Akum semua

Para pembaca yang tersayang. Apa khabar ? Sekarang nie akak kat umah kawan akak lagi, iaitu umah daylan ye. Daylan masih bum bum lagi, akak dah lama bangun dah nie,kemas umah, cuci pinggan dan mangkuk, terus akak taip entry untuk blog akak nie

Erm kalau perasan blog akak dah berwajah baru kan? Kelas tak akak? Tapi, sayugia di ingatkan bukan akak yang buat yer. Akak nie buta IT yer, tapi bukan buta CINTA….hikhik kalau cinta tu, terus celik mata akak yer……Akak kagum dengan kegigihan kawan baik akak nie ye….si Daylan dari pukul 4 pagi sampai 6 pagi akak rasa bertungkus lumus membuat yang terbaik untuk mencantikkan blog akak yer.

Bukan itu sahaja, malahan daylan buat akak punya myspace yer. Terharu sangat akak nie. Baik bukan insan bernama daylan nie? Bukan akak nak puji kenkawan sendiri, tapi itulah hakikatnya….dah lama jugak akak kenal dia dalam 8 tahun kot, dan kami memang berkongsi segalanya kecuali suami yer….mana bole beb..suami dia suami dialah, suami akak suami akak lah…

Apa istimewanya daylan nie yer…sory lah pembaca yang lain, nanti akak tulis pasal uolsss pulak yer. Tapi kali ini akak nak cerita pasal daylan dululah yer. Daylan ni kalau cakap sore dia perlahan ajer, lembut ajer. Tak pernah pulak akak tgk dia meroyan depan akak. Nampak sangat sopan lah uolsss. Itu yang boleh masuk dengan akak nie, kan akak nie sopan santun sangat tinggi kan… lagi satu kawan akak yang bersore lembut dan berhati mulia si firdee…yup kalau u olss nak tahu pekerja pekerja tomyam di pandan jaya amat tertarik dengan personality firdee dan daylan uolsss. Dah lah cantik., sopan pulak, kaya dengan budi pekerti ( ermmm yelah, ramai jantan handsome kat sana, sah sah kau berdua nampak baik kan, tengok tengok belakang ermmmm…)

Akak memang tak leh lawan diaorang nie, ada package…akak sedar akak tak secantik diaorang, akak hanya wanita sarkis @badut yang layak membuat orang ketawa sedangkan dalam hati hati penuh kedukaan yang melanda( motif akak emo kan petang petang nie ) opsss sambung lagi. Lagi satu si daylan nie memang setia dalam percintaan, kalau dia sayang sorang , jadi sorang itu sahajalah yang dia akan sayang. Akak kagum dengan kesetiaan dia, tak macam akak yer, kalau boleh nak pasang empat dan akak pernah memasang empat sekaligus yer. Tapi pening kepala akak. Akak masih ingat statement daylan” dalam 1 hati mana boleh ada 2 orang uolsss” Kalau u olss ada masalah cinta, tanyalah pada daylan, dia tak beri penyelesaian tapi dia akan beri kita berfikir macam mana nak selesaikan masalah cinta itu.

Kalau ada masalah, minta lah tolong dengan si daylan nie. Memang dia akan tolong, sedaya upaya. Dan lagi satu dia tak suka hampakan permintaan akak. Buktinya , 3 hari lepas akak ting tong nak pakai baju topman yang daylan ada. Warna pink tak silap akak. Dan akak pun tanya kat dia, dia kata baju tu saiz xs uolss di ulangi saiz xs..yer..kalau uolss tgk saiz badan akak nie , saiz apa yer…….opssss. tapi dia tetap tak nak akak kecewa, dia suuh akak cuba gak baju tu walaupun dia tahu akak tak muat. Akak takut baju tu akan menjadi besar pulak bila akak pakai, dia tetap suruh gak. Tgk..dia tak kan hampakan harapan akak yer . x macam sesetengah pondan yang lahanat, berkira..akak tak leh hidup dengan pondan berkira…hanjing sekals kan ( opssss akak marah lagi dan emo) Sebut pasal berkira nie kan uolss, kawan akak mr firdee pun tak berkira dengan akak uolss dan bukan dengan akak sahaja, malahan dengan kawan kawan akak yer…kalau makan tu. tup tup ada duit lebih dan suruh kira sekali. Jangan pulak kaorang ingat akak nie suka orang belanja akak yer, akak pon ada duit gak, kau hengat aku sengkek ker( amboii hormon semakin bergulung gulung) hehehhee…

Ady pon sama baik gak…. Pening pembaca yer, sapa pulak si Ady nie, nanti lah akak citer, orang nya handsome u olsss. Comel lah, satu kampong dengan akak.opsss bukan satu negeri dengan akak, dok seremban. Tapi malangnya jodoh kami tak ada sebab kami sesuku. Menurut adat minangkabau kami tak leh kawin dengan sesuku yer, jadi akak hanya mampu menyimpan perasaan kat ady kerana adat menghalang kami membina mahligai( amboi ampon kan kak yer ady @ yang lain tolong jangan muntah yer….ini adalah fakta yer….)

Jadi, para pembaca di sana, moral cerita ini ialah kita mesti menghargai kenkawan kita yer. So lepas baca nie, pi lah sms dengan kawan kawan uolsss, tak pon tipon sampai habis kredit handset kaorang dan jangan lupa minta maaf yer sebab raya nak dekat dah nie….salam aidilfitri
>