akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman yang tersayang...so macam mana dengan cuti hari ini yer? ok tak? mestilah ok bukan? malam nie pulak ada konsert AF kan? so mesti ramai yang lepak di depan tibi ajerkan


terlebih dahulu akak meminta maaf sebab terlalu lama sangat nak up dated blog akak nie, mklumlah akak sangat busy sepanjang minggu ini ..betul uolss...buat apa pulak akak nak tipu uols pulak kan ? so akak pun tak tulis lah entry sehingga lah hari ini akak merasakan akak free lite lite, so akak pun tulis lah sesuatu untuk tatapan peminat..ada jugak si kak farah menyuruh akak update blog akak iniie..


oklah uols semua dah tengok ker tajuk entry akak kali ini yer..oklah murid murid semua, sila fokus dengan apa yang cikgu nak kongsi dengan kamu semua nie yer..giteww ..tak lah uols sebenarnya akak nak cerita pengalaman akak belajar bahasa thailand dengan uols semua nie..


buat pengetahun anda semua, akak nie memang ada skandal dengan beberapa pekerja tomyam yang berasal dari negera thailand..hikhikhik..dan terutama dengan lelaki yang berasal dari narathiwat yer...so, kadang kadang akak terdengar mereka berbual dalam bahasa thailand..bunyinya macam seronok dan lembut sahaja bila mereka bertutur dalam bahasa ibunda mereka....sayugia diingatkan, tujuan akak belajar nie bukanlah untuk memasarkan diri akak di pasaran pelacuran thailand yer..bukan uols..manalah tahu kalau akak nak masuk miss miss ker, akak terus ambik negara thailand kan?


jadi dengan inisiatif yang ada, akak mula belajar bahasa ini dengan mengikut apa yang mereka cakap...mula mula u agak payah lah jugak sebab akak selalu digelakkkan oleh mereka...sebab apa yer? sebab dalam bahasa thailand, kalau kita salah bunyi atau salah sebut , ia akan membawa maksud yang lain pulak..kadang kadang bunyi perkataan itu macam sama sahaja, hanya panjang dn pendek sahaja yang membezakannya.....


kemudian, akak pi cyber cafe, surf kat internet , nota nota dalam bahasa thailand pulak, oh yes..dapat, akak pun dengan segigih alam memprint nota tersebut dan setiap malam menyuruh kak khan mengajar akak..kadang kadang kak pah jugak membantu sedikit ....jadi setiap malam, dalam pukul 12 30 ke atas akak menebalkan muka dengan menggunakan produk revlon 7 petala dan pose pose di meja belakang meminta mereka mengajar akak..namun bukan setiap malam lah kadang kadang akak rasa kesian pulak sebab mereka kena kerja, kita pulak sibuk dan belajar ...usaha akak nie mula mula dipandang serong oleh pepondan pandanjaya uols...macam macam fitnah dilemparkan kepada akak nie...tapi akak buat derk ajer....


kegigihan akak belajar bahasa thailand ini telah menarik pehatian seorang lelaki yang bernama zaki, atau lebih dikenali sebagai cikgu becky sahaja...cikgu becky ini berusia 37 tahun, telah berumahtangga dan mempunyai seorang anak....cikgu becky ini pernah menjadi guru di thailand pada ketika dulu...jadi, dia pun menawarkan diri untuk mengajar akak..alhamdulillah..ini membuatkan akak semakin semangat untuk belajar apabila ada guru yang menawarkan diri...tapi sebelum itu akak meminta keizinan dari isterinya , takut pulak akak menggangu masa cikgubecky nak memasak serta menghindarkan fitnah ..manalah tahu akak dituduh meruntuhkan rumah tangga orang pulak kan( apa kau hengat kau chantek kah?)


cikgu becky telah pulang ke thailand dalam 2 minggu.... sebaik sahaja cikgu becky datang semula ke pandanjaya, dia telah membeli buku bulu ABC dalam bahasa thailand..punyalah akak terkejut sebab abc thailand nie ada 44 huruf..... kelas kan.....jadi sedikit demi sedikit akak belajar abc thailand tersebut....punyalah susah uols..tapi tidak mematahkan semangat untuk terus belajar kan? akak pun dengan kegigihan ala ala oshin, terus menghafal 44 huruf tersebut


selepas dah hafal., cikgu becky suruh akak menulis pulak 44 huruf tersebut ..akak pun tulis lah...payah jugak sebab tulisan dia macam tulisan cina sikit sikit...dan sekarang nie akak tengah belajar nak membaca dan membunyikan perkataan tersebut..pergh ini pun berbelit jugak lidah akak nie..selalu asyik kena gelak dengan diaorang..yang suka menggelakkan akak ialah Ya., mat dan jugak pian...mungkin apa yang akak sebut tu bunyinya akak lucah kot...


apa apap pun, mungkin dalam masa seminggu lagi akak dah boleh baca sikit sikit lah..tapi macam nak berhenti sekejap sebab faktor faktor penat kot...mata pun dah lebam..penat nak tutup dengan revlon, tak berjaya jugak kan? cikgu becky pun nak balik kampung semula, 17 haribulan nie sehingga 3 mei, jadi boleh lah akak berehat semula......kalau sesiapa berminat nak belajar , boleh lah ikut akak sekali belajar dengan cikgu becky untuk semster mei nanti...gitteww kan?