hai semua...
sihat semua..hah terus akak taip entry yang ke 3 terus menerus dari bilik hamie, bandar tasik selatan . Ya ampon ...hamie..akak menggunakan semaksimum yang yang mungkin yer komputer, elektrik umah uolsss agar akak berpuas hati yer...( memang akak lahanat)
oklah tajuk entry kali ini iaitu kawan kawan akak yang bermaustatin di pandanjaya yer. Akak kenal dengan pondan pondan nie selepas akak berpisah dengan shahril yer. masa tu akak solo. dan masatu lah akak mula kuar bermasyarakat, tapi bila berkapel akak tak penah pikir nak bergaul dengan masyarakat yer...
oklah kita mulakan dengan housemate akak yer
zack -------> oklah dia nie sekarang nie menjadi housemate akak yer. Orangnya dah berkapel . kapel dengan duda katanya. anak 3 uolsss malatops kan. yang penting kapelnya bau bau kentut dengan akak yer. sekampung lagi pun uolssss. dia nie rajin lah mengemas rumah, kreatif gak lah. Rumah akak yang kotorrr tu dah menjadi bersih uolsss. macam hospital bersihnyakan. sejak berkapel, dia dah jarang joint akak dan kawan kawan uolsss. maklumlah dah berlaki. laki pun tak kasi joint sangat dengan kami, takut zack di caras kot. dia nie konfident gak kalau bergaya tapi akan mintak pendapat orang lain dulu sebelum nak kuar mana mana. hatinya baik, kalau dia buat salah dia akan minta maap kat akak sampai lah akak rimas dengan pujukkkan dan minta maapnyer itteew.
amy-------> ermmm nak cakap apa yer...dia yang paling glamer, malatops dan berani matie. itu yang mampu akak cakapkan. Pandai bergaya uolsss, agak suka tgk dia bergaya, pandai lah menggunakan baju baju dan apa apa saja untuk digayakan. Sekarang nie berchenta dengan mat rempit uolss. aiyooo takut akak yer bila dia keluar dengan mat rempit tu. Akak rasa mereka nie kapel yang paling berani matie uolss. nak buktinya? erm dia pernah kuar dengan suaminya di bazaar ramadhan sambil bercium cium uolss.. pegang tangan ..wowo ..hebat ...cium pipi ajer uolsss. kalau lepak kedai makan tomyam . siap pegang pegang tangan yer, sentap akak tgk kan. akak respek dengan kapelnya yang bearni matie tu, terang terangannya pelok amy tanpa rasa takut pun. kalau MR a buat macam tu, terus akak pi thailand, bedah uolsssss. Buat apa yang patutkan
am------> erm wanita paling ayu dan chantek di pandan jaya. kecik ajer orangnya , berkulit hitam manis , berambut ikal mayang, suka berskandal dengan abang abang yer. banyak sangat skandal yangdia ada. Suka berterus terang uolsss, tak leh simpan rahsia nie. habis di canangnya satu kampung kan.....Pandai buat kuih dan berniaga jual kuih uolsss. kelas kan...suka bermain bowling .
apis------> memang layak jadi wartawan atau pengacara. Ya allah kalau bercakap tak boleh orang lain bercakap uolss. baru baru nie kena tonsil ...baru kurang dia bercakap uolsss. kalau tak. ermm akak yang bising nie pun tgak boleh mencelah kan..tapi dia nie open minded uolsss, best gak kawan dengan dia nie. asyik buat lawak ajer kan. tempat port kami di tomyam pandanjaya
itu lah yang akak nak cerita pada anda semua. mesti ada yang tak detail sangat lah. nak berbuka pose dah.....penat uolss 3 entry sekali gusss....
0 comments:
Post a Comment