ralat

erm ...

akak harap pembaca tidak tersalah mentafsir dengan nama budak dalam entry "pondan kecik " itteww. Nama pelajar itu firdaus azali dan bukannya nama yang lain. so harap pembaca boleh menolong menyelesaikan masalah adik firdaus azali nie.

pondan kecik

akum semua?
apa khabar? sihat?
erm jam dah menunjukkan pukul 5 25 pagi. Tapi akak lom tido lagi sebab tak ngantuk. Lagipun hari nie akak cadang nak tuisyen sikit ajerlah sebab akak terlampau penat dalam minggu nie. Eh kenapa akak penat? Nanti akak ceritakan ek...

oklah lihat tajuk entry..uolsss dah tahukan apakah tajuknya. Erm kali ini akak membawa uols mendalami perasaan kanak kanak lelaki yang berusia 7 tahun tetapi perwatakan yang lembut. Jadi apa kata kita lihat dan kita analisis ek. Uols boleh berikan pendapat dan pandangan yer dalam ruangan komen nanti

Disatu petang.....

"cikgu...ermm kalau saya nak tanya boleh ?" tanya seorang anak murid akak kepada akak baru baru ini. Budak nie baru berusia 7 tahun dan darjah satu. Bermata bundar, berambut ceracak, cute, comel arrr tetapi malangnya agak lembut.

"erm napa fir?" tanya akak sambil memicit butang kalkulator , mengira pendapatan tuisyen akak .hehehhe. sambil mengaru ngaru kepala yang tak gatal.

"tak pelah ..cikgu , macam bz aje" semacam merajuk pulak anak murid akak nie. Akak pun terus pandang mukanya. Dia masih lagi menundukkan kepala sambil mengira.

"napa fir...nak tanya apa tadi? Apa yang kamu tak paham," tanya akak dengan sore yang kepit. Nasib baik kau muda lagi. kalau kau belasan tahun, tahu lah apa aku nak buat.*opsss.

"cikgu...erm cikgu pondan tak?" gedebom..macam bom atom jatuh ke kepala akak. omak aiii.Motif kau tanyo den pondan ko tidak? erm....kita mesti jawab soalan ini dengan berhemah. Maklumlah budak budak kan.

"nape fir tanya macam tu?" terus akak putarkan soalan tu semula. sajer nak carik puncanya.

"erm sebab kenkawan saya kata saya pondan..." keluh anak murid mak ini sambil mengala " mewarna" motif ada imbuhan meng campur colour jadi mengala kan?

"siapa yang cakap macam tu. Tak elok tau..berdoseeeeeee" terang akak sambil memanjangkan muncung menunjukkan perbuatan mengejek itu tidak elok dan berdosa .

"budak perempuan lah cikgu, ada 3 orang, tiga tiga gemok gedempol" terang anak murid akak sambil megembungkan pipi menunjukkan bahawa budak itu gemuk.

tertawa akak tgk keletah nya

"erm..kamu pernah lawan tak? pernah pukul dia balik ker?" omak aiii. Jahatnya cikgu nie. mengajar budak memukul pulak.

"x pernah cikgu, takut lah.." jawab nya

"haaaa...jangan takut. Kamu tarik rambut dia dan terus gigit dia ok?" nasihat akak. akak rasa kesian sebab budak pompuan tu selalu ejek anak murid akak nie sehingga dia menipu tak mahu pergi ke sekolah uolsss. Kesian kan kena buli macam tu. Takkan nak mengadu kat cikgu, sah sah cikgu pun gelakkan nanti

"kamu pernah tak tgk ayam? tanya akak pada fir

"pernah cikgu..." jawabnya ringkas sambil memandang akak

"ibu ayam akan proctect anaknya kalau di ganggu..." jelas akak. omak aiii. Kasi contoh pun tentah ayam nie. sesawtuh ajer cikgu nikan .

"ok, saya faham. maksudnya, kalau orang ganggu kita , kita mesti lawan dia balik ek." terang anak murid akak. Kelas kan..pondan pondan kecik nie mudah paham.

dia terus mengala dan macam ada semangat dalam dirinya.

sekarang akak nak tanya. betul ker cara akak beri pandangan macam tu?
komen please

happy besday to akak

akum semua..
jawab yer salam nie. Jangan tak jawab, berdosa tau..
Sihat semua?
alhamdulillah kalau sihat.
Begitu jugak dengan akak dan lap top akak nie. Sihat. Baru baru nie lap top akak meragam lah uolsss. Penat akak ker times square tau. Hantar kat acer. Tapi rosak balik. Dua tiga kali ulang ke times square tau...

Dah ler akak nie wanita kampung. mana lah tahu sangat nak ke times square tu. Alah pakai baju kurung ajer ke sana. Naik teksi. Muka pulak cuak cuak uolsss. akak macam rusa masuk kampung tgk bangunan times square tu . Oh inilah bangunan yang anak murid akak selalu lepak dengan bohsia nyer....

kesian akak..

sangat daif dan naifkan...

lepas hantar lap top tu terus akak balik ke rumah. takut di rogol di dalam teksi atau di samun kan uolsss..

eh melalut pulak. Nak bagitau besday akak dah lepas iaitu 5 mei baru baru nie. Tiada sambutan , hanya akak ok di rumah ajork. Cuti mengajar. Itu ajer uolsss...hehehehe

nanti akak tulis lagi ek. Sajer nak gatai taip nie. Maklumlah komputer kan dan ok...so cecubalah nie

karangan tahun empat

akum semua..
apa khabar?semua sihat? erm akak pun samalah sihat jugak. Sekarang nie kat cc taman miharja. Jam baru pukul 7malam, kelas akak pukul 7 30 malam, so dari aku pose pose macam pompuan giler, baik aku pi taip entry kan? hehehhee

dah baca karangan anak murid akak ? erm apa pandangan korang? memang hazab kan? erm tak dapat nak tolong. Dan akak nak kongsi lagi satu karangan, tapi kali ini karangan murid tahun empat uolss.

tajuknya : anda terlihat sebuah rumah terbakar. cerita apa yang anda lakukan.

ulasan akak: bagi pendapat akak, karangan ini tidak begitu sesuai dengan pelajar tahun empat kerana karangan ini memerlukan pelajar berfikir dengan kritis. Apatah lagi ini dikategori sebagai kbkk ( kemahiran berfikir secara kritis) . Tapi, bagi pelajar yang bijaksana dan pandai, karangan ini dianggap "enteng ajer"

akak akan taipkan apa yang anak murid akak tulis. Budak nie budak pompuan tau. Cute , itam manis. Kira popular kat sekolah lah sebab semua acara sukan dia masuk uolsss. akak pun sujud gittew tengok dia berlari masa hari sukan

oklah....begini karangan nya.

pada hari isnin, ahmad , ali dan abu pergi ke tepi sungai. Mereka adik beradik. merekaingin memancing ikan. mereka orang susah. Keluarga mereka pernah masuk rancangan tibi tiga ( hah, kau orang tak pengsan dia eja tibi tu )

pada hari selasa pula, mereka akan mencari kangkung. Mereka nak masak lauk kangkung pada malam itu. Mereka sangat lapar, tetapi mereka tahan.

pada hari rabu pulak, mereka masak kangkungdan ikan itu. mereka masak di dapur. ali terlupa menutup api. Api merebak. rumah mereka terbakar. mereka menjerit meminta tolong.orang kampung cuba memadamkan api. bomba pun datang.

hari khamis mereka tidak ada rumah sebab rumah mereka dah terbakar.

hah..itulah yang ditulis oleh anak murid akak. Motipkau tulis sampai hari khamis? alang alang kau tulis sampai hari ahad, baru meletops kan?seminggu terus ....

akak pun baca karangan tu semula. Rasa nak tergelak. karangan tu masa ujian bulanan baru baru ini.Akak tak salahkan diorang uolsss, sebab cikgu sekolah tak ajar pun, tup tup terus kasi ujian karangan. Sesiapa yang ada adik yang masih sekolah rendah, eloklah uolsssluangkan masa mengajar karangan ek.


mari lihat karangan anak murid akak

Akum semua...

apa khabar? Sihat? Baguslah kalau sihat kan. Akak pun sihat, nie pun tergesa gesa nak pi mengajar tuisyen uols. Tapi masih sempat nak menaip entry untuk blog akak nie kan. Tuisyen kol 3 ptg , sekarang dah kol 12 tengahari. Jadi sempatlah akak nak menaip sikit kan.

mesti uols ingat nak buat karangan. siapa yang pergi sekolah? Angkat tangan? haaa..uolsss mesti ada belajar karangan. Secara amnya karangan terbahagi kepada 2 iaitu karangan berformat dan tidak berformat kan?

Biasanya akak menghadapi masalah mengajar karangan sebab anak anak murid akak nie susah sangat nak beri idea ar. Kadang kadang kena tunggu 20 minit nak dapatkan idea dari diaorang. Terkebil-kebil diaorang nak pikir idea uolsss... Hangin gak akak nie.

punca tak dapat idea sebab malas nak baca uols. Kalau baca majalah mangga atau ujang tu .wah wah wah...bukan main lagi. macam dah ada koleksi pulak. Kalau baca bahan ilmiah..hampeh. Kalau tanya gosip artis, wah laju ajer..apa kau hengat kau wartawan huzzz kah?eh akak bukan carut uolsss. akak carut akak murid akak lah...

oklah, nak baca tak karangan anak anak murid akak? ok...nanti akak tuliskan kan ek...

karangan ini pelajar tingkatan 4 ok...lelaki, muka bias bias ajer ( motip bagitau muka kan?)

tajuk : dewasa ini remaja menghadapai pelbagai masalah yang menganggu hidup mereka. Remaja terlibat dengan pelbagai gejala negatif. berikan pandangan anda tentang perkara di atas.

jawapan student: ramai budak lelaki sekarang suka merempit. Mereka merempit sebab ada moto. saya tidak merempit sebab saya tiada motor. ayah saya sangat kedekut dan kemut. nak beli motor pun sangat susah. ada juga mat rempit yang suka melakukan hubungan seks dengan bohsia. Bohsia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu bohdong. Bohdong bermaksud bohsia tudong atau bohsia yang memakai tudong. kumpulan kedua ialah bohdongboh . Ini bermaksud bohsia itu memakai tudong laboh. Dan yang terakhir, bohgang. Ini bermaksud bohsia banggag.

Hah...uolsss .kak pengsan kat depan meja tuisyen tu olsss. Nak tergelak pun ada jugak. Budak tu nampak konfident dengan jawapan yang ditulis. yang akak heran mana diaorang dapat istilah istilah bohdong, bohdongboh dan bohgang. aiyoooo, mana ada penyelidikan macam tukan? Akak memang nak pengsan uolsss...

ampon kan akak

hai semua...
apa khabar?
sihat? hahahaha..sorry lah dah lama akak x up date blog akak nie. Ala ala bersawang kan? Bukan apa uolss.akak sangat bz dengan tuisyen arrr..u ols paham paham ajerlah kan.Belum lagi peperiksaan yang penting, contohnya peperiksaan pertengahan tahun yang bakal menjelang bulan mei nie. Nie yang akak tengah pulun nie...

begini, masuk ajer awal bulan 4 anak anak murid akan dapat keputusan ujian bulanan mereka. Itulah saat yang paling akak sangat takut uolsss. Kalau result ok, tak per, kalau result hazab? erm matielah akak nak menjawab pada parents kan?

Tapi bergantung jugak dengan pelajar yang akak dapat kan? kalau pandai, mesti result meletopskan?
kalau dah benggap. erm bermimpi arrr nak dapat result yang meletopskan?

so, alhamdulillah, rata rata ada result yang ok terutama anak anak murid darjah 1 hingga 6. Yang sekolah menengah, banyak yang hancusss. Tapi akak dah sedia dengan skrip nak menjawab depan parents uolss kan

harap akak dapat di maafkan yek....nanati akak tulis lagi yer....

haiyaaa..manyak suweyyy

Akum semua...
Apa khabar? Sihat? erm baguslah ..akak pun sihat dan alhamdulillah senantiasa bergembira ....
Dah lama tak der entry baru kan? alah, maklumlah sibuk dengan tuisyen, apatah lagi hari jumaat, sabtu dan ahad memang akak terrrsangatlah sibuk yer.

Sekarang nie jam dah menunjukkan pukul 2.02 pagi, kawan akak daylan dan hamie baru balik, lover akak dah bum bum.

oklah ...hari ini seperti biasa entry yang akak nak tulis pasal pengalaman akak di upm.

"kak non..kak non...kak non "bosan kah"?" tanya azrizal kepada akak di satu malam .

"Aiyoooo...berapa kali nak "bosan" nie? sindir mandy

@ mesti pembaca masih ingat, "bosan" bermaksud kami nak main make up make up ler.

"eh..ehh.. orang tak tanya mandy ler...tanya kak non, " jawab azrizal dengan pantas.

"erm napa dik non? dek non "teringinkah?" tanya akak sambil tersenyum

@teringin bermaksud perasaan yang teramat sangat atau meluap luap

"yesss..haruslah.." kata azrizal sambil tersenyum

"ok set....so mandy nak join?" tanya akak pada roomate akak. Hanya bilik akak sahaja yang sesuai untuk dijadikan port make up make up nie.

"hehehe...set..., " kata mandy dengan semangat

"amboi amboi...tadi dialah orangnya yang marah kat kita kannnnnn," laser azrizal. Mandy buat dek ajer. Di capainya tuala untuk ke tandas. Biasalah acara mandi pun bermulalah....

azrizal segera pergi ambik peralatan make up di biliknya, dan yang penting dia akan ambik kamera sekali.

"ok, kita mulakan kak mandy dulu, ok baring," perintah azrizal. Mandy ikut ajer, akak kena tunggu, semasa tunggu tu akak pun kemas kemas bilik.

"pakai baju ker hari nie?" tanya akak pada azrizal.

"yess..haruslah..kita pakai baju yang sama macam dulu," terang azrizal . Masih lagi ingat dengan kes hantu cina ..entry yang lalu?

"erm ok ajer.." jawab akak, terpaksalah memakai kain lilit hitam yang panjang tu nampak gayanya.

"ok dah siap, kak non pulak," jerit azrizal. terkejut akak, sebab akak dah tertido dah..hikhik...biasalah lambat sangat make up nye siap.

akak pun pejam kan mata...bestnya bila orang make up kan kita kan.

"ok siap...mandy terus pakai baju, kak non tunggu jap, dek non nak make up," arah azrizal.

akak ikut sahaja u olsss.

ok, apabila semua dah siap, azrizal akan tolong akak melilit lilit kain, dah macam sari pulak akak tengok nyer..kreatidf tol azrizal nie nie yek...

"jangan jadi hantu bungkos dah ler...tak pun pocong," nasihat akak, bersungguh sungguh azrizal melilit kain ittewww.

apabila semua dah siap, bermula dengan sessi tangkap gambar.

bertukar tukar pose kami di dalam bilik tu, maklumlah tak berani nak ambik gambar kat luar lagi.

ada pose macam itik , ada pose gadis kampung, ada pose berangan chantek,biasa lah gaya gaya pondan kan...u ols mesti tahu kannn..

lepas sessi tu, seperti biasa, kami mesti kelaparan, maklumlah banyak tenaga yang dah keluarkan.Bertigalah kami naik moto pi makan kat serdang.

esoknya kami hantar gambar kat kedai cina. malangnya kedai cina tu tutup. terpaksa pergi kedai lagi satu.

kami takut, manalah tahu kalau cina yang lagi satu nie terkejut bila "cuci "gambar tu, dan takut gak jatuh kat tangan orang lain. Tapi nak sangat tengok hasilnya, kami main belasah ajer. asalkan dapat di "cuci". Dah tak sabar nie.

"taukey..ini gambar haaa. ada pelik sikit..." kata azrizal pada taukey cina tu. dah tua. Patut di gelar apek ajer.

"apa macam pelik?" tanya apek tua tu..

" ini gambar haaa...tu haaa.."akua" ( pondan) punya gambar ha...apek jangan kasi olang lain tengok haaa," terang azrizal

"haiiyaaa..akua ha? manyak cantik?" tanya apek tu.

"mana saya tahu, ini gambar haa, kawan saya punya maa" bijak azrizal menipu apek itteww

"ok ok...wa tatak kasi olang tgk, bila lu mahu angkat?" tanya apek tu.

" ini malam boleh siap ka?"

"boleh boleh..jangan takut maaa ...ini malam ha..." janji apek tu pada kami berdua.

dalam perjalanan balik, akak dan azrizal pun beranganlah nak tgk gambar tu. Macamanelah pose pose kami tu kan?

dalam pukul 8 malam, akak, azrizal dan mandy bersemangat nak pi tgk hasil gambar tersebut. sampai ajer di kedai itu,

"sudah siap ka?" tanya akak,

"mesti maaa..saya business maa.. mana tu resit?" tanya apek

apek pun keluarkan gambar kami tu.

"cantik tak akua tu apek,? uji mandy pada apek tu. Biasalah pondan nak kan pujian kan.

"haiyaaaa manyak cantik woooooo," bijak apek tu memuji pondan kan.

"tapi haaa, ala satu picture, aiyoooo manyak suweyyy arrr," jelas apek tu.

kami tergamam. Gambar yang mana satu nie

"yang mana apek?" tanya akak pada apek itew sambil berdebar.

apek pun angkat satu gambar lalu letak di atas meja

"lu olang tgk haaa. nie akua pakai baju hitam , itu baju ha tak serupa baju wooo...manyak baik. ada tudung hitam lagi atas kepala, tapi haaa.wa tengok betul betul haaa, itu dia punya "tetek" haaa, sudah keluar ha,haiyaaa sudah nampak, haiyaa manyak hitam," jelas apek ittew

"manyak suweyyyy ini picture, u kasi bakar ajer," kata apek itu sambil pose pose nak duit dari kami

akak terus sentapp uolsssss...sangat sentap

#moralnya, tolong pakai bra kalau u ols nak drag, jangan jadi macam akak yer...