rumah terbuka dan besday firdee

akum semua..hai uols..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat yer..so kembali semula kita bersiaran di blog akak yer..sekarang ini jam menunjukkan pukul 2 22 pagi yer, akak baru sahaja sampai di cyber cafe pandanjaya nie..pergh ramai sangat orang kat sini yer, budak budak str8 yang main games ...bising sklas tak larat lah akak...dah ler muka hazab....

kelas gittewwkan akak sempat melaser diaorang yer....boring lah uols sebab tinggal sowang sowang..pastu kawan kawan dari thailand tak sampai lagi..bercuti katanya ..so akak menghabiskan masa di cyber cafe sambil melihat blog kenkawan atau adik beradik 69 yang semakin hari semakin vogue yer..apatah lagi blog hans sekarang ini semakin menyengat skals ..akak memang sangat sujud sekarang nie...

sebenarnya akak menunggu blog kak farah, firdee , hans atau kak donna yang ingin mengulas mengenai open house nie, namun..sampai sekarang ini masih belum lagi keluar dalam blog mereka...so akak mengambil keputusan untuk bercerita lah serba sedikit....walaupun akak tahu dalam blog akak nie gak der gambar bagai sebab akak tak pandai nak masukkan gambar itteww yer...tak per akak yakin dalam blog yang akak ada sebutkan tadi, mesti ada gambarnya nanti..so uols tunggu ajerlah yer...

oklah pada hari sabtu bersamaan 26 sept kami semua adik beradik 69 telah bercadang untuk mengadakan rumah terbuka sempena hari raya ....cadangan nie pun timbul semasa kami berada di Q bistro..pada asalnya kami bercadang nak buat hari ahad, tapi memandangkan nanti ada yang letih sebab kerja keesokkan harinya, jadi kami semua mengambil keptusan untuk buat hari sabtu...

setelah semua bersetuju, kami pun bergerak untuk menempah lemang di bandar tasik selatan , kami menempah 7 batang lemang dan juga rendang ....dan kami telah memberikan tugas kepada adik beradik..akak mengambil keputusan untuk tido di rumah akiko ..sebab nak tolong dia buat kek batik katanya....

malangnya kek batik tu tak jadi dibuat ...tup tup ada kek lain pulak yang muncul....kami tempah ajer kek untuk firdee, kak nor dan juga wan..terus akak , hamie dan akiko menuju ke lumayan..akak risau jugak sebab jam masa tu menunjukkan pukul 7 45 malam, sedangkan party akan bermula pada pukul 8 malam..dah ler lemang merupakan makanan utama masa parti itu nanti....

kami bertiga terus naik ke lumayan...kami dapati firdee dan shima tengah sibuk menghidangkan mi gorang di atas meja...mana datangnya mi goreng tersebut yer, sedangkan kalau ikut perancangan tak der konsep memasak bagai kan...? misteri sangat. akak , hamie dan juga akiko busy memotong lemang..lah abang tu lupa nak potongkan buluh tersebut, dengan kudrat women yang ada, kami pun cubalah memotong buluh tersebut

kak farah pun sibuk di dapur ...bising sungguh mulutnya skals...sangat garang..tak mahu lah datang lagi kalau macam nie, kami minta kak farah pi mandi dan bersiap .....sebab tuan rumah belum siap lagi sibuk dengan persiapan makanan.....so dalam pukul 8 15 datang 2 orang tetamu yang akak tidak kenali....kawan kak farah rasanya kan...mereka pun malu malu....si tushee dah siap...chantek lah tushee malam tu..wan pun dah siap...kemudian firdee dan kaka farah serta hans..semua nya segak dan chantek berpakaian baju melayu...

satu demi satu kumpulan dah tiba...alhamdulillah nak kata ramai tak jugak, nak kata sedikit pun tak jugak...tapi sangat berpuas hati lah dengan sambutan kali ini..... lagi pun kalau ikut perancangan kami tak jemput ramai pun...yang dekat dekat ajer lah kan....tapi malam tu cuaca agak panas sedikit..dah ler kami berbaju melayu pulak..pergh sangat panas..jadi beberapa orang tetamu mengambil keputusan untuk keluar lepak sambil menghisap rokok ....mulalah sessi bergambar bagai..erm kalau tak bergambar tak sah yer....

macam macam gayalah ..yang paling kelakar gaya di lif itteww ..sangat ceria sekals mereka tu....nas dan aleem yang paling sporting..dah ler handsome serta cute, baik pulak tu ...giteww kan....si hans pun asyik bermanja dengan nas..sesuatuh sangat.. nak rasanya mengadu kat kak farah tau......tuan rumah iaitu firdee dan kak farah tak jemu melayan tetamu yang datang....walaupun panas, tetap maintain chantek katanya...

malam semakin ke penghujungnya, tetamu pun nak pulang ke rumah ..so kesempatan ini diambil oleh kami adik beradik untuk berkumpul dan makan pulak..yelah tetamu kenalah hormat, so kami beri tetamu makan dulu kan, kemuadian barulah kami pulak yang makan kan.....so kami tetap ada sessi bergambar untuk keluarga 69

kami susun kerusi di depan, maka duduklah akak, kak farah, kak nor dan firdee , manakala amy, am, akiko dan hamie berdiri di belakang..macam macam pose yang ada..kami jugak bertukar posisi pulak masa tu..meriah skals...lepas tu ada sessi minta maaf dari adik beradik 69 nie kan......giteew katanya.....tapi biaslah kami nie, tak sampai 1 minit minta maaf , terus kuiz lahar ria bergema semula....kelas kan uolssssss

tiba tiba akak dapat panggilan dari seseorang, so akak keluar dari lumayan , malas nak cakap dalam rumah, takut bising pulak, tak dengar, akak terlupa nak pakai selipar ..so berkaki ayamlah akak di luar rumah tu..mestilah tapak kaki hitam giler...kotor..akak masuk semula ke rumah...sambil baring baring si syikin tegur kaki akak hitam , apatah lagi kak long betul betul berada di depan akak..kak long suruh basuh kaki tu, akak degil tak mao sambil mengeselkan tapak kaki di lantai...

oleh sebab dah tak tahan dengan perangai akak nie yang agak melampau, kak long macam dirasuk hantu..terus ke dapur mencari buluh untuk menghambat akak...dengan cepatnya akak berlari sambil menjerit jerit masuk ke bilik air..kak long tidak putus asa...mengejar akak sambil meukul lemang di tepi almari yang terletak di luar bilik air..adik beradik yang lain semuanya tertawa dengan perangai kami berdua..akak tak ambik hati pun..kelakar lah uols..

akak baring semula..sambil mendengar cerita rihanna yang akak rasa sangat kelakar sekali...rasanya kak nor dan rihanna memang ada bakat masuk raja lawak lah..si nas aleem dan yang lain mendengar sahaja..si hamieko yang paling seronok sekali mendengar cerita rihanna ..cerita mengenai tushee yang hilang dara akibat tergoda denga gula gula lolipop....harus cerita itu bertanding dalam filem keluarga 69 yer...

tiba tiba akak rasa haus, so pi lah buka kotak air soya, rupa rupanya, perbuatan akak nie di perhatikan oleh kak nor dan akiko yang cuba mencari kesalahan akak supaya dapat mengadu kepada kak farah...yup..betul sangkaan akak, sebaik sahaja, ada air soya yang tertumpah, maka kedua dua nya mengadu pada kak farah..kak farah tidak cakap apa apa..hanya perlu menjeling sahaja..seperti lipas kudung akak pun mengambil kain buruk mengelap titisan air soya tersebut..ishhhh ...

tiba tiba kami nak pi main boling pada keesokkan harinya, maka format pertandingan miss universe di ubah, dari individu di tukar kepada kumpulan atau pun double...so kami mencabut undi bagi menentukan kumpulan masing masing. pada awalnya kumpulan boling adalah seperti berikut, kak farah dengan kak rihanna( tak jadi sebab rihanna tak datang masa pertandingan digantikan dengan akiko)...hans berpasangan dengan wan sarawak ( kekal sebab mereka beri komitmen), akak berpasangan dengan tushee( kekal jugak), kak nor berpasangan dengan firdee( pun kekal jugak) amy akan berganding dengan hamie( kekal yer) dan aleem akan berpasangan dengan akiko ( tak kekal sebab aleem keracunan makanan ..cayer kah ?)

akhirnya semua orang beransur pulang...akak pun dengan akiko balik ke bts dalam pukul 3 30 pagi , firdee yang hantar dan ditemani oleh wan.....terima kasih lumayan yang selama ini menjadi port adik beradik 69 bertandang makan...buka puasa pun lumayan, mendobi pun lumayan, mana mana besday pun buat kat lumayan....bayangkan tanpa lumayan..siapalah kita kan ...sob sob sob......apa apa pun pada kak long janganlah garang sangat takut arrrrrr..kalau ada yang tertinggal dalam cerita ini, maaflah akak tak boleh semuanya secara terperinci...nanti dah jadi novel lah pulak kan.......

suka lagu nie ........


akak suka lagu nie...lady gaga.....


Cherry cherry

Boom boom

Gaga

Boy we've had a real good time

And i wish you the bestOn your way, eh eh

I didn't mean to hurt you

I never thought we'd fall

Out of place, eh eh

I have something that i love long long

But my friends keepa' tellin' me

That something's wrong

Then i met someone

And eh, there's nothing else i can say

Eh eh, eh eh

There's nothing else i can say

Eh eh, eh eh

I wish he never looked at me that way

Eh eh, eh eh

There's nothing else i can say

Eh eh, eh eh
Not that i don't care about you


Just that things got so compliqué

Eh eh
I met somebody cute and funny

Got each other and that's funny

Eh eh
I have something that i love long long

But my friends keepa' tellin' me

That something's wrong

Then i met someone

And eh, there's nothing else i can say
Eh eh, eh eh


There's nothing else i can say

Eh eh, eh eh

I wish he never looked at me that way

Eh eh, eh eh

There's nothing else i can say

Eh eh, eh eh

I have something that i love long long

But my friends keepa' tellin' me

That something's wrong

Then i met someone

And eh, there's nothing else i can say

Eh eh, eh eh

There's nothing else i can say

Eh eh, eh eh

I wish he never looked at me that way

Eh eh, eh eh

There's nothing else i can say

Eh eh, eh eh
Eh eh, cherry cherry, boom boom
Eh eh, eh eh

Oh, yeah

All i can say is eh eh

boling piala dunia katanya


akum semua...hai ...kembali kita bersiaran lagi dalam blog akak yang tidak lah seglamer blog mr firdee dan jugak blog primadona kita yer..eh napa akak cakap cam tu ..ye lah nyah..akak sentap sangat bila kak nor mengumumkan blog akak jatuh di tempat yang ke 3....tempat pertama jatuh pada blog mr firdee yang penuh dengan gambar yang menarik serta penggunaan bahasa yang sangat santai...tempat ke 2 jatuh pada blog kak donna yang penuh dengan gambar dia ajer...seksi pulak tu...terus akak rasa macam ada ketumbit kat mata akak nie yer..opss nie lahar ke apa nie? sangat panjang intro akak kali nie yer...


oklah sekarang nie jam menunjukkan pukul 2 09 minit pagi yer..akak tak leh tido, terus akak gigih ke cyber cafe di pandanjaya nie..hah seronok gak pergi time macam nie sebab tak der ramai orang..kalau pi petang atau malam omak aiiii.....penuh dengan budak budak atau lebih dikenali anak anak ikan di pandanjaya..belum lagi gaguxion yang gigih mengonline mencari jantan lain jugak..nie sebelah akak nie ada gagu yang sangat gigih chatting yer( sambil mengerling ke sebelah...manalah tahu dia terbaca pulak apa yang tulis kat skrin nie...)


pergh akak nie ....melalut pulak kan...dah tengok tajuk entry akak kali ini ? yer kali ini kami adik beradik keluarga 69 telah menganjurkan pertandingan boling piala dunia yang berlangsung di ampang point. Idea nie timbul semasa rumah terbuka kak long dan kak teh di lumayan. awal awal lagi kami telah memberikan kumpulan kepada para peserta iaitu pada asalnya ada 12 orang...tapi biasalah kan.....dari 12 tinggal 10 sahaja pada hari pertandingan tersebut...itu pun adik beradik sedarah sedaging 69 serta suami dan "kawan" katanya..nie akak tak berani nak komen....takut kena lahar pulak nanti kan...


pertandingan kali ini agak berlainan yer.... sebab kami diberikan pasangan masing masing mengikut undian secara rawak...jadi keberangkalian untuk mendapat team yang kuat adalah 50 50...namun diingatkan semua adik beradik 69 nie semua tere tere main boling dah yer....jangan ingat kami nie gadis gadis 3 atau 4 bintang yer..semuanya dah 5 star yer...opsss..tetiba akak emo pulak kan..oklah kita teruskan pada entry yang akak nak ceritakan ini...namun sebelum itu akak meminta maaf sebab mungkin akak tak dapat masukkan markah sebab akak terlupa nak bawak kertas keputusan tersebut..maafkan akak yer...


oklah mari kita lihat dan analisa team team yang bertanding dalam pertandingan piala dunia kali ini ..namun konsep miss tetap diterapkan supaya kami semua boleh pose pose manja di lane boling...tetap ada konsep miss universe jugak lah kan....


ok team yang pertama ialah team kawai ( team kak farah dan akiko)


ulasan: omak aiiii bila akak tengok mereka berdua digabungkan akak dah mula seriau yer..apa tak nya akiko pernah memegang crown sebanyak 2 kali dalam pertandingan miss universe yang dianjurkan semasa bulan ramadhan yer..akak farah pulak siapa yang tak kenal? pernah merampas crown tersebut dari negara colombia ..jadi team ini amat ditakuti oleh akak yer...balingan padu yang akiko lontarkan sudah cukup membuatkan akak senantiasa memandang ke arah jatuhan pin...ketepatan kak farah membaling ke pocket jugak amat merisaukan akak yer..akak bukan nak bodek diaorang tapi team nie agak kuat dan seimbang....dua dua pernah menumpaskan akak dengan mudah dulu....tapi dan akhirnya team ini di tempat yang kedua setelah cuba mengalahkan team yang menjadi juara yer.....kak farah dapat top 3 dalam individu


team chantique ( maaf kalau salah eja pulak yer) kak nor dan firdee


wowowowow...team yamng paling ceria sekali..setiap kali membuat lontaran pasti mereka akan menjerit nama team mereka....fui yoo sehinggakan menarik perhatian para pemain yang berada di lane yang lain..terutama kak nor telah menjadi perhatian ramai semasa berlangsung pertandingan boling piala dunia nie yer.....team ini agak seimbang jugak dari segi kekuatan yer..apa taknya sebab kak nor selalu jugak dapat top 5 dalam siri pertandingan miss universe yang dianjurkan...jangan di perkecilkan kebolehan firdee yer...dia merupakan peserta yang mendapat 4 strike berturut turut yer,,pergh hebat skals.....team nie memang sangat seronok kalau akak tengok....happy dan ceria selalu setiap kali membuat lontaran yer.....tapi malam tu kak nor tak menjadi sangat mungkin gangguan dari jantan jantan yang memandang ke arah yer..namun malam itu, team ini telah membelanja peserta lain makan semasa pertandingan berjalan.......ada maksud tu..team ini mendapat tempat yang ke empat...tak per....firdee dalam top 5 dalam individu


team manjam ( hans dan wan sarawak * bukan wan jolobu yer)


pergh team nie hebat yer..team team uia yer..berbekal kan semangat UIA nyer, team ini cuba bersaing dengan team akak akak katanya..dianggotai oleh hans dan juga wan....siapa wan tu? wan tu kawan firdee.....lah...iyer..lah mereka kawan lah.. firdee yang bagitau kita tau....oklah akak tak mahu ulas sebab entry nie pasal boling bukan hubungan mereka kan...so kita tunggu ajer entry pasal diaorang ...giteww kan...oklah team nie boleh tahan lah ..lagi pun mereka berdua nie jarang skals bermain boling..tapi hans sekarang nie dah tere tul lah....balingan nya kuat dan tepat pada pocket..kalau kena pocket pasti strike lah..wan pun apa kurangnya...hebat kan...tapi wan hebat masa games yang yang ke empat iaitu games yang terakhir....tak sempat nak kejar markah akak akak yang lain yer...team ni berada di tempat yang terakhir iaitu tempat yang kelima..tak per uolssss..nanti kalau ada pasti uols leh johan kannnnnnn


team black rose ( maria dan juga tushee)


team ini merupakan team yang menjadi johan pada malam tersebut...team ini agak seimbang dari segi kekuatan mereka..sebab saling back up antara satu sama lain...kalau sorang nie teruk sorang nie lagi akan buat yang terbaik.....akak dah dua kali team dengan tushee nie.. pada awal games yang pertama tumpuan tushee agak terganggu setelah menerima satu panggilan ..entah lah mungkin abang dubai tak dapat turun ke malaysia kah..atau abang maybank dah tukar kerja di bank lain kah...akak tak tahu lah .....oklah jugak tushee nie pun tere jugak ..menjadi pada malam itu....dan team ini sangat kompetatif sekali..asyik tengok markah team team lain sambil menganalisa kekuatan dan kelemahan team lain....kak maria iaitu akak bukan sahaja menang dalam team , malahan akak juga peserta yang paling tinggi dan layak membawa pulang trofi miss universe yang disumbangkan oleh amy yer..pergh ....hah.... para pembaca ..jangan tak tahu ..kami dah ada trofi..so meh lah join yer.....team nie telah mendapat markah yang paling tinggi iaitu 300 lebih dalam 2 games..hanya games yang ke 3 di tempat ke 2 ...games 1, 2 dan 4 masih lagi unggul di depan yer...terima kasih pada tushee yang bermain dengan baik skals pada malam itteww yer.....


team gayshah ( amy dan hamikeo)


team ini yang sangat sangat sangat sangat kuat bersaing sekali..bayangkan pada games yang pertama mereka telah ketinggalan di belakang sekali pada frame yang pertama dan frame yang ke 4 namun bangkit pada frame yang ke 5 sehingga ke 10 sehinggakan dapat memotong team team lain..itulah semangat yang ditunjukkan oleh player dalam team ini..yelah dua dua muka macam cina ...mata sepet..putih melepak..maka semangat juang pun macam peserta negara china yang bertanding di sukan olimpik sahaja layaknya.....team nie sangat hebat...hanya malam itu amy tidak menjadi...tidak menunjukkan potensi yang sebenar sebab dia pernah mendapat tempat ke 2 dibelakang akiko semasa pertandingan miss universe berlangsung..hamieko pernah mancatat markah 199 dapat satu pertandingan miss universe kan.....team ini telah cuba sedaya upaya untuk bersaing dengan team kawai ..namun gagal..hanya di tempat yang ke 3 kali ini...


apa apa pun kemenangan bukanlah yang kita cari tapi semangat kesukanan dan kekitaan adik beradik tu yang paling penting kan....yang penting kita happy .....bergembira bersama ..itu yang penting..kalah dah menang bukan perkara utama....dapat berkumpul dengan adik beradik sambil lahar melahar.... bergurau senda itu lah dah cukup daaaa..oklah jumpa lagi di edisi boling miss universe yang akan menjelang...entah lah bila lah tu menjelang nya katanya......trofi masih lagi di colombia.....muahhhhh

nama ku .......


hai uols...kembali semula kita bersiaran di blog akak yang tak seglamer blog primadona kita iaitu kak donna atau lebih dikenali sebagai rihanna yer...oklah kali ini akak nak cerita tentang nama akak pulak yer....

oklah , semasa kita di sekolah rendah. pasti guru kita pernah bertanya mengenai cita cita kita apabila kita dah besar nanti...bukan? biasanya bagi budak budak lelaki mereka akan memilih nak jadi askar lah, nak jadi polis lah atau pun guru..manakala budak chekki pulak nak jadi guru lah, doktor lah ...maka jarang kita dengar nak jadi peguam ker...akauntan ker amat jarang sekali...tak pun nak jadi penyanyi seperti bintang bintang realiti tibi kan....

ada jugak kalau budak budak zaman siber nie, kalau kita tanya nak jadi apa besar nanti, ada yang menjawab nak jadi perdana menteri lah, nak jadi jutawan, nak jadi profesor dan macam macam lagi yang mana kita tidak pernah terlintas 20 tahun yang lalu ...gitteww kan.....

oklah macam akak, dulu memang nak jadi askar ( tolong jangan gelak yer) yelah masa tu manalah tahu sangat...bila tengok ayah jadi askar, akak pun nak jadi askar jugak..katanya.....tapi akak masa tu tak tahu pulak akak dah mula catwalk sebatu bila masuk darjah 3 yer.....apabila dah matang sikit, akak ubah pulak cita cita nak jadi peguam pulak sebab akak selalu masuk debate kat sekolah dulu...

malangnya apabila result spm keluar, pergh hampeh apabila sejarah dapat c6 maka leburlah harapan nak jadi peguam tu...so terpaksa lah mencari cita cita lain...sekarang...akak menjadi seorang cikgu pulak...sebenarnya memang tak terlintas nak jadi seorang pendidik bangsa nie ..namun semuanya bermula pada tahun 2000 apabila akak menganggur...

tinggal di rumah kakak tanpa kerja amat memeningkan kepala sehingga akak menerima tawaran mengajar di sekolah rendah di belakang jaya jusco ....dari tahun 2000 sehingga 2004 sebagai guru sandaran tidak terlatih..jadi panggilan di sekolah ialah CIKGU ....murid murid akan memanggil kita dengan panggilan yang paling mudah iaitu CIKGU..mana mana pun, kita akan di panggil dengan panggilan tersebut ...CIKGU.....CIKGU......

bila parents datang ke sekolah puin, akak memanggil kita dengan nama CIKGU juga....dengan kata lain kita dah tak boleh lari dengan nama tersebut.....lainlah ada yang juga panggil kita CIKGU rizal ..namun itu amat jarang sekali sebab semua orang panggil kita CIKGU...

kemudian akak mengambil keputusan untuk mengajar tuisyen rumah ke rumah pulak, lagilah kita akan di panggil CIKGU lagi oleh parents tuisiyen.....erm entah lah kenapa kan....nama kalau orang yang kerja lain, tak dipanggil nama kerja nya sebagai nama ganti kepada dirinya...contoh nya katakan seseorang tu kerja kerani,,nama tak panggil dia dengan nama KERANI kan?

sehingga lah sekarang...kawan kawan dan jugak adik beradik 69 akan memanggil akak dengan nama CIKGU..kalau pergi makan kat kedai jaya tomyam ker , para pekerja pun akan panggil akak dengan nama CIKGU....sebagai cohtoh......" Cikgu..nak order apa yer.....?" hah begitu kuat impak nama CIKGU nie dalam kehidupan akak..

mula mula rasa malu gak, bila orang tengok kita apabila kita dipanggil CIKGU apatah lagi kalau ada apis pandanjaya tu...dari jauh " eh CIKGU ....apa khabar? mana suami ?" hah kau tak pengsan ker...dah lah CIKGU...lelaki lembut pulak..ada suami katanya..pendidik bangsa kah ittewww? memang susah jugak bila kita nie CIKGU sebab orang tengok kita mesti akan menilai kita jugak kan....

gambaran dalam minda mereka ialah kalau CIKGU mestilah seoarang yang berfikiran matang...berpakaian kemas....pakai seluar slack ....baju kemeja masuk dalam.....bawak beg dan seorang yang suka bergaul...ceh.....tak larat lah macam tu...nie zaman siber...CIKGU dah mula vogue katanya....

syuhada pernah cakap dengan cikgu...nama CIKGu nie siapa? nama saya ialah Muhamad CIKGU bin ismail.....itulah sebab orang panggil saya CIKGU ..hahahaha kelas kan kalau nama sebenar saya muhamad cikgu kan?

mana mana pergi pun , mesti orang panggil kita CIKGU..semalam pun masa open house kat rumah lumayan..adik beradik pun panggil akak CIKGU..jadi bagi tetamu yang tak kenal akak..dah mula kenal akak dengan panggilan CIKGU yer....

akak tulis entry nie bukan tak suka dengan panggilan CIKGU ..bukan macam tu..sebenarnya tak kisah lah..lain pulak kalau orang panggil kita dengan nama lain pulak..walaupuan ada yang panggil dengan nama kak maria ker.....nama lebih sinonim dengan CIKGU yer.....oklah uols ..sekarang dah pukul 6 15 petang...so nak siap siap nak ke boling.....jumpa di entry akan datang,,,,,salam lebaran....muah

eppy besday kak teh


akum semua.....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak disini sihat sahaja...nie baru lepas mandi....nak pi main boling katanya...sempena raya......

so dalam entry kali ini akak ingin mengucapkan selamat hari lahir atau dalam bahasa omputeh happy birthday kepada mr firdee atau gelaran dalam adik beradik 69 iaitu kak teh yang ke berapa yer....? itu akak tak mahu tulis..u ols tanya sendiri pada empunya diri ok...

apa apa pun kami semua mendoakan agar mr firdee sihat, ceria, dimurahkan rezeki dan juga di panjangkan umur..senantiasa sukses dengan apa sahaja yang dilakukan...senantiasa eppy dan apa apa lagi lah...tak tahu nak tulis apa lagi....

nanti akak tulis entry tentang sambutan raya keluarga 69 dan juga sambutan hari lahir mr firdee yang berlangsung semalam....tak pun akak percaya semua blog adik beradik pasti tulis benda yang sama kan? mana mana yang tulis dulu....its ok.....

seloka 69 ( idea dari kak su )

seloka 69

kak fara gelaran diberi
suaranya runcing merdu sekali
pelajar uia suami mithali
manaplah orangnya yang bijak bistari

7 lapisan revlon disapu,
untuk menambah kecantikkan diri
gelaran di panggil hanyalah cekgu
dialah kak engah yang kami cintai'

rambut str8 tambah menawan
kenyet sekali sume jantan tetawan
dialah kak nor yang rupawan
confident pompuan yg cantek jelitawan

firdilyna casandra nama diberi
statsnya janda tp ttp menawan
bkan je cantek tp berseri2
dia ni plak bahaya kalu jadi lawan

akiko sunade kakak ku yang sopan
canteknya ia tiada terperi
penah menang miss wakil negara jepon
hasil sokongan padu yg kitaowang bagi

fatimah wong kami gelarkan
hamiko nama di i/c
kalu ngepose mate aje dgunakan
heidi or tyra habis cbut lari

amnatushima nama sandaran
bibir yang mungel bontot yang mantap
ramai abg2 nk hantar rombongan
sumenya dtolak kami pun x tau sbb

itulah seloka yang hasil nukilan amy iaitu kak su yer...

kisah raya ke empat

salam semua....apa khabar? so macam mana dengan raya yang ke empat nie kan? oklah akak disini sihat sahaja.....sekarang nie kami kat rumah lumayan...hah sapa lagi kat sini? oklah yang ada kat lumayan ? ok ada kak nor , hans dan jugak kasandra yer...oklah so macam mana leh berkumpul yer....
oklah begini dalam pukul 4 55 petang, telefon akak berbunyi ..sms masuk ...mula mula tak layan sangat sebab sangat mengantuk lah....so akak tidor balik, tapi dalam pukul 6 petang , terdengar lagi lagu menandakan sms masuk lagi...sms yang berbunyi " malam nie kita makan together...i tahu u ada kat mlaysia!" tak tahu lah macam mana kasandra tahu akak dah balik ke pandanjaya....
so terus akak terus talipon kasandra...eheheh.....dia ajak makan sama...akak pulak minta jasa baik kasandra untuk mendobi kat lumayan lah...kasandra kata ok sahaja.......so dalam pukul 6 lebih nanti kasandra akan ambik akak di pandanjaya yer....so akak terus sahaja mandi..siap siap dan kemas rumah...
dalam pukul 8 30 petang, kasandra minta akak bersedia, sebab lagi 10 minit dia akan sampai....so akak pun siapkan beg yang besar, sabun cuci dan jugak pewangi yer...gitteww kan..so sampai sahaja kasandra, terus kami bertegur sapa...meriah skals dalam kereta....terus akak contact pulak kak nor...
masa tu kak nor macam tak percaya yang akak dan kasandra dalam satu kereta, dari hujung talian terdengar suara gembira kak nor yer....so akak minta kak nor bersiap siap yer..so kasandra dan akak terus ke rumah kak nor pulak...sampai sahaja di sana, akak terus pulak contact hans, suami kak long.....hans pun sama terkejut apabila kami bertiga ada dalam satu kereta...dan kami bertiga bertolak pulak ke lumayan .....
macam macam cerita dalam kereta...memang sangat seronok sekali ...bergelak ketawa kami bertiga..macam macam cerita raya yang kami bualkan..kak nor lah sangat happy bila kami balik..yelah kak nor pun tak balik raya....so kami bertolak ke lumayan..sampai sahaja di lumayan, hans dah tunggu kat bawah ...bagus lah...
hah apalagi, bila 4 orang dalam satu kereta....so sambung lagi gelak ketawa...kami cadang nak makan di Q bistro...aiyooo....ramai sangat orang pulak..so kami carik port lain. akak mencadangkan pada mereka makan kat taman tenaga yer...sekali lagi kami hampa ..penuh pulak....kami semua cadang nak pi Q bistro....erm dah pening pulak dah...
kami terus ke ampang point ...nak makan kat studio 5 ...tiba tiba kak nor namapk satu tempat makan iaitu restoran rasa nyonya penang...harap harap tak tutup lagi....alhamdulillah...tak tutup lagi..so kami ambik port...duduk ..dan mulakan order...aku order mi kari, dan teh o ais limau...yang lain order makanan masing masing.....
sambung lagi berbual, sekali lagi topik pada sambutan hari lahir kasandra pada 27 haribulan nanti, pasal percintaan, dan macam macam lagi....masing masing gembira bercerita, dan yang penting semasa kami sedang berbual, ada satu family duduk di balakang meja kami, dok dengar cerita kami...menurut kak nor, keluarga tu mendengar topik perbualan kami..motif mendengar...
kemudian dalam pukul 11 keatas, kak mengajak mereka balik sebab nak mendobi, apatah lagi kasandra nak kerja keesokkan hari......so kami bertolak ke lumayan, sempat singgah kat kawasan Q bistro, singgah di kedai 24 jam iaitu kedai KK ...beli makanan dan juga sabun membasuh untuk akak yer...
kami sampai sahaja di lumayan, akak minta kasandra bawak kuih raya..teringin sangat nak makan kuih raya iaitu kuih tat nanas...kepada adik beradik yang membaca blog nie, yang masih lagi di kampung sila bawa kuih raya iaitu kuih tat nanas yer sebab akak teringin nak makan...nasib baik jugak ada kuih tat nanas yang sedap.....
terus kak teh atau kasandra menolong akak membasuh baju akak...mekasih kak teh..manakala kak nor tengah tgk tibi dengan hans....akak pulak taip blog ......apa apa pun rasa happy bila jumpa adik beradik 69 nie....yang lain bila nak balik ek? rindu uolssss...muah...entry nie tak der per per..saje nak tulis ajer.....

hari raya pertama


akum semua...kembali kita bersiaran di dalam blog akak yang tidak lah semeriah dan sevogue blog kak teh atau lebih dikenali sebagai kasandra ataupun mr firde...oh ye ...sekarang nie dah raya yang ke 3, so apa aktiviti uols semua? meriah kah raya lagi? akak sekarang nie barulah boleh meng online di kampung sebab kakak dah balik kampung sambil membawa lap top nya ...so tengah tengah tak der kerja nie, so online lah jap


terus akak ke blog adik beradik...yup sampai sahaja di blog mr firdee..memang akak ketawa sensorang..wah hebat sekali blog mr firdee sekarang nie..dihiasi dengan gambar gambar yang cantik dan menarik serta penggunaan bahasa yang santai dan kelakar..sukerrrrr sangatt baca blog mr firdee sekarang nie...tahniah uolsss....kelakarina ( dah past tense yer...tak begitu manap)


oklah sekarang akak nak cerita pengalaman hari raya akak yer..mungkin lah entry ini sangat panjang dan kalau membosankan...tak payah lah baca.....kalau rajin baca..bacalah uols.....nanti ada kuiz di hujung rancangan nanti yer...oklah akak nak mulakan cerita akak nie di hari raya yang pertama ok tak?


hari raya pertama 20 sept 2009


akak bangun dalam pukul 7 00 pagi ..itu pun setelah ayah dah mula bising yer...rasa mata akak nie macam di gam dengan gam gajah yer...ala ala gam UHU gitteww.mana taknya uols, semalam adik akak janji nak balik kampung dalam pukul 12 00 malam, akak pun pose pose lah tunggu dia...tup tup kul 3 pagi baru sampai kat umah pandanjaya...akak pun bawa buffy sekali raya di batu kikir...boleh lah buffy menyedut udara yang segar di batu kikir yer....nabile pulak bawak arnab yang akak berikan padanya...ada 2 ekor haiwan yang akan beraya di kampung yer...penuh lah tempat duduk belakang kereta adik akak dengan haiwan ....


so kami sampai di kampung dalam pukul 5 00 pagi...perjalanan 2 jam sahaja...jalan pun tak jam...sampai sahaja kampung, kami lihat macam tak der apa apa pun persiapan...tak paham...nie raya ker apa....langsir tak berganti pun...rumah tak kemas pun....hanya nampak lampu lip lap lip lap sahaja yang ber lip lap di luar rumah....tapi malas nak pikir sebab kami semua memang sangat penat....ayah dan mak tersenyum bila nampak kami balik ..yang penting ada bawak 2 ekor haiwan sekali yer...pening lah kepala mak aku tengok ada 2 ekor haiwan


dalam pukul 5 30 pagi akak dan adik klang akak atau lebih dikenali sebagai aboy nie mula tido. nabiela sibuk bermain dengan buffy sebab nabiela terkesima dengan kevoguean si buffy...si buffy pulak macam huru hara ajer akak tengok ..mungkin pertama kali menjejakkan kakinya di kampung....kul 7 pagi dah kena kejut...dan masa tu lah mak dan ayah suruh kami berdua pasang langsir lah , isi kuih kat balang lah ..dan macam macam lagi .memandangkan raya tahun nie adik beradik lain tak dapat cuti serentak , maka kami berdua bersama dengan nabiela akan berjuang untuk melayan tetamu yang datang......dah ayah dan mak beritahu, raya tahun nie kami akan balik seremban lewat sikit..mungkin raya ke 4 kot....


awal awal lagi mak dan ayah bagitau, tahun nie kami tidak akan pergi ke mana mana sehingga raya ke 3...uiiii...nie raya ker apa nie..akak dah mula sentap..terpaksa lah akak dan adik akak menjadi oshin di rumah nanti....mak dan ayah bagitau, saudara masa akan datang dan senang nak beri kat jemputan kahwin aboy nanti...wah kelas kan.....dalam keadaan yang ting tong itteww...akak mencadangkan supaya mak dan ayah sewa jer satu van, pastu biar akak kepitkan sore akak beritahu satu kampung yang adik akak nak kahwin, tak payah nak tunggu kat rumah..namun cadangan akak hanya mendapat jelingan tajam dari ayah yer...gulpppp...


dalam pukul 8 pagi lebih akak menerima banyak sms dari adik beradik keluarga 69 yang tercinta, kak teh bagitau yang dia sedang bersiap siap nak pi sembahyang raya..akak minta dia hantar kan pic mms kepada akak ..nak tengok dia pakai baju melayu tu..mestilah handsome..kak teh bagitau tak der sapa nak ambik gambar dia...tak perlah...akak paham...ada jugak adik beradik yang lain, kak rihanna, daylan, hamieko, kak nor, hans, kak farah dan amy...motif si amnatussshima tak sms akak...akak tahulah kau cantik shima....kau memang dah pegang kawasan pandan jaya....tapi takkan tak leh balas sms kak ngah kau.....sob sob sedih tau.....kak su buat macam tu.....


akak pun pi sembahyang raya dengan aboy dan ayah, nabiela pulak tinggal dengan neneknya di rumah sambil menjaga buffy dan cik nab nya...akak rasa macam tak sah ajer sembahyang sebab lepas akak ambik wuduk, terus akak sapu revlon 14 petala di muka akak..so akak nak tanya lah pada para pembaca...sah ker kalau kita sembahyang dengan revlon 14 petala di muka..kalis air katanya...dengan muka yang gomak akak melangkah ke surau...gitewww lantak lah malas nak layan dah...gomak pun gomak lah......


lepas sembahyang ayah suruh kami pi kubur, ayah tak larat sebab sakit pinggang..sian pulak kat ayah..yelah ada sakit kencing manis dan darah tinggi kan...buah pinggang pun macam tak stabil ajer..so kami berdua pun pi lah kubur..tiba tiba rasa insaf bila sampai di kubur nyer...sekejap lah tu insaf nya kan..pastu ..bila dah ku kik ku kik dengan adik beradik...terus lupa keinsafan ittew...so semua dah setel kami pun balik kat rumah


hah dari jauh ...ternampak deretan kereta kat halam rumah ..omak aiii deretan keta katanya..tak der lah dalam 4 buah kereta di halaman rupanya...diaorang nie ada dapat kad jemputan raya kah..awal awal dah sampai...tak paham akak..diaorang nie tak pi sembahyang raya kah? tak pi kubur kah? panas jugak hati akak masa tu..tapi buat muka muka ceria....salam semua tetamu..entah mana satu lah anak pak lang lah..anak pak ngah lah..saudara pahang lah...saudara juaseh lah..ontah..den pakai salam ajer lah....sempat akak mengambil gambar tetamu yang datang dan meng mms gambar tersebut kepada adik beradik yang lain yer......


memang ramai raya yang pertama...emak dan ayah pulak sibuk dengan promote adik aboy nak kahwin katanya...nie bab yang paling aku takut...bila diaorang tahu aboy nak kahwin semua mata tertumpu pada ku..sedang aku sibuk membuat air sirap ...ada mulut mulut yang tak der insuran bertanyakan bila pulak aku nak kahwin..siap kasi nasihat tu..wah wah suka ati aku lah bila nak kahwin ...sebab terlalu geram aku sempat meng sms adik beradik yang lain...mengadu...ramai jugak yang balas sms tersebut ...ada yang kasi semangat...ada jugak yang suruh melahar semula kan......tak begitu en manap.....


kalau nak ikutkan hati mau ajer aku mengaku aku nie suka lelaki...tapi karang pengsan pulak mak dan ayah aku dengar ..mesti kena pulau kami sekeluarga nanti, tak do pulak orang datang kenduri adik aku nanti pulak kan........sian pulak....bak kata akiko...." alah uols...tunjuk ajer gambar jantan jantan dalam phone u kat diaorang....." kelas sangat dengan nasihat yang akiko berikan....akak membalas" yup...rasanya macam nak tunjuk ajer..pastu minta dia orang pilihkan yang mana satu kan....." hehehehhehe


untuk menggelakkkan lagi pertanyaan demi pertanyaan, akak mengajak nabiela menolong akak membasuh pinggan mangkuk di belakang rumah...yes..itu sahaja yang boleh aku buat untuk melarikan diri ..malas nak jawab pertanyaan yang menggores jiwa gittewwkan..so aku sempat mengambil gambar aku membasuh pinggan mangkuk dengan nabiela ...sekali lagi aku menghantar gambar mms kepada adik beradik...motif sangat kan aku nie ...ambik gambar pastu kasi kat adik beradik yer.....banyak jugak yang kami kena basuh....tapi nabiela nie sangat rajin tau.....


dalam pukul 3 petang kawan aku dari melaka datang ke kampung ...yay happy lah aku masa tu..tak sangka pulak dia boleh datang sebab kan, ingat dia tak dapat datang..tapi dia rasa macam bosan sahaja kat melaka, sebab mak dia pergi perak, so dia datang singgah kat umah aku..tapi dia macam penat. mak dan ayah pun dah kenal dia pun , jadi tak kisah kalau dia datang, ayah lah yang paling happy bila dia datang..dia pun makan...dan berehat sekejap kat bilik aku.....


orang semakin ramai datang....seperti dah ada kad jemputan suruh datang beraya..aku dan aboy pun macam dah penat...dah lah tak tido cukup. pastu kena buat kerja....tetamu datang pulak tak reti reti nak ke rumah lain..lepak lama katanya.....tak perlah raya lepas aku basuh pinggan , aku terpaksa menolong aboy di ruang tamu....raya kali ini saudara mara dari sumatera indonesia pun datang jugak..memang sorang pun aku tak kenal ...ada yang muka macam indon betul.... ada yang ok jugak lah..ada yang dah kerja di malaysia.....oh baru aku ingat, arwah datuk memang asal dari sumatera indon....inilah kali pertama aku dapat berjumpa dengan dorang...


jam dah menunjukkkan pukul 4 petang.....masa tu dah ada tetamu yang beransur..aku dan aboy lega juga...boleh lah kami rehat..mak dan ayah sibuk menyuruh kami memasukkan kuih ke dalam balang yang kosong...aku dapati kuih raya dah semakin sedikit...aku beritahu pada aboy, dan aboy beritahu, kalau tak cukup nanti kami semua akan pergi ke bahau untuk membeli kuih raya.....kawan ku pun dah bagun jugak. dia dapat tido 1 jam pun dah ok...dia dan nabiela sibuk melipat kad kahwin aboy...bergabung tenaga katanya.....


kami terlelap sekejap, dalam pukul 5 30 petang, datang pulak saudara mara belah ayah pulak, kami semua terbangun, ada seorang budak tu macam takut takut nak salam dengan aku..motif kau takut..kau tah ker aku nie suka jantah kan? lah patut lah uols, rupanya dia nampak bintik bintik hitam kat muka aku...revlon 14 petala dah habis kuasa...seperti otromen habis power...aku malas nak oles lagi..aku dah nekad, biarlah muka aku macam nie..malas lah uolsss..bukannya aku nak kuar mana mana pun....sekali lagi isu aku tak kahwin menjadi perbualan jugak, ada sorang uncle aku tu, siap panggil aku duduk depan dia dan tanya aku...sambil diperhatikan oleh tetamu yang lain..apa kau hengat ni rancangan nona kah..atau bersama mu tibi 3 kah..kelas kau kan jadi pengacara..masa dia tanya akak tu, akak rasa macam nak silang kaki seperti adik beradik 69 lakukan.....akak silang ajer..sambil pose pos menjawab soalan uncle akak...kawan akak jugak pun busy melayan tetamu yang datang...dan ada jugak yang heran dengan kedatangan kawan nie, tetamu ingat , dia nie anak angkat keluarga kami.....


aku dah kasi pelbagai alasan untuk menyelamat kan diri ku....ada jugak makcik makcik yang offer anak pompuan dia kat aku..apa kau hengat aku nie tak leh cari awek kah...weiiii..no hal lah nak mengurat awek, walaupun aku ni jalan lenggok sebatu pun dah nampak, boleh ajer ngurat awek nie...( cayer kah ) dan tetamu pun berlalu pergi...lega lah sikit...nabiela pulak sibuk nak pasang pelita kat halaman rumah..aku pun pergilah pasang pelita..cantik pulak.....so aboy dan kawan pun pergi sembahyang dulu....aku pulak pose pose pasang pelita.....kami bercadang nak pi beli kuih raya kat pekan bahau ...


selepas aboy sembahyang..kami bertiga pi beli kuih raya lagi, nabiela pun ikut sama jugak....jenuh jugak carik kuih raya nie....tiba tiba dapat panggilan dari kek teh ...yay...kak teh bagitau yang dia nak ke kl...dia tak tido kat kampung nyer kat perak...kelas kak teh kan..biasalah ,...dia bukan mengada ngada..memang perangai dia macam tu...kalau dia tak selesa...dia takkan pergi...memang dia macam tu..kalau dia tak nak...memang dia tak nak lah..jangan lah paksa paksa.....


kami hanya dapat 5 jenis sahaja kuih raya...rasanya dah cukup kot, kami balik ke rumah...lah ada lagi ke orang datang...yup ada ...ada 2 buah kereta...bila masuk aku bersalam dengan tetamu dan pose pose keluarkan kuih yang di beli tadi .....mak dan ayah pun cerita lah pasal aboy nak kahwin, sian pulak kat mereka, setiap kali orang datang, mesti ayah dan mak cerita benda yang sama.....baik mak dan ayah rakam ajer kat kaset, pastu bila oarang datang, kita putarkan sahaja...tak payah cakap berulang ulang kan......


aku malas nak layan kalau orang tanya pasal kahwin nie kan..so aku pun buat buat busy tengok tibi ajer...entah apa apa lah cerita raya nie kan..tiba tiba ada saudara aku suruh bukak channel sport, ada MU lawan malam nie..so aku teringat si dia yang minat dengan pasukan MU ...terus aku mendail nombor..yup ..dia pun tengah tengok bola katanya...erm MU menang...4-3 ..kalahkan MC ....terdengar sore yang ceria di hujung talian...hilang sikit rindu ku padanya.....giteww tetap memondan katanya......


dalam pukul 10 malam nanti aku nak ke melaka sekejap..pi beraya umah kawan.....lagipun kawan aku dah sampai kat rumah aku pada petang raya tu..dia pun banyak jugak menolong aku semasa aku melayan para tetamu..mak dan ayah kata ok, tapi kena balik esok jugak ..aku tak kisah, lagi pun dari kampung ke melaka bukan jauh sangat lah.....


itu sahaja lah yang aku nak cerita pasal hari raya pertama yer...bosan kah cerita akak nie...tak tak per..nanti akak cerita pukla pasal raya k 2 dan ke 3 nanti yer..itu pun kalau rajin lah kan...nak update..oklah nak pi makan dah nie...lapura laupun......dah kurang sikit orang datang raya ke 3 nie.....leh lah rehat sikit kan..teringat kat adik beradik yang lain..apa lah yang diaorang buat sekarang kan?

memang giler


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..akak disini sihat sahaja...dan bergembira di samping orang yang tersayang....erm so macam mana dengan suasana di kampung sekarang uols? adakah uols semua sedang menggantungkan kain langsir..atau buat buat busy membakar lemang sambil memandang jejaka kampung yang berbadan kekar sedang mengacau dodol..apa apa pun perbuatan anda ...harap sanda semua selesa dan bergembira yer....


oklah akak nak cerita satu lagi pengalaman giler akak bersama dengan kak teh dan kak lang yer..begini selepas kami mencekik di rstoran rasa sayang, kami semua bersetuju untuk menghantar akiko pulang ke sarawak di lapangan terbang lcct ...so oleh kerana masa masih lagi panjang, so kami mengambil kepetusan untuk lepak sahaja di rumah akiko...kami patah semula ke bandar tasik selatan.....sampai sahaja di rumah akiko , kami teringat yang kami semua tidak membli air pulak..


so dengan gigihnya kami semua berpatah semula ke 7 eleven di bandar tasik selatan pulak, akak, kak nor dan juga akiko keluar ke 7 eleven, masa tu ada 2 orang bohsia yang sedang bertenggek di motosikal pakwe masing masing..kak nor membeli air epal 2 kotak, air nescafe dalam tin dan juga air coke untuk kami semua..selepas urusan jual beli berlangsung, kami semua patah semula ke rumah akiko......dalam perjalanan, kami ternampak pulak deertan buluh lemang di tepi jalan...kak nor terasa nak makan lemang pulak...


jadi akak, kasandra dan akiko pulak keluar untuk memilih lemang...bagaikan artis artis yang popular kami keluar dari kereta kasandra dan memilih lemang..kasandra yang pilih 2 batang lemang..masa kasandra pilih lemang tu, beberapa orang pemuda memandang ke arah kasandra..mungkin masa tu kasandra sangat seksi kot.....yelah cara dia memgang lemang pun macam sesuatu sahaja....kan kasandra kan?


kak nor pulak tak mahu turun sebab baju kak nor tidak sesuai dengan persekitaran pada masa tu..yelah kak nor sekarang nie dah vogue..pose pose dalam kereta sahaja..agaknya dia mesti sedang meng sms wan dari negeri sembilan tu kot..manalah tahu...selepas kasandra memilih lemang, kami pulak memilih rendang..alamak ..rendang pulak tinggal 2 bekas sahaja...kami on ajer..asalkan kami dapat makan ...dah kira ok dah tu kan.....


kami bertiga meminta abang tu membelah buluh lemang ..yelah kami semua manalah mampu membelah buluh lemang tukan..semuanya women sangat..sempat jugak akak membuat lawak lawak lucah dengan abang yang memotong buluh lemang tersebut....hik hik..gatai sungguh akak masa tu..kasandra dan akiko hanya mengeleng gelengkan kepala melihat akak bermaruah sangat zero yer...


selepas kami membayar harga lemang, so kami pun balik ke rumah akiko..akiko mula busy mengemas barang barang untuk di bawa ke sarawak..manakala akak pulak sibuk meminta kak nor membuka lap top nya untuk menulis entry...yelah alang alang tu akak taiplah entry kan..lagi pun dah lama tak taip entry nie kan...tiba tiba timbul semangat nie......


kak nor sibuk menyuruh akak makan lemang ..sedangkan pada masa tu akak sangat sibuk menaip entry ..rasa lemang tu biasa sahaja yer.....selepas akak menaip entry..kami berbual bual di sofa sahaja.....akiko sibuk main games di face book..kami bertiga sibuk berbual.....tiba tiba kak nor sedang mengonline dengan wan dan jugak semut merah iaitu amnatus shima yer.....kelakar jugak masa tu....kasandra pulak sibuk bermian boling di handset kak nor...jangan terperanjat yer..kasandra dapat markah yang paling tinggi....tapi tak save kat handset kak nor..itu handset ke kak nor? ontah lah ..akak nie tak pandai sangat barang barang yang canggih....


akak pulak baring baring di katil akiko...sambil berangan hangit membalas sms para peminat yang belum tido katanya..hehehe ..tiba tiba suasana di luar menjadi sepi...hanya terdengar dengkuran kak nor yang agak biadap cara tidonya...tadi nampak seperti wanita wanita yang kaya dan vogue...bila tido..pergh sangat biadap posisi nya yer....nasib baik kak long tak der..kalau ada kak long mesti dah kena tegur kan..sebab sangat biadap ....gurau ajer kak nor tau.....


kasandra pulak sedang mengonline dengan seseorang...tak berani nak cakap..nanti kasandra marah pulak....tapi kau suka kan..wah wah ah..lagi di usik lagi mengeletis akak tengok kasandra...tapi dia chantek..tak per..handsome pun handsome jugak.......akiko pun tido..akak pulak sibuk meyuruh akiko bangun dan mandi...sedang akiko mandi akak menganngu kak nor tidor..menjerit jerit kak nor marah pada kak ngah yang mengacau dia tido..akak usap usap kepala dia lah..sambil memberi nasihat..kasandra hanya tertawa sahaja..suka tengok kasandra ketawa..macam budak budak....


apabila akiko dah siap, kami semua bertolak....akiko yang pandu..dalam kereta akak bermanja manja dengan kak nor..yup lama tul tak manja dengan kak nor tau...sambil sambil tu kami berbual bual pasal kasandra ..pasal kes kes lama lah...hehe kelakar jugak masa tu........kami dengar lagu raya..kak nor sangat suka dengan lagu raya lama nyanyian kumpulan feminin kot.....bernyanyian kak nor dalam kereta kasandra ketika ittewww..


sebaik sahaja kami dah sampai di lcct, kami semua bergegas keluar...akak menarik beg pakaian akiko seperti pramugari nak naik kapal terbang..sempat jugak sebuah kereta melahar kami.."awan dania..' wow laku jugak kami masa tu kan.....kelas..... malulah kami bertiga sedangkan muka kami bertiga nie lite lita ajer...aiyoooo akak lagi lah...dah ler dengan bintik bintik demam campak....macam orang asli baru keluar dari hutan layaknya......


kami segera masuk dalm lcct...kami nie kalau tak bergambar memang tak sah kan....tetap bergambar ..walaupun muka dah macam lite lite ajer....kasandra pulak malu...dia sebenarnya ok ajer...dia memang chantek lah......tak make up pun masih chantek...tapi kami memang giler..asyik ketawa sahaja ...entah apa yang happy sangat pun akak pun tak tahu...tapi asyik ketawa...


apabila akiko dah setel ambil tiket, dia hantar kami semua ke kereta kasandra....kami bersalaman...terasa sedih lah apabila akiko balik ....kami terus pulang..akak kesian kat kasandra yang cuba melawan rasa mengantuknya..tapi akak tahu...kasandra nie kalau dia baik dengan orang....dia memang jenis yang tak kisah.....dia mesti tolong punya..macam mana pun....itu yang sangat bagus pada kasandra yer....bukan nak bodek..tapi itulah kenyataan......


akiko meminta akak berbual dengan kasandra agar kasandra tidak mengantok...itu sudah semestinya...tak kan nak biarkan dia memandu dan kami semua tido pulak...kak nor dah berdengkur di belakang....kami berdua cerita pasal kenangan yang lepas...gelak gelak dengan kasandra...memang ting tong..kasandra nie selagi dia tak tido...selagi itu dia sangat aktif yer.......


akhirnya sampai juga di pandan jaya..akak sempat bersalam dengan kak nor sekali lagi....sedih lah jugak ....adik beradik keluarga 69 ni walaupun kami bukanlah sedarah sedaging, tapi rapatnya..ya allah ...erm memang sangat istimewa kumpulan nie....walaupun setiap adik beradik nie mempunyai pelbagai perangai yang berbeda...tapi itulah yang mencorakkan lagi kumpulan nie.....akak buka pintu..cuci make up dan sempat sms akiko........terus tertido.....

kenangan itu mengusik jiwa.......


bunyi lagu halo berkumandang di telinga ku....hish..."siapa pulak yang tipon nie.".getus hati ku ini..jam menunjukkan pukul 5 15 petang..aku masih lagi enak dibuai mimpi yang indah di kala petang menjelang....maklumlah semalam aku sampai di rumah dalam pukul 10 15 pagi setelah menemani akiko ke lapangan terbang...aku percaya firdee dan juga kak nor masih lagi diulit mimpi yang indah juga...masing masing penat.....


tertera gambar seseorang yang aku rindui di paparan skrin telefon bimbit ku..wajah yang amat ku sayangi dalam diam diam ..wajah yang selalu mewarnai hidup ku... namun pada saat itu aku terasa seperti malas untuk menjawab panggilan tersbut...ku biarkan lagu halo berkumandang beberapa kali ..aku terus tertidur...


namun si pemanggil tidak berputus asa, setelah panggilan telefon tidak berjawab, dia terus menghantar sms pula..aku hanya mampu membaca sms tu...


"cikgu kat mana.....buka puasa sama nak tak...." itu sahaja sms yang terpapar di skrin, sekali lagi perasaan malas menguasai diri ku..aku terkebil kebil ...namun demi tidak menghampakan orang itu aku membalas semula...


' insya allah...kita buka di pandan jaya sahaja lah..." aku terus terlena semula...


tidak lama kemudian, lagu halo berkumandang...aku terus melihat ...erm dia lagi.....aku terus melihat jam..ya allah dah pukul 7 malam, ini bermakna aku hanya ada beberapa minit sahaja untuk bersiap dan berbuka puasa...seperti lipas kudung lagaknya..aku terus mencapai tuala dan mandi....hati ku berdebar debar....perasan bersalah menguasai diri ku...tanpa membuang masa aku pun mengoleskan wajahku yang semakin teruk dengan kesan bintik bintik demam campak dengan revlon tujuh petala....


si dia nampaknya seperti terasa dengan sikap ku ...sms nya berbunyi..."kalau tak nak buka sama, tak apalah.....saya buka seorang diri..selamat hari raya dan maaf zahir dan batin...."


aku terus mencapai payung menuju ke kedai nureen corner...aku lihat dia sedang makan dengan tenang sekali..mungkin agak terkejut dengan kehadiran ku ketika itu...namun nampak sedikit kekecewaan di riak wajahnya..aku segera meminta maaf dan duduk di sebelahnya..menu kali ini agak istimewa sekali...ada ikan tiga rasa, kailan, sup tulang, telor dadar dan juga udang tepung.....


dia segera meminta ku menjamah nasi..namun aku memang tidak berselera..tanpa ku sedar, aku menitiskan air mata....terasa sangat bersalah dengannya....dan yang penting terasa sangat rindu padanya ...tak tahu nak gambarkan perasan tersebut...


dia segera melihat ke arah ku..dan memberi isyarat supaya aku dapat mengawal perasan...tidak elok sekirannya aku menitiskan air mata di kedai makan yang penuh dengan orang..demi menjaga nama baiknya, aku segera menyeka air mata ku..dan menyuap makanan satu persatu..entah mengapa pada masa itu aku tidak berselera langsung..hanya air mata yang menitis dan mengalir di atas permukaan revlon 14 petala ku itu...


dia terus memandang ku sambil menghulurkan tisu....dia juga mengambil ikan dan meletakkan di atas pinggan ku....dan beberapa lagi lauk....seolah olah meminta aku menghabiskan lauk yang ada di atas meja...dia terus memandang ke arah ku lagi...aku hanya mampu mengeleng gelengkan kepala sahaja....kami menjadi bungkam....hiruk pikuk di kedai makan tidak langsung memberi kesan ke atas emosi ku ketika itu....


selepas habis makan, dia menghisap rokok malboro nya....


"jangan lah sedih cikgu..saya balik sekejap sahaja..lepas raya saya pasti balik sini semula..hanya tak tahu bila ..itu sahaja..." dia memulakan bicara bagi memecahkan kesunyian ketika itu...


aku hanya mengangguk kan kepala...tanda faham dengan apa yang dikatanya oleh nya.....


"cikgu balik bila? nanti jangan lupa dengan saya pulak ...." hehehehe...dia sengaja nak menceriakan aku...


"saya balik malam nie ..insya allah..tunggu adik saya lah....paling awal malam nie..paling lewat esok petang lah..." aku membalas semula....


sambung ku lagi..." terima kasih lah banyak banyak selama ini sangat baik dengan saya ...ambil berat pasal diri saya....dan awak lah yang paling terbaik lah...saya takkan lupa...."


"alah cikgu...cikgu pun baik dengan saya....mestilah saya baik dengan saya...." ujar nya semula sambil menghisap rokok..suasana sejuk mencengkam kami ....hujan masih lagi lebat di luar ....


" awaklah yang paling baik...datang rumah saya ..hantar makanan semasa saya kena demam campak..tiap tiap hari awak datang ...beli air kelapa lagi...pastu sapu ubat kat badan saya..tiap tiap malam awak buat benda yang sama..itu yang saya terharu....." aku meneruskan perbualan...


" alah cikgu nie...jangan lah cakap macm tu saya sedih lah cikgu...cikgu pun baik dengan saya..saya nie orang susah cikgu..mak pun dah tak der....apa yang boleh saya bantu..saya bantu lah cikgu...itu ajer yang boleh saya buat......yang lain tak boleh lah...." dia merendahkan diri...sambil memandang ke arah ku..air mata mula bertakung di kelopak matanya...segera dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.....


"saya doakan awak selamat balik yer...dan jangan lupa kirim salam pada nenek nanti..dan bila sampai sana nanti telefon lah saya, jangan lupa pulak .....dan saya doakan awak dan awek awak juga gembira di hari raya nanti....." aku menatap wajahnya..


dia tertawa besar bila aku menekan kan perkataan awek tadi.....


"mana saya ada awek lah....hish cikgu nie...tu kawan saya ajer lah......cemburu ek.." dia mengusik aku...


"hish mana ada lah cemburu...tak lah... " aku menafikan...namun dalam hati ..ya allah mahu sahaja aku mengakui yang aku selalu cemburu..namun...aku faham...dia bukan seperti ku.....


" kalau saya tak balik nanti...cikgu simpan lah baju yang saya beri nie...dah sembur dengan minyak wangi yang cikgu suka bau tu.....kalau rasa macam......" tergantung ayat nya di situ....


aku segera mencapai 2 helai baju yang diberinya..alah baju yang selalu di pakainya..aku faham..dia tidak mampu untuk membeli baju yang baru untuk ku..aku tak kisah...tapi baju yang di berikannya ini sangat cantik....aku suka..dan apatah lagi bau minyak wangi yang selalu dipakainya akan menjadikan aku akan mengingati dirinya selalu.....


terimbau kenangan lalu..kami berbual mengenai detik pertama kami bertemu...16 mei ...yup masih lagi teringat di dalam minda ku apabila aku menegurnya...dan sejak itu kami menjadi kawan ..mula mula dia seperti malu sahaja...namun sedikit demi sedikit dia boleh menerima ku...setiap malam ..kalau kami ada masa lapang ..kami akan berbual panjang..bergelak ketawa....


ramadhan yang datang menjadikan kami semakin erat..sempat juga kami bertukar lagu antara satu sama lain...aku berikan dia lagu...ungu tercipta untuk ku..manakala dia memberikan aku satu lagu juga.....lagu omputeh uiiiiii....bryan adams katanya..layan ajerlah....


" erm cikgu..saya rasa nak balik dah...nak kemas kemas barang...cikgu jaga diri tau..jangan sedih sedih ....nanti saya telefon cikgu yer..tak payah lah hantar saya nie..hujan, susahkan cikgu sahaja...tak per...nanti saya telefon cikgu...." dia meminta diri..


" baiklah ..hanya saya nak cakap ..saya ..." aku hilang keberanian untuk menyambung kata kata itu....


"cakaplah cikgu..jangan malu...saya dah nak balik dah nie pun.....apa yang terbuku di hati cikgu kenalah cakap..."dia menunggu dengan penuh kesabaran.....


" saya ...maaf lah kalau saya cakap..saya sangat sayang kat awak..dan mesti rindu kat awak nanti..." bagaikan petir di kala hujan lebat ..aku takut kalau kalau dia terkejut dan akan menjauhkan diri nanti.....tapi itulah risiko yang pasti akan ku tanggung, tapi aku tak mampu lagi membendung perasaan ku lagi...


" sama dengan saya juga....." pendek sahaja jawapan nya...dia menghukurkan tangan untuk bersalam dan terus pergi.....sekerat jalan dia berpaling dan melemparkan senyuman sambil mengangkat tangannya.....aku terus memandang sehingga dia hilang dari pandangan ku..air mata terus mengalir ..deras...sederas air hujan yang mencurah ke bumi....baju yang diberinya ku gengam erat..bau minyak wangi menguasai deria bau ku.....


aku melangkah perlahan lahan...tiba tiba tertera gambar nya di skrin telefon..dia menghantar sms yang berbunyi...." saya pun sama juga.....tapi saya malu nak cakap...."aku terpaku...dan berpaling ke belakang....terukir sebuah senyuman....


"sesungguhnya aku senantiasa mengingati diri mu......setiap saat dan setiap langkah ku......." aku melangkah ke rumah sewa ku sambil terbayang seribu kenangan yang terindah dalam hidup ku.....

besday kak nor

akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja...sekarang jam menunjukkan pukul 3 37 am ...kami berempat di rumah akiko yer...yang ada kak teh, kak anjang, kak lang dan juga kak ngah iaitu akak...kami berempat nak pergi hantar akiko nanti..

oklah sebenarnya nak cerita pasal sambutan hari besday kak lang kita atau lebih dikenali sebagai kak nor .....sebenarnya perkara ini tidak dirancang yer....begini ceritanya....

kak nor mengajak kami bermain boling sebenarnya..jadi kasandara pun turun dari genting untuk mengambil kami di bandar tasik selatan.....jadi kak nor, akak dan akiko menunggu kasandra datang....sementara menunggu kak teh sampai, kami sempat meminta kak farah datang ke bandar tasik selatan untuk sessi minta maaf yer....

apabila kak farah dah sampai, jadi kami beratur untuk sessi berminta maaf ....mula mula kak ngah meminta maaf pada kak farah, selepas itu, kak lang pulak minta maaf dengan kak farah dan jugak akak..masa tu touching lah sangat sebab kak nor sangat menjiwai watak masa tu....pergh rasa nak meleleh air mata masa tu u ols....

selepas tu giliran kak teh pulak meminta maaf kepada kami bertiga dan yang terakhir, kak anjang iaitu akiko....kami semua dah bersalaman...dan kak farah minta diri untuk pulang ke rumah makcik dia...so tinggallah kami berempat yer....so kami bercadang untuk bermain boling..yang seronoknya kak nor nak belanja kami semua bermain boling dan juga makan sempena besdaynya..yay...bestnya..

so kami semua terus menuju ke ampang point, malangnya..jam dah menunjukkan pukul 12 00 tengah malam..so akak terus talipon ampang point...dan kami diberitahu yang boling ditutup pukul 1 pagi..lor so kami kami semua blur..tak tahu nak pi mana pulak...kasandra pula terus memandu kereta tanpa tujuan.....

akhirnya kami semua sepakat untuk makan di restoran rasa sayang ...pergj tempat makan yang sangat menarik dan cantik jugak..terasa seperti berada di equador sebab ada jambatan...dan di bawah jambatan tu ada air yer......wah terasa seperti miss universe 2004.....kami pergi ke satu tempat yang sangat menarik..dekat dengan pokok buluh..di tepi meja kami tu ada kolam yang memanjang.....dan ada sepanjang kolam tu tu pasu yang besar.....

so kak nor pun orderlah makanan..erm sangat menarik lah jugak makanan nya...yummy yer....ada kari kepala ikan...ada sotong, udang dan juga sayur....tidak lupa juga kak nor order aiskrim..banana split..........erm sangat sedap yer..mula lah sessi berbual kami yer..kak nor terasa sangat terharu apabila kami semua menemaninya di hari jadinya.......terharu pulak....

kami semua bercerita tentang keluarga 69 yer...sayugia diingatkan...jangan risau tidak ada sessi umpatan yer..hanya mengenangkan tentang keluarga 69 yang bakal menyambut hari ulang tahun yang pertama dalam bulan oktober nanti...tiba tiba semasa kami menunggu makanan tu sampai datang seorang lelaki yang boleh tahan jugak ke meja kami

sebenarnya....lelaki itu ingin menjual minyak wangi..namanya wan dan berasal dari negeri sembilan..kami semua macam tak layan sangat wan tu ..sebab kami datang nak makan sahaja bukan nak beli minyak wangi tau.....tapi kesian pulak ..dia macam bersungguh sungguh nak jual minyak wanginya...dan kak nor macam berminat dengan wan tersebut...

kak ngah macam biasa..........menjodoh kan kak lang dengan wan tersebut..akhirnya kak nor sempat mengambil nom talipon wan tersebut yer....yay...oklah ahli kelurga 69 tak lama lagi ta semua akan mendapat abang lang yang baru..insya allah kita tengoklah macam mana ..kalau jadi nanti mestilah kak nor pun buat pengumuman yer kan kak nor kan........

malang bagi wan bila kami semua tidak membeli minyak wanginya..namun tidak tidaklah sedih sangat kot sebab akan bertemu jodoh dengan kak nor.....so tak lama kemudian makanan pun sampai..memang kak ngah masa tu lapar.....senyap ajer kak ngah makan masa tu...boleh tahan lah jugak makanan tersebut lah......

kemudian kak nor nak suapkan makanan pada kak ngah...akak ok sahaja....dan pada masa tu kasandra sibuk melayan sms dari seorang kawan yer...so kami makan sambil berbual bual yer....dan sangat seronok jugak masa tu...tiba tiba timbul satu idea nak hantar akiko ke lapangan terbang ...so akak ok sahaja nak hantar akiko walaupun akak ada date pagi tu...tak pelah...sebab akiko dan adik beradik yang lain....lain kali lah akak date......

sampai sahaja di bts, kami ter lupa nak beli air....so patah balik ke 7 eleven di bandar tasik selatan yer......so kak nor pulak nak makan lemang yer..so kami singgah beli lemang..keluar dari kereta. abang abang jual lemang tu tengok 3 orang gadis cantik keluar ....apa lagi....apatah lagi kasandra dan akiko yer....

terima kasih pada kak nor yang belanja makan tadi, makan di restoran rasa sayang dan juga lemang..terima kasih nkasandra yang membawa kami berjalan jalan yer....dan kepada akiko ......selamat pulang......rindu lah nanti dengan uols...akak akan pulang padakampung...rindu dengan anda semua....muahs...

balik kampong.....

akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat kan.......oklah sekarang nie akak terlebih rajin nak taip entry untuk tatapan semua..walaupun sekarang nie sangat slow orang yang datang membaca yer..maklumlah selalu sangat tak update katanya.....busy lah uols.....

oklah bila uols balik kampung....kalau adik beradik 69..orang yang paling awal ialah kak amnatushima yer.....lepas tu sorang demi sorang..kalau tak silap ...hamie pun dah balik...malam nie kak farah pulak yang balik...rihanna akak tak tahu pulak...dah balik ke belum..amy pun akak tak pasti balik bila dia akan balik juga......sekarang hanya tinggal akiko, akak, kak nor dan kasandra yer....

bagi sesetengah orang, kalau balik kampung nie memang seronok bukan? tapi bagi akak pulak..entah biasa sahaja lah kot sebab seperti biasa hari raya pasti ada pertanyaan maut dari saudara mara ..." bila nak kahwin?" urghhhhh...rimas giler lah bila orang tanya macam tu lah......tak suker...rimas sangat lah uols......

apatah lagi adik akak akan berkahwin hujung bulan oktober nie nanti kan...so mestilah saudara mara mulut yang tak insurans akan bertanya kan...so buat buat bodoh sajer....tapi rasanya raya nie tgak meriah sangat lah sebab semua adik beradik tak balik serentak.....kak long tak balik kampung sebab beraya di rumah suaminya ....balik raya ke 3 rasanya.....

kak ngah pulak tak balik jugak sebab tunggu kak teh yang kena kerja di jaya jusco sehingga raya ke 2 rasanya....adik yang bongsu pulak akan balik raya ke 3 sebab kena kerja mc donald...naik pangkat katanya..alhamdulillah....ayah dan mak dah paham..anak anaknya bekerja ......

akak pulak diberi pilihan untuk balik sama ada hari jumaat malam, atau sabtu pagi atau pun ikut mana mana adik beradik lain yang balik..paling awal akak balik malam jumaat..paling lewat akak balik pagi sabtu.....tapi kalau nak balik rayaa ke 2 atau ke 3 pun ok jugak, boleh mengelak bertembung dengan saudara mara yang lain kan...heheheheh tak pasti lagi lah..kalau rasa nak balik..akak balik ajer lah kan......

dan akak akan pulang mungkin raya ke lima nanti lah kot iaitu hari rabu atau khamis..pun mengikut kereta adik beradiklah..sapa sapa yang nak balik..akak ikut sahajalah....erm dah raya kan rupanya..kalau tahun lepas kami sekeluarga raya dengan penuh konterversi...tahun nie alhamdullillah..semuanya dah ok...adik pun dah nak kahwin.....

oklah..penat lah taip entry nie kan...