4 tahun lagi

salam...selamat petang...sebaik sahaja dah siap satu entry terus kita taip lagi satu entry lagi nie...pergh semangat giler nie kan? sebab ada masa lagi sebelum kelas bermula...lagi 30 minit lagi kot...so dengan menggunakan hikmat tangan sotong, terus taip dengan laju sebab takut masa tak sempat pulak.....oklah kalau tadi dah citer pasal sotong lah, world cup lah, dan juga badminton sekarang nak citer pasal seorang teman dari thailand pulak..tetaps.....

oklah citernya begini.....

"cikgu kat mana?" satu sms masuk diiringi dengan lagu "sempurna "

"kat rumahlah..bts..mat kat mana? aku membalas dengan laju

"kat gombak..nak pergi rumah cikgu..nak ambik barang .." balas mat

"datang lah mat..saya dah lipat baju baju dan seluar mat nie...." aku membalas

"nanti dah sampai , saya sms cikgu "

perhubungan secara sms itu termati sampai begitu sahaja..aku masih berguling guling di atas katil....dah lama tak jumpa mat sejak dia balik ke narathiwat ....last jumpa semasa bulan 12 tahun lepas, semasa dia tinggal selama sebulan di rumah pandanjaya. selepas tu dia balik semula ke narathiwat, dan terus tidak pulang ke malaysia..hanya kadang kala kami berhubung juga dengan telefon.

dalam satu jam, lagu sempurna berkumandang.

"saya dah sampai kat bawah "

aku terus huru hara mandi....cepat cepat bersiap dan turun ke bawah...dari jauh nampak seorang pemuda yang kurus dan tinggi lampai tersenyum.seperti biasa dia akan tersenyum..aku pun mengajak dia naik ke rumah.

"dok ngan sapa cikgu ?" tanya mat

"hamie dan kiko .." pendek sahaja aku menjawab

"oh diaorang mana cikgu ?" tanyanya lagi

"erm..hamie dalam bilik kot...kiko tido " aku menjawab...tidak yer sebenarnya kiko pergi pavilion masa tu...aku yang tak tahu....

mat mengeluarkan rokoknya.

"boleh rokok ker ?"

aku mengangguk.....terus ke dapur dan menghulurkan segelas air

mat senyum...kami duduk di sofa sahaja sambil menonton televisyen

macam macam yang kami bualkan....mat bercerita tentang kehidupan nya di natarhiwat, pasal bekerja dengan kakak di hatyai dan macam macam lagi..aku hanya mendengar sahaja anak muda yang berusia 27 tahun bercerita....sambil menatap wajahnya..macam biasa...hanya sekarang dia dah berkumis .

"mat..selamat hari ulang tahun..besday mat 30 jun kan ?"

"eh cikgu ingat ker besday saya ?" dia seakan terkejut.

"mestilah ingat mat..ada dalam diari saya...tapi maaf..takder hadiah..saya takder duit.."

"erm cikgu nak kasi saya apa....?" tanya mat sambil tersenyum

"erm kan saya dah bgtau..saya takder hadiah utk mat..takder duit ..heheheehehe..beri "kasih sayang" lah mat ek .." aku bergurau

"sukahati cikgu lah..." dia tersenyum

kami berbual lagi....

"cikgu ..jom pi makan ...kat bawah saya belanja ..." ajaknya

"erm tiket kol baper?"

"lambat lagi cikgu ..kol 11 malam nanti ..."

aku mengangguk sahaja....

kami makan bersama...dan dia mula berbicara..

"saya nak bgtau cikgu yang saya akan sambung belajar nanti kat thailand...4 tahun..."

aku terkejut...hanya terdiam sahaja

"kenapa? saya dah tua sangat ker nak belajar cikgu ?" tanyanya kembali

"taklah..mana ada..oklah tu ...."

"takkan saya nak masa chicken chop ajer ...nak jugak kerja pejabat.." azam anak muda ini...

"belajar apa kat sana mat ?" aku bertanya

"entah lah..saya nak cakap dalam bahasa melayu tak tahu cikgu..dalam bahasa thailand oklah ...tahu "

"memang lah...masalahnya saya tak tahu pulak bahasa thailand.."aku membalas

"lepas nie tak jumpalah kita kan ?" aku bersuara...

