akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer.....akak disini pun sihat sahaja...so macam mana kerja hari nie? ok ker? mestilah ok kan sebab esok kan cuti ....hari sabtu dan ahad..masa cepat betul berlalu bukan? tup tup dah hujung minggu pulak ...so apa planning uols cuti nie?


oklah akak macam biasa sahaja..insya allah esok kalau tak der apa apa nak pergi ke rumah sepupu sebab ada majlis pertunangan ...itu pun kalau rajin, tak pun hanya wakil hanya ayah mak sahaja..cukup lah kan.....hehehehe..malas pulak rasanya nak pergi yer..mesti orang orang akan tanya bila nak kahwin kan...so nak wat cam ner..tengoklah dulu macam mana esok..kalau rajin ..pergi lah kot


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? yup tetiba pulak tajuknya warna warna kehidupan yer....gitteww kan....sebenarnya tak der idea nak tulis apa pun....sebagaimana yang kita sedia maklum ( macam cikgu pulak bunyinya ) kehidupan kita pendek sebenarnya....bak kata orang putih "life is too short" kan ..so kita haruslah penuhi kehidupan kita dengan apa yang kita impikan selama ini...bagi seseorang yang sering mempunyai motivasi diri, dia akan menganggap kehidupan sesuatu yang perlu dihargai...dengan kata lain setiap saat yang berlalu haruslah disi dengan azam, tekad dan semangat untuk memajukan diri sendiri serta mencapai apa yang dihajati...


sebenarnya, ia bergantung kepada seseorang individu itu lah, mungkin dalam hidupnya, dia mahu dia senantiasa ceria dan bergembira tanpa memikirkan apa apa sahaja masalah ataupun halangan yang mendatang...sayugia diingatkan, dalam kehidupan kita nie, tak semuanya indah.....pasti ada yang tak bestnya bukan? jadi ...yang tak best atau masalah yang mendatang itulah merupakan "warna warna dalam kehidupan kita "


bayangkan kalau kehidupan kita nie statik sahaja....tiap hari kita lakukan benda yang sama....buat perkara yang sama...tak der masalah..semuanya macam ok sahaja...adakah hidup kita mencabar? erm rasanya tak kot...sebab kadang kadang bila ada masalah mendatang secara automatik, kita akan bergerak untuk berubah menjadi seseorang yang lebih baik bukan?


dengan kata lain, masalah menjadikan manusia berubah dari satu takuk ke satu takuk yang lain...semakin besar masalah yang berlaku dalam hidup kita, semakin kuat kesan atau impaknya dalam kehidupan kita, apatah lagi kalau kita senantiasa berfikiran secara positif dengan masalah yang berlaku..anggaplah maslaah itu adalah satu cara untuk kita menguji kekuatan mental dan fizikal kita....


kehidupan kita memang sangat menarik sebab , kita tidak tahu apa yang berlaku selepas nie bukan? katakan akak sedang menaip entry ini pada pukul 3 00 petang, namun akak tak tahu apa yang berlaku pada pukul 3. 30 petang nanti bukan...itulah dikatakan kehidupan adalah sesuatu yang sangat misteri..manalah tahu selepas akak menaip blog akak nie, semasa berjalan pulang, tetiba akak ditegur oleh jejaka yang handsome? mana tahu bukan .....


so hargailah kehidupan yang kita ada...kehidupan pasti akan bertambah menarik apabila kita dikelilingi oleh insan insan yang sayang akan kita..tak kiralah , mak dan ayah ker, adik beradik kita ker, adik beradik 69 ker, kenkawan kita ker malahan musuh kita pun sama jugak memberi kesan dalam kehidupan kita..apabila kita menghargai orang orang yang menyayangi kita, sudah pasti kehidupan kita bertambah ceria.....yup memang tidak dapat disangkal, kehidupan tidaklah ceria selalu, susah senang, sedih, duka gembira merupakan asam garam dalam kehidupan kita ...jadi tempohi lah kehidupan dengan penuh kesabaran apabila kita menghadapi sesuatu musibah atau masalah......


bersyukur lah kita kepada tuhan sebaik sahaja kita dapat mencelikkan mata kita setiap kali kita baru bangun tidur yer....sebab sekurang kurangnya kita dapat bernafas lagi di atas muka bumi ini, bangun ..pastu pi mandi atau bersihkan diri...ceria kan diri anda ....lontarkan senyuman kepada sesiapa sahaja ( tapi lah kau tersenyum tak tentu hala , nanti orang ingat kau giler pulak kan?) hubungilah orang yang tersayang..hantar sms kat kenkawan..tanya dia kat maner..kalau dia tak jawab, kau hantar lagi dengan bahasa inggeris...tak pun uolss hantar soalan yang sama dengan susunan ayat yang berbeda....hehehe sorry kak teh..gurau ajer....


jadi apa lagi uols...fikir fikirkah lah....bagi kehidupan kita yang macam nie.....mesti kita akan mengelak diri apabila ditanya mengenai kahwin bukan? tapi sesiapa antara kita yang bersedia untuk kahwin ( diingatkan kahwin dengan pompuan yer) alhamdulillah baguslah..tapi bagi yang belum bersedia, bercinta lah puas puas dengan lelaki dulu...pastu baru insaf ..bagi macam akak nie nie, dah lanjut usia nie, rasanya dah perlu membuat perubahan dalam diri nie kot..akak nak daftar rumah orang tua tua seri kembangan ker..tak kira lah kat mana mana rumah orang tua tua ..asalkan dapat bertumpang kasih dan berteduh, jom uols kita daftar sama sama nak?