akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja...alhamdulillah...tapi sekarang nie akak tengok ramai sangat yang demamrina yer..terutama sekali budak budak..kawan akak pun , akiko pun demam ..dah seminggu rasanya..kadang kadang ok, pastu demam balik yer..


oklah sekarang nie akak nak menjawab soalan yang dikemukakan oleh kak nor..mengenai binatang yer..napa kak nor nak tahu sangat? adakah kak nor ingin membuat satu kajian mengenai manusia yang menjadi binatang?ok sebelum akak nak jawab soalan tersebut, baik akak tanya uols semua..kalau uols pulak, uols nak jadi biantang apa pulak ?


kalau tak silap akak, kak nor nak jadi ikan lumba lumba kan? ah kelas kak nor kan..nak jadi ikan lumba lumba kan? pastu kasandra pulak nak jadi seekor arnab yang dibe la oleh sepasang kekasih....yang lain akak tak tahu pulak nak jadi apa..sebab akak pun tak fikir lagi nak jadi apa ......erm jap ek..kena pikir baik baik sebab akak tak mahu jadi binatang yang tak elok seperti anjing ker, babi ker, dubuk ker, erm ....


oklah setelah berfikir panjang ...akak rasa rasa kan akak nak jadi rama rama lah uols..sebab bagi akak kan, rama rama sangat cantik, kepaknya warna warni..ikut jenis rama rama lah kan? ada yang cantik ada yang lahar jugak kot..lagi pun kalau kita lihat , sebelum rama rama boleh terbang, dia akan berada di dalam kepompong..dan bila saat dia ingin menjadi rama rama, dia akan bergelut untuk melepaskan dirinya dalam kepompong..hanya hidup dan mati sahaja...itu sahaja....mula mula kalau kita tengok, dalam kepompong tak cantik langsung, tapi bila dah kuar jadi rama rama sangat cantik kan?


rama rama juga bebas terbang, walaupun tak boleh lawan dengan burung, at least rama rama bebas juga terbang ke mana sahaja yang rama rama suka...tambahan pula rama rama suka menghisap madu di bunga, ini bukanlah bermaksud rama rama suka bermadu, itu manusia yer..akak pun tak suka bermadu giteew katanya kan.....rama rama sejenis serangga yang kecil dan comel....


atas sebab sebab itu akak memilih rama rama rama sebagai binatang peliharaan akak...boleh ker kita pelihara rama rama nie ? gulpssss