Akum semua…..

Kali ini yang ke enam akak taip blog akak nie kan, sekarang nie akak tak tido lagi sebab kawan baik akak tolong akak setting balik blog akak agar lebih ceria dan lebih segar untuk para pembaca yer…alhamdulillah, daylan berjaya menukar setting tersebut, pastu kami terus ke rumah pandanjaya , Ambik barang sebab sehari dua nanti akak dok umah daylan yer. . tak balik kampong rasanya sajer nak beraya di kuala lumpur kan.


Pastu kami sampai di bandar tasik selatan, terus masak dan panaskan lauk serta nasik.

Makan, dan terus daylan buatkan akak satu myspace yer. Akak nie manalah tahu sangat buat myspace nie kan…last akak buat ialah masa akak kapel dengan putra eirman ariel boys tu lah atau shah..

Ok, bercakap pasal putra @ shah , petang tadi adik shah sms akak suruh datang ambik kuih. Masa tu akak di tesco dengan daylan dan amy, beli barang masak . akak pun terus setuju, sebelum akak tanya pada adik angkat akak tu, yang shah ada tak kat umah. Dia bagitau ada, akak cuak cuak sikit arrrr, kureng sikit bila dia ada dan dia bagitau mak dia pon ada gak kat umah.


Sampai ajer akak di ppr pudu ulu, terus akak ternampak moto yang berwarna biru, ya allah cantiknya moto tu , warna biru metalik gittew, dan masa yang sama akak nampak shah. Ya allah punyalah berdebar, rasa nak balik semula, tapi alang alang dah sampaikan. Akak cuba buat cool, dia nampak akak, akak pun nampak dia gak

Kami tunggu di lif, dia salam akak dan semua kawan kawan, Akak ok sahaja, ia senyum pastu terus tunduk ajer. Kami bungkam sahaja dalam lif. Akak dah tak keruan masa tu. Tuhan ajer yang tahu, pelbagai kenangan kami bersama terimbau, bayangkan 6 tahun akak bersama dia . Mana mungkin dapat melupakan macam tu sahaja, tipulah kalau akak tak sayangkan diakan….


Sampai tingkat 2, dia terus kuar cepat cepat kuar dari lif, sebenarnya rumah shah tingkat 3, tapi lift ting tong so kami keluar kat tingkat 2 naik tangga. Shah dah meluru laju ke rumah, dia nampak kurus arrrr,

Akak beri salam, mak dan adik shah dah tunggu kami. Shah seperti biasa baring depan tibi dan buat buat tak tahu ajer. Akak tak ambik hati sangat, dah paham perangai dia macam tu, hanya terkilan dengan perangai dia. Yelah masa kami kapel macam giler akak jaga dia tau. Biarlah, dah lepas kan.

Akak buat macam biasa, berbual berbual dengan mak dan adik shah. Hebat jugak persiapan mereka menyambut hari raya , beli langsir , beli baju melayu dn macam macam lagilah.


Nak dekat dalam pukol 5 ptg, kami nak beransur, mak salam dan cium tangan mak shahril, salam dengan ain dan salam dengan shahril .hanya cakap selamat hari raya , itu sahaja. Dia senyum dan salam. Baguslah macam tu, akak pasti dia pun tak boleh lupakan kenangan kami tu.

Dan akak berlalu pergi, terasa hati sangat perit, susah nak terangkan perasaan begitu, hanya tuhan sahaja yang tahu, namun akak aka terus menyimpan seribu satu kenangan bersama dengan shah semula. Walaupun kami tidak akan bersama semula, tapi akak berharap akak dapat jadi kawan dia at least kan……

Kalau dia nak akak balik? Tak mungkin kot…….

Ditanya pada hati

Mengapa ia pergi

Jawab hati

Kerana ia lara

Ditanya pada hati

Mengapa ia lara

Jawab hati

Ada duri mencucuk rasa