akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan kerja hari ini yer? ok ker? hari nie isnin kan? so mesti uols semua macam malas malas nak kerja kan? lain lah si kak tam kita tu, kerja dengan handphone baru yang sangat mahal sekali ..tahniah uolss...maklumlah kak tam kita nie mampu membeli barangan yang mahal mahal katanya..mesti dia sekarang nie sedang buat buat busy menghubungi kenkawan dengan handphone barunya kan?huhuhu
oklah uols ...so akak nak terus kepada entry akak kali ini ..oklah semalam uols wat aper? akak dan kenkawan menghabiskan masa cuti dengan keluar bersama sama....konon kononnya nak menghabiskan masa yang berkualiti dengan orang yang tersayang bukan? gitteww kan..begini yer, dalam pukul 1 petang akak menerima panggilan telefon dari kasandra yang mengajak akak pi lunch..dengan tergopoh gapah, akak pun bersiap siap mandi, pakai baju dan terus menghubungi daylan untuk lunch bersama.
selepas akak siap siap, akak dan kasandra pun terus menuju ke bandar tasik selatan untuk berkumpul di sana, daylan, dawek baru sahaja bangun dari tido manakala si hamie dah bangun . akak mengetuk pintu rumah mereka dengan kuat sekali, terus hamie melahar akak, akak hanya ketawa sahaja..kedatangan kami disambut dengan buffy iaitu kucing daylan yang sangat saiko sekali...yer tuan tuan dan puan puan, walaupun si buffy nie sangat comel, namun dia suka menyerang hendap orang yang datang..
akak dengan muka yang tak malu, terus menuju ke lap top daylan yang sangat cute tu, konon konon nak taip entry katanya...yelah sementara menunggu pepondan nie bersiap, tentu lama sekali kan..so akak tak suka membuang masa terus menaip entry tentang mimpi akak, namun susah jugak taip dengan menggunakan keyboard yang kecik.so akak terus tengok tibi di ruang tamu..kasandra pulak sibuk melayan kucing...hamie pun offer akak menggunakan komputernya..terus akak pun menaip lah entry untuk blog akak..
apabila semua orang dah siap, kami pun pergi makan lah..konsepnya kami keluar kami kali ini ialah car pooling yer, iaitu berkongsi kereta, kami naik kereta dawek, si daylan yang drive...sebab si daylan nie cekap sikit drive...akak, hami dan kasandra dok belakang. kami makan di sebuah restoren yang bernama lotus ....oklah jugak makanan kat situ...sambil kami makan tu, kami melihat handphone si hamie yang begitu mahal sekals uolss.....
lepas makan, kami berjalan kaki untuk berkaraoke pulak...aiyoo macam macam aktiviti pepondan nie kan..layan ajerlah..lagi pun dari pagi semalam si dawek nie mengajak kami pi karaoke katanya..layan ajerlah..so sampai sahaja di sana, dawek dan firdee menempah bilik yang kecil untuk berkaraoke...cukup cukup untuk 5 orang sahaja...dan bermulalah konsert 2 diva yer...siapa yang diva tu kak non? siapa lagi kalau bukan dawek dan jugak kasandra..
hamie dan daylan tak mahu menyanyi yer...si hamie sibuk dengan handphone barunya lagi manakala si daylan sedang online dengan lap top keciknya itu kan..akak pulak kadang kadang menyumbangkan suara akak yang memang dah sumbang tu kan..seronok jugak mendengar 2 diva nie menyanyi terutama si dawek, suara dia..ya allah best giler..namun jangan lah di pandang rendah kan pulak seorang lagi diva iaitu kasandra best jugak suara dia jika dibandingkan dengan suara akak nie kan
pelbagai jenis lagu didendangkan oleh 2 diva nie kan...si kasandra lagunya berkaitan dengan kisah cinta nya dengan si amril, akak dan hamie cuba mengingatkan semua tajuk lagu tersebut sebab kasandra akan membuat kuiz kepada kami berdua untuk menjawab soalan solan berdasarkan lagu yang dinyanyikan itu yer...heheheh gurau ajerlah..seronok betul apatah lagi kami menyanyikan lagu ella yang bertajuk "standing in the eyes "heheheh ala ala penutup sukan komenwel gittewkan...
selepas kami semua dah puas menyanyi terutama sekali 2 diva tersebut, maka kami pun cadang nak pi lepak lepak, tiba tiba terasa nak pi lepak kat times square pulak....apatah lagi si dawek nie nak pi taman tema katanya..kami semua macam malas nak main kat taman tema tu..so kami pun mengambil keputusan untuk jalan jalan sahaja...ramai jugak orang pada masa tu yer....tiba tiba kami terasa sangat lapura laupun, cadang nak lepak starbucks..tapi macam ramai sangat orang ketika ittewkan..so kami cadang nak lepak kat mc donald sahaja..
kami ternampak pameran kereta mewah di ruang legar times squrae..masing masing mengambil kesempatan untuk melihat keerta mewah tersebut..lepas tu kami terus ke tingkat 3...tak jadi pulak pi mac donald...kami lepak kat kenny rogers sahaja..makan ajer kat situ senang...masatu akak tengok si dawek macam tak senang duduk..sibuk meng sms dengan adik angkatnya yang berada di kulai katanya....maklumlah ada adik angkat kan....
lepas kami makan, si dawek ajak pulak pergi main boling..aiyoooo...semua orang setuju, so kami pun pergi lah main sahaja..wah banyak sekali lane kat sini kan..ada dalam 45 lane rasanya ( sorry kalau tersilap yer) kali ini kami menggunakan konsep miss world sahaja sebab tak ramai yang main, hanya lima orang sahaja...biasalah kan terus ke top 5 sahaja ...
dengan tidak disangka sangka, kasandra telah menjatuhkan 202 pin semasa games yang pertama , dengan berbekalkan 7 strike , 2 spare dan 1 open , kasandra betul betul hebat pada malam tu..akak memang sangat terkesima...memang dia sangat hebat malam tu, malahan total pun dia menang , satu pin di depan akak....seronok juga main boling kat times squrae..akak perhatikan, pin nya mudah jatuh ...tapi kalau nak strike bola kena masuk ke pocket, baru boleh strike
masa main boling tu, hami pulak sedang bertanding dengan seorang gadis cina yang bernama B yer...hamie bertanding dengan gadis cina tu sebab nak mencaras pakwe cina yang menemani awek tu bermain boling..apatah lagi alex cina tu akak tembam sehingga nak terkeluar dari zip seluarnya..dan ini menjadikan si hamie tidak keruan dan bersemangat untuk membuat lontaran, setiap kali membuat lontaran, dia akan mengerling ke arah alex cina tu sambil mengetap bibir nyer...opssss hamie...
sebaik sahaja kami menghabiskan 2 games, so kami pun bercadang nak balik....masing masing dah penat katanya...daylan menghantar akak ke pandanjaya dahulu..walaupun kami semua penat, tapi kami semua sangat seronok sekali..heheheheh oklah uols..nanti akak taip lagi satu entry untuk anda semua yer....jumpa lagi di lain entry yer
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
bestnye kalau dapat join!!
tapi rugi la kak anjang n kaktam jadi pendengar jer... tiada ker lagu "sempurna" didendangkan??
tak der sapa pulak kak lang yang nyanyi lagu sempurna nie hehehehhee
Post a Comment