akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang....so macam mana dengan cuti hari ini ? ok? akak biasa biasa sahajalah...bila cuti nie boleh lah rileks rileks sikit kan..rehat rehat kan badan......

oklah uols...dah tengok tajuk entry kita kali ini? yup kali ini tajuk entry akak akak special sedikit sebab melibatkan nama orang yer..ala bukan yer akak nak melahar di dalam blog nie...bukan uolss...hanya entry ini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada seseorang yang akak sayang, yang akak kagum dan yang akak ingat senantiasa iaitu tak lain tak bukan kak nor...


oklah kepada sesiapa yang tak kenal kak nor, tak perlah..nanti kalau uols datang jumpa dengan akak , akak akan kenalkan uolss semua pada kak nor yer..oklah akak nak terangkan sedikit pasal kak nor nor nie..kaka nor akak kenal melalui kasandra yer, masa tu nak pi tempah baju untuk kasandra bagi pertandingan miss universe.......mula mula jumpa kak nor akak terus rasa macam ada chemestry ( betul kah ejaan akak nie kasandra dan kak farah?)...kelakar betul lah kak nor nie..suka sangat buat lawak....

kak nor memang suka buat lawak lawak sehingga kadang kadang akak pun pecah perut, yelah, jarang sekali orang boleh buat akak ketawa yer, sebab biasanya akak lah badut dalam kawan kawan..tapi dengam adanya kak nor, akak pun berganding bahu menjadi pengacara dalam mana mana majlis kenkawan...tanpa kak nor, akak rasa macam tak lengkap sahaja, seolah olah kami nie set pelengkap dalam subjek mathematics tingkatan 4 yer.....

kak nor nie suka dengan cerita mistik jugak..ya allah kalau pi umah dia, macam macam kita leh tengok, ada toyol uolss. toyol tu kak nor simpan dalam bilik air dia, kadang kadang akak malu nak masuk bilik air kak nor sebab toyol dia suka sangat meninjau akak masa buang air kecil..jahat lah toyol kak nor tau..belum lagi langsuir kat dalam bilik tidur kak nor yang merupakan teman tapi mesra bagi kak nor kan? hehehehehe...gurau lah uolss jangan percaya apa yang akak tulis nie, tapi kalau tak percaya cuba tanya kak farah uolssss

baru baru nie, kasandra dan kak farah telah berpindah rumah, tak perlu ulas lagi apa yang berlaku cukuplah dengan entry entry di blog hans, kak farah dan jugak kasandra, yang menerangkan apa yang berlaku...kak nor dengan baik hati menawarkan diri untuk mengangkat barang untuk pindah masa tu....ya allah bayangkan semua perabot perabot kasandra yang datangnya dari IKEA itu, kami berempat mengangkatnya yer....gigih tak kami....apa kata lepas nie kita bukak satu agensi untuk angkat barang kalau ada orang yang nak pindah kan?

kak nor lah orang yang paling bersemangat pada masa tu..non stop dia bekerja ...sering memberi semangat kepada kami berempat opss terlupa jugak hans dan kenakwan UIA pun ada datang membantu jugak..namun kami berempat lah tonggak utama giteww kan..kawan kawan yang lain pulak tak dapat membantu sebab masing masing terikat dengan komitmen pekerjaan yer..jadi tak boleh lah salahkan mereka bukan ?

kami berempat pun terpaksa ambik cuti untuk mengangkat barang kerana tempoh masa untuk berpindah hanya 2 hari sahaja..namun dengan kegigihan yang ada, kami berjaya....memang akak pun tak sangka yang kami mampu mengangkat perabot tersebut sedikit demi sedikit yer....

pada sebelah malamnya pulak, datang lah abang peguam yang akak kagumi encik faizal bersama dengan akeem, serta kapel yang paling hot iaitu nas dan aleem yer...mereka jugak menyumbang tenaga untuk mengangkat barang barang yang mencabar seperti almari , sofa, dan macam macm lagi lah... tapi yang penting si aleem tu nampak semakin comel dan macam irwan shah lah....eh jap..aku nie nak cerita pasal kak nor ke atau orang lain nie....?

oklah berbalik kepada kak nor semula yer.....sepanjang 2 hari kasandra dan kak farah diminta pindah, kak nor sering memberi idea untuk membantu mereka , yang akak kagum , sebaik sahaja dia sampai di rumah kasandra, terus dia bertanya apa kerja yang perlu dibuat...dengan ala ala manja dia terus menggosok periuk belangga ..wah bersih kak nor buat.....terima kasih kak nor..

kak nor sangat mementingkan persahabatan, sebab itulah dia banyak kawan..kadang kadang akak cemburu jugak dengan kak nor, ramai kawan di sekelilingnya yer..banyak sangat jemputan yang diperolehi oleh kak nor, setiap malam senantiasa mendapat undangan dari kenkawan..itu belum lagi undangan dari jantan kan kak nor?opsss

apa apa pun kak nor..terima kasih kerana menjadi slaah seorang sahabat padad akak yer...walaupun kita sekarang nie jarang berjumpa..insya allah...kita tetap kawan kan? akak senantiasa mendoakan kak nor senantiasa bahagia, ceria serta dimurahkan rezeki..insya allah....