salam semua....apa khabar? so macam mana dengan raya yang ke empat nie kan? oklah akak disini sihat sahaja.....sekarang nie kami kat rumah lumayan...hah sapa lagi kat sini? oklah yang ada kat lumayan ? ok ada kak nor , hans dan jugak kasandra yer...oklah so macam mana leh berkumpul yer....
oklah begini dalam pukul 4 55 petang, telefon akak berbunyi ..sms masuk ...mula mula tak layan sangat sebab sangat mengantuk lah....so akak tidor balik, tapi dalam pukul 6 petang , terdengar lagi lagu menandakan sms masuk lagi...sms yang berbunyi " malam nie kita makan together...i tahu u ada kat mlaysia!" tak tahu lah macam mana kasandra tahu akak dah balik ke pandanjaya....
so terus akak terus talipon kasandra...eheheh.....dia ajak makan sama...akak pulak minta jasa baik kasandra untuk mendobi kat lumayan lah...kasandra kata ok sahaja.......so dalam pukul 6 lebih nanti kasandra akan ambik akak di pandanjaya yer....so akak terus sahaja mandi..siap siap dan kemas rumah...
dalam pukul 8 30 petang, kasandra minta akak bersedia, sebab lagi 10 minit dia akan sampai....so akak pun siapkan beg yang besar, sabun cuci dan jugak pewangi yer...gitteww kan..so sampai sahaja kasandra, terus kami bertegur sapa...meriah skals dalam kereta....terus akak contact pulak kak nor...
masa tu kak nor macam tak percaya yang akak dan kasandra dalam satu kereta, dari hujung talian terdengar suara gembira kak nor yer....so akak minta kak nor bersiap siap yer..so kasandra dan akak terus ke rumah kak nor pulak...sampai sahaja di sana, akak terus pulak contact hans, suami kak long.....hans pun sama terkejut apabila kami bertiga ada dalam satu kereta...dan kami bertiga bertolak pulak ke lumayan .....
macam macam cerita dalam kereta...memang sangat seronok sekali ...bergelak ketawa kami bertiga..macam macam cerita raya yang kami bualkan..kak nor lah sangat happy bila kami balik..yelah kak nor pun tak balik raya....so kami bertolak ke lumayan..sampai sahaja di lumayan, hans dah tunggu kat bawah ...bagus lah...
hah apalagi, bila 4 orang dalam satu kereta....so sambung lagi gelak ketawa...kami cadang nak makan di Q bistro...aiyooo....ramai sangat orang pulak..so kami carik port lain. akak mencadangkan pada mereka makan kat taman tenaga yer...sekali lagi kami hampa ..penuh pulak....kami semua cadang nak pi Q bistro....erm dah pening pulak dah...
kami terus ke ampang point ...nak makan kat studio 5 ...tiba tiba kak nor namapk satu tempat makan iaitu restoran rasa nyonya penang...harap harap tak tutup lagi....alhamdulillah...tak tutup lagi..so kami ambik port...duduk ..dan mulakan order...aku order mi kari, dan teh o ais limau...yang lain order makanan masing masing.....
sambung lagi berbual, sekali lagi topik pada sambutan hari lahir kasandra pada 27 haribulan nanti, pasal percintaan, dan macam macam lagi....masing masing gembira bercerita, dan yang penting semasa kami sedang berbual, ada satu family duduk di balakang meja kami, dok dengar cerita kami...menurut kak nor, keluarga tu mendengar topik perbualan kami..motif mendengar...
kemudian dalam pukul 11 keatas, kak mengajak mereka balik sebab nak mendobi, apatah lagi kasandra nak kerja keesokkan hari......so kami bertolak ke lumayan, sempat singgah kat kawasan Q bistro, singgah di kedai 24 jam iaitu kedai KK ...beli makanan dan juga sabun membasuh untuk akak yer...
kami sampai sahaja di lumayan, akak minta kasandra bawak kuih raya..teringin sangat nak makan kuih raya iaitu kuih tat nanas...kepada adik beradik yang membaca blog nie, yang masih lagi di kampung sila bawa kuih raya iaitu kuih tat nanas yer sebab akak teringin nak makan...nasib baik jugak ada kuih tat nanas yang sedap.....
terus kak teh atau kasandra menolong akak membasuh baju akak...mekasih kak teh..manakala kak nor tengah tgk tibi dengan hans....akak pulak taip blog ......apa apa pun rasa happy bila jumpa adik beradik 69 nie....yang lain bila nak balik ek? rindu uolssss...muah...entry nie tak der per per..saje nak tulis ajer.....