akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..akak disini pun sihat lah sangat uols..sekarang nie dah naik balik badan akak nie, naik 3 kg sebab apa yer, sebab pagi pagi dalam pukul 3 atau 4 pagi akak suka melantak roti canai yang dijual di depan kedai seng heng di pandanjaya..sedap skals uols..dan akak berjanji malam nie takkan pergi lagi makan kat situ....akak nak bakar kedai tu sebab kedai tulah yang menyebabkan akak semakin montel semula..
opss sorry teremo pulak ..pastu intro menjadi panjang menjela pulak kan? sorry lah uols sebab akak emo sikit lah...hehehe oklah uols dah tengok tajuk entry akak kali ini..owh yer..akak nak cerita pasal seorang sepupu akak iaitu mr farid...selalu jugak akak usung sepupu akak nie ke hulu ke hilir sehingga pelbagai fitnah melanda akak berdua gitteww kan..tak larat lah uols...bukan sengaja nak usung dia, sebab dengan si farid nie senang nak ajak berjalan ke mana mana
oklah baiklah akak cerita sedikit mengenai si farid nie, dulu masa dia mengambil spm ( tahun 2005), akak ada mengajar tuisyen mathematics di rumahnya, masa tu kami rapat jugak lah sebab seminggu kami akan berjumpa dalam 3 atau 4 kali sebab tuisyen lah uols..kadang kadang dia akan datang naik moto ke rumah shahril, kalau tak pun akak akan pergi ke rumahnya di taman nirwana..si farid nie, kalau bawak moto, ya allah uols..laju skals, pernah akak hampir muntah muntah sebab pening sangat dan ketakutan apabila dia memecut dengan laju..entah apa yang nak dikejarnya akak pun tak tahu lah...
nak kata berapa kali dia jatuh moto..erm ya allah tak terkira rasanya, penat lah mak si farid nie menggomel dan berleter , namun si farid nie masuk telinga kiri keluar telinga kanan ajer lah..masa dia bersekolah di sekolah pandanjaya, dia merupakan seorang pemain hoki yang paling popular, maklumlah pasukan sekolahnya menajdi johan hoki peringkat daerah dan juga naib johan peringkat negeri..hebat bukan, malahan farid jugak menjadi pemain hoki negeri selangor masa pertandingan hoki mssm tahun tersebut..
farid nie str8 lah, tapi namun yang bestnya dia boleh terima kita yang kaum kaum lemah nie kan...maklumlah dah lah sepupunya macam nie...so dia memang open sahaja orangnya..malahan setiap kali lepak dengan akak, dia boleh dengar dan kadang kadang memberi pendapat pasal isu kami nie...kawan baik si farid dalam kumpulan kami ialah si hans...erm si hans nie nampak jantan jugak, so boleh lah masuk dengan si farid, hanya si hans nie suka mengajar yang tak elok kat farid..ada ker dia suruh farid insaf dan bertukar menjadi plu..aiyoo...mula mula farid rasa macam pelik dan tak suka, lama lama dia senyum sahaja bila si hans cakap macam tu..
si farid nie memang baik uols..kalau akak ajak dia pergi keluar ke mana mana dia on ajer...lagipun sekarang nie dia bawak kereta ayahnya ..so senanglah kami nak bergerak ke mana mana..namun apa yang menjadi masalah sekarang keakraban kami menjadi tanda tanya pada kenkawan farid dan jugak aweknya..kadang kadang kelakar jugak bila kenkawan dia menasihati agar farid menjauhi akak takut takut si farid akan menjadi salah seorang anggota kaum plu..apa salahnya kan..welcome to club....heheheh.....sehinggakan sekarang nie, bila kami nak lepak pandanjaya kami pun serba salah..apatah lagi nak lepak kat 501 yang menjadi port kenakwan nya....
awek farid pulak syak yang bukan bukan pada mulanya..sehinggakan akak menajadi rimas, nak jugak bersemuka dengan aweknya dan menjelaskan yang kami tak der apa pun, napa nak rasa macam tukan? tak paham....dulu akak ok ajer dengan aweknya..sekarang nie rasa macam lain, bila di tanya kepada farid mengapa aweknya macam tu, dia menjawab aweknya pikr yang kami ada skandal...aiyooo tolonglah yer..sah sah sepupu akak yer kan? mungkin uols mencebik muka bila membaca statement akak...tapi yelah uols...tak der apa apa lah .....tapi kalau si farid nak akak pun apa salahnya..hikhikhik..buat stok geli geli katanya kan...hikhikhik..jangan mare yer..
oklah uols itu sahajalah yang akak nak cerita pasal si farid nie, nak cerita lebih lebih nanti uols meluat dan nak muntah pulak....apa apa pun sape sape nak kenal dengan sepupu akak nie no hal....dia pun akak tengok boleh tahan orangnya..handsome gak..manis....badan pun ok...hikhik..oklah jumpa lagi di lain entry babai uolsss
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment