akum semua...apa khabar? semua sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang, buat kenkawan yang stay di bukit antarabangsa di harap anda semua tenang dan berdoa agar semuanya selamat yer....'
oklah kali ini akak nak cerita pulak tentang satu kisah semasa akak sedang menguruskan lesen perniagaan di mpaj, sebagaimana yang anda tahu, akak baru sahaja memariekan diri dengan seorang pemandu teksi yang menghantar akak ke mpaj. Nasib baik ada mike pilipina yang menenangkan akak...
selepas akak memariekan diri, kami berdua memanjat bukit yang agak tinggi jugak , nak ke bangunan mpaj, sampai sahaja di kaunter pertanyaan, kami diminta berjumpa dengan seorang wanita yang tidak jauh dari kaunter pertanyaan. akak dan mike pun segera ke sana, tak jauh sangat lah...
wanita itu agak busy melayan pelanggan yang ingin berurusan dengan mpaj, tapi yang peliknya semua orang yang ingin membayar bil ke apa ker mesti mengambil no giliran sebelum masuk ke satu bilik, dengan kata lain, semua orang yang ingin berurusan dengan mpaj mesti bertemu dengan wanita ini yer, wah wah kau memang giler kuasa kan..kau lah tempat bertanya, kau lah tempat orang nak ambik nombor dan sebagainya
bagi akak cara nie amat tidak praktikal kerana mesin untuk mengambil nombor itu tidak perlu diuruskan oleh wanita tersebut, biarkan sahaja pelanggan tekan sendiri, tak perlu kau tekannyer...akak pun pose pose kat tepi meja dia...sambil melemparkan senyuman yang amat palsu gittewww..
encik..minta duduk sebentar yer...." tegur wanita itu sambil busy menekan nombor untuk para pelanggan, dia macam kelam kabut sebab semuanya perlu diuruskan olehnya, semua orang bertanya kat dia lah, ambik no kat dia lah..semua dialah..seolah olah bangunan mpaj tu memang harta warisan untuk dia kot
akak cuba sabar, masa berjalan begitu cepat, sebab akak perlu ke pendaftaran negara untuk uruskan kad pengenalan akak pulak, risau lah sebab kad pengenalan takder nie, susah lah macam nie...lesen mesti diuruskan dengan segera....banner mesti digantung supaya promosi boleh di buat dengan pantas
akhirnya setelah menunggu 30 minit barulah akak dipanggil berjumpa denganya, tapi keadaan masih tak berubah, kelam kabut, dengan deringan telefon lah, dengan orang bertanya lagi lah, dengan orang nak ambik nombor lah..peninglah akak macam nie.....dah lah akak kena uruskan lesen nie dengan segera..tak mahu tangguh tangguh lagikan.......
"ok encik rizal, cuba baca dulu sekali imbas borang nie...errr, encik nak ambik nombor apa yer tadi....tetiba dia tegur orang lain sedangkan tadi sedang bercakap dengan akak.
"ok...encik rizal dah tahu kan syarat syaratnya kan..." " err encik nak bayar apa tadi yer..owhh..nie encik bayar kat tingkat 11.." sekali lagi perbualan kami tergantung sebab dia busy melayan orang lain yang pose pose kat meja tu..
selagi ada orang yang datang ke mejanya, perbualan kami akan terhenti, dan last sekali apabila urusan dah setel dengan wanita itu, akak pun bertanya..
"puan, saya kesian lah dengan puan nie...semua ker puan kena urusakan ?" sajer akak memancing emosi perempuan itteww
"iyalah encik semua saya kena uruskan ...nak buat macam mana kan? kerja..." jawabnya sambil menekan nombor untuk pelanggan
" tapi puan, nie macam tak praktikal lah puan....kelam kabut.." terang akak...dia nampak sentap dengan komen akak..
"erm kalau encik rizal pandai sangat, macam mana yang dikatakan praktikal tu..." tanya wanita itu sambil membulatkan mata dan tersenyum menyindir
"owhh senang sahaja puan, buat belah belah kan diri puan secara menegak dalam 4 bahagian dengan kata lain, dah ada 4 orang wanita macam puan nie kat mpaj...pastu 4 orang wanita tu kerja kat bangunan ini...semua urusan puan yang uruskan...lagi pun saya tengok puan nie rajin dan komited dengan kerja...rasanya tak perlu orang lain dah..puan ajer dah cukup....
wanita itu macam tak paham apa yang akak cakap dan akak pose pose jalan sambil memegang erat lengan mike pilipina .....sambil keluar dari bangunan mpaj
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment