakan "warna warna dalam kehidupan kita "


bayangkan kalau kehidupan kita nie statik sahaja....tiap hari kita lakukan benda yang sama....buat perkara yang sama...tak der masalah..semuanya macam ok sahaja...adakah hidup kita mencabar? erm rasanya tak kot...sebab kadang kadang bila ada masalah mendatang secara automatik, kita akan bergerak untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik bukan?


dengan kata lain, masalah menjadikan manusia berubah dari satu takuk ke satu takuk yang lain...semakin besar masalah yang berlaku dalam hidup kita, semakin kuat kesan atau impaknya dalam kehidupan kita, apatah lagi kalau kita senantiasa berfikiran secara positif dengan masalah yang berlaku..anggaplah maslaah itu adalah satu cara untuk kita menguji kekuatan mental dan fizikal kita....


kehidupan kita memang sangat menarik sebab , kita tidak tahu apa yang berlaku selepas nie bukan? katakan akak sedang menaip entry ini pada pukul 3 00 petang, namun akak tak tahu apa yang berlaku pada pukul 3. 30 petang nanti bukan...itulah dikatakan kehidupan adalah sesuatu yang sangat misteri..manalah tahu selepas akak menaip blog akak nie, semasa berjalan pulang, tetiba akak ditegur oleh jejaka yang handsome? mana tahu bukan .....


so hargailah kehidupan yang kita ada...kehidupan pasti akan bertambah menarik apabila kita dikelilingi oleh insan insan yang sayang akan kita..tak kiralah , mak dan ayah ker, adik beradik kita ker, adik beradik 69 ker, kenkawan kita ker malahan musuh kita pun sama jugak memberi kesan dalam kehidupan kita..apabila kita menghargai orang orang yang menyayangi kita, sudah pasti kehidupan kita bertambah ceria.....yup memang tidak dapat disangkal, kehidupan tidaklah ceria selalu, susah senang, sedih, duka gembira merupakan asam garam dalam kehidupan kita ...jadi tempohi lah kehidupan dengan penuh kesabaran apabila kita menghadapi sesuatu musibah atau masalah......


bersyukur lah kita kepada tuhan sebaik sahaja kita dapat mencelikkan mata kita setiap kali kita baru bangun tidur yer....sebab sekurang kurangnya kita dapat bernafas lagi di atas muka bumi ini, bangun ..pastu pi mandi atau bersihkan diri...ceria kan diri anda ....lontarkan senyuman kepada sesiapa sahaja ( tapi lah kau tersenyum tak tentu hala , nanti orang ingat kau giler pulak kan?) hubungilah orang yang tersayang..hantar sms kat kenkawan..tanya dia kat maner..kalau dia tak jawab, kau hantar lagi dengan bahasa inggeris...tak pun uolss hantar soalan yang sama dengan susunan ayat yang berbeda....hehehe sorry kak teh..gurau ajer....


jadi apa lagi uols...fikir fikirkah lah....bagi kehidupan kita yang macam nie.....mesti kita akan mengelak diri apabila ditanya mengenai kahwin bukan? tapi sesiapa antara kita yang bersedia untuk kahwin ( diingatkan kahwin dengan pompuan yer) alhamdulillah baguslah..tapi bagi yang belum bersedia, bercinta lah puas puas dengan lelaki dulu...pastu baru insaf ..bagi macam akak nie nie, dah lanjut usia nie, rasanya dah perlu membuat perubahan dalam diri nie kot..akak nak daftar rumah orang tua tua seri kembangan ker..tak kira lah kat mana mana rumah orang tua tua ..asalkan dapat bertumpang kasih dan berteduh, jom uols kita daftar sama sama nak?


apa yang anda lakukan.....


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..so macam mana kerja hari nie ? erm dah hari khamis dah pun...wah wah cepatnya masa berlalu bukan? esok dah jumaat..pastu cuti ..hari sabtu nie, sepupu akak lagi seorang akan bertunang..iaitu abang kepada farid...parents akak memang dah ada kat sini pun ...nak pi tengok abang farid bertunang...




opss sibuk pulak akak dengan orang lain punya pertunangan kan? akak pulak bila nak bertunang pulak kan? entah lah uols..tak der sape yang sudi nak bertunang dengan akak nie lagi kan? bukan begitu yer? oklah uols sekarang nie akak tengok di blog kak farah mengeluarkan satu isu yang akak rasa sangat menarik sekali..sehinggakan akak baca berulang ulang kali sebab banyak sangat maksud yang tersirat dan tersurat dalam blog tersebut...




mula mula akak farah menghantar komen di dalam entry akak yang bertajuk 'ikut kata hati..ikut kata rasa...." namun ada jugak kebenaran di sebalik komen yang dilontarkan oleh kak lang kita yang tercinta bukan?....dan ditambah pulak dengan adik tiri keluarga 69 iaitu rihanna yang menyokong dengan pandangan kak lang nya....




namun apabila akak lihat balik semula.....erm...biasalah setiap orang berhak untuk melontarkan pandangan masing masing..dan akak pernah mengalami perasaan atau situasi begitu..apa situasi nya..apabila cinta dan kasih sayang kita tidak lagi dihargai oleh orang yang kita sayangi bukan? so apa yang perlu kita lakukan?




1. terus move on dengan orang lain...tumpukan pada kerjaya dan fokus pada hidup kita ?




2. terus menanti..mengharap dan jugak percaya satu hari nanti sudah pasti dia menjadi milik kita satu hari nanti?




beginilah, setiap orang mempunyai kisah percintaan masing masing...sama ada kita tahu semuanya kisah cinta nya atau pun tidak...itu bergantung kepada individu.....pening kah dengan statement akak nie....andainya begini




katakan akak telah jatuh cinta kepada seseorang...jadi sudah pasti akak akan menceritakan serba sedikit kisah cinta akak pada kawan kawan yang rapat sahaja..namun ..adakah akak cerita segalanya kepada kenkawan ? tidak bukan? kita akan cerita lite lite sahaja..dengan kata lain...akak lah yang merasa indahnya percintaan , tetapi kawan kawan hanya dapat mendengar sahaja cerita indah tersebut..yang merasa bahagia cinta tu sapa? akak bukan....?




namun setiap percintaan pasti ada perpisahan..itu lah pasal...ada orang cakap jangan dikesali pada perpisahan , kerana tanpa perpisahan tak der lah pertemuan..betul ker apa yang akak cakap nie..sebab akak tengah taip dengan huru hara sekali nie..maklumlah masa rehat akak dipenuhi ke cc di taman dagang nie..untuk menaip entry katanya.....so apabila akak menderita..akak sedih..sekali lagi akak akan meluahkan kesedihan dan kekecewaan pada kenakwan....so sapa yang merasa kesedihan itu...bukan kah akak? kan.....




so kesimpulan yang akak nak berikan ialah...orang yang merasa sedih dan gembira ialah orang yang bercinta itu...kita sebagai pendengar mungkin tidak dapat membayangkan kesedihan dan keperitan yang dialami...sayang.... cinta adalah satu benda yang sangat subjektif...sukar di ramalkan...pernah anda tiba tiba terasa sayang pada seseorang secara tiba tiba..bohonglah kalau tak pernah...mesti ada kan uols....




jadi setiap orang mempunyai paksi mengenai cinta itu sendiri..memang sakit bila cinta dan sayang di buang begitu sahaja..memang sangat sakit apatah lagi orang itulah yang paling kita sayang bukan? namun ia bergantung kepada individu..mungkin ada antara kita, lepas putus terus dapat penggantikan...tu lain lah senang...atau ada antara kita hanya fokus pada seseorang yang dia sayang sahaja bukan?




mungkin entry akak tak lah sehebat entry kak lang yang begitu jitu sekali hujah hujah...dengan gaya bahasa yang bersahaja namun tepat.....akak sangat respek dengan cara kak lang menyampai idea dan isi hatinya mengenai isu yang dibangkitkan.....namun sayugia diingatkan...akak pernah merasa sakit dan peritnya.....berpuluh puluh sms di hantar pada orang yang tersayang..namun hampeh..tak berbalas pulak...nampak macam keji pulak kan....macam rendah pulak maruah kita....yang sakit hati bila kita hantar sms, di marahnya kita pulak..aiyoooo tolonglah kan.....




oklah apa apa pun masa dah mencemburui akak nie..akak nak balik mengajar balik..kelas pukul 8 malam, sekarang nie dah pukul 7 30 malam ..so sempatlah akak catwalk semula..kepada adik beradik 69 akak menjemput untuk bermain boling pada esok malam , jumaat, 5 jun 2009 , di ampang point , pukul 12 30 malam ..sesiapa yang berminat nak joint sila hubungi penganjur iaitu akak ler..nak call ..tempah lane katanya..kepada kawan dan musuh tradisi akak..mr adi..tolong hadirkan diri sebab miss colombia dah lama nak berentap dengan uolss....

farid sepupu sepapat ku

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..akak disini pun sihat lah sangat uols..sekarang nie dah naik balik badan akak nie, naik 3 kg sebab apa yer, sebab pagi pagi dalam pukul 3 atau 4 pagi akak suka melantak roti canai yang dijual di depan kedai seng heng di pandanjaya..sedap skals uols..dan akak berjanji malam nie takkan pergi lagi makan kat situ....akak nak bakar kedai tu sebab kedai tulah yang menyebabkan akak semakin montel semula..

opss sorry teremo pulak ..pastu intro menjadi panjang menjela pulak kan? sorry lah uols sebab akak emo sikit lah...hehehe oklah uols dah tengok tajuk entry akak kali ini..owh yer..akak nak cerita pasal seorang sepupu akak iaitu mr farid...selalu jugak akak usung sepupu akak nie ke hulu ke hilir sehingga pelbagai fitnah melanda akak berdua gitteww kan..tak larat lah uols...bukan sengaja nak usung dia, sebab dengan si farid nie senang nak ajak berjalan ke mana mana

oklah baiklah akak cerita sedikit mengenai si farid nie, dulu masa dia mengambil spm ( tahun 2005), akak ada mengajar tuisyen mathematics di rumahnya, masa tu kami rapat jugak lah sebab seminggu kami akan berjumpa dalam 3 atau 4 kali sebab tuisyen lah uols..kadang kadang dia akan datang naik moto ke rumah shahril, kalau tak pun akak akan pergi ke rumahnya di taman nirwana..si farid nie, kalau bawak moto, ya allah uols..laju skals, pernah akak hampir muntah muntah sebab pening sangat dan ketakutan apabila dia memecut dengan laju..entah apa yang nak dikejarnya akak pun tak tahu lah...

nak kata berapa kali dia jatuh moto..erm ya allah tak terkira rasanya, penat lah mak si farid nie menggomel dan berleter , namun si farid nie masuk telinga kiri keluar telinga kanan ajer lah..masa dia bersekolah di sekolah pandanjaya, dia merupakan seorang pemain hoki yang paling popular, maklumlah pasukan sekolahnya menajdi johan hoki peringkat daerah dan juga naib johan peringkat negeri..hebat bukan, malahan farid jugak menjadi pemain hoki negeri selangor masa pertandingan hoki mssm tahun tersebut..

farid nie str8 lah, tapi namun yang bestnya dia boleh terima kita yang kaum kaum lemah nie kan...maklumlah dah lah sepupunya macam nie...so dia memang open sahaja orangnya..malahan setiap kali lepak dengan akak, dia boleh dengar dan kadang kadang memberi pendapat pasal isu kami nie...kawan baik si farid dalam kumpulan kami ialah si hans...erm si hans nie nampak jantan jugak, so boleh lah masuk dengan si farid, hanya si hans nie suka mengajar yang tak elok kat farid..ada ker dia suruh farid insaf dan bertukar menjadi plu..aiyoo...mula mula farid rasa macam pelik dan tak suka, lama lama dia senyum sahaja bila si hans cakap macam tu..

si farid nie memang baik uols..kalau akak ajak dia pergi keluar ke mana mana dia on ajer...lagipun sekarang nie dia bawak kereta ayahnya ..so senanglah kami nak bergerak ke mana mana..namun apa yang menjadi masalah sekarang keakraban kami menjadi tanda tanya pada kenkawan farid dan jugak aweknya..kadang kadang kelakar jugak bila kenkawan dia menasihati agar farid menjauhi akak takut takut si farid akan menjadi salah seorang anggota kaum plu..apa salahnya kan..welcome to club....heheheh.....sehinggakan sekarang nie, bila kami nak lepak pandanjaya kami pun serba salah..apatah lagi nak lepak kat 501 yang menjadi port kenakwan nya....

awek farid pulak syak yang bukan bukan pada mulanya..sehinggakan akak menajadi rimas, nak jugak bersemuka dengan aweknya dan menjelaskan yang kami tak der apa pun, napa nak rasa macam tukan? tak paham....dulu akak ok ajer dengan aweknya..sekarang nie rasa macam lain, bila di tanya kepada farid mengapa aweknya macam tu, dia menjawab aweknya pikr yang kami ada skandal...aiyooo tolonglah yer..sah sah sepupu akak yer kan? mungkin uols mencebik muka bila membaca statement akak...tapi yelah uols...tak der apa apa lah .....tapi kalau si farid nak akak pun apa salahnya..hikhikhik..buat stok geli geli katanya kan...hikhikhik..jangan mare yer..

oklah uols itu sahajalah yang akak nak cerita pasal si farid nie, nak cerita lebih lebih nanti uols meluat dan nak muntah pulak....apa apa pun sape sape nak kenal dengan sepupu akak nie no hal....dia pun akak tengok boleh tahan orangnya..handsome gak..manis....badan pun ok...hikhik..oklah jumpa lagi di lain entry babai uolsss

ikut kata hati.....ikut kata rasa......

