hai uols...kembali semula kita bersiaran di blog akak yang tak seglamer blog primadona kita iaitu kak donna atau lebih dikenali sebagai rihanna yer...oklah kali ini akak nak cerita tentang nama akak pulak yer....

oklah , semasa kita di sekolah rendah. pasti guru kita pernah bertanya mengenai cita cita kita apabila kita dah besar nanti...bukan? biasanya bagi budak budak lelaki mereka akan memilih nak jadi askar lah, nak jadi polis lah atau pun guru..manakala budak chekki pulak nak jadi guru lah, doktor lah ...maka jarang kita dengar nak jadi peguam ker...akauntan ker amat jarang sekali...tak pun nak jadi penyanyi seperti bintang bintang realiti tibi kan....

ada jugak kalau budak budak zaman siber nie, kalau kita tanya nak jadi apa besar nanti, ada yang menjawab nak jadi perdana menteri lah, nak jadi jutawan, nak jadi profesor dan macam macam lagi yang mana kita tidak pernah terlintas 20 tahun yang lalu ...gitteww kan.....

oklah macam akak, dulu memang nak jadi askar ( tolong jangan gelak yer) yelah masa tu manalah tahu sangat...bila tengok ayah jadi askar, akak pun nak jadi askar jugak..katanya.....tapi akak masa tu tak tahu pulak akak dah mula catwalk sebatu bila masuk darjah 3 yer.....apabila dah matang sikit, akak ubah pulak cita cita nak jadi peguam pulak sebab akak selalu masuk debate kat sekolah dulu...

malangnya apabila result spm keluar, pergh hampeh apabila sejarah dapat c6 maka leburlah harapan nak jadi peguam tu...so terpaksa lah mencari cita cita lain...sekarang...akak menjadi seorang cikgu pulak...sebenarnya memang tak terlintas nak jadi seorang pendidik bangsa nie ..namun semuanya bermula pada tahun 2000 apabila akak menganggur...

tinggal di rumah kakak tanpa kerja amat memeningkan kepala sehingga akak menerima tawaran mengajar di sekolah rendah di belakang jaya jusco ....dari tahun 2000 sehingga 2004 sebagai guru sandaran tidak terlatih..jadi panggilan di sekolah ialah CIKGU ....murid murid akan memanggil kita dengan panggilan yang paling mudah iaitu CIKGU..mana mana pun, kita akan di panggil dengan panggilan tersebut ...CIKGU.....CIKGU......

bila parents datang ke sekolah puin, akak memanggil kita dengan nama CIKGU juga....dengan kata lain kita dah tak boleh lari dengan nama tersebut.....lainlah ada yang juga panggil kita CIKGU rizal ..namun itu amat jarang sekali sebab semua orang panggil kita CIKGU...

kemudian akak mengambil keputusan untuk mengajar tuisyen rumah ke rumah pulak, lagilah kita akan di panggil CIKGU lagi oleh parents tuisiyen.....erm entah lah kenapa kan....nama kalau orang yang kerja lain, tak dipanggil nama kerja nya sebagai nama ganti kepada dirinya...contoh nya katakan seseorang tu kerja kerani,,nama tak panggil dia dengan nama KERANI kan?

sehingga lah sekarang...kawan kawan dan jugak adik beradik 69 akan memanggil akak dengan nama CIKGU..kalau pergi makan kat kedai jaya tomyam ker , para pekerja pun akan panggil akak dengan nama CIKGU....sebagai cohtoh......" Cikgu..nak order apa yer.....?" hah begitu kuat impak nama CIKGU nie dalam kehidupan akak..

mula mula rasa malu gak, bila orang tengok kita apabila kita dipanggil CIKGU apatah lagi kalau ada apis pandanjaya tu...dari jauh " eh CIKGU ....apa khabar? mana suami ?" hah kau tak pengsan ker...dah lah CIKGU...lelaki lembut pulak..ada suami katanya..pendidik bangsa kah ittewww? memang susah jugak bila kita nie CIKGU sebab orang tengok kita mesti akan menilai kita jugak kan....

gambaran dalam minda mereka ialah kalau CIKGU mestilah seoarang yang berfikiran matang...berpakaian kemas....pakai seluar slack ....baju kemeja masuk dalam.....bawak beg dan seorang yang suka bergaul...ceh.....tak larat lah macam tu...nie zaman siber...CIKGU dah mula vogue katanya....

syuhada pernah cakap dengan cikgu...nama CIKGu nie siapa? nama saya ialah Muhamad CIKGU bin ismail.....itulah sebab orang panggil saya CIKGU ..hahahaha kelas kan kalau nama sebenar saya muhamad cikgu kan?

mana mana pergi pun , mesti orang panggil kita CIKGU..semalam pun masa open house kat rumah lumayan..adik beradik pun panggil akak CIKGU..jadi bagi tetamu yang tak kenal akak..dah mula kenal akak dengan panggilan CIKGU yer....

akak tulis entry nie bukan tak suka dengan panggilan CIKGU ..bukan macam tu..sebenarnya tak kisah lah..lain pulak kalau orang panggil kita dengan nama lain pulak..walaupuan ada yang panggil dengan nama kak maria ker.....nama lebih sinonim dengan CIKGU yer.....oklah uols ..sekarang dah pukul 6 15 petang...so nak siap siap nak ke boling.....jumpa di entry akan datang,,,,,salam lebaran....muah