cinta dalam hati

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja, jam menunjukkan pukul 8 32 pagi, akak sekarang ini sedang menikmati bi hun goreng, telor mata, paru serta secawan nescafe panas...erm terasa segar lah juga..apatah lagi sarapan di waktu pagi nie kan..so selamat pagi semua....

sambil akak sarapan nie, akak sempat juga lah menaip blog untuk tatapan peminat yang terchinta kan? kadang kadang mata akak meliar memandang ke kanan dan ke kiri serta ke depan.....manalah tahu kalau ada yang elok di kedai nie kan? tapi seronok juga bangun pagi pagi macam nie, selalu nya akak bangun dalam pukul 2 atau 3 petang...opsss..orang dah nak balik kerja, barulah akak bangun...yolah sebab akak kerja petang uols.....

nanti dalam pukul 10 pagi , akak akan pergi ke sri rampai, dekat dengan wangsa maju..ada hal kat situ, pastu dari sri rampai akak akan terus pi kerja lah ...em itu lah planning akak pada hari nie. so sebelum pergi ke sri rampai akak rasa nak taip blog nie, apatah lagi dengan menikmati secawan nescafe tarik, akak boleh menaip blog sebanyak mana yang akak suka tanpa bayaran yang mahal yer..kalau pi cc sah sah kena rm 5 atau rm 6 ke atas kan?

oklah eh melalut pulak akak nie kan? dah tengok tajuk entry akak kali ini? oklah ceritanya begini yer....

sebelum cikgu becky balik ke thailand untuk bekerja sebagai pemandu pelancong , cikgu becky sempat menghantar sms kepada akak. malangnya sms itu dalam bahasa thailand...motif cikgu becky hantar sms dalam bahasa thailand sedangkan akak baru merangkak nak baca bahasa thailand? sajer ajer cikgu becky buat macam tu ..dia nak akak cuba baca sms tu...tak kisah lah dengan apa cara pun kan? asalkan akak dapat baca...

akak terima sms tu pada hari cikgu becky pergi ke thailand, dalam pukul 2 petang, masa tu cikgu becky nak dekat sampai kat bukit kayu hitam...so pada mulanya akak macam malas nak suruh orang lain tolong translate sms tu...so akak biarkan sahaja dalam inbox....

namun dalam pukul 10 malam semasa akak keluar dengan kawan kawan nak pi makan kat q bistro, akak menerima sms dari pian ( bekas pekerja jaya tomyam )...terus akak teringat nak fowardkan sms tu kepada pian dan minta pian translate kan....

pian bersetuju untuk menolong akak...dengan rasa happy akak terus foward kepada pian...dan berjanji untuk talipon pian dalam masa 10 minit sebaik sahaja akak fowardkan sms tersebut...sementara menunggu pian membaca sms tu, akak dan kenkawan berbual bual d q bistro ...dalam hati berdebar debar juga....apalah yang cikgu becky tuliskan?

sebaik sahaja tenpoh masa 10 minit dah tamat, akak segera mendail no tipon pian...

"assalamulaikum pian" akak memberi salam

"waalaikumusalam" jawab pian

dah lama tak dengar sore pian nie...yelah diaorang pun tak balik ke pandanjaya lagi agaknya..

"so dah baca ke sms tu ?" akak bertanya

"dah cikgu"

"ok pian..apa maksudnya?" akak tak sabar sabar nak tahu

"erm kalau saya cakap nie cikgu jangan lah marah ek...saya cakap benda yang betul....lagipun cikgu yang suruh saya translate kan?"

"oklah pian...cakap ajerlah..belum cakap, maca mana nak marah kan? hehehhe gurau akak

"oklah smsm nie pasal perasaan cikgu becky kat cikgu..." terang pian

akak terdiam..dalam fikiran berlegar legar pelbagai persoalan yer...maafkan aku..setahu aku, cikgu becky suka salah seorang keluarga 69 nie...tapi rasanya tak payah lah aku bagitau kat sini ...adik beradik 69 mesti tahu rasanya....

"teruskan pian...' aku bersuara bila aku dapati pian pun terdiam....

"tak per ker saya cakap nie...."

"its ok pian...saya nak tahu sangat sms nie pasal apa...." jelasku...

"oklah cikgu dengar yer....ckgu becky nie nak ucapkan terima kasih sebab cikgu nie jadi kawan baik dia masa kat pandan jaya..lagi pun cikgu selalu temankan cikgu becky bual bual...dan juga belajar bahasa thailand...jadi cikgu becky nie rasa tak boring sangat lah..." jelas pian

sambung pian lagi " ada lagi cikgu, cikgu becky nie ada simpan satu perasaan kat cikgu...dia tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu, tapi macm sayang kat cikgu lah...bukan sayang macam guru dengan anak murid, tapi sayang lain...malangnya, cikgu becky tak boleh luahkan sebab dia dah kahwin, ada anak dan ada juga isteri....lagipun cikgu becky tahu yang cikgu suka dengan orang lain....jadi dia simpan saja perasaan tu..." terang pian dengan panjang lebar...

"erm ye ker pian..cikgu tak tahu pulak yang cikgu becky ada peraaan macam tu..." lurus bendol betul aku citer kat pian macam tu kan?

"sebenanya saya dan kak pah tahu cikgu...tapi tak nak lah cakap...kami simpan ajer..." terang pian lagi

"eh tol ker pian?" aku hairan

pian tergelak sahaja....aku percaya dengan si pian nie....

"oklah pian......terima kasih lah sebab translate kan sms nie....jangan citer kat orang lain yer...." pinta ku ..( tapi sekarang dah cerita dalam blog katanya )

aku terus melangkah ke meja kenakwan dengan seribu persoalan.....

dalam hati......teringat kata kata cikgu becky " kalau kita suka dengan orang, tak payah bagitau...simpan baik baik dalam hati....."..


kau memang mak hayam.....


akum semua dan salam satu malaysia buat pembaca yang budiman.....hai apa khabar uols? sihat? alhamdulillah lah kalau semua orang sihat yer...erm sekarang ini musim ujan lah pulak...ujan pulak tak menentu...tapi biasanya waktu petang lah..itulah sebabnya kadang kadang akak terlajak tidur...tup tup ...nak pi kerja dah pulak kan?

oklah sekarang ini akak nak citer pasal mak hayam...oklah uol....apa tu mak hayam? biasanya mak hayam nie orang yang paling berpengaruh dalam sesuatu kumpulan atau pun dalam satu kawasan yer.....kadang kadang title mak hayam ini diperolehi atas sebab faktor usia..dengan kata lain, katakan dalam satu group tu, ada seorang kakukakaukun ( akak akak lah), maka ia akan dilantik sebagai makhayam secara automatiknya ( kalau dia yang paling tua...dalam kumpulan kami mak hayam kami ialah kak farah najihah yer)

kadang kadang title ini juga diberikan atas sebab mak hayam tu paling banyak pengalaman...atau dengan kata lain..otai lah kan....orang yang lebih makan garam berbanding dengan orang lain....banyak pengalaman...mungkin pernah ditangkap polis dan diminta menari di atas meja di balai polis, atau pernah pi dragoon di up town dengan berbekalkan kain langsir kolej sahaja...atau apa apa sahaja lah...dengan kata lain. sebelum adik adik buat benda tu, dia dah buat lah dulu...gittewwkan...

bukan itu sahaja, title ini juga diberikan kepada orang yang bersaiz besar jugak....acapkali kalau kita sering dengar perkataan mak hayam, maka kita akan bayangkan mak hayam tu orang yang berbadan gempal yer...bertetek labuh, dan bersuara yang paling garau sekali...ini adalah pandangan akak sahaja...kalau salah...janganlah pulak mak hayam mak hayam lain pukul akak ....maklumlah akak nie budak baru belajar lah uolss........jadi apa apa pun pandangan anda terhadap mak hayam nie, so tumpukan terus pada entry kali ini yer......

"cikgu rizal.....free tak?" sms masuk ke dalam talipon bimbit akak yer...

"erm bila tu..dan kenapa pulak kak?" aku membalas sms tersebut.

"akak nak bagitau ..si firdaus tu dapat berlakon kat sekolah...kalau cikgu free...cikgu datang lah tengok dia berlakon....." wah begitu semangat ibu firdaus memberikan aku maklumat mengenai anaknya yang berlakon

"erm berlakon citer apa kak? gerak khas the movie kah?" opss terlahar pulak aku kan

"alah cikgu nie...bukan lah.....dia berlakon jadi....tak kan nak bagitau cikgu rizal. datanglah tengok sendiri, penat ayahnya mengajar dia berlakon...watak jadi binatang sahaja..." balas ibu firdaus..

aku masih ingat lagi yang firdaus pernah menjadi laybird masa hari sukan yang lepas, sekarang nie pulak jadi apa yer...erm klue yer adalah binatang yer puan puan dan tuan tuan....

keeseokkan harinya akan dengan gigih bangun waktu pagi dan menuju ke sekolah firdaus....rupa rupanya ada majlis hari penyampaian hadiah...oh hari anugerah cemerlang rupanya.....awal sungguh sekolah nie periksaan akhir tahun, sedangkan ada sekolah lain yang belum mula lagi pun rasanya....aku terus masuk ke dewan..

kelihatan ibu firdaus teruja dengan kedatangan aku...cepat cepat dia mengangkat tangan dan menyuruh aku duduk di sebelahnya..namun aku hanya duduk di barisan belakang sahaja....lagipun aku nie sengaja nak datang...nak tengok persembahan si firdaus...pastu balik lah..kalau rajin stay kat situ sehingga jamuan kan?

seperti biasa, hari anugerah cemerlang akan dimulakan dengan ucapan lah ....pastu baru ada persembahan yang di buat secara berselang seli...nasib baik firdaus darjah 2 , maka persembahannya adalah yang paling awal sekali.....

aku berasa sangat kagum dengan persembahan itu...props yang sangat menarik sekali.....cantik...sesuai dengan kisah haiwan haiwan yang teraniaya rupanya..ish ish..sedih lah pulak...aku menunggu babak si firdaus.....belum muncul lagi...ada banyak haiwan yang dah kuar, antaranya itik, lembu, angsa, rama rama dan kambing....

dan.....

muncul lah si firdaus dengan memakai kostume ayam... sebaik sahaja firdaus keluar ...wah mendapat tepukan gemuruh...motif semua penonton tepuk tangan bila ayam ayam kuar? tak paham kan...lapar kfc kah uols semua ? oh wataknya jadi bapa ayam rupanya...dan dalam kumpulan tu ada mak ayam dan juga 4 ekor anak ayam......jadi ayam ayam nie pun pose pose nak pi makan lah kan...sambil mencakar cakar tanah untuk mencari cacing...namun kegembiraan ayam itu diganggu oleh seekor musang ....

musang tu cuba nak menangkap mak ayam dan anak anak ayam...maka sebagai bapak ayam , firdaus patut lah memprotect keluarganya dari di makan oleh musang tersebut.maka berlakulah beberapa siri pergaduhan ....aku lihat aku firdaus yang paling gembira sekali...siap ambik gambar nie bagai..ye lah anak jadi pelakon katanya kan....

tiba tiba....

aku dengar sore parent yang duduk di belakang aku...

"napa bapak ayam dia macam pondan ajer.......mak ayam tu lagi keras dari bapak ayam kan?

akak toleh belakang dan terus pitam............

aku bukan lady diana......



akum semua dan salam satu malaysia...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so sekarang nie tengah semangat nak tulis lagi entry buat tatapan peminat blog yang tersayang yer....heheheh oklah...so sekarang nie nak cerita asal satu entry yang bertajuk " aku bukan lady diana yer" ...

pukul 2.00 pagi

aku sedang berjalan menuju ke kedai mamak david sengheng....perut ku berkeroncong.....cacing cacing semua sedang beratur sambil berkoir.....uiiiii...terasa sangat lapar...apatah lagi aku belum lagi menjamah nasi hari ini...terbayang lauk udang sambal peai dan juga ulam kacang botol serta telor goreng yang pasti akan membuka selera aku pada pagi ini .....

aku mempercepatkan langkah....dari jauh aku lihat beberapa meja kosong ...baguslah ...aku malas kalau ramai orang, apatah lagi kalau aku datang berseorangan sahaja...so aku mempercepatkan langkah ku....erm semakin aku hampir , semakin aku lapar.....ya allah...udang udang itu sedang menari di depan mata ku....
aku segera duduk di satu meja yang berdekatan dengan tempat david membuat air....dari jauh aku lihat david sedang sibuk membancuh air...aku malas mengganggu david, so terus aku menuju ke tempat lauk pauk yang disediaka...yes.....lauk kegemaran aku masih lagi ada...bagaikan orang afrika yang kelaparan...terus aku memilih lauk yang disediakan dengan lahap sekali...terasa macam nak makan kat situ terus...tak payah masuk dalam pinggan...

aku pose ala ala lady diana sambil menjamah makanan....sopanlah sangat sebab depan ku ada beberapa orang mat mat motor yang sedang menjamu selera disitu juga...sambil kontrol kontrol ayu, aku menjamah lauk udang tu dengan lahapnya...uiiiiii........pompuan apa tu kan?

tiba tiba aku kedengaran namaku dipanggil...sayup sayup aku kedengaran....

"cikgu...hai cikgu...sorang ajer kerr?" suara yang dulu paling aku sukai sekarang ...argkh tuiii ...argkh tuiiii ( dapatkan ring tone yang terkini ) aku memang sangat benci mendengar suara tersebut...namun aku segera menoleh ke arah suara tersebut.....aku nampak 2 orang checki dan 2 orang jantan yang sedang menuju ke arah ku ...ish...

"ish..tak kan nak satu meja dengan aku kot?" getus hati ku bila melihat mereka menuju ke arah ku...aku hanya sempat melemparkan satu senyuman yang sangat kelat pada masa itu yer......terasa sangat lagi dengan sikap mereka..namun, aku kena jaga jugak..kita kena faham...takkan nak melahar atau bergaduh kat sini pula kan?

aku segera melemparkan satu senyuman yang sangat palsu sekali .......yelah takkan nak paling muka pulak kan....sambil tersenyum aku pun bersuara...

"hai uols...apa khabar? ....meh lah duduk disini..." aku pun memfake kan diri yer......hahahah...nak wat cam ner. dah terpaksa...so mereka duduk satu meja dengan aku......segera pekerja di kedai itu datang mengambil order untuk mereka.....

"cikgu apa citer...dah 6 hari kami tak jumpa cikgu...cikgu sakit ker?" tanya seorang checkki itu

"isha man ada sakit...cikgu sibuk lah...lagi pun hujung minggu banyak habiskan masa dengan kawan kawan lah....asyik boling ajer..baru baru nie pi disko .....dan juga karaoke ....busy lah" terang ku sambil menyuap lagi udang di dalam molot....

"ish ingatkan dah tak nak kawan dengan kami..." usik mereka....

"ish memang ponnnn" dalam hati .......

"eh tak lah ..mana ada tak baekkkk tau..." aku mengerling manja kepada mereka yer......dalam hati rasa macam nak jadi superwoman ajer macam nie.........



aku mendiamkan diri sahaja....aku malas nak jawab apa pertanyaan lagi...aku nak makan ...bukan nak ditemuramah.......

"cikgu macam lain ajer nie..marah kitaorang ker?" tanya checkki tu....

"apa lagi nie...mana ada marah lah......uols ada buat salah ker dengan cikgu?" tanya ku semula yer.......

mereka diam sahaja...kadang kadang mereka berbual sesama sendiri...namun aku banyak mendiamkan diri sahaja......malas nak masuk dalam perbualan mereka yer.....aku banyak melihat handset sahaja...perbuatan ku ini membuatkan mereka berempat hairan..kalau dulu, akulah yang sering menjadi pengacara di dalam kumpulan nie...tapi sekarang tidak lagi yer.....

sebaik sahaja kami semua dah abis makan, aku segera memanggil david untuk kira harga makanan ku....

"kira asing yer..." tegas suara ku .....

ini membuatkan mereka hairan...masing masing keluarkan wallet masing masing...sambil mengeluarkan duit....

"lah ingatkan cikgu nak belanja kitaorang makan...." usik mereka .....

lantas aku bangun dan berkata..."

"aku bukan lady diana yer.....dan aku bukan badan kebajikan yer...." sambil melenggang kankong di depan bebudak moto nie


fuck uuuuuu lah kan ( dalam hati aku untuk dua orang checki tu )

percubaan pertama


salam semua...ini adalah percubaan pertama penulis untuk meletakkan gambar sebegini di dalam blog penulis penulis baru belajar....itupun bebudak kolej yan ajar kan? sangat sangkak penulis kan? motif tulis "penulis" sebab kat sebelah penulis nie ada bebudak kolje...tak kan nak tulis akak pulak kan? hehehhe cover katanya..........

oklah budak dalam gambar nie ialah asri seorang anak tokey di pandanjaya...umurnya dalam 4 tahun....tapi tak pandai cakap lah....maksudnya dia nie sangat..kalau cakap pun mesti kita na tergelak jugak ...sebab tak paham...sangat manja ...bila akak datang ke kedai...mesti dia akan duduk atas riba akak yer..yay....terasa macam dah ada anak lah pulak kan....

pernah bawak si asri nie ke tempat kerja akiko...akiko panggil budak nie dengan gelaran budak petir.......gittewwkan...si asri nie sangat rapat dengan si mat tomyam atau lebih dikenali sebagai mty yer...ish terasa rindu pulak dengan asri dan jugak mat tomyam nie.......oklah uols...nanti akak akan taipkan lagi entry..sekarang nie kat kedai mamak lagi nie...ya allah sangat bersemangat sekali menaip blog...maklumlah......wifi katanya..alah mula mula ajer semangat......

nie ada farah ila , meks dan juga fina...serta boifren mereka yer...so akak diam diam ajelah ......diaorang panggil akak dengan nama cikgu yer...tak perlah jad cikgu mereka kan? ioklah ...nanti kita jumpa di lain entry yer......

cukup lahhhhhhhhh

salam satu malaysia semua...hai apa khabar? sihat? alhamdulilah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer....penulis disini sihat sahaja...namun sekarang penulis dalam keadaan yang tidak begitu happy lah...yup napa pulak tak happy? nie lah penulis nak cerita kat uols semua yer...

oklah sebelum nie , penulis nak bagitau yang penulis happy sebab tak perlu lagi pergi cc nak taip blog, sebab sekarang nie penulis dah jumpa satu tempat yang boleh penulis online dengan happy sekali iaitu satu kedai mamak di belakang rumah penulis sahaja...yay.......happy yer.....so sekarang nie membuatkan peulis akan bersemangat nak pi kedai nie dan taip banyak banyak lah ...hehehhe

namun dalam happy happy tu penulis rasa sangat sakit hati bila ada orang yang cuba nak buat cerita yang tak elok pasal penulis yer...ya allah satu demi satu cerita itu terbongkar, dah lama jugak penulis bersabar....satu demi satu cerita penulis dengar dan masuk ke dalam telinga penulis...terus merobekkan hati penulis lagi...namun atas dasar kemanusiaan, so penulis pun bersabar ...dan mengambil keputusan untuk tidak melayan semuanya...

kalau nak ikutkan hati memang penulis nak pi serang dengan orang yang membuat cerita tersebut, namun bila difikir semula buat apa nak pi menyerang, sebab penulis rasa ia kan mengeruhkan lagi suasana dan keadaan........ dan yang paling menakutkan nanti apabila cerita ini akan berkaitan satu dengan yang lain.,...biasalah manusia.....apabila dipersalahkan kan sudah pasti ada pihak lain yang akan terbabit sama...

penulis tak boleh menutup mulut orang dari bercakap pasal hal orang lain atau pun pasal penulis jugak, kita mesti ingat semua orang berhak untuk bercakap pa sahaja pasal penulis...sama ada yang baik atau pun yang buruk, sama ada cakap di depan penulis atau pun dibelakang penulis...itu hak masing masing ...namun kalau cerita tu bukan cerita yang betul macam mana? nak diam kan sahaja? nak memariekan diri kah? atau apa yer?

barulah penulis sedar macam mana perasaan kasandra yang selalu menjadi mangsa fitnah orang yang dengki dengan dia...macam mana perasaan kak nor apabila orang menceritakan pasal atau benda yang tak betul pasal dirinya kan? so sekarang penulis pulak yang kena kat batang hidung sendiri....memang sakit..apatah lagi orang yang membuat cerita tu bagitau semua orang orang yang dekat dengan penulis berhati hati yer.....motif kau cakap macam tu kan?

oklah penulis mengambil keputusan untuk berdiam sahajalah...malas nak layan dengan apa yang diperkatakan....penulis tetap baik dan bermesra dengan orang yang mengata penulis tu...nak balas dendam kah? tidak yer...nak balas balik dengan memaki dia? erm itu zaman muda dulu boleh lah kan? nak cakap atau balas benda yang tak elok? erm rasanya menambahkan dosa penulis pulak kan...so...................diam adalah jalan yang terbaik bukan?

personaliti diri

salam semua...maaf nak cepat...nie pun cedok dari blog orang lain ...opssssss...cubalah uji ...

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir... (^_^)

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal....Contoh:12 April 1974


12 + 4 + 1974 = 1990 ( hanya campur nombor untuk hari dan bulan sahaja pastu baru campur dengan tahun , 12 + 4 = 16 pastu 16 tu campur dengan 1974 akan jadi 1990 )

1 + 9 + 9 + 0 = 19

1 + 9 = 10

1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.- Mereka tidak suka bersendirian.-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.- Mereka sangat popular dan idealistik.- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) .- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.- Mereka sangat penyayang dan pemurah.- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Posted by Angah (^_^) at
01:21

harimau bintang

salam 1 malaysia semua....hai apa khabar? lama betul yer akak tak tulis dalam blog akak kan? yelah dari hari jumaat lepas, sehingga lah sekarang nie akak sangat sibuk dengan aktiviti keluarga 69 nie kan? erm main boling tiap tiap hari, bayangkan ada 3 kali pertandingan miss universe dan 3 kali lah miss universe bertukar wajah...nantilah akak akan ceritakan pasal miss universe boling tu kan sebab akak nak cerita pasal abang posmen ....

oklah ...kita berbalik kepada posmen tu yer....kita tahu kalau posmen ini tugasnya ialah menghantar surat dari rumah ke rumah ...so kalau masa akak kecik kecik dulu, kedatangan posmen amat dinantikan sebab akak tak sabar nak baca surat yang dihantar oleh kawan kawan...time raya lagi best lah sebab dapat kad raya dari kawan kawan...sekarang nie lain lah sebab bebudak sekarang nie tak mainlah tulis tulis surat bagaikan....macam macam ada sekarang...tak macam zaman 80 atau 90 kan kak farah?

begini yer cerita pomsen tu....

jam menunjukkan pukul 9 15 pagi, ketukan di pintu rumah l 39 amat membingitkan telinga ku apatah lagi mengejutkan aku dari lena di buai mimpi .....aku terus memandang jam yang tertera di dinding rumah aku...erm baru pukul 9 15 pagi, siapa pulak yang datang? getus hati ku pulak....

aku terus termanggu di tepi katil, semakin kuat pula ketukan di pintu dan diselang seli dengan suara orang memberi salam yer..aku terasa sangat malas sekali untuk bangun....namun ketukan itu semakin mengangggu tidur ku nanti..dengan perasaan yang malas sekali aku menuju ke muka pintu...masa itu aku hanya bersinglet dan berseluar pendek sahaja.....ku pulas tombol pintu ....sambil mengesek gesek mata....

kulihat seorang pemuda sedang berdiri sambil memegang sepucuk surat ...dia menghulurkan senyuman....namun aku lihat dia kelihatan terkejut apabila memandang tepat ke arah muka ku..." adakah dia terpegun dengan kechantekkan ku semasa aku bangun dari tidur kah? " atau aku terlalu hazab ketika itu?" pelbagai persoalan berlegar legar di minda ku...namun aku pasti yang pemuda posmen ini mempunyai raut wajah yang elok juga....hikhik

"ini encik norman kah? tanya posmen itu sambil tersenyum manis...

"bukan lah....salah rumah lah..." balas ku..tiba tiba aku terasa "datang bulan" atau bahasa lain iaitu aku tiba tiba haid pulak ...yelah sapa yang tak marah..dah ler kena bangun pagi pagi, pastu salah orang pulak...ish geram lah....

"tapi nie bukan ker alamat rumah nie...?" tanya abang posmen tu sekali lagi...dahinya berkerut mmandang ke arah alamat rumah yang tertera di sampul surat tersebut.....

aku segera mencapai surat tersebut, sekali imbas aku dapati...yer ,memang betul..alamat nya sama dengan alamat rumah ku ...namun, orang yang bernama norman tidak ada pulak yang ada ialah maria julia hulia mendoza atau fareeza natasya rabiatul azwa atau maria ardila binti pantuek .....

"ish napa abang tengok surat tu macam nak masuk ajer dalam surat tu ?" tanya abang posmen lagi

"aku nie rabun lah ...so tak pakai contact lense...cermin mata tinggal umah kawan.....tak nampak pun...tu yang tengok dekat dekat tu ...." aku menerangkan padanya...ku mula teras malas nak melayan mamat seorang nie.....asyik nak bertanya ajer...motif kau bertanya kan?

"eh abang....erm....leh tanya...napa muka abang berbintik bintik...abang sakit apa?" wah wah ....kau nie napa? nak masuk rancangan amboi amboi kah? banyaknya tanya..namun sebab aku malas nak bergaduh dengan dia aku pun menjawab....

"tak lah kena demam campak....." jawab ku pendek sahaja...

"abang masa kecik kecik tak pernah kena ker? tanya nya lagi...

"tak lah .....tak penah kena...sekarang baru kena...." aku menjawab

"oh sian kat abang...bila abang kena demam campak....?" dia macam simpati....kami berbual di muka pintu sahaja...pintu gate yang berwarna merah tu pun aku tak buka lagi....malas..manalah tahu dia menyamar sahaja menjadi posmen..

"masa nak merdeka...tak silap 28 ogos.....tahun nie...dah dua bulan.." jawab ku...

"biasanya bang, mak saya ada cakap....kalau kena demam macam nie, tak lama parut ...nie mesti kes abang tak pantang kan..." tetiba katanya ...

"entah lah dik abang pakai balun ajer makan....tak pantang pun......"

" itu lah silap abang jugak kan...nie siapa yang susah ...dah macam harimau bintang saya tengok muka abang nie......" laharnya pulak....

dengan muka yang sentap, aku terus menghempas pintu rumah...ya allah kuat sekali u ols...memang lah aku sangat geram sekali...dah lah pagi pagi datang..ketuk pintu rumah macam nak pecah .....pastu siap buat lawak lagi...hah ambik lah........

3 00 petang

sebaik sahaja aku ingin keluar, aku dapati sepucuk surat di pintu.....

" abang ..saya minta maaf kalau saya salah cakap...tapi saya terkejut tengok bintik bintik di muka abang tu......abang jangan marah saya......"

di bawah kertas tu tertulis tanda tangan dan juga no tipon dia......hikhik....