"aha tak jumpa ..saya tak datang lah malaysia..."jawab mat

"mat....maaflah kalau saya ada buat silap dan salah...yang lepas ..lepas lah mat yer...." aku menghulur salam kemaafan.

"samalah dengan saya cikgu....lagipun saya banyak salah dengan cikgu .."

"saya lah yang banyak salah dengan mat...dah lah tak mahu nak cakap benda lama..nak dekat puasa dah kan mat ? jadi..baik kita lupa dan bermaaf maafan ajer lah ...."

"eh tambahlah cikgu..nak makan apa ..makan lah ..jangan malu malu...." dia mengalih topik perbualan.

kami terus menjamu selera..aku menatap wajahnya...curik curik..kalau dulu kami bukan main susah nak berdepan..dia nak ambim order pun tak pernah ....hanya tgk jauh jauh sahaja..tapi sekarang ...aku boleh tengok depan depan...setiap inci wajahnya aku perhatikan...

"oklah cikgu..saya nak balik dah..."

kami berjalan ke perhentian teksi di bts....diam...takder satu suara yang keluar.

teksi pun sampai. aku peluk mat dan tepuk bahunya....

"selamat tinggal mat...."

"jaga diri cikgu..tunggu saya lagi 4 tahun yer " usik mat..

aku terdiam...dia masuk ke perut teksi dan berlalu pergi....

piala uber dan bergu campuran

salam..selamat petang..hai apa khabar semua..maaflah sebab dah lama tak update blog nie..erm busy memanjang ..sekarang jam menunjukkan pukul 2 05 minit petang..ada lagi 55 minit sebelum kelas tuisyen akan bermula..so sempat lah curik curik masa nak taip blog nie kan...so macam mana kerja hari nie ok ker? mesti ada yang mengantuk gilerkan? yolah semalam kan final world cup..spain yang menang ..tere sotong tu ramal kan?

bercakap pasal sotong peramal tu..macam macam versi yang kita dengar ..yang paling tak tahan..ada ke orang kata sotong tu malaikat..ish ..gitteww....ada yang kata sotong tu petanda nak hari kiamat lah..mentang mentang lah ramadhan akan menjelang satu bulan lagi..trus kita pose pose pakai tudung lah kan......apa apa pon tahniah kepada sotong ittew kerana sudah popular yer...yolah...tak payah berlakon..tak payah menyanyi...terus ramal ...dan glamer..so sotong sotong semalaysia ....bila nak glamer pulak?

dah..dah..kukik kukik,...sampai tajuk entry pun dah lari nie..oklah ..saja nak citer pasal hobi dan sukan baru yang baru diceburi ini pada kalian..oklah..sebenarnya memang dah kemaruk sangat main badminton ..apatah lagi semakin ramai jugak yang dah mula main badminton nie....seingat kita yer..kita main dari minggu lepas , tiap tiap pagi ..selama seminggu tanpa berhenti...fuh..best ...badan rasa ringan sahaja sekarang nie..seronok..hanya malam semalam tak main sebab nak tengok world cup katanya....

yang paling seronok masa, sabtu malam ahad apabila penyertaan bergu yang amat digeruni iaitu nas dan aleem turut serta..apatah lagi nas yang sangat bersungguh sungguh nak joint main badminton tu..dari pukul 3 petang lagi dia nak main .. siap sms lagi tu ....tapi biasanya kami main lewat pagi sikitlah sebab lebih rasa seronok kan.....

sebelum main tu, kami semua makan terlebih dahulu di area sup meletop..kak farah, sandra, kiko, hamie, azizie, muaz dan amir turut serta..terjumpa pulak azrizal, dik non lama kat upm tu..pastu datang pulak edmund dan juga fahmi....serta tidak lupa abang teh serta kawannya...
kami bergerak ke lumayan..terus ke dewan,,nas dan aleem dan sampai ....pergh siap dengan kasut lagi tu....sebaik sahaja kitaorang pasang net, nas dan alem tak sabar sabar lagi nak cuba...

seperti yang telah dijangkakan nas dan aleem takder masalah nak main badminton..orang tere main tennis nie macam kacang ajer main badminton...hanya mereka ini akan pukul laju sikit.. aleem menag tere sukan yang menggunakan tangan..pemain hoki negeri masa sekolah tu kan....tapi napa boling u ols tak tere sangat ( opss )....dan diaorang punya pukulan panjang pun power sial.....nas tere pukulan kilas atau dalam bahasa inggerisnya backhand yer....aleem pulak tere smash yer..pantang dapat bola "tanggung "..terus smash..kau mampu? tapi pasangan bergu nie memang tere bertahan..penat i dan daylan smash bagai..macam kacang ajer mereka angkat...ceh...

namun seperti biasa pasangan piala uber nie susah nak dikalahkan..nas dan aleem nampaknya tewas gak dengan i dan kiko..maklumlah kami dah berlatih selama 3 minggu apatah lagi mendapat bimbingan dari jurulatih dari china yer.....tapi seronok jugak...yang paling menarik bila pertandingan antara kak farah bergu dengan amir menentang sandra yang berpasangan dengan kiko...omak aiii...penat ketawa dari bermain yer.....kak farah menggunakan hikmat tertinggi beliau iaitu mencedok di depan net yer..kau mampu......?asyik ketawa sajer sandra masa tu ....

tapi yang paling sakit hati bila pasangan i dan kiko akhirnya tewas dengan nas yang berpasangan dengan muaz...ceh....tak sangka diaorang tere jugak....muaz memang bermain dengan pantas dan cekap menjaga depan net manakala nas pulak memang tere bertahan dan pukulan kilas..walaupun kami main dalam rubber game...tapi tetap kalah jugak....

lepas main tu, kami pergi sarapan di q bistro..kukik kukik...tak sedar pulak jam menunjukkan pukul 6 30 pagi dah..omak aiii..main dari kul 1 30 pagi sampai 6 pagi..lama giler...maklumlah court hanya ada satu sahaja...so kenalah bergilir gilir masa nak main tu kan?

opss lupa..sesiapa nak beli kuih almond london..boleh buat tempahan pada nas..alah tolong kawan kawan kan di ramadhan nie kan...sama sama kita merasa dan membantu ...gitteww dan nas..nanti kasi sample kat i...boleh i promote kat parents tuisyen kat bts dan taman miharja nanti yer....i ambik tempahan ajer tau..penghantaran dan duit uols setelkan ek...oklah..itu sahaja...penat gak taip nie..takper....ada masa lagi nak taip satu entry lagi...bye...ketemu lagi

teddy

pada zaman dahulu..ada seorang pemburu tinggal di pinggir hutan seorang diri....pemburu itu selalu memburu di dalam hutan...dan suka menangkap beruang yang selalu mengannggu binatang ternakannya...

pada satu hari, pemburu itu telah terjumpa dengan seekor beruang yang sangat comel...pada mulanya pemburu itu ingin membunjuh sahaja beruang itu, namun setelah berfikir beberapa kali akhirnya pemburu itu melupakan hasratnya itu....dia terus mengintip pergerakan beruang itu....

beruang itu sedang sibuke menjamu selera di dalam hutan...dalam hati pemburu terasa ingin membawa beruang itu pulang sahaja..namun takut pula kalau kalau beruang itu mendatangkan masalah kepadanya nanti...

tiba tiba dia ternampak beruang itu terlanggar satu perangkap yang telah di pasang oleh pemburu lain...beruang yang comel itu meronta ronta untuk melepaskan dirinya...dengan rasa belas kasihan....pemburu itu cuba melepaskan beruang yang comel itu...seakan akan mengerti perasaan pemburu itu, beruang yang comel itu memandang ke arah mata pemburu seolah olah untuk mengucapkan terima kasih...beruang itu berlalu pergi...

keesokkan harinya..pemburu itu terserempak dengan beruang yang comel itu....lantas dia mengekori beruang itu..hatinya amat takut kalau kalau beruang itu akan terkena perangkap lagi....rupa rupanya kedatangan pemburu itu disedari oleh beruang itu..beruang itu menghampiri pemburu ..lantas ia bermanja manja dengan pemburu...

pemburu amat terkejut dengan tindakan beruang itu..namun dia membelai bulu beruang itu....entah timbul satu perasaan sayang yang amat mendalam di dalam hati pemburu tersebut kepada beruang itu....walaupun pemburu tahu..amat sukar untuk memahami dan mengerti perasaan beruang ketika itu....

hari demi hari perhubungan dan persahabatan pemburu dengan beruang semakin akrab....pemburu akan selalu pergi ke hutan untuk berjumpa dengan beruang yang comel itu...pemburu tahu yang beruang itu amat sayang akan dia....walaupun pun tanpa sepatah perkataan "sayang" namun..dari tindakan beruang pemburu itu yakin yang beruang itu sayang akan nya...

namun..pemburu tahu perhubungan antara dia dan beruang itu akan berakhir...jadi sebelum perhubungan itu berakhir begitu sahaja..pemburu telah membuat satu permintaan.......dia yakin yang beruang itu pasti akan menunaikan permintaan nya...tapi takut jugak kalau kalau permintaan itu akan di tolak oleh beruang itu nanti....

dengan hati yang berat..lalu pemburu pun meluahkan permintaan tersebut "................."

raket ...jaring dan bulu tangkis

salam suma...hai uols apa khabar? sihat? so macam mana dengan hujung minggu uols nie...i biasa sahaja uols...macam hari biasa hanya hujung minggu nie bolehlah rehat sekejap sebab takder kelas tuisyen...pastu bila masuk hari isnin hingga jumaat, barulah busy semula....

jam menunjukkan pukul 12 30 minit pagi ( nak masuk hari ahad dah ) i baru ajer mandi....si daylan tengok tenis kat luar..maklumlah si nadal lawan sapa entah...i tak ambik pusing sangat..hanya minat dengan si nadal yang seksi dan bertubuh kekar gittewwkan ....memang minat tenis...tapi rasa macam nak taip entry dalam blog nie lah... so pinjam laptop daylan dan terus menaip....tapi tahu lah ada sapa ker tidak yang nak baca blog yang dah lama bersawang nie kan...

dalam pukul 8 30 malam tadi, i dan daylan tak tahu nak buat apa..masing masing rasa macam lemau ajer kat umah...i baru elok demam...dah kena kena ulser kat mulut...besar...susah giler nak makan pulak....so tak tahu nak buat apa kan.....kami pun bercadang nak main badminton lah...

terus i text anak murid i tu ..nasib baik diaorang ada kat court badminton..kat belakang blok rumah kitaorang ajer...ada dalam 3 court badminton kat sana...so masa nie demam bola piala dunia..so tak ramai sangat yang nak main..kalau tak ..lepas maghrib kena cepat cepat turun dan pasang net ...cop tempat katanya kan.....

i dah lama jugak main badminton kat bts nie...kadang kadang seminggu adalah dalam 3 kali ..biasanya malam jumaat, sabtu dan ahad..main pon dengan anak murid ajer... kadang kadang parent mereka pon joint gak main...i suka main dengan budak budak straight kat sini,,sebab diaorang pandai main,...dan yang penting ada yang elok jugak..sambil main badminton leh cuci mata tgk orang berlatih muay thai kat clubhouse tu kannnn....ada jugak geng geng gaguxion yang main..i pernah joint dengan diaorang...diaorang pun tere main gak uols...rasa berentap kat piala thomas dah...gittew..

court kat bts nie ada kelemahan lah...pertama takder bumbung...open..so kalau ada angin memang terus darah haid tumpah uols...yolah..bila pukul melayang jauh katanya....lagi satu kalau hujan ..dah sah sah tak leh main..kalau petang ujan..malam court masih basah..tapi kami main jugak uols....licin pon licin lah..redah....

oklah so dengan semangat wirawati..kami berdua turun ....dengan lenggang kankung yer..terus pi ke tempat anak murid i tu..dia tengah main single dengan adik bongsunya..si daylan merokok lagi..so i yang tak sabar sabar nak main...seingat i lah..dah 2 kali i main badminton ..berpasangan dengan si daylan nie...daylan pandai main....backhand dia bagus sekals....hanya dia malas nak bergerak ..huhuhu...tunggu bola..tapi takper asalkan dia pandai jaga kawasan atau petak dia..dah cukup baik..

tapi malam nie..fuhyoo..siap dengan smash lagi...tajam giler..anak murid i tak leh "jawab" smash daylan tu..kagum jugak i...set pertama kami kalah....21 berbalas 19 ..dekat sangat dah..hanya i yang terlalu over kasi bola out..sialan tul kan..tetiba emo..tak sangka pulak ada peminat cilik yang datang tgk kami main kat tepi tu...ingatkan nak sokong..rupanya melahar ...amboi amboi.....tapi kami terus berjuang ke set kedua..

dengan semangat susisisanty ( pemain wanita indon )dan wong mei choo (pemain wanita malaysia) kami meneruskan perlawanan,,uiii kali ini si daylan menunjukkan hikmat tertingginya..iaitu smash tak terbatas...zassttt...ambik kau....tak sangka lak kami memang dalam set ke 2 iaitu 21 - 18 ..terus anak murid i panas...sambil catwalk ..kami keluar padang..dan teruskan ke rubber set katanya...gitteww..

kami mengatur serangan...i akan bertahan..manakala daylan akan menyerang dengan hikmat smash tak terbatas....satu demi satu mata bersilih ganti...kami berdua tertekan gak...tapi dayalan rileks ajer...ala main main pon kan...ish tak sangka leh menang dalam rubber game ittew iaitu 21 berbalas 18..so kami menang..anak murid i macam tak puas hati..nak repeat balik katanya...kami no hal lah kalau nak lawan semula kan...

rupanya daylan selalu main badminton masa kat sekolah dulu dengan hamie dan dawek..i memang lah selalu main dengan ayah dan kawan kawan ayah dahulu..ala setakat pukul bulu tangkis tu masuk ke petak lawan dah kira ok pon...bukanlah pandai sangat...tak leh smash lompat uol....

bila rasa happy dan best ..kami bercadang nak main lagi...tapi kenalah keluarkan modal..nak beli raket lagi....bulu tangkis lagi dan jugak net...tengoklah macam mana kan...selama nie i pinjam ajer raket anak murid i ajer.....huhuhuhuu...

oklah itu sahaja nak citer dalam blog i kali ini...bosan ke uol? huhuhu..nantilah i taip lagi entry yang menarik...katanya....

pabila cinta itu bukan milik kita ....

salam dan apa khabar semua? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman , rakan atau orang yang tersayang...dah hampir 3 bulan menyepikan diri dalam blog nie, so dengan rasa rajin rajin sikit nie...kita pun nak tulis lah blog...lagipon sekarang nie banyak sangat masalah yang melanda...jadi bila tulis blog nie, di harap dapatlah hilang sedikit stress yang melanda..katanya kan ...

oklah dah tengok tajuk entry kali ini? erm asyik asyik benda yang sama...yup..memang benda yang sama pon..apatah lagi tajuk ini beberapa kali dikupas dan dibincangkan di dalam entry yang lepas lepas, tapi kita percaya tak salah kalau tajuk ini dijadikan sebagai satu entry untuk bulan jun nie kan.

apabila kita bercinta, tak kisahlah samada cinta terlarang ker, cinta yang tak dilarang ker..apa apa lah...tapi ia berkaitan dengan cinta..maka perasaan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam menjalinkan perasaan cinta..mana mungkin kalau kita mencintai seseorang itu tanpa perasaan...tapi kalaiu anda mencintai seseorang itu tanpa perasaan...erm itu sangat bahaya sebab anda tidak mencintainya seikhlas hati anda bukan ?

janganlah kita mencintai seseorang itu sebab kita berasa kasihan dengannya sebab ia akan mengundang malapetaka dalam hidup anda nanti...janganlah anda membalas cinta seseorang itu sebab anda berasa anda anda kesepian dan keseorangan ...lonely katanya...tapi malam malam kat mirc sangat aktif yer ..gitewwkan .... dan janganlah kita mencintai seseorang itu dengan pelbagai sebab dan alasan ....kerana cinta itu datang secara semulajadi....ia hadir tanpa diundang kan...so tidak perlu 1001 alasan untuk mencintai seseorang..

dunia percintaan memang indah uol..perghh..kadang kadang boleh tersenyum seorang diri kalau kita mengenangkan balik semula kenangan manis diantara kita dengan pasangan kekasih kita..apa yang dilakukan secara bersama memang indah bukan? so semua kenangan itu mengambil masa bertahun tahun atau mungkin sehingga mati kita akan teringat semua peristiwa dan detik detik yang pernah kita lalui secara bersama yer...

namun sayugia diingatkan, setiap permulaan mesti ada pengakhiran, setiap yang hidup pasti akan menemui penciptanya, setiap yang bermula akan berakhir..dan semuanya pasti akan berakhir bukan ? apatah lagi kalau percintaan "yang luar biasa" nie kan? bukan lah nak menidakkan pasangan lain...ada juga yang mencecah sampai 6 atau 7 tahun..tahniah uols...tapi yang tak sampai 6 atau 7 tahun tu camner? erm....sesuatu perhubungan itu bukan diukur sejauh mana ia berlangsung dalam idup kita, hanya yang penting apa yang berlaku sepanjang percintaan itulah perkara pokok utama yer...

seandaianya cinta itu tidak kesampaian, maka kita kena terima dengan redha..janganlah melemparkan kesalahan 100 peratus kepada pasangan kita..apatah lagi kalau kita menyalahkan diri kita 100 peratus menjadi penyebab percintaan itu tidak kesampaian..ingatlah , semasa kita bercinta,..semasa mabuk cinta..amat jarang bagi kita memikirkan kesudahan cinta kita...sebab hari hari yang berlalu begitu indah...kita jarang memikirkan implikasinya...lantas apabila cinta itu telah padam....barulah kita mula terfikir...

apabila cinta itu putus, ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, mungkin salah seorang pasangan kita ini ada orang lain, atau pasangan kita berasa kita tidak boleh meneruskan perhubungan ini..dan macam macam lagi lah....so apabila terjadinya perpisahan...kita cubalah duduk bersemuka sambil berbincang di mana silapnya kita ...yang mana boleh diperbaiki , kita cuba perbaiki...dan yang mana kita rasa boleh di betul, kita betulkan..namun sekiranya tidak boleh berbuat apa apa...kita kena terima dengan redha...

mulalah berfikir tentang diri kita..mulalah berfikir betapa istimewanya diri kita yang dijadikan oleh tuhan..dan janganlah mengambil tindakan bodoh yang boleh menyiksa diri kita...yup...kita senang cakap...tapi orang yang melaluinya tahu betapa peritnya perasaan yang melanda...apatah lagi kita memang selalu bersama dengan orang yang tersayang..bangun tidur akan nampak wajahnya di sebelah katil, pergi kerja akan cium di pipi atau di dahi....pergi kerja akan text dia senantiasa..tanya pasal dah makan ke belum, balik kerja akan jumpa dia dahulu, pastu bila malam akan makan bersama dengannya dan yang penting setiap malam pasti tidur disebelah orang yang tersayang.

dapat bayangkan keperitan yang melanda bila semuanya hilang dalam sekelip mata.....satu persatu kenangan itu pasti akan lenyap...bersabar..teguh....tabah..tarik nafas .....doakan dia bahagia dengan sidia yang terbaru tu...seandainya dia merasakan orang baru itu yang terbaik, maka dia berhak mendapat yang terbaik...so kita cuba perbaiki diri kita dan cuba memberi peluang dalam diri kita untuk menerima cinta orang lain..tapi janganlah terlalu cepat untuk menerima cinta yang baru..macam tak adil pulak kan...bayangkan lah...kalau kita dapat yang baru..tapi kita senantiasa teringat ex kita yer....so adil kah itteww uol? yup tak adil...kan?

masa ini lah kawan kawan memainkan peranan yang penting...curahkan lah semua perasaan itu pada kawan kawan yang terdekat agar mereka memberikan anda sokongan moral..happy kan diri..penuhkan lah dengan pelbagai aktiviti ..beriadah lah...kalau sebelum nie lebih suka bersama dengan sidia di katil sahaja..apa kata kali ini pergilah berjogging kat tasik permaisuri tukan...jogging waktu pagi dan petang yer..kalau kau jogging waktu malam tu lain lah pulak kan....kalau rasa nak tanam bunga ..hah apa lagi tanam lah bunga..minta ajer baja dan benih kat dbkl..kalau kau rajin kau tanam ajer bunga kat semua taman taman kan...

takpelah uol...janganlah bersedih sangat.....hidup mesti diteruskan...jangan pulak jadikan ex kita tu musuh ke apa....dia pun manusia...dia pun ada perasaan dan mesti dilayan seperti manusia juga..buat masa sekarang nie kalau kita tak tabah untuk berdepan dengannya..elakkan diri...kalau rasa dah kuat..dah leh terima...tak kisah....jadikan dia sebagai kawan..manalah tahu mungkin dia yang akan menjadi kawan paling baik sebab dialah orang yang palimg mengenali diri kita dengan lebih mendalam kan?

itu sahaja coretan kita kali ini....berjumpa di lain entry.....

salam semua

salam satu malaysia...hai uols terlebih dahulu ingin memohon maaf sebab dah lama tol tak tulis blog nie..rasanya hampir 3 bulan dah..namun sekarang nie tengok semua blogger yang ada semuanya tak tulis pon..erm tu yang malas nak tulis tu...

tapi rasanya nak tulis balik lah blog nie...alang alang dah lama sangat tak tulis..erm tak tahu nak mula citer yang mana...tapi insya allah ..kalau ada kesempatan memang banyak jugak perkara nak dikongsi dengan para pembaca yer...

sahabat..teman ..dan...

sebaik sahaja aku mengajar, aku bergegas ke lrt maluri...aku mempercepatkan langkah ku...apatah lagi awan seperti berat ...hitam....dan tidak lama lagi akan mencurahkan isi kandungan ke muka bumi..aku mengesat peluh sambil beratur membeli tiket...sekali sekala aku mengerling ke arah jam tangan aku ...

"ish macam lambat pulak....." aku mengeluh perlahan...aku seperti orang gila sahaja...bercakap sensorang diri sambil berdiri....aku mengerling lagi ke arah jam tangan....kini tinggal lagi 15 minit aku ada temu janji di pavilion....tambahan pula...inilah kali pertama aku ingin bertemu dengan seorang peminat blog aku....

akhirnya aku mengambil keputusan untuk menaiki teksi sahaja.....lebih cepat...tambahan pulak aku tak mahu kebasahan nanti ....sebaik sahaja aku menghenyakkan punggung di kerusi, teksi memecut laju.....aku menghantar sms

"saya otw " pendek sahaja

"tak per..saya tunggu kat starbuck depan pavilion " balas nya...

"maaf lewat sikit sbb lepas abis mengajar tadi budak tanya soalan ...terpaksalah kena terangkan ..." aku memberi penjelasan.

"takpelah cikgu murni ..hehehe" balasnya....aku tersenyum ...ish siapalah pula mamat nie kan...aku kenal pun melalui kawan aku ...dan dari kawan kami berutus email dan akhirnya bertukar nombor telefon...

perjalanan hanya mengambil masa dalam 25 minit sahaja..sebaik sahaja aku sampai di kawasan starbuck di depan pavilion..hujan mula mencurah...syukurlah lah ..aku pun dah sampai...dan tidak kebasahan...namun...deruan angin dan percikan hujan membuat aku berasa kesejukkan...

mata ku meliar..memandang ke sana dan ke sini...orang ramai berteduh di kawasan starbuck itu..menjadikan aku keliru...lautan manusia membuatkan aku pening...inilah satu kelemahan aku, tak suka dengan keadaan yang ramai orang....aku meredah...

"awak kat mana? pakai baju apa ?" aku mengantar sms sambil mata melihat siapa yang akan membalas sms tersebut...namun..aku dapati ramai juga orang sedang memegang telefon dan sedang ber sms...aku sabar menunggu.....namun...tiada balasan...

"erm....saya dah sampai..kat mana nie....? aku menghantar sekali lagi sms...hati ku terasa panas..terasa seperti aku dipermainkan...walaupun hujan semakin lebat mencurah ke muka bumi, namun hati ku terasa sangat "panas"

"kalau tak balas sms nie, saya balik lah" aku seperti mengugut...aku pusing dan melangkah pulang..namun tindakan aku itu sudah pasti mengundang masalah..macam mana nak balik sedangkan hari hujan...so terpaksa lah aku tunggu sehingga reda..

"aku duduk kat meja nie..pakai baju biru...baju kemeja..kat atas meja ada beg kerja hitam..." aku segera mencari...aku dapati seorang pemuda sedang duduk sambil memandang ke arah depan...aku berdebar....aku terasa nak patah balik..namun aku teruskan..terasa berdebar...takut pun ada..malu pun ada..ahai....

"erm nie hairul ker ?' aku menyapa...

lelaki yang bernama hairul memandang ke arah ku....sambil membalas senyuman.....dan mengangguk...

"sayalah hairul..dan u nie mesti cikgu maria kan ?" dia bertanya...

"ish tak payah lah panggil saya cikgu maria...malu pulak orang dengar " sambil aku tersipu sipu malu * kau ingat kau chantek kah *

"tu anak panggil apa ? cikgu murni ? abang rizal ?" bertubi tubi tanyanya...

"amboi mulut kau...leh tahan kan ?" getus hati ku....

"tak kisah lah panggil apa apa lah...." aku menjawab....

"lama ker tunggu ?" aku bertanya.

'lama tak lama dalam 3o minit jugak..ingat kan tak nak datang " jawabnya...

'ish kan dah janji...mesti lah datang....tak kerja hari nie ?

"dah habis kerja dah pon nie...tu yang ada masa nak jumpa dengan u ...u pulak ? busy sangat ker?

"erm...busy lah jugak...budak nak ambil periksa penting ...upsr , pmr dan spm ...."

kami berbual...dari kerja ...terus ke hal keluarga...di selang seli dengan gelak ketawa ...hujan semakin reda..namun kami berdua seolah olah tidak mahu beranjak dari kerusi....sehinggakan kami sedar jam menunjukkan pukul 7 30 malam....

'eh dah malam nie...mesti orang starbuck maki kita kan..lama sangat dok sini " aku memandang ke arah jam tangan....

" aha...u dah makan? jom pi dinner ..aku belanja.." dia mengsyorkan

"erm "aku" ..."aku" tu macam kurang sopan lah .." aku memprotes.
"
"alah saya dah biasa cakap macam tu...macam lain macam cakap "i" dan "u" dengan kawan laki" dia menjelaskan...

"so kalau saya cakap aku tu..harap cikgu murni faham lah kan...."sambungnya..

"apa apa je lah " pendek ajer aku balas..

"kita makan area umah u pandanjaya? nak jugak rasa makanan kat kedai yang u selalu promote dalam blog u tu ...kedai apa tu...kedai jaya tomyam..." dia cuba mengingatkan

"oklah..no lah...."

kami menuju ke pandanjaya....jalan jam..dan kami mengambil kesempatan untuk berbual lagi...aku selesa dengan dia..peramah...biasalah ..orang jual insurans lah katakan...banyak cakap...banyak tanya..pandai berbual...ada ajer topik..sehingga kami sampai di pandanjaya

"inilah rumah buruk saya...saya dok flat ajer...banyak tikus...duduk sorang...naiklah..." aku menjemputnya ke rumah sebaik sahaja kami baru sampai di blok l 38...

dia memparkir keretanya...kami keluar dari perut kereta...dan menuju ke rumah ku...aku buka pintu..terasa malu pula dengan keadaan rumah ku yang simple..takder apa apa...

dia diam sahaja...aku segera mandi dan menukar pakaian...kami ke kedai jaya...

*bersambung*