entry buat kak nor yang tersayang

akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang....so macam mana dengan cuti hari ini ? ok? akak biasa biasa sahajalah...bila cuti nie boleh lah rileks rileks sikit kan..rehat rehat kan badan......

oklah uols...dah tengok tajuk entry kita kali ini? yup kali ini tajuk entry akak akak special sedikit sebab melibatkan nama orang yer..ala bukan yer akak nak melahar di dalam blog nie...bukan uolss...hanya entry ini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seseorang yang akak sayang, yang akak kagum dan yang akak ingat senantiasa iaitu tak lain tak bukan kak nor...


oklah kepada sesiapa yang tak kenal kak nor, tak perlah..nanti kalau uols datang jumpa dengan akak , akak akan kenalkan uolss semua pada kak nor yer..oklah akak nak terangkan sedikit pasal kak nor nor nie..kaka nor akak kenal melalui kasandra yer, masa tu nak pi tempah baju untuk kasandra bagi pertandingan miss universe.......mula mula jumpa kak nor akak terus rasa macam ada chemestry ( betul kah ejaan akak nie kasandra dan kak farah?)...kelakar betul lah kak nor nie..suka sangat buat lawak....

kak nor memang suka buat lawak lawak sehingga kadang kadang akak pun pecah perut, yelah, jarang sekali orang boleh buat akak ketawa yer, sebab biasanya akak lah badut dalam kawan kawan..tapi dengam adanya kak nor, akak pun berganding bahu menjadi pengacara dalam mana mana majlis kenkawan...tanpa kak nor, akak rasa macam tak lengkap sahaja, seolah olah kami nie set pelengkap dalam subjek mathematics tingkatan 4 yer.....

kak nor nie suka dengan cerita mistik jugak..ya allah kalau pi umah dia, macam macam kita leh tengok, ada toyol uolss. toyol tu kak nor simpan dalam bilik air dia, kadang kadang akak malu nak masuk bilik air kak nor sebab toyol dia suka sangat meninjau akak masa buang air kecil..jahat lah toyol kak nor tau..belum lagi langsuir kat dalam bilik tidur kak nor yang merupakan teman tapi mesra bagi kak nor kan? hehehehehe...gurau lah uolss jangan percaya apa yang akak tulis nie, tapi kalau tak percaya cuba tanya kak farah uolssss

baru baru nie, kasandra dan kak farah telah berpindah rumah, tak perlu ulas lagi apa yang berlaku cukuplah dengan entry entry di blog hans, kak farah dan jugak kasandra, yang menerangkan apa yang berlaku...kak nor dengan baik hati menawarkan diri untuk mengangkat barang untuk pindah masa tu....ya allah bayangkan semua perabot perabot kasandra yang datangnya dari IKEA itu, kami berempat mengangkatnya yer....gigih tak kami....apa kata lepas nie kita bukak satu agensi untuk angkat barang kalau ada orang yang nak pindah kan?

kak nor lah orang yang paling bersemangat pada masa tu..non stop dia bekerja ...sering memberi semangat kepada kami berempat opss terlupa jugak hans dan kenakwan UIA pun ada datang membantu jugak..namun kami berempat lah tonggak utama giteww kan..kawan kawan yang lain pulak tak dapat membantu sebab masing masing terikat dengan komitmen pekerjaan yer..jadi tak boleh lah salahkan mereka bukan ?

kami berempat pun terpaksa ambik cuti untuk mengangkat barang kerana tempoh masa untuk berpindah hanya 2 hari sahaja..namun dengan kegigihan yang ada, kami berjaya....memang akak pun tak sangka yang kami mampu mengangkat perabot tersebut sedikit demi sedikit yer....

pada sebelah malamnya pulak, datang lah abang peguam yang akak kagumi encik faizal bersama dengan akeem, serta kapel yang paling hot iaitu nas dan aleem yer...mereka jugak menyumbang tenaga untuk mengangkat barang barang yang mencabar seperti almari , sofa, dan macam macm lagi lah... tapi yang penting si aleem tu nampak semakin comel dan macam irwan shah lah....eh jap..aku nie nak cerita pasal kak nor ke atau orang lain nie....?

oklah berbalik kepada kak nor semula yer.....sepanjang 2 hari kasandra dan kak farah diminta pindah, kak nor sering memberi idea untuk membantu mereka , yang akak kagum , sebaik sahaja dia sampai di rumah kasandra, terus dia bertanya apa kerja yang perlu dibuat...dengan ala ala manja dia terus menggosok periuk belangga ..wah bersih kak nor buat.....terima kasih kak nor..

kak nor sangat mementingkan persahabatan, sebab itulah dia banyak kawan..kadang kadang akak cemburu jugak dengan kak nor, ramai kawan di sekelilingnya yer..banyak sangat jemputan yang diperolehi oleh kak nor, setiap malam senantiasa mendapat undangan dari kenkawan..itu belum lagi undangan dari jantan kan kak nor?opsss

apa apa pun kak nor..terima kasih kerana menjadi slaah seorang sahabat padad akak yer...walaupun kita sekarang nie jarang berjumpa..insya allah...kita tetap kawan kan? akak senantiasa mendoakan kak nor senantiasa bahagia, ceria serta dimurahkan rezeki..insya allah....

mari belajar bahasa thailand


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman yang tersayang...so macam mana dengan cuti hari ini yer? ok tak? mestilah ok bukan? malam nie pulak ada konsert AF kan? so mesti ramai yang lepak di depan tibi ajerkan


terlebih dahulu akak meminta maaf sebab terlalu lama sangat nak up dated blog akak nie, mklumlah akak sangat busy sepanjang minggu ini ..betul uolss...buat apa pulak akak nak tipu uols pulak kan ? so akak pun tak tulis lah entry sehingga lah hari ini akak merasakan akak free lite lite, so akak pun tulis lah sesuatu untuk tatapan peminat..ada jugak si kak farah menyuruh akak update blog akak iniie..


oklah uols semua dah tengok ker tajuk entry akak kali ini yer..oklah murid murid semua, sila fokus dengan apa yang cikgu nak kongsi dengan kamu semua nie yer..giteww ..tak lah uols sebenarnya akak nak cerita pengalaman akak belajar bahasa thailand dengan uols semua nie..


buat pengetahun anda semua, akak nie memang ada skandal dengan beberapa pekerja tomyam yang berasal dari negera thailand..hikhikhik..dan terutama dengan lelaki yang berasal dari narathiwat yer...so, kadang kadang akak terdengar mereka berbual dalam bahasa thailand..bunyinya macam seronok dan lembut sahaja bila mereka bertutur dalam bahasa ibunda mereka....sayugia diingatkan, tujuan akak belajar nie bukanlah untuk memasarkan diri akak di pasaran pelacuran thailand yer..bukan uols..manalah tahu kalau akak nak masuk miss miss ker, akak terus ambik negara thailand kan?


jadi dengan inisiatif yang ada, akak mula belajar bahasa ini dengan mengikut apa yang mereka cakap...mula mula u agak payah lah jugak sebab akak selalu digelakkkan oleh mereka...sebab apa yer? sebab dalam bahasa thailand, kalau kita salah bunyi atau salah sebut , ia akan membawa maksud yang lain pulak..kadang kadang bunyi perkataan itu macam sama sahaja, hanya panjang dn pendek sahaja yang membezakannya.....


kemudian, akak pi cyber cafe, surf kat internet , nota nota dalam bahasa thailand pulak, oh yes..dapat, akak pun dengan segigih alam memprint nota tersebut dan setiap malam menyuruh kak khan mengajar akak..kadang kadang kak pah jugak membantu sedikit ....jadi setiap malam, dalam pukul 12 30 ke atas akak menebalkan muka dengan menggunakan produk revlon 7 petala dan pose pose di meja belakang meminta mereka mengajar akak..namun bukan setiap malam lah kadang kadang akak rasa kesian pulak sebab mereka kena kerja, kita pulak sibuk dan belajar ...usaha akak nie mula mula dipandang serong oleh pepondan pandanjaya uols...macam macam fitnah dilemparkan kepada akak nie...tapi akak buat derk ajer....


kegigihan akak belajar bahasa thailand ini telah menarik pehatian seorang lelaki yang bernama zaki, atau lebih dikenali sebagai cikgu becky sahaja...cikgu becky ini berusia 37 tahun, telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak....cikgu becky ini pernah menjadi guru di thailand pada ketika dulu...jadi, dia pun menawarkan diri untuk mengajar akak..alhamdulillah..ini membuatkan akak semakin semangat untuk belajar apabila ada guru yang menawarkan diri...tapi sebelum itu akak meminta keizinan dari isterinya , takut pulak akak menggangu masa cikgubecky nak memasak serta menghindarkan fitnah ..manalah tahu akak dituduh meruntuhkan rumah tangga orang pulak kan( apa kau hengat kau chantek kah?)


cikgu becky telah pulang ke thailand dalam 2 minggu.... sebaik sahaja cikgu becky datang semula ke pandanjaya, dia telah membeli buku bulu ABC dalam bahasa thailand..punyalah akak terkejut sebab abc thailand nie ada 44 huruf..... kelas kan.....jadi sedikit demi sedikit akak belajar abc thailand tersebut....punyalah susah uols..tapi tidak mematahkan semangat untuk terus belajar kan? akak pun dengan kegigihan ala ala oshin, terus menghafal 44 huruf tersebut


selepas dah hafal., cikgu becky suruh akak menulis pulak 44 huruf tersebut ..akak pun tulis lah...payah jugak sebab tulisan dia macam tulisan cina sikit sikit...dan sekarang nie akak tengah belajar nak membaca dan membunyikan perkataan tersebut..pergh ini pun berbelit jugak lidah akak nie..selalu asyik kena gelak dengan diaorang..yang suka menggelakkan akak ialah Ya., mat dan jugak pian...mungkin apa yang akak sebut tu bunyinya akak lucah kot...


apa apap pun, mungkin dalam masa seminggu lagi akak dah boleh baca sikit sikit lah..tapi macam nak berhenti sekejap sebab faktor faktor penat kot...mata pun dah lebam..penat nak tutup dengan revlon, tak berjaya jugak kan? cikgu becky pun nak balik kampung semula, 17 haribulan nie sehingga 3 mei, jadi boleh lah akak berehat semula......kalau sesiapa berminat nak belajar , boleh lah ikut akak sekali belajar dengan cikgu becky untuk semster mei nanti...gitteww kan?

dia dah kembali

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang ......macam mana dengan kerja hari ini yer? ok tak? akak disini ok sahaja, sekarang nie...ini berada di rumah kawan akak nie..

oklah oleh kerana akak menggunakan lap top orang, so akak tak leh lah taip panjang panjang ..takut pulak nanti orang kata lain pulak kan..lagi pun akak nak pi lumayan lepas nie kan? hehehhehe

plklah, semalam dalam pukul 8 malam tengah akak pose pose dalam keta ke shah alam, akak dapat satu sms dari pian di narathiwat....

"salam cikgu....pian tak dapat jadi askar..yahooo...." bunyi sms yang masuk tu

"owh ye ker..hahahah best lah kalau macam tu...." reply akak sambil pose pose memandang ke handset akak yer..

"erm cikgu tengah buat apa? tanya pian lagi

"dalam keta nie nak pi shah alam....bila nak balik ke pandanjaya pian?' sms akak pada pian.

"erm dalam 2 minggu lah kot...nak lepak lagi lah....tapi tak tahulah nak balik ke tak...." jawab pian

terkejut dengan apa yang pian bagitau tadi..huh tak kan tak balik pulak kan...

"cikgu pakai tak baju yang pian kasi tu..hehehe pakai lah..." tanya pian...

akak mendiamkan diri sahaja...namun terasa dengan apa yang pian bagitau tadi.....

"erm belum pakai lagi...lagi pun nanti apa pulak pekerja jaya tomyam cakap nanti pulak ....nanti cikgu pakai lah pian yer.." jawab akak lagi..

lepas tu kami tak sms pun..pian pun diam akak pun diam..tiba tiba teringat dengan pian ......

dalam pukul 2 30 pagi, akak terus pi umah kak pah....

"kak pah..ada pian tak pian sms akak..?" tanya akak terus pada kak pah....

"erm ado cikgu..napo?" tanya kak pah...

"pian ada sms dan bagitau pada saya dia tak sure lagi nak balik....jawab akak dengan lemah sekali..

"eh dia tipu cekgu tuu...dia balik 12 haribulan nie lah cekgu....dia tipu tuh..." begitu confident kak pah bagitau pada akak

jawapan yang kak pah berikan pada akak sedikit menceriakan akak ketika itu...at least jumpa pian jugak nanti...

akak terus tertido dan tersenyum.....harap dapat bermimpi dengan pian....

terima kasih kasandra ...


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman dan orang yang tersayang..akak disini sihat sahaja..alhamdulillah terasa seronok bila cuti hari ahad ini akak hanya bersantai sahaja di cyber cafe yer.....hehehehe..


oklah sekarang nie dah masuk kali ke 3 akak taip entry untuk tatapan peminat, alangkah bagusnya kalau akak dapat duit hasil akak menaip entry nie kan...mesti akak dah kayarina kan? tapi tak perlah akak taip sekadar untuk menghiburkan hati akak sahaja..kalau uolsss nak baca tu kira baguslah kan...alhamdulillah thanks atas sokongan moral uolss yang membaca blog akak nie..alah bukan best pun..


oklah uolss kali ini akak nak tujukan entry ini kepada seseorang iaitu firdalina kasandra yer, sebelum itu akak memohon maaf kalau para pembaca menganggap akak nie hanya nak promote kasandra sahaja...bukan begitu, walaupun akak bekerja di bawah kasandra, bukanlah bermaksud akak membodek bos akak dengan cara memujinya di dalam blog akak yer...bukan macam tu....


oklah begini, semalam, sabtu 4 april 2009, akak dan akiko bercadang nak pi lumayan untuk menonton akedemi fantasia kat rumah ej, shah, firdee dan kak farah, tapi sebelum itu akiko dan akak meng sms firdee untuk mencuci baju di rumah mereka....setelah di beri kebenaran secara bertulis di sms, akak pun mencarilah baju baju kotor di rumah akak, hehehe biasanya akak hantar dobi sahaja, tapi kali ini sengaja nak gunakan mesin basuh dan mesin pengering kasandra...


lepas tu , kami bertolak ke rumah akiko pulak, akiko pun mengambil baju baju kotornya...dan terus ke lumayan. masa tu akedemi fantasi dah mula ...akak ketuk pintu rumah, kasandra yang bukak, tup tup di atas meja terdapat sepiring cekodok yang begitu lazat sekali, satu jag besar teh tarik..wah bestnya..dah akak dan daylan lapura laupun jugak nie kan.....


so kasandra dengan berbesar hati mengajak kami makan sekali, terasa segan pulak kan..takkkan kau datang rumah orang kau terus melantak..nanti di tuduh pelahap pulak kan? hah, akak tak mahu masuk dalam list pelahap pulak nanti..gitteww kan....so akak pun pose pose lite lite tengok akedemi fantasia..pastu akak nampak housemate yang lain iaitu ej, shah dan kak farah yang begitu seksi sekali pada malam itu..mana hans? getus hati akak yer...


so dalam beberapa minit kemudian, akak pun minta kebenaran kasandra untuk menggunakan mesin basuhnya..so akak pun dengan akiko dengan gigih memasukkan baju kami di dalam mesin basuh..letakkan sabun dan pewangi sekali yer....heheheheh...pastu kami pose pose tengok akademi fantasi....


kasandra beria ia mengajak kami makan cekodoknya dan merasa teh tariknya..memang dah lama kami tak makan cekodok dan merasa keenakkan teh tariknya ...amy pulak meng sms akak dan memberitahu akan datang sebentar lagi....kami menikmati hidangan ringan yang di buat oleh kasandra....selepas itu, apabila baju dah di mesin, maka ia perlu dimasukkan di dalam mesin pengering bukan? so akak masukkan dalam mesin pengering bersama daylan..sambil itu di perhatikan oleh kasandra...dia meminta kami mengibas baju itu terlebih dahulu...


daylan pulak tertiodo, maklumlah dia memang agak kepenatan yer..tambahan pulak tadi dia kena pi kerja yer....so sian pulak satu hari tak berhenti henti berjalan yer.....so akak dan kasandra pi pilih baju yang dah kering...dan boleh dilipat..kasandra menawarkan diri untuk melipat baju tersebut..hish..tak perlulah...dah ler kami guna kan mesin basuh dan pengering, takkkan nak tolong lipat baju pulak kan? hehehehe


dalam pukul 3 pagi barulah kami bergerak pulang, kepada kasandra, terima kasih atas penggunaan mesin basuh dan pengering di rumah uolss. layanan uolss semasa kami sampai di sana, buat pulak hidangan dan juadah di waktu malam iaitu cekodok dan teh tarik. bukan sahaja kasandra, malahan kepada semua penghuni lumayan , terima kasih....sorry lah ej, semalam cikgu tak makan pun ayam tu, kenyang lah pulak rasanya..apa apa pun terima kasih....


jasa baik uolss serumah takkan akak lupakan......muah ..thanks..


p/s sesiapa nak pi basuh baju lepas nie, uols contact lah kasandra yer....dan kasandra bolehlah buat business dobi di rumah ..yang penting baju akak memang bersih setelah di mesin di rumah kasandra..,.memang kelas..terima kasih kasandra.....( sambil mengenyitkan mata )

teksi owh teksi


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau anda semua sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang .....so apa planning uols sempena hatri cuti nie? tengok wayang kah? akak nie dah berkali kali berjanji dengan akiko ( janji ke akiko atau kita planning sahaja kan?) kami berdua nak pi tengok wayang citer "talentime" katanya..tapi akiko pulak nak tengok citer lain pulak ....


akhirnya sampai sekarang akak dan akiko tak pi tengok tengok wayang , asyik tertangguh sahaja, tak perlah akiko , next timelah kita pi tengok kan? lain macam kak farah dengan suami selalu menghabiskan masa berdua untuk pi tengok wayang bersama sama kan? bila akak ajak si firdee, dia memang malas nak pi tengok wayang .."nanti mak tertido pulak uolss dalam panggung wayang tu " itulah selalu alasan yang diberikan oleh kasandra kepada kami berdua...tapi mak dengar uols pernah pi tengok wayang dengan amril...tak tertido kah uols dengan amril masa tu? heheheh jawab..ahaiiiii


opss tersasul pulak akan kali ini hehehe dah mula merepek dan tersasar pulak akak yer...dah tengok tajuk entry kali ini? yup, entry kali ini akan menceritakan mengenai pemandu teksi yer..sesiapa pemandu teksi yang membaca blog akak nie, akak memohon maaf, dan sesiapa anak anak pemandu teksi ker atau isteri kepada pemandu teksi ker pun akak minta maaf lah kalau kalau entry akak kali ini menyinggung perasaan uolss..alah bukan apa pun entry nie...hanya nak cerita pengalaman sahaja


oklah uols, akak nie memang menggunakan kenderaan awam untuk pi ke mana mana, kalau dulu, masa mengajar dari rumah ke rumah, akak akan pi mengajar dengan menaiki lrt , sekarang apabila mengajar di dinamis, maka akak akan naik teksi sahaja untuk ke sana..dan untuk mendapatkan teksi di pandanjaya sangat lah mudah ....


itu yang seronok tinggal di pandanjaya nie, walaupun tempatnya agak sesak, dan boleh dikatakan flat flat nyer usang, kotor , banyak tikus, bau macam reban ayam ( oppssss..nie kes dah lama nie yer) namun banyak kemudahan jugak kat sini yer...antaranya dekat dengan stesen lrt, bank, dan jugak teksi, ada pasar malam, kedai tomyam ..heheheeh motif kedai tomyam kan? tak perlah...kedai tomyam nie penting jugak kan?


oklah, dalam minggu nie akak mengalami trauma dengan seorang pemandu teksi, begini ceritanya, dalam pukul 1 20 petang, akak meredah kepanasan menuju ke tempat untuk menunggu teksi di pandanjaya yer, matahari masa itu tersangat lah terik sehingga revlon akak mencair, namun akak percaya dengan produk revlon yang mampu bertahan dengan lebih lama dan menjadikan wajah akak mampan senantiasa....


so, akak pun pose pose tahan teksi, nasib baik hari tu, senang sangat dapat teksi, akak pun masuki ke dalam teksi tersebut, malangnya akak terkejut melihat keadaan dalam teksi tu yang sangat uzur sekali yer..ya allah buruk sangat teksi tu uolss.. takut akak ...dan badan pemandu teksi tu berbau...pemandu teksi sangat lah gemuk...pastu berpeluh peluh, ....pastu teksi tu takder iarcond uolss.akak tak leh bayangkan kalau kasandra naik teksi tu., sah sah dia akan mengamuk giler dan melahar pemandu teksi tu kan....kasandra memang tak leh panas uolss sebab dia di lahirkan di negara beriklim sejuk ....opssss..gurau arrr


ok...pastu pemandu teksi tu bagitau akak begini.." encik, boleh tak encik bayar saya rm 7 sebab saya nak pi hantar teksi saya nie..lagi pun banyak sangat rosak teksi nie....stereng pun macam tak menangkap, pastu berbunyi bila saya tekan brek..." akak punyalah terkejut sebab dia charge rm 7 uolss. biasanya hanya rm 4 sahaja ke dinamis....sangat biadap yer...


lagi satu, aada ker akak hairan kalau dia nak pi hantar bengkel teksi tu, nape pulak akak kena tanggung kos nyer..dengan mengenakan tambang rm 7 , cukup ker nak bayar duit bengkel....nie yang akak naik hangin nie, namun akak bukan jenis nak melahar balik, maklumlah akak dalam teksi uolss.kalau akak melahar dia nanti, manalah tahu kalau dia buat yang tak baik kat akak nanti kan...dia bawak akak entah ke mana, pastu di rogol nyer akak .. akak kena pikirkan jugak maruah akak...tak mahulah maruah akak dan kesucian akak ternoda dengan begitu sahaja...arghhh tuiii ..hehehehe erm tak mahulah..lain lah kalau pemandu teksi yang handsome...akak rela ajer


akak pun tarik muka, tapi rupa rupanya dia nampak muka yang akak memariekan diri akak tu, terus dia bertanya " encik marah ke kat saya nie.....alah encik, rm 7 pun nak berkira, saya nampak encik nie pakai kemas, takkan rm 7 tak der kot ?" wah wah wah...nie kau seru roh marie akak nie kan? apa kau hengat akak pakai kemas nie, dalam dompet akak ada rm 2000 kah uols? mak pakai kemas sebab nak pi mengajar...oleh kerana malas nak bertekak akak diamkan diri sahaja..


duduk di dalam teksi yang tiada aircond seperti seekor ayam yang sedang diperap..panas giler ...berdoa....bilalah akan sampai di dinamis..malangnya dia tak hantar depan dinamis, dia hantar jauh sedikit dari tempat biasa, dengan kata lain akak kena jalan kaki untuk sampai ke dinamis....alasannya teksinya terpaksa kena hantar cepat kat bengkel...


akak pun keluarkan rm 10 dan terus kasi kat dia...ceria pulak muka dia....apa dia ingat akak nak kasi rm 10 kah? opsss sorry , tolong pulangkan rm 3 akak yer...dia pun tarik muka balik bila akak nak balance....akak pun mencapai beg laptop dan beg kerja akak sambil menghempas pintu teksi tersebut...menyumpah nyumpah akak dalam hati......


so uolss..hati hatilah bila naik teksi...macam macam perangai kita akan jumpa semasa menggunakan perkhidmatan mereka kan? memang sangat sakit hati, tapi nak buat macam mana kan? banyak lagi kisah pemandu teksi ini...ada yang baik sangat uolss. boleh berual bual dengan kita lagi.......itu oklah kan...oklah nanti akak sambung semula.....


nama timangan

tapi bila dah masuk family 69 nie... nama kaklang pulak yg panggil2. iye la, dah masing2 ada pangkat sendiri. so, panggil ikut pangkat jer la... ( nasib baik ler bukan pangkat datin toh puan seri kan.. jenuh nak panggil...hehe). pastu entah camner, sblm gi penang, klong mintak semua kasi nama women coz nak masuk dlm blog katanye. aku pun dengan ringkas kasi ler nama Farra @Farah, coz teringat nama aku masa zaman dok ngan member2 USM dulu tu. zaman anak dara katanye.. hehe. tuptup, nama tu lak yg terus melekat ngan adik beradik sekarang nie. well, mula2 tu, sebolehnye tak nak ler nama tu melekat. tapi dah kerap sgt diaorg panggil aku ngan nama tu... aku jadi tak kisah, janji kalau tu memesrakan lagi org sekeliling dengan aku! so, korg tau ler maner asal usulnye nama2 timangan aku nie kan. jgn pulak ada yg tersedak muntah darah kalau dengar kat tempat awam pun dia org panggil aku, kak Farah. coz aku pun akan panggil dia org, Kak Maria, Kak Nor, Kak Firdalina @Kassandra, Kak Azizah, Kak Akiko, Kak Fatima Wong, Kak Amnatul Shima n Kak Su Peng!! hehehe



akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang...so uolss hari ini hari ahad, apa planning uols hari nie? pi mana uolss?mesti uols akan habiskan masa cuti ini dengan perkara perkara yang berfaedah bukan ?

akak hanya lepak umah dan sekarang ini kat cc pandanjaya, nak taip entry untuk blog yang terchinta ini yer, maklumlah sekarang ini akak di hambat dengan waktu sehingga akak merasakan takder masa nak taip blog, jadi akak luangkan masa akak di hari cuti ini dengan menaip blog yer...bila taip blog nie terasa tenang sangat lah jugak

dah tengok tajuk entry kita kali ini ? yer peminat yang tersayang, sebelum itu akak memohon maaf kerana sekali lagi akak mencedok idea yang dibuat oleh blogger yang terkenal iaitu kak farah kita ..kak farah telah membawa satu usul mengenai nama timangan ...dan akak percaya kita semua mesti ada nama timangan tersebut bukan?

akak percaya setiap orang daripada kita ini mesti mempunyai nama timangan yang lain supaya mudah diingati dan juga dipanggil, kalau dalam sesebuah keluarga yang besar, kita mempunyai nama timangan along, angah, alang, atih dan sebagainya....bukan itu sahaja, malahan nama kita yang panjang lebar pun akan dipendekkan ...itu ok lagi..tapi yang pelik tu, nama sebenar kat surat beranak lain, tapi nama dipanggil kat umah lain pulak kan..contohnya, nama orang tu zul faizal, tiba tiba kita panggil "atan" misalnya.....

itu belum lagi , namanya hanif..tup tup orang orang panggil uols manap lain sangat bunyinya ..... pepondan pulak tak mahu kelas weiiiii..nama kalau boleh jadi empat, contohnya, muhamad rizal , bila jadi pondan tup tup, nak nama vogue iaitu " maria hulia julia mendoza" hah ambik kau..pengsan tak uolss dengan nama macam tukan? akak pengsan uolss..dengan khabar kak maria nak tukar nama lain pulak iaitu " fareeza gabrielle natasya solis" hah ok tak? tetap nak empat nama jugak kan?

apa apa pun nama timangan ini sangat penting, bukan sahaja untuk manusia, malahan untuk haiwan jugak, contohnya kucing si akiko lebih dikenali sebagai "buffy". kalau kucing si kasandra namanya pulak "snowie" katanya..heheheh kelas kan nama nama kucing sekarang....

bagi adik beradik 69 pulak, kami semua dah sepakat nak tukar nama panggilan pangkat dalam keluarga kepada nama timangan personaliti tibi 3 yer..so kalau uolss terdengar di kedai makan, kalau nama kak farah ke, kak maria ker, kak normala ker tiba tiba naik, itu bukanlah personaliti tibi 3 yang sebenar tapi itu adalah kami yer.....jangan tertipu sangat yer....

oklah itu sahaja yang akak nak ulas dalam blog akak nie yer...mungkin entry ini tidak menyengat seperti entry yang lain , tapi tak per lah asalkan akak ada tulis sesuatu dalam blog akak nie .......

wanita bekerjaya


akum semua..apa khabar? sihat?alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang yer..so macam mana dengan kehidupan anda sekarang? adakah anda happy? oh yes, masa berjalan dengan laju sekali...maklumlah hari ini dah masuk hari khamis, 2 april 2009..wow dah mausk ke bulan april kita yer...


oklah akak sekarang ini berada di sebuah cafe, yang bernama kolek yer bersama dengan firdee dan akiko sekali, masing masing tengah sibuk online lah katanya...akak pulak dah mengantok lite litelah, maklumlah dah kenyang katanya kan..


oklah dah tengok tajuk entry diatas? heheheh ok ker tajuk entry kali ini? oklah akak nak bagitau pasal wanita wanita yang bekerjaya yer..oklah biasanya bila kita lihat wanita yang bekerjaya, maka kita akan lihat wanita yang berpakaian kemas dan cantik, vogue, busy membawa laptop atau bag casenyer...


dan wanita bekerjaya mempunyai karisma , aura dan ketrampilan yang tersendiri, maka biasanya orang yang melihat wanita yang bekerjaya pasti akan merasa segan dan takut, terutama orang yang kerja biasa biasa sahajalah kan....hehehehhehe...


napa pulak akak pilih tajuk entry mengenai wanita yang bekerjaya ? yup sebab sekarang ini akak berangan seperti wanita yang bekerjaya yer...pergi kerja pi bawak lap top sedangkan hakikatnya lap top pun tak guna sangat pun....pastu bawak beg kerja...ceh berangan sekali seperti wanita yang terlalu busy katanya.....


kadang kadang bila akak dan geng geng pi berjalan jalan, pasti orang akan memandang kami sehingga kami rasa macam pelik sangatlah..."motif memandang?" itu sahajalah yang kami boleh kata dalam hati sebai sahaja setiap langkah kami diekori dengan anak mata...


pernah akak tanya pada pekerja pekerja tomyam atau mana mana kedai tentang apa yang mereka pikirkan tentang kami semua ? jawab mereka " cikgu dan kawan kawan nie macam sombong sangat .....lagi pun cikgu dan kawan kawan nie kalau berjalan macam pompuan ..gurau lah cikgu" ..."kawan kawan cikgu kan orang bekerjaya yer....." itu adalah kata kata yang pernah mereka luahkan...


sebenarnya banyak lagi pandangan mereka terhadap kami...namun apa sahaja yang mereka pikirkan, kami tak kisah sebab kami pi sana untuk makan sahaja bukan? memang betul jugak, kadang kadang bila kami pi makan, tetap dengan berbaju kemeja dan seluar slack ...dengan gaya gaya menja kami melangkah menuju ke kedai kak lahar.....


oklah lah uolss..entry ini memang tak penting pun hanya nak bagitau seronok jugak bila menjadi wanita yang bekerjaya nie ..gitteww kan?