akum semua dan salam satu malaysia buat pembaca yang budiman.....hai apa khabar uols? sihat? alhamdulillah lah kalau semua orang sihat yer...erm sekarang ini musim ujan lah pulak...ujan pulak tak menentu...tapi biasanya waktu petang lah..itulah sebabnya kadang kadang akak terlajak tidur...tup tup ...nak pi kerja dah pulak kan?

oklah sekarang ini akak nak citer pasal mak hayam...oklah uol....apa tu mak hayam? biasanya mak hayam nie orang yang paling berpengaruh dalam sesuatu kumpulan atau pun dalam satu kawasan yer.....kadang kadang title mak hayam ini diperolehi atas sebab faktor usia..dengan kata lain, katakan dalam satu group tu, ada seorang kakukakaukun ( akak akak lah), maka ia akan dilantik sebagai makhayam secara automatiknya ( kalau dia yang paling tua...dalam kumpulan kami mak hayam kami ialah kak farah najihah yer)

kadang kadang title ini juga diberikan atas sebab mak hayam tu paling banyak pengalaman...atau dengan kata lain..otai lah kan....orang yang lebih makan garam berbanding dengan orang lain....banyak pengalaman...mungkin pernah ditangkap polis dan diminta menari di atas meja di balai polis, atau pernah pi dragoon di up town dengan berbekalkan kain langsir kolej sahaja...atau apa apa sahaja lah...dengan kata lain. sebelum adik adik buat benda tu, dia dah buat lah dulu...gittewwkan...

bukan itu sahaja, title ini juga diberikan kepada orang yang bersaiz besar jugak....acapkali kalau kita sering dengar perkataan mak hayam, maka kita akan bayangkan mak hayam tu orang yang berbadan gempal yer...bertetek labuh, dan bersuara yang paling garau sekali...ini adalah pandangan akak sahaja...kalau salah...janganlah pulak mak hayam mak hayam lain pukul akak ....maklumlah akak nie budak baru belajar lah uolss........jadi apa apa pun pandangan anda terhadap mak hayam nie, so tumpukan terus pada entry kali ini yer......

"cikgu rizal.....free tak?" sms masuk ke dalam talipon bimbit akak yer...

"erm bila tu..dan kenapa pulak kak?" aku membalas sms tersebut.

"akak nak bagitau ..si firdaus tu dapat berlakon kat sekolah...kalau cikgu free...cikgu datang lah tengok dia berlakon....." wah begitu semangat ibu firdaus memberikan aku maklumat mengenai anaknya yang berlakon

"erm berlakon citer apa kak? gerak khas the movie kah?" opss terlahar pulak aku kan

"alah cikgu nie...bukan lah.....dia berlakon jadi....tak kan nak bagitau cikgu rizal. datanglah tengok sendiri, penat ayahnya mengajar dia berlakon...watak jadi binatang sahaja..." balas ibu firdaus..

aku masih ingat lagi yang firdaus pernah menjadi laybird masa hari sukan yang lepas, sekarang nie pulak jadi apa yer...erm klue yer adalah binatang yer puan puan dan tuan tuan....

keeseokkan harinya akan dengan gigih bangun waktu pagi dan menuju ke sekolah firdaus....rupa rupanya ada majlis hari penyampaian hadiah...oh hari anugerah cemerlang rupanya.....awal sungguh sekolah nie periksaan akhir tahun, sedangkan ada sekolah lain yang belum mula lagi pun rasanya....aku terus masuk ke dewan..

kelihatan ibu firdaus teruja dengan kedatangan aku...cepat cepat dia mengangkat tangan dan menyuruh aku duduk di sebelahnya..namun aku hanya duduk di barisan belakang sahaja....lagipun aku nie sengaja nak datang...nak tengok persembahan si firdaus...pastu balik lah..kalau rajin stay kat situ sehingga jamuan kan?

seperti biasa, hari anugerah cemerlang akan dimulakan dengan ucapan lah ....pastu baru ada persembahan yang di buat secara berselang seli...nasib baik firdaus darjah 2 , maka persembahannya adalah yang paling awal sekali.....

aku berasa sangat kagum dengan persembahan itu...props yang sangat menarik sekali.....cantik...sesuai dengan kisah haiwan haiwan yang teraniaya rupanya..ish ish..sedih lah pulak...aku menunggu babak si firdaus.....belum muncul lagi...ada banyak haiwan yang dah kuar, antaranya itik, lembu, angsa, rama rama dan kambing....

dan.....

muncul lah si firdaus dengan memakai kostume ayam... sebaik sahaja firdaus keluar ...wah mendapat tepukan gemuruh...motif semua penonton tepuk tangan bila ayam ayam kuar? tak paham kan...lapar kfc kah uols semua ? oh wataknya jadi bapa ayam rupanya...dan dalam kumpulan tu ada mak ayam dan juga 4 ekor anak ayam......jadi ayam ayam nie pun pose pose nak pi makan lah kan...sambil mencakar cakar tanah untuk mencari cacing...namun kegembiraan ayam itu diganggu oleh seekor musang ....

musang tu cuba nak menangkap mak ayam dan anak anak ayam...maka sebagai bapak ayam , firdaus patut lah memprotect keluarganya dari di makan oleh musang tersebut.maka berlakulah beberapa siri pergaduhan ....aku lihat aku firdaus yang paling gembira sekali...siap ambik gambar nie bagai..ye lah anak jadi pelakon katanya kan....

tiba tiba....

aku dengar sore parent yang duduk di belakang aku...

"napa bapak ayam dia macam pondan ajer.......mak ayam tu lagi keras dari bapak ayam kan?

akak toleh belakang dan terus pitam............