Am accident..5th finger frature.. MC semingu then extended sebulan..pergilah tengok dia? kalau marahkan someone sometime kena ingat masa suka kita ngan dia
Message yang Firdee terima dari Abg Wan di Facebook…
Should I?


( di petik dari blog kak teh, firdalina kasandra )

akum semua...apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping keluarga yang tersayang atau pun orang yang kita kasihi..akak disini sihat sahaja..alhamdulillah yer..so macam mana dengan aktiviti hari nie yer...

oklah oleh sebab masa sangat mencemburui akak di cc nie, yelah dalam pukul 10 30 malam nanti akak nak jumpa si kak teh yang tersayang kat taman dagang..so akak dengan huru hara cepat cepat menaip entry lagi satu nie..yelah dah lama betul akak tak update blog akak nie....dulu akak sangat suka update blog akak nie..yelah...ramai yang baca kan? ( opss berangan pulak yer)

oklah uols kali ini akak mencedok satu entry yang pendek dari blog kak teh...entry yang pendek sahaja namun menimbulkan pelbagai persoalan yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan..melalui blog kak teh, kita semua tahu yang si am telah mengalami kemalangan yang mungkin boleh dikatakan teruk jugak kan....

so, kenkawankak teh ( teman sekerja kat who) telah menasihati kak teh agar pergi melawat am yang kini di tahan di hospital..namun apa yang akak tahu ( semasa entry ini di tulis yer...sama ada kak teh dah pergi menjenguk ke tidak ..akak tak tahu lah , tapi kalau dah pergi menjenguk semasa entry ini di tulis..alhamdulillah..kalau belum lagi menjenguk si am....apa lagi..pergilah kan) si kak teh macam berat hati untuk pergi menjenguk si am..entahlah...

ada jugak akak baca komen dari suami kak lang yang menasihati kak teh agar pergi menjenguk si am..kalau akak pun akak akan mengambil keputusan yang sama untuk pergi menjenguk si am tu jugak kan....kalau benar lah tiada lagi sisa sisa sayang atau kasih di dalam hati kita pada seseorang, maka anggaplah kehadiran kita datang menjenguknya sebagai satu sedekah amal jariah ( sambil mebetulkan tudung bawal yang berwarna hitam tapi tetap dengan konsep labuci labuca)

kak long tahu sapa kak teh nie...dia seorang yang sukar diramalkan hatinya....tapi berkawan dan mengenali kak teh tahu jugak yang si kak teh nie bukan seorang yang akan berada di tengah tengah..kalau dia sayang atau suka dengan orang tu, dia akan cuba menghappykan orang tu dengan pelbagai cara..tanpa berkira atau mengungkit perkara atau kebaikan yang telah dilakukan...namun kalau orang yang disayang tu buat slack atau salah...erm perasaan sayang tu boleh bertukar kepada perasaan yang benci..itulah hakikatnya si kek teh nie

kak long respek dengan pendiriaan kak teh nie..dia tidak suka berada di tengah tengah atau persimpangan dilema...dengan kak teh senang sahaja "iya atau pun tidak" so berbalik semula kepada kes di atas, mungkin ada sebab kak teh tidak mahu pergi atau hatinya rasa berat untuk melawat si am nie....hanya dia sahaja yang tahu apa yang terjadi

namun disebalik kedegilannya untuk pergi melawat, kak teh sempat menghulurkan sekeping doa ( gitteww doa pun ada sekeping kah cikgu maria ?) agar si am cepat sembuh dan sihat sediakala seperti biasa....bagulsah macam tukan kak teh ....apa apa pun kita sama sama doakan si am cepat dan segera sembuh....

kepada kak teh....kalau dah pergi melawat si am...ceritalah pada kami semua keadaan si am sekarang..kalau belum lagi pergi melawat....cubalah kuatkan hati dan semangat untuk menjenguk dia di sana, mungkin kehadiran u memberi sedikit harapan dan semangat kepada dia...manalah tahu kan...sekurang kurangnya dia tahu masih ada lagi orang yang sayang kepadanya........

rm 9.00 sahaja


akum semua... apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini pun sihat sahaja disamping orang yang tersayang ..opss ...oklah uols so macam mana dengan kerja hari nie? ok tak?


petang tadikan hujan kan? yelah semenjak dua menjak nie cuaca sangat lah panusa panusi yer...sehinggakan masa nak tido pun rasa macam rimas sangat lah uols..nak wat cam ner...pemanasan global katanya kan...so tahan sahaja lah..tup tup petang tadi hujanrina...wah bestnya, sejok nie kan...sekarang nie akak di cc taman dagang ...tunggu kak teh datang untuk dinner sama sama


oklah akak nak cerita satu insiden yang memalaukan akak..insiden tu berlaku semalam ketika akak dan kak teh menjamu selera di kedai 501 dii pandanjaya...masa tu dah pukul 11 malam ke atas. tak ingat sangat lah masa dengan tepat. akak makan nasi putih, ayam masak kunyit, telor mata dan dua air nescafe ais..manakala kak teh atau lebih dikenali kasandra makan tomyam putih dan juga nasi putih serta teh ais...


banyak jugak perkara yang kami bualkan pada malam itu, apatah lagi kak teh dan kak long sehari suntuk tak jumpa. tapi sayugia diingatkan, kami berjumpa bukanlah bertujuan untuk bergosip bagai hanya bercerita tentang kisah cinta masing masing, pasal karier ( karier katanya ) dan jugak kisah adik beradik 69 yang terchinta yer...


biasalah kalau kak teh dan kak long berjumpa, memang ambik masa yang lama untuk kami angkat punggung yer...so dalam pukul 12 50 rasanya, kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah..so akak pun panggil lah salah seorang pekerja 501 yang namanya idris yer...si idris nie memang ting tong..kerja nyer suka "phewet" akak yang tak chantek nie...


si sidris nie tak lah handsome sangat ( opss chantek kah akak nie uols) tapi suka berbual dengan pondan ....suka usik usik sahaja lah.....so sambung cerita balik yer...si idris pun datang ke meja kami dan kira harga makanan kami....kalau kedai kak lahar..hah siap lah..pasti akak yang akan meletakkkan harga makanan itu sendiri, tak perlu pekerja kedai jaya tomyam yang letak atau kira kan...


so sebab ini kedai 501, maka akak tak leh lah buat sesuka hati akak pulak. lagipun akak baru ajer berjinak jinak lepak kat 501 ini..sajer ajerlah uols lepak kat situ ( sedangkan dalam hati ada niat lain nie kan) ..so kak teh hanya perlu bayar rm 6.50 sahaja, terus kak teh membayar harga makanan dengan tepat ( maksudnya tak der duit baki yang perlu diserahkan pada kak teh)..sampai sahaja giliran akak, harga makanan akak ialah rm rm 9.00 sahaja


dengan pose pose kekwatnya, akak pun check lah beg duit akak yer, ya allah hati akak pun berdegup uols...cepat cepat akak pun berkata dengan sore yang kepit ala ala ayu yang tak jadi tu


"alah idris kasi lah diskaun...rm 8.00 ker hikhikhikhik" macam gampang bunyi hikhikhik itteww kan...


"alah cikgu mana boleh, nanti gaji saya kena potong..bos marah ..."kata idris semula...


"alamak idris, cikgu nak terus terang , dalam dompet cikgu hanya ada rm 8.00 sahaja" terang akak sambil pose pose tarik tudung. mata pose pose lihat ke bawah.....ala ala nak bersedia masuk dalam rancangan bersama mu tibi 3


cepat cepat kak teh check beg duit akak..


'ahah..sian dia..memang dia tak der duit dah...." terang kak teh pada idris bagi mengukuhkan kenyataan akak yang dalam dompet nie hanya ada rm 8.00 sahaja...kak teh cepat cepat keluarkan duit rm 1.00 dalam beg nya untuk membayar kepada idris..


belum sempat kak teh keluarkan duit...idris sambung..


"takperlah cikgu, yang rm 1.00 tu saya belanja lah yer..lain kali kalau macam nie, cikgu pi basuh pinggan kat belakang tu yer....hehehhe" usik si idris....


dengan muka yang tebal ( yelah sebab revlon dah naik taraf kepada 9 petala, akak berjalan perlahan lahan ke kereta kak teh )


+lain kali sila check beg duit sebelum nak pi makan yer kak long