akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau pembaca diluar sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang, penulis disini sihat sahaja dan mengambil masa senggang penulis untuk menulis blog penulis yer.....
semalam penulis mendapat sms dari seorang adik beradik 69 yang meminta penulis membaca blognya yang berkenaan dengan entry suami kak lang, memang tidak dapat dinafikan, hati penulis berkobar kobar untuk membaca blog dan entry tersebut..macam ada sesuatu yang menarik didalamnya.
oleh kerana malam tadi, penulis agak sibuk dengan kedatangan my baby, pastu menolong ej mencari kawasan rumah sehingga lewat malam, jadi penulis membatalkan niat untuk membaca entry tersebut walaupun di dalam hati penulis tidak sabar sabar nak membacanya. sebaik sahaja, matahari pagi bersinar, penulis pergi ke pusat tuisyen untuk menguruskan lesen perniagaan pusat tuisyen. lepas dah setel, waktu rehat, penulis terus membuka blog tersebut ..alamak ada password
tapi ada clue disitu, hanya orang yang tahu sahaja boleh membuka entry tersebut, satu demi satu perkataan penulis cuba fahami dan selami, timbul satu perasaan simpati, sedih menyelinap dalam lubuk hati penulis, cuba memahami dengan lebih jelas, entah mengapa tetiba air mata bergenang di kelopak mata. takut nanti disalah tafsir oleh orang lain, cepat cepat penulis menyeka air mata agar tidak mengalir keluar.
firdee amat bijak menggunakan perkataan, ayatnya tersusun rapi, pendek, jelas tepat dan apa yang nak disampaikan itu amat jelas sekali. dia menulis entry ini lahir dari hati yang luhur, mencurahkan apa yang dialami selama ini, mungkin kita nampak firdee gembira, tersenyum gelak kuat kuat tapi hakikatnya dia sedang bergelut dengan emosinya sendiri. penulis agak memahami situasi sebenar kerana penulis juga mempunyai teman lelaki yang straight seperti firdee, hanya yang membezakan kami, hanya teman firdee pernah menempuh alam perkahwinan dan kebanyakkan teman hidup penulis masih lagi bujang, jadi disini penulis dapat merasakan keperitannya.
bukan nak membodek firdee secara terang terangan, mungkin ada yang mencebik dan mengata yang penulis sengaja nak membodek firdee, maklumlah, firdee adalah boss kepada penulis.. dinch uolssss, penulis merasakan apabila seseorang itu layak diberi pujian, maka penulis akan memuji orang tersebut, tengok sahaja entry entry lain , penulis jugak ada memuji akiko atau daylan jugak, dengan kata lain semua adik beradik 69 penulis puji.....
apa yang dihadapi oleh firdee merupakan dugaan yang agak besar jugak, tapi firdee beruntung kerana dia masih tinggal bersama dengan orang yang tersayang yer, duduk bersama, menghabiskan masa lapang bersama , malahan juga bercuti bersama sama, sedikit sebanyak penulis merasa cemburu disitu, sedangkan penulis dan my baby masih lagi tercari cari makna sebenar percintaan....lantas keraguan pun timbul dalam perhubungan kami....
oklah penulis perlu menyempurnakan tugas penulis, insyallah bila dah setel nanti, penulis akan kembali menulis semula yer...sambutlah salam sayang dari penulis buat pembaca blog yer....kalau nak baca entry firdee, anda perlu ada password, dan bila anda baca , anda fahami, anda akan dapat menyelami hati seorang insan yang bernama firdee..kepada mr firdee..penulis amat memahami situasi yang dihadapai, agar terus tabah, ceria dan gembira dengan apa yang dilakukan...
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment