akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang ....opss terlebih dahulu akak meminta maaf kerana dah lama betul akak tak menulis blog akak yang tercinta nie, sebenarnya banyak perkara yang akak nak tulis, tapi entah lah setiap kali akak nak tulis, akak macam tak der masa sahaja, sekarang nie akak ponteng pi kelas thailand dan terus pi ke cc katanya..
apa khabar peminat semua? sihat?( ada ke peminat nie uols?) entah lah rasanya dah semakin kurang kot orang yang masuk dalam blog nie sebab dah hampir 2 minggu akak tak tulis apa apa dalam blog nie....dah bersaranglah katanya kan? hehehehe
oklah akak terus ke entry kali in yer..oklah pada hari isnin yang lepas iaitu 29 haribulan jun( macam karangan budak upsr yer) saya dan kawan saya telah dijemput pergi menghadiri ke majlis hari lahir. majlis hari jadi kali ini adalah untuk meraikan hari lahir anak cikgu becky. maka saya telah bercadang untuk pergi ke jaya jusco membeli hadiah,oleh kerana saya tidak mampu membeli hadiah yang mahal mahal, saya telah membeli hadiah baju sahaja . baju itu berharga rm 15.00 dan saya telah mendapat diskaun sebanyak 10 peratus kerana saya mempunyai j card. oleh itu saya berharap , semua orang mesti ada j card supaya anda semua dapat membeli belah di pasara raya jusco.
ayah saya ada menasihati saya , apabila kita ingin membeli hadiah, kita mestilah membeli barang yang boleh digunakan oleh orang yang kita berikan, biarlah murah asalkan kita ikhlas, saya juga ada menjemput kawan baik saya iaitu firdee untuk turut serta menyertai majlis hari lahir anak cikgu becky. apabila saya ada kawan , saya tidak akan bosan sebab saya boleh makan dengan kawan kawan saya .
jadi, tepat pada pukul 10 00 malam, kawan saya telah menunggu saya di maybank pandan jaya, maybank pandan jaya terdeletak di pandan jaya yang mempunyai lambang singa. kadang kadang saya takut dengan singa sebab saya pernah melihat orang dibaham singa di dalam internet. singa itu sangat jahat sekali sebab sanggup memakan orang itu. kawan saya telah membawa sebuah bungkusan yang saya agak itu adalah hadiah, saya pun ada membawa hadiah, sebab saya malu kalau saya tak bawa hadiah .
kami duduk di meja yang sangat gelap. pada masa itu cikgu becky sangat sibuk memasak makanan untuk para tetamu, tapi saya lihat tidak ramai yang datang ke majlis tersebut. mungkin cikgu becky tidak mahu menjemput ramai orang kerana kalau ramai nanti habislah makanan di kedai itu, jadi saya rasa sangat bangga kerana saya juga dijemput dan terpilih untuk datang ke majlis hari jadi anaknya, pada masa itu saya juga berbual bual dengan kawan baik saya iaitu akiko dan juga firdee, selain mereka berdua, saya juga ada kawan baik yang lain iaitu kak farah, hans, farid, amnatus shima, amy, kak nor dan juga rihanna. kawan jahat pun saya ada juga, tapi emak saya beritahu kita tidak boleh menulis nama orang yang jahat sebab berdosa nanti.
tiba tiba , kak lahar telah membawa 3 gelas air, kak lahar merupakan seorang pekerja di jaya tomyam yang mempunyai mulut yang sangat lahar sekali. antara air yang dihidangkan ialah air teh ais, nescafe ais dan jugak teh o ais. itulah air yang paling mahal saya rasa semasa parti itu dijalankan, oleh sebab saya dan kawan kawan sangat haus, jadi kami pun minum. kami minum perlahan lahan sebab kami takut nanti kami di tuduh sebagai pondan pelahap air.tapi saya ingin memberitahu yang saya bukan pondan sebab saya hanya lelaki lembut sahaja.
pada pukul 10 45 minit malam , cikgu becky datang membawa sepinggan kuih popia, pada masa itu perut saya sudah kenyang, namun arwah nenek ada memberitahu kepada saya, rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari, itulah sebab saya telah menjamah makanan yang dimasak oleh cikgu becky. cikgu becky juga telah menghidangkan satu lagi makanan iaitu arca sayur sayuran. kami bertiga makan dengan perlahan lahan sekali, tetapi kawan baik saya yang bernama firdee telah makan kuih tersebut dengan sopan sekali sebab dia sangat cantik berbanding dengan saya. akiko pun cantik juga, oleh sebab itu saya berharap saya akan menjadi cantik sekiranya saya berkawan dengan orang yang cantik seperti mereka, tapi saya yakin saya juga cantik sebab semua kejadian tuhan mesti ada kelebihan dan kekurangannya.
pukul 11 malam bermulalah upacara menyanyi lagu heppy besday dan meniup kek. tiba tiba saya rasa sangat sedih sebab masa saya kecil kecil dahulu, saya tidak pernah menyambut heppy besday sebab emak dan ayah saya tak mampu membuat heppy besday. saya hanya pergi ke rumah kawan kawan yang pernah buat heepyy besday sahaja. cikgu becky menyuruh saya menyanyi lagu heppy besday, tapi saya tidak boleh menyanyi dengan baik. ini disebabkan pada masa itu tiada cd karaoke dan juga mikrophone. oleh sebab itu saya tidak dapat menyumbangkan suara saya. saya hanya menyanyi lagu heppy besday dengan suara di dalam perut sahaja,
selepas menyanyi lagu heppy besday, saya diminta oleh cikgu becky untuk memotong kek. tiba tiba rasa berasa sangat hairan, saya bertanya di dalam hati, heppy besday siapa nie? suara hati saya berkata. "saya punya besday ke atau furqan?" oleh kerana saya tidak mahu menderhaka dengan cikgu bahasa thailand saya, saya pun memotong kek heppy besday, saya telah menggunakan formula mathematics untuk memotong kek tersebut , namun kek yang saya potong tidak sama besar. akan tetapi , pada pendapat saya, besar atau kecik kek itu tidak penting, yang penting masuk di dalam perut sudah...
tiba tiba cikgu becky membawa salad yang penuh dengan sayur mayur. kuah salad itu sangat sedap, saya sangat suka dengan kuah salad itu. saya makan dengan perlahan lahan supaya saya tidak di tuduh oleh orang lain sebagai pelahap. tiba tiba sepupu saya menelefon saya, nama sepupu saya ialah farid, salah seorang kawan baik saya ini sangat meminati farid , saya tidak boleh memberitahu siapa yang minat farid sebab nanti orang itu akan marah saya, jadi biarlah rahsia, kawan saya tu minat sahaja.
apabila farid datang, saya dapati kawan baik saya tiba tiba menjadi women, maafkan saya sebab saya menulis dengan bahasa inggeris sebab perkataan women itu lebih sesuai digunakan dalam karangan saya ini. saya dapati kawan saya menjadi sangat women atau dalam bahasa melayu saya boleh katakan sebagai ayu. saya telah mengusik kawan saya dengan farid, pada mulanya saya takut juga kalau kawan saya kecil hati. alhamdulillah, kawan saya tidak marah malahan kawan saya lagi suka saya lihat dari riak wajahnya..saya juga mengusik kawan baik saya , iaitu akiko, tapi akiko selalu melaser saya semula...
tiba tiba hari hujan, kami semua berteduh di kedai jaya tomyam, keadaan pada masa itu sangat gelap, saya tidak nampak dengan jelas wajah tetamu, tetapi tetamu nampak wajah saya dengan terang sebab saya menggunakan produk revlon, jadi muka saya pada malam itu sangat bercahaya. tapi saya rasa muka saya macam opera cina. saya tak kisah lah sebab saya yakin dengan produk revlon sehingga seorang askar rusia terpanah melihat muka saya, nantilah saya cerita di karangan yang lain lah yer. saya juga terus mengusik kawan saya sehingga kawan saya malu. saya lihat sepupu saya pun suka juga. sama sama suka, oklah kan sebab dulu kakak saya pernah menyertai ruangan suka sama suka di sebuah majalah. kita harus menghantar gambar kita di ruangan suka sama suka, kalau ada orang yang suka dengan kita, dia boleh menghantar surat surat, jadi anda semua haruslah menyertai ruangan suka sama suka.
dalam pukul 12 15 malam semua tetamu sangat penat, terutama kawan baik saya iaitu akiko dan firdee. mereka akan bekerja pada keesokkan harinya. oleh sebab itu kami semua meminta diri untuk balik ke rumah masing masing. ituylah pengalaman yang paling manis dalam hidup saya...
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment