sms dari kak nor

akum semua...apa khabar? sihat semua? alhamdulillah kalau semua sihat yer....sekarang nie cuaca sangat mendung, hari macam nak ujan, jadi siapa yang memandu balik kerja tu, hati hati, jalan licin, jam pulak tu. masing masing nak balik awal di rumah, sebab esok dah mula cuti, jadi elakkan perkara yang tak baik berlaku yer.....

dah tengok tajuk entry kali ini..erm yup yang pertama , penulis nak cerita tentang sms yang diterima semalam oleh penulis daripada kak nor atau nama popularnya normala atau nama manja kak ngah. kak noe telah meng sms penulis semasa penulis mencari kawasan rumah yang ingin didiami oleh ej dan bf yang tersayang yer....kak nor ingin membaca blog katanya..so penulis dengan bangganya memberi add untuk kak nor baca blog yang tak seberapa ini...

dalam pukul 12 lebih, penulis menerima sms dari kak nor yang berbunyi begini

" 12/12/08 01:18 anugerah blogss terbaik jatoh pada blog cegu..cerita sgt menarik,kepelbagaian ,humor dan sangat mudah difahami, tahniah,anugerah blog paling mahal setaraf cerita ivanka trumph jatoh pada blog firdee. sungguh mahal.anugerah blog paleng insaf jatoh pada blog ej ..sedih dgn cerita pahit bkt.a.b ..im sorry for u ejay n shah..dan anugerah blog paling kekwat blog halim ngan nas.nak masuk kena id.dinch"

begitulah panjang sekali kak nor kita menaip sms yer, kagum betul penulis dengan kegigihan beliau menaip sms yang panjang lebar ini yer.... terima kasih atas anugerah yang diberikan walaupun anugerah itu tidak diiktirafkan oleh sesiapa pun... tidak dinafikan blog firdee agak istimewa kan...gittewwww. blog ej tu insaf sebab ada musibah yang melanda..kalau tak blog dia ceria dan suka melahar blog orang lain kan......blog si nas dan aleem menarik gak kak nor....kak nor kena tgk jugak blog yang semakin mantap iaitu blog erry iaitu kak lang kita..siap dengan tips lagi nie..itu yang sangat mahal tu kak nor....lepas tu ada lagi sms yang dihantar selepas penulis membalas sms kak nor tadi

"12/12/08 01:28 yang paling penting gambar cegu..senyum dgn mata dan pose mulut berbentok hati..oh for god sake..cerita2 cekgu paling rasa nak dihabiskan .coz ada cerita jantan2.mahupun mike atau hairul arsenal ..menarik.BUKAN PASAL LAKI SENDIRI..opss terlahar pulak"

sms kali ini terus penulis terdiam seketika..betul ker? takder langsung entry untuk acap ker? erm rasanya dah ada , kalau kak nor baca balik ada cerita cikgu ceritakan untuk acap sekali..tapi mungkin tak lebih detail kan? ermmm jap yer kak nor ..penulis akan ceritakan serba sedikit pasal acap pulak. nanti kak nor bosan pulak kan?pasal mike tu sebab dia dah nak balik pilipina, tak jumpa lagi lah nampaknya.....pasal hairul pulak sebab dia memang seorang kawan yang baik. alhamdulillah dapat kawan macam tu..lagi pun si hairul suka di puji dalam blog ..kan hairul kan?

"12/12/08 01:37 i tak kata u cerita pasal laki u. blog2 lainlah cegu .pemilihan tulisan pun penting .tak menyakitkan mata.perfect .dah la chantek, pendidik, pandai main berboling,pandai berblog.ada paku,kenal tukang urut..fuh"

kalau kak nor tgk blog ej ..kak nor dapati banyak gambar gambar yang sangat menarik, penulis suka pi singgah ke blog ej sebab disitu banyak cerita yang menarik, siap dengan gambar pulak, bagi penulis, nak letak gambar pun penulis tak reti sangat lah, itupun akiko yang tolong. kalau tgk blog firdee pulak, pemilihan kata yang sangat baik, perfect , cuba pi singgah blog hans, aiyoooo penulis rasa kena bawak kamus sebab penulis tak tere berbahasa inggeris lah...di akhir frasa sms tadi kita dapati kak nor cuba mencarot penulis..tak per kak nor..tak per kak nor....

" 12/12/08 01:43 kenapa lagi nih?blog dah chantek, pencipta blog pun chantek.ada banyak boyfriend ada koala bear.what else?

kak nor bertanyakan mengenai penulis yang berhasrat untuk menjadi single sahaja sebab penulis merasakan kehidupan single adalah lebih baik dan lebih mudah, mungkin penulis merasakan cinta yang ada sekarang tidak memadai untuk penulis, membuang masa dan wang penulis , lantas penulis mahu single sahaja ( masa tu penulis tengah emo + ting tong) kak nor mencarot penulis...penulis chantek kah? dinch uolsss..penulis tidak chantek..sapa yang chantek ? penulis merasakan yang chantek ialah hamie dan am serta kak nor. kategori chantek + handsome ialah firdee, dan akiko serta nas. kategori handsome + cute ialah ej , erry, hans ,acap, shah, kk dan aleem serta amy. kategori lahar...cikgu murni

"12/12/08 01:49 apa lagi cegu nak?ada pusat tuisyen ,dah makin slim, ramai jantan menunggu ..setakat acap ? kalau tak mahu campak aje kat mana2..pastu caras si kaykay...kukikkukik

ha ah...kak nor..pusat tuisyen tu bukan saya punya yer....saya kerja di bawah mr firdee dan am yer...diulangi bukan saya punya lah kak nor....saya takder duit nak bukak pusat tuisyen, nie pun rasa bertuah dapat bekerja dan mengajar di pusat tuisyen, tak perlu lagi meredah hujan, turun lif naik lif di taman miharja..alhamdulillah sangat....slim pulak sebab penulis sedang diet..yelah tgk badan adik beradik lain semuanya berbadan betik lah uolsss...badan penulis macam nangka gittewww....nak buang acap ke? ermmmm tak leh buang macam tu..dia pun ada perasaan gak..kalau nak buang pun kena ada caranya kan kak nor....kena slow slow tak pun terus terang ajer.....nak caras kk pulak? aiyoo kak nor, walaupun kk tu baik, penulis lebih sanggup mencaras amy dari kay kay ..apa nak jadi..jadilah..... gittewww

"12/12/08 01:56 sian kay2.dia comel, pandai pose 2 maut..kalau kita ada pertandingan pandanjaya next top model, dia ngan hamie, confirm final "

penulis tidak emnafikan yang si kay kay nie seorang yang comel, agak blur blur sotong, manalah si amy tak haid kan..kadang kadang memariekan diri penulis tengok si amy nie yer..sabar nya amy..jangan kau meroyan dengan kay kay tu, memang si kay 2 nie pandai pose pose maut, cuba lihat gambar masa besday party, dia sangat memahami kamera berbanding yang lain yer....bagi penulis dia dan hami sangat pandai bergambar..yup mereka pasti ke final..tapi rasanya hamie akan menang kot..sebab pandai kah kk bercatwalk? hehehehhe tgk tgk si kay kay catwalk malatops...sujudkan kita semua.....

itu sahaja sms yang diterima dari kak nor.....

tersentuh hati ini

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau pembaca diluar sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang, penulis disini sihat sahaja dan mengambil masa senggang penulis untuk menulis blog penulis yer.....

semalam penulis mendapat sms dari seorang adik beradik 69 yang meminta penulis membaca blognya yang berkenaan dengan entry suami kak lang, memang tidak dapat dinafikan, hati penulis berkobar kobar untuk membaca blog dan entry tersebut..macam ada sesuatu yang menarik didalamnya.

oleh kerana malam tadi, penulis agak sibuk dengan kedatangan my baby, pastu menolong ej mencari kawasan rumah sehingga lewat malam, jadi penulis membatalkan niat untuk membaca entry tersebut walaupun di dalam hati penulis tidak sabar sabar nak membacanya. sebaik sahaja, matahari pagi bersinar, penulis pergi ke pusat tuisyen untuk menguruskan lesen perniagaan pusat tuisyen. lepas dah setel, waktu rehat, penulis terus membuka blog tersebut ..alamak ada password

tapi ada clue disitu, hanya orang yang tahu sahaja boleh membuka entry tersebut, satu demi satu perkataan penulis cuba fahami dan selami, timbul satu perasaan simpati, sedih menyelinap dalam lubuk hati penulis, cuba memahami dengan lebih jelas, entah mengapa tetiba air mata bergenang di kelopak mata. takut nanti disalah tafsir oleh orang lain, cepat cepat penulis menyeka air mata agar tidak mengalir keluar.

firdee amat bijak menggunakan perkataan, ayatnya tersusun rapi, pendek, jelas tepat dan apa yang nak disampaikan itu amat jelas sekali. dia menulis entry ini lahir dari hati yang luhur, mencurahkan apa yang dialami selama ini, mungkin kita nampak firdee gembira, tersenyum gelak kuat kuat tapi hakikatnya dia sedang bergelut dengan emosinya sendiri. penulis agak memahami situasi sebenar kerana penulis juga mempunyai teman lelaki yang straight seperti firdee, hanya yang membezakan kami, hanya teman firdee pernah menempuh alam perkahwinan dan kebanyakkan teman hidup penulis masih lagi bujang, jadi disini penulis dapat merasakan keperitannya.

bukan nak membodek firdee secara terang terangan, mungkin ada yang mencebik dan mengata yang penulis sengaja nak membodek firdee, maklumlah, firdee adalah boss kepada penulis.. dinch uolssss, penulis merasakan apabila seseorang itu layak diberi pujian, maka penulis akan memuji orang tersebut, tengok sahaja entry entry lain , penulis jugak ada memuji akiko atau daylan jugak, dengan kata lain semua adik beradik 69 penulis puji.....

apa yang dihadapi oleh firdee merupakan dugaan yang agak besar jugak, tapi firdee beruntung kerana dia masih tinggal bersama dengan orang yang tersayang yer, duduk bersama, menghabiskan masa lapang bersama , malahan juga bercuti bersama sama, sedikit sebanyak penulis merasa cemburu disitu, sedangkan penulis dan my baby masih lagi tercari cari makna sebenar percintaan....lantas keraguan pun timbul dalam perhubungan kami....

oklah penulis perlu menyempurnakan tugas penulis, insyallah bila dah setel nanti, penulis akan kembali menulis semula yer...sambutlah salam sayang dari penulis buat pembaca blog yer....kalau nak baca entry firdee, anda perlu ada password, dan bila anda baca , anda fahami, anda akan dapat menyelami hati seorang insan yang bernama firdee..kepada mr firdee..penulis amat memahami situasi yang dihadapai, agar terus tabah, ceria dan gembira dengan apa yang dilakukan...




apa istimewanya keluarga 69 nie?

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat..akak kat sini pun sihat jugak yer....so macam mana kerja masing masing? ok? takperlah, esok kan hari sabtu , so anda semua ada cuti selama 2 hari dan anda gunakan lah cuti tersebut dengan sebaik mungkin yer...

dah lama akak nak tulis tentang entry ini kerana banyak jugak sms yang bertanyakan apa istimewanya keluarga 69 nie...ada jugak yang seolah olah meragui samada keluarga 69 nie realiti atau satu fantasi bagi penulis yer....dan ramai jugak ingin berkenalan dengan ahli keluarga 69 nie..jadi di sini akak akan jelas kan serba sedikit tentang keluarga 69.

baiklah, anda semua tahu bahwa keluarga 69 ini mempunyai 9 orang adik beradik yang telah diberikan gelaran mengikut usia, iaitu yang paling tua ialah penulis sendiri, yang mana usia telah menjangkau 32 tahun, tahun depan dah masuk 33 yer ( tak sedar diri, masih lagi nak bergaul dengan adik adik yang muda bergetah) dan yang paling muda amy ( 23 tahun ) hah, bayangkan beza umur tersebut? 9 tahun yer...bezanya...

keluarga 69 ini tinggal berasingan antara satu sama lain, terbahagi kepada 4 kawasan, antaranya 3 orang tinggal di kawasan pandanjaya, 2 orang tinggal di kawasan bukit antarabangsa ( akan berpindah ) , 2 orang tinggal dikawasan bandar tasik selatan , 1 tinggal di tasik permaisuri dan seorang lagi tinggal di seri nilam.

walaupun kami tingbgal berasingan, tapi kerap jugak kami bertemu, ini yang istimewanya, tapi pertemuan biasanya akan diadakan di kawasan pandanjaya sebab adik beradik di pandanjaya tajk der kereta, dengan kata lain kami di pandanjaya mengharapkan belas kasihan adik beradik yang lain untuk mengambil dan menghantar kami balik ke pandanjaya...

apa istimewanya kami ini :

tidak berkira : ini yang paling penting dalam perhubungan kami, sepanjang akak lihat , kami semua memang tidak berkira diantara satu sama lain lah, walaupun pada hakikat , ada antara kami baruisaja mengenali antara satu sama lain, tapi masing masing dah lama kenal sangat.tidak kiralah ebrkira pasal wang ker, duit minyak kereta ker apa ker, masing masing ok..tapi tak tahulah kalau dibelakang yer( larikkk), kalau ada tak puas hati kita cakap yer...

bantu membantu : yup ini yang sangat penting, hidup jauh dengan keluarga menjadikan kita lebih berdikari, tabah dan terus berdiri di kaki sendiri, apabila di timpa masalah, sapa lagi kita nak mengadu bukan ? kalau bukan kenkawan. contohnya, masa akak kehilangan duit minggu lepas.. siapa yang bantu? adik beradik betul kah? dinch uolsss..dinch....., yang bantu ialah erry dan firdee ( dari aspek kewangan ), daylan , hamie, amy, hans, am( dari aspek mengembirakan hati akak dengan cara mengajak bermain boling), ej (dari aspek semangat ..terus nanyi lagu semangat yang hilang yer) adik beradik kandung akak langsung tak menghulurkan bantuan yer, hanya adik yang kerja di klang sahaja datang ke rumah dan beri sedikit bantuan....

ambil berat : lagi satu keluarga 69 ini agak istimewa kerana kami selalu bersms diantara satu sama lain, bertanyakan khabar, tanya planning apa malam nanti, tanya pendapat, berkongsi masalah, tanya pasal mana nak jumpa, tanya suami masing masing , ( ini akak takut nie) tapi itulah hkikatnya, oleh kerana kami duduk berjauhan dan bekerja pun tak sama tempat, hanya sms lah menjadi alat perantaraan antara satu sama lain....setiap hari mesti kami bersms antara satu sama lain

hobi yang sama: tidak dapat dinafikan , kami jugak suka bermain boling yer, dulu kami di ue3, sekarang dah tempat lain, di ampang point, masing masing berkumpul, main boling , gelak gelak, heppi heppi, pi makan, ngumpat sama sama. memang seronok, bila ada sessi lahar melahar antara satu sama lain, bila main boling tu, memang lah bisng sah sah kak long dan kak ngah yang bermulot puaka tu, menang kalah bukanlah perkara utama, asalkan heppi heppi sajer.

mempunyai blog: tidak semua adik beradik mempunyai blog, yang ada akak, firdee, ej, erry sahaja, tapi kami tahu adik beradik lain dan suami masing masing mungkin ada membaca blog kami kot, dan jugak peminat blog masing masing, dengan kata lain lingkaran blog ini semakin berkembang luas yer.....masing masing ada peminat tersendiri, masing masing ada gaya penulisan tersendiri, ada yang sedih, ada yang jensi kelakar, ada yang gaya bahasa berbunga bunga layaknya, dan macam macam yer, bergantung sapa yang menulisnya......

lahar melahar tanpa ambik hati : yup, kita tak dapat nafikan kalau golongan macam kita nie, kalau tak der sessi lahar melahar memang tak sah, kalau berjumpa lagilah, lahar terus secara live yer, bergantung pada orang yang kena lahar, sama ada boleh tahan ker tak dengan laharan tersebut, biasanya adik beradik nie hanya tersenyum sahaja apabila dilahar, senyum senyum manja, takder sessi berdebat, atau gulungan hujah, buat bias bias ajer lah kan...terutama daylan yang selalu melahar akak dimeja makan..takut woooooooo

apa apa pun penulis minta maaf kalau pembaca merasakan apa yang penulis tulis ini tidaklah istimewa sangat yer, bagi penulis, erm ini sudah cukup baik, kalau anda ada masa dan ingin mengenali adik beradik penulis, disilakan..agar anda dapat merasakan kegembiraan tersebut..

selamat tinggal mike..........

akum semua..apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan ceria disamping keluarga yang tersayang yer..tak kisah lah keluarga ker..a.dik beradik ker...orang yang tersayang ker..asalkan anda semua happy dengan diri anda....tinggal beberapa hari ajer kita akan menyambut tahun baru...2009 akan menjelang dan kita berharap dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki nanti..

sekarang nie akak nak cerita pulak kisah sedih akak yang melanda dalam diri akak yer. macam macamlah yang berlaku kan dalam diri akak nie kan..hilang duit lah....kena tipu kat housemate lah....sekarang ini akan hilang seseorang yang istimewa dalam hidup akak nie....

pukul 11 00 malam nie, mike dan kenkawannya akan bertolak balik ke dubai, dan mereka akan balik ke pilipina sehingga krismas nanti dan bakal menghabiskan cuti sehingga tahun baru di negara asal...tahun baru nanti , mereka tidak akan datang ke malaysia lagi dan akan menetap terus di dubai ..

siapa mike nie yer? oklah akak cerita sikit ajer tentangnye, lagipun ramai adik beradik tak pernah tengok muka mike nie, hanya amy, am, firdee, daylan dan hami yang sempat tengok serta pekerja pekerja tomyam ...orangnya boleh tahan, muka comel, berbadan sasa dan bekas model di pilipina...ada tengok muka dia di majalah pilipina, tapi dia bagitau di pilipina terlampau banyak sangat muka muka yang melatop....so persaingan memang hebat lah....

mike telah kematian ibunya semenjak kecil dan tinggal dengan ayahnya, malangnya ayahnya telah berkahwin dengan wanita lain.dan wanita tu sangat kejam, ini kes ibu tirilah.....mike ada seorang abang yang masih menuntut di universiti tahun akhir. oleh kerana kesempitan duit, mike telah berhijrah dengan kawannya yang bernama antony dan marc. dua dua pun handsome dan malatops..hamie suka marc tu kan...tul kan hamie?....

so mike telah berhijrah ke kuala lumpur dan dijanjikan kerja dihotel, sampai sahaja di kuala lumpur, rupa rupanya dia dan kawan kawan dipaksa bekerja di rumah urut gayboi...apa lagi 3 orang pinoy nie mengamuk lah sebab ditipu oleh bos mereka, tapi malangnya pasport mereka dipegang oleh bos ..tiket penerbangan datang ke kuala lumpur perlu dijelaskan...dengan kata lain mereka berhutang dengan bos mereka

akak jumpa mike nie di cc , di taman miharja, memang akak suka main games di cc miharja.....games tu sangat seronok tau, setiap malam akak akan pi cc selepas mengajar di taman miharja, manakala shahril akan mengambil akak dalam pukul 2 pagi sebab dia kata ada futsal katanya...katanya futsal sedangkan sedang merendek dengan pompuan kan..sialan....eh emo lagi lah....

so setiap kali akak main games, akak akan menjeling kepada mike sambil main main mata dengan dia, dia tahu akak tengok tengokkan dia...main mata nie penting yer..macam akak dan mat tomyam yer..opsss ..lama jugak kami pandang memandang tapi segan nak tegur lah..

satu malam, akak main games sebelah mike tau..heheheh sajer ajer main games sebelah dia, dia masa tu tengah online dengan awek dia di pilipina tau....sambil online dia tegur akak pasal games tu...dia macam seronok tengok akak main games malam tu.....masa tu hamie pulak chat depan table kami....akak sempat memberi dia sekeping kertas yang tertulis no tipon akak. masa tu ya allah berdebar debar uolssss...

satu malam akak tak tido, menunggu panggilan mike tu, erm akhirnya hampa..tak di contactnya..esoknya bila akak main games dia pulak takder..lagilah kecewa.....dah putus asa dah...tapi....selepas akak balik dari cc dalam pukul 3 pagi dia kol dan kata nak jumpa...yahooooo..punyalah suka....akak mandi mandi dan terus tahan teksi pi miharja jumpa mike..bayangkan kol 3 pagi, masa tu shahril tak balik..dia kata tido umah sepupu..

dari detik pertemuan itu, akak dan mike mula mengenali hati budi masing masing....dia tanpa segan menceritakan kisah hidupnya, bagaimana dia terpaksa mengurut lelaki lelaki gayboi yang gatal, ada yang bayar nak seks sahaja dan dia rasa terseksa dengan kerjanya ( ye ker..atau pun gumbira sebab dapat duit yang banyak kan)

kami akan berjumpa selepas mike abis kerja..dalam pukul 1 pagi tak pun 2 pagi. kadang kadang akak terpaksa ambik dia naik teksi.... gigihkan.....tapi duit tambang tong sama sama lah yer....dia tidur umah akak dan dalam tengahari kena balik ke center urut dan menjalankan tugasnya..time time cuti dia akan berjalan jalan dengan akak , kami tengok wayang...jalan kat pavilion...dia pulak handsome..ramai gak memandang kami...alah biasalah..akak kan the ugly duckling kan....so dia pulak handsome..mesti orang mencarut.....

kami dah kenal hampir 10 bulan..tup tup...dia bagitau tadi, ini merupakan pertemuan yang terakhir..sepanjang perjalanan ke klia akak menangis sahaja......tapi bukan lah nagis kuat kuat..lite lite...dia gengam tangan akak kuat kuat...kawan kawan dia tahu yang akak dan dia ada affair lah kaedahnya..mereka open....dia bagitau dia tak kan lupakan akak lah..katanya...dah sampai pilipina terus hilang kan.....

ada diberikan alamat tempat dia tinggal, sehelai baju yang dia dah pakai, seluar, seluar dalam,selendang dan beberapa lagi hadiah yang amat berharga buat akak..akan disimpan baik baik..tak nak basuh...biar bau tu melekat...bau badan mike wangi......tadi masa makan dia sempat kol bagitau, dai nak berlepas tak lama lagi..sayu sangat suaranya......akak buat buat heppi masa makan dengan kenkawan....

insya allah kalau ada rezeki, nanti kalau ada duit lebih mesti akak carik dia kat sana..tak kisahlah kalau dia dah kawin dengan pompuan ker..atau pun dia ada pakwe atau lover..tetap akan carik jugak....dah hilang sorang yang akak sayang.....uhuk uhuk......sesungguhnya ..walaupun dia bekerja sebagai tukang urut ....mungkin keji bagi kita, hina di mata kita, akak percaya didalam dirinya ada sekeping hati yang bersih......berkorban demi abangnya....kepada mike, akak doakan dia heppy, jangan lupa hantar email, ym lah selalu kalau nak kawin bagitau yer....

hari haid sedunia dan memariekan diri part 2

akum semua...apa khabar? semua sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang, buat kenkawan yang stay di bukit antarabangsa di harap anda semua tenang dan berdoa agar semuanya selamat yer....'

oklah kali ini akak nak cerita pulak tentang satu kisah semasa akak sedang menguruskan lesen perniagaan di mpaj, sebagaimana yang anda tahu, akak baru sahaja memariekan diri dengan seorang pemandu teksi yang menghantar akak ke mpaj. Nasib baik ada mike pilipina yang menenangkan akak...

selepas akak memariekan diri, kami berdua memanjat bukit yang agak tinggi jugak , nak ke bangunan mpaj, sampai sahaja di kaunter pertanyaan, kami diminta berjumpa dengan seorang wanita yang tidak jauh dari kaunter pertanyaan. akak dan mike pun segera ke sana, tak jauh sangat lah...

wanita itu agak busy melayan pelanggan yang ingin berurusan dengan mpaj, tapi yang peliknya semua orang yang ingin membayar bil ke apa ker mesti mengambil no giliran sebelum masuk ke satu bilik, dengan kata lain, semua orang yang ingin berurusan dengan mpaj mesti bertemu dengan wanita ini yer, wah wah kau memang giler kuasa kan..kau lah tempat bertanya, kau lah tempat orang nak ambik nombor dan sebagainya

bagi akak cara nie amat tidak praktikal kerana mesin untuk mengambil nombor itu tidak perlu diuruskan oleh wanita tersebut, biarkan sahaja pelanggan tekan sendiri, tak perlu kau tekannyer...akak pun pose pose kat tepi meja dia...sambil melemparkan senyuman yang amat palsu gittewww..

encik..minta duduk sebentar yer...." tegur wanita itu sambil busy menekan nombor untuk para pelanggan, dia macam kelam kabut sebab semuanya perlu diuruskan olehnya, semua orang bertanya kat dia lah, ambik no kat dia lah..semua dialah..seolah olah bangunan mpaj tu memang harta warisan untuk dia kot

akak cuba sabar, masa berjalan begitu cepat, sebab akak perlu ke pendaftaran negara untuk uruskan kad pengenalan akak pulak, risau lah sebab kad pengenalan takder nie, susah lah macam nie...lesen mesti diuruskan dengan segera....banner mesti digantung supaya promosi boleh di buat dengan pantas

akhirnya setelah menunggu 30 minit barulah akak dipanggil berjumpa denganya, tapi keadaan masih tak berubah, kelam kabut, dengan deringan telefon lah, dengan orang bertanya lagi lah, dengan orang nak ambik nombor lah..peninglah akak macam nie.....dah lah akak kena uruskan lesen nie dengan segera..tak mahu tangguh tangguh lagikan.......

"ok encik rizal, cuba baca dulu sekali imbas borang nie...errr, encik nak ambik nombor apa yer tadi....tetiba dia tegur orang lain sedangkan tadi sedang bercakap dengan akak.

"ok...encik rizal dah tahu kan syarat syaratnya kan..." " err encik nak bayar apa tadi yer..owhh..nie encik bayar kat tingkat 11.." sekali lagi perbualan kami tergantung sebab dia busy melayan orang lain yang pose pose kat meja tu..

selagi ada orang yang datang ke mejanya, perbualan kami akan terhenti, dan last sekali apabila urusan dah setel dengan wanita itu, akak pun bertanya..

"puan, saya kesian lah dengan puan nie...semua ker puan kena urusakan ?" sajer akak memancing emosi perempuan itteww

"iyalah encik semua saya kena uruskan ...nak buat macam mana kan? kerja..." jawabnya sambil menekan nombor untuk pelanggan

" tapi puan, nie macam tak praktikal lah puan....kelam kabut.." terang akak...dia nampak sentap dengan komen akak..

"erm kalau encik rizal pandai sangat, macam mana yang dikatakan praktikal tu..." tanya wanita itu sambil membulatkan mata dan tersenyum menyindir

"owhh senang sahaja puan, buat belah belah kan diri puan secara menegak dalam 4 bahagian dengan kata lain, dah ada 4 orang wanita macam puan nie kat mpaj...pastu 4 orang wanita tu kerja kat bangunan ini...semua urusan puan yang uruskan...lagi pun saya tengok puan nie rajin dan komited dengan kerja...rasanya tak perlu orang lain dah..puan ajer dah cukup....

wanita itu macam tak paham apa yang akak cakap dan akak pose pose jalan sambil memegang erat lengan mike pilipina .....sambil keluar dari bangunan mpaj

the ugly duckling.....



akum semua....sihat? dah baca tentang citer akak memariekan diri lite lite masa pi setelkan lesen perniagaan di bangunan mpaj ? sekarang akak nak cerita pulak kisah sedih akak yer ..sedih ker? entah lah...akak sendiri pun tak tahu nak kategorikan cerita nie cerita sedih ker apa ker....uolsss buatlah penilaian sendiri..sesiapa yang tak nak baca...tak perlu baca yer....

selepas akak makan di rumah daylan semalam bersama kak teh, kak lang dan kak tam serta suami kak lang, akak pun balik ke pandanjaya. apatah lagi, kakteh 1 dan kak teh 2 perlu berjumpa di kawasan rumah pandanjaya untuk menghantar beg katanya.. masa tu ujan....

akak sampai dalam pukul 8 lebih , terus naik dan mandi sebab pukul 11 malam nanti si hairul arsenal akan datang lepak. dia pun tengah sedih sebab arsenal tak masuk ke pusingan seterusnya dalam liga liga piala inggeris yer...entahlah akak pun tak tahu sangat tentang bola nie...hanya ikut ikut camtu ajer....

latar tempat: bilik cikgu murni, 205 blok l 39
latar masa: pukul 10: 45

hairul: erm u tengah wat apa tu ? ( sambil pose pose di hujung katil dan menghisap rokok)

akak: sms dengan daylan lah....

hairul: erm tiap tiap ke kena sms dengan adik beradik 69 ?( sindirnya sambil melemparkan senyuman yang membuatkan akak cair gittew?)

akak: erm kalau boleh, i nak sms diaorang tiap tiap hari tauuu..diaorang tu baik sangat....sayang kat adik beradik 69 lah..

hairul: yup aku tahu..walaupun aku tak pernah jumpa dengan adik beradik 69 kau tu, tapi apa yang kau tulis dalam blog , aku tahu kau semua memang rapat giler....aku respek arrrr...

akak: eh takkan u tak ada member yang macam tu?

hairul: erm mana ada..member member aku lain sikit..asyik nak bahan orang ajer kerjanya....pastu gelak gelak....bila susah..hal kau hal kau lah..hal aku hal aku lah......yang penting awek mesti ada....

akak: ermmm ye ker....adik beradik 69 aku ok ajer...alhamdulillah ...

hairul: nie pun aku dah di cop gay tau....

akak (mengerut kan dahi) : ya allah betul ker.....erm aku dah cakap...lain kali tak payah ajak aku pi jumpa kenkawan kau...aku pun bukan leh masuk sangat dengan kenkawan kau tu.....kadang kadang aku mati kutu tak..asyik asyik pasal awek dan tengok body pompuan....tapi nak jaga hati kau aku joint arrrr....so kau malu lah kawan dengan aku? aku no hal.....kalau kau rasa malu ker..apa ker...

hairul : woiii cikgu murni..kau merepek apa nie...dah mula nak emo tu lah kan....

akak: itulah kau...bila aku cakap, kau tuduh aku emo...baik aku tak payah cakap arrrr...malas nak layan....

hairul : sorry arrr bro..

akak ( memotong) : lagi satu tolong jangan panggil aku bro..pengsan aku ...

hairul: lantak kau arrrr..aku nak panggil kau apa ....boleh tgk gambar keluarga 69 masa besday?

akak menunjukkan gambar tersebut sambil pose pose sms dengan daylan

hairul: eh handsome nie sapa nie? ( tunjuk hairul kat wajah firdee)

akak: hah nie lah big boss aku....mr firdee..nama sebenarnya macam kau gak...hairul....hehehe..handsome ke chantek dia ?

hairul: pegh handsome arrrr..ada awek dah ker?

akak: awek kebendanya..laki ada lah..ada suami lagi..minat bola ..macam kau jugak..suka arsenal..namanya am...aku tak leh citer lebih lebih nanti firdee marah lak..

hairul: yang nie pun handsome gak dan yang ini comel... ( tunjuk hairul pada gambar ej, daylan dan shah )

akak: yup diaorang nie memang comel dan cute arrrrrr...best kan diaorang dianugerahkan muka yang comel dan cute ( pose pose tunduk memandang ke bawah..sedar diri tak chantek )

hairul: hah nie pun boleh tahan gak....not bad ( tunjuk pada gambar hakim, faizal, hans dan ery )

akak dah mula sentap...tahu lah akak yang paling lahar dalam adik beradik..akak diam ajer...

hairul: napa diorang yang handsome nie tak der awek? sayang betol arrr muka masing masing handsome ..,.hish hish rugi arrr..kalau awek awek tgk nie mesti pandang tak lepas...eh nie macam lembut sangat ( tunjuk hairul pada hamie dan am , miss spain..)

akak: hahahahah..yup tu yang paling chantek terutama yang ini ( tunjuk akak pada muka hamie)

hairul: pandai dia bergambar...apa kau cakap selalu tu..senyum dengan mata ..hahahahah

akak: kau tak takut ker nak jumpa dengan adik beradik 69 aku nie.....bila kau sedia..jom arrrr

hairul: aku no hal lah....tapi kat kawasan pandanjaya ok lah...kalau luar aku cuak cuak sikit...takut jumpa dengan kenkwan...mesti dia bahan aku nie gay pulak...dah ler bekas tunang aku asyik tanya benda yang sama ada aku gay ke tak....

akak: oklah tu...kau muka handsome..elok jadi gay apa...mesti ramai yang minat.....

hairul: dah arrrr aku tak mahu bincang pasal gay gay nie ok.....yang penting aku heppi dengan hidup aku......tapi aku handsome ker? ( sambil mengenyitkan matanya pada akak )

akak: ahhaha ..mesti arr kau handsome..aku tak kawan dengan orang yang tak handsome tau....hanya yang handsome ajer tau...hahahah gurau ..walaupun aku tahu aku tak handsome..tak chantek.....( tetiba emo lagi )...

hairul: perlu ke handsome dalam hidup nie..kalau betul batul aku handsome..takkan tunang aku mintak putus kan? dah arrrr aku tak mahu citer lagi, buat sakit kepala ajer.....

akak: best tak jadi orang handsome? mesti best kan? orang pandang..orang mesti tgk kan? aku nie burok arrrr....( emo lagi)

hairul: dah mula dahhhh...dah mula dahhhhhhh..emo.....aku nak pi mandi arrrrr...tadi kena hujan....

tetiba akak jadi emo tau..menyedari kekurangan diri dari aspek wajah dan penampilan diri, membuat akan akak teremo lagi....the ugly duckling....

hari haid sedunia dan memariekan diri

akum semua...apa khabar? alhamdulillah sihat ? bagus lah kalau semua pembaca tersayang semua sihat dan bergembira di samping keluarga yang tersayang, akak disini sihat sahaja..alhamdulillah tapi emosi agak terganggu sebab baru sajer memariekan diri..tak tahu napa pulak hari nie asyik nak mengamuk sahaja yer.....

