Akum semua…..
Sihat para pembaca di luar sana? Erm akak di sini Alhamdulillah sihat sahaja yer. Baru balik dari midvalley dengan daylan, beli barang barang nak masak kuih , katanya nak masak kuih batik yer. Tere kan kenkawan akak sekarang nie,siap masak masak nie kan….
Erm lagi berapa jam sahaja kita akan menyambut 1 syawal kan, pejam celik pejam celik dah masuk 1 syawal , dan mulalah kehidupan kita seperti biasakan. Akak suka bulan ramdhan sebab bulan nie bukan sahaja bulan mulia tapi kehidupan kita pun secara automatic akan berubah yer…apa yang berubah tu yer?
Ok …cuba pembaca bayangkan yer, bagi sesetengah tempat kerja, waktu bekerja akan berubah sedikit kan, ada yang akan diawalkan waktu bekerja dan akan pulang awal.
Bagi yang bersekolah pulak, waktu pembelajaran dan pengajaran akan di pendekkan dan budak budak pon akan ceria balik ke rumah, pastu sampai rumah pose pose muka monyok konon lapar lah sangatkan….
Ada lagi yer, bulan ramadhan nie lah kita akan pergi bazaar ramadhan sambil mata akan scan lelaki lelaki yang cando@handsome kat sanakan. Tak kisah lah, laki tu jual kuih ker, jual air ker , jual ikan bakar pun kita scan. Pastu bila tgk yang handsome, maka kita secara automatic tiap tiap hari akan pergi ke kedai tersebut . Beli sampai tak hengat nie asalkan pakwe tadi suka kat kita kan? Pastu beli banyak banyak biar lelaki tu ingat kat kita…..
Ramadhan jugak kita akan tgk orang ramai pergi terawih malam malam. Ramai ramai sembahyang kan. Kalau hari biasa memang jarang kita nampak orang pi sembahyang malam reramaikan? Pastu budak budak pun ramai pi surau, bukan sembahyang, tapi main kejar kejar kelas kan diaorang……tapi ada kenkawan akak yang keluarkan statement “ noks…semalam mak pi terawih, mak jumpa sorang mamat tu handsome ya amat, terus mak tukar tukar no tipon masa tu gak” katanya sambil pose pose memakai telekung yang ada labuci di belakangnya. pengsan akak uolssss. Apa niat kau ke surau kan? Tak takut di sambar petir kah? Di baling batu neraka oleh burung ababil kan?
Pastu ramadhan jugak kita tgk orang semua sibuk tukar perkakas rumah , cantik cantik semuanya kan? Napa kau tak tukar masa hari kebangsaan @ kemerdekaan ker? Masa hari buruh ker…atau masa hari guru ker perkakas rumah kan? Langsir baru, meja , sofa dan macam macam lagi baru lah. Lepas raya simpan balik untok tahun depan raya pulak, tak pun tahun depan tukar lagi kan?kelas kan
Itu belum lagi sentuh pasal juadah di bazaar ramadhan kan? Mulalah jumpa kuih muih yang pelik pelik muncul atau kuih tradisional kan. Akak suka kuih badak berendam lah….bulat bulat bentuknya pastu kuih tu berendam senyap senyap dalam kuah berwarna putih yer iaitu santan nyer puan puan. Akak juga suka tahu sumbat gak, erm best uolsss. Dan lagi satu akak suka popia basah yang di jual di pandanjaya, tiap taip hari akak pi beli. Apa kau hengat yang jual tu jantan handsome kah? Tak arrrr….akak akak indon yang berbudi bahasa gitteew
Erm dalam beberapa jam lagi 1 syawal akan menjelang yer, dan akak sekali lagi menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang akan menulis blog nie yer….salam aidilfitri buat kawan kawan di luar sana. Semoga kita memperolehi keberkatan….
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment