tapi bila dah masuk family 69 nie... nama kaklang pulak yg panggil2. iye la, dah masing2 ada pangkat sendiri. so, panggil ikut pangkat jer la... ( nasib baik ler bukan pangkat datin toh puan seri kan.. jenuh nak panggil...hehe). pastu entah camner, sblm gi penang, klong mintak semua kasi nama women coz nak masuk dlm blog katanye. aku pun dengan ringkas kasi ler nama Farra @Farah, coz teringat nama aku masa zaman dok ngan member2 USM dulu tu. zaman anak dara katanye.. hehe. tuptup, nama tu lak yg terus melekat ngan adik beradik sekarang nie. well, mula2 tu, sebolehnye tak nak ler nama tu melekat. tapi dah kerap sgt diaorg panggil aku ngan nama tu... aku jadi tak kisah, janji kalau tu memesrakan lagi org sekeliling dengan aku! so, korg tau ler maner asal usulnye nama2 timangan aku nie kan. jgn pulak ada yg tersedak muntah darah kalau dengar kat tempat awam pun dia org panggil aku, kak Farah. coz aku pun akan panggil dia org, Kak Maria, Kak Nor, Kak Firdalina @Kassandra, Kak Azizah, Kak Akiko, Kak Fatima Wong, Kak Amnatul Shima n Kak Su Peng!! hehehe
akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang...so uolss hari ini hari ahad, apa planning uols hari nie? pi mana uolss?mesti uols akan habiskan masa cuti ini dengan perkara perkara yang berfaedah bukan ?
akak hanya lepak umah dan sekarang ini kat cc pandanjaya, nak taip entry untuk blog yang terchinta ini yer, maklumlah sekarang ini akak di hambat dengan waktu sehingga akak merasakan takder masa nak taip blog, jadi akak luangkan masa akak di hari cuti ini dengan menaip blog yer...bila taip blog nie terasa tenang sangat lah jugak
dah tengok tajuk entry kita kali ini ? yer peminat yang tersayang, sebelum itu akak memohon maaf kerana sekali lagi akak mencedok idea yang dibuat oleh blogger yang terkenal iaitu kak farah kita ..kak farah telah membawa satu usul mengenai nama timangan ...dan akak percaya kita semua mesti ada nama timangan tersebut bukan?
akak percaya setiap orang daripada kita ini mesti mempunyai nama timangan yang lain supaya mudah diingati dan juga dipanggil, kalau dalam sesebuah keluarga yang besar, kita mempunyai nama timangan along, angah, alang, atih dan sebagainya....bukan itu sahaja, malahan nama kita yang panjang lebar pun akan dipendekkan ...itu ok lagi..tapi yang pelik tu, nama sebenar kat surat beranak lain, tapi nama dipanggil kat umah lain pulak kan..contohnya, nama orang tu zul faizal, tiba tiba kita panggil "atan" misalnya.....
itu belum lagi , namanya hanif..tup tup orang orang panggil uols manap lain sangat bunyinya ..... pepondan pulak tak mahu kelas weiiiii..nama kalau boleh jadi empat, contohnya, muhamad rizal , bila jadi pondan tup tup, nak nama vogue iaitu " maria hulia julia mendoza" hah ambik kau..pengsan tak uolss dengan nama macam tukan? akak pengsan uolss..dengan khabar kak maria nak tukar nama lain pulak iaitu " fareeza gabrielle natasya solis" hah ok tak? tetap nak empat nama jugak kan?
apa apa pun nama timangan ini sangat penting, bukan sahaja untuk manusia, malahan untuk haiwan jugak, contohnya kucing si akiko lebih dikenali sebagai "buffy". kalau kucing si kasandra namanya pulak "snowie" katanya..heheheh kelas kan nama nama kucing sekarang....
bagi adik beradik 69 pulak, kami semua dah sepakat nak tukar nama panggilan pangkat dalam keluarga kepada nama timangan personaliti tibi 3 yer..so kalau uolss terdengar di kedai makan, kalau nama kak farah ke, kak maria ker, kak normala ker tiba tiba naik, itu bukanlah personaliti tibi 3 yang sebenar tapi itu adalah kami yer.....jangan tertipu sangat yer....
oklah itu sahaja yang akak nak ulas dalam blog akak nie yer...mungkin entry ini tidak menyengat seperti entry yang lain , tapi tak per lah asalkan akak ada tulis sesuatu dalam blog akak nie .......
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
alah.. kak maria yg cantik nie...
citer la nama2 glamor u dari UPM... rasanye ramai cik abg2 kat luar tu nak tau kan....
haiyo .. manap tu nme kampong .. ckg pn nti cri nme kg gak ek .. bg kat sume org .. adk bradik msg2 de 1 nme kg .. heh ..
Post a Comment