macamana boleh jadi macam nie...baiklah mari kita tengok kronologinya ...

pukul 8 pagi, lagi akak dah bangun yer, sebab hari ini banyak yang perlu disetelkan terutamanya pusat tuisyen akak yer..opss bukan akak punya, kak teh punya nyer, akak hanya pekerjanya sahaja. memandangkan big boss akak sedang bercuti, maka akak dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segalanya....Akak pun ajaklah si mike pilipina temankan akak sekali lagi ke bangunan mpaj , kami pi sana naik teksi sajok.

sebenarnya dari rumah akak ke bangunan mpaj tak lah jauh sangat yer, tapi memandanglan si pemandu teksi tu cuba menyembelih akak, maka pemandu teksi tu pun ikut jalan yang jauh skals, mula mula akak tak perasan yang pemandu tu cuba menipu akak, tapi bila akak tengok macam tak sampai sampai, akak pun tanya lah pemandu teksi tu

pemandu teksi tu orang melayu yer, tak sangka orang melayu pun nak tipu ....terus akak tegur dia bagitau jalan nie dah salah dan dia ikut jalan jauh. siap sound akak lagi, "kalau kau tahu jalan tadi, napa kau ajer tak memandu teksi nie?" wah wah wah...kalau aku ada keta , kalau aku ada keta takkan lah aku nak naik teksi kau yang hazab nie, berbau hapak..hanjing sangat sialllll....( dalam hati berkata kata yer)

akak suruh dia turn balik dan ikut jalan yang akak akan tunjukkan, dengan muka yang musibat dia pun ikut arahan akak sambil memandu dengan perlahan lahan, wah wah wah...kau ingat aku nie miss universe yang datang ke malaysia dan bersiar siar dengan teksi kau kah... ? motif kau bawak slow..setakat kawasan pandan jaya , pandan indah ker..tak perlu nak bawak slow sambil bercerita tentang apa yang ada yer....... akak dah mula haid. mike pilipina dah nampak muka akak berubah, terus memegang bahu akak, nasib baik ada mike tu yer..... sejok hati akak sikit...lagipun aku dah lama tak memariekan diri yer....

pemandu teksi tu sengaja nak menguji kesabaran akak yer, dia memandu perlahan lahan sambil mendengar lagu di radio...siap menyanyi lagi yer..wah wah heppi nampak sembelih aku hari nie yer.....pastu pose pose telefon kawan dia pulak.....akak dah mula menelan air liur dah nie sambil mengetap bibir nie......

sampai ajer kat bangunan mapj , akak terus melihat meter. gulp ...rm 8 uolss sebenarnya tak sampai pun rm 3 lebih ajer sebab semalam masa akak pi ambik borang lesen perniagaan, akak kena rm 3 lebih ajer sebab dekat dari rumah akak...

terus akak pose pose buat muka haid, dan bayar harganya. mungkin akak emo sangat , akak telah menghempaskan pintu teksi tu dengan kuat sekali, pemandu tu terus keluar dari teksi dan jerit kat akak " woiii, kalau tak der duit, lain kali jangan naik teksi lah....." kalau uolss ada di sekitar tu apa pandangan uolss terhadap akak? mesti uolsss ingat akak tak bayar duit teksi kan? motif kau cakap macam tu

masa tu, tiba tiba mata akak menjadi bundar sangat, tangan akak bergetar getar....roh marie datang dalam tubuh akak, akak terus pusingkan kepala akak sambil memandang ke arah pemandu teksi...

" woiii pu**mak....kau tu yang tak der duit, han**ng betul....kau ambik ajer rm 8 tu pastu kasi anak anak kau makan dengan duit haram tu, aku doakan anak anak ku bodoh sampai mampos...." masa tu memang dah takder maruah lah kan...si mike tak paham apa yang akak cakap sebab akak menggunakan bahasa melayu yer....

pemandu teksi tu macam tak puas hati, dia macam nak pukul akak, tapi bila lihat badan mike yang lebih sasa dari dia , dia pun berfikir panjang, terus masuk dalam teksi balik sambil menunjukkan tanda "fuck" kat akak dan mike...akak pun fuck kat dia balik..

pemandu teksi tu ingat akak bodoh? masa akak geram dalam teksi, akak ada ambik dan salin no pendaftaran teksi tersebut...untuk apa? untuk buat aduan lah..sebab akak memang selalu naik teksi uolsss, jadi kalau kita buat aduan, sedikit sebanyak boleh mengajar sikit pemandu teksi yang kurang ajar tu yer.....apatah lagi kalau dia menyewa teksi, sudah pasti dia tak boleh bawak teksi sehari dua kan?

itulah kisah akak hari nie...sebenarnya ada lagi..iaitu akak memariekan diri di kaunter mpaj yer...tapi nanti nanti lah cerita .....nanti panjang berjela jela pulak karangan nie......nie pun tangan bergetar getar nie masa menaip yer......