akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan kerja hari ini yer? ok ke tak? esok dah mula masuk hari khamis, so lepas tu hari jumaat kan lepas tu kita akan bercuti bukan? mesti kita semua akan seronok kalau cuti..pergh , pejam celik pejam celik sekarang dah masuk bulan julai..ini bermaksud tidak lama lagi kita akan menjalani ibadah puasa bukan?
oklah uols, tanpa membuang masa lagi akak nak cerita mengenai cerita makan makan di genting yang akak lalui pada hari ahad yang lepas. dalam pukul 1 17 petang, semasa akak masih lagi nyenyak di atas katil tiba tiba tidur akak diganggu dengan bunyi machine gun yer. opss maafkan akak yer, uols semua jangan pulak salah faham, akak bukan tinggal di dalam kawasan komunis yer, bunyi machine gun itu adalah bunyi telefon bimbit akak semasa menerima sms.
akak telah menerima sms dari kasandra yang meminta akak datang ke genting untuk makan makan, kasandra ingin belanja kami semua makan di genting, sangat kelas bukan?, makan di genting yer...jadi akak telah meracun kak farah, akiko, hans dan jugak hamie untuk menyertai ekspidisi makan di genting yer. kami telah berjanji untuk bertolak dalam pukul 5 petang kerana pada masa itu hans ada kelas tuisyen rumah ke rumah.
kak farah akan mengambil akiko dan hamie terlebih dahulu di bandar tasik selatan, kemudian barulah kak farah menjemput akak di pandanjaya . kami bertolak ke genting dalam pukul 5 30 petang. cuaca pada masa itu tidak lah panas sangat. jadi akak pun rasa heppy lah sangat, perut pulak memang sangat lapar sebab akak telah mengosongkan perut akak sebelum pergi ke genting, maklumlah ada orang yang nak belanja makan yer.
semasa di dalam kereta, kami berbual lite lite ajer. kadang kadang akak dan akiko hanya melayan lagu sahaja di dalam perjalanan, manakala kak farah dan hans berbual sesama sendiri, maklumlah mereka kan kapel, so bestlah kalau berbual ...hamie pulak hanya mendiamkan diri sambil berangan di tepi tingkap.
sebaik sahaja kami sampai di tempat genting skyway, kami menunggu kasandra untuk turun dari kayangan yer, sementara menunggu kedatangan kasandra, sempat jugak kami mem blue toothkan lagu . serta mengambil gambar dengan menggunakan kamera telefon bimbit. dalam pukul 7 malam kalau tak silap, kasandra pun sampai dan kami terus ke tempat makan di awana genting. tak silap akak nama restoren itu ialah rajawali rasanya.
sebaik sahaja kami sampai di sana, terus kami mengambil meja yang berada di luar , memang sangat cantik pemandangan ketika itu yer. dan akak berasa sangat seronok sekali, kasandra menyuruh kami mengambil makanan, apa lagi, terus lah akak dan kawan kawan menyerbu makanan..wow sangat enak sekali..macam macam ada lah uols.....ada kek, nasi, dan erm susah nak tulis di sini yer...
satu demi satu akak cuba merasa makanan yang dihidangkan...begitu jugak dengan akiko, walaupun badan akiko macam model, dia seorang yang kuat makan jugak akak lihat, tak kisah lah dia makan kuat pun dia tak jadi gemok kan? heheheh tak perlah..jadi kami pun bertukar tukar cerita ...tiba tiba kasandra merasakan seperti tidak lengkap sebab farid tiada pada masa itu..kasandra juga ada menceritakan mengenai saat indahnya bersama dengan amril semasa makan di situ
kami juga dihidangkan dengan persembahan yang agak hambar sekali, erm dah lah pilihan lagunya kurang menarik ..bosan uols..tapi yang penting makanan yang dihidangkan sangat sedap, jadi akak balun sahaja apa yang ada. akak sempat mengambil gambar makanan dan simpan dalam hanset. akak jugak suka dengan teh tarik yang dihidangkan pada malam itu
dalam pukul 9 malam , kami beransur pulang...perut dah kenyang, mata pulak mengantuk, hanya tidak mampu berkata apa apa....sekali lagi terima kasih kasandra yer....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment