Akum semua

Selamat pagi yer…jam dah menunjukkan pukul 4 pagi, 1 oktober 2008, akak terus lagi menaip entry untuk para pembaca yang tersayang yer….kali ini kita akan belajar balik cara membuat kuih batik Sarawak . Tetamu jemputan kali ini, chef daylan, datang dari kuching Sarawak

Akak: selamat pagi u olsss

Daylan: selamat pagi terima kasih ( tersenyum manis)

Akak: oklah tanpa membuang masa, boleh daylan terangkan bahan bahan untuk membuat kuih batik Sarawak nie?

Daylan: boleh jer, asalkan mak dapat bayaran nyer dari penerbit. Oklah bahan bahan nya ialah:



8 biji telur
½ tin susu manis
300 gram biskut marie
¾ gelas gula
8 oz @auns mentega
2 oz@ auns koko
1 botol browning (gula hitam)
1/2 gelas tepung gandum


Akak: ok..sebelum tu sekarang dah guna gram yer, napa kena guna oz@auns yer…

Daylan: erm begini yer, 125 gram bersamaan 4.4 auns , so uols kira sendirilah yer

Akak: ok ….terangkan lah cara membuat kuih nie

Daylan: mula mula ayakkan tepung gandum dengan serbuk koko dengan menggunakan pengayak tau, sebelum itu anda semua patah patah kan biskut marie yang bulat itu kepada 3 atau 4 bahagian mengikut citarasa masing masing.

Akak: kemudian uolss

Daylan: gaulkan mentega dengan gula dan pukul dengan sebati.
Masukkan 8 biji telur ke dalam adunan. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk koko . adunan akan berwarna coklat, kalau warna lain, lantak kau orang lah yer


Masukkan browning atau gula hitam yang tiada di jual semenanjung, hanya di jual di Sarawak yer, boleh order kat saya yer nanti. Dan jangan lupa masukkan susu pastu gaul yer puan puan. *inila browningnya*

Akak: wah harumnya adunan nie yer( sambil menunjukkan isi adunan ke arah kamera)

Daylan: masukkan adunan tadi ke dalam kuali dengan api yang sederhana

Akak: kenapa nok

Daylan: sebab tak mahu adunan itu hangus , kan adunan itu ada campuran telur. Senantiasa gaul adunan tersebut sehingga separuh likat. Kemudian cepat cepat masukkan biskut marie itu tadi

# huru hara pengacara masukkan biskut marie ke dalam kuali itu

Daylan: apabila likat, masukkan ke dalam acuan dan tekan tekan atau penyekkan sehingga mampat. Ketebalan kuih mengikut citarasa. Biar kan sejuk di luar, jangan terus masuk dalam peti ais yer. Dan beberapa minit kemudian baru masukkan dalam peti ais

Wow memeng sedap yer, akak nak bagitau siapa yang nak buat open house boleh tempah kat daylan yer. Memang sedap yer


*inilah nok, hasilnya...*